Cemburu
Cemburu? Boboiboy tidak pernah ada sifat cemburu tetapi semenjak akhir-akhir ini, dia semakin hari semakin cemburu melihat keakraban di antara Fang dan Kaizo. Alangkah indahnya jikalau Boboiboy mempunyai seorang adik atau abang yang serapat itu. Hampir setiap hari ada sahaja pergaduhan di antara mereka berdua, selepas itu, mereka akan berbaik semula. Boboiboy hanya mampu melihat sahaja. Semenjak akhir-akhir ini, Fang terlampau sibuk sangat di sekolah, hampir dia tiada masa untuk bersama dengan abangnya. Cikgu-cikgu di sekolah telah memberi banyak kerja kepada Fang sampai memyebabkan Fang terlampau tertekan. Dengan bantuan daripada rakan-rakannya, Fang dapat mengatasi tekanan dia.
Boboiboy yang baru sahaja habis jalani latihan tempur yang diberikan oleh Kaizo, dia duduk di sofa kerana terlampau penat sangat. Ini semua gara-gara Fang, dia telah memberitahu abang dia bahawa Boboiboy mahu juga menjalani latihan tempur, padahal Fang nak kenakan dia. Hari ini latihan tempur Boboiboy amatlah memenatkan, lalu Kaizo memberi Boboiboy segelas air kepadanya. "Terima kasih" kata Boboiboy
Sudah pukul 4 petang, Fang masih lagi belum pulang dari sekolah. Nampaknya Boboiboy tidak sempat untuk meminta pertolongan daripada Fang untuk membantu dia dalam kerja sekolah matematik. "Penat?"
"Yea Kapten Kaizo"
"Selalunya Pang akan merungut selepas sahaja habis latihan tempur dia tapi kau tidak seperti adik aku. Kejap lagi kau boleh pulang ke rumah" kata Kaizo. Boboiboy minum airnya, dan dia bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Boboiboy meletak gelasnya ke atas meja dan mengambil beg sekolahnya. Tiba-tiba, Boboiboy baru teringat, hari itu Kapten Kaizo ada mengajar dia dan Gopal kerja sekolah matematik. Mungkin Kapten Kaizo boleh mengajar dia lagi sekali, fikir Boboiboy.
"Kapten Kaizo, boleh tak ajar saya matematik"
"Matematik?" Mungkin Kaizo tiada masa untuk mengajar dia matematik, fikir Boboiboy lagi. "Boleh, keluarkan buku matematik kau. Aku mahu bagi Pang makan sekejap"
Pang? Bukan Fang dekat sekolah ke? Boboiboy berfikir lagi. Boboiboy mengintai-intai apa yang Kaizo sedang lakukan di dapur. Baru dia faham, bahawa Pang yang dia maksudkan ialah seekor anak kucing. Tergelak Boboiboy kerana Kaizo memanggil kucing itu Pang. Boboiboy mengeluarkan buku matematik sementara menunggu Kaizo memberi makanan kepada Shadow. Boboiboy berasa sungguh kesian dengan anak kucing tersebut sebab Kaizo panggil Pang, Fang panggil Shadow. Untunglah anak kucing itu ada dua nama. Dua-dua sayangkan dia.
"Apa yang kau sedang fikirkan, mana soalan matematik yang kau nak aku tolongkan" muncul Kaizo disebelah Boboiboy. Boboiboy tadi terlalu fikir sangat sampai tidak sedar Kaizo sudah berada di sisinya. Boboiboy cepat-cepat membuka muka surat soalan matematik yang dia tidak begitu faham. "Maaf Kapten Kaizo. Ini soalannya"
"Cukup dengan Kapten Kaizo. Panggil aku abang Kaizo" Entah kenapa tiba-tiba hati Boboiboy rasa ingin berloncat-loncat kerana terlalu gembira. Boboiboy dengan begitu fokus, dia mendengar dan faham apa yang Kaizo mengajar dia, berbeza sungguh dengan apa yang di ajari oleh Fang. Fang, kalau Boboiboy salah sedikit sahaja, mesti Fang nak rasa marah tapi lain pula dengan Kaizo. Kaizo begitu tenang sekali mengajar Boboiboy sampai Boboiboy rasa Kaizo itu seperti abang dia sendiri.
