Puteri

Seorang gadis sedang menari-nari bersendirian di dalam sebuah taman. Dia kelihatan gembira tentang sesuatu tetapi gadis itu tidak tahu, berita apa yang dia gembira? Seolah-olah ianya membuatkan dia lupa. Lalu dia berhenti menari dan terus berjalan sekitar taman itu. Semuanya kelihatan indah. Setiap kali dia lalu di tepi pokok-pokok bunga, beberapa pari-pari keluar dari bunga-bunga tersebut. Pari-pari itu berterbangan sekeliling gadis tersebut. Tiba-tiba, pari-pari tersebut terbang lari kerana ternampak sesuatu yang menakutkan. Suasana taman itu berubah menjadi suram

"Lynna"

"Hmm.." Lynna pusing kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil dirinya. Mata dia membulat besar "KAU!"

"Yea, aku"

"Bukan ke kau sepatutnya dah mati"

"Betul. Aku memang dah mati tetapi sebelum aku mati, aku letak satu sumpahan dekat diri aku supaya aku dapat hidup balik. Nampaknya sumpahan itu menjadi tetapi ianya memerlukan 7 roh. Yea Lynna, aku perlukan 7 roh supaya aku dah bangkit dan balas dendam terhadap abang aku dan orang sekeliling dia!"

"7 roh?" Lynna berundur sedikit demi sedikit. Dia tahu dirinya dalam bahaya ketika ini "Aku tak kan benarkan kau mengambil roh aku" Dia sentuh dadanya seperti dia melindungi roh dia sendiri

Di dalam mimpi ini, Lynna tidak boleh gunakan kuasanya. Dia hanya dapat berdoa agar dia bangun dari mimpi tersebut. Lalu dia larikan dirinya jauh dari Puteri Florence tetapi sang puteri itu sangat pantas. Dia muncul di hadapan Lynna

"Kau ingat, KAU BOLEH LARI! Jangan takut wahai puteri Lynna kerana ROH KAU AKAN MENJADI MILIK AKU!"

Puteri Florence terus menembus masuk ke dalam badan Lynna untuk merampas roh sang gadis itu. Lynna terus rebah ke tanah. Puteri Florence hilangkan diri dari mimpi itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang sudah pun siapkan sup lobak merah untuk abangnya. Dia juga ada sediakan tiga onigira. Kesemuanya mempunyai inti yang berlainan iaitu onigiri salmon, onigiri tuna dan onigiri ayam teriyaki. Dia terdengar abang dia sedang bergegas turun dari tangga rumah. Fang mengangkat piring onigiri untuk berikan kepada abangnya. Lalu dia keluar dari dapur tersebut. Kaizo sedang memakai jaketnya dan dia kelihatan dalam terburu-buru

"Abang nak pergi mana? Kommander Kokochi panggil abang ke? Ada panggilan kecemasan dari TAPOPS ke?"

"Bukan tapi abang perlu ke KL"

"Hah?!" Fang terkejut "Kak Lynna panggil abang ke?"

Kaizo tidak menjawab, dia hanya mengambil salah satu onigiri dan terus keluar dari rumah tersebut. Fang mahu menelefon Lynna tetapi dia rasa, dia tidak perlu masuk campur buat seketika ini. Dia akan tunggu abang dia balik dan cerita apa yang terjadi. Mungkin kak Lynna perlu bantuan dari abang dia, fikir Fang atau mungkin kak Lynna ingin beritahu sesuatu yang penting seperti isi hati dia, fikir Fang lagi

"Atau.." Fang duduk di sofa dengan piring onigirinya "Abang aku lupa bahawa hari ini sepatutnya dia keluar dating dengan kak Lynna! Atau.. err... banyak sangat atau lak. Baik aku tengok tv sambil tunggu abang aku balik"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir 4 jam juga Kaizo keluar. Dia masih belum lagi pulang. Fang sudah tertidur di atas sofa. Dia sempat mimpi diri dia berada di alam donut lobak merah. Rancangan di television masih terbuka. Fang terlelap semasa dia menonton sebuah filem. Sup lobak merah di dapur sudah menjadi sejuk di dalam periuk. Pintu rumah dibuka oleh Kaizo. Dia kelihatan sedih dan marah. Fang terjaga dari tidurnya. Mata dia ternampak abangnya sudah duduk diatas kerusi sambil fikirkan sesuatu

"Abang?" Fang gosok mata sebelahnya

"Kau nak apa, Pang?" soal Kaizo dengan suara seriusnya

"Abang jumpa kak Lynna ke tadi?" soal Fang dengan nada mengantuk

"Yea tapi Lynna dalam keadaan koma" Suara Kaizo berubah menjadi sedih. Fang terkejut. Rasa mengantuk dia terus hilang "Doktor tak tahu apa puncanya. Lynna tadi nampak pucat" Badan dan kepala Kaizo tertunduk sedikit

"Abang" Fang bangun dan usap badan belakang abangnya "Adik pasti kak Lynna akan selamat. Mesti ada sesuatu yang kita boleh tolong kak Lynna"

"Abang pun rasa begitu"

"Abang jangan sedih ok. Adik pergi panaskan sup lobak merah untuk abang. Bolehlah kita makan bersama nanti"

"Terima kasih Pang" ucap Kaizo

Fang terus ke dapur. Dia sempat mengintai sedikit untuk melihat keadaan abangnya. Kaizo seperti orang hilang arah yang kehilangan sesuatu. Fang turut rasa sedih tetapi apa yang dia perlu buat? Bantuan apa yang dia perlu lakukan? Mungkin kawan-kawan kak Lynna tahu jawapannya? fikir Fang. Dia memetik dapur masak untuk panaskan sup lobak merah. Lalu dia mengacau sup tersebut sambil fikirkan keadaan Lynna. Fang sudah hilang semangat kerana terbayangkan wajah pucat Lynna yang terlantar di hospital

"Pang" Kaizo muncul di muka pintu dapur

"Yea abang" Fang pusing kebelakang untuk melihat abang "Kenapa abang?"

"Terima kasih kerana buatkan sup lobak merah untuk abang"

"Err.. sama-sama abang" Fang boleh nampak abangnya sudah hilang semangat "Abang duduklah, nanti adik hidangkan sup ni. Lepas tu abang boleh pergi rehat, Abang jangan terlalu banyak fikir ok. Kita mesti cari jalan untuk selamatkan kak Lynna"

Kaizo tersenyum lemah sambil duduk di kerusi. Dia rasa terharu dengan kata-kata adik adik. Dia tidak boleh hilangan semangat. Dia perlu bangkit dan cari jalan untuk selamatkan Lynna. Mungkin dia perlu ke dunia sana iaitu Unseen World. Dunia yang penuh dengan fantasi. Dia tahu seseorang yang boleh berikan jawapan bagaimana hendak selamatkan Lynna. Esok dia akan ke sana dengan bantuan dari kawan-kawan Lynna. Hari ini dia akan rehat untuk pulihkan tenaga dan semangat dia

"Jangan risau Lynna. Aku akan pastikan kau selamat" bisik Kaizo

Fang terdengar bisikan dari abangnya, lalu dia tersenyum seorang diri sambil menuang sedikit sup ke dalam sebuah mangkuk. Semoga abang dapat jawapannya nanti, fikir Fang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada masa yang sama, Boboiboy sedang bersiap-siap untuk masuk tidur. Dia sudah selesai gosok gigi. Dia masuk ke bilik dan melihat Ochobot sedang tidur nyenyak sambil memulihkan kuasa yang dia guna pada hari ini. Boboiboy menguap kecil. Lalu dia duduk diatas katil. Dia sudah tidak sabar untuk baring kepalanya diatas bantal. Hari ini dia begitu sibuk mengurus kedai Kokotiam bersama dengan Tok Aba. Ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka pada hari itu sampai Boboiboy tidak lepas tangan. Dia terpaksa berpecah kepada tujuh untuk menolong Tok Aba

"Selamat malam Ochobot!" kata Boboiboy secara lemah

Sewaktu dia hendak menutup lampu mejanya, tiba-tiba lampu itu berkelip-kelip. Dia rasa pelik, mungkin mentol lampu itu sudah rosak, fikir Boboiboy. Lalu dia padamkan lampu tersebut. Belum lagi dia baring, lampu itu tiba-tiba bercahaya. Boboiboy rasa pelik

"Aik, bukan aku dah tutup ke tadi"

Boboiboy padam semula lampu itu tetapi kali ini, lampu itu berkelip-kelip. Badan Boboiboy menjadi seram sejuk. Dia bangun dari katilnya itu dan perhatikan sekelilingnya

"Wei Ochobot!" Boboiboy cuba bangunkan robot kuningnya tetapi tidak berjaya "Ochobot! Kenapa dengan dengan bilik aku ni?"

