Rumah Misteri
"PANG! BANGUN!"
"Pang nak tidur"
Fang sembunyikan kepalanya di bawah bantal. Kaizo mengambil bantal tersebut dan lalu dia pukul-pukul adiknya dengan bantal itu
"BANGUN AKU KATA!"
"ADIK NAK TIDURLAH!"
"Apasal hari lain kau elok aje bangun awal tapi hari ni kau malas nak bangun!" Kaizo pukul adiknya lagi secara lembut "Sudah! Jangan nak tidur lagi! Pergi mandi cepat!"
"Abang tahu tak hari ni hari apa?" soal Fang dengan nada mengantuk
"Hari Sabtu. Kenapa?"
"Hari Sabtu adalah hari untuk adik bangun lambat sebab hari ni dan hari esok TAKDE SEKOLAH! Bagilah adik tidur lama sedikit. Bagilah adik menikmati tidur ni lama sedikit"
"Berdrama pulak budak ni" bisik Kaizo "Baiklah, kau tidurlah balik"
"Terima kasih abang" Lalu Fang rampas balik bantalnya di tangan Kaizo "Abang kalau lapar, abang masak sendiri. Kalau ada lebih, adik habiskan. Abang nak masak apa pun, masak ajelah. Dapur tu kalau bersepah, nanti adik bersihkan balik"
"Hmm.. yelah"
Kaizo keluar dari bilik adiknya. Dia mula berfikir. Makanan apa yang dia tahu masak? Semua masakan yang dia buat, mesti hancur dan sudah tentu tidak sedap. Lalu dia mendapat satu idea yang bernas. Beberapa jam kemudian, Fang terbau sesuatu yang sedap. Adakah abang dia sudah pandai masak? fikir Fang. Tanpa berfikir lagi, dia keluar dari katilnya dan terus ke dapur. Dia terpegun seketika di muka pintu dapur. Mulut dia ternganga sedikit dan mata dia membulat besar
"Bangun pun kau" Kaizo muncul di belakang Fang "Lama betul aku tunggu kau bangun dari tidur"
"A-abang ke yang masak semua ni?" Fang masih lagi tidak percaya. Lalu dia pusing kebelakang "Atau abang yang beli dekat kedai makanan ni semua?" Dia mula tersenyum sinis kepada abangnya
Kaizo tepuk kepalanya. Adakah itu tandanya abang dia betul-betul masak kesemua makanan tersebut? fikir Fang. Atau ini semuanya hanya mimpi sahaja. Lalu Fang cubit lengan tangan kirinya
"Adoi! Jadi ini bukan mimpi"
"Bukan" kata Kaizo "Dan makanan itu semua aku tak beli dekat kedai"
"Ohhh.. jadi abang lah yang masak" Fang terasa bangga sedikit "Dapur pun nampak bersih aje. Adik bangga dengan abang!" Dirinya seperti ingin peluk abangnya di situ
Kaizo perhatikan sahaja adiknya. Haruskah dia beritahu perkara yang sebenarnya atau dia diamkan sahaja? fikir Kaizo. Ibu dia pernah menasihati dia, jangan sesekali mainkan perasaan seseorang. Jadi, dia harus hancurkan perasaan bangga di hati adiknya
"Pang" Fang pandang ke arah abangnya "Aku ada sesuatu nak beritahu kau"
"Apa dia abang?"
"Sebenarnya.." Kaizo mengambil nafas dan lalu memberitahu perkara yang sebenarnya "Makanan ini semua, kawan kau yang bernama Yaya sediakan. Aku minta tolong bantuan daripada dia dan juga si Boboiboy"
Retak hati Fang. Bagai kaca terhempas di lantai. Dia rasa sia-sia sahaja menunjukkan kebanggan itu kepada abangnya. Hati dia mula berubah menjadi marah. Dia mula ingin mengamuk di situ
"KENAPA ABANG TAK BERITAHU AWAL-AWAL?"
