Lynna
"Nama saya Rizu! Saya kini berada di rumah abang Fang dan juga abang Kaizo!"
Rizu meninjau-ninjau di persekitaran dalaman rumah Fang dan Kaizo. Kamera kecilnya merakam abang angkatnya sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Rizu bangga dengan abang angkatnya kerana bagi dia, diri Fang adalah seseorang yang bijak. Lalu Rizu duduk bersila di sebelah Fang
"Ini semua kerja sekolah abang Fang ke?"
"Ha ah" jawab Fang dengan matanya menumpu terhadap soalan matematik di buku latihan "Abang kena siapkan semua sebelum esok. Cikgu Papa boleh dikatakan setiap hari di bagi soalan susah-susah tapi selamatlah abang ni bijak.. hehehe.. bukan macam Gopal tu, entah faham ke tidak dengan soalan matematik ni"
"Hmm... tapi abang Fang boleh ajar dia kan"
"Boleh tapi itu pun kalau dia fahamlah. Kalau dia tak faham juga, abang belasah dia nanti"
Rizu hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Lalu dia berkata lagi di hadapan kamera kecilnya
"Itulah sikap abang Fang yang suka belasah orang. Pizu sebenarnya tak berapa suka bila abang Fang mengamuk. Kalau dia mengamuk, satu sekolah boleh meletup. Hari dia abang Fang mengamuk sebab ada orang curi-curi makan donut lobak dia. Lepas tu yang jadi mangsa mesti abang Gopal. Kasihan dia. Lepas tu pulak, abang Kaizo marah abang Fang sebab suka sangat mengamuk. Lepas tu dia orang bergaduh dan Pizu pula, Pizu tengok aje dia orang bergaduh. Dasyat dia orang bergaduh tapi lama-lama, dia orang berbaik semula.. hehehee... tapi Pizu cemburu sebab Pizu tiada adik beradik. Pizu nak juga merasa bagaimana ada abang atau kakak sendiri. Mesti seronok kan"
"Seronok tu seronok tapi kadang-kadang, boleh buat abang jadi stress!" Tiba-tiba Fang mencelah
"Kenapa pulak?"
"Sebab abang Kaizo tu, suka sangat bagi denda latihan tempur, cari pasal dengan abang, suka buli abang, suka arah abang buat itu ini dan dia pula, goyang kaki sambil korek hidung"
"APA KAU CAKAP?!"
Fang menoleh kebelakang sambil tersengih sedikit. Dia tidak sangka abang dia sudah pulang dari kapal angkasa. Muka bengis Kaizo membuatkan Fang rasa lemah seketika. Rizu merakam wajah bengis Kaizo. Dia rasa seperti dia menonton cerita seram
"Hehehe.. adik bergurau aje" Fang masih tersengih lagi "Abang janganlah marah adik"
"Nak marah tapi disebabkan aku tengah penat, jadi aku tak jadi nak marah kau"
Fang menghela nafas kerana nasib dia begitu baik sekali. Rizu ketawa kecil kerana suka melihat gelagat abang angkatnya. Kaizo mula memberikan renungan mautnya kepada adiknya. Fang terasa dirinya panas seperti ada api di sekeliling badannya. Dia sebenarnya takut melihat renungan itu, lebih-lebih lagi dengan mata abangnya berwarna merah
"Abang Kaizo! Janganlah marah abang Fang. Dia bergurau sahaja. Abang Kaizo gelaklah" Rizu berikan senyuman manis dia kepada Kaizo
Walaupun senyuman itu sangat comel tetapi Kaizo tetap ketatkan muka. Dia langsung tidak berikan satu gelakan kepada budak kecil itu. Senyuman Rizu mula berubah menjadi sedih. Air mata dia mula keluar sedikit tetapi, Rizu terpaksa tabahkan hati dan tahankan air matanya daripada keluar
"ABANG LAH NI! CUBA NAK BUAT RIZU MENANGIS!"
"Ma-mana ada" Kata Kaizo yang mula rasa cemas "Tengok abang tengah gelak ni.. hahahaha" Gelakan paksaan dari dirinya "Rizu jangan nak sedih, abang tahu si Pang tu bergurau sahaja" Padahal di dalam hatinya, mahu ketuk kepala adiknya
"Yelah tu" kata Fang "Abang baru pulang dari dating ke?"