"Si Pang tak pernah nak suruh aku ajar dia" tiba-tiba Kaizo berkata "Dia tue semuanya nak buat sendiri, minta tolong pun, tak pernah"
"Fang dari dulu lagi macam tue, abang Kaizo. Selalunya kita orang yang mintak dia tolong ajarkan" kata Boboiboy sambil selesaikan masalah matematik.
"ABANG! adik dah balik!" Boboiboy dan Kaizo memandang ke pintu rumah, Fang sudah pulang dari rumah. Dia kelihatan begitu penat sekali, nak jalan pun tak larat dah. "Eh, kau ada dekat sini lagi Boboiboy"
"Ha ah, aku minta abang kau tolong aku ajar matematik" kata Boboiboy. Fang pergi ke arah mereka dan lalu duduk di atas sofa untuk rehatkan diri. "Apasal kau tak tunggu aje aku"
"Kau kan sibuk dengan hal-hal sekolah, lagipun kau balik lambat"
"Sudah! berborak pula kamu berdua. Pang! pergi siapkan makan malam" kata Kaizo yang tidak kisah adik dia penat ke tak. "Tapi adik baru sahaja sampai rumah, baru nak berehat"
"TAPI APA! selalunya elok sahaja kau kemas rumah dan memasak tak kira penat ke tak" Fang ikut sahaja kata abang dia. Penat ke tak penat ke, terpaksalah dia buat kerja. "Abang Kaizo tak kesian ke dekat Fang. Dia baru nak berehat"
"Nak kesian apanya. Dia tue terlampau rajin sangat, biarkan dia buat kerja. Sudah, sambung buat kerja sekolah matematik kau"
Fang yang berada di dapur melihat sahaja mereka berdua. Dia pun nak merasa juga macam mana abang dia ajar kerja sekolah dia tapi sebelum ini mana pernah dia meminta pertolongan daripada abang dia. Fang selalu selesaikan semua kerja sekolah dengan sendiri tanpa meminta pertolongan daripada sesiapa pun. Mungkin dia terlalu bijak sangat, mungkin juga. Fang terasa diri dia seperti orang gaji di rumah. Fang menghela nafas dan sambung balik memasak untuk abang dia.
Shadow yang ada di dalam dapur, melihat Fang dengan muka kesedihan "Apa boleh buat Shadow, dah nasib aku macam nie" Shadow hanya ber meow meow sahaja kepada Fang
-----------------------------------------------------------------
Keesokkannya, Boboiboy berlari dari sekolah dan terus ke rumah Fang. Dia begitu gembira sekali kerana semalam Kaizo mengajak dia berlatih mengawal kuasa element dia di kapal angkasa. Boboiboy tidak kisah sangat dengan latihan tempur kerana dia berasa begitu seronok sekali. Dia dapat menguasai kuasa dia dengan begitu bijak sekali dan juga dapat belajar teknik-teknik terbaru daripada Kaizo.
Fang pula terpaksa duduk di sekolah kerana ada latihan kelas music, latihan bola keranjang dan ada mesyuarat kebersihan di sekolah. Yaya telah melantik dia menjadi penolong ketua kebersihan Sekolah Rendah Pulau Rintis sebab dia sorang sahaja yang tahu jaga kebersihan, jadi dia terpaksa menghadiri mesyuarat tersebut kerana Yaya tidak dapat hadir hari ini. Ada hal dekat rumah katanya.
Setelah selesai dengan semua latihan dia di sekolah dan juga mesyuarat di sekolah, Fang pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, kelihatan Boboiboy masih lagi ada di rumah dia. Kaizo begitu mesra sekali dengan Boboiboy, siap gelak ketawa. Tak pernah dalam seumur hidup Fang melihat abang dia ketawa begitu, Fang rasa sedikit cemburu. Fang mengenggam tangannya.
