Memori Lama
Lily. Seorang gadis yang periang, peramah, berfikiran positif dan paling penting sekali ialah kepelikan dia yang sangat unik. Hari ini dia sangat gembira kerana kini dia berada di Pulau Rintis. Dia dalam perjalanan ke rumah Boboiboy. Sebungkus kerepek pisang dipeluk pada dadanya dan sebuah senyuman terukir pada bibirnya. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Boboiboy kerana dia adalah peminat nombor satu Boboiboy
"KAKAK LILY!"
Lily terkejut seketika. Lalu dia pusing kebelakang. Wajah dia makin ceria kerana di hadapan matanya adalah seorang budak kecil yang bernama Rizu. Dia adalah adik angkat kepada Fang
"MY LITTLE PENGUIN!" Lily berlari terus ke arah Rizu "Hehehe.. Rizu apa khabar? Mana abang landak?"
"Pizu khabar baik! Abang Fang ada dekat rumah. Abang Kaizo suruh dia kemaskan rumah" Mata Rizu terus melirik ke arah bungkusan kerepek pisang. Sebenarnya, di dalam hati dia, mahu makan kerepek pisang itu. Lalu dia berkata lagi "Abang Kaizo tak bagi dia main dengan Pizu selagi rumah tak kemas tapi yang sepahkan rumah, abang Kaizo yang buat. Kasihan abang Fang, dia yang kena kemaskan rumah"
"Isk isk isk.. apalah si Kapten Kaizo tu. Kasihan adik dia jadi mangsa buli" Lily gelengkan kepala "Kalau macam tu, Rizu main dengan kakak Lily ok!"
"WAH! KITA NAK MAIN APA?" Mata Rizu bersinar-sinar sambil melihat Lily "Kakak Lily nak bawa Pizu pergi taman permainan ke?"
"Hmmm... kakak Lily bawa Rizu ke rumah BOBOIBOY!" Lily terus memandang langit "Oh MY BBB-CHAN! Lily datang nak serahkan kerepek pisang ni dekat Boboiboy tapi Lily terpaksa tukar plan kerana Lily bawa Rizu. So kita main ambik Boboiboy, lepas tu kita pergi JALAN-JALAN!"
"YEAHHH!"
Lily dan Rizu berpegangan tangan sambil bernyanyi-nyanyi, menuju ke rumah Boboiboy dalam keadaan ceria
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang mengumpul kesemua majalah-majalah yang berselerak di bawah meja ruang tamu. Hati dia panas kerana abang dia. Rumah baru sahaja dikemas oleh Fang pada pagi tadi tetapi selepas sahaja beberapa jam, rumah itu kembali menjadi bersepah. Fang terfikir, apa abang dia buat sampai habis rumah bersepah? Adakah abang dia sedang jalankan latihan tempur di dalam rumah mereka? Fang hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"Reti sepahkan rumah tapi tak reti kemaskan balik" bisik Fang. Dia susun kesemua majalah tersebut di dalam meja television "Selamatlah aku ni jenis suka mengemas. Kalau aku pemalas macam dia, entah apa jadi dengan rumah ni"
"Apa yang kau merungut tu?" muncul suara Kaizo
"Takde apa" balas Fang
"Kau mengata aku ke?" Kaizo terus bersilang tangan
"Mana adalah abang" Fang susun cushion-cushion diatas sofa yang berselerak di atas lantai "Apa abang buat sampai rumah bersepah ni?"
"Kau kemas ajelah rumah. Tak payah nak soal aku sangat"
"Yelah abang" Fang menjelir lidahnya kepada Kaizo. Lalu dia berkata lagi "Agaknya, kalau abang dah kahwin nanti. Adakah abang akan menolong bakal isteri abang mengemas rumah?"
Kaizo berjalan ke arah adiknya. Lalu dia tepuk kepala adiknya dengan bantal
"ABANG! ADIK CUMA TANYA AJE!"
"Apasal kau tanya aku dengan soalan tu?"
