Gaduh
Hari ini hari begitu stress sekali buat Yaya. Sudah beberapa pelajar dia marah kerana membuat kesilapan dalam latihan musical drama mereka. Kali ini giliran Fang untuk berdiri di pentas dan bernyanyi. Ramai pula budak perempuan sedang duduk di lantai dewan untuk melihat Fang nyanyi. Fang pula tidak kisah dengan kehadiran mereka, dia tidaklah berasa begitu gemuruh dengan adanya mereka. Entah kenapa hari ini nyanyian Fang agak lemah, tidak seperti yang dia berlatih sebelum ini. Mungkin sebab dia penat, mungkin juga.
"FANG! KENAPA NYANYIAN KAU MACAM TUE!" stress Yaya bertambah lagi
"Yang kau nak marah aku dengan nyanyian aku kenapa"
"Dah tue, selalunya nyanyian kau elok sahaja sebelum nie. Kenapa tiba-tiba hari nie lemah. Dah lah kau nyanyi dengan lirik yang salah"
"Siapa suruh tukar lirik dia, aku sendiri kena hafal lirik baru dalam satu hari, SATU HARI! FAHAM TAK!"
"Eleh, bukannya susah pun nak hafal lirik baru. Lagipun itu bukannya alasan"
"Sudahlah Yaya, kau nie memang director paling susah dan kejam"
"Aku bukan kejam lah, kalau aku tak tegaskan korang, persembahan kita akan gagal. Faham tak?"
Boboiboy, Gopal dan Ying yang sedang duduk di tepi dewan, melihat sahaja dua orang kawan mereka yang sedang bergaduh di pentas dewan. Beginilah mereka berdua, mesti sahaja ada pergaduhan, tak kisah hal kecik ke besar ke, mesti bergaduh. Tapi hari ini pergaduhan dia orang lagi dasyat daripada sebelum ini.
"Hmm.. tak habis lagi pergaduhan dia orang" kata Boboiboy yang sedang dalam kebosanan.
"Belum lagi Boboiboy, ini baru 1 minit pergaduhan dia orang. Hari tue aku kira sampai 30 minit dia orang bergaduh" Kata Gopal sambil mengira berapa saat, minit, jam pergaduhan di antara Yaya dan Fang.
"Kau takde kerja ka, kira berapa minit dia orang bergaduh. Lu pergi lah tolong leraikan dia orang"
"Dey, macam mana aku nak leraikan dia orang, dua-dua tue tak boleh nak kalah" kata Gopal kepada Ying. Mereka berdua pun sudah bosan tengok dia orang bergaduh. Boboiboy, Gopal dan Ying terbayangkan satu hari tanpa pergaduhan antara Yaya dan Fang masa sesi latihan musical drama.
"Ying, kau kan director juga, kau pergilah leraikan dia orang" kata Gopal lagi
"Walaupun aku director juga, tapi penolong sahaja maa.. semua kerja Yaya yang buat"
"Oh macam tue. Tapi tak kan kita tengok sahaja" kata Boboiboy. "Eh, kau kenapa Gopal, tiba-tiba rasa takut?" Gopal dengan beg sekolah Boboiboy, menyorok mukanya belakang beg sekolah kerana ketakutan
"Kau tak nampak ke"
"Nampak apa?" tanya Boboiboy
"Dia orang punya pergaduhan hari ini, lain macam.. macam nak letupkan satu dewan nie"
"Yolah, betullah kata kamu Gopal" kata Ying
"Isk, tak faham aku"
"Kau nie Boboiboy, Yaya tue kan tegas, Fang tue pula panas baran, cepat sangat nak marah. Apa akan terjadi kalau dua orang tue bergaduh. Meletup macam gunung berapi meletup"
Nak 3 minit mereka berdua bergaduh lagi, pelajar perempuan yang datang melihat Fang nyanyi, sudah lari keluar dari dewan. Ramai pelajar takut untuk mendekati mereka berdua. Cikgu Papa Zola entah ke mana, oh yea, lupa lak. Cikgu Papa Zola ada dekat bilik guru, tengah tanda markah kertas ujian matematik 5 Jujur.
