Cinta Misteri
Cinta? Cinta tak pernah wujud dalam hati Kaizo sebelum ini, entah kenapa pagi-pagi ini Fang terdengar suara abang dia bernyanyi-nyanyi di dapur sambil membuat sarapan pagi untuk mereka. Fang berasa sungguh pelik sekali, lagu yang dinyanyikan oleh abangnya, ialah lagu cinta. Abang aku jatuh cinta ke? fikir Fang. Tak mungkinlah. Tapi kenapa dia ternampak sejambak bunga mawar merah di atas meja makan. Mungkin ada orang yang hantar bunga tue ke sini, fikir Fang lagi. Tak pun, Adudu punya kerja yang buat abang dia macam tue, nak kena Adudu nie.
"Abang?" Fang masuk ke dapur. Kaizo yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi sambil bernyanyi, dia tidak mendengar panggilan daripada adik dia. Dia terlampau gembira dan hatinya berbunga-bunga
"Abang?" Panggil Fang lagi. Kaizo masih lagi tidak menyahut panggilan adiknya. Kaizo pusing ke belakang untuk meletak pinggan ke atas meja dan ternampak adiknya sedang berdiri dan memandangnya dengan penuh kepelikan. "Adik, sarapan dahulu kalau mahu keluar bermain" kata Kaizo.
"Abang demam ke?"
"Demam? Kenapa kau kata begitu?"
"Yelah, tak pernah adik nampak abang nyanyi begitu gembira sekali. Dahlah lagu cinta pula tue. Ini mesti Adudu punya kerjakan, buat abang sampai begitu" kata Fang. Kaizo pergi ke sebelah adiknya dan memegang kepala Fang dan mengusap-usap rambutnya. "Abang nie kenapa?"
"Ini bukan kerja Adudu, Pang. Aku, Kapten Kaizo telah menjumpai cinta hatiku"
"Erkkk..." terkejut Fang. Ci-ci-cinta?! Abang aku dah hilang akal ke, fikir Fang yang sedang panik.
"Makan sarapan pagi yang abang buat tue, kejap lagi abang nak keluar" kata Kaizo sambil menunjukkan telur omelette lobak merah. Fang duduk dan cepat-cepat dia makan sampai tersedu dia buatnya. HICCUP HICCUP HICCUP!
"Kamu nie, tak boleh makan pelahan-lahan ke" Fang tersengih sahaja lepas tue HICCUP!
"Maaf abang.. HICCUP!" Kaizo dengan baik hatinya, bagi adiknya segelas air dan dia terus beredar dari dapur bersama dengan sejambak bunga mawar di tangannya. Fang menjenguk melihat luar dapur, abang dia telah pun keluar rumah
Fang dengan perasaan ingin tahu siapa yang telah mencuri hati abang dia, dia terus mengekori abangnya. Dia senyap-senyap mengekori abangnya sampailah ke taman permainan kanak-kanak. Fang sorok di belakang pokok dan mencuri-curi lihat abang dia bersama seorang gadis yang sangat cantik. Rambut dia pendek sampai ke bahu, dia memakai bagpack yang berwarna ungu. Warna kegemaran Fang.
"Fang, kau tengok siapa tue" muncul Boboiboy di sebelah dia. Terkejut Fang dan terus menyuruh Boboiboy senyap
"Aku tengah tengok siapa yang mencuri hati abang aku" kata Fang
"Curi?! Siapa yang curi" Boboiboy juga melihat abang Fang bersama dengan seorang gadis. "Eh, siapa perempuan tue?"
"Itu yang aku nak tahu. Aku kena siasat siapa perempuan tue" Fang mengenggam tangannya dan lalu menumbuk pokok tersebut sebab tidak puas hati.
"Kau nie Fang, janganlah marah sangat. Kau nie mesti cemburukan. Takut kasih sayang seorang abang beralih kepada seseorang"
"Woi, kau nak kena dengan aku ke?"
"Eh tak, aku bergurau aje Fang"
Mereka berdua memerhatikan Kaizo sehinggalah gadis itu beredar dari situ dengan sejambak bunga mawar yang diberikan oleh Kaizo tadi. Fang mengheret Boboiboy untuk mengikut gadis tersebut.
"Ini macam jalan ke rumah Ying" kata Boboiboy. "Syhhh.. senyaplah, nanti dia dengar pula" Fang menyuruh Boboiboy diam. Gadis itu menoleh ke belakang, mereka dengan pantasnya menyorok di dalam semak. Fang melihat di luar dan gadis itu meneruskan perjalanannya.
Mereka mengekori gadis itu lagi sampai ke sebuah rumah. Boboiboy seperti kenal rumah di sebelah rumah gadis itu. Itu seperti rumah Ying
"Apa korang buat dekat sini. Mesti menghendap perempuan tadi tue kan?" Terkejut Boboiboy dan Fang
"Eh, mana adalah Ying" kata Boboiboy. "Ha ah, betul kata Boboiboy. Kita orang ada dekat sini sebab.. sebab.."