"WUUUU! ABANG KAIZO PERGI DATING!" Mata Rizu terus bersinar-sinar "Bila Pizu dapat berjumpa dengan dia. Mesti orangnya cantik kan"
"Bila masa aku pergi dating?!" marah Kaizo "Korang berdua ni, aku dan dia hanyalah kawan sahaja. Tiada yang lebih-lebihnya"
"Ala abang ni, lama-lama nanti adalah lebih-lebihnya tu nanti" Fang buat muka comel kepada abangnya "Lagipun abang sentiasa nampak ceria bila dia datang ke Pulau Rintis.. hehehe"
"WUUUUUU! Abang Kaizo nampak ceria sebab dia! WAH!"
"Rizu, jangan percaya cakap si Pang tu" kata Kaizo
"Yelah tu abang.. hehehe" Fang tersenyum sinis kepada abangnya "Dia kan jarang datang sini tapi setiap kali kalau dia datang, muka abang berubah menjadi ceria! kalau Rizu nak tahu, pernah sekali si Kapten Kaizo ni, pulang dari festival apa tah. Dia bawa balik pau kacang merah"
"Lepas tu apa jadi abang Fang?"
"Lepas tu, abang ingatkan dia nak bagi pau tu tapi rupanya, dia tak bagi sebab pau kacang merah tu si dia bagi dekat abang Kaizo.. hehehehe"
"WUUUUUUU! ABANG KAIZO ADA HATI DEKAT DIA!" Mata Rizu makin membulat besar sambil memandang Kaizo "Pizu tak sabar nak jumpa dia! Apa nama dia yea?"
"Nama dia Lynna" jawab Fang
Kaizo pandang mereka berdua dengan pandangan sinisnya. Ada juga nak kena denda selepas ini, bisik di hati Kaizo. Dia bersilang tangan sambil mendengar perbualan dari mereka berdua
"Wah! Comel nama tu! Kakak Lynna tu cantik tak? Dia mesti baik orangnya"
"Dia memang baik!" Fang masih terkenang lagi perkara-perkara baik yang Lynna pernah bantu dia terutama sekali tentang trauma yang dia pernah hadapi sebelum ini "Rizu akan jatuh hati dekat kak Lynna nanti.. hehehe.. dia banyak bantu abang sebelum ni"
"Hmmm... tapi kenapa Pizu tak pernah jumpa dia. Hati Pizu rasa sedih pula"
"Mungkin kau tiada peluang untuk berjumpa dia" Tangan Kaizo mengusap kepala Rizu secara manja "Takpe, nanti aku suruh dia datang ke sini lagi dan kau boleh berkenalan dengan dia"
"Terima kasih abang Kaizo!" kata Rizu dengan penuh ceria "ABANG KAIZO IS THE BEST!"
Kaizo terasa bangga seketika kerana pujian dari Rizu tadi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi-pagi lagi kedai Tok Aba sudah dipenuhi dengan para pelanggan yang setia. Boboiboy dan Ochobot sibuk membantu Tok Aba. Jikalau terlampau ramai, Boboiboy akan berpecah kepada 7, agar mudah kerja mereka. Fang dan Rizu sudah pun berada di kedai Tok Aba. Mereka duduk kerusi kaunter sambil menikmati hidangan mereka. Pada hari itu, Kaizo telah berjanji dengan Rizu untuk membawa Lynna ke Pulau Rintis
"Tak sabarnya nak jumpa kak Lynna!" kata Rizu sambil mengunyah waffle chocolate
"Amboi Rizu, macam tak sabar berjumpa dengan puteri raja" kata Boboiboy sambil menuang air ke dalam gelas
"DIA PUTERI RAJA KE?!" Mata Rizu membulat besar kerana terkejut
"Mana adalah Rizu" Fang gelengkan kepalanya "Dia bukan seorang puteri pun.. hehehehe.. kak Lynna orang biasa sahaja.. hehehe" Sebenarnya Fang tahu Lynna bukan manusia biasa tetapi manusia yang mempunyai kuasa yang tersendiri
"Ohhh... tapi mesti dia terkejut kalau dia tahu abang Kaizo dan abang Fang tu alien"
"Ituuu... lain kali ajelah fikirkan" Fang tersengih sedikit kerana Lynna tahu diri mereka yang sebenarnya "Rizu makan ok"
"Ok"
Rizu kembali sambung makan dan tidak menyoalkan apa-apa lagi. Boboiboy dan Fang rasa lega seketika tetapi, mereka tidak tahu selama mana Rizu akan tahu kebenarannya. Fang tidak pernah cerita perkara yang sebenarnya kepada Rizu lagi tentang Lynna. Sementara ini, biarlah berahsia. Mungkin dalam masa terdengar rahsia itu akan terbongkar juga
"Kapten Kaizo dah sampai" kata Ochobot secara tiba-tiba "Dia dengan siapa tu?"