"Pang, dah balik dah kau. Apa kamu buat dekat situ lagi" Fang baru sedar abang dia sedang memanggil dia. Fang berjalan ke sofa dan duduk untuk berehat. Kejap lagi mesti abang aku suruh buat sesuatu, fikir Fang sambil menutup matanya.
"Pang!" Mula dah dia panggil aku, fikir Fang lagi "PANG!"
"Yea abang!" Fang cepat-cepat membuka mata dia. "Nanti kemaskan kapal angkasa, abang buat sepah tadi, lepas tue jangan lupa siapkan makan malam"
"Baik abang" Fang bangun dan terasa diri dia amat malas untuk buat kerja. Dia memandang ke arah mereka berdua. Berani kau Boboiboy, kau merampas abang aku. Jaga kau Boboiboy, fikir Fang. Dia rasa macam nak tendang Boboiboy keluar daripada rumah tapi disebabkan abang dia ada dekat situ, selamatlah Boboiboy. Fang heret kaki dia naik ke atas dan menhubungi Lahap untuk mengambil dia di bumi
"Abang Kaizo, takpe ke Fang buat kerja sorang-sorang?"
"Takpe, biarkan dia. Dia tak suka orang ganggu dia buat kerja. Cepat selesaikan masalah matematik kau" Boboiboy rasa kesian melihat Fang. Begini rupanya tiap-tiap hari dekat rumah Fang, fikir Boboiboy. Patutlah Fang selalu merungut setiap hari, fikir Boboiboy lagi
Fang yang berada di kapal angkasa, dia memikirkan cara untuk abang dia menumpukan perhatian dekat dia
---------------------------------------------------------
Esok pagi, Fang pura-pura sakit. "Abang, adik sakit kepala" dia berpura-pura buat suara lemah. Kaizo melihat dia dan memeriksa jikalau Fang ada demam. "Demam takde pula kau? Kau sakit kepala sebab apa?"
"Sebab adik terlampau banyak sangat buat kerja" kata Fang. Tapi memang betul pun, dia terlampau banyak sangat kerja kena buat sampai nak buat kerja sekolah pun nak dekat-dekat pukul 12 malam.
"Hmmmm..." Kaizo memerhatikan adik dia. Fang takut kalau abang dia tahu dia hanya berpura-pura sahaja. "Baiklah, hari ini kamu boleh berehat di rumah. Esok baru kamu boleh pergi ke sekolah. Kau pergi berehat, abang buatkan bubur untuk kau"
Fang dengan rasa gembira, dia naik ke atas pelahan-lahan, pura-pura sakit. Kaizo membatalkan latihan tempur dia dengan Boboiboy pada hari ini kerana ingin menjaga adik dia, Kaizo takut Fang terkena demam lagi dan takut adik dia pergi buat kerja pula.
"Pang, kamu jangan main dekat luar hari ini, nanti hilang. Tunggu adik aku dah sihat, baru boleh main dekat luar" kata Kaizo dekat kucing yang bernama Shadow. Fang dengar abang dia panggil Shadow, Pang tapi dia sabar dan tahan diri dia daripada mengamuk. Dia nak abang dia berikan tumpuan dekat dia, jadi dia biarkan sahaja. Kaizo berasa pelik, kenapa adik dia tak mengamuk bila dia memanggil kucing kesayangan dia Pang. Terlampau sakit sangat lah tue, fikir Kaizo
-------------------------------------------------------------------
Boboiboy yang berada di sekolah, dia berasa sedikit sedih kerana tiada latihan tempur pada hari ini sebab Fang sakit. Dia juga berasa cemburu kerana Fang adik kepada Kapten Kaizo. Mestilah seorang abang perlu menjaga adik dia yang sedang sakit. Boboiboy duduk kemurungan sepanjang cikgu Papa Zola mengajar matematik.
Habis sahaja kelas matematik, terus Gopal tanya dia
"Kau kenapa Boboiboy? sakit ke?"