"SEBAB APA? jangan mau tipu, cepat mengaku" Boboiboy menolak bahu Fang untuk menyuruh dia beritahu yang sebenarnya dekat Ying. Fang pula menggelengkan kepala tanda tak nak.
"Cepat bagitahu sebelum aku cakap dekat perempuan tue, yang korang menghendap dia"
"Mana ada Ying, kita orang bukan menghendap dia. Kita orang cuma nak siasat siapa dia" kata Fang.
"Dia kawan jiran sebelah. Apasal korang tak pergi sahaja tanya sama dia. Dia bukannya makan orang" tersengih Boboiboy dan Fang. "Sudahlah, aku kena pergi ke kedai. Jumpa lagi" kata Ying dan terus dia berlari laju.
Boboiboy dan Fang terus ke rumah jiran Ying. Sampai sahaja di rumah tersebut, Fang nampak gadis itu tadi sedang membaca buku di halaman rumah tetapi paling mengejutkan Fang ialah gadis itu sedang bermain dengan bebola api yang begitu kecil sekali di sebelah tangannya. "Wei Boboiboy, kau nampak tak apa yang aku nampak"
"Dia mempunyai kuasa"
"Dia nie mesti musuh abang aku. Jaga kau! HARIMAU BAYANG!" Fang mengeluarkan harimau bayang itu untuk menyerang gadis itu. "SIAPA KAU HAH!" Fang menjerit dekat gadis itu
Gadis itu terkejut dengan kehadiran Fang dan Boboiboy. Dia sekilat pantas memadam bebola api tersebut dan menyorok tangannya di belakang badannya. "SERANG DIA HARIMAU BAYANG!" harimau bayang Fang menyerang gadis itu tetapi gadis itu sempat mengeluarkan tangannya dan meletupkan harimau bayang itu. Fang dan Boboiboy terkejut.
"Dia ada kuasa lain juga"
"Serang dia Boboiboy!"
"Baik! BOBOIBOY HALILINTAR!" Lalu Boboiboy menyerang dia menggunakan pedang halilintar tetapi gadis itu juga cepat mengeluarkan dinding tenaganya. Boboiboy tidak dapat menembusi dinding tenaga itu. "Siapa kau hah? Apa kau nak dengan abang aku" kata Fang dengan nada yang marah
"Nama aku Lynna, aku bukanlah musuh abang kau atau kamu"
"Kalau kau bukan musuh, siapa kau sebenarnya?" tanya Fang lagi. Lalu Lynna menghilangkan dinding tenaga itu. "Aku akan ceritakan kepada kamu berdua tetapi aku tidak boleh bercerita di sini"
Boboiboy Halilintar kembali menjadi Boboiboy normal. Boboiboy dan Fang hanya ikut sahaja Lynna itu dan mereka sekarang berada di pantai. Mereka bertiga duduk di tepi pantai.
"Nampaknya rahsia akak terbongkar juga" kata Lynna yang sedang melihat permandangan laut
"Terbongkar? Apa maksud akak?" tanya Boboiboy
"Sebenarnya apa yang kamu nampak tadi adalah rahsia akak. Kalau boleh, jangan bagitahu abang kamu tentang rahsia akak. Akak bukan seperti kamu, akak tahu kamu ada kuasa juga seperti akak. Abang kamu yang cerita semuanya dekat akak"
"Abang aku yang ceritakan? tapi kenapa akak tidak beritahu tentang rahsia akak" tanya Fang. Fang berasa sungguh curiga dengan gadis yang bernama Lynna. Banyak persoalan yang ingin Fang tanyakan.
"Maaf, sebab rahsia akak terlalu berat untuk di beritahu, kawan-kawan akak juga mempunyai kuasa juga, sama seperti akak"
"Jadi, akak nie alien juga?" tanya Fang lagi. Lynna tergelak lembut kerana Fang ingatkan dirinya ialah alien. "Tak, akak bukan alien macam kamu, Fang. Ya, abang kamu cerita juga siapa dirinya dan dari mana dia berasal" Lynna sambung lagi. Terkejut Fang kerana gadis yang bernama Lynna tahu nama dia.
