RPG

"ABANG FANG! Cepatlah! Pizu tak sabar nak main dekat rumah kakak Emmy"

Rizu kini sedang mengheret abang angkatnya ke sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Rizu. Mereka kini sudah mempunyai kawan baru iaitu seorang gadis genius yang bernama Emmy. Pelbagai-bagai ciptaan telah dicipta sendiri oleh Emmy. Semua ciptaan dia sangat mengagumkan tetapi paling buat Rizu kagum, adalah mereka dapat masuk ke dalam dunia game. Rizu tidak sabar untuk mencuba bermain di dalam dunia game. Mengikut kata Emmy, tiada yang akan cedera semasa mereka bermain di dalam game tersebut. Cuma para pemain akan rasa sakit dan tidak akan berlaku kecederaan

"Dia ajak Rizu seorang sahaja ke?" soal Fang

"Takdelah" jawab Rizu "Dia ajak kawan abang Fang sekali. Mesti abang Gopal suka! Hari tu dia ada cerita pasal korang termasuk dalam dunia game hantu. Pizu harap, kali ini bukan game hantu. Pizu takut hantu"

"Abang tak kan rasa Pizu masuk dalam game hantu" Fang terus berikan satu senyuman kepada adik angkatnya "Mungkin Rizu masuk game budak-budak. Ala, yang senang-senang, yang takde lawan-lawan"

"Abang Fang ni! Pizu nak game lawan-lawan"

"Yelah"

Akhirnya mereka sudah pun tiba di rumah Emmy. Mereka masuk ke dalam kawasan rumah gadis itu. Halaman rumah itu agak luas. Ada kebun bunga di tepi pagar rumah itu. Rumah itu mempunyai sebuah beranda kecil berdindingkan kaca. Kadang-kala, Emmy suka menghabiskan masa melukis pelan ciptaan dia di situ. Rizu dengan penuh semangat, dia menekan loceng rumah tersebut. Tidak sampai 10 saat, pintu rumah itu sudah dibuka oleh sebuah robot android

"Mana kakak Emmy?" soal Rizu

"Isk budak ni, tak boleh sabar betul" bisik Fang

"Emmy ada di dalam makmal. Saya akan bawa kamu berdua ke makmal dia"

Rizu dan Fang masuk ke dalam rumah itu. Android itu lalu membawa mereka ke sebuah bilik bacaan. Di dalam bilik itu terdapat pelbagai bahan bacaan. Fang rasa teruja melihat buku-buku di situ. Semuanya tersusun rapi, mengikut size dan warna. Mata Fang rasa tenang melihatnya. Android itu membawa keluar sebuah buku tebal. Dia buka buku tersebut. Di dalam buku itu terdapat satu butang kecil. Lalu dia menekan butang tersebut. Salah satu rak buku di situ turun ke bawah dan terpaparlah sebuah pintu untuk turun ke bawah

"Emmy sedang menunggu kamu berdua di makmal"

Fang dan Rizu turun ke bawa menggunakan tangga. Sesudah sahaja mereka sampai di pintu masuk makmal, rak buku di atas sudah kembali naik. Mata Rizu bersinar-sinar melihat makmal itu. Ianya terdapat pelbagai ciptaan yang telah di cipta oleh Emmy sendiri. Jauh di hadapan mereka terdapat sebuah komputer besar

"RIZU!"

"KAKAK EMMY!"

Emmy gembira melihat kehadiran Rizu. Dia suka berkawan dengan si kecil itu. Emmy terus bawa Rizu ke komputer besar itu. Fang ikut sahaja mereka. Mata dia asyik melihat kiri dan kanan makmal itu kerana dia cukup kagum dengan ciptaan Emmy. Ada yang besar, ada yang kecil dan ada juga dalam bentuk cecair. Apa yang pasti, semuanya bukan senjata

"Kakak Emmy, hari ni kita nak main game apa? Pizu tak nak game hantu"

"Hehehehe... kakak Emmy cadangkan kita main game RPG!" kata Emmy dengan penuh semangat "Tapi... kakak Emmy tak boleh join sebab akak kena siapkan ciptaan baru akak!"

"Alaa.." Muka Rizu berubah menjadi sedih

"Tapi takpe.. Rizu boleh main dengan abang Fely ok"

"NAMA AKU FANG LAH!" marah Fang "Tak habis-habis dengan nama Fely tu" bisik dia "Selamatlah kau budak kecik, kalau tidak.. sudah lama aku hentam budak ni"

"Abang Fang cakap apa?" Rizu menoleh kebelakang "Abang Fang tak sabar nak main yea!"

Fang rasa lega sedikit. Dia ingatkan Rizu terdengar bisikan dia sebentar tadi. Rupanya bukan. Semasa mereka berdiri di hadapan skrin komputer sebesar gajah itu, Emmy sibuk menekan papan kekuncinya. 30 saat kemudian, muncul dua lubang di bahagian lantai. Lalu dua kerusi keluar dari lubang itu. Emmy pula, pergi mengambil sesuatu. Rizu sudah tidak sabar untuk bermain di komputer besar itu. Mata dia sudah bersinar-sinar. Ianya dia menjumpai lollypop sebesar gajah

"Abang Fang, kita main sama-sama tau! Pizu nak main lawan-lawan!"

"Ok" jawab Fang "Tapi kalau Rizu rasa takut, kita main game lain ok"

"Baik abang Fang!"

Fang bangga mendapat seorang adik angkat yang sentiasa dengar kata-kata dia. Jikalau dia ada seorang adik, mesti dia akan jaga dengan baik dan paling penting, dengan penuh kasih sayang. Lalu dia terbayangkan abang dia iaitu Kapten Kaizo. Abang dia sentiasa membuli dia. Tidak kira, di rumah ke, di sekolah, di kapal angkasa ke, dimana-mana sahaja, Kaizo akan buli adiknya. Fang rasa hendak hempuk kepala abang dia dengan batu. Bukan itu rasa kejam sangat ke? fikir Fang

"Abang Fely! Rizu.. nah!" Emmy berikan dua helmet kepada mereka "Pakai helmet ni kalau nak main game"

Rizu mengambil helmet itu. Lalu dia pakai dan tunjukkan wajah comelnya kepada Fang. Abang angkat hanya berikan senyuman kecil sahaja. Fang juga mengambil helmet yang sama dari tangan Emmy. Dia memakai helmet tersebut. Mereka terus duduk di kerusi tadi tanpa disuruh oleh Emmy. Kerusi itu agak selesa. Ianya seperti baring diatas katil

"Rizu nak main game RPG kan"

"Betul tu kakak Emmy!" kata Rizu dengan penuh semangat "Abang Fang! Kita lawan orang jahat sama-sama tau!"

"Ok" jawab Fang secara ringkas

Emmy terus menekan-nekan papan kekuncinya. Dia sedang mencari game yang sesuai untuk Rizu main. Akhirnya dia jumpa game itu. Lalu dia menekan sesuatu. Muncul satu cermin mata khas pada helmet yang dipakai oleh Fang dan Rizu tadi. Helmet mereka mula berfungsi akhirnya. Cermin mata itu mula paparkan sebuah permandangan. Fang dan Rizu akhirnya dibawa masuk ke dalam game tersebut. Diri mereka muncul pada permulaan game. Rizu melihat dirinya. Ianya seakan-akan berada di dunia yang sebenar

"WAH! KITA ADA DEKAT DALAM GAME!"