"Takde lah Gopal. Aku cuma sedih sebab hari ini takde latihan tempur" Gopal terkejut kerana kawan baik dia Boboiboy suka dengan latihan tempur. Gopal tak sanggup dengan latihan tempur Kapten Kaizo yang gila itu. "Dey, kau demam ke?"
"Bila masa pula aku demam. Aku tak demam lah. Aku cuma sedih sahaja"
"Kau.. kau.. kau suka dengan latihan tempur tue"
"Latihan tempur tue bagus sebab aku dapat mengawal kesemua kuasa-kuasa aku" kata Boboiboy. Gopal tak percaya apa Boboiboy katakan tadi. "Ini bukan kawan baik aku, wahai alien durjana, keluarlah kau dari badan kawan baik aku" Gopal mengoncang-goncang badan Boboiboy.
"Isk kau nie Gopal, mana ada alien dalam badan aku"
"Entah kau nie Gopal. Biarlah Boboiboy suka ke tak dengan latihan tempur tue" kata Yaya.
"Kau tue belum kena lagi Yaya. Kaizo tue jadi macam orang gila. Takut aku tengok"
"Wei, Kaizo tue bukan orang gila maaaa.. dia cuma nak kita orang jangan jadi lembik" muncul pula Ying "Kau tue yang lembik, patut kena latihan tempur juga" kata Ying kepada Gopal
"Isk, tak nak aku. Baik aku main video game dekat rumah" Yaya dan Ying merenung tajam dekat Gopal "Tak.. tak.. aku cakap baik ulang kaji dekat rumah" tersengih Gopal
"Boboiboy, dah 2 hari kita orang tak nampak kau dekat kedai Tok Aba. Kau pergi mana lepas latihan tempur?" tanya Yaya
"Oh, aku suruh abang Kaizo ajar aku matematik"
"Bila masa pula kau panggil Kaizo, abang Kaizo. Selalunya kau panggil Kapten Kaizo" Gopal berasa sungguh pelik dengan kawan baik dia. Betul ke takde alien dalam badan Boboiboy? fikir Gopal sambil merenung Boboiboy
"Sebab dia yang suruh lagipun aku selesa dia ajar aku daripada si Fang"
"Hmmm... hah! kau cemburu dengan Fang kan kan kan"
"ermm... MANA ADA!" Boboiboy tidak mahu mengaku yang dia memang cemburu dengan Fang yang begitu rapat dengan abangnya. Dia juga ingin merasai bagaiman ada seorang abang. "Kau ingat aku tak tahu, Boboiboy. Dey, sudah berapa lama kita berkawan. Aku sebagai kawan terbaik kau, mestilah tahu. Aku selalu nampak kau selalu memerhatikan Fang dengan abang dia kan kan. Betul tak aku cakap? cepat mengaku"
Boboiboy nak sahaja mengaku dengan kata-kata Gopal tetapi mulut dia tertutup rapat. "Senyap tue tanda betul lah kan" kata Gopal lagi
"Sudahlah Gopal, biarkan lah dia kalau dia nak cemburu ke tak, asalkan Boboiboy jangan buat benda jahat dekat Fang sudah" kata Yaya
"Boboiboy jangan risau sangat maa.. kadang-kadang kami pun rasa cemburu juga maa" kata Ying yang cuba untuk ceriakan Boboiboy
"Wei Ying, aku mana ada cemburu. Buat apa aku cemburu dengan dia orang" Gopal pun sama juga, tak nak mengaku yang dia pun cemburu juga tapi bukan selalu, kadang-kadang sahaja. Gopal tak cemburu sangat seperti Boboiboy sebab Gopal panggil Kaizo, orang tak betul. Sekejap ok, sekejap tak ok, macam suis lampu mengikut kata Probe.
Boboiboy senyap sahaja sambil melihat kawan-kawan dia bergurau senda. Boboiboy terfikir balik, bila dia boleh nak adakan latihan tempur lagi dengan Kaizo. Kena tunggu Fang cepat sembuhlah nampak gayanya.