Badan dia rasa sejuk. Dia memeluk badannya dan pergi mencari jaket di dalam almari baju. Sewaktu dia lalu di hadapan cermin, ada sesuatu yang muncul di dalam cermin tersebut. Ianya seperti bayang-bayang seseorang tetapi bukan. Boboiboy tidak sedar dengan kehadiran makhluk itu. Dia sudah mencapai jaket orennya. Lalu dia memakai jaket tersebut. Tiba-tiba tingkap biliknya buka tutup buka tutup ketika itu. Angin kuat memasuki biliknya. Boboiboy dengan pantasnya, dia pergi menutup dan kunci tingkap biliknya. Lalu dia pusing kebelakang. Dia terkejut dengan kehadiran makhluk hantu. Boboiboy seperti pernah nampak wajah hantu tersebut

"Hai Boboiboy" kata hantu itu yang bernama Puteri Florence

Mata Boboiboy membulat besar apabila sang puteri itu meluru terus ke dirinya. Puteri Florence menembus masuk ke dalam badan Boboiboy. Sang adiwira itu tidak sempat menjerit atau bertindak kerana roh dia sudah dirampas oleh sang puteri itu. Badan Boboiboy rebah diatas lantai biliknya sendiri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu, Fang terima panggilan dari Ochobot. Dia seperti abangnya semalam, bergegas siapkan dirikan dan terus ke hospital Pulau Rintis. Adakah Boboiboy menerima nasib yang sama seperti kak Lynna? fikir Fang. Dia tidak boleh membuang masa untuk fikir tentang itu. Kaizo tiada pagi itu, dia sudah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakan-rakan Lynna. Jadi, dia tidak tahu keadaan Boboiboy sekarang ini

"FANG! KAU DAH SIAP KE BELUM? KALAU BELUM, AKU PERGI DENGAN BELLA!"

"Kejap! TUNGGU AKU!"

Fang berlari turun dari tangga. Sepupu dia Faye sudah bersiap, hanya tunggu Fang sahaja. Lalu mereka berdua gerak terus ke hospital untuk melawat Boboiboy. Sesudah sahaja mereka tiba hospital, rakan-rakan mereka sudah tunggu kedatangan mereka berdua di lobi hospital. Yaya dan Ying menangi teresak-esak kerana tidak sanggup melihat keadaan Boboiboy yang pucat itu. Mereka sudah pergi melawat Boboiboy di dalam bilik wad. Gopal hanya duduk dikerusi dengan wajah terkejut. Dia masih lagi tergamam dengan berita yang dia terima. Dia tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang menyebabkan Boboiboy koma? Harraz sudah pergi membeli mereka semua air kotak di kantin hospital

"FANG! FAYE!"

Yaya terus lari dan peluk Faye. Tangan Faye mengusap belakang Yaya untuk tenangkan gadis itu

"Boboiboy masih koma lagi?" soal Faye

"Masih lagi" Yaya lepaskan pelukan dia "Ochobot yang jumpa dia terbaring atas lantai. Dia cuba bangunkan Boboiboy tapi dia nampak muka Boboiboy pucat. Lepas tu dia panggil Tok Aba"

"Lepas tu?"

"Lepas tu Tok Aba rasa tangan Boboiboy sejuk sangat. Tok Aba cepat-cepat panggil ambulance" kata Yaya kepada Fang

"Kau tak dengar ke apa-apa yang berlaku dekat rumah Boboiboy?"

"Maaf Fang. Aku tak dengar apa-apa. Jeritan dia pun takde" Yaya mengesat air matanya "Aku rasa, ini mesti kerja hantu tapi Ratu Lily dah lama tiada"

"Mungkin hantu lain" kata Fang dengan nada serius "Mana Bella?"

"Bella baru pergi ke bilik Boboiboy sebelum kau sampai" jawab Yaya

Fang dan Bella terus ke bilik wad Boboiboy. Sewaktu mereka masuk ke dalam bilik itu, Bella dalam keadaan marah sambil genggamkan kedua-dua tangannya. Pada masa yang sama, air mata dia mengalir keluar. Tok Aba ada di tepi katil cucunya. Dia hanya duduk diam sahaja sambil tenung wajah Boboiboy

"Boboiboy, kawan kau Fang dan Faye dan sampai" Ochobot memberitahu Boboiboy walaupun sang adiwira itu dalam keadaan koma

Fang agak terkejut melihat keadaan kawan baiknya. Dia terus teringat tentang nasib Lynna yang sama seperti Boboiboy. Mungkin ini adalah perbuatan dari hantu yang sama, fikir Fang. Dia perlu memberitahu kawan-kawan dia tentang Lynna dan abang dia perlu tahu tentang Boboiboy. Dia genggam tangan kanannya. Dia tidak akan maafkan hantu mana yang buat kawan dia dan Lynna begitu. Dia akan pastikan hantu itu dapat balasannya nanti

"Fang?" Bella seperti tahu Fang sedang simpan sesuatu "Kau ada tahu apa-apa ke pasal ni?"

"Sebenarnya.." Fang tarik nafas dan tenangkan dirinya sebelum dia sambung bercerita "Semalam, sewaktu Faye ada dekat rumah Bella. Abang aku dapat panggil dari KL. Dia tak cerita dekat aku apa yang terjadi. Selepas sahaja dia sampai rumah, dia beritahu aku yang kak Lynna koma, sama seperti Boboiboy. Lepas aku tengok muka pucat Boboiboy, aku terbayangkan wajah kak Lynna"

"Maksud kau kak Lynna sekarang ni berada di hospital? Dan kau dapat rasakan hantu yang sama buat begini dekat Boboiboy?" Fang angguk kepalanya kepada Bella. Mulut sang gadis itu ternganga kecil kerana terkejut

Faye terduduk diatas kerusi sofa hospital. Dia juga terkejut selepas sahaja dengar berita itu dari sepupunya

"Aku ada cuba hubungi Kapten Kaizo tetapi dia tidak jawab panggilan aku" kata Ochobot

"Abang aku mungkin sudah berada di dunia sana. Semalam dia cakap dengan aku, dia nak jumpa seseorang yang boleh selesaikan masalah kita di sini"

"Dia pergi jumpa mamat handsome yang bernama Kiddi tu yea! Hehehe.." Tiba-tiba Bella rasa teruja. Lalu dia tersengih sedikit. Bagi dia, Kiddi lagi handsome dari Kapten Kaizo "Well, aku berharap dapat membuahkan hasil. Kalau tidak, satu per satu dari kita akan menjadi mangsa seterusnya"

Mereka semua pandang satu sama lain dan berharap, tiada siapa yang menjadi mangsa hantu tersebut

"Lagi satu" Fang melihat kawan-kawan dia satu per satu "Rahsiakan perkara ini daripada Rizu. Aku tak nak dia risau"

Mereka angguk kepala sebagai tanda faham. Jauh didalam hati Fang, dia takut perkara yang sama berlaku pada diri Rizu. Dia sebagai abang angkat kepada Rizu, dia harus melindungi si kecil itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo sudah pun tiba di dunia fantasi atau lebih dikenali sebagai Unseen World. Kawan-kawan Lynna membuka portal pada permukaan cermin untuk membenarkan Kaizo ke dunia sana. Tanpa membuang masa, Kaizo terus mencari Kidi. Dia tahu sang ahli sihir itu dapat membantu dia untuk pulihkan Lynna. Istana itu agak besar dan ada masanya, Kaizo tersesat ke tempat lain. Pengawal-pengawal istana itu sangat mengenali Kaizo, mereka terus membantu sang kapten itu untuk berjumpa dengan Kidi. Akhirnya Kaizo tiba di luar bilik Kiddi. Pintu bilik itu terbuka secara tidak langsung dan Kidi berada di hadapan pintu itu

"Kaizo! Selamat datang"

"Aku ke sini perlukan bantuan" Kaizo tidak mahu membuang masa

"Bantuan? Mana Lynna?"

"Lynna dalam bahaya sekarang ini" kata Kaizo "Dia berada di hospital dalam keadaan koma. Aku syak, ada sesuatu yang membuatkan dia koma"

"Hmm..." Kiddi mengusap dagunya "Bila benda ni terjadi?"