"Saja" balas Fang
"Abang tak pernah fikirkan pasal kahwin. Kau jangan nak mengarut sangat" Kaizo duduk di atas sofa sambil melihat adiknya mengemas dvd-dvd yang berterabur di dalam laci meja television "Kau dari kecik sampai sekarang, tak pernah berubah"
"Hah? Maksud abang?" Fang melihat abangnya dengan perasaan pelik
"Maksud aku.." Kaizo menarik nafas dan lalu berkata "Kau semenjak kecil lagi, suka sangat mengemas sampai ibu puji kau"
"Be-betul ke abang? Adik tak ingat sangat masa adik kecil lagi" Nada Fang berubah menjadi sedih. Dia berhenti mengemas kerana terkenangkan tentang ibu dan ayahnya "Kalau ibu masih ada lagi, mesti dia bangga dengan adik"
"Ya, dia bangga dengan sifat kau yang sukakan kebersihan"
Fang tidak berkata apa. Hanya sebutir air mata yang menitis di atas lantai. Dia mahu mendengar kata-kata pujian dari ibunya tetapi apakah dayanya, ibu dan ayah dia sudah lama tiada. Mungkin dia boleh dapat bayangkan sebuah senyuman dari mereka. Itu sahaja dapat gembirakan hati walaupun sedikit. Kaizo melihat adiknya yang kelihatan sedih. Dia tidak sanggup melihat kesedihan di wajah adiknya
"Meh abang ceritakan sesuatu untuk kau" Kaizo cuba ceriakan adiknya
"Cerita apa?" Fang terus duduk di sebelah abangnya. Wajah sedih dia berubah menjadi ceria sedikit
"Cerita masa kau kecil dulu" Kaizo mula hendak berikan satu senyuman tetapi wajah dia berubah menjadi serius "Apasal kau duduk dekat sini. Pergilah sambung buat kerja kau"
"Kata nak cerita dekat adik!"
"Memang nak ceritakan dekat kau tapi sambil kau buat kerja tu, sambil tu kau dengarlah" Suara Kaizo agak tinggi ketika itu
"Cheh, tak guna punya abang"
Fang kembali sambung mengemas rumah. Kejap lagi dia perlu mengambil mop keluar dari dapur. Lalu Kaizo mulakan bercerita kisah Fang sewaktu dia kecil lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada ketika itu, Fang masih kecil. Walaupun dia masih kecil tetapi dia tersangat rajin mengemas rumah. Hari ini dia menyapu sampah di ruang tamu rumahnya. Dia kelihatan suka dan tidak berasa bosan. Ibunya, Keiko, sedang perhatikan anak kecilnya rajin mengemas ruang tamu. Lalu dia masuk ke dalam ruang tamu
"Rajinya anak ibu"
"Hehehe.. PANG RAJIN!" Jerit Fang dalam nada ceria "Pang bukan macam abang. Dia suka sepahkan bilik dia. Bila adik nak kemaskan bilik dia, mesti dia cakap, tak payah"
"Hmmm.. biarkanlah dia. Nanti ibu marah dia sebab bilik dia yang bersepah tu"
"YEAH! ABANG KENA MARAH DENGAN IBU! ABANG KENA MARAH DENGAN IBU!"
Kaizo muncul di ruang tamu sambil mencekak pinggang. Berkerut dahi dia. Keiko hanya ketawa kecil melihat gelagat anaknya
"Amboi! Suka betul kalau abang kena marah" kata Kaizo dengan nada garang dia
"Mestilah suka! Sebab abang mana pernah nak kemas bilik abang sendiri. Adik nak kemaskan tapi abang tak bagi sentuh barang abang" kata Fang sambil menuju batang penyapu kearah Kaizo. Lalu dia berkata lagi "Tengok bilik adik, sentiasa kemas dan bersih!"
"Suka hati akulah" bisik Kaizo
"Kamu berdua, jangan bergaduh" tegur Keiko
"Nanti ibu marah abangkan" Mata Fang sudah bersinar-sinar sambil melihat ibunya "Pang tak sabar nak tengok ibu marah abang!"