"Sebab aku nak tengok reaksi kau" kata Kaizo dalam nada sadis "Lagipun, reaksi kau tadi memang kelakar"
"Tapi abang tak gelak pun"
"Aku cuma ketawa dalam hati sahaja" Padahal Kaizo sebenarnya tiada perasaan ketika itu "Makanlah! Kawan sudah buatkan sarapan pagi untuk kita berdua"
Fang bersyukur kerana bukan biskut Yaya yang ada di atas meja. Nasi lemak, kuih karipap dan kuih koci menjadi sarapan untuk mereka berdua. Fang berbaru teringat sesuatu. Pada hari itu, dia dan kawan-kawan dia sudah merancang untuk pergi bermandi-manda di sungai. Dia perlu memberitahu abangnya sebelum bertolak pergi
"Abang"
"Kau nak apa Pang?" soal Kaizo sambil mengambil sesenduk nasi "Kau nak sambung tidur lepas ni ke?"
"Bukanlah!" marah Fang kepada abangnya. Dia tenangkan dirinya dan lalu berkata "Hari ini, adik nak pergi mandi sungai dengan kawan-kawan adik"
"Hmm.. ok. Hati-hati"
"Baik abang!" Fang tersenyum kecil "Hmm.. abang tak ikut kita orang ke?"
"Tak" jawab Kaizo secara ringkas
"Ok" Mungkin abangnya sibuk hari ni, fikir Fang. Lalu dia bertanya "Abang ada misi ke hari ni?"
"Takde" jawab Kaizo
"Aik, kalau takde.. abang duduk lepak dekat kapal angkasa ajelah hari ni"
"Tak" jawab Kaizo dalam jawapan yang ringkas
Fang mula rasa jawapan abangnya sangat menjengkelkan. Lalu dia tertanya lagi kerana dia tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya
"Habis tu, abang duduk dekat rumah ajelah hari ni!" nada dia agak garang sedikit
"Tak! Kau banyak sangat soal ni kenapa? Makan ajelah makanan kau tu. Sibuk dengan hal abang!"
Fang mula rasa curiga ketika itu. Dia perhatikan abangnya sambil mengunyah kuih karipap. Mesti abang dia ada sembunyikan sesuatu, fikir Fang. Dia seperti mahu pergi menghendap abangnya hari ini. Akan tetapi, dia ada rancangan lain pada hari itu. Lain kali sahajalah dia siasat abangnya tapi, adakah perkara yang sungguh misteri itu akan berlaku lagi? fikir Fang
"Pang"
"Yea abang!" Fang tersedar dari pemikirannya "Abang nak apa? Abang nak ceritakan apa yang abang nak buat hari ni ke?"
"Aku ketuk juga kepala kau tu!" marah Kaizo "Aku nak cakap, jangan balik terlampau lewat sangat"
"Ok abang"
Selepas itu, tiada lagi perbualan dari mereka berdua. Suasana di dalam dapur itu menjadi sunyi dan rasa agak tegang seketika. Fang asyik perhatikan abangnya dan Kaizo pula, asyik jauhkan perlihatannya dari adiknya. Suatu hari nanti, Fang akan tahu juga. Diri dia yakin, dia akan tahu kebenarannya ataupun selama-lamanya menjadi misteri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Apasal kau nampak tak ceria hari ni?"
"Kenapa? Kau nak tengok aku ceria ke?" ujar Fang kepada Boboiboy. Lalu dia paksa dirinya untuk senyum
"Dey, senyuman kau tu.. memang menggerunkan!"
