Abang dan Adik
"Abang! Fang keluar dulu" Sebelum sempat Kaizo nak menjawab, Fang sudah pun keluar dari rumah. Kaizo berasa pelik dengan kelakuan adiknya akhir-akhir ini. Dia selalu sangat keluar pergi berjalan-jalan tapi bukan pergi bersama dengan kawan-kawannya, dengan orang lain. Fang ada bawa balik makanan lebih atau barang-barang yang dibeli olehnya, seperti semalam, dia membeli cd lagu rock untuk abang dia. Semalam dia menghubungi Boboiboy dan bertanya kepada dia, ke mana adik dia pergi semalam dan dengan siapa dia keluar. Boboiboy hanya menjawab tak tahu
Hari ini Kaizo berasa sungguh curiga, lalu dia pergi mengekori Fang. Kaizo secara senyap-senyap mengikut Fang dari belakang. Fang juga tidak sedar bahawa abang dia sedang mengekori dia. Kaizo melihat adiknya mengikut jalan ke rumah Ying.
"Hah, ini mesti keluar bersama kawan perempuan dia tue" kata Kaizo yang sedang sorok di belakang tiang elektrik. Tapi bukan rumah Ying yang Fang pergi, rumah jiran sebelah Ying yang dia pergi. Kaizo berasa pelik, rumah siapa yang adik dia pergi. Kaizo memerhati dari jauh. Pintu rumah itu terbuka dan Lynna keluar dari rumah tersebut. "Eh, dia ada dekat sini" Kaizo memerhatikan lagi.
"Apa abang Kaizo buat dekat sini?" terkejut Kaizo. Dia melihat Boboiboy ada di sebelah dia. "Aku sedang memerhatikan adik aku" Boboiboy juga melihat apa yang Kaizo sedang melihat sekarang. Nampaknya Fang dan Lynna sedang berjalan bersama pergi ke sesuatu tempat.
Kaizo mengikut sahaja ke mana mereka berdua pergi. Boboiboy juga diheret ikut oleh Kaizo. "Kenapa saya perlu ikut juga?" tanya Boboiboy
"Sebab kau pun semalam tak tahu dengan siapa adik aku keluar" kata Kaizo. Tiba-tiba Boboiboy teringat balik masa Fang mengekori abang dia dan kak Lynna. Cheh, abang dengan adik, perangai sama sahaja, fikir Boboiboy. Yang jadi mangsa, aku juga, fikir Boboiboy lagi
Mereka mengikut sahaja ke mana Fang dan Lynna pergi. Tempat pertama mereka kunjungi ialah tepi pantai. Lynna belanja Fang air kelapa, selepas itu mereka duduk di gerai yang ada di tepi pantai sambil makan keropok. Kaizo perhatikan sahaja dari jauh. Kaizo melihat adiknya begitu mesra sekali dengan Lynna, dia cuba untuk mendengar apa yang mereka berborakkan tetapi kedudukan dia dan mereka, agak jauh. Jadi dia suruh Boboiboy pergi dan dengarkan apa yang mereka sedang berborakkan.
"Kenapa saya pula" tanya Boboiboy
"Jangan banyak tanya, pergi sahaja apa yang aku suruh buat" Lalu Boboiboy pergi sahaja dan berjalan ke arah Lynna dan Fang yang sedang menikmati keropok. "Agaknya, macam inilah Fang kena suruh tiap-tiap hari" bisik Boboiboy sorang-sorang
Boboiboy terdengar perbualan mereka berdua "Kak Lynna, semenjak akhir-akhir nie suka sangat datang sini" kata Fang
"Sini sebab bandar dia tak serabut, ada pantai yang indah, makanan dekat sini pun sedap-sedap dan juga boleh tenangkan diri dekat sini. Ala, bukan selalu pun datang sini, kadang-kadang sahaja. Nak lari daripada KL, serabut otak akak"
"Kak Lynna takpe ke bawa Fang jalan-jalan dekat Pulau Rintis"
"Kan hari tue lagi akak cakap, akak tak kisah tapi kenapa abang kamu tak bawa Fang pergi jalan-jalan?" tanya Lynna sambil mengambil satu keropok. "Abang tue, kalau ajak jalan pun, dia mesti menolak. Banyak alasan dia akan beri. Dia mesti naik ke kapal angkasa dia sebab latihan tempur dia. Hobi abang saya tue ialah latihan tempur, dari dulu lagi. Fang masa kecik dulu, selalu kena paksa dengan latihan tempur dia. Dia tak nak tengok adik dia lemah" kata Fang.