"Aku dapat tahu pagi semalam. Kemungkinan benda ni terjadi pada waktu malam"

"Ok" Kiddi mengangguk kepalanya "Aku perlukan lebih jelas lagi tentang makhluk ini. Kalau tidak, aku tidak dapat membantu kau" Dia pelawa Kaizo masuk ke dalam bilik makmalnya

Makmal itu penuh dengan buku dan botol-botol potion. Pelbagai jenis warna potion yang dia ada. Bukan itu sahaja, Kidi ada juga simpan benda-benda pelik di dalam beberapa balang. Semua balang itu tersusun rapi di dalam sebuah rak besar. Kiddi menuang air teh ke dalam sebuah cawan dan lalu dia berikan kepada Kaizo

"Sebelum itu, aku nak tanya kau"

"Tanya aku apa?" soal Kaizo

"Kau sebelum ni, ada benda-benda pelik tak berlaku di sekitar Pulau Rintis?"

"Hmm.. tiada"

"Ok" Kiddi duduk dan mengusap dagunya lagi "Korang ada jumpa benda pelik-pelik ke sebelum ni?"

Kaizo mula berfikir. Setahu dia, mereka ada pergi mencari harta-karun di sekitar pulau itu tetapi hasilnya kosong. Itu sahaja yang dia dapat fikirkan. Kalau tentang yang memelikkan, tiba-tiba dia terbayangkan wajah Lily yang menjengkelkan itu. Itu pun sudah cukup pelik buat diri Kaizo. Sang ahli sihir itu menunggu jawapan dari Kaizo sambil menghirup air tehnya

"Aku tak tahulah benda pelik ke tidak tapi.. beberapa minggu yang lalu, kami ada pergi cari harta-karun"

"Harta-karun?" Kening sebelah Kiddi terangkat sedikit "Cuba terangkan tentang harta-karun itu?"

"Apa yang aku tahu, harta-karun itu adalah sebuah cawan piala yang mempunyai kuasa tersendiri" jelas Kaizo "Tapi harta-karun itu tidak dijumpai. Hanya ada gambar-gambar seorang puteri, buku, katil dan peti kosong"

"Gambar puteri? Dekat mana kau jumpa gambar tu?" Kiddi menjadi mencuriga sedikit

"Dalam bilik bawah tanah sebuah pulau terbiar"

Kiddi bangun dari kerusinya. Lalu dia membawa Kaizo ke sebuah bilik menyimpan objek-objek misteri atau objek memilik kuasa tersendiri. Kiddi seperti tahu apa yang diceritakan oleh Kaizo sebentar tadi. Lalu dia berhenti dihadapan sebuah cawan piala. Cawan itu diperbuat daripada emas dan ianya sangat kecil. Kiddi mengangkat cawan tersebut

"Cawan tu?"

"Ya, mungkin cawan ini yang disembunyikan di dalam bilik tersebut" kata Kiddi "Cawan ini disembunyikan oleh seorang putera yang bernama Wein tetapi sebaik sahaja adik dia, Puteri Florence ketahui kedudukan cawan ini. Wein terus bawa cawan ini ke istana ini"

"Apa jadi dengan Putera Wein tu?"

"Dia patah balik ke tempat persembunyian cawan itu tadi. Disitulah tercetusnya pergaduhan mereka. Walaupun Wein berjaya hapuskan adiknya tetapi dia tidak sempat untuk menyekat sumpahan adiknya itu. Selepas itu, Putera Wein datang ke sini balik untuk pastikan tiada siapa yang datang untuk mengambil cawan piala ini sehingga akhir hayatnya"

"Apa jadi jikalau Puteri Florence berjaya mengambil cawan ini" Jari Kaizo seperti ingin menyentuh cawan emas itu tetapi dia rasa teragak-agak kerana takut "Kuasa apa yang cawan ini memiliki?"

"Jikalau kau minum air dari cawan ini, kau dapat hidup selama-lamanya. Aku rasa, Puteri Florence mahu mengekalkan kecantikan dia selama-lamanya dan menyebarkan kejahatan dia diseluruh dunia. Wein pernah cerita kepada aku bahawa adik dia pernah belajar tentang ilmu hitam dari seseorang. Ajaran terakhir dia adalah membunuh keluarga dia sendiri kerana dari situ, dia dapat menjadi seorang ahli sihir yang terhebat" Kiddi kelihatan tidak mahu sambung bercerita lagi kerana ianya terlalu tragis "Aku rasa, baik kau tidak perlu tahu lagi cerita selanjutnya. Sekarang ini, kau beritahu aku, siapa lagi berada di dalam bilik bawah tanah itu?"

"Kenapa?" soal Kaizo

"Kerana mereka juga dalam bahaya"

Mata Kaizo membulat besar kerana pemikiran dia terus mengingatkan tentang adiknya. Bukan adik dia sahaja, kawan-kawan adiknya juga dalam bahaya. Dia harus beri amaran kepada mereka. Dia tidak mahu mereka menerima nasib yang sama seperti Lynna. Dia juga harus tahu bagaimana untuk hentikan serangan dari Puteri Florence itu. Dia yakin, ini adalah kerja Puteri Florence dan ilmu hitamnya

"Kaizo?" panggil Kiddi

"Yea, aku tahu siapa yang berada dengan aku ketika itu. Adik aku dan rakan-rakan dia, Boboiboy dan dua orang lagi yang aku tak ingat nama tapi ingat muka dia orang macam mana dan juga Lynna"

"Ok" Kiddi terpaksa terus-terang dengan Kaizo "Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak hentikan serangan atau hapuskan Puteri Florence tetapi aku akan cari jalan untuk hapuskan dia. Kau hanya perlu pulang ke dunia sana dan lindungi mereka sementara ini"

"Tak kan kau tidak tahu bagaimana hendak elak dari serangan dia? Nyawa mereka di dalam bahaya sekarang ini. Bukan mereka sahaja, aku juga dalam bahaya!" Suara Kaizo agak tinggi ketika itu

"Aku tahu tapi aku berharap kau bersabar" Kiddi pegang bahu Kaizo dan lalu berkata "Percaya kepada aku, yang aku dapat selamatkan mereka semua. Aku akan cari jalan untuk hapuskan Puteri Florence. Aku tidak akan gagal"

"Baiklah, aku percayakan kau"

Kaizo serahkan semua kepercayaan dia kepada Kiddi. Sekarang ini, dia perlu lindungi adik dia dan yang lain daripada serangan Puteri Florence

"Ada apa-apa lagi yang aku perlu tahu?" soal Kaizo sebelum dia beredar dari situ

"Yea, kau perlu tahu bahawa Puteri Florence perlukan 7 roh untuk kembalikan jasad dia. Tadi aku kira, ada 6 orang dalam bilik bawah tanah tu. Jadi dia perlukan satu lagi roh dari sesiapa sahaja. Aku akan pergi ke sana secepat mungkin" kata Kiddi dengan nada serius "Jangan dia bagi dia dapat kesemua 7 roh. Jikalau tidak, aku tidak mungkin dapat selamatkan kamu semua tapi aku mungkin dapat hapuskan dia"

"Maksudnya, jikalau dia dapat 6 roh atau 4 atau 3 sahaja, maknanya... roh mereka dapat diselamatkan"

"Yea Kaizo" Kiddi angguk kepalanya "Pastikan diri kau selamat walaupun yang lain menjadi mangsa dia. Kita dapat selamatkan mereka bersama"

Kaizo dan Kiddi berjabat tangan. Selepas itu, Kaizo pulang ke dunia asal. Dia sudah membuat keputusan iaitu pastikan salah satu daripada mereka terselamat walaupun yang lain tumpas. Tentang adik dia, mungkin dia biarkan adik dia duduk di kapal angkasa. Bagaimana dengan rakan-rakan adik dia yang lain? Mungkin dia dapat melindungi mereka ataupun tidak tetapi apa yang pasti, salah satu daripada mereka dapat bantu Kiddi hapuskan Puteri Florence. Mungkin adik dia sendiri dapat selamatkan semua, fikir Kaizo. Itu sahaja rancangan yang dia ada sekarang ini sebelum ketibaan Kiddi nanti

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah gelap, Kaizo sudah pun pulang ke rumah. Dia kini sedang menikmati makan malam bersama dengan Fang dan Gopal. Jauh dari rumah mereka, Gopal sibuk bermain dengan game di television. Dia terlalu teruja dapat memintas markah tingginya sebelum ini. Dia tidak akan sia-siakan peluang ini. Lalu dia main game itu sehingga dia terlupa tentang kawan baik dia terlantar di hospital. Ayah dia gelengkan kepala melihat kelakuan anaknya. Sudah beberapa kali dia panggil untuk makan malam tetapi Gopal tetap dihadapan television dengan gamenya