Fang kembali menjadi masam. Mereka kita berada di hadapan laluan untuk masuk ke dalam hutan. Mereka perlu meredah hutan itu untuk sampai ke kawasan sungai tersebut. Yaya dan Ying sudah bersiap sedia dengan makanan mereka. Boboiboy dengan segulung tikar dan beberapa makanan dari kedai Tok Aba. Gopal dengan beg sekolahnya. Di dalam beg tersebut terdapat pakaian dan tuala. Dia juga ada membawa khemah. Fang pula, dia juga dengan beg sekolahnya. Di dalam begnya, ada beberapa botol air dan juga peralatan lain juga seperti pinggan kertas, cawan, tisu, sudu dan garpu dan juga plastik sampah. Malangnya, Ochobot tidak dapat mengikuti pengembaraan mereka kerana dia terpaksa temankan Tok Aba di kedai
"Sedihnya Ochobot tak boleh ikut" kata Boboiboy
"Ala, kita tangkap gambar banyak-banyak untuk dia. Mesti dia suka melihat gambar-gambar kita orang nanti" kata Yaya
"Sebelum kita masuk ke dalam hutan" Fang terus palingkan mukanya ke arah Boboiboy
"Errr.. kenapa Fang?" Boboiboy tersengih sedikit
"Aku cuma nak pastikan, kau kali ni takde nak pergi kejar perompak, selamatkan orang, pergi lawan orang jahat atau mana-mana yang memerlukan kuasa tiga kau"
"Jangan risaulah Fang, semuanya dalam keadaan selamat" Di dalam hati Boboiboy berharap begitu "Jom kita bergerak sekarang!"
Mereka menuju ke pintu gerbang untuk masuk ke dalam hutan. Laluan sudah disediakan untuk memudahkan orang ramai ke kawasan perkhemahan. Mereka boleh berkelah ataupun berkhemah di situ sambil bermandi-manda. Dari pintu gerbang ke kawasan perkhemahan itu hanya memakan masa 10 minit sahaja. Sesudah sampai di kawasan itu, Boboiboy terus membentang tikar untuk mereka duduk dan rehat sekejap sebelum masuk ke dalam sungai
"Korang bawa makanan apa?" soal Fang kepada Yaya dan Ying
"Mesti ada ayam gorengkan!" Tiba-tiba mata Gopal bersinar-sinar
"Hmm.. sebenarnya" Yaya seperti mengeluh sedikit "Pagi tadi aku buat nasi lemak tapi Kapten Kaizo suruh aku sediakan sarapan pagi untuk dia dan kau"
Fang rasa bersalah pada ketika itu. Dia tahu mata-mata kawannya sedang memberikan renungan maut kepada dirinya. Fang garu-garu pipinya sambil tersengih. Lalu Yaya berkata lagi
"Jadi aku suruh si Ying pergi belikan makanan. Aku pula, sempat beli kuih-muih sedikit"
"Selamat si Boboiboy pun ada bawa makanan juga" tambah Ying "Aku cuma sempat beli air milo kotak, snack-snack ringan, roti krim dan roti canai"
"Macam cukup aje makanan kita semua tapi kalau tak cukup.." Nada Gopal berubah menjadi berlagak sedikit "Aku boleh aje tukarkan apa-apa sahaja untuk menjadi makanan! Macam batu sungai tu ke.. hehehehe!"
"Jadi, kau nak suruh kita orang makan batu ke?" marah Fang
"Ala, bukannya rasa batu pun nanti"
Aura-aura bayang Fang mula mengelilingi tubuh badannya. Gopal menggigil ketakutan melihat kawannya. Boboiboy mula mengeluh. Yaya dan Ying mula memasang khemah dan hiraukan sahaja Fang
"Sudah sudah, jangan nak bergaduh!" tegur Boboiboy "Kita kan sudah berada dekat sini untuk berseronok. Nanti tak best lah kalau asyik bergaduh sahaja. Jom kita mandi sungai"
"Baiklah Boboiboy" Bayang-bayang hitam terus hilang "Aku akan cuba tahankan diri daripada mengamuk. MARI KITA MASUK SUNGAI!"
Fang mencampak beg yang dibawanya ke atas tikar. Dia terus berlari ke arah sungai tersebut. Gopal tiba-tiba kelihatan teruja apabila melihat Fang sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai. Boboiboy membuka kasutnya terlebih dahulu. Tiba-tiba Fang tergelincir jatuh ke dalam sungai
"FANG!"
