Peminat Kaizo

Pada suatu pagi, Fang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi khas untuk seseorang iaitu Rizu. Si kecil itu rasa pelik apabila abang angkat dia tidak henti-henti membuat pancake. Setiap kali Rizu habis makan pancake, Fang menyuruh Rizu tambah lagi. Sebenarnya Fang rasa bersalah kerana rahsiakan tentang kejadian hantu Puteri Florence. Boleh dikatakan, setiap kali Rizu datang ke rumah, Fang akan buatkan sesuatu untuk gembirkan hati Rizu. Si kecil itu masih tidak tahu lagi tentang kejadian tersebut. Ianya agak aneh kerana kejadian itu sudah diketahui ramai orang kecuali Rizu. Sang alien itu rasa pelik tetapi pada sama yang sama, dia rasa syukur adik angkatnya tidak mengetahui apa yang terjadi

"Rizu makan lagi ok!" kata Fang sambil letak sekeping pancake di pinggan Rizu "Jangan malu-malu tau!"

Rizu tidak pernah rasa malu apabila dia ada di rumah Fang dan Kaizo. Dia sudah buat rumah itu seperti rumah dia sendiri. Rizu mengambil botol syrup dan letak diatas pancake dia. Fang pergi tabur chocolate chip diatas pancake Rizu. Bukan itu sahaja, dia letak pisang yang sudah dipotong kecil-kecil pada pancake tersebut. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi perut seseorang. Rizu pelik, bukan perut dia yang berbunyi dan ianya bukan datang perut Fang

"Wuuuu.. pancake!"

"Kakak Lily lapar ke?" soal Rizu yang tidak terkejut dengan kedatangan Lily

"Mestilah lapar" Lily buat muka sedih sambil mencapai sekeping pinggan di dalam kabinet dapur "Kakak Lily datang sini langsung tak breakfast"

"Habis tu, apasal sibuk dekat sini? Pergilah rumah Bella ke, Yaya ke, Boboiboy ke tapi ke sini juga kau nak datang"

Lily terus tersengih dengan tangan dia sibuk mengambil 2 keping pancake, chocolate chips, pisang, strawberry, blueberry dan chocolate syrup. Boleh dikatakan pancake Lily penuh dengan topping. Rizu turut ikut sekali seperti Lily kerana ianya kelihatan sedap. Mereka berdua makan di situ sambil gelak ketawa bersama. Fang tidak tahu hendak rasa apa, patut dia halau Lily atau biarkan sahaja? Jadi dia biarkan sahaja

"Landak buat semua ni untuk Rizu ke?"

"Yea, kenapa?" soal Fang dengan sudip di tangannya. Mahu sahaja dia ketuk kepala Lily dengan sudip itu "Kau makanlah puas-puas. Lepas tu boleh pergi ganggu orang lain"

"Abang Fang macam tak suka jea kakak Lily ada dekat sini" Mulut Rizu penuh dengan pancake

"Sebab si pelik ni suka buat abang pening kepala! Dan sepatutnya hari ini adalah pancake day khas untuk Rizu seorang sahaja tetapi si pelik ni muncul secara tiba-tiba!"

"Wuuu.. pancake day" Mata Lily terus melirik ke arah Fang "Landak buat semua ni untuk Rizu mesti ada sebabkan... adakah.." Belum sempat dia nak habis berkata-kata, Fang sudah menotong ayat Lily

"Eh, makan makan.. makan sampai habis semua pancake ni pun takpe. Aku buat ni semua sebab tiada sebab" Fang tersengih kepada Lily "Aku buat pancake lagi ok. Kau nak pancake bentuk apa? Bentuk Boboiboy? Aku boleh lukiskan"

"Hehehehehe.." Lily tergelak kerana dia sudah agak apa yang Fang sedang lakukan "Terima kasih landak! Lily nak Boboiboy pancake satu! Eh tak, bagi dua!"

"Pizu pun nak pancake abang Boboiboy juga! dan pancake abang Kaizo juga! YEAH!"

Fang angguk kepala dan terima pesanan mereka. Dia terus buat pancake tersebut. Dengan penuh semangat, dia melukis gambar Boboiboy dengan menggunakan adunan pancake di dalam periuk leper. Walaupun nampak tidak begitu comel, dia tetap berpuas hati. Semasa dia lakukan lukisan tersebut, pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Lalu dia pergi tinggalkan dapur sebentar untuk melihat siapa dipintu rumahnya. Setelah dia membuka pintu rumahnya, dia terkejut dengan jeritan seseorang

"KAI-KUN!" Seorang gadis berambut lurus perang sedang berdiri di hadapan rumah Fang dan Kaizo "Kai-kun! Mana dia? Eh, ini mesti adik dia si Fang tu! LAMA TAK JUMPA FANG!" Gadis itu terus cubit kedua belah pipi Fang

Lily dan Rizu melihat sahaja dari dapur. Mulut mereka penuh dengan pancake. Mereka kunyah secara perlahan sambil menonton episode baru kehidupan Fang. Sang remaja alien itu tidak kenali gadis tersebut. Adakah gadis itu sesat? fikir Fang. Atau sebenarnya ada gadis ini adalah alien jahat yang cuba menyamar menjadi peminat abangnya? fikir Fang lagi

"Kau ni siapa?" soal Fang

"Hehehe.. Fang mungkin tak ingat aku" Gadis itu ketawa kecil. Lalu dia memperkenalkan dirinya "Nama aku adalah MARIN! Kawan lama KAI-KUN yang sudah lama terpisah semenjak kejadian Ratu Lily tu. Selepas kejadian itu, aku membuat keputusan untuk mencari KAI-KUN supaya kita dapat kembali semula! Akhirnya, aku dapat mengesan dimana KAI-KUN berada! Mana dia? Kai-kun ada dekat sini tak?" Marin menjenguk sedikit untuk melihat sekeliling rumah itu

"Abang aku ada dekat dalam bilik" kata Fang dengan nada bosan "Ish, ada lagi sama perangai dengan si pelik" bisik dia

"Hmm.. apa Fang cakap?"

"Err.. takde apa" kata Fang "Masuklah. Ada pancake dekat dapur. Sambil tunggu tu, bolehlah makan pancake"

"Wah! Kai-kun yang masak ke?"

"Tak" jawab Fang dengan nada bosan lagi "Abang tak reti masak. Semua masakan dia MASIN!"

"Wah! Bolehlah aku masak macam-macam khas untuk Kai-kun!"

Marin masuk ke dalam rumah dengan hati berbunga-bunga, mata bersinar-sinar dan senyuman sampai ke pipi. Lily dan Rizu hampir nak ketawa besar tetapi mereka tahan takut tersembur sisa-sisa pancake nanti. Mereka hanya tersenyum sahaja apabila Marin masuk ke dalam dapur

"Siapa dia orang ni?" soal Marin

"Ini Rizu dan itu pula si pelik"

"Ohhh.. Hai Rizu dan si pelik!"