"Yea Rizu" kata Fang "Sekarang apa kita perlu buat?"

Tiba-tiba muncul suara Emmy yang entah datang dari mana

"Mula-mula sekali, abang Fely dan Rizu kena pilih watak mana yang sesuai untuk diri korang"

Muncul dua skrin di hadapan Fang dan Rizu. Ada beberapa watak lelaki yang mereka perlu pilih. Fang tertarik dengan watak hero sedang melibas-libas pedangnya. Di sebelah watak hero itu, terdapat satu lagi watak hero lain yang sedang memanah. Rizu sudah memlih watak heronya iaitu seorang ahli sihir. Watak itu mempunyai kuasa penyembuh. Fang terus memilih watak hero yang bermain pedang itu. Setelah mereka watak masing-masing, pakaian Fang dan Rizu berubah mengikut watak mereka pilih tadi. Kedua skrin tadi sudah tertutup

"WAH!" Rizu teruja melihat tongkat saktinya "PIZU ADALAH SEORANG WIZARD! YAHOOOO!"

"Seronok betul budak ni" kata Fang sambil mengeluarkan pedangnya. Dia membelek-belek pedang tersebut "Ini pedang biasa aje.. macam takde apa-apa yang istimewa"

"Mestilah abang Fely" muncul lagi suara Emmy "Tak kan abang Fely tak pernah main game RPG. Kalau nak pedang best-best, kenalah kumpul, beli dan boleh gantikan pedang itu dengan pedang yang baru!"

"Apalah abang Fang ni"

"Hehehe... abang tahulah. Cuma ingatkan awal-awal game ni, dapatlah pedang best-best" Fang tersengih sedikit "Ok, jom kita mulakan pengembaraan kita!"

"YAHOOO! ABANG FANG DAN PIZU AKAN MENJADI SUPER HERO YANG TERBAIK!"

Mereka mulakan pergerakan mereka ke hadapan. Mereka hanya melalui batu-bata sehinggalah mereka sampai di sebuah pintu gerbang. Dari atas menunjukkan mereka bakal masuk ke dalam World 1. Setelah mereka melangkah masuk ke dalam pintu gerbang tersebut, muncul beberapa makhluk-makhluk di hadapan mereka. Makhluk-makhluk itu hanya mempunyai pedang konton sahaja. Fang sudah bersiap sedia untuk hapuskan mereka

"YAHHH! PIZU AKAN HENTAM MEREKA!"

Rizu dengan penuh semangat, dia menggunakan kuasa tongkat sakti dia untuk hapuskan musuh-musuh dia. Kuasa dia tidaklah sekuat mana. Ianya hanya mampu memberikan kecederaan ringan sahaja terhadap musuh dia. Fang terpaksa berkerja keras untuk pastikan adik angkat dia dan diri dia juga selamat. Bagi dia, level 1 hanyalah tahap senang sahaja

"Kacang goreng aje ni" bisik Fang sambil melibas-libas setiap musuh yang datang ke arah dia. Dia tikam musuh terakhirnya. Mata Rizu bersinar-sinar apabila melihat abang angkatnya berlawan dengan makhluk-makhluk tadi. Tiba-tiba muncul dua skrin. Nampaknya, level mereka naik ke level 2

"WAH! HP Pizu naik! HP abang Fang pun naik tapi attack Pizu naik sedikit"

"Takpe, selagi abang ada, selagi itulah abang akan melindungi Rizu!" kata Fang dengan penuh bangga "Tengok, attack abang naik banyak, speed abang pun naik sedikit"

"Defend dan agile abang Fang pun naik tapi Pizu punya, macam kekal aje" Rizu rasa sedikit sedih "Jomlah kita bergerak. Mesti banyak lagi musuh dekat depan sana"

Mereka mula bergerak mengikut laluan batu-bata itu. Setiap 30 saat, mereka akan bertemu dengan musuh. Setiap kali mereka kalahkan makhluk-makhluk itu, level mereka akan naik sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, mereka terpaksa kumpul lagi mata-mata experience untuk naik ke level seterusnya. Akhirnya mereka sudah tiba di sebuah taman yang dikeliling dengan pokok-pokok tinggi lampai. Di tengah-tengah bulatan taman itu terdapat sebuah kolam air pancut berbentuk bulat. Ada seorang gadis sedang melutut di hadapan kolam itu. Di tangan dia seperti memberikan sesuatu kepada kolam tersebut. Fang dan Rizu baru hendak melangkah masuk ke dalam taman tersebut, nama mereka dipanggil oleh seseorang

"FANG! RIZU!"

"ITU PUN DIA ORANG!"

Dahi Fang mula berkerut. Dia kenal suara itu. Lalu dia menoleh kebelakang dengan senyuman paksa dia

"KAKAK LILY! ABANG BOBOIBOY! ABANG GOPAL!"

Rizu gembira melihat kehadiran mereka bertiga. Dia melompat-lompat dan terus memeluk Lily

"Amboi, suka betul Rizu" kata Boboiboy

"Apa korang buat dekat sini?"

"Kau macam tak suka aje kita orang dekat sini" Boboiboy kenal dengan nada suara tidak puas hati dari Fang "Emmy yang ajak kita orang main game, jadi kita orang datanglah"

"Tak kan kau dan Rizu sahaja yang dapat main game ni" kata Gopal

"Hmm.. korang pun boleh main juga tapi.." Mata Fang terus melirik ke arah Lily senyum lebar sampai ke pipi "Apasal si pelik ni ada dekat sini?"

"Sebab Lily pun nak join sekali!" kata Lily dengan penuh semangat "Tapi sebab utama adalah SEBAB BBB-CHAN ADA DEKAT SINI! Tapi Lily rasa sedih sebab Bella, Faye, Yaya dan Ying tak dapat join kita orang kerana, game ini hanya perlu 5 pemain sahaja"

Apa yang Fang nampak, wajah Lily tidak begitu sedih. Sang gadis itu kelihatan gembira sahaja. Lebih-lebih lagi jikalau adanya Boboiboy

"So, dia orang tak boleh main lah"

"Boleh aje" kata Gopal "Tapi dia orang kena guna server lain. Jadi dia orang main 4 orang dekat tempat lain, kita main 5 orang dekat sini. Sudah sudah, aku tak sabar nak lawan orang jahat"

Gopal tunjuk sarung peninju dia. Ianya bukanlah sarung peninju biasa. Ianya mempunyai kuasa iaitu kuasa api. Gopal dapat mengeluarkan kuasa api setiap kali dia menumbuk atau menghentam musuh-musuhnya. Boboiboy pula, dia memilih untuk menjadi watak hero memanah. Dia yakin dirinya boleh memanah kerana kuasa Boboiboy Ice. Si gadis bernama Lily pula, dia memilih untuk menjadi seorang ahli sihir tetapi dia tidak boleh memulihkan kawan-kawannya. Hanya Rizu sahaja yang mempunyai kuasa itu. Kuasa dia pula adalah kuasa ais. Dia boleh bekukan musuh-musuhnya untuk beberapa saat dan dia boleh mengeluarkan dinding pelindung

"Ok, jom sambung perjalanan kita" kata Fang dengan nada serius

"Serius semacam kawan kita sorang ni" bisik Gopal kepada Boboiboy "Inikan game sahaja. Dia ingin kita nak pergi perang bebetul ke?"