"Hehehe.." Keiko belai manja rambut Fang "Ibu hanya tegur dia sahaja. Nanti ibu suruh abang kamu benarkan adik kemas bilik dia. Kamu berdua kemas sama-sama ok"
"Betul ke ibu?"
"Betul anakku" balas Keiko. Lalu dia menuju ke arah Kaizo pula "Kaizo jangan nak buli adik kamu sangat. Dia masih kecil lagi"
"Yelah ibu" Padahal didalam hati Kaizo, dia memang teringin hendak buli adiknya sendiri "Kaizo akan cuba untuk mengawal diri untuk buli dia"
Keiko melihat anaknya. Dia sebenarnya tahu Kaizo akan tetap buli adiknya. Itu adalah salah satu kegemaran Kaizo iaitu membuli Fang. Walaupun Fang selalu dibuli tetapi Kaizo tidak pernah buli adiknya sendiri sampai tahap terlampau kejam sangat. Dia tetap sayangkan adiknya. Fang menarik tangan abangnya
"Kenapa? Kau nak bawa aku pergi mana?"
"Pang nak bawa abang masuk bilik abanglah!" kata Fang dengan penuh semangat "Pang nak abang kemas bilik abang dan adik akan pastikan bilik abang kemas dan BERSIH!"
Keiko ketawa kecil melihat gelagat anaknya. Kaizo mengalah, dia menurut perintah sangat. Dia dan adiknya naik ke atas. Fang mengheret sebatang penyapu semasa menaiki tangga. Semasa Fang berdiri di pintu bilik abangnya, dia mula gelengkan kepala
"Apalah abang ni, bilik bersepah! Mesti ibu dan ayah selalu marah abang sebab tak kemas bilik"
"Bilik abang kemaslah!" marah Kaizo sedikit
Fang pusing kebelakang untuk melihat abangnya. Muka berubah menjadi garang tetapi bagi Kaizo, ianya kelihatan comel. Lalu Fang berkata di dalam nada ala-ala garang comel
"Mana ada kemas! Baju tak tersusun dekat dalam almari! Semuanya tersidai dekat atas kerusi! Buku dekat rak pun, tak susun dengan teratur! Selimut abang tak lipat lagi. Ada kasut busuk bawah katil. Teddy bear adik, abang pergi gantung dekat tingkap!"
"Yelah yelah, abang pergilah kemas" Kaizo tolak adiknya ke tepi secara perlahan "Kau pergi main, biar abang buat kerja"
"Tak nak!"
Fang jalan masuk ke dalam bilik abangnya. Kaizo bersilang tangan sambil perhatikan apa yang adik dia ingin lakukan. Fang keluarkan buku-buku novel dari rak buku. Semuanya dikumpulkan di lantai. Bagi Kaizo, buku itu sudah tersusun di dalam rak tetapi bagi Fang, ianya tidak tersusun seperti mengikut saiz atau ketebalan buku tersebut. Kaizo biarkan sahaja adiknya mengemas bilik itu. Dia baring diatas katil sambil membaca buku novel kisah pembunuhan hantu. Mulut Fang masih lagi membebel tentang bilik abangnya
"Bila kau nak berhenti membebel ni?" soal Kaizo
"Hmmm... sampai adik siap kemaskan bilik abang" Fang masuk ke bawah katil abangnya sambil keluarkan barang-barang di bawah itu "Apalah abang simpan dekat bawah katil ni"
"Kuat membebel betul adik aku ni" bisik Kaizo "Semua benda dia nak kemas tapi kalau kenakalan dia, memang boleh naik angin aku"
"Apa abang cakap?"
Fang sudah keluar dari bawah katil abangnya. Dia tidak begitu dengar apa yang abang dia katakan tadi. Kaizo berpura-pura tidak dengar pertanyaan adiknya tadi. Dia kembali membaca novelnya. Fang keluar dari bilik itu untuk pergi mengambil plastik sampah. Kaizo rasa lega sedikit tetapi dia tahu, adik dia pasti akan kembali dengan bebelannya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jadi, adik memang seseorang yang rajinlah dulu!"