"Lily lah! Bukan si pelik!" marah Lily. Lalu dia kunyah makanan dia secara ganas "Landak ni! Mentang-mentanglah Lily panggil dia landak, suka-suka pulak dia panggil Lily ni si pelik tapi kan..." Tiba-tiba mood dia berubah menjadi ceria "Lily mana kisah sangat pun. Lily suka aje landak panggil diri ni si pelik sebab LILY MEMANG PELIK PUN! HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Betul tak my little penguin?"

"Betul betul" kata Rizu dengan mulut penuh dengan pancake

"Ohhh... tak baik Fang panggil dia si pelik tapi kalau Lily suka dengan panggilan tu, aku pun panggil dia si pelik sekali lah! Mana Kai-Kun yea? Dia nak sarapan sekali ke? Kalau nak, aku akan buatkan sarapan untuk dia!"

Tiba-tiba dia tolak Fang ke tepi dan ambil-alih dapur itu. Pancake yang Fang buat tadi, Marin terus makan. Muka Lily berubah menjadi marah sedikit. Pancake bentuk Boboiboy dia telah dimakan oleh seseorang yang dia tidak begitu kenali. Lily kembungkan pipinya dan cuba tahankan diri daripada memarahi gadis itu. Marin terus membuat pancake dalam bentuk hati. Fang malas hendak melayan, dia terus duduk dan makan pancake yang dia buat sendiri

"Abang Fang" Rizu bisik sesuatu kepada abang angkatnya "Kakak tu memang jatuh hati dekat abang Paizo ke?"

"Entah" jawab Fang sambil bubuh buah-buahan diatas pancake

"Korang bisik apa tu?" Lily cuba sertai bisikan mereka "Korang gossip yea"

"Mana adalah" kata Fang

Marin sudah buat pancake bentuk hati dalam beberapa keping. Semuanya dia buatkan untuk Kaizo. Selepas itu, dia ambil pinggan putih didalam kabinet. Dia buat seperti dapur itu milik dia. Marin susun kepingan pancake tadi didalam pinggan tersebut dengan kemas dan cantik. Lalu dia hias pinggan tersebut dengan buah-buahan dan chocolate chips. Selepas itu dia gerimis sirup maple diatas kepingan pancake tersebut. Mata Rizu bersinar-sinar melihat pancake tersebut. Ianya nampak kelihatan sedap

"Abang Fang, buatkan Pizu macam tu juga"

"Nanti abang buatkan ok" Fang akan penuhi permintaan adik angkatnya tetapi malangnya, nama dia sudah dipanggil

"PANG!"

Fang terus bangun dari kerusi. Kaizo masuk ke dalam dapur dengan muka serius. Mata Marin bersinar-sinar apabila Kaizo berada di dalam dapur. Dia terus angkat pinggan pancakenya untuk berikan kepada Kaizo. Dia sudah bersiap sedia dengan sebuah senyuman dengan harapan Kaizo akan mengambil pancake yang dibuatnya. Fang, Lily dan Rizu pula, sudah bersedia untuk melihat drama baru dipagi itu

"Kau siapa?" soal Kaizo "Kawan Pang ke ni?"

"Bukan!" kata Marin "Kau mesti tak ingat aku tapi aku sentiasa ingat dekat kau! Nama aku Marin, kawan sekolah kau dulu-dulu. Kau ingat tak?"

Kaizo cuba ingatkan balik memori persekolahan dia dahulu. Kenangan lama yang dia sudah lupa. Dia cuma ingat apa yang berlaku semasa kejadian serangan Ratu Lily. Memori lama dia mula kembali sedikit demi sedikit. Ianya bukanlah sepenuhnya. Dia mula teringat sesuatu, pada waktu itu, ada seorang gadis yang selalu mengekori dia kemana-mana sahaja. Gadis itu juga selalu berikan dia makanan dan dia selalunya, makan sedikit sahaja kerana dia tidak mahu lukakan perasaan gadis itu

"Kau yang suka berikan aku makanan kan" kata Kaizo

"BETUL TU KAI-KUN!" Hati Marin bertambah bunga-bunga. Dia bagaikan jatuh cinta dengan Kaizo "Kai-Kun dah mula ingat dekat aku! Tapi mungkin bukan sepenuhnya tetapi tidak mengapa, kali ini kita akan bina kenangan baru! Kenangan paling indah"

Kaizo tidak faham apa yang Marin sedang bercakap ketika itu. Mungkin dia sedang merapu seorang diri, fikir Kaizo. Mata dia melirik ke arah meja makan, dua orang manusia dan seorang alien sedang gelak-ketawa ketika itu. Kalau boleh, dia mahu menghukum mereka kecuali Rizu. Berkerut-kerut dahi dia ketika itu. Pinggan pancake Marin masih lagi dihadapan mukanya. Dia seperti biasa, tidak mahu guriskan hati gadis itu, lalu dia mencubit sedikit pancake tersebut

"Kai-kun tak nak habiskan ke?"

"Aku ada latihan tempur" kata Kaizo "Pang, aku balik lambat hari ini. Kau jangan buat nakal!"

"Baik abang ku yang comel" kata Fang sambil berkelip-kelip mata dengan muka comelnya

"Macam nak kena tampar aje budak ni" bisik Kaizo

"Kai-kun balik lambat yea. Jangan risau, Marin akan sediakan makanan untuk Kai-kun bila dah balik nanti dan rumah ini, AKU AKAN BERSIHKAN!" kata Marin dengan penuh semangat

Kaizo terus beredar dari situ kerana dia tidak mahu melayan gadis. Ada benda yang lebih penting daripada melayan gadis itu, itu yang difikirkan oleh Kaizo. Gadis itu beriya-iya melambai ke arah Kaizo tetapi sang kapten itu langsung tidak balas lambaian itu. Marin tidak begitu kisah. Dia fikir mungkin Kaizo ada hal penting dan perlu ke sana dengan segera. Lalu dia buat rumah itu seperti rumah dia sendiri. Dia mengambil sebatang penyapu dan lalu dia bersihkan dapur rumah itu

"Errr.." Fang mula rasa bingung. Dia tercengang di situ sambil melihat Marin menyapu dapur rumahnya

"Fang jangan risau. Biar aku MARIN bersihkan dapur ini! Bukan dapur ini sahaja, satu rumah aku akan bersihkan. Aku akan buktikan kepada Kai-Kun yang aku adalah isteri yang sesuai untuk dia"

Fang tergelak satu gelakan kecil dari seseorang. Dia pusing kebelakang dan pandang ke arah Lily. Sang gadis itu sedang menutup mulutnya sambil ketawa kerana bagi dia, ianya terasa kelakar. Rizu pula, dia rasa kasihan dengan Marin kerana gadis itu tidak tahu lagi tentang Lynna. Walaupun mereka hanyalah kawan baik sahaja tetapi ramai nampak ada sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar

"Errr.. kalau begitu, aku keluar dulu dengan kawan-kawan aku" Fang mengambil tangan Rizu dan keluar dari dapur tersebut "Jom Rizu, kita ke tempat lain. Wei pelik, jom kita keluar"

"Wuuu.. landak nak ajak Lily keluar jalan-jalan?"