"Aiyoo.. apa nak jadi dengan anak appa ni"

Dia terus keluarkan rotan panjang untuk menghukum anaknya. Kalau masih lagi degil, mungkin dia terpaksa suruh anaknya tidur di luar rumah. Walaupun nampak kejam tetapi ini adalah caranya untuk mengajar dia

"YAHOOO!" Gopal menjerit suka kerana dapat masuk level terakhir "Sudah berkali-kali aku cuba, akhirnya aku berjaya ke level yang terakhir!" Dia bangga dengan dirinya

"Amboi! Banyak suka yea!" Ayah Gopal tunjuk rotan di depan mata Gopal "Tutup game tu dan mari makan dengan amma dan appa"

"Ta-tapi... saya baru sampai level terakhir" Gopal menggigil takut melihat rotan panjang itu "Ba-baik appa.. saya akan pause game tu dan sambung kemudian"

Gopal boleh nampak reaksi ayahnya yang tidak berpuas hati lagi. Dengan berat hati, Gopal terpaksa tutup game tersebut. Dia save game itu dan akan sambung pada hari esok atau hari lain. Sedih hati Gopal. Dia sendiri hendak menangis tetapi dia tetap tabahkan hati. Semasa dia sedang mengemas alat-alat permainan dia, Gopal tidak sedar dengan kehadiran sesuatu pada kaca television. Bayang-bayang itu sedang memerhatikan Gopal. Sang makhluk itu tidak mahu bertindak lagi. Dia perlu tunggu sehingga masa yang sesuai untuk mengambil roh sang adiwira itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, ketika Gopal sudah baring diatas katilnya untuk tidur, dia terasa badan dia sejuk. Gopal melihat tingkap biliknya. Tingkap itu tertutup rapat. Kipas dia pula, hanya berputar pada kadar sederhana. Dia selimutkan dirinya kerana tidak tahan rasa sejuk. Entah dari mana angin sejuk itu datang. Perasaan takut mula timbul dihati Gopal. Dia teringat kata-kata Tok Aba tentang badan sejuk Boboiboy dan wajahnya yang pucat itu. Selepas itu, dia teringat Fang ada cerita tentang apa yang terjadi kepada Lynna. Sebaik sahaja Fang keluar dari wad bilik Boboiboy, dia terus cerita kepada rakan-rakannya yang lain. Gopal terus selimutkan kepalanya. Dia sorokkan dirinya di dalam selimut itu Dia takut jikalau ada hantu muncul dihadapannya

"Aiyoyoo.. janganlah benda pelik-pelik yang berlaku dekat diri aku" bisik Gopal

Dia cuba pejamkan mata sebaik mungkin. Dia takut jikalau dia buka kedua-dua matanya, mungkin ada hantu yang baring disebelahnya. Gopal cuba tenangkan diri. Dia raba-raba tangan kanannya untuk menghubungi Fang dengan menggunakan jam kuasanya. Tiba-tiba ada bisikan sayup-sayup ditelinganya

"Nak aku bantu kau?"

Gopal menjerit dan keluar dari selimutnya. Mata dia terbuka luas. Dia ternampak seorang gadis terapung di ruang biliknya. Dia kelihatan pucat tetapi wajahnya nampak ceria. Pada mulanya, dia terbayangkan hantu itu seperti hantu pontianak tetapi rupanya bukan. Gopal rasa tenang sedikit

"Fuh, aku ingatkan kau macam si ratu pontianak tu"

"Ratu pontianak?" Gadis itu keliru sedikit

"Yelah, sebelum ni ada hantu suka lepak dengan kita orang. Nama dia Ratu Lily tapi dia tu kadang-kadang suka sangat bertukar jadi pontianak. Aku sendiri pun takut tengok wajah ngeri pontianak dia"

"Kasihan kau" kata gadis yang bernama Florence itu "Jangan risau. Aku bukannya ratu pontianak. Aku datang ke sini sebab nak tengok keadaan kau"

"Hah? Keadaan aku? Kau kenapa? Ada hati dengan aku ke?" Gopal rasa seram sejuk pula bila ada hantu minat dekat dia "Tapi takdelah pelik sangat sebab si Ratu Lily tu pun minat dekat kawan baik aku si Boboiboy tu"

"Oh begitu" Puteri Florence mula terbangkan dirinya dekat dengan Gopal "Kalau aku minat dekat kau, aku akan pastikan kau milik aku"

Kaki Gopal mula berundur sedikit demi sedikit. Sang gadis itu mengangkat tangan kanannya sambil tunjuk jari telunjuknya ke arah Gopal. Semakin Gopal berundur ke belakang, gadis itu semakin ke depan dengan senyumannya. Perasaan takut mula timbul dihati Gopal. Jantung di debar-debar dengan lajunya

"Kenapa lari? Bukan ke kau tidak takut dengan aku tadi"

"Itu tadi! Ta-tapi sekarang ni.. kau nampak menakutkan"

"Yea ke?" Puteri Florence tergelak sedikit. Gelakan dia seakan-akan seperti pontianak mengilai "Kalau begitu.. ROH KAU MENJADI MILIK AKU!"

"JANGANNN!" jerit Gopal

Puteri Florence menembus masuk ke dalam badan Gopal. Lalu dia hilang dengan roh Gopal. Badan Gopal mula rebah dan jatuh di tepi tingkap biliknya. Pintu bilik Gopal terbuka luas. Ayah dan ibu Gopal masuk ke bilik anaknya. Mereka terkejut melihat keadaan Gopal. Mereka pegang tangan Gopal, ianya sejuk. Ibu Gopal menangis disisi anaknya. Sementara ayah Gopal pula, menelefon ambulance untuk dapatkan bantuan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita tentang Boboiboy dan Gopal sudah tersebar luas di Pulau Rintis. Ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi sebenarnya? Adakah ini perbuatan Adudu atau alien lain? Pelajar-pelajar sekolah Pulau Rintis mula menyoal Yaya dan Ying, apa yang terjadi? Mereka cuba elakkan daripada menjawab soalan tersebut. Bella sempat menghalau pelajar-pelajar lain daripada menganggu kedua rakan gadisnya. Ramai yang tidak berani untuk membantah kerana semuanya takut dengan gadis itu. Walaupun Bella seorang gadis popular tetapi jikalau ada yang cuba buat dia marah, boleh dikatakan Bella akan balas dendam dalam tahap yang menakutkan

"Terima kasih Bella" ucap Yaya "Tanpa kau, mungkin kita orang tak boleh nak buat kerja dengan aman"

"Hehehe.. sama-sama!" Bella tersenyum sampai ke pipi "Kalau dia orang kacau korang lagi, beritahu aku sahaja or Faye. AKU AKAN BELASAH DIA ORANG DENGAN BOLA TAMPAR AKU! Muahahahahaha!" Ramai yang melihat perangai Bella sama seperti Fang

"Err.. apasal aku pula?" Faye agak terkejut sedikit. Ketika itu dia sedang mengunyah pau kacang merah "Aku bukannya hebat sangat pun... hehehe"

"Luuu pun sama-sama hebat maa tapi lu hebat bila time serius sahaja"

"Betul tu Ying! Aku tak naklah gunakan kekuatan aku untuk halau mereka semua. Aku kan gadis ayu, sopan dan cantik!" Mata Faye terus bersinar-sinar kerana puji diri sendiri. Mata dia berkelip-kelip sambil melihat kawan-kawan baiknya "Tetapi disebabkan kawan aku memerlukan pertolongan dari aku.. aku terpaksa karate mereka kerana menganggu kawan-kawan adiwira aku! HAIYAAAA!"

"Errr... terima kasih Faye" Yaya tersengih sedikit "Kau tak perlu karate mereka. Hanya beri amaran sahaja"

"Itu suruh Bella" kata Faye dalam nada bosan

"Faye, mana si Fang tu? Ponteng ke? Dari tadi tak nampak batang hidung si alien rambut cacak tu"

"Abang Kaizo pergi kurungkan dia dekat kapal angkasa" jawab Faye "Dia cakap, mungkin diri Fang dalam bahaya. Dia tidak mahu benda yang sama terjadi dekat Fang TAPI APASAL ABANG KAIZO LANGSUNG TAK KISAH PASAL AKU? AKU NI SEPUPU DIA! AHLI KELUARGA DIA! I HATE YOUUU ABANG KAIZO!"