Yaya dan Ying mulai cemas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Fang terbuka sedikit demi sedikit. Semuanya kelihatan samar-samar sahaja. Lalu dia pegang kepalanya kerana terasa sakit. Penglihatan dia mula menjadi jelas sedikit demi sedikit. Hari sudah gelap kecuali ada cahaya api yang tidak berada jauh dari situ. Dia bangunkan dirinya dan ternampak Yaya dan Ying sedang duduk di tepi unggun api. Boboiboy dan Gopal tiada bersama mereka
"Yaya, Ying.." Kepala dia terasa sakit sedikit
"FANG! KAU DAH BANGUN!" kata Yaya dan Ying secara serentak
"Mana Boboiboy dan Gopal? Apasal kita ada dekat sini lagi? Apa yang terjadi tadi?"
"Kau tak ingat kaa?" soal Ying
Fang hanya gelengkan kepala sahaja. Lalu Yaya berikan secawan air kepadanya
"Kau minum" kata Yaya seikhlas hati "Sebenarnya, kau siang tadi jatuh tergelincir dalam sungai. Kita orang semua panik tapi lepas tu, tiba-tiba kita semua diserang dengan sesuatu?"
"HAH? KENA SERANG?!" Fang hampir tersedak ketika itu "Kena serang dengan siapa? Adudu ke? atau geng-geng alien jahat dari angkasa atau musuh abang aku?"
"Kami tak tahu maa.." jawab Ying "Masa kami hendak bawa kau keluar dari sini, tiba-tiba ada satu gelombang menyerang kita semua. Jam-jam kuasa kami semua terus tidak berfungsi. Jadi Boboiboy dan Gopal terpaksa pergi dapatkan bantuan dari Kapten Kaizo" jelas dia
"Jadi, aku tak sedarkan diri sampai ke malam?"
"Ya Fang tapi... Boboiboy dan Gopal sampai sekarang tak muncul" Yaya dari siang tadi sudah mulai risau tentang dua rakan lelakinya "Nak hubungi dia orang pun susah sebab jam kuasa kita orang dah tak berfungsi"
"Memandangkan aku dah terjaga, mari kita keluar dari sini"
"Kau ok ke? Takde rasa sakit?" soal Yaya yang juga risau tentang Fang "Kau boleh ke jalan?"
"Aku ok aje" kata Fang tetapi sebenarnya kepala dia memang rasa sakit. Lalu dia terpaksa berikan satu senyuman kepada dua rakan perempuannya untuk yakinkan mereka "Lagipun kita tidak boleh duduk lama-lama dekat dalam hutan ni. Manalah tahu tiba-tiba muncul hantu"
"Hmm..." Yaya gelengkan kepala sahaja "Kalau begitu, jom kita bergerak sekarang. Kemas-kemaskan barang ni semua"
"Kita tiada masa nak kemas barang ni, kita harus bergerak sekarang!" kata Fang dengan penuh semangat "Bawa apa yang perlu sahaja"
Yaya dan Ying ikut sahaja arahan dari Fang. Mereka masukkan botol air dan beberapa makanan ke dalam beg sekolah. Barang-barang yang lain terpaksa ditinggalkan. Malangnya, mereka tiada lampu suluh. Mereka terpaksa meredah hutan dalam gelap-gelita itu. Mereka bergerak secara berhati-hati. Adakalanya, mereka terpaksa diamkan diri jika ada sesuatu sedang bergerak di dalam hutan itu. Keadaan menjadi agak sukar bagi mereka bertiga. Mata mereka seperti nampak bayang-bayang menakutkan tetapi disebaliknya, ianya hanyalah ranting kayu ataupun daun-daun di pokok. Mereka seperti tidak menjumpai jalan keluar. Malah laluan untuk keluar dari hutan itu seperti hilang
"Macam mana ni?" kata Yaya disebalik kegelapan itu "Kita sudah sesat"
"Janganlah cakap macam tu" tegur Fang "Hah! Cuba lihat dekat depan sana"
Mereka tidak sangka, mereka terjumpa sebuah rumah terpencil di tanah yang lapang. Bulan kembang menyinari rumah tersebut. Ianya kelihatan seperti rumah tidak diduduki orang. Mereka lari keluar dari hutan itu untuk menuju ke rumah tersebut. Sesampai sahaja, mereka ternampak topi oren milik seseorang
"Itu topi Boboiboy!" kata Ying sambil mengangkat topi tersebut "Boboiboy ada dekat sini ke?"