"Tiada maknanya" jawab Fang "Kau pergi merayap cari Boboiboy. Aku dan Rizu nak pergi ke kedai Tok Aba"

"Ok"

Apa yang buat Fang rasa panas hati, Lily ikut mereka ke kedai Tok Aba. Dia ikut sahaja dari belakang dengan senyuman tak bersalah dia. Marin pula, dia kemas rumah itu tanpa diganggu oleh sesiapa. Pemikiran dia hanya fikirkan tentang Kapten Kaizo sahaja

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suasana pagi itu di kedai Tok Aba, agak riuh-rendah dengan jeritan dari suara-sura para gadis. Mereka semua sedang rebutkan sesuatu. Fang dari jauh, mata dia sudah terkebil-kebil. Dia rasa hairan, apa yang berlaku? Ada rusuhan ke? fikir Fang. Ada perebutan Boboiboy ke? Atau Tok Aba ada jual menu baru sampai semua gadis berebut nak beli? atau ada seorang artis sedang mengunjung kedai Tok Aba tetapi tiba-tiba dia diserbu oleh peminat-peminat dia, fikir Fang lagi

"MY BBB-CHAN KENA SERANG KE?!" Lily sudah panik

"Mana ada kena serang" datang satu suara. Mata Fang dan Lily melirik ke arah kiri

"EH?! BBB-CHAN!"

"Abang Boboiboy bukan sepatutnya dekat sana ke?" kata Rizu sambil tunjuk ke arah sekumpulan gadis-gadis tersebut "Apa yang berlaku dekat sana? Ada pergaduhan ke?"

"Ini semua sebab GOPAL!" kata Boboiboy dengan nada marah

"Apa si Gopal tu buat?" soal Fang sambil bersilang tangan "Dia nak jadi popular ke? Dia cuba nak rampas popularity aku ke?"

"Wuuu.. landak jealous!" Lily tergelak kecil

"Mana ada aku jealous" kata Fang tetapi sebenarnya dia memang agak cemburu sedikit

"Si Gopal tu, dia pergi jual macaroon dekat kedai Tok Aba. Habis semua budak perempuan nak beli sebab macaron tu comel sangat" Jelas Boboiboy dalam nada tidak puas hati "Entah apa yang dia fikir tiba-tiba nak jual dessert tu dekat kedai Tok Aba

"Wuuuu... macaroon" Lily menjilat bibirnya kerana dia sudah lama tidak makan pencuci mulut itu "Rasa macam nak pergi beli aje tapi ramai sangat orang! BBB-CHAN! Pergi halau dia orang!"

"Erkk?!" Boboiboy terus tersengih sedikit

Tanpa pengetahuan mereka, Rizu sudah beranikan diri untuk merempuh sekumpulan gadis itu. Dia terpaksa beranikan diri untuk membeli macaroon tersebut. Rizu merangkak untuk terus ke kaunter kedai tersebut. Setelah dia sampai di tepi kaunter, dia terus berdiri. Mata dia bersinar-sinar apabila terdapat pelbagai bentuk macaroon yang ada di atas meja kaunter tersebut. Semuanya kelihatan comel. Dia cepat-cepat mencapai macaroon yang ada sebelum diambil orang lain. Gopal dan Ochobot cuba mengawal keadaan dikedai tetapi ianya tetap menjadi huru-hara. Tangan Rizu penuh dengan bekas macaroon dalam pelbagai bentuk. Dia sempat mengambil macaroon bentuk Pikachu. Tiba-tiba macaroon dia dirampas oleh seorang gadis

"ITU PIZU PUNYA!" Jerit Rizu dalam nada marah tetapi masih lagi nampak comel "Siapa ambil Pizu punya Pikachu?" Dia hampir hendak menangis di situ, akan tetapi dia bertindak dengan ganas selepas itu

Dia gigit tangan salah seorang gadis disitu. Bekas macaroon Pikachu yang dipegangnya, terlepas dari tangannya. Lalu dia gigit lagi tangan yang seterusnya. Dia tahu, dia tidak boleh berlembut disitu, lalu dia perlu bertindak ganas. Dia gigit lagi tangan sesiapa yang dia nampak. Gadis itu menjerit. Lalu dia berikan renungan maut ke arah Rizu tetapi si kecil itu berikan renungan garang seperti mahu makan orang kepada gadis tersebut. Gadis itu terus berambus dari situ selepas sahaja dia membayar pembelian macaroonnya. Rizu terus mengganas lagi. Sesiapa yang cuba ingin mengambil macaroon dia, Rizu akan gigit tangan orang itu. Selepas itu, tiada siapa yang berani kacau Rizu

"Rizu! Janganlah gigit orang!" tegur Ochobot "FANG! FANG! ADIK ANGKAT KAU GIGIT ORANG DEKAT SINI!"

Dari jauh, Fang tersenyum bangga kerana dia tidak sangka adik angkatnya sudah pandai mengganaskan diri. Air mata dia menitis sedikit. Dia ingin menangis di situ tetapi dia menahan air matanya

"Apasal kau tiba-tiba rasa sedih ni?" soal Boboiboy

"Aku tak sedih tetapi AKU RASA BANGGA DENGAN MY BABY PENGUIN RIZU!" kata Fang dengan penuh bangga "Aku rasa macam nak bagi dia satu pelukan sekarang ini"

"Wuuu.. jadi selama ini landak yang ajar dia gigit orang"

"Bukan akulah" jawab Fang dengan nada marah "Itu memang perangai dia suka gigit orang. Bagus Rizu, kekalkan dengan perangai gigit orang itu"

Boboiboy rasa Fang bukanlah abang angkat mithali untuk Rizu. Banyak sangat perangai buruk Fang yang ada dekat Rizu tetapi apa boleh buat, si Kecil itu mengidolakan sang alien remaja itu. Kedai Sekumpulan gadis itu tadi, sudah mula bersurai. Macaroon Gopal sangat laku, kesemuanya habis dijual. Gopal rasa ingin menangis. Ochobot memahami perasaan itu. Lalu dia berikan sehelai tisu kepada Gopal. Rakan-rakan dia baru tiba di kedai itu. Mereka tidak berani dekatkan diri dengan sekumpulan gadis tadi. Semuanya nampak ganas

"Abang Gopal ok ke?" soal Rizu

"Abang ok aje" kata Gopal sambil mengesat matanya. Air mata tiada tetapi Gopal buat-buat ada air mata sedang keluar "Mulai esok, abang akan jual lagi macaroon atau dessert lain! Kita tengook yang mana satu paling popular"

"Jadi, kau tukar batu, selipar, daun, pasir dan apa-apa aje, jadi makanan ke?"