Rizu terus pusing kebelakang. Dia ternampak seorang remaja perempuan sedang menuju ke kedai Tok Aba. Di sebelah perempuan itu pula, adalah Kapten Kaizo. Perempuan itu kelihatan jauh lebih muda daripada Kaizo. Wajah dia kelihatan ceria, mata dia bersinar-sinar sambil memandang seseorang. Rizu tidak pasti siapakah orang itu. Di tangan kirinya pula, sedang memegang sebungkus kerepek pisang
"WAH! Itu ke kak Lynnna?"
Lalu Fang pusing kebelakang
"Bukanlah Rizu. Itu budak mana entah yang jalan sebelah abang Kaizo. Lagipun, budak tu nampak muda" kata Fang
Remaja perempuan itu bukan Lynna. Perempuan itu terus ke tempat duduk yang kosong sambil memerhatikan seseorang. Fang hiraukan sahaja. Mungkin peminat abang dia ataupun peminat Boboiboy. Mungkin peminat dia juga, fikir Fang. Lalu dia tergelak seorang diri
"Apasal kau gelak?" soal abangnya yang baru tiba di kedai itu
"Err.. takde apa abang" jawab Fang "Mana kak Lynna? Abang janji nak bawa dia"
"Abang Kaizo lupa janji Pizu ke?"
"Tak, abang tak lupa" Kaizo berikan sedikit senyuman kepada Rizu untuk pastikan sang budak kecil itu tidak menangis "Dia suruh datang ke sini dulu. Nanti dia sampai lah tu"
"Abang Kaizo macam nak bawa jumpa bakal isteri dekat sini aje.. hehehe"
Terus Kaizo memandang Boboiboy dengan renungan mautnya. Boboiboy tersengih dan meminta diri untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Ochobot tergelak melihat gelagat Boboiboy yang ketakutan dengan renungan Kaizo tadi. Selang beberapa minit kemudian, datang seorang perempuan dengan beg sandang berwarna oren. Dia melambai-lambai ke arah Boboiboy dan Ochobot
"Hah! Itu pun kak Lynna" kata Boboiboy
Rizu terus pusing kebelakang. Dia mengunyah makanannya sepantas mungkin. Dia tidak sabar untuk berkenalan dengan Lynna. Dua adik beradik alien itu, hanya makan sahaja dalam keadaan tenang. Fang asyik mengintai-intai abang dia makan. Dia boleh lihat Kaizo sedang mengawal bibirnya daripada tersenyum. Dia mahu tergelak sahaja tetapi dia tenangkan diri sambil menikmati chocolate pancake
"Hai semua!" Lynna tersenyum melihat Rizu sedang memandang dia dengan mata yang bersinar-sinar "Ini ke Rizu?"
"HA AH! INILAH RIZU! Tapi kakak Lynna boleh panggil saya Pizu! Hehehehehe... Wah! Kakak Lynna comel orangnya!"