"Yea" jawab Kaizo "Kau tu terlampau rajin sangat"
"Tapi abang terlampau malas sangat... hahahahaha!" Fang ketawa sambil mengelap permukaan meja ruang tamu "Apa kata abang rajinkan diri dan tolong adik"
"Kalau aku tolong pun, nanti kau juga yang bising sebab tak bersihlah, bukan macam tu, kena macam ni lah"
Lalu Fang tersengih sedikit. Dia lap meja itu sepantas mungkin. Sebenarnya dia rasa malu sedikit sebab perangai dia yang suka mengemas. Semuanya harus dibersihkan secara teliti sehingga ianya betul-betul bersih
"Aku ada lagi cerita pasal kau kecik-kecik dulu" kata Kaizo secara tiba-tiba "Kau nak dengar tak?"
"Hmmm... cerita yang menarik ke?"
"Mestilah menarik" Kaizo mendongak sedikit. Dia seperti ingin ingat kembali kisah zaman dahulu "Aku rasa, kau memang tak ingat tentang ni"
"Hmm.. tentang apa?" Kepala Fang terangkat sedikit untuk melihat abangnya
Kaizo kelihatan serius tetapi pada masa yang sama, hati dia sedikit sedih. Lalu dia mula bercerita
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANG!"
Fang berlari ke arah abangnya yang baru pulang dari sekolah. Lalu dia peluk badan abangnya. Setiap kali Kaizo pulang dari sekolah, Fang akan peluk abangnya dan Kaizo akan membalas pelukan tersebut. Begitulah rutin mereka setiap hari. Ibu mereka tidak akan lepaskan peluang untuk melihat keakraban anak-anaknya. Kaizo masukkan tangannya ke dalam poket seluar dan keluarkan sebatang chocolate. Lalu dia berikan kepada Fang
"Untuk adik ke?" soal Fang. Tangan dia tidak begitu berani untuk mengambil chocolate tersebut
"Mestilah untuk adik. Abang yang belikan untuk adik"
"Betul ni?" Tangan Fang mula mencapai chocolate tersebut "Abang tak tipu adik kan?"
"Tak" kata Kaizo secara ikhlas
"YAHOOOO! TERIMA KASIH ABANG!"
Fang mengambil chocolate tersebut dan lalu dia larikan diri. Kaizo tergelak melihat adiknya lari keluar dari rumah dan duduk di tepi kolam renang. Fang membuka bungkusan chocolate itu secara pantas
"Ibu nampak, setiap hari mesti Kaizo belikan chocolate untuk adik. Sayang betul kamu dekat dia"
"Ala, Kaizo beli chocolate aje" Kaizo rasa malu sedikit "Lagipun Kaizo suka tengok adik tersenyum macam tu"
Mata Kaizo masih memerhatikan adiknya yang sedang menikmati chocolate itu. Fang begitu seronok sekali sambil bernyanyi lagu ciptaan dia sendiri. Dia merendamkan kedua-dua kakinya di dalam kolam renang. Lalu dia tendang-tendang air tersebut untuk menghasilkan percikan kecil
"Ibu pun" kata Keiko "Tapi kamu tu suka sangat buli dia. Sayang tapi suka buli dia. Tak faham betul ibu"
"Ala ibu, dia buat nakal dekat Kaizo boleh pulak"
"Hmmmm... kamu berdua ni sama sahaja" Keiko tersenyum kecil "Buli ke, gaduh ke, buat nakal ke tapi.. kamu berdua tetap sayang-menyayangi satu sama lain. Ibu berharap, hubungan kamu berdua kekal selama-lamanya"
"Jangan risaulah ibu, Kaizo tidak lupakan adik" Mata dia masih lagi melihat adiknya tetapi kali ini dengan satu senyuman " Kaizo sayangkan adik. Kaizo tak kan biarkan sesiapa cederakan dia"
Lalu Keiko berikan satu ciuman di dahi Kaizo. Dia percaya, Kaizo tidak akan abaikan adiknya ataupun lukakan hati adiknya. Sang remaja itu tiba-tiba mempunyai satu idea. Ingin membuatkan sesuatu untuk ibu dan ayahnya. Dia perlukan adiknya kerana dia tidak mahu idea ini dari dia sahaja. Lalu dia meminta diri untuk pergi ke tempat adiknya. Kaizo terus ke kolam renang. Dia duduk di sebelah Fang
"Abang! Chocolate adik sudah habis" Mulut Fang kelihatan comot "Esok Pang nak chocolate lagi boleh?"