"Entahlah Ying" kata Yaya "Tapi... kalau topi dia ada dekat sini, mesti Boboiboy dan Gopal ada dekat dalam"
"Kalau dia orang takde macam mana? Bagaimana kalau ini adalah satu perangkap!"
"Betul juga kata kau, Fang" Yaya harus fikirkan secara pantas samada untuk masuk ke dalam rumah atau terus mencari jalan keluar "Jadi, apa harus kita lakukan?"
Tiba-tiba angin yang kencang menjadi penyelesaian mereka. Pintu rumah itu terbuka luas. Angin kencang itu menolak mereka masuk ke dalam rumah tersebut. Ianya seperti ada tangan halimunan menolak mereka bertiga. Setelah mereka bertiga berada di dalam rumah tersebut, pintu rumah itu terus tertutup dengan sendirinya. Fang memulas-mulas tombol pintu tersebut tetapi pintu itu sudah dikunci. Rumah itu tidaklah begitu gelap. Terdapat beberapa batang lilin tergantung pada dinding
"Kita terperangkap?!" Ketakutan mulai timbul dihati Ying "Aiyaa.. macam mana ni? Apa kita nak buat?"
"Aku rasalah kan.." Yaya melihat topi Boboiboy di tangan Ying "Mungkin Boboiboy dan Gopal terperangkap dalam rumah ni juga"
"Kalau dia orang ada dekat dalam rumah, kita kena cari mereka dan cari jalan keluar!" kata Fang
"Tapi..." Yaya melihat sekeliling rumah itu "Dekat luar, rumah ni nampak kecil tapi.." Mereka pandang satu sama lain. Lalu Yaya bersambung kata lagi "Dalam dia nampak luas pulak"
Di dalam rumah itu kelihatan luas dan semuanya nampak begitu kemas. Tiada habuk, tiada perabot yang rosak dan semuanya seperti tidak pernah disentuh oleh mana-mana manusia ataupun haiwan. Di depan mereka pula, terdapat koridor panjang yang tiada penghujungnya. Di sebelah kanan dan kiri mereka, adalah dinding sahaja. Perabot-perabot semuanya tersusun cantik. Buku-buku di dalam almari kabinet, di susun begitu kemas sekali. Ada satu batang lilin berdiri di tengah-tengah meja
"Nampaknya, misi kita mencari Boboiboy dan Gopal menjadi sukar"
"Kenapa pulak?" soal Ying kepada Fang. Lalu dia simpan topi oren itu di dalam beg sekolah milik Gopal
"Tengoklah rumah ni. Lain macam sahaja" kata Fang "Kalau rumah ni kecik, senanglah nak cari. Sudahlah, daripada kita berborak lagi dekat sini, baik kita pergi cari mereka sekarang juga. Kalau tidak, lagi lama kita akan berada dekat sini"
Mereka bertiga berlari ke arah koridor tersebut. Setiap kali mereka lalu, api-api terus menyala di batang lilin pada kanan dan kiri dinding rumah itu. Mereka tidak menjumpai satu pintu sepanjang koridor tersebut. Mereka tidak berkata apa. Hanya perlu mendengar jikalau ada bunyi-bunyian yang datang ke arah mereka. Malah, suara Boboiboy dan Gopal langsung tidak muncul lagi
"Aku rasa tak sedap hatilah" kata Yaya sambil memeluk dirinya sendiri "Aku rasa, macam kita yang terperangkap bukan dia orang berdua"
"Kau jangan cakap yang bukan-bukan Yaya!" marah Fang "Sekarang ni kita perlu cari mereka dan cari jalan keluar. Aku yakin, dia orang mesti terperangkap dalam rumah ni juga"
Mereka bertiga terus berjalan sehinggalah mereka berada di penghujung koridor tersebut. Di koridor itu pula, mempunyai dua laluan iaitu kanan dan kiri mereka
"Nak berpecah ataupun tidak?" soal Fang
"Aku rasa, kita patut cari bersama" jawab Ying "Kalau kita berpecah, lagi teruk jadinya. Sekarang ini, laluan mana yang kita harus ambil?"