----------------------------------------------------------------------
Fang yang masih lagi berpura-pura sakit di rumah, berasa sungguh seronok kerana abang dia tak henti-henti masuk ke dalam bilik untuk memeriksa samada Fang sudah ok atau belum. Kaizo berasa begitu lega sekali kerana Fang tidak demam. Shadow bermain-main dengan Fang di atas katil. Fang sudah lama tidak bermain dengan anak kucing tersebut, rasa seronok pula.
"Shadow mesti rindukan aku kan. Maaf sebab aku banyak sangat kerja dekat sekolah" Fang membelai-belai kepala Shadow. Shadow suka bila Fang membelai kepala dia. "Petang nanti kita main dekat luar nak tak?" Shadow seperti tahu apa yang dikatakan oleh Fang, lalu Shadow menjawab meow meow.
"Pang!" Kaizo datang ke bilik Fang. "Dua-dua Pang ada dekat sini" Kaizo melihat adiknya sedang duduk di katil bersama dengan Shadow. "Macam mana dengan kepala kau? masih sakit lagi?"
"Dah ok sedikit abang" Fang berbohong, sebenarnya dia tidak sakit kepala pun. "Bagus, ambik bubur nie. Makan sampai habis" Kaizo memberi semangkuk bubur lobak merah dekat adiknya. Selepas itu dia mengangkat Shadow. "Jom Pang, kita makan dekat bawah" kata Kaizo kepada kucing tersebut. Fang tahan sabar dia, dia tidak mahu mengamuk. Dia cuma mahu perhatian daripada abang dia sahaja seperti apa yang Boboiboy dapat semalam.
"Apalah nasib aku, kenapalah abang aku tidak layan aku begitu baik sekali"
-----------------------------------------------------------------------
Esoknya, Fang tidak berpura-pura sakit. Hari ini dia tiada latihan music dan juga latihan bola keranjang, cuma dia perlu ikut Yaya pergi memeriksa kesemua kelas, bersih dan kemas tak? Fang pernah bertanya kepada Yaya, kenapa bukan dia yang jadi ketua kebersihan sekolah sebab dia bersihkan kelas lagi bersih daripada Yaya. Terus dia kena marah dengan Yaya.
Boboiboy pula sudah berada di rumah Fang untuk latihan tempur seterusnya. Dia tidak sabar-sabar untuk latihan hari ini, dia cukup bersedia. Kaizo siap memberikan pujian kepada Boboiboy
"Kau sangat bagus, Boboiboy. Bukan macam si Pang tue. Apa sahaja yang aku bagi dekat dia, dia mesti cepat nak marah orang" kata Kaizo "Apa yang aku buat silap dekat dia, aku pun tidak faham"
"Abang Kaizo janganlah begitu kasar sangat dengan Fang"
"Maaf Boboiboy, aku perlu bersikap kasar dengan si Pang tue, biar dia tidak begitu lembik dan tahu macam mana nak pertahankan diri" kata Kaizo. "Sudah! Sambung balik dengan latihan tadi. Bersedialah kau Boboiboy"
Selama 2 jam mereka berada di kapal angkasa, akhirnya mereka kembali ke bumi. Boboiboy tidak rasa letih, dia rasa begitu semangat lagi. "Kau ada kerja sekolah yang perlukan bantuan?" tanya Kaizo
Boboiboy dengan senang hati, dia keluarkan kesemua kerja sekolahnya. Boboiboy duduk di meja makan sementara Kaizo pula, sediakan makanan untuk Boboiboy. Boboiboy berasa sungguh bahagia sekali, entah kenapa dia menganggap Kaizo itu seperti abang sendiri.
Kaizo keluar dari dapur dan hidangkan roti sandwich telur untuk Boboiboy dan juga segelas air. Hati Boboiboy betul-betul gembira, betapa cemburunya dia dengan Fang sebelum ini, akhirnya dia dapat merasa juga bagaimana adanya seorang abang tapi Kaizo selalu ke buat begini dekat Fang?