"Dey! Kalau aku guna kuasa aku, susah tentu aku kena kecam dan tiada siapa mahu berkawan dengan aku nanti" jawab Gopal kepada Fang "Dan aku mungkin tak jadi popular"

"Wuuu... maksudnya macaroon tadi Gopal yang buat sendiri?"

"WAH! Abang Gopal yang buat!" Rizu tidak sabar untuk merasai macaroon bentuk pikachu itu

"Mana adalah. Itu semua aku suruh Faye, Bella, Yaya dan Ying buatkan" Gopal tersengih sedikit "Hehehe... duit lebih nanti, aku bayar gaji dia orang" Boboiboy terus tepuk dahi dia sendiri. Manakala Fang pula, tepuk dahi Gopal "DEY! APASAL KAU TEPUK DAHI AKU?"

"Sebab kau mempergunakan mereka" jawab Fang dalam nada marah "Lain kali buat sendiri lerr"

"Tapi aku buat tak menjadi" Suara Gopal berubah menjadi sedih "Dia orang buat lagi sedap dan lagi comel! Cuba kau tengok macaroon pikachu tu! Ada juga bentuk Boboiboy tapi dah habis"

"WHAT?! GOPAL TAK SIMPANKAN UNTUK LILY!" Kedua-dua tangan Lily goyang-goyangkan kepala Gopal "APASAL PERGI JUAL MY BBB-CHAN DEKAT ORANG LAIN?"

"Adeh, Lily ni" Boboiboy mengeluh sedikit

"Kakak Lily, janganlah buat abang Gopal macam tu. Kasihan dia" Gopal rasa terharu kerana dapat simpati dari Rizu. Sang kecil itu berkata lagi "Lagipun kakak Lily kan ada abang Boboiboy, yang dia orang tu hanya dapat macaroon bentuk abang Boboiboy sahaja"

"Ha ah, betul juga tu. Selamatlah my Pizu-chan pandai dan cerdik macam Lily" Tangan Lily tepuk-tepuk manja kepala Rizu yang sedang tersenyum bangga itu

"Wei, dia pandai dan cerdik macam akulah!" marah Fang

"Hmm.. yelah, dia pandai dan cerdik macam kau. Selamat dia tak ikut perangai kau yang suka marah-marah tu" kata Gopal "Rizu kalau nak macaroon lagi, esok datang sini awal-awal ok. Tak perlulah Rizu berebut dengan dia orang lagi"

"Amboi, guna kedai Tok Aba nampak" Ochobot kelihatan marah "Duit sewa kedai Tok Aba jangan lupa bayar"

"Ha ah, dah pandai guna, jangan lupa pulak bayar" Boboiboy pandang Gopal dengan jelingan maut dia "Kau pun tak nak lah Tok Aba marah kan"

"Errr.. nanti aku bayar" Gopal tersengih sedikit sambil kira duit dia. Harap semuanya cukup untuk bayar duit sewa, fikir dihati Gopal

"Mana Tok Aba?"

"Dia ada dekat rumah" balas Boboiboy kepada Fang "Dia cakap, dia rehat dekat rumah dulu sementara Gopal guna kedai dia. Kejap lagi Tok Aba sampailah tu. Bolehlah dia buka kedai nanti" Dia terus menolong Gopal kemaskan kaunter kedai tersebut

"Hmm.. nak kena bayar gaji dekat budak-budak perempuan, bayar duit sewa lagi.. aku dapat sikit ajelah nanti" Gopal pandang lama-lama duit yang terkumpul di dalam kotak "Adeh, esok kena cari tempat yang free dan orang ramai lalu-lalang!"

"Wuu.. esok Gopal jual lagi"

"Mestilah Lily!" kata Gopal dengan penuh semangat "Aku kenalah jadi popular supaya dapat sama taraf dengan Boboiboy dan Fang!"

Boboiboy tepuk dahinya sendiri. Dia tidak sangka kawan baik dia cuba hendak menjadi popular. Lagipun, Boboiboy bukan minat sangat dengan bab-bab popularity ini. Ianya lebih kepada Fang. Entah apa yang seronok sangat tentang popular itu. Bagi dia, Boboiboy lebih suka menjadi seorang remaja yang biasa sahaja. Akan tetapi, dia redha sahaja kerana dia bukan seorang remaja biasa tetapi seorang adiwira bumi. Boboiboy mengeluh sedikit. Bukan dia tidak suka, dia terlebih suka

"Wei Gopal! Kau jangan nak lagi popular dari aku ok!"

Hmm.. yelah" kata Gopal. Dia terima sahaja amaran dari Fang itu "Aku pinjam adik angkat kau boleh?"

"Kenapa abang Gopal nak pinjam Pizu?"

"Hmmm.." Fang mengusap dagunya sambil melirik mata dia dari Rizu, terus ke Gopal "Pinjam tak boleh tapi sewa boleh. BAYAR KALAU NAK GUNA DIA!"

"WHAT?" Lily tercengang sedikit

"Abang Fang nak buat apa dengan Pizu? ABANG FANG NAK JUAL PIZU KE?"

"Bukan jual lerr.. abang nak bagi sewa dekat si Gopal tu" jelas Fang "1 jam RM10! Ok tak?"

Boboiboy gelengkan kepala sahaja. Boleh pula si Fang tu nak bagi sewa adik angkat sendiri dekat Gopal, fikir dia. Si Rizu pula, seperti setuju sahaja, fikir Boboiboy lagi

"Dey! Aku kawan baik kau. Apasal kena sewa pulak?"

"Hmmm.." Fang mengusap dagunya lagi "Bukan kawan baik kau si Boboiboy tu ke? Apasal tiba-tiba aku jadi kawan baik kau? Bukan ke aku selalu suka-suka mengamuk dekat kau. Ni tiba-tiba kau cakap aku kawan baik kau"

Tiba-tiba Gopal muncul si sebelah Fang sepantas kilat. Lalu dia letak tangannya diatas bahu Fang dengan muka seperti inginkan sesuatu. Fang rasa curiga ketika itu tetapi dia sedia dengar apa yang Gopal ingin katakan

"Fang Fang.. come on lah Fang, aku ni Gopal, kawan superhero kau. Kalau bukan kita, siapa lagi nak ambik kau sebagai kawan kita kerana kau tu alien. Kau patut bersyukur kita orang tetap terima kau seadanya walaupun kita orang marah sebab tak beritahu perkara yang sebenarnya. Tetapi tidak mengapa, kita orang faham kenapa kau rahsiakan daripada kami. Aku, Boboiboy, Yaya dan Ying tetap maafkan kau" Fang senyap sahaja dan lalu Gopal sambung berkata lagi "Apa kata kau bagi free aje si Rizu tu atau harga kawan, 1 minit 1 sen. Macam mana? Ok tak?"

"FREE? PI-PIZU BUKAN BARANG UNTUK JUAL LAH!"

