Viral
Semenjak akhir-akhir ini, Fang rasa pelik dengan kelakuan adik angkatnya. Rizu selalu berada di kedai Kokotiam Tok Aba bersama dengan Gopal. Mereka berdua berada di kedai itu bukan untuk menjamu selera tetapi, kerana ingin menonton sebuah rancangan TV. Setiap kali Fang tiba di kedai tersebut, mereka kelihatan sedih dan marah pada seseorang. Apa yang mereka ceritakan, Fang tidak tahu. Jadi, suatu hari, dia datang awal ke kedai tersebut. Dia ingin menyiasat, rancangan apakah yang mereka menonton sehingga membuatkan mereka menangis ataupun marah tidak terhenti-henti. Fang dengan penuh semangat, dia keluar dari rumah dengan harapan dapat menangkap rancangan apa yang mereka menonton. Setelah dia tiba di kedai Kokotiam, rancangan TV tersebut sudah pun tamat
"Abang Gopal! Pizu marah betul dekat dia!"
"Abang pun sama!" kata Gopal sambil menghentak tangannya di meja kedai tersebut
"Kalau ya pun, janganlah hentak meja kedai atuk ni" tegur Tok Aba "Layan juga yea korang cerita drama tu tadi"
"Mestilah atuk! Kalau Pizu menontotn dengan abang Fang, mesti tiada reaksi dari dia. Baik Pizu tengok dengan abang Gopal"
"Hehehe.. bagus Rizu, bagus. Abang akan sentiasa temankan Rizu" Gopal mengusap-usap kepala Rizu "Lagipun abang rasa seronok sangat dapat menonton drama tu tadi dengan Rizu. Hati abang rasa gembira sangat sampai nak makan popcorn sambil menonton drama tu balik bersama dengan Rizu. Lain kali, abang bawa popcorn ok"
"OK!"
Fang terus mendekati mereka berdua. Dia kelihatan tidak berpuas hati dengan mereka. Dia berdiri sahaja di belakang mereka berdua. Gopal dan Rizu masih lagi rancak berborak. Mereka tidak perasan dengan kehadiran sang alien tersebut. Boboiboy pusing kebelakang untuk hidangkan makanan mereka berdua, dia terkejut dengan kehadiran Fang. Lalu dia tersengih bersendirian di situ
"Eh Fang" kata Boboiboy
Rizu terus pusing kebelakang. Satu senyuman dan satu pelukan terus diberikan kepada Fang. Dia suka apabila abang angkatnya ada di situ. Gopal pula, mata dia sudah tertumpu kepada makanan yang diberikan oleh Boboiboy tadi. Lalu dia makan terlebih dahulu dan hiraukan tentang kehadiran Fang
"Abang Fang! Abang Fang rugi tak tengok drama tadi"
"Drama apa yang korang seronok sangat menonton tu?" Fang duduk di sebelah Rizu
"Drama sedih tapi pada masa yang sama, rasa nak marah aje. Betul kan abang Gopal"
"Betul betul" kata Gopal dengan mulutnya penuh dengan cekodok chocolate "Kalau kau tengok, mesti kau rasa macam nak mengamuk" kata dia kepada Fang "Mesti kau rasa macam nak belasah adik dia tu"
"Pizu pun rasa begitu. Pizu geram betul dengan adik dia tu" Lalu Rizu memotong pancake dia. Selepas itu dia masuk kepingan pancake yang telah dipotong, ke dalam mulutnya. Lalu dia berkata lagi "Pizu tak sabar nak tengok episode yang seterusnya. Cepatlah esok! Pizu nak tahu apa yang terjadi seterusnya"
"Rizu, best sangat ke cerita tu?"
"Best!" jawab Rizu sehingga membuatkan sisa-sisa pancake terkena baju Fang "Abang Fang kena tengok! Abang Kaizo pun kena tengok juga tapi.."
"Tapi apa?" soal Fang
"Tapi mesti abang Kaizo mesti bagi jawapan bolehlah. Lepas tu tiada reaksi. Yelah, abang Kaizo tu kan jenis tiada perasaan dengan apa-apa kecuali kalau abang Fang dalam masalah"
"Itu abang sokong" kata Gopal secara tiba-tiba "Kapten Kaizo tu, suka betul marah-marah orang. Dahlah garang macam singa. Takut betul abang dengan Kapten Kaizo tu. Patutlah si Fang ni suka mengamuk tak tentu pasal sebab abang dia garang semacam. Rizu tak takut ke dengan Kapten Kaizo tu?"