Yaya dan Ying tepuk bahu kanan dan kiri Faye untuk tenangkan sang gadis itu. Pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang disitu, rasa takut melihat Faye menjerit dalam suara marah. Mereka terus beredar dari situ dalam kadar segera. Bella dapat rasa apa yang Faye rasa ketika itu tetapi bila fikirkan balik, mungkin Kapten Kaizo ada sebabnya kenapa dia kurungkan Fang dan bukan mereka sekali

"Harraz mana?"

"Dia ada dekat dalam kelas tadi" kata Yaya

"Tapi!" Faye masih tidak berpuas hati lagi "APASAL HARRAZ ELOK AJE TAK KENA KACAU DENGAN PELAJAR-PELAJAR LAIN! DIA KAN KAWAN BOBOIBOY DAN GOPAL JUGA! INI TIDAK ADIL!"

"Faye" panggil Bella "Mungkin mereka ingat ni alien jahat serang adiwira kita sahaja. Sebab itu dia ok"

"Oh.. yea ke.. hehehe" Faye tersengih sambil garu-garu kepalanya "Rasa malu pulak" Lalu dia duduk diam sambil makan pau kacang merahnya

"Faye ni.. dah macam Lily aku tengok ni" Mengeluh Bella "Jomlah masuk kelas. Kita sudah lewat ni"

Keempat-empat gadis itu bergegas ke kelas masing-masing. Tanpa mereka sedari, Puteri Florence sedang memerhatikan dari jauh. Dia sudah menjumpai mangsa yang seterusnya. Mata dia tertumpu terhadap seorang gadis. Dia tersenyum sinis sambil menghilangkan dirinya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah tiba, masa untuk mengisi perut masing-masing dengan makanan yang dibawa dari rumah atau beli dari kantin sekolah. Bella dan Faye tidak pergi ke kantin pada hari ini. Yaya dan Ying pula, mereka tidak diganggu lagi oleh pelajar lain tetapi yang peliknya, mereka berdua seperti dipulau oleh pelajar lain. Tiada siapa yang menegur mereka atau duduk disebelah mereka berdua. Seolah-olah Yaya dan Ying tidak wujud. Kedua gadis itu rasa agak sedih tetapi pada masa yang sama, mereka rasa aman tanpa gangguan daripada sesiapa. Bukan mereka berdua sahaja yang dipulaukan, Bella dan Faye juga turut kena. Bella naik angin dengan tindakan pelajar lain

"Kau ok ke Bella?" soal Faye sambil berjalan di sebelah Bella "Kalau kau tak ok, aku ada bawa makanan untuk tenangkan kau"

"Maaf Faye" kata Bella sambil memegang sebiji bola "Aku kalau time bad mood ni, aku pergi main bola sorang-sorang sampailah aku ok. Aku akan jaringkan bola ni sampai aku puas hati! Atau aku akan gunakan seseorang sebagai target aku.. hehehehe.." Dia ketawa sinis

"Kau ni.. memang suka betul baling bola dekat orang yea"

"Well.. itu kan specialty aku! HAHAHAHAHAHAHAHA! Kalau ada si landak goreng ni, best gak ni" Bella ketawa bangga di situ

"Suka hati kaulah"

Faye terus duduk di bawah pokok untuk menikmati makanan yang dibawa dari rumah. Bella dengan berpakaian baju kurung sekolah, dia bermain bola seorang diri. Setiap kali dia baling bola ke arah tiang bola keranjang, setiap itulah bola akan masuk ke dalam jaringan. Faye amat kagum dengan kehebatan Bella. Dia senyum seorang diri sambil makan makanannya iaitu nasi goreng bebola. Ya, nasi itu telah gumpal-gumpalkan untuk dijadikan dalam bentuk bulat seperti sebiji bola. Selain daripada itu, ada juga beberapa jenis buah-buahan yang dipotong secara kecil. Bella tidak berasa lapar kerana emosi marahnya menguasai dirinya. Selepas sahaja Faye habiskan kesemua makanan dia, Bella sudah mengajak kawan baiknya untuk kembali ke kelas mereka. Sepanjang perjalanan mereka, Faye asyik dengar bebelan Bella. Sang gadis itu terpaksa dengar sahaja dan berikan senyuman kecil kepada Bella. Tiba-tiba Bella mula perasan yang dia jalan bersendirian. Faye tiada disebelahnya. Lalu dia pusing kebelakang. Faye sedang berdiri tegak seperti kayu. Bekas makanan Faye terjatuh dari tangannya. Senyuman kecil dia tadi sudah hilang. Ianya seperti melihat Faye menjadi seorang robot

"Faye? Kau ok ke?"

"Faye?"

Bella terkejut dengan suara Faye kerana ianya bukan suara milik kawannya tetapi suara orang lain

"Kau bukan Faye? Siapa kau?" Bella berundur sedikit demi sedikit. Tangan dia sudah bersedia untuk lemparkan bola itu ke arah Faye

"Ya, aku bukan Faye. Nama aku Puteri Florence" Sang gadis itu berikan sebuah senyuman tetapi bukan senyuman milik Faye. Bella takut dengan senyuman tersebut "Kau takut?"

"Mestilah! Kau rasuk kawan aku!" Bella mula tinggikan suara "APA KAU NAK DARI DIA?"

"Dia?" Puteri Florence ketawa sinis "Bukan dia yang aku mahukan tapi kau"

Bella terkaku seketika. Lalu pegang erat bola keranjangnya, kaki dia berundur sedikit demi sedikit. Puteri Florence datang semakin dekat dengan senyuman sinisnya. Bella tiada pilihan, lalu dia baling bola keranjangnya ke arah Faye dengan penuh tenaga. Bola itu terkena hidung Faye, lalu sang gadis itu rebah jatuh kebelakang

"Maafkan aku Faye!" jerit Bella. Dia terus duduk disebelah Faye untuk melihat keadaan kawan baiknya "Faye.. bangun Faye!" Dia goyang-goyang badan Faye

"Bella" Mata Faye terbuka sedikit. Hidung dia terasa sakit

"Faye!" Bella terus memeluk leher kawan baiknya "Si hantu tu dah tak rasuk kau"

"Hantu mana pula yang rasuk aku? Hidung aku merah ke?"

"Ha ah, hidung kau merah. Baru aku perasan, ada darah keluar dari hidung kau" Bella mengusap air matanya sedikit "Maafkan aku"

"Takpe" jawab Faye. Dia mengesat hidungnya dengan baju kurung sekolahnya. Ada sedikit kesan darah pada bajunya "Kita harus beritahu Yaya dan Ying. Mungkin hantu tu pergi cari mereka pula?"

Lalu Bella tolong bangunkan Faye. Dia sebenarnya rasa serba salah tadi tetapi dia sudah tiada pilihan. Itu sahaja yang boleh mempertahankan diri dia daripada roh dia diambil oleh Puteri Florence. Mungkin selepas semua ini selesai, dia akan buat sesuatu untuk Faye, untuk tembus balik kesalahan dia. Kedua gadis tidak membuang masa, mereka terus ke kantin untuk mencari Yaya dan Ying. Kelihatan, mereka tiada di situ. Lalu mereka naik ke tingkat atas untuk melihat jikalau Yaya dan Ying ada di dalam kelas mereka. Semasa mereka berada di tingkat atas, suasana kekecohan sedang berlaku di hadapan pintu kelas. Di situ, mereka akhirnya bertemu dengan Yaya dan Ying. Mereka melihat sekumpulan pelajar dalam keadaan panik. Salah seorang pelajar di situ sedang berlari untuk memanggil guru

"Kenapa tu?" soal Faye

Tanpa dijawab oleh Yaya dan Ying, sang gadis itu telah pun mendapat jawapannya. Dia ternampak seorang pelajar lelaki terbaring di atas lantai. Matanya tertutup rapat dan wajah dia kelihatan pucat. Mulut Faye ternganga sedikit kerana terkejut

"Ha-Harraz?" Bella tidak sangka Harraz yang menjadi salah satu mangsa Puteri Florence "Diri aku terselamat tapi..." Dia terduduk kerana tidak percaya apa yang berlaku ketika itu

"Bella?"