Mereka pandang kanan dan kiri laluan koridor itu. Kedua-duanya kelihatan sama sahaja. Tiada perbezaannya
"Yaya, kau buat keputusan" kata Fang secara tiba-tiba
"Apasal aku pulak?"
"Sebab aku yakin dengan kau" jawab Fang "Kalau tak nak, biar aku sahaja yang buat keputusan. DAN AKU SEBAGAI KETUA KUMPULAN INI!" Tiba-tiba dia terasa bangga dengan dirinya "AKU AKAN MEMILIH.. JALAN... " Dia pun keliru, kiri atau kanan
"Kau akan pilih kiri atau kanan?" Ying seperti tidak sabar
"Errr... kanan kot" Lalu Fang tersengih sedikit
"Haiyaaa... ingatkan kau terlampau yakin sangat tapi rupanya tak berapa nak yakin"
"Tau takpe Ying" Yaya bersilang tangan sambil berikan renungan dia kepada Fang "Kalau macam itu, aku pilih kiri sahaja!"
"Err.. ok" Fang masih tersengih lagi "Kita ikut sahaja keputusan Yaya.. hehehe"
Tangan Yaya seperti mahu ketuk kepala Fang tetapi dia tenangkan diri. Lalu mereka bertiga mengambil laluan kiri. Fang menoleh kebelakang. Dia terkejut kerana apa yang berada di belakang mereka adalah dinding
"Wei korang!" jerit Fang
Yaya dan Ying pusing kebelakang. Mereka terkejut juga. Pada permukaan dinding itu terdapat sekeping gambar terletak di dalam sebuah bingkai kayu. Gambar itu adalah gambar rumah tersebut dan apa yang paling mengejutkan mereka adalah, ada dua budak lelaki di dalam gambar itu
"Bukan ke itu Boboiboy dan Gopal?"
"Yolah Yaya" Ying perhatikan gambar dua budak itu secara teliti "Itu memang mereka tapi..."
"Dia orang terperangkap dalam gambar tu ke?" Fang menyentuh gambar tersebut "Atau rumah ni saja nak menakutkan kita semua"
"Atau itu mungkin penunjuk yang mereka lalu di sini?"
"Entahlah Ying" Fang mengeluh sedikit "Jom kita sambung berjalan daripada kita fikirkan tentang gambar ni"
Mereka terus berjalan. Laluan koridor itu sama sahaja seperti tadi, tiada tingkap ataupun pintu. Semuanya hanyalah lilin yang digantung pada permukaan dinding. Tiba-tiba mata mereka terpandang kelibat seseorang jauh di hapadan mereka. Sejurus itu, mereka terdengar suara kanak-kanak sedang gelak ketawa. Gelakan itu membuatkan bulu roma mereka naik
"Ok.. rumah ni memang betul-betul menakutkan" kata Yaya
"Aku dah mula tak sedap hati"
"Baru mula?" Yaya kelihatan marah sedikit "Aku dan Ying dah lama tak rasa senang dengan rumah ni..." Tiba-tiba dia terdiam sekejap kerana dia terdengar sesuatu "Korang dengar tak tu?"