Kaizo bukan sejenis yang suka bawa adik dia pergi berjalan-jalan. Kalau dah terdesak sangat dari adik dia, dia akan bawa. Kaizo lebih suka menghabiskan masa di kapal angkasa atau baca buku novel hantu. Tak tahu pula dia minat cerita hantu. Sedang asyik Boboiboy mendengar perbualan mereka berdua, baju dia diheret kebelakang
Kaizo sedang mengheret Boboiboy dan sorok di belakang pokok. "Apa yang kau dengar?" tanya Boboiboy
"Dia orang cerita pasal... pasal abang Kaizo tak bawa Fang pergi berjalan-jalan"
"Betul ke apa yang kau dengar?" Kaizo merenung mata Boboiboy dengan lebih dekat "Be-betul abang Kaizo" kata Boboiboy. Kaizo perhatikan balik ke arah adiknya dan lalu mengqenggam tangannya
"Cis, tak guna punya adik. Jaga kau nanti, Pang"
"Abang Kaizo" panggil Boboiboy.
"Kau nak apa?" Kaizo tidak mengalih pandangan dia, dia asyik memerhatikan adik dia berborak mesra dengan Lynna. Kaizo ada sedikit rasa cemburu di hati. Dia tidak pernah berborak dengan adiknya semesra itu, kalau ada pun masa adik dia buat hal atau merajuk, tak pun tengah marah dengan dia. Kalau berborak biasa, memang tiada. Kalau bergurau senda manja-manja pun ikut mood dia juga. Mereka berdua selalunya akan bergaduh, selepas itu berbaik semula.
"Abang Kaizo sebenarnya cemburu Fang dengan orang lainkan" Tekaan Boboiboy memang tepat. Kaizo senyap sahaja, dia tidak mahu menjawab soalan Boboiboy tadi. Fang dan Lynna bangun dan terus pergi ke tempat seterusnya. Fang masih lagi pegang air kelapa dia. Dia rasa air kelapa itu sedap sangat, sampai dia sendiri nak belikan satu untuk abang dia. Kaizo dari jauh nampak Fang patah balik untuk membeli air kelapa lagi. Kaizo tidak tahu kenapa adik dia beli air kelapa, mungkin untuk Lynna? Perasaan cemburu dia semakin mendalam.
Kaizo dengan perasaan begitu geram, dia menumbuk pokok itu. "Erkk.. sabar abang Kaizo. Pokok tue tak buat salah"
"Salah ke tak salah ke, ADIK AKU AKAN DIKENAKAN HUKUMAN!"
Fang menoleh kebelakang, dia rasa dia terdengar suara abang dia tapi tiada pula abang dia. Kaizo sempat sembunyikan diri sebelum adik dia sedar dengan kehadiran dia dan Boboiboy. "Kenapa Fang?" tanya Lynna
"Rasa macam terdengar suara abang"
"Perasaan Fang sahaja kot" kata Lynna. Lalu mereka berdua sambung berjalan ke arah bandar pula. Kaizo dan Boboiboy mengikut mereka lagi. Sampai sahaja di bangar, Fang membawa Lynna ke beberapa kedai yang menarik. Fang juga tidak ketinggalan masuk ke dalam kedai buku kesukaan dia.
Lynna melihat sahaja Fang begitu teruja sekali melihat buku-buku mata pelajaran yang ada di kedai buku tersebut. Kalau boleh, dia nak beli semua. Lynna hanya tersenyum melihat gelagat dia. Kaizo dan Boboiboy sembunyikan diri disebalik rak buku. Kaizo melihat adik dia sedang membelek-belek buku Matematik sambil ceritakan kepada Lynna yang dia memang minat sangat dengan Matematik
"Semenjak saya kecil lagi saya minat dengan matematik. Bagi saya matematik itu senang. Bukan setakat matematik sahaja, semua mata pelajaran yang lain juga saya minat"
"Patutlah abang awak kata, awak nie pandai. Minat belajar rupanya" Fang mula rasa malu. "Lagipun, Fang nak jadi pandai macam abang" kata Fang. Lynna hanya tersenyum sahaja. Mereka memilih buku-buku yang Fang nak beli, Kaizo perhatikan sahaja mereka berdua. "Cis, tak pernah pula dia nak ajak aku ke kedai buku" Kaizo rasa geram tambah cemburu kepada mereka berdua
Boboiboy pula sudah berada di rak buku komik.