Lynna tergelak melihat gelagat Rizu ketika itu. Dia rasa seperti ingin mencubit pipi Rizu kerana terlampau comel sangat. Kaizo pusing kebelakang. Mulut dia comot sedikit kerana ada kesan chocolate. Lynna tergelak kecil sambil mengelurkan sehelai tisu dari beg sandangnya. Lalu dia hulurkan tisu itu kepada Kaizo
"Kenapa?" soal Kaizo
"Ada chocolate dekat mulut abang Kaizo.. hehehehe" Rizu ketawa sedikit "Tapi abang Kaizo nampak comel!"
Kaizo mengambil tisu itu dari tangan Lynna. Lalu dia lap mulutnya secepat mungkin. Dia terasa agak malu sedikit
"Budak ni, semuanya comel" kata Fang "Kak Lynna, meh lah makan dengan kita orang. Abang yang belanja"
"Apasal aku pulak yang belanja?"
"Sebab adik takde duit.. MIAHAHAHAHAHAHA!" Fang ketawa sehingga Kaizo ketuk kepala adiknya "ABANG!"
Rizu dan Lynna ketawa sedikit. Karenah dua beradik itu terlalu mencuit hati tetapi ada kalanya, ianya membuatkan orang lain lari kerana takut jikalau tercentusnya peperangan besar di antara mereka berdua
"Boleh akak duduk sebelah Rizu?" tanya Lynna secara lemah-lembut
"Boleh boleh!" teruja Rizu "Kakak Lynna nak makan apa? Biar abang Kaizo yang belanja.. hehehe.. abang Kaizo tu baik. Dia ada juga belanja Pizu tapi dia kedekut dengan abang Fang. Kasihan abang Fang. Selalu tak dapat apa yang dia nak. Abang Fang tu suka sangat beli donut lobak merah. Boleh dikatakan setiap hari dia beli donut lobak merah. Kakak Lynna nak tahu tak, donut lobak merah paling sedap sekali adalah dekat sekolah rendah. Abang Fang selalu beli situ. Beli donut lobak merah dah habis aje, abang Fang rasa sedih tapi kalau dia tahu siapa beli donut yang terakhir, dia akan mengamuk. Hari tu dia mengamuk dekat abang Gopal sebab dia habiskan semua donut. Kasihan abang Gopal kena belasah dengan abang Fang..."
Lynna dengar sahaja celoteh Rizu yang panjang lebar itu. Dia asyik berikan satu senyuman kepada si kecil itu. Fang dan Kaizo sudah rasa mengantuk kerana tidak tahan dengan celoteh Rizu
"Kakak Lynna tak makan sekali ke? Waffle dekat sini sedap! Pizu selalu order chocolate waffle tapi kan, yang paling sedap sekali ialah ICE CHOCOLATE BLENDED SPECIAL TOK ABA! Sedap sangat! Abang Gopal selalu order air tu.. hehehe.."
"Errr.. kalau begitu, akak pun nak order ice chocolate blended special Tok Aba juga" Lynna tersengih. Mata dia terpandang Kaizo. Sang alien mahu tergelak di situ kerana terpaksa melayan celoteh Rizu "Akak selalu datang sini. Makan-makan sambil berborak dengan Kaizo"
"Ohhh..." Rizu hirup air chocolatenya sedikit "Kakak Lynna bercinta dengan abang Kaizo ke?"
Kapten Kaizo hampir tersedak. Dia cepat-cepat minum air chocolate adiknya. Fang ketawa terbahak-bahak sehinggga membuatkan kepala dia benjol sedikit akibat diketuk oleh Kaizo
"Mana adalah Rizu. Akak dan abang Kaizo hanyalah kawan sahaja" jelas Lynna
"Tapi lama-lama boleh jadi lebih daripada itu" Muka Lynna naik merah sedikit. Dia tersengih sahaja kepada Rizu. Lalu si kecil itu berkata lagi "Hehehe.. Pizu bergurau aje. Pizu cuma berharap kakak Lynna dan abang Kaizo kekal menjadi sahabat baik selama-lamanya! Lagipun Pizu tengok abang Kaizo tu macam takde kawan aje. Agaknya abang Kaizo ni susah nak cari kawan kot, sebab tu dia berkawan dengan kawan-kawan abang Fang kot.. hmmmm"
"Akak ni bukan kawan abang Kaizo ke?"