"Hmmm..." Rizu fikirkan balik. Sepanjang dia kenal Kapten Kaizo, tidak pernah dia rasa takut dengan kegarangan Kaizo "Pizu tak takut dengan abang Kaizo. Lagipun abang Kaizo selalu layan Pizu dengan baik. Semalam abang Kaizo belanja Pizu makan pizza! Lepas tu, kak Lynna bawa Pizu pergi main dengan taman permainan sementara abang Fang kena jalankan hukuman latihan tempur"
"Aik, apasal kau kena hukuman semalam?"
"Sebab aku buat nakal semalam" jawab Fang kepada Boboiboy dalam nada bosan. Jari telunjuk dia asyik mengetuk-getuk meja kaunter kedai itu dan tangan kanan dia pula, sebagai tongkat dagunya. Perasaan tidak puas timbul dihati Fang "Ala, aku buat nakal sikit aje. Bukannya banyak pun. Tak pasal-pasal, abang aku terus menghukum aku tanpa banyak soal. Nak aje aku sekeh kepala abang aku tu"
Boboiboy gelengkan kepalanya. Dia tahu, walaupun Fang banyak kali kena hukuman ataupun kena buli, Kaizo tetap sayangkan adiknya. Kapten Kaizo hanya mahukan keselamatan adiknya terjaga. Kadang-kala, Kaizo risau juga jikalau Fang pergi mengembara di planet lain atau dimana-mana tempat. Walau bagaimanapun, dia tetap percayakan adik dia selamat tapi ada kalanya, dia akan risau juga
"Abang kau mana?" soal Boboiboy sambil mengemas gelas-gelas di kedai Tok Aba "Pergi latihan tempur ke?"
"Ha ah" jawab Fang "Hari ni dia ada latihan tempur dengan kak Lynna dekat kapal angkasa dia. Boleh pulak kak Lynna setuju dengan latihan tempur tu. Jangan abang aku terlampau ganas sangat dengan latihan tempur dia sudah"
"Ala, ganas macam mana pun, kak Lynna mesti pandai lawan balik" kata Gopal dengan penuh yakin "Lagipun, aku tengok Kapten Kaizo dan kak Lynna sama kuat"
"Betul kata kau Gopal" Boboiboy mengambil pinggan kosong Gopal "Mesti Kapten Kaizo tak sangka, dapat jumpa seseorang yang sama kuat dengan dia. Mesti hati dia teruja sangat"
"Bukan setakat teruja, Boboiboy. Mesti dia jatuh cinta sekali" Gopal tergelak kuat di situ "Hahahaha.. Kapten Kaizo jatuh cinta. Macam tak percaya aku"
Fang terbayangkan wajah abang dia dilamun cinta. Lalu dia ketawa sekali dengan Gopal. Mereka boleh nampak Kapten Kaizo dilamun cinta. Mata hitam dia bagaikan ada bentuk hati berwarna merah jambu. Senyuman dia seperti kanak-kanak dapat sesuatu yang mengembirakan seperti gula-gula ataupun mainan baru. Hati dia, bagaikan berbunga-bunga. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Kaizo, semuanya sangat romantik sekali. Fang dan Gopal ketawa lagi. Boboiboy hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Rizu berasa pelik, apa yang mereka sedang ketawakan ketika itu?
"Abang Fang!"
"Yea Rizu" Fang terus memandang Rizu
"Abang Fang dan abang Gopal ketawa macam orang tak betul. Nanti pelanggan Tok Aba lari sebab korang berdua"
"Hehehe.. maaf" Fang tersengih sedikit
"Bagus Rizu tegur dia orang berdua" Tiba-tiba suara Tok Aba muncul. Dia baru selesai menghantar makanan kepada para pelanggannya "Korang berdua gelak sampai pelanggan atuk pandang korang berdua"
"Maafkan kami atuk" kata Fang "Kami tak sengaja.. hehehe"
"Abang Fang dan abang Gopal ketawakan pasal apa?"