"Ying... aku.. aku.." Bella sudah hilang berkata-kata. Dia hanya mampu menangis sahaja. Lalu Ying memeluk Bella untuk tenangkan kawan baiknya

"Ying, aku rasa kita patut ke kapal angkasa abang Kaizo. Aku tahu Fang ada dekat situ juga" Ying angguk sahaja kepalanya kepada Yaya "Bella, kau nak ikut sekali ke?"

"Aku ikut" jawab Bella dalam keadaan lemah

"Baiklah! Aku akan bawa korang ke sana dengan gajet canggih aku!" Faye keluarkan sesuatu dari poket baju kurungnya "HAHAHAHA! Aku ambil dari Lily. Maaf yea Lily.. hehehe"

"Dia tak tahu ke kau ambik gajet tu?" soal Yaya

"Errr.." Faye tersengih sahaja "Nanti aku beritahu dia. Harap Lily dapat maafkan aku! UWAAA! Aku bukan kawan yang jahat"

"Dah dah, jangan nak jadi macam Lily"

"Hehehe.. maaf Bella! Tiba-tiba rindu pula dekat Lily" Sang gadis itu tenangkan diri dan kembali menjadi diri dia sendiri "Lagipun, gajet ni memang aku punya pun. Saja jea aku ambil dari dia. Esok-esok aku pulangkan dekat Lily. Oklah, daripada aku merapu lagi, kita ke KAPAL ANGKASA KAPTEN KAIZO!"

Faye dengan bangganya, dia masukkan koordinat kapal angkasa Kapten Kaizo berada sekarang ini di gajet istimewanya. Selepas itu, keempat-empat gadis itu hilang bagaikan asap dan terus ke kapal angkasa tersebut

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa mereka berada di dalam kapal angkasa Kapten Kaizo, keempat-empat gadis itu pergi mencari Fang dan juga Kaizo. Mengikut kata Yaya, mungkin Fang berada di dalam bilik dia sendiri. Jadi mereka ke bilik Fang. Ketika mereka ketuk pintu bilik milik si remaja alien itu, pintu itu dibuka oleh seseorang iaitu Fang. Muka Fang berubah menjadi masam. Pada asalnya, dia kelihatan gembira kerana dapat menikmati donut kegemarannya iaitu donut lobak merah tetapi sebaik sahaja dia nampak wajah Bella, terus menjadi masam

"Apasal korang ada dekat sini? Nak ponteng sekolah juga ke?" soal Fang dalam nada marah

"Kita orang bukan pontenglah! Kau tu yang ponteng sekolah. Siap makan donut lagi"

"Makan donut pun salah ke?" kata Fang kepada Bella "Habis tu, apa korang buat dekat sini?"

"Harraz kena serang. Roh dia diambil oleh Puteri Florence" jelas Bella "Kita orang ke sini sebab nak cari abang Kaizo. Dia mana?"

"HAH?! HARRAZ YANG KENA SERANG KALI INI?" terkejut Fang sambil kunyah donutnya "Kalau aku tak ponteng sekolah, mungkin aku menjadi sasaran dia, bukan Harraz"

"Lu bernasib baik maa tapi nasib Harraz, tidak baik. Tapi kenapa kami nampak lu ni nampak happy aje sebab dapat ponteng sekolah"

"Eh, mana ada Ying" Fang tersengih kecil "Aku sebenarnya nak datang sekolah tetapi abang aku paksa aku ponteng sekolah. Maka, dengan itu, dengan hati yang terpaksa, aku relakan hati dan ikut sahaja arahan dari abang aku" Suara nada Fang seperti berpura-pura sedih

"Hmm.. betul ke ni? Rela hati atau suka hati?" Ying mengusap dagunya dengan penuh kecurigaan dia

"Sebenarnya suka hati" Fang tersilap cakap "Eh tak tak.. maksud aku terpaksa ponteng" Lalu dia tersengih

"Yelah tu" Yaya bersilang tangan sambil berikan renungan maut kepada Fang "Hah abang Kaizo!"

Kapten Kaizo berada di situ kerana dia terdengar suara orang sedang berborak dari bilik kawalannya. Dia rasa curiga, siapa yang datang ke kapal angkasanya. Dia tidak terkejut dengan kehadiran kawan-kawan adiknya. Mungkin mereka ingin memberitahu sesuatu yang penting kepada dirinya

"Hah! Abang Kaizo.. si landak ni happy ke bila dapat tahu dia tak perlu ke sekolah?"

Fang terus tepuk dahinya kerana tidak sangka Bella boleh soal Kaizo dengan soalan itu. Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya. Muka Kaizo tetap serius seperti biasa

"Boleh dikatakan, aku nampak dia tersenyum sedikit tadi" jawab Kaizo dengan jujurnya. Fang masuk ke dalam bilik dan tutup pintu terus sebab takut kena marah dengan kawan-kawan perempuannya "Kamu semua ke sini kenapa? Ada sesuatu nak beritahu ke?"

"Ada abang Kaizo" kata Faye "Kawan kami si Harraz. Roh dia diambil oleh Puteri Florence dekat sekolah tadi"

"Sepatutnya puteri tu menjadikan saya mangsa yang seterusnya tapi.." Bella memandang Faye dan lalu berkata "Saya pergi lempar bola dekat Faye sebab puteri tu rasuk Faye. Selepas itu, Faye sudah sedarkan diri balik"

"Jadi, Puteri Florence tu pergi serang kawan kamu yang lain?"

"Ya abang Kaizo" kata Yaya "Ini semua terjadi waktu rehat tadi"

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Fang keluar dari biliknya dengan muka terkejut. Padahal tidaklah terkejut mana pun. Cuma dia sebenarnya rasa menyesal tidak pergi sekolah dan menyaksikan kejadian itu. Dalam hati dia memang rasa hendak marah abangnya

"Apahal dengan kau ni?"

"Abang, lain kali bagi adik pergi sekolah. Mungkin adik dapat selamatkan kawan-kawan adik!" kata Fang kepada abangnya "Adik tahu, abang ingin jaga keselamatan adik tetapi.. bagilah adik berjuang sama-sama dengan kawan adik. Abang kena yakin dengan diri adik! ADIK BUKAN BUDAK KECIL LAGI!" Kaizo senyap sahaja. Fang mula naik darah "ABANG DENGAR TAK APA ADIK CAKAP? ABANG JANGAN NAK BUAT-BUAT PEKAK!" Kali ini bayang-bayang hitam mula keluar dan Fang kelihatan seperti hantu bayang

"Berdramalah pulak si landak goreng ni" bisik Bella

"Tahu takpe" Faye bisik balik kepada Bella

"Abaikan si bayang tu" kata Kaizo. Boleh dikatakan mereka dengar bunyi seperti harimau dari bayangan itu "Kita tidak boleh membuang masa. Kita perlukan Kiddi untuk selesaikan masalah ini"

"Dia tiada hubungi abang Kaizo?" soal Yaya

"Tiada" jawab Kaizo secara ringkas "Mungkin dia belum temui jawapannya lagi tetapi kita sudah tiada masa. Kita harus cari dia sebelum semuanya terlambat. Kamu semua duduk di sini, biar aku ke dunia sana"

"Tapi.." Faye risau jikalau sepupu dia menjadi mangsa yang seterusnya "Nanti.. abang Kaizo.." Belum habis Faye berkata, Kaizo sudah berkata sesuatu

"Jangan risau" Mata Kaizo memandang satu per satu daripada mereka "Jikalau aku tewas, aku masih ada lagi kamu semua. Terutama sekali adik aku"

"Betul tu"

Mereka semua terkejut dengan suara yang tidak dikenali datang dari Faye. Apa yang menakutkan, datang sebuah senyuman seseorang yang mereka tidak kenali dari bibir Faye sendiri. Yea, Bella tahu senyuman itu adalah senyuman sinis dari seorang puteri. Bella tidak sangka sang puteri itu telah merasuk kawan baik dia sekali lagi. Kaki Kaizo undur kebelakang sedikit demi sedikit. Dia harus bawa mereka semua keluar dari kapal angkasa ini tapi bagaimana pula dengan Faye nanti? fikir Kaizo

"BAIK KAU KELUAR DARI KAWAN AKU!" kata Bella dengan nada garang

"Buat apa aku nak keluar dari badan kawan kau? Apa yang aku nak, semuanya ada dihadapan aku" Puteri Florence tergelak sinis "Apa kata kita mulakan dari Kapten Kaizo terlebih dahulu!"

"JANGAN HARAP!"