"Hehehe.. kak Lynna adalah kawan pertama abang Kaizo!" kata Rizu dengan cerianya "Tapi tak sangka kawan pertama abang Kaizo adalah seorang perempuan.. hehehe.. lawaklah abang Kaizo ni"
"Apasal? Tak boleh ke abang berkawan dengan perempuan?"
"Errmmm.. boleh abang Kaizo tapi.." Lalu Rizu diamkan diri
"Tapi apa?" Kaizo menunggu Rizu sambung berkata "Rizu?"
"Mungkin Rizu rasa pelik kenapa kau tak berkawan dengan lelaki?" Lynna tersenyum sedikit kepada Rizu "Jangan risaulah Rizu. Mungkin abang Kaizo belum jumpa lagi kot kawan lelaki dia tu.. hehehe"
"Ohhh... kasihan abang Kaizo, takde kawan lelaki" Rizu rasa simpati dengan Kaizo "Abang Kaizo jangan risau! Biar Pizu jadi kawan lelaki abang Kaizo!"
Manakala Kaizo pula, dia diamkan diri sahaja sambil menjamu selera. Fang tahu apa yang abang dia fikirkan ketika itu. Abang dia ada seorang kawan ketika dahulu tetapi persahabatan mereka tidak kekal lama. Mereka berdua bertukar menjadi musuh kerana tidak persefahaman. Semenjak itu, Kaizo agak sukar untuk mencari seorang kawan yang dia boleh percayai
"Kak Lynna tak nak pesan apa-apa ke?" Ochobot sudah bersiap sedia dengan buku nota dan juga pencil "Kalau takde, saya nak pergi ambil pesanan orang lain"
"Akak lupa pula nak pesan makanan" Lynna tersenyum kecil "Berikan akak chocolate waffle with ice cream vanilla"
"Wuuuuu... sedap tu kak Lynna" tiba-tiba Gopal muncul "Kalau kak Lynna nak lagi sedap, tambah chocolate syrup dekat ice cream tu, lepas tu minum air chocolate panas ataupun ice chocolate... ish, perut rasa laparlah pulak. OCHOBOT CHOCOLATE WAFFLE SATU LETAK ICE CREAM CHOCOLATE DENGAN CHOCOLATE SYRUP DAN ICE CHOCOLATE SATU!"
"Kau tiba-tiba ada dekat sini sebab terdengar abang aku nak belanja ke?"
"Mestilah!" Gopal tersenyum lebar ke arah Fang "Hehehe.. nikmat orang nak belanja, mestilah ambil peluang"
"Tapi.." Kaizo mula bersuara "BILA MASA PULAK AKU KENA BELANJA KAU!"
Gopal menggigil ketakutan dengan suara garang Kaizo. Suara Kaizo bergema satu taman sehingga membuatkan burung-burung di pokok berterbangan kerana terkejut. Para pelanggan di situ, memandang Kaizo sambil berbisik sesama sendiri. Tok Aba gelengkan sahaja kepala dia. Manakala Boboiboy pula, tersengih sambil minta maaf kepada para pelanggan kedai atuknya
"Kaizo, kalau yea pun.. janganlah tinggikan suara tu!" marah Lynna
"Hmmm.. peduli apa aku" kata Kaizo dengan egonya "Dia tu.." sambil tunjuk jari telunjuknya ke arah Gopal "asyik minta belanja aku. Bila nak guna duit sendiri, entahlah"
"Betul tu abang! Si Gopal tu, asyik guna duit untuk beli game aje. Itu ajelah kerja dia" Fang jadi batu api
"Abang Fang ni, janganlah cakap macam tu. Kasihan tau abang Gopal"
Gopal tunjuk muka sedihnya kepada Rizu dan juga Lynna. Walaupun ianya comel, tetapi Fang dan Kaizo tidak akan termakan dengan muka sedih itu. Lynna rasa kasihan dengan Gopal. Lalu dia mengambil keputusan untuk belanja Gopal
"Gopal duduk dan order apa sahaja yang Gopal mahukan" kata Lynna
Hati Gopal terus berbunga-bunga. Dia sangat teruja kerana ini pertama kalinya dia dibelanja oleh Lynna. Gopal sedikit lagi ingin menangis di situ. Ochobot terus berikan sehelai tisu kepada Gopal. Tangan Gopal menerima tisu itu dan lalu dia menghembus air hidungnya. Tok Aba gelengkan kepalanya tanpa berkata apa. Gopal dengan bangganya, dia pesan sahaja makanan yang dia mahu. Walaupun ianya agak banyak, Lynna tidak membantah. Dia hanya tersenyum sahaja
"Kakak Lynna ni baik. Kalau abang Kaizo, dia kedekut, bak kata abang Fang"
"Erk! Rizu! Jangan cakap kuat-kuat" bisik Fang
"Kau kata aku kedekut?" Kaizo berikan renungan dia kepada Fang dan lalu menjerit "GOPAL!"
