Permulaan

Pagi-pagi lagi hidung Fang terbau sesuatu. Bau seperti ada sesuatu yang hangus. Fang pakai baju sekolahnya secara pantas dan terus keluar dari biliknya. Sepantas kilat dia berlari ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Dia terkejut melihat abang dia cuba memasak sesuatu. Bukan itu sahaja, dia juga terkejut melihat dapur rumahnya bersepah. Kulit-kulit telur di merata-rata tempat. Pinggan di tepi sink penuh dengan telur hangus. Baju abangnya kotor sedikit sebab sibuk bertarung di dalam dapur

"APA ABANG CUBA BUAT NI?"

"Aku cuba nak buat sarapan pagi untuk kau lah" kata Kaizo dalam keadaan tenang "Tapi... telur ni hangus"

Kaizo angkat kuali. Lalu dia tunjukkan telur hangus kepada adiknya. Telur itu hancur dan hitam-kehitaman. Fang hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Sebenarnya, ini bukan kali pertama percubaan Kaizo memasak telur. Ini sudah kali ke 10 dia cuba belajar memasak telur. Habis semua telur dia sudah gunakan

"Adeh.. abang kalau nak makan, panggil lah adik" kata Fang "Adik boleh buatkan untuk abang ataupun adik boleh ajar abang memasak"

"Tapi aku ingin belajar dengan sendirinya!"

"Hmmm.. yelah" Fang terus beredar keluar dari dapur itu "ABANG JANGAN NAK SEPAHKAN DAPUR!"

"Yelah!"

Kaizo buang teluar hangusnya yang terakhir. Telur sudah habis. Dia mula bingung. Sarapan pagi apa yang dia harus lakukan? Dan semesti yang mudah dan tidak perlu memakan masa yang banyak. Lalu dia terfikirkan sesuatu. Dia keluarkan susu dari peti sejuk. Selepas itu dia keluarkan sekotak cereal. Dia sediakan dua mangkuk dan dua cawan diatas meja

"PANG! MAKANAN DAH SIAP!"

Fang kembali ke dapur dengan muka keliru

"Cepatnya abang masak" kata Fang. Mata dia meluru ke arah meja makan "Lerrr... ingatkan abang masak. Rupanya cereal dan susu aje"

"Banyak songeh betul kau ni" Kaizo tunjal-tunjal kepala adiknya "Baik kau makan aje apa yang ada dan jangan buat bising!"

"Baiklah abang ku" Fang mengeluh sedikit. Dia keluarkan kerusi dari meja makan. Lalu dia duduk "Abang tiba-tiba nak masak hari ni kenapa?"

"Sebab aku cuba hendak menjadi seorang abang yang baik" balas Kaizo sambil tuangkan susu ke dalam mangkuk adiknya "Yelah, aku kenalah biasakan diri dekat bumi ni"

"Bagus abang, bagus" Fang rasa bangga sedikit dengan abangnya "Nanti abang akan tahu selok-belok tentang kehidupan di bumi ini"

"Jadi aku perlu tahu masak makanan orang-orang bumi ini"

"Errr... itu tak perlu kot"

"Kenapa?" Kaizo rasa curiga sedikit

"Sebab abang bukannya reti masak pun" Berkerut dahi Kaizo dengan jawapan dari adiknya "Abang jangan risaulah. Adik boleh aje masakan untuk abang"

"Jadi, hari ni kau buat apa?"

Kaizo cuba hendak memahami kehidupan di planet bumi. Semenjak dia mengambil keputusan untuk tinggal di bumi bersama adiknya, dia rasa agak janggal. Mungkin kehidupan mereka agak sama seperti planet lain atau seperti planet asal usul dia. Tetapi tempat tinggal dia yang lama, semuanya berteknologi tinggi. Di bumi, teknologinya masih jauh lagi. Jadi dia cuba sesuaikan diri di planet itu

"Adik ada sekolah kejap lagi" Jawab Fang. Mulutnya penuh dengan cereal "Abang pergilah bersiar-siar dekat bandar ke, atau tolong Tok Aba dekat kedai ke, atau cari kerja ke.. tak pun abang pergi layan drama-drama dekat TV tu"

"Kau ingat aku kaki drama ke?"

"Adik bagi cadangan aje" Fang terus bermasam muka sambil kunyah cereal. Lalu dia berkata lagi "Tak pun, abang pergi berkenalan dengan orang-orang dekat pulau ni. Manalah tahu, abang dapat kawan baru ke.. hehehe"

"Kawan baru?" Kaizo mengusap dagunya "Orang macam aku ni, boleh ke berkawan?"