"Akak cuma manusia biasa sahaja tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri. Kuasa yang akak dapat ini semenjak akak dari tingkatan 3 lagi, sekarang umur akak sudah 20 tahun"
"Maksud akak, akak manusia tapi...tapi, tak fahamlah saya. Dari mana akak dari dapat kuasa?" tanya Boboiboy
"Itu panjang ceritanya. Tapi kalau kamu berdua nak tahu juga, itu tunggulah jika kita dapat bertemu lagi. Kuasa akak bukanlah seperti kuasa kamu berdua. Kuasa kamu datang dari jam kuasa, tapi kuasa akak sudah ada lama dalam diri akak cuma akak tahu akak ada kuasa masa sekolah menengah. Kamu cukup bertuah dapat menggunakan kuasa di depan khayalak ramai tapi akak cuma dapat gunakan kuasa secara bersembunyi. Musuh korang dengan musuh akak, sangat berbeza tapi mereka mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu ingin merampas kuasa kita" Lalu Lynna menunjukkan kuasa api dia. Kuasa api dia berwarna ungu. Boboiboy dan Fang sungguh teruja melihat keunikan warna api itu
"Kenapa kuasa api akak berwarna ungu?" tanya Boboiboy lagi. Lynna memadamkan kuasa apinya
"Ini dipanggil kuasa phoenix. Akak juga ada kuasa lain seperti yang kamu lihat tadi. Kuasa akak dan kawan-kawan akak, semuanya hebat-hebat seperti kamu juga"
"Akak mesti ada banyak pengalaman berlawan dengan musuh-musuh akak"
"Betul tue Fang tapi pengalaman akak bukannya semuanya manis. Ada yang pahit juga, ada juga pengalaman yang sungguh menyakitkan hati. Macam-macamlah pengalaman yang akak pernah lalui. Mula-mula rasa seronok ada kuasa tapi lama-kelamaan, tanggungjawap akak menjadi lebih berat dan bertambah rumit." Lynna bersambung lagi "Esok akak akan pulang ke KL, abang kamu tahu sebab tue malam nie abang kamu ajak akak pergi bersiar-siar di bandar, dia kata hari ini ada festival di bandar"
"Jadi selepas ini akak tak akan berjumpa lagi dengan abang saya lagi"
"Mungkin ya atau mungkin tidak. Cukup sahaja lah akak dapat kenal dia dari semalam lagi. Masa tue, akak duduk sorang dekat kedai Kokotiam Tok Aba, lepas tue abang kamu datang. Dia yang ajak berborak dulu" gelak Lynna kerana teringat kejadian semalam di Kedai Tok Aba. Kaizo tidak berhenti-henti cerita tentang diri dia, adik dia, kuasa dia, misi dia dan macam-macamlah
"Apa lagi yang kamu berdua ingin tahu?" tanya Lynna kepada mereka berdua
"Ermm... jadi akak nie sedang bercinta dengan abang sayalah" tergelak Lynna lagi apabila mendengar soalan itu dari Fang
"Mana adalah, baru aje berkenalan dah terus nak jatuh cinta pula. Takdelah, akak anggap abang kamu tue sebagai kawan sahaja" senyum Lynna kepada Fang "Jangan risau, akak tak kan ambil abang kamu tue"
"Ada apa-apa lagi soalan sebelum akak pergi?" tanya Lynna kepada Boboiboy dan Fang. "Jikalau takde, akak kena pergi dulu. Jumpa lagi" lalu dia bangun dan melambai-lambai kepada mereka.
"Macam mana, dah puas hati" tanya Boboiboy
"Entahlah Boboiboy, rasa macam banyak lagi pertanyaan yang aku ingin katakan"
"Kau nie Fang, apasal tak tanya aje tadi"
"Aku cuma dapat rasakan banyak lagi perkara dia ingin rahsiakan tapi takpelah, mungkin kita dapat bertemu dengan dia lagi" Fang tersenyum. Boboiboy pula tak faham tapi dia malas nak bertanya.
aaaaaaaaaaaaaaaa
Fang membuka pintu rumahnya dan dia nampak abangnya kelihatan begitu segak sekali. "Dah puas siasat?" tiba-tiba sahaja Kaizo bertanya
"Macam mana abang tahu?"
"Kamu ingat abang tak tahu yang kamu ikut abang dari belakang tadi" kata Kaizo sambil membetulkan rambutnya.
"Abang tak sedih ke, esok dia nak balik dah?"
"Kamu ingat abang takde perasaan ke, mestilah sedih tapi apa boleh buat. Mungkin kita dapat berjumpa lagi, mungkin tidak. Nanti kamu dah besar, kamu akan faham dengan perasaan ini" Fang duduk di sofa sambil melihat abangnya betulkan baju dia pula. Fang tersenyum sahaja, dia mana faham bab-bab cinta nie
"Apa yang kamu senyum-senyum" tanya Kaizo
"Takde apalah abang"
"Hmm.. kau rapat dengan kawan perempuan dua orang tue, apa nama kawan kamu tue. Mimi dan Ling?"
"Yaya dan Ying lah. Memanglah adik rapat dengan mereka tapi adik anggap mereka sebagai kawan sahaja. Adik kecik lagi, mana tahu bab-bab bercinta nie" Kaizo hanya tersenyum sahaja
"Yelah tue Pang. Hmmm... entah-entah ada seseorang yang adik minat" memandang sinis dekat adiknya. Setahu Fang, dia mana ada minat dekat sesiapa pun.
"Siapa?"
"Rahsia"
"Erkk.. boleh pula nak berahsia, beritahulah adik siapa"
Abang dia membuka pintu hadapan dan lalu menjerit "RAHSIA!"
Kalau nak tahu siapa, tanyalah Kaizo sendiri... (itu pun kalau dia nak bagitahu)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top