"Rizu nak tahu ke?" Rizu angguk kepalanya kepada Fang "Hehehe.. abang gelak sebab terbayangkan Kapten Kaizo dilamun cinta"
"Ohhh... mesti comelkan kalau abang Paizo jatuh cinta. Hehehehe" Rizu ketawa kecil di situ
"Baguslah tu kalau dia jatuh cinta. Entah-entah gadis tu memang jodoh dia" Tok Aba turut ketawa kecil juga "Tapi atuk nak nasihatkan korang semua, jangan nak masuk dalam urusan Kaizo tu. Biarkanlah dia dengan cinta hati dia. Itu pun kalau ada"
"Hehehe.. jangan risaulah Tok Aba. Kami tak kan kacau, kami cuma bertanya aje dekat dia" Fang tersenyum kambing sampai nampak gigi
Tok Aba gelengkan kepala sahaja. Fang memang suka kacau abang dia, lebih-lebih lagi tentang hubungan Kaizo dan Lynna. Memang benar, sekarang ini mereka hanyalah kawan sahaja tetapi, kita tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Fang teruja kerana ingin melihat apa yang bakal berlaku nanti. Adakah dia dapat melihat abang dia berkahwin. Mesti Fang tidak dapat mengawal perasaan dia nanti. Rizu usik-usik lengan abang angkatnya
"Abang Fang ok ke?"
"Abang ok" kata Fang yang masih lagi terbayangkan abang dia kahwin dengan seorang gadis "Rizu, meh lah cerita drama Rizu tonton tadi" Mata dia entah ke mana dia melihat. Langsung tidak memandang Rizu
"Abang Fang ni dengar ke kalau Pizu cerita?"
Fang sudah mengelamun jauh sehingga dia tidak dengar percakapan Rizu tadi. Tiba-tiba sahaja Gopal ketuk kepala Fang dengan periuk. Dia pergi ambil dari kabinet kedai Tok Aba. Aura-aura hitam Fang mula muncul. Mata dia berubah menjadi merah. Lalu memandang Gopal
"Kau nak kena belasah ke?" soal Fang dalam suara yang agak menakutkan
"Ta-tak nak" Lalu Gopal melarikan diri "AKU LARI DULU!" Jerit dia dari jauh
"Kasihan abang Gopal"
"Tak payah kasihan sangat dekat si Gopal tu. Jom Rizu, kita pergi jalan-jalan" Fang tersenyum bangga di situ "Rizu nak pergi mana? Biar abang bawa"
"Ermmm.. Pizu nak tengok drama tadi dengan abang Fang!"
Hilang terus senyuman bangga dari wajah Fang. Mata dia tertumpu kepada senyuman Rizu yang terlampau comel itu. Hati dia terus cair kerana senyuman Rizu, membuatkan Fang kembali senyum. Boboiboy tergelak seketika
"Tapi.. abang bukannya minat sangat tengok drama"
"Ala, kali ini aje abang Fang" Rizu tetap dengan senyuman comel dia "Kalau tak nak, takpelah. Pizu pujuk abang Kaizo nanti! Hehehe..."
"Rizu berjaya ke nanti pujuk Kapten Kaizo tu?" soal Ochobot secara tiba-tiba
"Mestilah boleh. Pizu kan comel!"
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecomelan Rizu, selalu membuatkan Kaizo kurang marah atau paling seronok sekali, mesti Kaizo akan belanja makan. Tetapi Rizu bukanlah seseorang yang suka mengambil kesempatan. Ibu dia selalu berpesan, jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua hari kemudian, drama bersiri itu menjadikan bahan bualan orang ramai. Kadang-kala, Fang rasa diri dia ketinggalan pula. Pada masa yang sama, dia sangat bersyukur kerana ada kawan-kawan dia tidak mengikuti drama tersebut. Mereka adalah Boboiboy, Yaya dan Ying. Ketika dia dalam perjalanan pulang, hati dia tenang dan dia kelihatan gembira sedikit. Hari ini tiada gangguan daripada Gopal. Jikalau Gopal ada, mesti dia bercerita tentang drama itu tanpa berhenti. Boboiboy pula, akan terpengaruh sekali. Walaupun Boboiboy tidak mengikuti drama itu, tetapi dia ada menonton drama itu sedikit. Yaya dan Ying pula, mereka terlalu sibuk dengan kerja-kerja sekolah mereka
"Sedap betul donut lobak merah ni!" kata Fang sambil ketawa seorang diri "Tapi.. donut lobak merah setiap hari rasa sedap! Hahahahaha! Aku bangga kerana dapat menikmati donut yang paling sedap di alam semesta ini!"
