Lupa

"Kapten Kaizo, macam mana keadaan sekarang?"

"Kita sudah berada jauh daripada kawasan musuh, Kommander Kokoci"

"Bagus. Aku nak kau pulang ke stesen TAPOPS sekarang. Aku mahu tahu kesemua data yang kau sudah kumpul"

"Baik"

"Kaizo, hati-hati semasa perjalanan pulang"

"Baik Kommander.. eh..."

"Kenapa Kaizo?"

"KAPAL ANGKASA KAMI DISERANG! MEREKA SUDAH MENJUMPAI KAMI! LAHAP! LAJUKAN KAPAL ANGKASA INI!"

"KAIZO?!"

"KOMMANDER, SAYAP KAPAL ANGKASA... ARGHHHHHHHH!"

"KAIZO?! KAIZO?"

Talian mereka telah terputus. Kommander Kokoci terpaksa menghantar orang untuk selamatkan Kapten Kaizo dan Lahap

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo membuka matanya sedikit demi sedikit. Penglihatan dia agak kabur. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang ini. Lalu dia bangunkan dirinya sedikit demi sedikit. Badan dan kepala dia terasa sakit. Tiba-tiba ada seseorang sedang menolak dia kembali baring diatas katil. Dia tidak pasti siapakah orang itu

"Badan awak masih lemah. Awak perlukan berehat"

Suara itu agak lembut. Ianya seperti suara seorang gadis. Kini muka dia di lap sedikit dengan kain basah. Dia cuba katakan sesuatu tetapi mulut dia tertutup rapat. Tekak dia terasa kering

"Kakak! Sup dah siap!"

Datang satu lagi suara. Gadis tadi tinggalkan Kaizo sebentar. Selepas itu dia kembali dengan semangkuk sup. Penglihatan Kaizo sudah pulih sepenuhnya. Ternyata dia berada di dalam sebuah rumah kecil. Rumah itu tidak mempunyai bilik. Hanya mempunyai sebuah ruang tamu dan juga dapur. Katil yang dia baring sekarang ini, berada di tepi ruang tamu. Gadis itu tadi duduk di atas kerusi sambil memegang mangkuk sup

"Awak sudah lapar? Mari aku suapkan" kata gadis itu

"Aku.. ak.." Kaizo batuk sedikit

"Awak ok?"

Gadis itu letak mangkuk sup itu di atas meja dan terus mencapai segelas air. Kaizo bangun sedikit. Gadis itu meneguk sedikit air ke dalam mulut Kaizo. Sang kapten itu rasa lega apabila tekak dia dibasahi oleh air. Lalu gadis itu kembali letakkan gelas tersebut. Dia tersenyum melihat Kaizo

"Aku berada dimana ni?" soal Kaizo sambil memicit kepalanya sedikit

"Awak berada di rumah saya" kata gadis itu. Lalu dia memperkenalkan diri dia "Nama saya Rona dan itu adik saya, nama dia Dona. Awak pula? Apa nama awak?"

"Aku.." Kaizo terus terdiam. Dia seperti lupa nama sendiri. Bukan itu sahaja, malah dia sendiri tidak tahu siapakah diri dia sebenar "Siapa aku?"

"Awak tak ingat?"

"Tak" kata Kaizo "Apa yang berlaku kepada diri aku sebelum ini?"

Rona tidak tahu bagaimana hendak menolong sang kapten itu. Dia bukanlah seorang doktor. Dia hanyalah orang biasa sahaja. Apa yang dia patut buat? Mungkin dia benarkan orang itu tinggal di rumah dia buat sementara, fikir Rona. Mungkin sedikit demi sedikit memori orang itu akan kembali, fikir dia lagi

"Sebenarnya saya dan adik saya yang jumpa awak" kata Rona secara jujur "Awak kelihatan dalam kesakitan. Awak ada cedera parah dekat bahagian badan awak. Jadi saya dan adik saya jaga awak hinggalah awak bangun"

"Sudah berapa hari aku tidak sedarkan diri?"