Tanpa berfikir panjang, Boboiboy terus membuka buku matematik dan siapkan kerja sekolah, soalan yang susah dia akan bertanya kepada Kaizo. Adik dan abang, dua-dua bijak dalam matematik, fikir Boboiboy sambil tersenyum
"Apa yang kamu tersenyum tue?" terkejut Boboiboy
"Takde apa-apa" terus dia buat kerja sekolahnya. Kaizo pula duduk di sofa sambil membaca novel cerita hantu.
15 minit kemudian, pintu rumah terbuka, Fang masuk ke dalam rumah dan nampak Boboiboy sedang buat kerja sekolah. Tak boleh jadi nie, fikir Fang
Dia pergi ke sebelah Boboiboy dan keluarkan kerja sekolah matematik. "Macam mana dekat sekolah tadi Fang?" tanya Boboiboy
"Yaya suruh aku periksa setiap sudut dalam kelas, SETIAP SUDUT! bawah meja, bawah kerusi, dekat atas kipas, belakang almari kelas. Penat aku kalau tiap-tiap hari kena periksa macam tue" kata Fang yang suka sangat merungut
"Aik, bukan kau pentingkan kebersihan macam Yaya ke?"
"Memanglah tapi perlu ke periksa sampai macam itu sekali. Boleh pengsan aku" kata Fang sambil membuka buku matematik dia.
"APA YANG KORANG BERBORAK NIE!" muncul Kaizo secara tiba-tiba. Fang dan Boboiboy hanya tersengih sahaja. "Apa tersengih-sengih! BUAT KERJA KAMU!" terus mereka buat kerja sekolah tanpa sebarang bunyi
2 minit kemudian
"Abang, tolong ambikkan air untuk adik"
"Ambik sendiri" kata Kaizo yang sedang membaca novel cerita hantu tanpa mengalih pandangannya.
"Cis, tak guna punya abang" bisik Fang. Dia masuk ke dalam dapur dan mengambil air. Lalu dia terdengar Boboiboy memanggil abangnya. "Abang Kaizo, tolong ajarkan saya soalan matematik yang ini"
ABANG?! BERANI KAU PANGGIL ABANG AKU ABANG! berapi api hati Fang. Selamat gelas di tangannya tidak pecah sebab dia menggenggam gelas itu begitu kuat sekali.
"Soalan yang mana Boboiboy?" kata Kaizo.
"Soalan no 3, saya tak faham"
"Bagi aku tengok"
Fang yang berada di dalam dapur, menahan kesabaran dia. Dia tidak mahu kalah dengan Boboiboy, lalu dia keluar dari dapur. Dia kembali ke tempat duduknya dan melihat abangnya begitu tekun sekali mengajar Boboiboy. Fang menggenggam tangannya di bawah meja, jadi dia pura-pura tidak faham dengan soalan matematik.
"Abang"
"Kau nak apa Pang?"
"Ermm.. tolong ajar adik soalan matematik yang nie, adik tak faham" Kaizo mengangkat kening kanannya sambil melihat adiknya. "Bukan kau pandai dalam matematik ke, macam mana boleh kau tak faham"
"Tapi.. hari itu adik dapat markah kosong dalam ujian matematik" kata Fang. Kaizo datang ke arah adiknya, Fang berharap sangat abang dia akan mengajar dia tetapi bukan. "KAMU DAPAT MARKAH KOSONG SEBAB KAU JAWAP MAIN-MAIN! sudah! buat kerja sekolah kau!"
Boboiboy yang melihat Kaizo memarahi Fang, dia berasa kesian dengan Fang. Fang cuma nak layanan yang terbaik seperti Boboiboy dapat daripada abang dia. Boboiboy nampak air muka Fang berubah menjadi sedih. "Adik keluar sekejap" kata Fang secara pelahan-lahan. Kaizo buat tidak tahu sahaja, dia biarkan sahaja adik dia keluar dari rumah.
"Fang" Boboiboy memanggil kawan baik dia yang sedang membuka pintu rumah.