Fang terus hempuk kepala sepupunya dengan kuasa bayangnya. Ketukan itu membuatkan Faye pengsan dan rebah diatas lantai kapal angkasa itu. Fang puas hati dapat hentikan sang puteri itu dari menyerang mereka. Pada masa yang sama, mereka rasa kasihan kerana Faye menjadi mangsa kena rasuk dari Puteri Florence. Masing-masing tidak bergerak dari situ. Mata mereka hanya memandang Faye yang terbaring diatas lantai. Fang mula tunduk sikit untuk melihat keadaan sepupunya

"Jangan Pang" kata Kaizo secara tidak langsung

Belum sempat Kaizo memberi amaran kepada adiknya, Puteri Florence sudah keluar dari badan Faye. Lalu dia menyerang Fang. Dia meluru timbus ke dalam badan Fang. Sang alien itu terus rebah dan jatuh. Kawan-kawan perempuan dia menjerit kerana semuanya berlaku dihadapan mata mereka. Puteri Florence sudah menghilangkan diri. Bella terduduk dan lalu dia menangis. Dia masih lagi salahkan diri dia. Jikalau dia tidak menyerang Puteri Florence ketika di sekolah tadi, sudah tentu Harraz dan Fang selamat. Kaizo menggeggamkan kedua belah tangannya. Dia geram kerana gagal melindungi adiknya. Dia tidak akan maafkan puteri itu

"Bella" Yaya pegang bahu Bella "Jangan salahkan diri sendiri. Kalau dia dapat diri kau pun, sudah tentu yang lain tidak akan selamat"

"Betul tu" kata Ying "Kai ini, kita bertiga dan abang Kaizo akan cuba hentikan Puteri Florence"

"Yea, hanya 2 roh sahaja dia perlukan. Mungkin diri kau dan aku menjadi sasaran dia seterusnya. Kau jangan terlalu leka" kata Kaizo dengan nada marah "Kita semua perlu ke bumi segera. Aku akan suruh Lahap hantar Pang dan Faye ke stesen TAPOPS. Mari, kita sudah tiada masa"

"Apa rancangan abang Kaizo?" soal Bella sambil mengesat air matanya

"Kita harus cari Kiddi. Aku harap dia sudah dapat jawapannya untuk hentikan Puteri Florence"

Ketiga-tiga gadis itu angguk kepala mereka. Nampaknya mereka sudah bersedia untuk hentikan serangan Puteri Florence dan dapatkan roh-roh kawan mereka

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika mereka mendarat di hadapan halaman rumah Kaizo dan Fang, seorang lelaki muda sudah menunggu kepulangan mereka. Muka Kiddi kelihatan serius. Ianya seperti dia sudah tahu apa yang berlaku. Lalu Kaizo terus pergi ke Kiddi

"Jadi, kau sudah dapat jawapan untuk hentikan puteri tu?"

"Sudah" kata Kiddi "Aku juga sudah tahu apa yang berlaku di sini. Dia perlukan dua lagi roh untuk diri dia kembali ke dunia ini"

"Kenapa dia nak hidup semula? Apa yang dia nak?" soal Bella "Dia nak kuasa ke? Atau hendak huru-harakan keadaan?"

"Puteri Florence ingin mencari sebuah cawan emas. Cawan itu dapat berikan dia kecantikan kekal selama-lamanya. Bukan itu sahaja, dia dapat hidup selama-lamanya. Cawan emas itu jikalau jatuh ke tangan yang jahat, segala kejahatan dia akan disebarnya"

Bella terbayangkan diri dia minum air dari cawan emas itu. Selama-lamanya diri dia cantik tetapi apa yang tidak menyeronokkan, melihat kawan-kawan dan keluarga dia semakin berusia tetapi diri dia, kekal muda. Dia memeluk tubuh badannya dan menggigil sedikit. Dia mungkin akan hidup seorang diri dan melihat dunia ini semakin lama semakin berubah. Yaya dan Ying juga berfikiran seperti Bella. Mereka bertiga tidak mahu kuasa itu. Ianya boleh menyeksakan diri mereka

"Kaizo, aku ada rantai yang boleh melindungi diri kau dari Puteri Florence" Kiddi keluarkan seutas rantai dari poketnya "Kau pakai rantai ini dan kita sama-sama dapat hapuskan Puteri Florence"

Kaizo mengambil rantai emas itu dari tangan Kiddi. Ianya mempunyai loket berlian berwarna merah. Kaizo perhatikan berlian itu. Lalu dia mengambil keputusan bahawa rantai itu akan dipakai kepada Bella. Dia harus melindungi orang lain diri dulu. Jikalau diri dia tewas sekalipun, dia yakin, kawan-kawan adiknya dapat hentikan atau hapuskan Puteri Florence

"Rantai ini milik ibu Puteri Florence. Ianya mempunyai kuasa perlindungan" kata Kiddi

"Tapi aku rasa, Bella layak memakai rantai ini"

"Saya?" Bella mengunding jarinya ke diri dia "Ke-kenapa? Sepatutnya abang Kaizo yang patut pakai"

"Mungkin abang Kaizo yakin yang Bella boleh selamatkan kita semua. Lagipun, Bella ni seorang yang hebat" kata Ying "Tanpa kuasa pun, Bella memang hebat"

Bella rasa malu pula dipuji begitu. Apa yang buat dia lagi rasa malu apabila Kaizo pakaikan rantai itu dilehernya. Hati dia berdebar-debar apabila seorang alien handsome pakaikan rantai itu pada dirinya. Terasa berbunga-bunga di hati Bella. Dia tersenyum malu disitu. Yaya dan Ying gelengkan kepala kerana mereka tahu, Bella suka melihat lelaki handsome tapi hati tetap dekat sang alien landak

"Sekarang bagaimana? Nak tunggu dia muncul ke?" soal Yaya

"Tak perlu tunggu" Datang satu suara yang mereka kenali

Puteri Florence sudah munculkan diri di luar kawasan rumah Fang dan Kaizo. Sang puteri itu berikan senyuman sinisnya kepada mereka. Dia terlalu yakin bahawa dia akan menang dan dapat apa yang dia mahukan selama ini. Kaizo menolak Bella kebelakang untuk melindungi sang gadis itu. Walaupun Bella mempunyai rantai pelindung tersebut, dia tidak mahu mengambil risiko. Biar dia dan Kiddi sahaja hapuskan sang puteri itu

"Kau berdua.." Kaizo kata kepada Yaya dan Ying "Lindungi dia. Jangan bagi puteri itu datang dekat dengan dia"

"Baik abang Kaizo!" kata Yaya dan Ying secara serentak

"Tapi.." Bella mengangkat sedikit rantai berlian merah itu "Aku boleh lindungi diri aku. Aku boleh tolong abang Kaizo" bisik dia

Lalu dia menggenggam berlian itu. Dia mungkin seorang yang keras kepala tetapi dia tidak akan biarkan Kapten Kaizo menjadi mangsa seterusnya. Dia sudah beberapa kali terselamat daripada serangan Puteri Florence. Kali ini, dia yakin, dia dapat tolong Kapten Kaizo untuk hapuskan sang puteri itu. Tiba-tiba lengan dia dipegang oleh seseorang. Dia pandang ke atas

"Bella, mari kita lari dari sini"

"Maaf Ying" kata Bella dengan suara yang lemah. Kepala dia tertunduk sedikit "Aku tak kan biarkan abang Kaizo dan Kiddi mengambil risiko. Aku harus bantu mereka"

Bella lari ke depan Kaizo sebaik sahaja Puteri Florence cuba hendak mengambil roh sang kapten itu. Dia tahu dirinya seorang yang berani bukannya seseorang yang suka lari dari masalah atau dari apa-apa serangan

"BELLA!" Jerit Yaya dan Ying

Rantai itu keluarkan sebuah dinding pelindung berwarna merah. Bella terselamat di sebalik dinding itu. Sang puteri itu cuba untuk tembus masuk ke dalam dinding pelindung tersebut. Dia mencakar-cakar dinding pelindung itu. Puteri Florence kelihatan marah. Wajah mukanya berubah menjadi ngeri. Bella yang berdiri di sebalik dinding itu, rasa takut tetapi dia tetap beranikan diri. Dia tidak berganjat dari situ. Dia berikan wajah beraninya kepada sang puteri tersebut. Tiada apa yang dapat takutkan diri dia

"Kau patut lari dari sini!" kata Kaizo

"Saya percaya abang Kaizo dapat selamatkan kita semua" kata Bella dengan penuh yakin tanpa melihat wajah Kaizo. Mata dia masih lagi melihat sang puteri itu "Saya yakin abang Kaizo pasti selamatkan kita semua" Kepala dia tertunduk sedikit. Air mata dia menitik di atas tanah

Puteri Florencen masih lagi cuba dan mencakar dinding tersebut dengan begitu ganas. Dia tidak berputus asa selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan. Muka Bella berubah sedikit apabila dinding pelindung itu ada kesan retak. Nampaknya dia tahu apa nasibnya nanti

"Kiddi, apa yang kita patut lakukan?" soal Kaizo. Dia mula bimbang dengan retakan dinding pelindung tersebut

"Kejap" Kiddi seperti mencari sesuatu dari beg perangnya "Hmm.. mungkin ini dapat membantu kita semua"

Sebaik sahaja dia keluarkan sebuah cawan emas dari begnya. Dinding perlindung itu pecah. Puteri Florence terus menembus masuk ke dalam badan Bella dan ambil rohnya. Bella jatuh rebah di atas tanah. Yaya dan Ying menjerit dan lari ke arah kawan baik mereka. Kiddi tidak begitu panik. Diri dia dalam kelihatan tenang sahaja. Lalu dia berkata sesuatu kepada Puteri Florence yang sudah munculkan diri semula

"Kau cari cawan ni ke?"