"Kau ingat aku tak dengar ke" kata Fang

Gopal tersengih sedikit. Lalu mereka melangkah masuk ke dalam pintu gerbang itu. Dengan serta-merta, gadis tadi menoleh kebelakang. Dia tersenyum melihat kehadiran mereka. Di matanya kelihatan sedih sedikit

"Hero-hero ku sudah pun tiba" kata gadis tersebut. Dia bangunkan dirinya "Nama ku ialah Puteri Anza. Ini adalah tempat suci dan kristal biru ini adalah kuasa muklat"

"Kuasa?"

"Ya, kuasa" kata Anza kepada Boboiboy "Ianya mempunyai kuasa elemental air. Kamu harus dapatkan kristal yang lain untuk selamatkan dunia ini. Musuh kita sedang mencari kristal-kristal ini di seluruh alam. Dapatkan kesemuanya dan hapuskan musuh-musuh kita. Mereka sekarang ini telah menguasai beberapa kawasan"

"Jadi kami sebagai hero, kena halau mereka dari kawasan itu?"

"Yea" kata Puteri Anza kepada Boboiboy "Gunakan kuasa kamu dan kristal ini, saya akan serahkan kepada kamu. Saya percaya, kamu semua dapat selamatkan dunia ini dari kuasa jahat"

"Jangan risau! KAMI ADALAH PASUKAN SUPER DUPER HERO AKAN SELAMATKAN DUNIA INI YANG PENUH DENGAN MISTERI DAN KUASA! HAHAHAHA!" Lily tergelak bangga "Kristal itu, Lily akan simpan dengan baik"

"Boleh percaya ke?" Fang melirik matanya ke arah Lily

Puteri itu serahkan kristal biru tersebut kepada Lily. Mata Lily bersinar-sinar seperti kristal yang turut bersinar itu. Lalu dia simpan di dalam beg sandangnya yang kecil dan comel itu

"Sekarang kamu semua kena tinggalkan tempat ini. Saya akan bukakan portal untuk kamu ke tempat percarian kristal yang seterusnya"

Di saat itu, musuh-musuh puteri itu telah pun masuk ke dalam taman kolam air pancut itu. Mereka keluar dari tepi-tepi pokok hutan. Boboiboy, Fang dan Gopal sudah bersiap sedia untuk berlawan. Rizu genggam tongkat saktinya untuk pastikan tongkat itu tidak terlepas dari genggamannya. Lily mencekak pinggang sambil tersenyum bangga. Bagi dia, ini adalah agak mudah sahaja. Baru permulaan tetapi lama-kelamaan, akan menjadi sukar

"Bagi saya masa untuk bukakan portal itu. Kamu semua mempertahankan kolam ini"

Puteri itu terus menggunakan segala kuasanya untuk membuka portal ke tempat lain. Semantara dia mengumpulkan kuasa, para hero sudah mula berlawan. Fang menikam, melibas dan juga berikan tendangan terhadap musuh dia. Boboiboy gunakan kemahiran dia untuk memanah tepat ke arah musuh-musuh dia. Gopal pula, dia harus berhati-hati kerana serangan dia adalah serangan dekat. Defend dia agak tinggi tetapi agile dia rendah. Rizu kadang-kala terpaksa pulihkan Gopal kerana HP dia selalu jatuh. Lily pula, dia beku sahaja sesiapa yang dia mahu. Selepas itu, dia hentam mereka dengan kuasa hujan ais. Tidak sampai 1 minit, portal itu sudah terbuka

"CEPAT! LARIKAN DIRI!"

Boboiboy, Fang, Gopal, Rizu dan Lily lari masuk ke dalam portal tersebut. Mereka akhirnya berada di tempat lain. Di depan mereka terdapat papan tanda. Kiri ke istana pasir dan kanan pula, ke sebuah perkampungan pasir

"ISTANA PASIR!" jerit Lily "Jom BBB-CHAN! Kita bina istana idaman kita berdua sama-sam! WUUUU! BESTNYA!"

Lily mula berangan dia dan Boboiboy duduk di tepi pantai sambil membina sebuah istana menggunakan pasir. Dia dapat rasakan detik-detik manis itu setiap kali mereka tergelak mesra

"Jom kita tinggalkan si kerepek pisang ni" kata Fang secara tidak langsung "Si pelik ni bukannya boleh diharap langsung. Tak habis-habis dengan BBB-CHAN dia. Entah apa yang istimewa sangat si Boboiboy tu"

"Abang Fang jealous ke?"

Boboiboy dan Gopal terus ketawa. Rizu rasa pelik. Kenapa abang Boboiboy dan abang Gopal ketawa? fikir Rizu. Dia ada buat lawak ke tadi? fikir dia lagi. Fang terus pijak kaki Boboiboy dan Gopal

"Wei! Apasal gelak-gelak. Rizu bukannya buat lawak pun" kata Fang

"Wuuuuu... landak marah" Lily tersenyum lebar sambil melihat Fang "Landak jangan marah-marah. Kita kan nak pergi lawan-lawan orang jahat.. hehehe.. Bolehlah Lily bekukan semua musuh-musuh kita!"

"Aku tak marahlah!" Fang mula berapi dengan Lily. Dia mengambil keputusan untuk ke perkampungan pasir

Mereka terpaksa ikut sahaja ke mana Fang pergi. Laluan ke perkampungan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka terpaksa mengharungi beberapa cabaran seperti munculnya beberapa musuh. Kali ini, musuh mereka agak mencabar sedikit. Memang sukar untuk kalahkan mereka tetapi mereka berjaya

"Wei wei! Aku jumpa laluan rahsia" kata Gopal sebaik sahaja dia menjumpai lubang kecil pada batang pokok

"Hmmm... betul ke laluan rahsia tu?" soal Lily "Entah-entah dalam tu tempat tersembunyi hantu badut.. MIAHAHAHAHAHA!"

Fang terus ketuk kepala Lily

"Mana ada hantu badut dekat dalam video game ni! Kau jangan nak takutkan Rizu"

"Ala.. Lily bergurau aje" Lily tersengih sedikit "Dah dah.. jom kita masuk dalam lubang tu! Manalah tahu kita jumpa sesuatu yang menakjubkan ke seperti cincin berlian!"

"Apa kata kau masuk dulu"

"Erk?!" Lily tersengih lagi sambil melihat wajah Fang yang sedikit marah "Ta-tapi.. si Gopal lah yang masuk dulu sebab dia yang jumpa. Kenapa Lily pula?"