"Rizu, jangan risau. Biar abang selesaikan masalah ini"

Boboiboy, Lily dan Ochobot sudah terbayangkan Fang keluarkan harimau bayang dia dan Gopal kena kejar dengan harimau tersebut. Apa yang mereka bayangkan, menjadi kenyataan tetapi bukan harimau bayang sahaja yang Fang keluarkan, boleh dikatakan seluruh haiwan rimba yang dia pergi keluarkan. Kasihan Gopal kena kejar dengan haiwan-haiwan bayang. Fang hanya menikmati macaroon bersama dengan adik angkatnya. Hati dia puas hati dapat belasah Gopal pada hari itu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Fang sudah tiba di kawasan perumahan, dia ternampak Faye sedang bermundar-mandir di halaman rumah seperti orang ada masalah. Fang rasa pelik, adakah Faye ada masalah ketika ini? atau dia sesuatu hendak sembunyikan sampai takut nak masuk rumah? Baik dia pergi bertanya sendiri

"Faye, kau apasal?"

"Fang.." Riak wajah Faye berubah menjadi panik. Lalu dia goyang-goyangkan kepala sepupunya "SIAPA PEREMPUAN DALAM RUMAH TU?"

"Wei wei wei!" Fang tolak kedua-dua tangan Faye ketepi "Jangan goyangkan kepala aku boleh tak?"

"Hehehee.. maaf Fang" Faye tersengih sedikit "Kau kenal ke siapa perempuan tu? Tiba-tiba dia muncul. Adakah dia musuh kita?"

"Bukan lerr.. itu kawan lama abang aku. Dia tu ada hati dekat Kapten Kaizo"

"WHAT?!" Faye mahu tergelak sedikit "So, dia ada dekat dalam rumah kita sebab nak menawan hati abang Kaizo lah? Hehehe... patutlah aku nampak ruang tamu penuh dengan gambar abang Kaizo, dia suka dekat Kapten itik hot rupanya" Dia mengusap dagunya sambil berkata lagi "Nampaknya kak Lynna mempunyai persaingan!"

"Hahahaha.. aku tak rasa abang aku suka dekat perempuan tu" kata Fang sambil bersilang tangan "Abang aku tiada perasaan terhadap perempuan itu! Aku tahu abang aku akan berada di sisi kak Lynna sahaja!"

"Wow" Faye tersenyum sedikit "Kau betul-betul yakin yea abang kau dengan kak Lynna"

Fang tersenyum disitu sambil bayangkan abang dia dan Lynna sedang berbulan madu di planet lain. Faye hanya gelengkan kepala sahaja. Dia malas hendak melayan sepupunya, lalu dia pergi membuka pintu rumah itu. Dia beranikan diri untuk hadapi apa sahaja yang bakal terjadi nanti. Ini bukan pergi berperang, fikir Faye. Perempuan itu sudah bangunkan diri dari sofa. Dia terkejut melihat kemunculan Faye di pintu rumah

"Siapa awak?" soal perempuan itu

"Err.. saya Faye" jawab Faye sambil tersengih

"OHHH!" Faye terkejut dengan jeritan perempuan itu "Kau adalah adik sepupu si Kai-Kun!"

"Kai-kun?" bisik Faye sambil terangkat kening sebelah "Ha ah, saya sepupu dia dan kenapa kau berada di sini?"

"Sebab aku MARIN adalah bakal isteri kepada KAI-KUN!" Kata Marin dengan penuh yakin "Jadi.. korang tahu tak bila Kai-Kun nak balik? Aku dari tadi tunggu dia pulang tapi tak pulang pulang lagi"

"Mungkin dia ada misi kot" Faye tersengih sedikit "Kalau Marin nak balik dulu, kita orang boleh beritahu dia yang Marin ada dekat sini"

"Hmm.. aku dah masak untuk dia tapi kalau dia sibuk.. esok sahajalah aku kembali ke sini!" Marin tetap dengan pemikiran positifnya. Sedikit pun tidak pernah benda buruk atau apa-apa yang negatif "Aku pulang dulu ok dan jangan makan makanan dia" Suara dia berubah menakutkan sebaik sahaja dia berikan amaran kepada Fang dan Faye

Selepas itu dia tersenyum seorang diri sambil menuju ke pintu rumah. Dia akan kembali ke rumah itu pada keesokan harinya. Dia mula fikirkan apa yang patut masak untuk Kaizo untuk hari esoknya. Adakah dia patut buat kek? ataupun cupcake? tetapi apa kegemaran Kaizo? fikir Marin. Dia perlu tahu apa makanan kegemaran Kaizo sebelum dia berikan kepada kapten itu keesokan hari. Fang rasa lega apabila Marin sudah beredar dari rumahnya. Selain itu, dia rasa lega apabila rumah itu kelihatan bersih tetapi dia rasa agak menjengkelkan kerana ruang tamu itu penuh dengan gambar Kaizo

"Aku rasa macam aku ni tumpang rumah abang aku aje" bisik Fang

"Tahu takpe" Faye terdengar bisikan Fang tadi "Macam kita ni tetamu aje"

"Hmm.." Fang sebenarnya sudah lama terbau badan Faye. Baunya seperti orang sedang buat kek dan biskut. Sebelum dia sempat berkata sesuatu kepada sepupunya, Faye sudah berkata

"Aku tahu, aku bau sangat sedap" kata Faye. Lalu muka dia berubah menjadi penat "Si Gopal tu minta kita orang buat cookies dan macaroon dalam kuantiti yang banyak! Penat aku! Penat aku jea, Yaya, Ying dan Bella pun penat buat permintaan dia. Nasiblah Emmy bagi kita orang pinjam makmal dapur dia, senang sikit buat kerja"

"Apasal korang layan sangat si Gopal tu. Suruhlah dia buat sendiri"

"Dia janji dengan kita orang akan dibayar gaji. Jadi kita orang setuju sahajalah. Ingatkan untuk hari ni sahaja tapi rupanya untuk esok sekali!" Muka Faye kelihatan marah. Dia seperti bayangkan diri dia sedang belasah Gopal "Seperti biasa, dia akan bayar gaji kita orang"

"Begitu rupanya" Fang angguk kepalanya "Kalau begitu, aku akan jadi manager kau! AKU AKAN PASTIKAN KAU DAN KAWAN-KAWAN AKAN DAPAT GAJI YANG SECUKUPNYA!"

Kening Faye terangkat sebelah. Dia fikir Fang buat lawak ketika itu. Lalu dia ketawa sedikit. Fang tidak rasa ianya adalah sesuatu yang lawak. Mungkin bagi Faye, ianya nampak kelakar kerana selama ini sepupunya sejenis tidak ambil kisah. Faye terus hentikan ketawa dia

"Kalau kau serius, kau cakap ajelah dekat Gopal tu untuk kita orang aje. Kata kami nak gaji tinggi! Kerana semua biskut yang dia nak, semua kami buat tanpa bantahan!" kata Faye

"Apasal korang tak cakap dekat dia sendiri? Bukan ke si Bella dan Yaya lagi garang daripada si Gopal pengecut tu"

"Eh, kata nak jadi manager kita orang. Apasal suruh Bella and Yaya pulak yang kena cakap dengan Gopal pulak?" Terus Fang tersengih sedikit. Kaki dia bergerak sedikit demi sedikit kearah tangga "Nak lari lah tu!"