Fang pergi mengambil bakul yang ada di depan pintu kedai, lalu dia mengambil satu demi satu buku latihan darjah 6. Mengikut kata Fang, belajar lebih awal, lagi cepat pandai, boleh dapat no.1. Itu pun kalau tak sama kelas dengan Yaya dan Ying. Setelah selesai memilih buku-buku yang dikehendaki, Fang terus ke tempat rak buku cerita hantu. "Minat cerita hantu?" tanya Lynna
"Tak, Fang nak belikan untuk abang. Abang selalu belikan sesuatu untuk Fang, jadi Fang nak juga belikan sesuatu untuk abang. Fang tahu abang suka sangat dengan novel cerita hantu. Fang selalu nampak dia baca novel hantu dekat ruang tamu" Fang memilih buku novel hantu yang paling sesuai untuk abang dia dengan bantuan daripada Lynna.
Lynna ada tunjukkan buku novel hantu bercampur dengan misteri kepada Fang. "Cuba bagi sesuatu yang baru dekat abang kamu"
"Kalau dia tak suka macam mana?"
"Jangan risau, dia akan suka" Lalu Fang mengambil kesemua buku series tersebut. "Banyaknya Fang ambil"
"Ini semua untuk abang" Fang mengambil buku terakhir dan letak di dalam bakul yang penuh dengan buku.
Kaizo rasa terharu kerana adik dia belikan sebuah buku novel untuk dia. Rasa cemburu dia tadi sudah berkurangan, tapi rasa sayang kepada adik dia lagi bertambah. Selepas sahaja mereka habis bayar buku-buku tersebut, Lynna mengajak Fang ke kedai roti yang berdekatan. Kaizo pula mengheret Boboiboy yang sedang membaca komik, komik itu sudah dibayar. Kaizo yang kena bayar
Kaizo mengikut mereka lagi. Fang dan Lynna masuk ke dalam kedai roti yang agak popular di Pulau Rintis. "Roti?"
"Ha ah, hari itu akak ada beli roti dekat sini. Semuanya sedap-sedap"
"Fang jarang beli roti dekat sini tapi selalu dengar roti dekat kedai ini memang sedap" Fang dan Lynna pilih roti yang mana mereka hendak beli. Kaizo pula tidak mahu masuk ke dalam kedai kerana tiada tempat untuk sembunyikan diri daripada mereka berdua. Jadi dia perhatikan dari luar sahaja. "Abang Kaizo, masuk sahajalah. Pergi aje lah tegur dia orang" kata Boboiboy yang sudah penat mengekori mereka berdua
"Kalau kau tak nak ikut, kau boleh balik. Biar aku sorang sahaja yang perhatikan mereka" kata Kaizo. Boboiboy dengan rela hati tinggalkan Kaizo di situ. "Boboiboy pergi dulu yea"
Kaizo buat-buat tak tahu sahaja, dia dari tadi asyik memerhatikan mereka berdua. Fang dan Lynna sedang berbincang roti mana yang hendak beli. Cemburu di hati Kaizo kembali lagi. Dia mana pernah pergi beli roti sama-sama dengan adik dia. "Lama betul dia orang pilih roti" kata Kaizo "Tak boleh jadi nie" Kaizo mengeluarkan cermin mata hitamnya yang di dalam poket baju, lalu dia memakainya
Dia senyap-senyap masuk dan terus ke tepi tapi jauh sedikit daripada mereka berdua. Kaizo terdengar perbualan mereka
"Abang mesti suka roti yang nie" kata Fang
"Tapi Fang pasti abang suka roti keju nie? Setahu akak, dia suka lobak merah sahaja"
"Fang pun suka lobak merah juga tapi roti keju nie pun sedap juga" Fang membelek-belek roti tersebut. "Kalau dia tak nak, Fang makan ajelah" Lalu Fang mengambil tersebut dan letak di atas dulang. "Oh yeah, nak beli kek untuk abang lah. kek lobak merah!" Kaizo melihat gelagat adiknya yang begitu comel sekali, dia nampak Fang sedang melihat kesemua kek yang ada.