"Oh, begini persembahan kamu nanti. Pergaduhan yang baik" muncul Kaizo di sebelah Boboiboy.
"Erkk.. KAPTEN KAIZO!" terkejut mereka bertiga melihat abang Fang ada di dewan sekolah
"Apa Kapten Kaizo buat dekat sini?" tanya Boboiboy
"Aku datang sebab nak tengok Pang berlatih. Menarik betul drama pergaduhan dia orang" kata Kaizo yang ingatkan pergaduhan itu adalah salah satu scene dalam drama musical, padahal bukan.
"Bukanlah Kapten Kaizo. Dia orang memang betul-betul bergaduh" kata Boboiboy yang cuba betulkan anggapan Kaizo. Gopal masih mengira masa lagi, nak dekat 4 minit dah dia orang bergaduh
"Kapten Kaizo, tolong kami leraikan mereka berdua" merayu Ying kepada Kaizo. Mereka bertiga sudah tidak tahan dengan pergaduhan dia orang, takut nanti dua-dua bermasam muka.
"Leraikan mereka? Biarkan dia orang bergaduh lagi. Menarik, sungguh menarik" Kaizo berdiri dan berikan tepukan kepada mereka berdua sampai mereka sedar dengan kehadiran Kaizo. "Abang?"
"Kenapa Pang? Dah selesai pergaduhan korang" Yaya dan Fang senyap sahaja dan lalu mereka bermasam muka. Yaya beredar dari situ dengan penuh stress. Fang pula turun dari pentas, dia mula pergi ke stor sukan untuk mengambil bola, mungkin pergi berlatih bola keranjang dapat tenangkan diri dia. Kaizo pula beredar dari situ juga kerana tiada apa yang menarik untuk dilihat. Boboiboy, Gopal dan Ying tergamam kerana begitu mudah sekali dapat leraikan pergaduhan antara Yaya dan Fang.
aaaaaaaaaaaa
"Boboiboy, jangan tinggalkan aku dekat sini"
"Tak Ochobot, aku tak kan tinggalkan kau. Nanti aku akan datang balik"
"Mesti lamakan kau nak pergi" Ochobot memeluk Boboiboy begitu erat sekali
"Tak lama Ochobot, hanya beberapa bulan sahaja aku akan pergi"
"Woi! yang korang berdrama sangat nie apasal?" terkejut Boboiboy dan Ochobot melihat Fang yang sedang duduk di kedai Tok Aba sambil menikmati Ice Blended Chocolate Special. Boboiboy baru sahaja sampai ke kedai Tok Aba selepas sesi latihan drama musical, dia telah menerima sepucuk surat daripada ibu bapanya. Menurut surat itu, mereka akan kembali ke Malaysia dan hendak Boboiboy balik ke rumah pada musim cuti persekolahan nanti. Ochobot dan Boboiboy tidak mahu terpisah lagi, Tok Aba pula layan sahaja dengan drama mereka berdua
"semenjak bila kau ada dekat sini Fang?" tanya Boboiboy. Dia lepaskan Ochobot dan pergi duduk sebelah Fang
"Aku dah 10 minit duduk dekat sini, korang berdrama sangat sampai tak sedar aku dah ada dekat sini" kata Fang. "Betul ke kau kena balik dah?"
"Ha ah, tapi aku balik sekejap aje. Nanti nak dekat-dekat sekolah buka, aku datang lah balik"
"Tak bestlah macam nie kalau kau takde" kata Fang
"Ala, Gopal kan ada. Yaya dan Ying pun ada juga. Takdelah kau rasa bosan sangatkan"
"Gopal buat apa, dia tue mengajar aku benda yang bukan-bukan adalah. Macam video game tue, sampai abang aku terpengaruh sekali" Fang masih tidak boleh lupakan lagi latihan tempur versi video game daripada abang dia. Selamat latihan tempur versi video game sudah di berhentikan. Menurut kata Kaizo, latihan tempur versi video game untuk mengajar Fang supaya tak terpengaruh sangat dengan video game.