"Haishh abang ni" Fang gelengkan kepalanya "Mestilah boleh. Cuma abang kenalah peramah macam adik... hehehe" Sambil itu, kening dia terangkat-angkat kerana bangga dengan dirinya

Kaizo selama ini tidak pernah anggap adiknya seorang yang peramah. Celah mana peramahnya, fikir Kaizo. Dia seperti hendak hempuk kepala adiknya dengan sesuatu. Sebelum sempat Kaizo menjamu selera sarapan paginya, pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Kaizo memaksa adiknya pergi membuka pintu rumah mereka

"Aku juga yang kena" bisik Fang yang sedang merungut itu

Fang membuka pintu rumahnya. Dia tidak terkejut melihat kedua kawan lelakinya muncul di hadapan pintu rumahnya. Mereka selalu ke sekolah bersama. Boboiboy dan Gopal sudah bersiap sedia untuk ke sekolah

"Selamat pagi Fang!" ucap Boboiboy dengan wajah yang ceria

"Hmm.. pagi" balas Fang

"Dey, apahal kau pagi-pagi macam takde mood"

"Bila masa aku takde mood. Aku ada aje mood ni tapi semenjak abang aku duduk sini, mood aku sentiasa naik turun" Fang terus mengangkat beg sekolahnya yang ada di atas kerusi sofa "ABANG! ADIK PERGI SEKOLAH DULU!"

"YELAH!" sahut Kaizo

"ABANG JANGAN LUPA BERSIHKAN DAPUR!"

"YELAH!" jerit Kaizo

Lalu, tinggal Kaizo seorang diri di dalam rumah. Dia rasa sunyi pula. Apa yang terjadi seterusnya, dia terus keluar dari rumah tersebut

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang bersilang tangan dengan muka masamnya. Dia tidak tahu kenapa abang dia mengikut dia ke sekolah. Boboiboy dan Gopal tersengih sahaja. Mereka tidak berkata sepatah apa pun sepanjang perjalanan ke sekolah. Mereka dapat rasa ketegangan diantara Fang dan Kaizo

"Abang.. apasal abang ikut adik?"

"Saja" jawab Kaizo sambil melihat sekitar kawasan perumahan itu "Lagipun aku nak tahu sekolah kau dekat mana"

"Hmmm... tak tahu jauh pun sekolah adik" balas Fang

"Errr.. Kapten Kaizo"

"Yea Boboiboy. Kau nak apa?"

Boboiboy rasa takut pula apabila Kaizo berikan renungan dengan mata berwarna merah itu. Muka Kaizo tetap garang seperti biasa. Boboiboy beranikan diri untuk tanyakan sesuatu

"Apa perasaan Kapten Kaizo tinggal di bumi?"

"Perasaan aku?" Kepala Kaizo mendongak sedikit. Lalu dia berkata sesuatu "Aku seperti tidak percaya, diri aku boleh tinggalkan misi begitu sahaja. Sebahagian daripada diri aku ingin pergi jalankan misi tetapi.."

"Tetapi?" Tiba-tiba hati Fang berdebar-debar "Tetapi apa abang?"

"Tetapi aku kena jaga kau dekat bumi ni!" suara Kaizo bertukar menjadi garang

"Eleh, alasan aje tu" Fang tidak berpuas hati dengan jawapan dari abangnya "Cakap ajelah abang rindukan adik"

"Buang masa aku nak rindukan kau"

"Jadi, abang langsung tak rindukan adik?" Kaki Fang terus terhenti "Abang memang tak sayang adik ke?"

"Kau nak aku jawab yang aku memang sayangkan kau tapi takdelah sampai rindu teramat dekat kau. Begitu ke kau nak dengar dari mulut aku?"

Fang tersenyum kecil kepada abangnya. Walaupun jawapan dari Kaizo tidaklah seikhlas mana, Fang tetap menghargainya. Kedua-dua tangan Fang terasa ingin memeluk abangnya tetapi dia menahankan dirinya. Lalu dia sambung kembali berjalan. Sepanjang perjalanan mereka ke sekolah, Fang rasa gembira sedikit. Boboiboy dan Gopal biarkan Fang dengan kegembiraannya. Kaizo pula, asyik memandang langit biru. Mungkin dia mula rindukan angkasa lepas ataupun dia merindui misi-misi yang sentiasa ada di dalam kehidupannya

"Kapten Kaizo rindukan sesuatu ke?" soal Boboiboy secara tiba-tiba

"Boleh dikatakan begitu tapi.." Kaizo menggenggamkan tangan kirinya "Aku harus buangkan perasaan itu. Misi aku sekarang ini adalah untuk pastikan si Pang selamat"