"Boleh" kata Kaizo "Setiap hari abang belikan chocolate untuk adik tapi... esok abang rasa, kita belikan untuk ibu dan ayah pula"
"Untuk Pang takde?" Air muka Fang berubah menjadi sedih sedikit
"Ada tapi takkan untuk adik sahaja, untuk ibu dan ayah takde ke?"
"Hmmm.. ok! Pang pun nak belikan chocolate untuk ibu dan ayah juga"
"Ok, lepas sekolah abang bawa Pang pergi kedai chocolate ok. Pang pilih chocolate untuk ibu dan ayah"
Mata Fang terus bersinar-sinar. Dia suka dengan idea tersebut. Lalu dia tergelak kecil bersama dengan abangnya. Keiko yang berada di dalam rumah, perhatikan sahaja anak-anak dia. Apalah yang mereka sedang ketawakan itu? fikir Keiko sambil tersenyum kecil. Lalu dia kembali ke dapur
"Abang, tak boleh ke kita beli chocolate hari ni? Pang tak sabar nak bagi chocolate dekat ibu dan ayah"
"Boleh tapi kita kena minta kebenaran dari ibu dulu"
"Ok!" kata Fang "Tapi kita tak boleh beritahu dia orang, kemana kita pergi.. shhh.. ini rahsia"
Kaizo tersenyum kecil. Lalu dia mengusap kepala adiknya. Dia ikut sahaja permintaan adiknya. Pada petang itu, mereka bergerak ke kedai chocolate. Fang terlalu teruja sehingga dia tidak tahu chocolate mana dia harus berikan kepada ibu bapanya. Jikalau boleh, dia mahu beli kesemua chocolate yang ada di dalam kedai tersebut. Kaizo tersengih sahaja. Lalu dia membenarkan adiknya mengambil tiga chocolate sahaja. Salah satu chocolate itu adalah untuk Fang. Lagi dua, khas untuk kedua ibu bapa mereka. Mereka simpan chocolate tersebut untuk diberikan keesokan harinya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Tetapi malangnya.."
Kaizo terdiam. Mata dia mula berkaca. Fang memandang abangnya. Lalu dia faham. Fang terus berikan satu pelukan. Tangan Kaizo mula membalas pelukan adiknya. Chocolate itu tidak sempat hadiahkan kepada ibu bapa mereka. Kaizo selalu terbayangkan jikalau mereka terima hadiah chocolate tersebut. Dia terbayangkan sebuah senyuman terukir di wajah mereka. Tetapi malangnya, setiap kali dia bayangkan, hanya ada satu sinaran cahaya yang terang di wajah mereka. Dia tidak dapat melihat senyuman itu
"Abang.."
"Kau nak apa Pang"
Fang melihat abangnya. Lalu dia berikan satu senyuman kepada abangnya. Dia mahu beritahu kepada abangnya, jangan bersedihan. Hati dia turut rasa sedih juga tetapi dia tidak mahu tunjukkan kesedihan itu
"Abang jangan menangis ok"
"Bi-bila masa aku nak menangis pula" Kaizo bangun dan tolak adiknya ke tepi secara lembut "Sudah, abang nak pergi mandi"
"Bukan ke abang dah mandi tadi?"
"Salah ke kalau aku nak mandi dua kali?"