"Yaya dan Ying kan ada"
"Woi, tak kan nak suruh aku main dengan budak perempuan pula"
"Ala Fang, kau temankan aku dekat kedai jelah" Ochobot masih lagi tidak boleh terima kenyataan yang Boboiboy akan balik walaupun sekejap sahaja. "Ha ah, betul cakap Ochobot tue, tolong ajelah atok dekat kedai nie. Apa salahnya"
"Ha, betul tue!" Boboiboy setuju dengan kata-kata Tok Aba dan Ochobot. Fang menghirup airnya sambil merenung tajam dekat Boboiboy.
"Kalau macam tue, boleh lah kau bagi aku Ice Blended Chocolate Special percuma setiap hari" muncul pula Gopal.
"Bagi kau percuma, buat apa. Hutang Tok Aba belum kau bayar, sibuk nak percuma" belum sempat Tok Aba nak jawap, Fang dah jawapkan. "Eleh, kau ingat aku tak dengar kau mengumpat pasal aku tadi" kata Gopal
"Bagus lah tue kau dengar aku mengumpat pasal kau"
"Dey, kau apahal. Nak cari gaduh dengan aku ke?" Boboiboy dapat rasakan pergaduhan baru akan terjadi di antara Fang dan Gopal pula. Tadi dekat sekolah Yaya dan Fang sudah bergaduh, sekarang dua-dua bermasam muka. Yaya pun tak datang ke kedai Tok Aba.
"Korang janganlah bergaduh" belum sempat Boboiboy nak tenangkan dia orang, Gopal mengeluarkan sebiji donut lobak merah dari bungkusan plastik yang dia bawa tadi dan lalu memakan donut tersebut di depan Fang
Fang berapi-api di depan Gopal. "Sudah, nanti atok piat telinga korang berdua"
"Dia yang buat hal dengan saya dulu, atok" Fang bangun dari kerusi dan lalu mengeluarkan harimau bayangnya. Tok Aba menepuk dahi. Dia juga tak berjaya untuk hentikan mereka berdua.
"Kau ingat aku takut dengan harimau bayang kau" Gopal dengan keyakinan tinggi, dia rasa dia dapat kalahkan Fang. Padahal dia tahu dia akan kalah. Maka bermulalah pertarungan di antara Fang dan Gopal. Yang menang sudah tentu Fang. Gopal siap lari balik rumah sebab kena kejar dengan harimau bayang.
Boboiboy tak tahu nak buat apa dah, dia cuma berharap esok semuanya akan ok seperti biasa.
aaaaaaaaaaaaaaaaa
Keesokannya, Gopal saja cari nahas dengan Fang. Dia telah membeli beberapa donut lobak merah dan makan di depan Fang. Hati Fang makin lama makin panas. Gopal tahu Fang tengah sakit hati dengan dia tapi dia peduli apa.
Manakala Yaya dan Fang masih lagi tidak berbaik. Asal bertembung sahaja, dua-dua bermasam muka, sampai tak tengok muka masing-masing. Yaya masih lagi marah dengan Fang, Fang juga sama, Boboiboy pula risau dengan persahabatan dia orang nanti. Sekarang tinggal Boboiboy dan Ying sahaja untuk baikkan mereka semua. "Aduh, macam mana nie" Boboiboy sudah susah hati. Dia tidak pernah melihat kawan-kawan baik dia bergaduh sampai teruk macam nie.
"Ying, apa kita perlu buat"
"Hmm.. aku tak tahulah Boboiboy. Jangan risaulah, nanti ok ok lah tue" kata Ying
"Harap-harap begitu lah Ying"
Selepas sahaja tamat waktu rehat, kelas matematik sudah bermula. Cikgu Papa Zola sudah masuk ke kelas 5 Jujur dengan markah kertas ujian matematik. Masing-masing tidak sabar untuk melihat markah yang mereka dapat. Yaya dan Ying pula tidak sabar siapa yang akan dapat no. 1. Fang pula akan tahu dia pasti dapat no. 3
"Cikgu tahu kamu semua tak sabar nak tengok markah ujian kamu. Cikgu bangga dengan kamu semua, terutama sekali dengan 3 orang ini" Cikgu Papa Zola mencari-cari nama tiga orang yang dia banggakan sangat tue. Semua sudah tahu siapa tiga orang itu, sudah semestinya Fang, Yaya dan Ying
"Cikgu, siapa yang dapat no.1" tanya Yaya
"Tak payah tanya pun dah tahu, mesti kau, tak pun Ying" kata Gopal dengan nada yang bosan.