"Ohh.. Kapten Kaizo risaukan si Fang lah ni" Gopal angguk kepalanya sebagai tanda faham

Fang yang berada di hadapan mereka, dia terdengar perbualan itu. Dia tidak berkata apa. Hanya hati dia

Kaizo ketuk kepala adiknya. Mereka mula berikan renungan maut diantara satu sama lain. Gopal menyorok di belakang Boboiboy kerana takut. Suasana kembali menjadi tegang. Boboiboy terpaksa buat sesuatu

"Kapten Kaizo, kita nak sampai sekolah dah" kata Boboiboy

"Nak sampai dah?"

Kaizo mula pandang sekelilingnya. Dia bukan lagi di kawasan perumahan. Di hadapan mereka terdapat dua buah sekolah. Sekolah rendah dan satu lagi adalah sekolah menengah. Kedua-dua sekolah itu hanya bersebelahan sahaja. Ramai para pelajar sudah pun tiba di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Pelbagai gelagat yang boleh dilihat oleh Kaizo. Ada yang ceria, ada yang masih mengantuk lagi dan ada juga sejenis pemalas. Yang ceria akan bergelak ketawa bersama dengan rakan-rakan mereka. Yang pemalas pula, mengheret kaki mereka sambil masuk ke dalam kawasan sekolah. Tetapi ada juga wajah kerisauan kerana kerja sekolah tidak siap. Kaizo melihat adiknya, si Fang nampak seperti pelajar yang suka bermasamkan muka

"Kau ni, cubalah ceria sedikit" tegur Kaizo kepada adiknya "Dulu masa abang pergi sekolah, abang sentiasa ceria"

"Betul ke abang ceria dulu-dulu?" Fang rasa curiga sedikit dengan abangnya "Macam tak percaya aje"

"Dey, baik kau percaya sebelum abang kau marah"

"Yelah, aku percayalah" Fang malas hendak berkata apa lagi

Mereka bertiga terus masuk ke dalam kawasan sekolah rendah. Fang pandang ke arah belakang sedikit. Ternyata, Kaizo masih lagi mengikuti mereka bertiga

"Abang, adik dah sampai sekolah. Abang bolehlah balik rumah"

"Kau tak nak ke bawa abang jalan-jalan sekitar sekolah kau?" Mata Kaizo berliar melihat bangunan sekolah itu dan juga pelajar-pelajar yang berada di situ "Sekolah kau, nampak lain daripada sekolah abang dulu"

"Sekolah abang dulu dekat planet lain. Macam mana nak sama" jawab Fang

Lalu dia perasaan sesuatu. Mata-mata di sekelilingnya asyik memandang Kaizo, terutama sekali dari kalangan pelajar perempuan. Mereka bagaikan teruja melihat lelaki kacak masuk ke dalam kawasan sekolah. Mereka melihat Kaizo seperti idol K-Pop. Fang seperti mahu memaksa abangnya pulang ke rumah sekarang juga. Dia tidak tahan melihat gelagat para pelajar perempuan di sekolah itu. Semuanya seperti sudah jatuh hati dengan wajah kekacakan Kaizo

"Abang, sila balik rumah sekarang" kata Fang dengan nada yang tegas

"Apasal pulak?" Kening sebelah Kaizo terangkat sedikit sambil merenung adiknya "Kau tak suka aku berada di sini ke?" Tangan dia sudah hampir mencapai pedang tenaganya

Boboiboy dan Gopal sudah menelan ludah. Mereka takut jikalau Kaizo mengamuk di situ. Fang pula, aura kuasa bayang-bayangnya sudah mengelilingi badan sang remaja alien itu. Ianya bagaikan hendak berlawan di situ juga. Para pelajar lalu lalang di situ berhenti dan melihat adik beradik alien itu

"Abang tahu tak.." Mata Fang terus memandang tepat ke mata Kaizo "Tak lama lagi abang bakal menjadi kegilaan budak-budak perempuan dekat sekolah ni. Sebab itulah abang tak boleh datang ke sini"

"Ohhh.. jadi kau tak nak orang lain tahu tentang kewujudan aku lah ni" Suara Kaizo bertukar menjadi serius "Kau tak suka aku tinggal di sini ke?"

"Mana adalah. Adik suka tapi.."

"TAPI APA?"