"Dua hari" kata Rona sambil tersenyum "Awak boleh tinggal di sini sementara"

"Tapi kalau bagaimana kalau aku tak ingat apa-apa sampai bila-bila"

"Kalau macam tu, awak boleh tinggal di sini selama-lamanya. Awak jangan risau, kami di sini baik-baik sahaja" kata Rona. Lalu dia teringat sesuatu "Oh yea.. saya patut pulangkan barang awak. Mungkin dengan barang peribadi awak, dapat ingatkan diri awak sedikit"

Rona terus ke almari kepunyaan dia. Pintu almari itu dibuka. Lalu dia keluarkan sebuah jam, helmet dan jaket kepunyaan Kaizo. Dia berikan kepada ketiga-tiga object itu kepada Kaizo. Mata sang kapten itu melihat ketiga-tiga object tersebut. Dia cuba kembalikan ingatan dia tetapi semuanya kosong

"Awak ada ingat apa-apa?"

Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja. Dia memakai jam tangan emas itu. Entah kenapa jam tangan itu sangat berharga pada diri dia. Lalu dia memakai jaket birunya. Helmet itu, dia tenung dengan lamanya. Adakah dia seorang pemandu kapal angkasa mewah untuk seseorang sebelum ini? Kepala terasa sakit apabila memikirkannya. Lalu dia letak tepi helmet tersebut

"Awak rehatlah dulu" kata Rona "Saya perlu sambung kerja. Kalau awak nak apa-apa, cari sahaja saya diluar"

Rona pergi tinggalkan Kaizo keseorangan di dalam rumah itu. Kaizo tidak rasa seperti ingin baring di atas katil sepanjang masa. Dia keluar dari katil tersebut. Walaupun badan dia terasa sakit tetapi dia tetap mahu bangun. Dia menuju ke pintu rumah tersebut. Dia melihat permandangan luar rumah itu. Hanya ada kawasan lapang. Ada sebuah perigi besar terletak jauh dari rumah itu. Beberapa potongan kayu tersusun cantik di hadapan rumah. Rona sedang sibuk memotong kayu dengan kapak. Dona pula, dia sedang menanam sesuatu di bahagian tepi rumah. Dia melihat rumah itu, ianya kelihatan kecil tetapi dia terasa kebahagian dua beradik itu

"Eh, awak tak nak rehatkan diri?" kata Rona sambil mengesat peluhnya di dahi

"Aku tak terasa nak baring" jawab Kaizo "Boleh aku bantu kau dengan kayu-kayu tu?"

"Eh takpe.. awak rehat ajelah. Saya boleh potong kayu-kayu ni"

Kaizo berjalan menuju ke Rona. Dia pegang kapak itu dari tangan sang gadis tersebut. Tanpa berkata apa, Rona lepaskan kapak tersebut. Lalu dia beredar sedikit dan melihat Kaizo memotong kayu-kayu itu. Rona tersenyum sedikit. Dia rasa teruja melihat kegagahan Kaizo memotong kayu itu terbelah kepada dua

"Kau nak buat apa dengan kayu-kayu ni semua?"

"Untuk masak"

"Hah? Kau nak masak kayu?"

"Hehehehe.." Rona rasa agak lucu sedikit "Bukanlah. Saya guna kayu-kayu tu semua sebab nak buat api supaya saya boleh masak makanan sedap-sedap. Bukan itu sahaja, api-api itu nanti boleh panaskan badan pada waktu malam nanti. Jadi kita perlukan kayu"

"Rumah ni memang tiada elektrik?"

"Memang tiada" kata Rona dengan nada kesedihan "Rumah kami agak jauh dari bandar. Memang jarang nampak orang sampai ke sini. Saya dan adik saya, rasa terpinggir dari mereka tetapi kami redha sahaja. Nak ke bandar memang jauh, jadi kami bina hidup kami di sini tanpa mereka"

"Berapa jauh dari sini ke bandar?"

"Agak jauh" jawab Rona "Makan masa dalam 3 jam macam tu. Kami tiada kemudahan untuk ke sana tapi kadang-kadang tu, kami terpaksa jalan kaki ke bandar untuk dapatkan barang keperluaan"

"Kalau begitu, biar aku bantu" kata Kaizo dengan penuh ikhlas "Aku berhutang budi dengan kamu berdua. Jadi aku sanggup jalan ke sana untuk dapatkan bekalan"

Rona tersenyum malu. Dia rasa pemuda itu seseorang yang baik hati, penyayang dan mudah bermesra. Mungkin itu tanggapan dia sahaja, fikir Rona. Dia tidak tahu diri Kaizo yang sebenarnya. Dia harap, jika ingatan Kaizo sudah pulih, ianya tetap seseorang yang sama. Lalu Rona ketawa sedikit

"Kenapa kau ketawa? Ada sesuatu yang kelakar ke?"