"Sebab kau kan hebat dan kau kan jenis berani yang tak takut dengan apa-apa"

Lily rasa terharu mendengar kata-kata pujian dari Fang. Hati dia berbunga-bunga dan air mata dia mengalir sedikit. Lalu dia mengusap air mata itu. Boboiboy menepuk dahinya. Fang pula, terbayangkan dia campak Lily jauh dari sini

"Biar aku ajelah yang masuk dulu" kata Boboiboy

"BBB-CHAN kalau jumpa cincin, bagi Lily tau!" kata Lily sambil melihat Boboiboy merangkak masuk ke dalam lubang itu

Apabila Boboiboy sudah merangkak masuk, dia seperti tidak percaya kerana di dalamnya agak luas. Dia bangunkan dirinya dan melihat sekeliling tempat itu. Ianya seperti sebuah gua besar. Lalu dia memanggil kawan-kawannya

"Korang! Masuklah!"

Satu demi satu, kawan Boboiboy masuk ke dalam lubang itu. Mereka tidak rasa tempat ini hanyalah gua kosong sahaja. Mesti ada sesuatu yang tersembunyi. Mereka semua berpecah untuk mencari laluan rahsia sehinggalah Rizu jumpa sesuatu

"ABANG FANG! PIZU JUMPA SESUATU!"

Mereka bergegas ke tempat Rizu. Si kecil itu menunjuk satu butang yang terselit di bahagian belakang sebuah batu kecil. Tanpa berkata apa-apa, Rizu terus menekan butang itu. Tiba-tiba satu laluan terbuka disebalik sebuah bongkahan batu besar. Batu itu bergerak ke kiri

"WAH! RIZU JUMPA PINTU RAHSIA!" Lily bertepuk tangan seorang diri

"Itu pun nak teruja" bisik Fang sambil bersilang tangan

"Korang rasa, apa dekat dalam tu?" soal Boboiboy

"Ala, mesti ada monster jahat dalam tu sedang menunggu kita" kata Gopal dengan penuh yakin "Yelah, dalam setiap game yang ada di muka bumi ini, mesti ada monster-monster sedang melindungi sesuatu! Macam harta karun!"

"Wuuuu.. Lily suka harta karun!"

"Jom kita dapatkan harta karun tu!"

Gopal dan Rizu berlari masuk ke dalam pintu rahsia itu. Boboiboy, Fang dan Lily hanya berjalan sahaja. Lily kelihatan sangat teruja. Dia terbayangkan wang emas, berlian-berlian bersinar bagaikan bintang dan juga barang-barang kemas seperti cincin ataupun mahkota. Dia terbayangkan lagi diri dia seorang gadis yang kaya-raya. Setiap hari dia akan bawa Boboiboy jalan-jalan merata dunia. Fang pula, dia terbayangkan seekor makhluk seperti big boss sedang menunggu kehadiran mereka

"WAH!"

Mereka terdengar suara Rizu dari dalam gua rahsia itu. Sang kecil itu berlari-lari ke arah sana sini kerana kawasan gua rahsia itu sangat lapang. Gopal kelihatan agak kecewa kerana tiada harta karun di dalam gua rahsia itu. Dia terduduk di atas seketul batu

"Kau kenapa Gopal?" soal Boboiboy

"Aku sedih sebab takde harta karun"

"Kita kena tipu ni!" marah Fang

Sebaik sahaja Lily melangkah masuk ke dalam gua rahsia itu, pintu rahsia itu tertutup secara tiba-tiba. Mereka terkejut. Lily mengetuk-getuk pintu gua itu agar ianya dapat melepaskan mereka. Selepas itu, muncul makhluk-makhluk penjaga gua rahsia tersebut. Gopal kembali menjadi ceria. Semangat Gopal terus melonjak naik. Sebelum dia melakukan beberapa tumbukan, dia menghembus-hembus pada genggaman tangan kanan dan kirinya. Fang pula, dia terbayangkan diri dia berada di dalam latihan tempur abangnya. Dia rasa gembira pula kerana kali ini, tiada pantauan dari abangnya

"HAHAHAHA! AMBIK NI! RASAKAN TIKAMAN DARI AKU!" Fang ketawa tidak terhenti-henti setiap kali musuh datang kepada dirinya.

Boboiboy rasa, kedua-dua kawan baik dia sudah gila. Gopal cuba tunjukkan dirinya seorang adiwira yang berjaya dalam gaya berlagak. Fang pula, seperti orang gila sedang berlawan. Di sebelah diri Fang pula, ada Rizu sedang cuba berlawan tetapi kuasa dia tidak begitu kuat. Lily pula? Kemana gadis itu pergi? Mata Boboiboy mencari-cari kemana Lily menghilangkan diri

"BBB-CHAN!" Rupanya Lily berada di belakang Boboiboy "Lily akan cuba sedaya-upaya untuk melindungi BBB-CHAN!"

"Tapi.." Boboiboy sempat memahan ke arah musuh-musuhnya sebelum dia sambung ayat tadi "Gopal perlukan kuasa kau sebab life dia semakin lama semakin nipis"

"ERK?"

Lily bekukan beberapa makhluk di situ dan bergegas ke arah Gopal. Lalu dia menggunakan kuasa penyembuh untuk naikkan kembali nyawa Gopal. Selepas itu, dia kembali berdiri di sebelah Boboiboy. Dia asyik sembuhkan nyawa Boboiboy dan lupakan yang lain. Jadi mereka terpaksa bergantung kepada Rizu sahaja. Kasihan Rizu, dia berlari ke sana ke sini untuk pastikan nyawa Gopal dan Fang selamat. Akhirnya, mereka selesai hapuskan makhluk-makhluk di dalam gua rahsia itu. Pintu rahsia tadi kembali buka dengan sendirinya

"YAHOOOO! KITA SELAMAT!" jerit Lily dengan senang hatinya

"Kau dengan BBB-CHAN kau ajelah yang selamat. Yang kita-kita ni, hampir nak nyawa-nyawa ikan. Selamatlah Rizu ada" kata Fang dengan nada marah

Lily tersengih kecil. Lalu dia lari keluar dari gua rahsia itu kerana takut melihat wajah kemarahan di muka Fang. Tiba-tiba sahaja dia menjerit di luar gua rahsia itu. Boboiboy, Fang, Gopal dan Rizu bergegas keluar untuk melihat apa yang terjadi

"LILY JUMPA PETI HARTA KARUN!"

"YAHOOOO! HARTA KARUN!"

Boboiboy dan Fang melihat sahaja mereka berdua melompat-lompat kegembiraan. Rizu bertepuk tangan dan tidak sabar untuk membuka peti harta karun itu. Gopal mengosok-gosok kedua tapak tangannya. Lalu dia membuka peti itu secara hati-hati. Mata dia terus bersinar-sinar sebaik sahaja dia melihat isi kandungan peti itu

"Wah, kita dapat senjata baru!" kata Boboiboy

"Aku punya pedang nampak canggih dan bergaya!" Fang suka dengan pedang barunya. Lalu dia mengangkat keluar pedang itu "Barulah nampak bergaya"

"Pizu punya tongkat sakti pun nampak lawa"

"Betul tu Rizu! Tapi akak punya lagi lawa dan lagi menarik" Lily terus tunjuk tongkat sakti dia yang mempunyai berlian kecil berwarna ungu di hujung tongkatnya "Berlian akak bentuk hati.. hehehe.. dia tahu kot akak ada hati dekat BBB-CHAN!"