"Kamu pasti Gopal. Kalau cikgu cakap kamu yang dapat no.1 macam mana"
"Betul ke Cikgu? Saya cukup bangga dengan diri ini kalau dapat no.1" Gopal siap mengeluarkan air mata sekali.
"Bangga apa kebendanya. Jangan nak bermimpi wahai anak murid ku. Kamu Gopal, lagi satu 1% untuk mendapat markah lulus" Cikgu Papa Zola meletakkan kertas ujiannya di atas meja Gopal. "Kalau kamu dapat no.1, dah lama cikgu bangga. Cikgu siap bagi surprise lagi"
"SURPRISE?! surprise apa tue cikgu?"
"Dah nama pun surprise, buat apa cikgu nak bagitahu, nanti tak surprise lah! SUDAH, cikgu akan bagitahu siapa dapat no.1 tapi jangan terkejut" Yaya dan Ying sudah memasang telinga kerana tidak sabar. Fang pula pandang ke luar, buat tidak kisah.
"Ada dua orang dapat no.1 iaitu YAYA!" Yaya menjerit kegembiraan
"dan FANG!" Fang terkejut, dia tidak sangka dia dapat no.1 "YAHOOO! AKHIRNYA, AKU DAPAT NO.1"
Ying pula berapi-api kerana kedudukan no.1 dia telah di ambil oleh Fang. "JAGA KAU FANG!"
"Huh, macam mana dia boleh dapat no.1?" kata Yaya "Bukan kau selalu dapat no.3 ke?"
"Kenapa, tak boleh ke aku dapat no.1" terus Yaya dan Fang bermasam muka lagi.
Alamak, Boboiboy panik. Ini tak boleh jadi nie, janganlah meletup lagi lepas nie, fikir Boboiboy
"Sudah, korang berdua nie. Janganlah gaduh, korangkan kawan" Boboiboy cuba tenangkan mereka.
"Eleh, kawan konon. Kalau kawan, dah lama dia kekalkan no.3 dia tue. Senyap-senyap dia dapat no.1" Gopal pula yang saja nak sakitkan hati Fang lagi. "Yolah, ambik kedudukan aku pula tue" Ying pula masuk campur
Rakan-rakan sekelas mereka sudah kelihatan takut. Tak pernah tengok dia orang macam nie. "Kenapa dengan kamu nie, tentang markah kedudukan pun boleh bawak bergaduh"
"Dia nie cikgu, suka sangat cari pasal" kata Gopal. Fang sudah hilang sabar, bayang-bayang hitam keluar dan mengelilingi tubuhnya. "Fang, sabar sabar. Gopal main-main aje tue"
"Jangan masuk campur antara urusan aku dengan si Gopal tue!" marah Fang dekat Boboiboy "Aik, aku pula yang kena. Aku cuma nak tenangkan kau sahaja Fang"
Cikgu Papa Zola mengambil rotannya dan lalu melibas rotan tersebut ke atas meja. Boboiboy, Fang, Yaya, Gopal dan Ying terkejut. "Nampak tak rotan keinsafan nie" Kelima mereka mengangguk
"Hah, nampakkan. SEKARANG KAMU BERLIMA PERGI KE BILIK GURU BESAR!"
"Kenapa saya juga kena pergi cikgu" tanya Boboiboy
"Dah tue, kamu tak boleh nak kawal kawan kamu. CEPAT! JANGAN BANYAK CAKAP, PERGI SEKARANG!"