Fang hanya ketawa kecil sahaja. Kaizo tidak ketuk atau memarahi adiknya, dia hanya menuju ke tangga rumah. Dia naik ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam biliknya. Fang terbayangkan abang dia menangis di dalam bilik. Dia tersenyum lemah. Dia teringat balik kisah-kisah tadi dari abangnya. Dia agak sedih kerana tidak mengingati kisah-kisah itu. Air mata dia mula menitis. Alangkah indahnya jikalau dia ada kenang-kenangan lama bersama ibu bapanya
"Aku mahu merasai bagaimana bersama dengan mereka" bisik Fang "Aku mahu melihat senyuman mereka, gelak ketawa mereka, suara mereka, apatah lagi pelukan mesra dari mereka"
Dia tahu dia pernah berbual dengan ibu bapanya tetapi pada ketika itu, dia dan abangnya tercampak pada zaman silam mereka. Walaupun dia dapat berborak dengan mereka hanya seketika, ianya dapat merasai kebahagiaan itu. Dia mahu merasai perasaan itu lagi tetapi bagaimana? Basuh dia mula basah sedikit kerana air matanya yang tidak berhenti mengalir
Fang tidak kembali sambung bersihkan rumah itu. Dia tinggalkan rumah itu untuk bersendirian. Dia tidak mahu tunjukkan kesediahan itu kepada sesiapa termasuklah abang dia
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo melihat jam di dinding rumahnya. Hari sudah larut malam dan Fang masih belum pulang lagi. Pada mulanya, dia marah kerana rumah itu masih lagi bersepah. Tetapi lama-kelamaan, perasaan dia berubah menjadi risau. Dia cuba menghubungi adiknya tetapi panggilan itu tidak dijawab. Lalu Kaizo cuba menghubungi kawan-kawan adiknya
"Ya abang Kaizo" muncul Boboiboy di skrin kecil "Ada apa saya boleh bantu?"
"Kau ada nampak si Pang?"
"Maaf abang Kaizo, saya tak jumpa dia hari ni" jawab Boboiboy "Fang hilang ke?"
"Hmm.. itu aku tak pasti" Kaizo rasa dia perlu mencari adiknya di sekitar Pulau Rintis "Tapi kalau kau ada jumpa dia, hubungi aku secepat mungkin"
"Abang Kaizo nak saya bantu cari dia ke?"
"Tak perlu buat masa ini"
"Baiklah abang Kaizo"
Lalu Kaizo menutup skrin kecil itu. Dia terus bergegas keluar dari rumah tersebut. Mungkin Fang berada di rumah Rizu, fikir Kaizo. Itu permulaan Kaizo mencari Fang. Malangnya, adiknya tiada di rumah Rizu. Dia bernasib baik kerana bukan Rizu yang membuka pintu rumah itu tetapi ibu Rizu sendiri yang menjawab. Dia tidak mahu Rizu risau tentang kehilangan Fang. Ibu Rizu berjanji tidak akan memberitahu anaknya. Lalu Kaizo beredar dari situ. Hanya dia seorang sahaja yang berada di luar rumah. Kawasan perumahan itu dipenuhi dengan cahaya-cahaya terang dari lampu jalan. Gelak ketawa, bunyi bising dari television dan orang sedang berborak dari dalam rumah boleh didengari oleh Kaizo. Seterusnya, dia bergerak ke kedai Tok Aba. Setelah dia tiba di kedai tersebut, malangnya, adiknya tiada. Kedai Kokotiam sudah lama tutup. Kaizo tidak berputus asa. Kali ini, dia menuju ke bandar Pulau Rintis. Dia tidak pasti samada adiknya ada di bandar itu ataupun tiada
"Fang, mana kau ni" bisik Kaizo "Tak kan aku nak letak donut lobak merah dekat tengah jalan dan tunggu kau muncul"
Dia rasa idea itu tidaklah sehebat mana tetapi bagi dia, idea yang bagus. Mana pula dia nak cari donut lobak merah tengah malam begini? fikir Kaizo. Tiba-tiba dia teringat tentang donut yang dia dan adik dia selalu beli di planet lain. Mungkin adik dia pergi beli donut lobak merah di planet lain dan mungkin juga, dia terlampau penat sangat sebab makan terlampau banyak dan terus tidur di dalam kapal angkasa mereka. Kaizo dengan sepantas kilat dia menghubungi Lahap
"Kapten!" Muncul Lahap dengan mulutnya ada sisa-sisa biskut "Ke-kenapa kapten menghubungi saya?"