"Apasal kau cakap seorang diri ni?" muncul satu suara yang membuatkan Fang terkejut
Fang menoleh kepalanya ke kanan. Selamat bukan Gopal atau sesiapa yang suka cari pasal dengan dia
"Lahap! Apa kau buat dekat sini?" soal Fang
"Aku dekat sini sebab biskut kawan kau"
"Biskut Yaya?" Dengar perkataan biskut Yaya aje, terus Fang menggigil. Dia tidak dapat lupakan rasa biskut yang sangat meloyakan itu. Tiba-tiba tekak dia rasa lain macam. Dia seperti ingin muntah "Kenapa dengan biskut tu? Lahap nak beritahu perkara yang sebenar dekat dia bahawa biskut dia memang tak sedap!"
"Biskut kawan kau tu sedap sampai aku order banyak kali dari dia"
Fang rasa nak muntah di situ. Lalu Lahap berkata lagi
"Kadang-kala, dia ada luahkan kepada aku sebab biskut dia tidak berapa laku tapi aku sebagai penyelamat dia, aku ambik semua biskut dia" kata dia dengan penuh bangga "Kawan kau rasa gembira sangat sampai buat biskut lagi untuk aku. Aku kadang-kala ada juga bagi kawan-kawan alien aku rasa biskut tu. Biskut tu memang viral dekat seluruh angkasa"
"Dia orang pun suka juga ke dengan biskut tu?"
"Ada yang suka dan ada yang tak suka. Yang suka sangat tu, asyik mintak order lagi aje. Kadang-kadang ada juga yang mintak resepi tapi bila dah buat biskut kawan kau tu, jadi rasa macam lain.. macam rasa donut kegemaran kau tu. Lepas tu, dia orang cakap tak sesedap biskut kawan kau. Jadi dia orang order sahaja biskut tu"
Fang rasa hendak tergelak di situ. Tiba-tiba pula biskut Yaya menjadi sedap
"Hmm.. patutlah aku selalu nampak si Yaya terlampau rajin sangat buat biskut dia banyak-banyak" Fang mengusap dagunya "Rupanya ada alien lain yang order biskut dia yang tak sedap tu"
Lahap ketawa kecil. Fang terus memandang Lahap dengan perasaan pelik. Lalu dia abaikan sahaja. Dia kembali makan donut lobak merahnya. Lahap mula bertanya kepada sang alien itu
"Tadi aku nampak kau senyum semacam. Ada apa-apa ke?"
"Takde apa-apalah" kata Fang "Aku cuma gembira sebab hari ni takde Gopal. Kalau tidak, asyik dengar cerita drama TV dia tu. Boleh naik tension aku!"
"Hahaha... itu pun kau nak tension" Lahap gelengkan kepala "Ala, drama tu best apa"
Fang tersedak sekejap. Dia tidak sangka pula Lahap boleh layan drama tersebut. Lalu timbul satu persoalan di dalam kepala Fang. Dia beri satu renungan ke arah Lahap
"Lahap, macam mana kau boleh layan drama tu? Kau tengok dekat rumah Gopal ke?"
"Bukanlah" jawab Lahap "Aku tengok dekat kapal angkasa Kapten aku. Time aku tengah bosan, aku tengoklah drama tu sambil layan biskut kawan kau"
"Hmm.. abang aku tahu ke?"
"Err.. tak" Lahap tersengih sedikit "Tapi kau jangan beritahu dia pulak. Habis aku kena belasah nanti"
"Tak, aku beritahu dia pun tapi.. macam mana drama tu boleh dapat dekat kapal angkasa abang aku. Kau buat sesuatu dekat kapal angkasa tu ke?"