"Err.. takpelah, aku jadi manager kepada Rizu jelah. Aku lari dulu!"

Fang terus lari ke biliknya sambil diperhatikan oleh sepupunya. Faye gelengkan kepala sahaja. Lalu dia terfikir, mungkin mereka perlu lebih tegas dengan Gopal. Tapi mereka memang tegas dekat Gopal tetapi disebabkan Gopal akan berikan upahan, mereka terus setuju. Adakah mereka hanya nampak duit sahaja dan terus setuju, Faye mula panik. Dia harus berbincang dengan kawan-kawan dia. Faye terus masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba nama dia dipanggil oleh sepupunya

"WEI FAYE!"

"Kau nak apa Fang?" Faye keluar balik dari biliknya. Fang berdiri di tangga dengan muka mencurigakan "Ada apa lagi yang kau tak puas hati? Or kau nak jadi manager aku balik?"

"Bukan" kata Fang. Tona suara dia agak serius "Aku nak tanya, kenapa si pelik tu tak tolong korang dengan biskut-biskut si Gopal tu? Aku sebagai manager korang, aku akan menghukum si pelik tu sebab ponteng!"

"Bukan ke kau cakap tadi KAU BUKAN MANAGER KITA ORANG KE?"

Fang terus lari masuk bila apabila Faye meninggikan suaranya. Faye tergelak seorang diri melihat sepupunya lari kelam-kabut masuk ke dalam bilik. Sebenarnya dia terfikir juga dengan soalan Fang tadi. Kawan baik dia iaitu Lily, sepatutnya datang dan menolong mereka menyiapkan biskut-biskut dan juga macaroon untuk Gopal. Akan tetapi, mereka kenal dengan perangai Lily. Sang pelik itu akan merayap ke tempat lain dahulu dan seterusnya dia akan lupa apabila berjumpa dengan Boboiboy. Jadi mereka terpaksa lupakan Lily dan siapkan kerja-kerja yang disuruh oleh Gopal

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal pagi lagi Fang sudah bangkit dari tidurnya. Dia mulakan harinya dengan kemaskan katil dan seterusnya, mandi. Badan dia kelihatan segar setelah dia selesai mandi. Sebaik sahaja dia membuka pintu, kedua-dua kucingnya iaitu Pikachu dan Shadow, sedang duduk menunggu tuannya. Mereka membuat bising kerana ingin makan

"Yea yea, aku tahu korang lapar. Jom ke dapur" Shadow gigit kaki Fang "Janganlah gigit kaki aku! Yea aku tahu, aku lambat bagi makanan"

Kedua-dua ekor kucing itu ikut Fang turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Dia berikan setiap kucingnya makanan biskut di dalam mangkuk masing-masing. Selepas itu, dia mula berfikir, sarapan pagi apa yang dia patut buat pada hari itu? Mungkin dia makan diluar sahaja? Tapi rasa bosan pula makan sorang-sorang dekat kedai, fikir Fang

"Kedai Tok Aba dah buka time sekarang ni. Bolehlah kot sarapan pagi dekat situ. Takdelah aku rasa seorang diri nanti" kata Fang

Dia terfikir, mungkin Boboiboy ada di kedai Tok Aba juga. Dia terdengar suara seseorang sedang masuk ke dalam rumahnya. Fang pergi mengintai untuk melihat siapa yang datang? Kerana suara itu bukanlah suara abangnya. Dia terus tersenyum kerana kehadiran Lynna dan juga Rizu. Mereka berdua sedang berborak sesuatu sambil menuju ke dapur. Di tangan kanan Lynna sedang memegang beg plastik penuh dengan makanan

"Kak Lynna datang sini nak sarapan pagi dengan abang ke?" soal Fang sambil tersengih-sengih kepada Lynna

"Memang nak breakfast dengan dia pun tapi abang kau dah pergi ke stesen TAPOPS" Mengeluh Lynna "Akak baru bawa nasi lemak dan kuih-muih untuk makan bersama" Dia angkat beg plastik itu untuk tunjuk kepada Fang

"Kakak Lynna jangan risau, biar Pizu dan abang Fang makan sama-sama dengan kakak Lynna!" Rizu tepuk-tepuk perut dia tanda lapar dan tidak sabar untuk menikmati nasi lemak itu

"Apalah abang ni, kak Lynna ajak dating makan nasi lemak, dia lari ke TAPOPS pulak" Fang mengeluh pula kali ini "Kenapa abang buat begini dekat kak Lynna? Kasihan dia tau"

"Eh, mana ada dating. Akak cuma nak breakfast dengan dia sahaja"

Kening sebelah terangkat sedikit sambil perhatikan riak wajah Lynna. Memang tiada perasaan malu atau pipi sang gadis itu bertukar merah. Fang fikir, mereka berdua anggap sebagai kawan baik sahaja tetapi belum sedar lagi tentang hati dan perasaan mereka. Fang angguk kepalanya sambil mengusap dagunya tanda setuju dengan pemikirannya sendiri. Rizu rasa pelik kelakuan abang angkatnya ketika itu. Lynna terus hidangkan nasi lemak tersebut. Selepas itu dia mengambil pinggan yang berada di dalam kabinet dapur. Sewaktu mereka sedang sibuk di dalam dapur, pintu rumah itu dibuka oleh seseorang

"KAI-KUN!"

Fang terus menepuk dahinya sendiri. Lynna terus menjenguk untuk melihat siapa yang datang? Seorang gadis yang dia belum lihat atau kenali, muncul di ruang tamu rumah itu. Sang gadis itu membawa beg plastik makanan sama seperti Lynna juga. Cuma makanan sahaja yang berlainan. Lynna rasa curiga, siapakah gadis itu?

"KAI-KUN!" Marin memanggil nama Kaizo lagi sekali "KAI-KUN! Marin datang nak breakfast dengan Kai-Kun!"

"Abang Fang, dia datang lagi" bisik Rizu

"Datang lagi? Siapa tu? Girlfriend baru Kaizo ke?" Mata Lynna memandang tajam ke arah gadis itu dengan penuh curiga "Adakah dia cuba hendak menambat hati Kaizo? Hehehe" Dia ketawa kecil disitu sambil memerhatikan gadis itu

Marin terpandang seseorang yang berada di dalam dapur. Mata mereka bertentangan. Marin rasa curiga sedikit. Siapakah gadis itu? Dia lajukan perjalanannya ke dapur. Selepas sahaja dia masuk ke dalam dapur, mata dia melihat Lynna dari bawah ke atas. Suasana menjadi tegang seketika. Fang dan Rizu sedang menjamah nasi lemak sambil menunggu drama di pagi hari. Marin melihat Lynna seperti ingin mencari gaduh. Manakala Lynna pula, dia tersengih sedikit

"Kau.." Marin masih lagi memerhatikan Lynna "Kau... adalah pembantu rumah ini!"