Habis lah aku, kalau Tok Aba tahu. Ini semua salah dia orang, fikir Boboiboy
Aku ketua darjah pun kena sekali. Siap kau Fang, fikir Yaya
Cari nahas betul rambut si cacak nie, fikir Ying
Alamak, Appa mesti marah aku lepas nie, fikir Gopal
Memang tak guna dia orang nie, suka sangat cari pasal dengan aku, fikir Fang
Kelima-lima mereka hanya berdiam sahaja semasa dalam perjalanan ke bilik guru besar. Tiada siapa yang berani nak tegur sesama sendiri. Masing-masing hati tengah panas. Di bilik guru, mereka berlima dikenakan denda. Jawatan Yaya sebagai ketua darjah terpaksa digantungkan selama seminggu, dia sepatutnya bertanggungjawap dan tidak patut melibatkan diri dalam mana-mana pergaduhan. Jawatan Yaya sebagai director musical drama juga sama, ditarik balik dan diberikan kepada orang lain. Boboiboy, Gopal dan Ying dikenakan denda bersihkan kawasan sekolah selama seminggu. Jawatan Gopal sebagai penolong ketua darjah juga turut digantungkan selama seminggu. Manakala Fang, sebagai wakil sekolah bola keranjang, guru besar menarik balik sehinggalah dia dapat mengawal kemarahan dia dan dia juga perlu berlakuan baik. Sebagai watak utama dalam musical drama turut ditarik balik, kalau Fang nak balik watak utama itu, dia perlu berkelakuan baik.
Nak kata marah, marah juga. Nak kata sedih, sedih juga.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sesi persekolahan sudah tamat, mereka berlima tidak bertegur sesama sendiri. Di kedai Tok Aba, mereka senyap sahaja. Boboiboy ada perasaan marah sebab dia pun terkena denda juga. Padahal dia tidak terlibat dalam pergaduhan mereka. Boboiboy hanya bermain-main dengan Chocolate Pancake nya sambil memikirkan tentang kejadian tadi di sekolah.
Fang hanya duduk diam sahaja sambil memerhatikan langit. Apa yang dia fikirkan, entahlah.
Gopal juga duduk diam sambil menikmati Ice Blended Chocolate Special
Yaya pula, dia kesal dengan kelakuan dia tadi. Dia tidak patut kemarahan dia menguasai diri dia. Itu bukan diri dia yang sebenar. Dalam hati dia cukup marah dan juga sedih.
Ying juga tidak patut marah kalau kedudukan no.1 dia di ambil oleh Fang tapi itu kedudukan dia dengan Yaya semenjak dulu lagi.
"Kenapa dengan korang semua nie?" Tok Aba berasa pelik melihat mereka berlima diam sahaja sambil membuat muka. "Cuba cerita, apa yang terjadi tadi"
"Dia orang nie atok, tak pasal-pasal Boboiboy yang terkena juga"
"Wei, kau apasal. Nak cari nahas dengan aku"
"Dia nie atok, ambik kedudukan saya"
"Mana tak marah, dari semalam lagi saya geram dengan dia"
"Korang semua nie, suka sangat cari pasal dengan aku"
Masing-masing meninggikan suara kerana tidak mahu kalah. Pergaduhan mereka menyebabkan Tok Aba menepuk dahi kerana menyesal bertanya. "Aduh, pening kepala atok. Perkara kecik pun boleh di perbesarkan"
"Sabar ajelah atok" kata Ochobot. Dia pun pening tengok dia orang bergaduh. Tak pernah Ochobot tengok perangai dia orang macam nie. Ini lebih dasyat daripada Boboiboy dan Fang bergaduh dulu-dulu.
"SUDAH SUDAH! jangan bergaduh" tetapi sorang pun tak dengar Tok Aba berkata. "Ochobot, kau pergi panggil Kaizo"
"Baik atok" Ochobot pergi ke tempat yang sunyi untuk menghubungi Kaizo.
5 minit sudah berlalu, mereka masih lagi bergaduh. Tok Aba makin pening dengan dia orang. Akhirnya Kaizo sampai ke kedai Tok Aba. "Sampai pun kau Kaizo. Tolong atok selesaikan dia orang nie"
Kaizo memerhatikan dahulu mereka bergaduh. Lalu dia tersenyum keseorangan. "BAGUS BAGUS! luahankan segalanya!" kata Kaizo sambil tergelak besar
"Teruskan lagi pergaduhan korang"
Mereka baru sedar bahawa abang Fang berada di situ sambil menyokong mereka berlima teruskan bergaduh. "Abang? apa abang buat dekat sini?"