Mereka bertiga senyap seketika. Bunyi itu datang dari arah belakang mereka. Ianya seakan-akan bunyi seperti ada sesuatu yang bergerak. Mereka pusing kebelakang dan lalu menjerit. Dinding tadi bergerak ke arah mereka dan gambar tadi, bukan lagi gambar sebuah rumah tetapi ianya berubah menjadi seorang perempuan hodoh yang sangat menakutkan
"LARI!" jerit mereka bertiga
Dinding itu tidak berhenti bergerak. Gambar itu seakan-akan seperti mengejar mereka bertiga. Tiada siapa yang mahu menoleh belakang kerana takut. Fang ketinggalan sedikit. Lalu dia lajukan larian dia. Tanpa disedari olehnya, Fang jatuh ke dalam sebuah lubang. Yaya dan Ying terlepas dari lubang tersebut. Fang menjerit nama mereka tetapi lubang itu tertutup oleh dinding bergerak tadi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"YAYA! YING!"
Mata Fang terbuka luas. Dia terus sedarkan diri. Dia terduduk di situ dengan matanya terkebil-kebil melihat apa yang berada di hadapannya. Abang dia kelihatan risau dan pada masa yang sama, dia terkejut dengan jeritan adiknya
"Fang! Kau dah bangun!" Boboiboy kelihatan lega melihat kawannya sudah sedarkan diri
"Dey, apasal kau jerit nama Yaya dan Ying tadi?" soal Gopal
"Isk kau ni Gopal, janganlah tanya dia lagi. Bagilah sedikit masa Fang untuk rehatkan diri dia dulu" marah Yaya
"Apa yang terjadi tadi?" Fang menyentuh kepala dia sedikit "Apasal abang aku ada dekat sini?"
"Kau tak ingat apa yang terjadi tadi?" soal Kaizo
Fang cuba ingat kembali apa yang terjadi. Kali terakhir dia ingat adalah semasa dia jatuh di dalam sungai. Selepas itu, semuanya gelap. Dia cuba ingatkan balik apa yang dia mimpi tadi tetapi semuanya kelihatan samar-samar sahaja
"Adik ingat.. adik jatuh tadi"
"Takpelah, kau rehat sahaja dulu" Lalu Kaizo pandang ke arah Ochobot "Macam mana? Ada apa-apa kecederaan dekat dia?"
"Hmm... hasil imbasan saya tadi" Ochobot keluarkan hologram tubuh badan Fang di ruang udara "Tiada kecederaan. Retakkan di kepala dia pun tiada.. saya sudah buat beberapa imbasan tadi tapi hasilnya tetap sama"
"Baguslah begitu" kata Kaizo
"Ochobot pun ada dekat sini?"
"Yea Fang" kata Boboiboy "Lepas kau jatuh tadi, kami cepat-cepat bawa kau naik dan hubungi Kapten Kaizo. Dia terus datang ke sini dengan menggunakan kuasa teleportasi"
"Tapi.." Gopal tiba-tiba rasa pelik dengan Fang "Kepala kau ni, memang besi betul yea. Jatuh dekat atas batu pun tetap tak cedera"
"Patutlah keras kepala budak ni" bisik Kaizo
Fang terus berikan renungan maut dia kepada Gopal. Lalu Gopal tersengih sahaja. Kaizo hulurkan secawan air kepada adiknya
"Minum, lepas tu pergi rehat" kata Kaizo "Disebabkan kau lah, abang terpaksa batalkan rancangan abang hari ini. Jadi, abang nak pergi mandi sungai"
Sambil minum air tersebut, sambil itu Fang fikir. Rancangan apa yang abang dia batalkan? Dia malas hendak bertanya kepada abangnya. Kaizo baru hendak membuka bajunya, pipi Yaya dan Ying mula naik merah. Lalu mereka berdua pandang ke arah lain sambil menutup muka masing-masing
"HAH! MALU LAH TU!" Fang rasa nak tergelak pada ketika itu. Dia terpandang badan abangnya "HAHAHA! ABANG KEDING!"
"APA KAU CAKAP PANG!"
Bergegar satu kawasan itu sehingga membuatkan burung-burung terbang keluar dari tempat masing-masing. Fang mula lari masuk ke dalam khemah. Boboiboy hanya mampu tergelak sahaja
---------------------------------------------------------------------------------
Jumpa lagi!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top