"Banyak betul Fang nak belikan untuk abang"
"Mestilah, Fang sayangkan abang. Dia sahajalah yang Fang ada sekarang" Kaizo rasa tak patut cemburu dengan mereka lagi kerana Fang sentiasa ingat dekat abang dia walaupun jauh mana pun Kaizo akan pergi. Kaizo mahu sahaja keluar dari tempat persembunyian dia dan peluk adik dia, tak pun cium cium adik dia walaupun sebenarnya adik dia tak berapa suka sangat bila kena cium.
Kaizo mula berfikir, patut ke dia biarkan mereka atau mengekori mereka lagi. Kalau adik dia, mesti adik dia akan rasa marah. Jadi, dia keluar dari kedai itu secara senyap-senyap agar mereka berdua tidak sedar yang dia ada di situ
"Eh abang?" Fang ternampak abang dia sedang keluar dari kedai tersebut.
"Abang kamu ada dekat sini ke?"
"Ha ah, tadi nampak abang tengah keluar dari kedai" Fang berlari ke pintu kedai dan nampak abang dia sedang berjalan dengan tangannya ke dalam poket. "Abang ikut aku ke?"
Lynna membayar kesemua roti tersebut termasuklah roti Fang. Dia pergi ke arah Fang yang masih melihat abangnya yang sudah berjalan jauh. "Fang nak balik rumah dah ke?" tanya Lynna
"Takdelah, Fang nak jalan-jalan lagi. Rasa seronok berjalan dengan kak Lynna"
"Takpe ke? Nanti abang kamu cemburu pulak"
"Jangan risaulah kak Lynna, lagipun Fang dah beli banyak barang untuk dia. Mesti dia tak rasa cemburu nanti" kata Fang sambil menunjukkan barang-barang yang dia beli untuk abang dia. "Ok, kalau macam itu, jom kita pergi ke cafe. Kita berehat sekejap"
Kaizo rasa bersalah mengintip adik dia tadi tapi apa dia boleh buat, perasaan cemburu dia telah mengawal emosi dia. Dia memang ada rasa sedikit cemburu kerana Lynna bawa Fang jalan-jalan dan layan dia begitu baik sekali walaupun adik dia ada beli macam-macam untuk dia, tapi dia tetap rasa cemburu. Tiba-tiba Kaizo berhenti berjalan dan patah balik. "Aku mesti rampas balik adik aku" kata Kaizo.
Kaizo pergi balik ke kedai roti tersebut dan dapati mereka sudah tiada di situ. Kaizo memcari mereka di setiap kedai sampailah dia nampak Fang dan Lynna sedang duduk berehat di sebuah cafe.
Kaizo ingin sahaja nak tarik tangan adik dia dan heret dia balik ke rumah tapi dia nak tahu apa yang mereka berdua sedang berborakkan. Kaizo mengambil meja yang berdekatan dan lalu mendengar perbualan mereka berdua.
"Rasa macam Fang ada kakak sendiri"
Kakak sendiri? terkejut Kaizo.
"Amboi, tapi keluar dengan abang kamu mesti lagi seronok kan"
"Entahlah, kalau keluar dengan dia, tak tahu lah apa akan terjadi.. tapi yang pasti, kita orang mesti bergaduh" kata Fang. Pelayan mereka sudah sampai dengan air kosong dan juice lobak merah dan meletakkan air-air tersebut di atas meja mereka. "Juice lobak merah adalah kegemaran abang" kata Fang lagi "Tapi air paling dia suka minum ialah teh"
"Tak tahu pula abang kamu suka minum air teh. Classy sangat" Fang dan Lynna tergelak.
"Fang, walaupun Fang dan abang kamu suka sangat bergaduh tapi kemesraan korang berdua memang tidak dapat dipisahkan" kata Lynna sambil memerhatikan Fang sedang menikmati juice lobak merah.
Bila sebut pasal kemesraan antara mereka berdua, Kaizo teringat lagi yang adik dia suka bermanja-manja dengan dia. Sifat Fang yang suka marah orang dan juga sifat sombong dia, tapi dia mesti nak bermanja dengan abang dia. Kaizo pula suka buli adik dia tapi dia juga suka apabila adik dia bermanja-manja dengan dia.