Satu sekolah boleh dengar suara garang Kaizo. Kegarangan Kaizo membuatkan pelajar-pelajar lain ketakutan. Gopal sudah melarikan diri. Boboiboy tersengih sahaja di situ. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih berdiri di tepi Fang dan Kaizo. Patutkah dia larikan diri seperti Gopal atau menjadi penonton di situ? Kaki dia mula bergerak selangkah demi selangkah. Semakin lama semakin jauh diri dia daripada Fang dan Kaizo

"Tapi..." Fang mula berkata "Tapi abang ni macam overprotective! Adik tahulah nak jaga diri ni! Lagipun, Boboiboy kan ada"

"ERK?! Nama aku pulak yang naik" Boboiboy menepuk dahinya

"Dia ada ke, takde ke.. diri kau mesti kena serang dengan alien jahat. Last-last, aku juga yang kena panggil sebab kawan-kawan kau sendiri minta tolong daripada aku. Selamat si Ratu Lily tak seksa kau lebih teruk lagi"

"Abang! Dia seksa adik teruk ok" kata Fang dengan nada marah "Tengok luka adik ni, belum sembuh lagi! Abang tak sayangkan adik!"

"Bila masa aku tak sayang kau" Kaizo terus tunjuk penumbuk "Aku cuma tak tunjuk aje dekat kau"

"Tengok! Bukannya nak kasihan dekat adik tapi tunjuk penumbuk lagi" Kali ini Fang menggenggam kedua-dua tangannya

"Kapten Kaizo, Fang! Sudah-sudahlah tu. Janganlah bergaduh dekat sini" tegur Boboiboy. Dia cuba tenangkan adik beradik itu

Tetapi kedua-dua alien adik beradik itu hiraukan sahaja teguran Boboiboy. Mereka bersambung bergaduh lagi. Pelajar lain sudah melarikan diri kerana takut jika ada pertempuran diantara dua beradik itu berlaku

"Aku ada dekat sini sebab nak jaga kau! Nak melindungi kau!" Jauh dihati Kaizo. Dia tidak mahu kecewakan janji ibunya "Kalau Ratu Lily tu muncul lagi! Kau juga yang jadi mangsa. Aku juga yang kena selamatkan kau"

"CAKAP AJELAH YANG ABANG RINDUKAN ADIK!"

"Buang masa aku nak rindukan kau. Banyak lagi perkara yang aku perlu fikirkan" balas Kaizo

"Nak merajuklah macam ni" Fang berpaling muka sambil bersilang tangan

"Merajuklah" kata Kaizo "Macam budak perempuan kau ni"

"ABANGGG!"

Satu sekolah boleh dengar jeritan Fang tadi. Ramai pelajar bergegas keluar dari bilik darjah masing-masing untuk melihat pergaduhan dua beradik itu. Ada yang menonton dari kantin dan juga dari padang jauh. Ibu bapa yang sedang menghantar anak-anak mereka ke pintu pagar sekolah, mereka cepat-cepat masukkan anak mereka ke dalam kereta balik

"Eh Boboiboy, apa yang terjadi tu?" soal Yaya yang baru sahaja tiba di sekolah

"Hmm... Kapten Kaizo dan Fang bergaduh entah sebab apa. Tak faham aku dengan mereka" Boboiboy mengeluh sedikit "Tapikan..."

"Tapi apa Boboiboy?" Gopal kembali berdiri di sebelah Boboiboy tetapi kali ini, dia kembali dengan seketul ayam goreng di tangan

"Aik, mana pula datang ayam goreng tu?"

"Haiyaa Boboiboy. Jangan ditanya maa.. si Gopal tu selalu dengan makanan dia"

"Hmm.. yelah Ying" Boboiboy gelengkan kepalanya "Hah.. sambung dengan tapi aku tadi.. tapi aku dapat rasakan, kehidupan kita menjadi lebih menarik dengan adanya Kapten Kaizo di sini"

"Kau yakin ke?" soal Gopal "Aku takut nanti jadi tak menarik aje"

"Hehehe... aku yakin Gopal"

Apa yang dikatakan oleh Boboiboy, kehidupan mereka memang berubah. Setiap hari mesti ada sahaja benda yang menarik berlaku di Pulau Rintis. Boboiboy tidak akan melupakan setiap pengembaraan mereka

"PEDANG TENAGA!"

Boboiboy mengeluh lagi. Nampaknya Fang dikejar oleh Kaizo sambil melibas-libas pedang tenaganya. Yaya dan Ying ketawa kecil sahaja. Begitulah kehidupan Fang setiap hari. Mesti ada pergaduhan tetapi pada akhirnya, mereka tetapi sayang-menyayangi satu sama lain

-----------------------------------------------------------------------------

Harap semua suka dengan chapter ini.. kalau tak best, maaf T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top