"YEA KAPTEN KAIZO!"
Terkejut Gopal dengan jeritan Kaizo tadi. Fang pula, rasa pelik. Kenapa dia jerit nama Gopal, bukan nama Pang? fikir Fang. Lalu Kaizo berkata lagi
"Kau order apa yang kau nak, biar aku belanja"
"Eh?! Be-betul ke ni Kapten Kaizo?" Gopal masih lagi tidak percaya
"Abang aku ni demam ke?" pelik Fang. Diri dia rasa ingin ketuk kepala abangnya dengan kuali "Abang rasa tergugat ke bila Rizu cakap yang abang ni kedekut"
"Tak" Kaizo tidak mahu mengaku "Lagipun aku rasa kasihan melihat Gopal apabila aku tak belanja dia makan. Jadi aku dengan murah hati, aku belanja dia tapi hari ini sahaja" Dia terus merenung tajam ke arah Gopal
"Te-terima kasih Kapten Ka-Kaizo" Gopal menelan ludah
Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Gopal memandang Kaizo dan selepas itu, dia terus melihat menu-menu yang ada di kedai itu. Di dalam pemikiran dia, adakah dia patut memesan makanan yang banyak ataupun sedikit. Adakah dia patut pesan makanan yang murah ataupun yang paling mahal? Dahi dia mula berpeluh kerana keliru. Dia tidak tahu apa yang dia patut buat apa ketika itu. Dia hampir hendak pengsan di situ. Muka dia kelihatan pucat sedikit. Ochobot dengan pantasnya, dia berikan segelas air kepada Gopal
"Kasihan kau" kata Ochobot
"Kasihan aku.. takut pula kalau aku order yang paling mahal atapun aku order terlampau banyak sangat. Kau tahu ajelah si Kapten Kaizo tu garang nak mampus!"
"Bukan ke abang Kaizo kata order apa sahaja yang abang Gopal nak" kata Rizu
"Tahu Rizu, abang tahu" Gopal mula pasrah "Tapi.. kalau abang tersilap langkah, abang boleh dikatakan kena hukuman latihan tempur tahap dasyat" Tiba-tiba sahaja dia menangis
Mereka biarkan sahaja Gopal menangis seorang diri sehinggalah makanan dia sampai. Ochobot hidangkan makanan kegemaran dia di hadapan Gopal. Tangisan tadi terus terhenti. Tanpa membuang masa, dia terus menjamu selera tanpa hiraukan orang lain
"Kelakar betul si Gopal ni.. hehehe" kata Lynna sambil keluarkan sesuatu dari beg sandangnya
"Kakak Lynna ada hadiah untuk Pizu ke?"
"Eh.. mana adalah Rizu" jawab Lynna. Dia rasa bersalah pula kerana tidak belikan sesuatu untuk Rizu "Tapi.. kalau akak datang ke sini lagi, akak bagi kamu hadiah ok"
Kaizo ingin kata sesuatu kepada Lynna tetapi dia tahan bibirnya. Dia takut jikalau kata-kata buatkan Rizu tersinggung dan lebih teruk lagi, dia buat budak kecil itu menangis. Lynna keluarkan sebiji botol kecil dan lalu dia letak botol itu diatas meja. Dia kembali sambung mencari sesuatu didalam begnya. Rizu memandang botol kecil itu dengan perasaan curiga. Lalu dia mengambil botol tersebut
"Botol apa ni kak Lynna?" soal Rizu
Si kecil itu mencapai botol tersebut. Belum sempat Lynna berkata, Rizu membuka penutup botol itu. Lalu asap-asap hitam keluar dari mulut botol tersebut. Rizu terkejut. Botol itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke tanah. Muka Lynna berubah menjadi pucat
"Lynna, apa benda tu?" soal Kaizo
"Kakak Lynna, apa benda tu? Pizu ta-takut" Badan Rizu menggigil ketakutan "Kak Lynna bela hantu ke?"