Kaizo terdengar telephone Lynna sedang berbunyi. "Hello?" kata Lynna yang sudah mengangkat telephone dia. Fang memerhatikan sahaja Lynna yang sedang bercakap dengan telephone
"Sekarang? Ok, aku akan datang sekarang" Lynna menghela nafas. "Fang, maaf. Akak ada hal penting yang tidak dapat dielakkan. Harap Fang faham"
"Hal apa akak?"
"Hal antara hidup dan mati. Maaf yea Fang. Akak pergi bayar dulu, selepas itu akak terpaksa pergi"
"Ok" kata Fang dengan nada sedih. Lynna masuk ke dalam kedai untuk membayar bil mereka, selepas itu terus dia beredar tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Fang. Fang rasa sedih kerana dia di tinggalkan keseorangan di situ. Kaizo yang berada di situ, lalu dia bangun dan terus ke meja adik dia
"Pang" Fang nampak abang dia sedang berdiri di depan meja dia "Eh, abang buat apa dekat sini?" Kaizo mengambil tempat yang Lynna duduk tadi.
"Abang nak minta maaf sebab abang mengekori adik dari pagi tadi"
"Takpelah abang" kata Fang lagi. Kaizo dapat memdengar suara adik dia yang sedang kesedihan. "Pang" panggil abang dia lagi "Jom, abang bawa adik pergi jalan-jalan"
Air muka Fang terus berubah "Betul ke abang?"
"Betul" kata Kaizo. Fang begitu ceria sekali. "Sebelum itu, kita makan dulu. Abang lapar"
Mereka berdua order makanan yang sama, Kaizo pula marah kepada adik dia kerana memilih makanan yang sama dengan dia. "Adik pun nak rasa juga, kalau adik ambik abang punya, mesti abang marahkan"
"Mestilah abang marah, kau tue yang tak reti nak order makanan yang lain"
"Cakap jelah sebenarnya abang nak rasa makanan adik juga kalau adik order makanan yang lain kan"
"Bila masa abang nak rasa makanan kau tue"
"Abang jangan nak tipu adik yea"
Terus mereka bergaduh, selepas itu berbaik semula sebab Fang tunjukkan buku-buku cerita misteri hantu yang dia beli tadi untuk abang dia.
Selepas sahaja habis makan, mereka pergi ke kedai mainan untuk membeli layang-layang. Kaizo yang cadangkan, dia tidak pernah bermain layang-layang. Masing-masing beli warna kegemaran mereka.
Mereka bermain di taman permainan yang berdekatan. "Pang"
"Yea abang" kata Fang yang sedang mengendali layang-layang ungunya.
"Pang suka keluar berjalan-jalan dengan Lynna"
"Suka, rasa seperti keluar dengan kakak sendiri" Rasa cemburu Kaizo datang balik. "Kenapa Pang rasa begitu?" tanya Kaizo lagi
"Sebab kak Lynna baik, dia layan adik macam adik dia sendiri tapi abang suka sangat buli adik"
"Habis tue, kau nak duduk dengan dia lah sebab dia layan kau macam adik dia sendiri"
"Abang cemburu yea" Kaizo senyap sahaja. Fang sambung lagi "Walapun adik anggap dia sebagai kakak sendiri tapi dia tak kan dapat kalahkan abang kerana abang ialah abang kandung adik. Adik tahu abang suka buli adik tapi sebenarnya adik tak kisah pun sebab adik terlampau sayang sangat dekat abang"
"Yelah budak busuk" kata Kaizo sambil tersenyum
"ADIK BUKAN BUDAK BUSUKLAH!"
"yang kau suka peluk abang masa busuk-busuk buat apa, jadilah budak busuk. Betul tak Pang" Fang berasa geram sangat, lalu dia melanggar layang-layang abang dia. Layang-layang Kaizo jatuh ke tanah
"PANG!"
"ABANG PANGGIL ADIK BUDAK BUSUK!"
"APA KENA MENGENA BUDAK BUSUK DENGAN LAYANG-LAYANG" Fang menjelir lidahnya kepada abang dia. Kaizo geram sangat dan mengejar adik dia di sekeliling taman permainan
"MARI SINI KAU BUDAK BUSUK!"
Kanak-kanak yang berada di situ, melihat sahaja mereka berdua kejar mengejar. "MAAFKAN ADIK!"
"AKU AKAN MENGHUKUM KAU, PANG!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top