"Mana adalah" Tiba-tiba sahaja Lahap belai kepala Fang secara manja. Ianya seperti menepuk sambil membelai kepala seekor kucing "Tak kan kau lupa. Kapal angkasa Kapten adalah sebuah kapal angkasa yang mempunyai teknologi canggih. Lagi canggih daripada teknologi dekat bumi ni"
Fang angguk kepalanya sebagai tanda setuju. Belaian dari Lahap tadi, membuatkan dia terkenang semasa dia masih kecil lagi. Lahap yang selalu melayan karenah dia. Manakala abang dia pula, selalu sibuk dengan misi. Boleh dikatakan dia amat rindu dengan abangnya. Semakin hari, semakin dia membesar, Kaizo mengajar diri Fang dapat menjaga dirinya sendiri apabila disuruh untuk jalankan misi
"Tapi drama dekat bumi ni, banyak juga yang menarik. Drama yang viral sekarang ni, memang betul-betul viral dekat angkasa" Fang hampir tersedak di situ. Dia terbatuk-batuk sedikit "Yea, memang viral. Famous juga drama yang kawan kau tengok tu, sampai aku pun boleh layan sekali"
"Tak sangka aku, alien seperti kau pun boleh layan drama TV"
Lahap tersengih sedikit
"Ala, sekali-sekala layan.. bukannya selalu pun. Jangan beritahu kapten pulak"
"Jangan risaulah. Aku tak kan beritahu abang aku" kata Fang sambil berikan senyuman ikhlas kepada Lahap "Jadi, kalau aku nak buat party dekat kapal angkasa abang aku. Bolehlah kau simpankan rahsia daripada dia kan kan kan"
"Hmmm... kalau aku simpan rahsia pun, pasti dia akan tahu juga. Kau ajelah abang kau tu, dia mesti dapat hidu sesuatu yang tak kena nanti"
"Tahu takpe" Fang terus bermasam muka "Oklah Lahap, aku nak balik rumah. Jumpa lagi"
Mereka berpisah dari situ. Lahap terus berjalan dari arah bertentangan dengan Fang. Sepanjang perjalanan Fang ke rumah, hati dia rasa ada sesuatu tidak kena. Adakah dia risau tentang abang dia? Bukan itu, fikir Fang. Perasaan ini dia tidak dapat jelaskan. Dia cuba abaikan dan teruskan perjalanannya pulang ke rumah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiba sahaja Fang sampai di rumah, dia membuka pintu rumahnya. Dia terdengar Rizu sedang berceritakan tentang sesuatu kepada Kaizo. Dia tidak pasti, cerita apa yang seronok sampai sehingga membuatkan abang dia menjadi pendengar setia. Lalu dia pergi ke ruang tamu. Dia melihat television rumahnya sedang memaparkan sebuah rancangan drama. Rizu terkejut dengan kepulangan Fang
"ABANG FANG!" jerit Rizu dengan gembiranya "Abang Fang, meh lah tengok drama ni dengan Pizu dan abang Kaizo"
"Drama apa?" Fang duduk di atas sofa
"Drama yang best tu! Drama yang Pizu selalu tengok dengan abang Gopal"
Fang bermasam muka sambil berikan renungan ke arah Rizu. Sang kecil itu ketawa kecil kerana wajah Fang ketika sangat mencuit hatinya. Lalu Kaizo baling satu cushion ke arah Fang. Ianya terkena muka Fang. Mata dia terkebil-kebil seketika. Lalu dia melirik matanya ke arah abangnya. Kaizo berpura-pura tidak tentang itu. Mata dia hanya tertumpu pada kaca television
"Abang Kaizo!"
"Kenapa Rizu?" soal Kaizo tanpa hiraukan tentang adiknya
Mulut Fang bergerak-gerak sedikit. Dia seperti ingin hemburkan kata-kata marah kepada abangnya
"Abang Kaizo suka tak dengan drama ni?"
"Hmm.. bolehlah" balas Kaizo dengan nada serius "Abang layan aje drama ni"
"ABANG!" jerit Fang sehingga membuatkan dia berdiri "ABANG YANG BALING BANTAL DEKAT ADIK KAN?"
"Entah" jawab Kaizo
"Aku gigit juga abang aku ni" Hati Fang menjadi panas ketika itu. Aura-aura hitam dia mulai keluar "Abang jangan menyesal nanti!"
Kaizo berpura-pura tidak dengar. Dia ingin sahaja ketawa di situ kerana apa-apa sahaja yang dia ingin lakukan terhadap diri Kaizo, sudah tentu tidak menjadi. Lalu dia abaikan sahaja. Rizu rasa kasihan dengan abang angkatnya. Lalu dia bangun dan terus ke dapur untuk mengambil sesuatu. Fang duduk di kerusi sambil bersilang tangan. Di dalam kepalanya, mula mencari satu idea untuk kenakan abangnya. Rizu sudah kembali dari dapur. Dia hulurkan sebuah kotak putih kepada Fang
"Apa ni Rizu?" soal Fang. Hati dia mula berubah menjadi tenang "Rizu belikan sesuatu untuk abang ke?"