Boboiboy terus lari keluar dari gua itu bersama dengan pemanah barunya. Gopal sudah keluarkan alat tinjunya dan dia gantikan dengan dua gelang. Dia rasa pelik pula tetapi pada masa yang sama, dia dapat rasai kuasa baru dari gelang tersebut

"Nampaknya, senjata kita sudah ditukar baru. Jadi, kita sambung perjalanan kita dengan senjata baru ini!"

"Hmm.. baiklah Gopal" kata Fang "Kau ni, macam ketua dekat dalam game ni"

"Mestilah! Akulah ketua dan bukan si Boboiboy tu! Hahahahaha..."

Gopal keluar dari gua itu dengan perasaan bangga. Lalu dia membawa mereka semua ke perkampungan pasir. Semasa dalam perjalanan ke perkampungan itu, mereka terpaksa lawan dengan beberapa makhluk. Lima minit kemudian, mereka sudah pun tiba di perkampungan itu. Mata mereka terkebil-kebil melihat perkampungan itu kerana semuanya diperbuat daripada pasir, termasuklah para penduduk kampung itu. Lily sudah menyorokkan diri dibelakang Boboiboy. Dia mengintai-intai sedikit kampung itu di belakang bahu Boboiboy

"Wahhh! Pelik tetapi menarik!" kata Rizu "Abang Fang! Jom kita masuk kampung pasir tu"

"Err.. ok" Fang yakin penduduk-penduduk di situ tidak akan menyerang mereka "Abang tak rasa mereka orang jahat"

"Kau ni.. mestilah dia orang tu baik-baik aje" kata Gopal "Di dalam setiap game RPG, mana-mana perkampungan kita akan masuk.. semuanya baik-baik. Takde yang jahat-jahat tau"

"Yer ke" Fang melirik matanya ke arah Gopal "Kalau macam tu, kau ajelah yang masuk dulu. Buktikan kepada kami!"

"Be-betul tu! Lily sokong sahaja!"

"Jangan risaulah Gopal. Aku percayakan kau"

"Terima kasih Boboiboy!" Gopal terus memeluk erat kawan baiknya "Kaulah satu-satunya kawan baik ku yang boleh diharap"

Fang teringin juga untuk gunakan kuasa pedang dia ke atas Gopal. Bolehlah dia cincang-cincang sampai game over si Gopal tu, fikir Fang sambil ketawa kecil. Gopal menuju ke arah pintu masuk kampung itu dengan penuh yakin. Dia adalah ketua kumpulan mereka dan dia akan tunjukkan teladan yang baik. Semasa dia melangkah masuk ke dalam perkampungan itu, para penduduk di situ, terus berhenti membuat kerja masing-masing

"Errr.." Tiba-tiba jantung Gopal berdegup dengan kencang. Kaki dia berundur sedikit demi sedikit

"Apasal kau tiba-tiba jadi takut pulak ni" Fang menolak badan Gopal ke depan "Bukan ke, kau adalah ketua kita orang yang berani dan bukan pengecut"

"Err.. hehehe" Gopal tersengih sedikit. Lalu dia beranikan dirinya semula

Seorang demi seorang penduduk itu datang ke arah mereka. Gopal menjadi gementar kerana jikalau mereka melakukan serangan terhadap dia dan rakan-rakannya

"Sang penyelamat!" kata salah seorang penduduk pasir itu "Selamat datang ke perkampungan kami!"

"Sang penyelamat?" bisik Boboiboy

"Kami di sini sentiasa menunggu kedatangan kamu semua" kata penduduk itu tadi "Nama saya Pansir dan saya adalah ketua kampung ini"

"Kenapa kamu semua menunggu kedatang kami semua?" soal Boboiboy

"Kerana kampung diserang oleh seorang penjahat. Dia telah menggunakan kristal element bumi" kata seorang wanita pasir "Kami setiap hari berdoa agar sang penyelamat dapat selamatkan perkampungan kami"

"Dan akhirnya, doa kami termakbul. Tolong selamatkan perkampungan kami" kata salah seorang penduduk

"Hasil tanaman kami sudah dimusnahkan oleh dia. Makanan kami juga, semakin lama, semakin sedikit. Kami merayu agar sang penyelamat dapat selamatkan kami semua" merayu seorang gadis pasir

"Jangan risau!" Tiba-tiba Gopal kembali bersemangat "KAMI AKAN HAPUSKAN SANG PENJAHAT ITU! HAHAHAHA!" Dia ketawa sambil mencekak pinggang

"Abang Gopal macam abang Fang pula. Berlagak betul"

"Tahu takpe" kata Boboiboy kepada Rizu "Dimana kami perlu mencari orang jahat itu?" soal dia kepada para penduduk itu

"Dia kini berada di Istana Pasir. Dia telah menawan istana tersebut. Sang puteri dan sang putera telah dipenjara oleh dia" kata ketua kampung tersebut "Selamatkan mereka dan selamatkan kampung kami"

"Baiklah! Kami akan selamatkan mereka dan juga kampung ini" kata Boboiboy "Mari Gopal, Fang.. kita jalankan misi kita!"

"Sekejap.." Fang memandang kanan dan kirinya "Mana si pelik dan Rizu?"

Mereka tercari-cari kemana kedua-dua rakan mereka pergi. Akhirnya salah seorang penduduk kampung itu tunjukkan mereka bahawa Lily dan Rizu sedang menikmati pelbagai hidangan yang sudah disediakan oleh para penduduk itu. Boboiboy dan Fang menepuk dahi mereka sendiri. Manakala Gopal pula, mata dia sudah bersinar-sinar kerana makanan yang ada di atas meja

"Hmmm... boleh pulak dia orang pergi makan dekat situ" kata Fang

"Tapi.. ini kan game sahaja. Boleh ke makan?"

"Ala Boboiboy, kita cubalah makan sesuatu. Manalah tahu makanan tu boleh makan sebenarnya" kata Gopal dengan penuh yakin "Lagipun, kita tak patut kecilkan hati mereka. Bersusah payah mereka sediakan makanan untuk kita tetapi..." Dia gelengkan kepala dan lalu sambung balik berkata "Kita tidak menjamu makanan itu. Tak patut kita buat begitu dekat dia orang"

Gopal mula perasan, Boboiboy dan Fang sudah tinggalkan diri dia. Selama ini, dia bercakap seorang diri. Hati Gopal panas kerana ditinggalkan oleh rakan-rakan dia. Boboiboy dan Fang sebenarnya pergi dapatkan rakan-rakan mereka yang lain. Selepas itu, mereka kembali perjalanan ke istana pasir. Istana itu terletak ditepi pantai

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Istana pasir adalah sebuah istana yang berdiri gagah di bukit, bersebelahan dengan sebuah lautan biru. Istana itu dikawal ketat oleh askar-askar pasir. Mereka kelihatan seperti hantu pasir

"Besarnya istana tu" kata Rizu

Mereka kini sedang sembunyikan diri disebalik pokok. Mereka ingin meninjau-ninjau terlebih dahulu sebelum menyerang masuk ke dalam istana tersebut

"Ada jalan lain tak nak menyelinap masuk istana tu tanpa lawan-lawan dia orang?"