"Biarkan si Pang tue, nanti-nanti dia akan sedar juga" kata Kaizo. Takpe, malam nanti aku akan bercakap dengan dia, kata dihati Kaizo
------------------------------------------------------------------------------
Fang tidak pergi ke pantai atau ke kedai Tok Aba untuk berfikir tapi dia pergi ke taman permainan. Di situ dia duduk di atas buai sambil menghayun-hayunkan dirinya secara pelahan. "Salah ke aku nak minta pertolongan daripada abang" kata Fang sorang-sorang. Fang hanya memandang kanak-kanak lain bermain dengan begitu seronok sekali. Dia juga nampak Yaya sedang bermain dengan adik keciknya, mereka begitu mesra sekali.
Fang tidak pernah bermain bersuka ria dengan abangnya sewaktu dia kecik lagi, kalau ada pun, masa dia masih bayi lagi. Dia tidak ingat sangat. Dia cemburu melihat Yaya dengan adiknya bermain bersama.
"Fang" Boboiboy muncul di sebelah Fang. Dia juga duduk di atas buai.
"Kau nak apa Boboiboy" kata Fang dengan nada yang sedih.
"Ermm... aku sebenarnya nak minta maaf"
"Minta maaf? minta maaf sebab apa?" Fang berasa pelik, kenapa Boboiboy perlu minta maaf pula. Apa salah dia dekat aku? fikir Fang
"Sebab aku cemburu tengok kau dengan abang kau. Korang begitu rapat sekali"
"Buat apa kau nak cemburu dengan aku pula. Aku patut cemburu dengan kau sebab abang aku layan kau begitu baik sekali, dengan aku, macam nak makan aku sahaja" kata Fang.
"Ala Fang, garang macam mana pun abang kau, dia tetap sayangkan kau. Aku takde abang atau adik macam kau, aku kadang-kadang cemburu tengok korang bergaduh lepas tue berbaik semula. Keakraban korang buatkan aku rasa cemburu"
"Yelah Boboiboy. Dia bagi aku tension adalah. Tapi aku juga ada cemburu dengan kau sebab kau ada ibubapa kau, ada Tok Aba. Aku hanya ada abang seorang sahaja, itu pun aku takut dia tinggalkan aku lagi"
"Kelakarlah kita nie Fang, aku cemburukan kau, kau pun cemburukan aku" Boboiboy dan Fang tergelak apabila mereka sedar yang sebenarnya mereka cemburu sesama sendiri.
"Hah! elok sangatlah tue, dua-dua cemburu" muncul Yaya dengan adik dia. "Eh, dari mana kau datang, Yaya" tanya Boboiboy
"Itulah korang, aku datang ke sini pun dua-dua tak sedar. Itu lah korang berdua, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dalam hidup kita, kita patut bersyukur apa yang kita ada, jangan nak cemburu sangat" Boboiboy dan Fang tersengih dekat Yaya "Tapi kalau korang nak cemburu pun, biarlah cemburu ke arah kebaikan bukan ke arah kejahatan"
"Apa maksud kau Yaya, aku tak faham lah"
"Kau nie Boboiboy. Maksud aku, contohnya kau cemburu kerana Fang mendapat markah matematik lebih tinggi daripada kau, jadi kau kena berusaha lebih kuat lagi supaya kau boleh memperbaiki markah matematik kau. Bukannya pergi sabotaj Fang"
"Oh begitu, baru aku faham. Terima kasih Yaya"
"Sama-sama Boboiboy. Aku balik dulu, jumpa esok" Yaya memimpin tangan adiknya dan lalu mereka beredar dari situ sambil bernyanyi lagu kanak-kanak.
"Boboiboy, jom lumba"
"Lumba? lumba apa Fang?" tanya Boboiboy
"Lumba siapa dapat buai paling tinggi sekali. Aku akan kalahkan kau Boboiboy"
"Eleh! mari kita lihat siapa lagi hebat!" Mereka berdua bergelak suka ria dan menghayunkan badan masing-masing supaya mereka boleh buai lebih tinggi dan lebih laju lagi. Dua-dua tak nak kalah.
Yaya menoleh kebelakang dan melihat dua kawan lelakinya yang begitu akrab sekali, mereka bergelak ketawa bersama sambil bermain buai.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top