"Ha ah! Sebelum Pizu datang sini, Pizu singgah kedai donut sebab Pizu tahu abang Fang suka makan donut lobak merah!"
Mata Fang terus bersinar-sinar. Lalu dia membuat kotak putih itu. Hati dia berbunga-bunga, bagaikan orang sedang jatuh cinta. 6 ketul donut lobak merah tersusun dengan sempurna di dalam kotak itu. Haruman bau donut tersebut sudah membuatkan Fang teruja. Jari dia menyentuh sedikit salah satu donut itu. Lalu dia mengambil donut tersebut. Mulut dia sudah terbuka luas. Lalu dia masukkan donut ke dalam mulutnya. Dia gigit sedikit donut tersebut. Lalu dia kunyah donut itu secara perlahan. Donut itu sangat gebu. Ianya seperti cair di dalam mulut sang alien itu. Hati Fang terasa tenang. Sambil dia makan donut itu seorang diri, sambil itu dia melayan drama itu sekali. Kaizo perhatikan sahaja gelagat adiknya. Perasan marah tadi sudah hilang. Ianya seperti tidak wujud lagi. Suasana rumah itu berubah menjadi tenang dan bahagia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang terfikirkan sesuatu. Dia perlu viralkan dirinya untuk menjadi lebih popular. Mungkin lebih popular dari Boboiboy dan mungkin juga lagi popular dari biskut Yaya di seluruh galaxy. Sambil dia berfikir, sambil itu dia membawa sebuah kotak putih yang berisikan dengan donut lobak merah. Mungkin donut ini dapat memberikan dia satu inspirasi bagaimana untuk membuatkan diri dia viral. Pemikiran dia sudah jauh melayang ke tempat lain. Bermacam-macam idea bermain di dalam pemikirannya. Tanpa disedari oleh Fang, kaki dia terlanggar sesuatu di tepi jalan raya. Lalu ianya membuatkan Fang hilang imbangan. Kotak donut lobak merahnya terlepas dari tangan Fang. Donut-donut dia terkeluar dari kotak tersebut. Lalu ianya bergolek di atas jalan raya. Pada masa yang sama, Fang turut bergolek juga. Dalam serentaknya, Fang dan donut-donut dia jatuh bergolek ke dalam longkang
"DONUT LOBAK MERAH AKU! TIDAKKKKKK!"
Menjerit Fang di dalam nada yang menyedihkan. Pada malam itu, dia tidak sangka diri dia menjadi viral. Hanya gara-gara dia dan donut-donut dia bergolek jatuh ke dalam longkang. Fang menjadi malu melihat video dirinya jatuh tergolek. Dia tidak mahu dirinya viral dalam keadaan yang amat memalukan. Lalu dia menyorokkan dirinya di dalam bilik. Kaizo dalam diam, dia tergelak di dalam hatinya. Rizu rasa simpati dengan abang angkatnya. Pada masa yang sama, dia mahu ketawa kecil tetapi dia tidak mahu abang angkatnya rasa tersinggung. Kawan-kawan Fang pula, rasa simpati juga dengan nasib malang yang menimpa diri Fang kecuali Gopal. Dia asyik mengulangi video itu kerana terlampau mencuitkan hati. Video itu menjadi viral dalam masa beberapa jam sahaja. Fang tidak tahu, siapa yang merakamkan kejadian siang tadi. Hati dia mulai rasa panas. Jikalau dia tahu siapa yang buat begitu, sudah tentu orang itu kena belasah dengan Fang. Jauh dari Pulau Rintis, seorang gadis begitu seronok sekali melihat video viral tersebut. Dia ketawa seorang diri di dalam biliknya
"Miahahahahaha! Landak jatuh bergolek!"
Siapakah yang merakam Fang jatuh bergolek ke dalam longkang? Sudah tentu seorang gadis yang bakal menambahkan keceriaan di dalam kehidupan Fang dan rakan-rakannya
-----------------------------------------------------------------------------------------
Maaf sebab simple aje :P
p/s - Lily is coming..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top