"Mestilah ada Boboiboy!" kata Gopal "Setiap game RPG, mesti ada laluan rahsia nak masuk istana"

"Jadi, kau tahu ke laluan rahsia tu?" soal Fang kepada Gopal. Mata dia sedang perhatikan askar-askar mengawal istana itu "Kalau kita serang pun, mesti kita dapat masuk dalam istana tu"

"Tapi Fang, dekat dalam istana tu.. mesti lagi ramai musuh-musuh kita. Lebih baik kita ikut laluan rahsia"

"Betul tu! Lily sokong sahaja!" Sebenarnya Lily malas nak lawan-lawan sebab ianya membuatkan diri dia rasa penat "Jadi, kita mesti cari laluan rahsia. Lily cari dengan BBB-CHAN! Landak pula, dengan Rizu dan Gopal.." Mata dia melirik ke arah Gopal

"Aku kena cari sorang-sorang lah ni?" Sedih Gopal "Takpe! Sebagai seorang ketua kumpulan, aku kena tunjuk teladan yang baik kepada anak-anak buah ku terutama sekali si landak ni!"

"Betul betul! Lily sokong sahaja!" Lily ketawa kecil "Landak oh landak.. Lily nak pesan, landak kena ikut cakap ketua"

"Ikut cakap ketua konon" bisik Fang sambil merungut "Jom Rizu, kita cari laluan rahsia tu!"

"Errr.. ok abang Fang"

Fang mengheret adik angkatnya jauh dari rakan-rakan dia. Mata Lily sudah berkelip-kelip ke arah Boboiboy. Dia sedang menunggu Boboiboy mengajak diri dia pergi mencari laluan rahsia bersama. Boboiboy menelan ludah sambil melirik matanya ke arah Gopal

"Apa kata Gopal ikut kita sekali. Nanti ada musuh serang Gopal, kasihan dia terpaksa lawan seorang diri"

"Hmmm.. ok juga tu" kata Lily dengan sedikit kecewa "Walapun Lily kecewa tetapi kita kena ikut arahan dari ketua kita iaitu BBB-CHAN!"

"Dey! Bukan aku ke ketua?"

Lily pura-pura tidak dengar. Dia terus mengajak Boboiboy mencari laluan rahsia itu. Gopal ditinggalkan keseorangan lagi sekali. Kasihan Gopal, terpaksa dia mencari laluan itu seorang diri. Dia cuba fikirkan setiap game RPG yang dia pernah main. Selalunya, laluan rahsia itu mesti tersembunyi di sebalik pokok-pokok atau di tepi istana. Lalu dia pergi dibahagian tepi bangunan istana itu. Tiada askar-askar jahat mengawal dibahagian itu

"Woi, kau dah jumpa ke?"

Gopal terkejut dengan teguran tadi. Dia pusing kebelakang dan berikan satu renungan kepada Fang. Selamat dia tidak menjerit. Dia tarik tangan Fang dan juga Rizu dan bawa mereka ke tepi dinding istana tersebut

"Abang Gopal nak kita buat apa?"

"Ok, kita cari pintu rahsia atau tangga rahsia yang bawa kita ke laluan bawah tanah atau kata lain, laluan rahsia"

"Pizu pun fikir macam tu juga" kata Rizu "Kalau takde dekat tepi sini, mesti ada dekat belakang istana atau dekat sebalik pokok-pokok. Jom kita cari abang Gopal"

Kali ini, Fang pula ditinggalkan. Riak wajah Fang berubah menjadi masam. Dia terpaksa mencari seorang diri. Sebenarnya dia malas hendak menyertai mereka berdua. Dia rasa lebih tenang dan tiada gangguan dari sesiapa. Bukan dia hendak katakan adik angkat dia menjengkelkan ataupun bosan, tetapi dia lebih suka buat kerja bersendirian. Dia sudah terbiasa begitu kerana abang dia telah mengajar dia menjalankan misi seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki datang ke arahnya. Fang keluarkan pedangnya. Dia undurkan diri dengan matanya memandang tepat ke depan. Dia menggenggam rapat pedangnya

"Fang! Fang!"

Seseorang sedang memanggil dia dari belakang. Dia menoleh sedikit. Boboiboy sedang melambai-lambai sambil memanggil namanya. Fang berlari terus ke arah Boboiboy. Tiba-tiba Boboiboy menarik tangan Fang masuk ke dalam sebuah lubang yang berada di atas tanah. Di dalam lubang itu terdapat sebuah tangga menuju ke bawah tanah. Mereka turun ke bawah sebelum askar-askar tadi sedar dengan kewujudan mereka

"Siapa yang jumpa laluan bawah tanah ni?" soal Fang

"MESTI LAH LILY!" kata sang gadis itu dengan lagaknya "Miahahahahaha! Lily yang jumpa! Bukan ketua kita si Gopal... hahahaha!"

"Kali ni kakak Lily macam abang Fang pulak" bisik Rizu sambil mengusap dagunya "Sangat misteri"

Laluan bawah tanah itu agak suram dan sunyi. Mereka berjalan secara perlahan supaya tidak jatuh ke dalam saluran air. Tiada askar jahat yang berada di laluan bawah tanah itu. Mereka hanya perlu lawan dengan makhluk-makhluk dari dalam saluran air itu. Ianya adalah makhluk air. Lily terlalu teruja kerana kuasa dia dapat musnahkan mereka dengan begitu cepat

"Wah! Hebatnya kakak Lily!" Rizu bertepuk tangan melihat kekuatan kuasa Lily "Kakak Lily lah pulak jadi ketua kita. Yelah, kuasa kakak Lily jauh lebih hebat daripada abang Gopal. Kuasa abang Fang pula, pedang tu tak boleh nak tikam makhluk air tu sangat. Sama juga dengan anak panah abang Boboiboy. Pizu pula, Pizu hanya dapat pulihkan nyawa korang aje. Jadi, kuasa Pizu masih lagi lemah"

"Rizu nak akak jadi ketua kumpulan? LILY JADI CAPTAIN?"

Mata Lily terus bersinar-sinar. Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Lily dengan bangganya, dia berjalan ke depan seperti dirinya seorang kapten. Kaki Fang terasa gatal untuk tendang Lily ke dalam saluran air itu

"Baik anak-anak buah ku dan landak" Berkerut dahi Fang. Lily berkata lagi "Mari ikut kapten mu yang comel dan cantik ni"

Entah ke mana Lily membawa mereka. Asyik sesat sahaja dan paling kerap sekali, asyik jalan mati sahaja. Fang sudah mula hilang sabar. Tangan dan kaki dia mula hendak menyerang Lily. Beberapa minit kemudian, barulah mereka jumpa sebuah tangga menuju ke bahagian atas. Mereka menaiki tangga tersebut. Ternyata, mereka sudah jumpa sebuah pintu untuk keluar dari laluan rahsia itu. Pintu rahsia itu tersembunyi di bahagian belakang almari. Boboiboy dan Fang terpaksa menolak ketepi secara berhati-hati. Mereka berdua mengintai-intai bilik kecil itu. Ianya kelihatan tiada orang di dalam bilik tersebut. Hanya ada sebuah katil dan almari sahaja

"Macam bilik orang suruhan sahaja" bisik Fang "Line clear, jom kita bergerak dan cari orang jahat tu"

"Jangan lupa selamatkan puteri dan putera" Rizu ingatkan mereka "Kita boleh ke berpecah dari sini?"