Fang terserdak. Rizu tersembur sisa-sisa nasinya. Lynna kerutkan dahi kerana memanggil diri dia sebagai pembantu rumah. Hati dia panas ketika itu. Dia seperti ingin tunjal-tunjal kepala sang gadis bernama Marin. Kemudian Marin berikan sesuatu kepada Lynna. Lalu dia berkata sesuatu

"Mulai hari ini, kau tak perlu datang ke sini lagi kerana aku akan jaga rumah ini dengan baik! DAN AKU AKAN BERSIHKAN RUMAH INI SUPAYA KELIHATAN CANTIK DAN KEMAS! Dan paling utama sekali, MENAWAN HATI KAIZO!" Mata Marin bersinar-sinar sambil fikirkan Kapten Kaizo

Lynna menarik nafas panjang untuk tenangkan diri. Dia terus tersenyum kecil sambil mengambil kad kredit dari tangan Marin. Dia dengan rela hati, terima sahaja tanpa berbalah dengan gadis itu

"Terima kasih Marin" kata Lynna sambil tersenyum lagi. Padahal hati masih panas "Saya akan gunakan kad kredit ini dengan sebaiknya"

"Sama-sama" Marin balas senyuman dia kepada Lynna. Lalu dia pandang ke arah Rizu "Kau mesti adik kepada dia kan. Bolehlah minta kakak kau beli mainan baru dekat kakak kau"

"TERIMA KASIH KAKAK LYNNA!" Tersenyum lebar Rizu

"Yea, sama-sama" Berkerut dahi Lynna. Lalu dia berpura-pura gembira "Baiklah cik Marin, terima kasih dengan pemberian ini. Saya akan undurkan diri. Jom Rizu, kita pergi SHOPPING!"

Marin tersenyum suka melihat Lynna melayan Rizu dengan baik. Hati dia berbunga-bunga meihat adik-beradik itu. Ianya terasa manis sekali dihati Marin sehingga membuatkan hati sang gadis itu tersentuh sedikit. Fang sedang menahan gelakan dia sambil menikmati nasi lemaknya. Lynna mengemas meja itu sebelum dia beredar tetapi Marin menyuruh mereka tinggalkan sahaja kerana dia akan kemaskan

"Eh, takpe ke?" soal Lynna

"Takpe" jawab Marin sambil tersenyum manis "Korang pergilah shopping"

"Err.. ok"

Lynna dengan senang hati, dia beredar dari situ dengan Rizu. Tanpa menoleh belakang, dia keluar dari rumah tersebut sambil fikirkan pusat beli-belah yang patut dia pergi. Rizu perhatikan sahaja reaksi Lynna ketika itu. Lalu dia gelengkan kepala. Ketika itu, Rizu fikir kak Lynna akan gunakan kad kredit sehingga habis dalam satu hari

"Kak Lynna tunggu! FANG NAK IKUT!" Dia sumbat semua nasi ke dalam mulut dan terus ikut Lynna

Marin terus kemaskan meja tersebut sambil bayangkan dirinya adalah isteri kepada Kapten Kaizo. Dia sudah mula berangan kehidupan mereka bersama. Alangkah bahagiannya jikalau impian dia termakbul. Dia ingatkan dirinya dia tidak boleh berputus asa. Dia akan berusaha untuk dapatkan Kapten Kaizo

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fang sudah keluar dari rumah awal pagi. Dia ingin lari dari rumah kerana Marin sudah buat rumah itu seperti rumah dia sendiri. Hati Fang bagaikan ingin marah abang dia kerana tidak halau gadis itu tetapi dia biarkan sahaja datang ke rumah setiap hari. Dia perlu buat sesuatu untuk buatkan Marin tidak kembali ke rumah itu buat selama-lamanya

"Aku ni jahat sangat ke?" bisik Fang. Lalu dia berkata lagi "Hahaha.. ala, orang dah cakap aku ni jahat dan tambah nakal, baik aku fikirkan sesuatu yang jahat dan juga nakal untuk halau si Marin tu! MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!"

"Kenapa abang Fang gelak macam orang ada idea nakal?"

Fang mula tersedar. Dia sudah berjalan jauh dari rumahnya dan kini dia berada di tepi taman permainan. Mata Fang terkebil-kebil melihat adik angkatnya memakai costume Pikachu sambil memegang sepanduk. Lalu mata dia memandang sesuatu yang berada di dalam taman permainan tersebut. Dia mula lupakan tentang Marin kerana ada sesuatu yang buatkan dia naik angin ketika itu iaitu Gopal. Ketika itu, Gopal sedang sibuk melayan pelanggan membeli makanan pencuci mulut yang tersedia diatas meja. Dia datang dekat untuk melepaskan geram tetapi selepas sahaja dia melihat pelanggan-pelanggan Gopal disitu, kebanyakkannya adalah gadis-gadis remaja, Fang terpaksa tunggu sehingga semuanya selesai. Agak lama Fang menunggu, dia sudah duduk diatas buai sambil perhatikan setiap seorang yang datang ke gerai kecil Gopal. Boleh dikatakan tiada remaja lelaki yang datang ke gerai Gopal. Rizu sibuk menarik orang yang lalu-lalang di situ untuk membeli pencuci-pencuci mulut di gerai Gopal. Makin lama, makin terlelap mata Fang kerana dia sudah bosan menunggu

"ABANG FANG! BANGUN!"

"HAH?!" Fang terkejut dan terus berdiri "Kenapa? Kenapa? Ada musuh datang menyerang ke?" Dia melihat kanan dan kirinya. Ternyata, tiada musuh yang menyerang Pulau Rintis ketika itu "Kenapa Rizu kejutkan abang?"

"Sebab Pizu dah selesai tolong abang Gopal" kata Rizu dengan senyuman comelnya

"Setia betul yea kau ni" kata Gopal secara tiba-tiba "Sanggup kau tunggu adik angkat kau sampai selesai kerja dia"

Fang mula teringat, dia berada di sini kerana ingin memarahi Gopal kerana mempergunakan kecomelan adik angkatnya. Reaksi wajah dia terus berubah menjadi bengis. Gopal menelan air liur kerana takut dengan wajah bengis Fang

"Ohh.. berani yea kau mempergunakan adik angkat aku!" Fang mula keluarkan kuasa bayangnya "Aku sebagai manager dia, kau tak beritahu aku pun. Kau main ambil aje dia. Sekarang ni aku nak kau bayar gaji Rizu!"