Lynna menghela nafas. Dia terpaksa jelaskan kepada Rizu apa yang berlaku dan apakah di dalam botol itu tadi. Tangan Lynna cuba memeluk Rizu tetapi si kecil itu, menolak pelukan itu kerana takut
"Rizu?! Kenapa buat begitu dekat kak Lynna?" marah Fang
"Rizu, biar akak jelaskan" Lynna tidak begitu kecil hati dengan tolakan Rizu sebentar tadi "Sebenarnya, sebelum akak sampai ke sini, akak ada hal penting perlu lakukan. Akak dan rakan-rakan akak pergi menangkap makhluk jahat. Ianya adalah entiti yang jahat. Dia boleh menyamar menjadi sesiapa pun, terutama sekali kanak-kanak seperti Rizu"
"Lynna!" Kaizo tinggikan suara "Kau jangan nak takutkan si Rizu"
"Maaf Kaizo. Aku tiada niat untuk takutkan dia" Lynna rasa serba salah "Aku cuma ingin jelaskan kepada dia"
"Ja-jadi.. hantu tu jahat ke?" Rizu masih menggigil lagi "Ha-hantu ma-makan budak-budak ke?"
"Tak" Lynna mengetap bibir sambil melihat wajah Rizu yang innocent itu "Rizu hanya patut berhati-hati sahaja tapi Rizu jangan risau, abang Fang dan abang Kaizo akan jaga kamu dengan baik"
"Kalau dia tak makan budak-budak? DIA CULIK BUDAK-BUDAK KE?"
Mata Rizu membulat besar. Semua memandang Gopal, terutama sekali Kaizo. Renungan Kaizo sangat tajam dan menakutkan. Gopal menelan ludah dan terus lari dari situ kerana takut dengan renungan Kaizo sebentar tadi. Rizu mulai menangis. Lynna terpaksa pujuk sang anak kecil itu
"Rizu jangan menangis. Akak akan melindungi Rizu"
Akhirnya, Rizu terima pelukan Lynna tadi. Fang menjadi risau. Dia takut kalau entiti jahat itu cuba huru-harakan Pulau Rintis. Dia dan Kaizo memandang satu sama lain. Kedua-dua mereka mempunyai pemikiran yang sama. Mereka perlu tangkap entiti jahat itu sebelum keadaan menjadi teruk
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah kawasan perumahan Pulau Rintis, seorang gadis bertudung pink sedang berjalan sambil membawa sebuah bakul. Di dalam bakul itu terdapat pelbagai bentuk biskut. Dia tersenyum sahaja sepanjang perjalanan dia sehinggalah seseorang memanggil namanya
"YAYA!"
Gadis bertudung pink itu berhenti dan pusing kebelakang
"YAYA!" Ying berlari ke arah kawan baiknya "Aku dari tadi cari kau"
"Kau cari aku?"
"Yelah Yaya" Ying terus memegang lengan kawan baiknya "Jomlah! Mama aku ada buat kuih special yang kau suka tu. Jom jom!"
"OK!" kata Yaya "Tak sabarnya aku nak makan kuih special tu!"
"Hehehe.. mama aku ada buat banyak maaa.. kau boleh bawa balik nanti!"
Mereka gelak ketawa di situ. Lalu mereka kembali berjalan menuju ke rumah Ying. Tanpa pengetahuan Ying, sebenarnya itu bukanlah kawan baik dia. Itu adalah enitit jahat yang baru dilepaskan sebentar tadi. Yaya yang sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dengan bakul biskutnya
to be continued...
-------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top