"Maaf Rizu" kata Boboiboy "Kita tidak boleh berpecah. Kita kena bersama"

"Ala Boboiboy, sebenarnya boleh aje" Gopal keluar dari laluan rahsia itu bersama dengan Lily "Aku, kau dan Lily pergi selamatkan puteri dan putera. Si Fang dan Rizu pergi lawan orang jahat tu"

"Woi! Apasal aku kena lawan orang jahat tu sorang-sorang pulak?" marah Fang

"Landak kan hebat" puji Lily sambil kelip-kelipkan matanya kepada Fang "Bukan ke landak selalu cakap, yang diri landak jauh lagi hebat daripada BBB-CHAN"

Boboiboy menepuk dahinya. Fang mengusap dagunya. Dia tidak membantah kata-kata Lily tadi. Dia ingin berikan kata-kata pujian kepada gadis itu tetapi disebabkan gadis itu adalah Lily si pelik, Fang hanya angguk kepala sahaja

"Aku memang hebat! HAHAHAHAHA! Jom Rizu! Kita pergi hapuskan orang jahat tu!"

"Ta-tapi.." Rizu hendak berkata sesuatu, Boboboy sudah pun mencelah

"Mana boleh berpecah! Kita kena bersama" kata Boboiboy "Kita selamatkan puteri dan putera terlebih dahulu. Mungkin mereka tahu tentang kelemahan musuh kita"

"Lily setuju! Bagus betul kapten Boboiboy"

"Bukan tadi kau ke yang kapten? Sekarang Boboiboy pulak yang kapten"

"Ala landak.. kita ikut sistem bergilir-gilir untuk menjadi seorang kapten" Lily tersengih sedikit "Lepas ni mungkin landak ke jadi kapten atau BBB-CHAN kekal sebagai kapten kita orang!"

Mata Lily terus bersinar-sinar. Boboiboy terpaksa menjadi ketua mereka sebelum beralih ke orang lain. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Tiada orang lalu-lalang disitu. Boboiboy memanggil mereka keluar dari bilik itu. Mereka terpaksa mencari jalan untuk ke bahagian bilik tawanan. Setelah beberapa minit mereka mencari, akhirnya mereka telah pun jumpa bilik tawanan itu. Pintu masuk ke dalam bilik itu dikawal oleh dua orang askar. Dengan mudah sekali, mereka hapuskan kedua-dua askar itu. Mereka berlari masuk ke dalam bilik tersebut. Ada beberapa penjara kosong di situ, kecuali penjara yang terakhir. Putera dan puteri dipenjarakan di bilik itu. Mereka sangat teruja melihat kehadiran Boboiboy dan rakan-rakannya

"Kamu datang untuk selamatkan kami?" kata sang puteri itu

"Ya, kami datang untuk selamatkan kamu semua" kata Rizu dengan gembiranya. Dia cuba hendak buka pintu penjara itu tetapi tidak berjaya "Errr.. kunci dekat mana yea?"

Sang puteri dan sang putera itu tunjuk ke arah dibelakang mereka. Boboiboy dan rakan-rakannya pusing kebelakang. Seorang askar berbadan tegap, tinggi dan besar sedang menunggu mereka di pintu masuk bilik tahanan itu. Dia keluarkan pedangnya yang panjang dan tajam dari sarung pedang. Masing-masing menelan ludah kerana pihak lawan mereka kali ini bukan calang-calang orangnya

"BBB-CHAN! LILY TAKUT!" Lily menyorok dibelakang Boboiboy "BBB-CHAN protect me! Landak and Gopal pergi lawan dia dan Rizu duduk dekat dengan kakak ok"

Fang malas hendak melayan Lily

"Jom Boboiboy, kita kalahkan dia"

"Dey, jangan lupa aku!" kata Gopal

Boboiboy, Fang dan Gopal maju ke depan. Fang berlari dengan pedang dia. Sang alien itu sudah bersiap sedia untuk berlawan. Askar itu dapat menghalang pedang Fang. Dia menghayun pedangnya dan Fang terus tunduk. Fang cuba tendang lutut musuh dia yang ada dihadapan tetapi ianya tidak berganjak. Sedikit pun tidak rasa sakit. Gopal menghantarkan tumbukan berapi bertubi-tubi dengan menggunakan kuasa gelangnya. Tumbukan berapi itu terkena badan sang askar itu. Ianya dapat cederakan sedikit sahaja. Askar jahat itu menyerang Gopal. Lalu Gopal jatuh terpelanting kebelakang. Boboiboy menembak anak panah dia dari jauh. Anak panah dia mempunyai kuasa cahaya. Sinaran cahaya itu memberikan Fang sedikit idea. Ini adalah peluang dia untuk menyerang. Dia menggunakan cahaya itu untuk kelebihan dia. Boboiboy seperti memahami apa yang Fang ingin lakukan. Dia berikan dua panahan dia ke arah musuh mereka. Gopal dan Fang menyerang musuh mereka. Gopal berikan tumbukan bertubi-tubi walaupun memberikan kecederaan yang sedikit sahaja. Pedang Fang pula, ianya memberikan impak yang besar. Fang dapat menikam kaki musuh dia dibahagian belakang. Sinaran cahaya tadi dapat menyilau permandangan askar jahat itu. Dia menjerit kesakitan apabila kaki dia tikam oleh Fang

"Kakak Lily, pergilah tolong dia orang"

"Ta-tapi.." Tangan bergetar-getar memegang tongkat sakti dia "Orang jahat tu jauh lebih kuat daripada kakak Lily"

"Ala, ini kan game sahaja. Pizu pasti yang kakak Lily dapat menolong mereka dan juga hapuskan orang jahat tu! Kakak Lily tak nak abang Boboiboy lawan sorang-sorangkan"

"BBB-CHAN mana ada lawan sorang-sorang. Si landak dan Gopalkan ada tapi kan.." Lily mengusap dagunya sambil bayangkan sesuatu "Kalau kakak Lily join dia orang hapuskan orang tu, mesti BBB-CHAN bangga dengan Lily"

Mata dia terus bersinar-sinar bagaikan dia nampak sesuatu yang menarik. Rizu hanya berikan satu senyuman sahaja. Lalu Lily berlari-lari anak ke arah Boboiboy

"BBB-CHAN! LILY DATANG UNTUK MEMBANTU BBB-CHAN!" Lily pusing-pusingkan tongkat saktinya seperti dia adalah watak adiwira dari anime Sailormoon "Rasakan kuasa beku dari LILY!"