"Apahal mulut kau comot sangat tu?"
"Errr.. saya tengah makan, kapten" kata Lahap sambil tersengih
"Ohh..." Kaizo rasa pelik dengan Lahap kerana dia nampak seperti sedang menyembunyikan sesuatu "Pang ada dekat kapal angkasa ke?"
"Tiada kapten" jawab Lahap "Dia hilang ke kapten?"
"Hmmm... dia hilangkan diri. Entah kemana si budak Pang tu pergi. Baiklah, kau teruskanlah apa yang kau tengah lakukan sekarang ni. Aku nak sambung balik cari si Pang tu"
Kaizo terus tutup skrin kecil itu. Dia tidak mahu berputus asa. Lalu dia pergi ke kawsan pantai. Mungkin adiknya ada di situ. Setelah dia sampai di kawasan tepi pantai, Kaizo hanya nampak anak-anak muda sedang duduk di tepi pantai sambil berborak. Malam minggu kebiasaannya akan menjadi tempat anak-anak muda bersuka ria. Adiknya tiada di situ. Dia berjalan di persisiran pantai sambil matanya berliar mencari-cari adiknya. Kaizo tetap berjalan sehingga ke hujung pantai. Semakin lama, semakin sunyi dan semakin gelap. Mata dia terpandang sesuatu. Cahaya kecil sedang menyinari seseorang. Cahaya itu datang dari jam tangan anak muda itu. Kaizo yakin, itu adalah Fang
"Pang?" sahut Kaizo
Fang tidak memandang abangnya. Pemikiran dia sudah jauh melayang. Dia tidak sedar dengan kehadiran abangnya. Kaizo berjalan menuju ke arah adiknya. Hati dia berasa lega kerana dia sudah menjumpai adiknya. Dia tidak mahu memarahi adiknya. Sebaliknya, dia ingin tahu kenapa adiknya hilang begitu sahaja tanpa beritahu dia kemana dia pergi
"Pang.." Kaizo duduk di sebelah adiknya "Kenapa kau duduk dekat sini? Apa yang kau sedang fikirkan?"
"Abang" Suara Fang kelihatan sedih "Kenapa adik tak ingat semua kenangan-kenangan adik bersama ibu dan ayah? Kenapa? Adik cemburu bila abang ingat segalanya tapi.." Dia mengesat air matanya dengan jaket ungu kepunyaan dia "Tapi..."
Kaizo rasa serba salah ketika itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk tenangkan adiknya tetapi dia harus cuba. Sebelum dia berkata, Fang kembali berkata sesuatu
"Tapi adik cuma ingat, yang adik berada di dalam kapal angkasa. Adik membesar di dalam kapal angkasa abang" kata Fang. Suara dia berubah menjadi sayu. Di dalam hatinya ada perasaan geram "Setiap kali adik bertanya kepada abang, mana ibu dan ayah. Abang hanya diam sahaja. Bila adik tanya, bila kita boleh pulang? Abang mesti ubah topik atau jawapan abang, nanti kita akan balik sebab abang ada banyak sangat misi tapi... kita tidak pernah pulang. Setiap hari, adik terbayangkan bagaimana rupa rumah kita atau bagaimana rupa wajah ibu bapa kita. Setiap kali adik ingin bayangkan, semuanya samar-samar sahaja"
"Pang.." Kaizo diam sebentar. Dia cuba cari ayat-ayat untuk katakan kepada adiknya "Sebenarnya... pada ketika itu, abang rasa bersalah kerana tidak beritahu perkara yang sebenarnya" Lalu dia menarik nafas dan berkata lagi. Ketika itu, mata dia tidak memandang ke arah adiknya "Abang cuma takut kalau kau trauma atau menangis sepanjang masa kerana tidak dapat bertemu dengan mereka. Semasa serangan Ratu Lily, abang bersyukur kerana kau tidak perlu menyaksikan kejaman dia tapi.. abang..."