"Berikan kepada aku" kata sang puteri tersebut. Tangan dia sudah terangkat untuk mengambil cawan emas itu

"Kau nak berikan cawan itu kepada dia?"

"Yea" jawab Kiddi "Jangan risau. Kau ikut sahaja dengan rancangan aku" bisik Kiddi. Dia berharap sang puteri itu tidak dengar bisikan dia tadi

Kaizo terpaksa percayakan Kiddi. Dia tidak tahu apa yang dirancangkan oleh Kiddi. Mata dia hanya tertumpu kepada cawan emas itu. Cawan itu sudah diambil oleh sang puteri tersebut. Puteri Florence terlalu suka apabila cawan emas itu sudah berada didalam genggam dia. Sedikit sahaja lagi untuk dapatkan apa yang dia inginkan selama ini. Lalu dia membaca ayat-ayat mantera. Secara tidak langsung, cawan emas itu dipenuhi dengan air jernih. Kaizo agak terkejut sedikit

"Kiddi, betul ke rancangan kau ni?"

"Kau lihat sahaja" kata Kiddi secara tenang

Kaizo tidak tahu apa rancangan Kiddi sebenarnya. Adakah dia perlu bertindak atau perhatikan sahaja apa yang sang puteri itu ingin lakukan dengan cawan emas tersebut? Dia tidak boleh berdiam diri disitu. Dia ingin lakukan sesuatu tetapi jikalau dia bertindak, mungkin rancangan Kiddi tidak menjadi. Mungkin juga roh dia akan diambil oleh puteri itu. Dia tidak mahu kehilangan segala-galanya termasuklah diri dia. Yaya dan Ying kelihatan berpelukan kerana mereka sudah hilang harapan. Mereka cuba hendak memujuk hati masing-masing

"Kau lihat cawan ini" Puteri Florence mengangkat cawan emas berisi air itu "Selepas sahaja aku habis minum air, kau bersiap-sedialah wahai Kapten Kaizo"

"Bukan ke kau tu masih lagi hantu? Macam mana kau boleh minum air tu?"

"KAIZO!" Kiddi menepuk dahinya sendiri "Dia memang hantu tetapi disebabkan dia sudah ada 6 roh, jasad dia mula kembali. Jikalau dia ada 7 roh, dia sudah kembali hidup di bumi ini dan air itu, dia dapat hidup selama-lamanya

"Bagus!" puji Puteri Florence "Dan kau semua menjadi saksi kebangkitan aku! HAHAHAHAHAHAHA!"

Yaya dan Ying menangis di dalam pelukan mereka. Adakah mereka sudah gagal? Adakah mereka bakal kehilangan kawan-kawan mereka? Adakah semuanya akan berakhir di situ? Kenangan-kenangan ketika mereka bersama dengan rakan-rakan hanya tinggal memori sahaja. Tiada lagi kedengaran gelak-ketawa dari rakan-rakan kedua gadis itu. Mereka hanya dapat pejamkan mata kerana tidak mahu melihat apa yang berlaku seterusnya. Ketika itu sang puteri itu sedang minum air dari cawan emas itu. Setelah dia habis minum air tersebut, dia menjilat bibirnya kerana dia rasa dirinya sudah berubah

"AKHIRNYAAAAA! TIADA SIAPA DAPAT HAPUSKAN AKU!"

Puteri Florence gelak ketawa seperti orang gila. Tiba-tiba dia terasa panas di tekaknya. Seakan-akan ada api pada tekaknya. Dia melihat kedua-dua tangannya seperti sedang terbakar. Dia menjerit kesakitan. Bukan tangan dia sahaja, badan dia juga terasa hangatnya. Kepala dia terasa ingin meletup. Mata Yaya dan Ying tercelik sedikit kerana ingin melihat apa yang berlaku ketika itu

"A-APA YANG SUDAH TERJADI? Apa yang kau sudah lakukan terhadap cawan itu?" soal puteri itu kepada Kiddi

"Aku buat apa yea.." Kiddi berpura-pura fikir. Lalu dia menjawab soalan sang puteri itu "Oh yea, aku sebenarnya buat cawan emas tiruaan. Nampaknya kau terpedaya juga dengan cawan emas itu. Kau juga tahu apa yang terjadi jika kau minum air itu dari cawan yang salah. Kau akan terima akibatnya"

Puteri Florence menjerit sekuat hati apabila Kiddi berikan dia senyuman sinis. Cawan emas yang berada ditangannya, terjatuh di atas permukaan bumi. Puteri Florence tidak dapat memegang apa-apa objek lagi. Seluruh badan sang puteri itu dinaiki api dan akhirnya meletup. Sang puteri itu tidak lagi dapat kembali ke dunia ini atau dimana-mana sahaja. Semuanya berakhir di situ. Kaizo dapat menarik nafas lega kerana semuanya sudah selesai. Mata Bella terbuka luas. Muka dan badan dia tidak kelihatan pucat. Dia terkejut apabila dia dapat serangan pelukan dari Yaya dan Ying

"Bella! Akhirnya! Kau selamat!" kata Yaya

"Kawan-kawan kita semuanya selamat!" Ying menangis sambil memeluk Bella

Bella hanya mampu tersenyum sahaja. Kaizo mengangkat cawan emas itu tadi. Lalu dia belek-belek cawan tersebut, sehinggalah dia jumpa sesuatu yang ada di bawah permukaan cawan itu. Ianya terdapat ukiran mengatakan cawan itu dibuat oleh Kiddi. Kening sebelah dia terangkat kerana ada lukisan gambar kartun wajah Kiddi. Sang kapten itu pulangkan cawan emas itu kepada pemiliknya

"Kau simpan sahaja cawan itu" kata Kiddi "Atau kau boleh berikan kepada Lynna. Aku rasa Lynna sudah bangun"

"Aku patut ucapkan terima kasih dekat kau kerana menolong kami semua. Tanpa pertolongan dari kau, sudah tentu kami tiada lagi disini"

"Kau adalah kawan baik Lynna. Jadi aku patut berikan pertolongan kepada kau. Kalau aku tak tolong, mungkin masa depan kita semua akan berubah" kata Kiddi dalam nada tenang "Aku rasa, aku patut pulang dulu. Sehingga kita berjumpa lagi semua"

Mereka berpisah dari situ. Kaizo terus ke Kuala Lumpur untuk melihat keadaan Lynna. Manakala Kiddi pula, dia pulang ke dunia sana. Yaya, Ying dan Bella rasa pelik, kenapa Kapten Kaizo tidak pergi melihat adiknya dulu? Mereka hanya ketawa kecil dan fikirkan benda yang sama. Mungkin ada sesuatu dihati Kaizo?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"WHAT? BBB-CHAN MASUK HOSPITAL? LEPAS TU DIA DAH OK? Ke-kenapa tak beritahu Lily?"

"Err.. maaf Lily. Semuanya berlaku terlalu pantas" kata Faye semasa dia membuat panggilan video "Ala Lily, esok-esok Lily datanglah sini dan melawat Boboiboy ok"

"Ok tapi LILY NAK MERAJUK DENGAN KORANG! UWAAAAAAA! MY BBB-CHAN! TAK DAPAT LILY NAK TENDANG SI HANTU PONTIANAK TU!"

"Adeh" Faye hanya mampu tersengih sahaja

----------------------------------------------------------------------------------


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top