Askar jahat itu membeku dalam beberapa saat sahaja. Mereka mengambil keemasan itu untuk hapuskan askar jahat itu. Nyawa dia semakin lama semakin sedikit. Selepas itu askar itu dapat bergerak semula. Dia mula mengamuk dan menghentam lantai bilik tahanan itu dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Bilik itu bergegar sedikit. Boboiboy terjatuh

"BBB-CHAN!" Lily rasa hendak mengamuk juga "BERANI SANG JAHAT BUAT MY BBB-CHAN JATUH! RASAKAN KUASA BEKU LILY!"

Askar itu membeku buat kali kedua. Selepas itu Lily menggunakan kuasa airnya untuk menyerang askar jahat itu. Pada masa yang sama, Boboiboy, Fang dan Gopal menyerang askar tersebut secara serentak. Akhirnya mereka dapat hapuskan musuh mereka. Askar itu berubah menjadi kunci. Fang mengambil kunci tersebut

"Wuuuu... orang tu sebenarnya adalah kunci. Bagus bagus" kata Lily sambil mengangguk kepalanya "Cepat landak, buka pintu jail puteri dan putera"

Fang hiraukan sahaja sang gadis itu. Dia cepat-cepat keluarkan Sang Puteri dan Sang Putera dari penjara mereka. Rizu dapat melihat puteri itu dengan lebih dekat. Dia tertarik dengan wajah keayuan puteri itu. Sang Putera pula, kekacakkan dia membuatkan Lily terkesima sedikit. Dia harus tabah, hati dia milik Boboiboy bukan sang putera itu. Lalu dia menampar pipinya sendiri untuk bangun dari melihat wajah kekacakan sang putera itu

"Si pelik dah buat kerja pelik" bisik Fang

"Kamu berdua tahu dimana musuh kita berada?" soal Boboiboy

"Dey! Dia orang mestilah ada dimana-mana sahaja dekat dalam istana ni" Lalu Fang pijak kaki Gopal kerana merapu "DEY! SAKITLAH!

"Dia berada di dewan menghadap. Dia sentiasa ada di situ" kata Sang Putera. Lalu dia bercerita "Dia adalah seorang putera yang ketagih dengan kuasa. Dia berjaya mencuri kristal tanah kami dan gunakan kuasa kristal itu untuk memusnah kawasan-kawasan di sekitar istana ini termasuklah perkampungan pasir. Sebenarnya, dia hanya dapat separuh kristal itu"

"Kerana separuh lagi ada di dalam loket saya" kata Sang puteri itu sambil mengangkat rantai loketnya yang tergantung pada lehernya "Ayah kami pecahkan kristal itu kepada dua. Satu untuk kembar saya, dan satu lagi adalah kepunyaan saya. Jika dia dapat sambung kedua-dua kristal tersebut, dunia pasir ini akan lenyap selama-lamanya"

"Jangan risau!" Lily mencekak pinggang sambil berkata dengan nada bangganya "KAMI ADALAH ADIWIRA PALING POPULAR AKAN MEMBANTU SANG PUTERI SANG PUTERA!"

"Terima kasih" kata Sang Putera itu "Mari, kami akan bawa kamu kepada dia. Kami tahu banyak laluan rahsia. Ianya boleh mengelakkan diri daripada bertembung dengan pengawal-pengawal istana ini"

Sang putera dan Sang puteri itu mendahului perjalanan ke dewan menghadap. Walaupun mereka melalui laluan rahsia, mereka terpaksa juga bertembung dengan makhluk-makhluk yang tersembunyi disitu. Apabila mereka tiba di dewan tersebut, musuh mereka sedang berdiri di tengah-tengah dewan itu. Mereka melangkah masuk ke dalam dewan itu. Musuh mereka pusing kebelakang untuk tunjukkan wajahnya

"KAPTEN ITIK HOT?!" Jerit Boboboy, Fang, Gopal dan Fang secara serentak

"EH! ABANG PAIZO LAH!"

"SINI RUPANYA KORANG!" Bergegar satu istana itu "KORANG MAIN GAME SAMPAI LUPA TENTANG LATIHAN TEMPUR HARI NI!"

Boboiboy, Fang dan Gopal menelan ludah. Mereka bertiga tidak tahu hendak menjawab apa. Lily sudah berundur sedikit demi sedikit untuk lari keluar dari dewan tersebut

"KAU NAK LARI KE MANA?"

Lily terkaku disitu seperti sebuah batu. Mata Kaizo mula melirik ke arah Rizu. Dia tidak akan apa-apakan si kecil itu. Mata dia melirik ke arah adiknya selepas itu

"Kau dan kawan-kawan kau akan dikenakan hukuman latihan tempur!"

"Ala abang.. bagilah kita orang main game" kata Fang

"Main game yea?" Kaizo mula mengusap dagunya sambil fikirkan satu idea yang bernas "Baiklah, aku bagi korang main game tapi korang semua kena lawan aku kalau nak menang dan paling best sekali, tiada hukuman latihan tempur" Padahal lawan dengan dia adalah hukuman latihan tempur

Mereka menelan ludah. Rizu lari ke tepi kerana tidak mahu berlawan dengan Kaizo. Sang Kapten itu biarkan Rizu lari medan perang yang bakal tiba sebentar lagi Tiba-tiba Fang mula perasan dengan sesuatu yang tidak kena dengan abangnya

"ABANG!"

"Kau nak apa Pang?"

"ADIK TAK PUAS HATI DENGAN ABANG SEBAB.." Fang tunjuk ke arah nyawa abangnya yang tertera di bahagian atas Kaizo "KENAPA NYAWA ABANG 999999? INI TIDAK ADIL!"

"Ha ah! Kenapa abang Kaizo ada 999999999 nyawa?"

Berkerut dahi Kaizo apabila adik dia dan juga Boboiboy mempersoalkan nyawa dia. Lalu dia keluarkan pedang tenaganya

"Eh kejap!" Kali ini Lily pula bersuara "Kenapa kapten itik hot ada pedang tenaga dia dan kita semua ada kuasa dari game ni? Mana adil! AMMY KENA BAGI SAMA RATA! PULANGKAN KUASA ASAL KAMI!"

"Ehem ehem... kau mana ada kuasa" kata Gopal

Lily terus tersengih. Baru dia teringat, dia mana ada kuasa. Dia hanya tukang penyibuk dan suka buat huru-hara. Dia adalah Lily, si pelik the awesome! Entah tiba-tiba sahaja Lily tersenyum bangga seorang diri

"Kenapa dengan si pelik tu?" bisik Fang kepada kawan-kawan dia

"Dia tengah beranganlah tu" jawab Gopal

"SUDAH! TAK PAYAH NAK SENYUM-SENYUM DEKAT SITU!" Kaizo mengangkat pedangnya dan lalu dia menyerang mereka "PEDANG TENAGA!"

Lintang-pukang mereka lari dari situ. Dari dalam dewan, hingga keluar dari dewan Kaizo mengejar mereka. Rizu pula, dia sudah menghubungi Emmy kerana mahu keluar dari dunia game tersebut

"KENAPA LILY KENA KEJAR JUGA?"

"SEBAB KAU PELIK!" jawab Kaizo "PEDANG TENAGA!"

Kasihan mereka terpaksa hadap dengan keganasan Kapten Kaizo dan paling kasihan sekali, tak dapat nak habiskan permainan game tersebut

-------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau tak best :P

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top