Fang terus pegang tangan abangnya. Dia tahu abang dia cuba bertahan dari menangis
"Abang tidak dapat lupakan saat-saat terakhir ibu dan ayah. Kalau kau masa itu, terjaga dari tidur, aku takut kau akan trauma tetapi.. mimpi ngeri aku menjadi kenyataan. Kau trauma kerana kehilangan mereka sehingga aku terpaksa kurungkan kau. Aku tidak tahu bagaimana hendak tenangkan kau atau hilangkan trauma kau"
"Tapi kak Lynna yang menyelamatkan adik ketika itu"
Lalu Kaizo palingkan mukanya ke arah Fang. Ada sedikit senyuman pada bibir adiknya
"Ya, dia yang selamatkan kau tapi.. jikalau bukan dari bantuan dia, aku tak tahu nak buat apa. Melihat diri kau terseksa, membuatkan diri aku juga terseksa"
"Kalau tanpa bantuan kak Lynna, apa yang abang akan lakukan?"
"Aku.." Kaizo menghela nafas dan lalu berkata "Aku akan bawa kau jauh dari bumi. Aku akan cari jalan untuk pulihkan kau. Kalau tiada pilihan lain, aku terpaksa lenyapkan memori itu dari diri kau"
Fang terdiam seketika. Dia faham kenapa abang dia akan buat begitu. Dia juga tidak mahu melihat dirinya terseksa. Lebih-lebih lagi orang dia sayang melihat diri di dalam keadaan trauma
"Abang, adik tak marah jika abang buat begitu"
"Betul ke kau tak marah? Bagaimana jika kau dapat tahu yang aku hilangkan memori kau, lepas tu kau mengamuk tak tentu pasal. Marah dekat abang sampai nak larikan diri"
Kepala Fang tertunduk sedikit. Dia tahu diri dia akan marah kepada abangnya. Dia juga tahu, dia tidak boleh mengawal kemarahan dia tetapi kalau itu adalah keputusan abangnya, dia perlu terima. Mungkin ada sebabnya abang dia buat begitu, fikir Fang
"Mungkin adik akan marah dan tidak faham kenapa abang buat begitu" Kepala Fang terangkat sedikit dan mata dia terus memandang wajah abangnya "Tapi lama-kelamaan adik akan faham"
"Bagus" kata Kaizo "Kalau kau nak tahu, aku bergaduh dengan Lynna sebab itu. Aku ketika itu membuat keputusan untuk hilangkan memori itu tetapi Lynna halang aku. Dia tidak bersetuju dengan cadangan aku. Akhirnya aku mengalah. Aku biarkan dia tenangkan pemikiran kau"
"Kak Lynna memang baik orangnya" kata Fang secara tiba-tiba "Abang bertuah dapat seorang kawan seperti dia. Lebih-lebih lagi seorang kawan yang mempunyai kuasa tersendiri"
Kaizo tersenyum sahaja. Jauh dihatinya, dia memang suka berkawan dengan Lynna. Dia tidak sangka dia dapat bertemu dengan seseorang yang sangat istimewa. Seseorang yang dapat temankan dia pergi pengembaraan, samada pengembaraan yang berbahaya ataupun pengembaraan yang seronok
"Ya, dia memang baik" Lalu Kaizo bangun dari tempat duduknya "Mari kita balik"
"Bagi adik 5 minit lagi, lepas tu kita balik"
Kaizo ikut sahaja kehendak adiknya. Lalu dia kembali duduk semula di tempat asalnya tadi. Mereka tidak berborak di situ. Mereka hanya menikmati keindahan laut dan juga bintang-bintang di langit
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top