"Apa abang buat dekat sini. Abang nak tengok korang bergaduhlah. Apa lagi, cepat sambung" kata Kaizo sambil tergelak
"Wei Fang, abang kau betul ke tak betul?" bisik Boboiboy
"Abang aku memang tak betul pun" bisik Fang balik
"APA KAU CAKAP PANG!" Kaizo merenung tajam dekat Fang. "takde apa abang" kata Fang dalam ketakutan. Kalau abang dia mengamuk, sudah tentu Fang kena hukuman latihan tempur.
"kenapa berhenti bergaduh?" Kaizo melihat mereka semua duduk diam sahaja. Tiada siapa berani untuk sambung bergaduh balik sehinggalah Boboiboy berkata
"Kami.. kami.. kami cuma nak lepaskan kemarahan sahaja"
"Kemarahan apa, dari semalam tak habis lagi dengan kemarahan korang. Korang semua nie kawan baik, jangan nak memperbesarkan perkara yang remeh temeh" marah Kaizo lagi.
"Maafkan kami Kapten Kaizo" kata mereka berlima.
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying menyesal dengan kelakuan mereka. Mereka semua adalah kawan baik, patut bertolak ansur dan tak sepatutnya pergaduhan ini berlaku "Ermm... Fang, maafkan aku sebab semalam. Aku patut bagi kau masa untuk hafal lirik tue" Yaya mulakan minta maaf dekat Fang terdahulu. Dia tahu salah dia sebab terlampau memaksa Fang dan rakan-rakan sekelasnya tapi ini semua untuk kebaikan persembahan mereka nanti.
"Tak, aku patut minta maaf dekat kau. Maaf sebab aku marah dekat kau semalam" Fang juga turut minta maaf dekat Yaya
"Aku pun nak minta maaf dekat kau juga Fang sebab aku sebenarnya saja nak sakitkan hati kau" kata Gopal. Tok Aba dan Ochobot berasa lega melihat mereka bermaaf-maafan. Dah rasa macam hari raya pula.
"Aku tak patut marah dekat kau sebab ambik kedudukan aku. Betul kata Kapten Kaizo, perkara kecik jangan nak diperbesarkan. Maaf ya" kata Ying sambil tersipu malu
"Boboiboy, minta maaf sebab marah dekat kau dekat kelas tadi. Sebab kita orang lah kau juga turut kena denda"
"Takpe Fang, lupakan jelah hal tue. Sekarang kita semua sudah berbaik semula kan"
"Tapi jawatan aku semuanya kena gantung" Yaya masih lagi kesal dengan perbuatan dia. Dia sendiri mahu menangis tapi dia kuat, dia tak kan menangis.
"Jangan sedih Yaya, seminggu sahaja kena gantung. Aku pun kena denda juga maa.. kena bersihkan kawasan sekolah selama seminggu" kata Ying yang cuba ceriakan Yaya
"Betul kata Ying, seminggu sahaja, bukan lama pun" Gopal cuba memujuk Yaya supaya jangan sedih sangat
"Tapi aku kesian pula dekat Fang. Yelah, sebagai wakil sekolah bola keranjang dia, kena tarik. Sebagai watak utama pun kena tarik juga"
"Ala, jangan risau sangatlah Yaya. Aku ok aje lagipun aku ada masa lapang untuk mengulang kaji!" Fang dengan buku-buku mate pelajarannya, memang tak dapat dipisahkan, lagi-lagi kalau buku matematik.
"Cheh, ingatkan untuk bermain" kata Gopal.
"Bagus, dah sedar pun kamu semua. Pang, jom balik. Abang dah lapar" Kaizo mengheret adiknya pulang ke rumah. "Tapi.. tapi.."
"TAPI APA! sesi bermaafan sudah tamat, masa untuk pulang ke rumah" Fang ikut sahaja kata abangnya. Fang sebenarnya nak duduk melepak dengan dia orang lagi tapi abang dia dah heret dia pulang ke rumah. Boboiboy tergelak sahaja melihat mereka. "Terbaik.. hehehe"
"Sakitlah abang pegang tangan adik!"
"Mana ada sakit! KAU JANGAN NAK BUAT ALASAN!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top