"ERK?!" Gopal mula berpeluh-peluh "Ta-tapi aku kena bayar gaji pembantu-pembantu aku. Kalau aku bayar gaji si Rizu, aku dapat sedikit ajelah"

"Jadi kau guna Rizu percuma ajelah?" Fang mula hendak keluarkan harimau bayang dia "Rizu ni bukan percuma! DIA HARUS DIBAYAR KERANA KECOMELAN DIA! KERAJINAN DIA! Dan dia juga adalah ADIK ANGKAT AKU! HAHAHAHAHA!"

"Ta-tapi.. Pizu tak minta abang Gopal bayar Pizu" kata Rizu dengan nada lemah "Pizu rasa kasihan dengan abang Gopal sebab buat kerja sorang-sorang. Jadi Pizu bantu abang Gopal dengan seikhlas hati!"

"Hah! Dia nak bantu aku dengan seikhlas hati. Takde minta bayaran pun" Gopal terus bagi senyuman sinis kepada Fang. Selepas itu buat drama sedih "Mungkin ini last day aku jual kerana Yaya, Ying, Bella dan Faye tak nak buat lagi dah dessert-dessert sedap"

Lalu Gopal duduk dibuai. Dia hayunkan kakinya dengan kepala dia tertunduk sedikit. Dia sebenarnya sedang cuba dapatkan belas kasihan dari Fang. Sang alien remaja itu perhatikan sahaja kawannya itu. Dia tahu ketika itu Gopal hanya berpura-pura sedih sahaja. Hati Fang tetap keras dan tidak termakan dengan kepura-puraan Gopal. Dia bukan seperti Rizu yang mudah simpati kepada orang lain

"Baguslah tu.." balas Fang tapi dia ada perasaan curiga sedikit terhadap Gopal. Lalu dia bertanya kepada kawannya "Wei, apasal kau tiba-tiba nak jual makanan? Kau tak cukup duit ke nak beli game baru?"

"Bukanlah" Gopal mengeluh sedikit "Aku jealous tengok popularity kau dan Boboiboy. Jadi aku fikir, kalau aku jual dessert-dessert sedap, mungkin aku boleh jadi popular juga tapi aku silap! Ianya perlukan tenaga dan kemahiran!"

"Bukan kau mahir ke bab-bab masak?"

"Takdelah Fang. Aku tahu sikit-sikit aje tapi kebanyakkannya masak kari! Hehehehee" Gopal tersengih sedikit "Takpelah, aku cari jalan untuk jadi popular seperti korang juga!"

"Teruskan bersemangat abang Gopal!"

Gopal mula fikirkan sesuatu. Dia tahu ianya agak risiko tetapi demi popularity, dia akan hadapi risiko itu. Fang boleh nampak riak wajah Gopal dengan idea baru tetapi dia hiraukan sahaja. Dia ingin lihat apa yang akan terjadi. Dia tahu, itu mesti idea buruk dan dia sendiri tidak sabar melihat Gopal kena hambat dengan para pelanggan setianya. Fang ketawa kecil sambil diperhatikan oleh Rizu

"Abang Fang ok ke?"

"Abang ok" kata Fang dengan suara serius "Jom Rizu, kita pergi makan ice cream"

"Aku nak ikut!"

"TAK BOLEH!" Keluar suara garang Fang

Gopal terus lari dari situ kerana takut kena belasah atau kena kejar dengan kuasa bayang dari remaja alien itu. Sebenarnya, beberapa hari kemudian, Gopal diserang oleh sekumpulan gadis remaja. Mereka kejar Gopal sekeliling sekolah. Masing-masing membawa penyapu, penyondok, mop lantai dan ada juga yang membawa kerusi. Mereka agak marah dengan Gopal kerana kesemua makanan yang dijual oleh sang hero itu, adalah makanan yang ditukarkan dari objek-objek yang tidak disangka-sangkan. Fang tidak mampu gelak ketawanya, dia terus ketawa besar disitu. Boboiboy sendiri tidak dapat leraikan keamukan para gadis tersebut. Begitulah kisah Gopal yang mahukan populariti

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi-pagi lagi Marin sudah tiba di rumah Kaizo. Semalam rumah itu kelihatan sunyi-sepi kerana Fang sudah keluar dari rumah awal pagi lagi, Faye lari ke rumah Bella dan Kaizo pula sudah pergi ke stesen TAPOPS. Jadi dia duduk di rumah itu seorang diri. Hari ini keadaan rumah agak berbeza dari semalam. Ianya kelihatan meriah dan bahagia. Ramai juga yang berada di dalam dapur itu, yang pasti, Kaizo ada di situ juga. Sang kapten itu sedang menjamu sarapan pagi sambil berborak mesra dengan seseorang. Marin berjalan ke arah dapur tetapi kaki dia tiba-tiba berhenti seketika. Orang yang Kaizo sedang berborak itu adalah Lynna. Memori dia terus teringat suatu ketika dia keluar berjalan-jalan ditepi pantai dan terserempak dengan mereka berdua sedang makan bersama sambil menikmati keindahan pantai. Air mata dia terkeluar secara tiba-tiba. Dia mula sedar bahawa gadis itu bukanlah pembantu rumah tetapi seseorang yang istimewa dihati Kaizo

"Aku patut keluar dari sini" bisik Marin sambil melangkah pergi

Ketika tangan dia hampir memulas tombol pintu, nama dia dia panggil oleh seseorang. Marin terus pusing kebelakang. Dia berpura-pura tersenyum di situ untuk menutup kesedihannya

"Eh, Ka-Kaizo" suara Marin agak gementar ketika itu

"Kau nak balik dah?"

"Yea" kata Marin sambil tersengih "Aku rasa.. ini kali terakhir aku ke sini" Dia mengesat air matanya sedikit "Habuk masuk mata aku pula" Lalu dia ketawa sedikit kerana mata dia tidak dimasuki habuk. Hati dia terluka sedikit tetapi dia perlu kuatkan diri. Dia tidak mahu tunjuk kesedihan dirinya kepada Kaizo

"Kenapa kau kata begitu?" soal Kaizo "Kau kan selalu datang sini dan kemas rumah ni sampai buat si Pang rasa resah sebab tak dapat nak kemas rumah"

"Hehe.." Marin tergelak sedikit "Sebab sudah masanya untuk aku undurkan diri. Lagipun kau nampak lebih ceria bila dia ada" Mata dia meluru ke arah Lynna "Sebelum aku pergi, pesan dekat Fang. Dia tidak perlu risau lagi, dia boleh kembali kemas rumah ini"

Lalu Marin melambai-lambai ke arah Kaizo dengan senyuman dia terakhir untuk Kaizo. Selepas itu, dia keluar dari rumah itu tanpa menoleh kebelakang. Dia pergi dalam keadaan sedih tetapi dia tetap senyum bersendirian. Beberapa tahun kemudian, Kaizo dapat tahu Marin berkhidmat dengan sebuah pasukan polis angkasa. Dia kelihatan lebih bahagian disitu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf sebab lambat update T_T

Jumpa lagi!

p/s - ending sebenar si Marin tu lebih tragic tapi... hehehe.. biarlah happy happy :P


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top