"Bukanlah" kata Rona "Cuma, hari ini kami tidak perlu ke bandar. Esok awak boleh ikut saya ke sana. Hari ini cuma kutip hasil tanaman dan esoknya, kami akan jual di bandar"

"Marilah tolong saya" Tiba-tiba muncul Dona dengan sebuah bakul rotan "Kakak saya boleh potong kayu-kayu tu dan awak pula, boleh bantu saya kutip semua hasil tanaman kami"

Kaizo tidak membantah. Dia letak kapak yang ada ditangannya, di atas tanah. Lalu dia mengambil bakul rotan itu dari tangan Dona. Dia terus mengikuti Dona ke kebun mereka yang ada di tepi rumah. Pelbagai jenis sayur-sayuran mereka tanam. Ada sawi, bayam, kacang botol, terung dan bermacam-macam lagi. Kebun kecil itu dijaga dengan elok dan sempurna. Walaupun hasil jualan mereka tidaklah seberapa, mereka tetap bersyukur. Mereka akan gunakan duit hasil jual itu dengan membeli barang-barang yang mereka memerlukan sahaja. Jikalau ada duit lebih, Rona akan berikan kepada Dona. Duit lebih itu, Dona kumpul kerana dia ingin membeli alat-alat melukis. Dia ada bakat dalam melukis. Impian Dona adalah ingin menjadi pelukis terkenal dan membeli sebuah rumah yang selesa untuk mereka tinggal

"Abang memang tak ingat nama sendiri?"

"Tak" kata Kaizo "Kau panggil ajelah dengan nama yang sesuai dan aku terima sahaja"

"Kalau macam tuuu... saya panggil abang.." Dona melihat Kaizo dari atas ke bawah "Hmm... nama apa yea yang sesuai? Abang Kassim?"

Kaizo tergelak dengan panggilan abang Kassim tetapi dia rasa suka pula dengan nama itu

"Jadi, boleh lah panggil abang Kassim?"

"Bolehlah" kata Kaizo "Asalkan aku ada nama"

Dona ketawa kecil. Lalu dia mengajar Kaizo cara mengutip sayur-sayuran di kebun itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang dalam perjalanan pulang ke rumah. Hari ini adalah hari sangat memenatkan kerana dia banyak aktiviti dia perlu lakukan di sekolah. Dia tidak sabar untuk baring diatas katil dan tidur. Apa yang paling penting sekali, abang dia tiada di rumah dan TIADA GANGGUAN! Fang tersenyum suka. Dia akan mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa dia untuk buat nakal sebanyak mana yang dia mampu. Lalu dia teringat pesan dari abangnya iaitu jangan buat nakal semasa abang tiada. Fang bersilang tangan dan fikirkan benda lain selain buat nakal

"Tapi.." Kali ini dia tersenyum sinis pula "Abang aku bukannya tahu pun kalau aku buat nakal..." Lalu dia terfikirkan tentang kawan-kawan dia "Tapi.. mesti kawan aku pergi buat report dekat abang aku apa yang aku buat" Senyum sinis dia terus hilang "Hilang terus mood aku!"

Entah berapa lama abang dia jalankan misi. Mungkin lama, mungkin sekejap sahaja ataupun mungkin selama-lamanya. Mata Fang membulat besar. Dia tidak mahu abang dia jalankan misi selama-lamanya. Boleh jadi gila kalau abang dia tidak balik. Apa-apa pun, dia akan tahu jika abang dia dalam bahaya ataupun tidak kerana setiap hari Kommander Kokoci akan maklumkan kepada dia. Tiba-tiba dia terkenang balik sehari sebelum abang dia jalankan misi. Mereka ketika itu berada di sebuah pusat hiburan yang ada di tengah bandar Kuala Lumpur

"Abang! Apa kata abang dan kak Lynna pergi ambik gambar sama-sama dekat photobooth tu"

Fang tunjuk ke arah sebuah kotak putih besar. Sesiapa sahaja boleh mengambil gambar di dalam kotak itu. Kain langsir menjadi pintu masuk ke dalam kotak tersebut. Di bahagian tepi langsir itu ada sebuah skrin besar. Mereka boleh menghiasi gambar-gambar mereka dengan pelbagai corak sebelum dicetak

"Apasal aku nak bergambar dengan Lynna pula?"

"Abang ni.." Fang gelengkan kepala. Lalu dia berikan penjelasan kepada abangnya "Abang sebelum ni tak pernah bergambar dengan kak Lynna kan? Jadi ini adalah peluang abang untuk bergambar dengan dia! Ianya sebagai kenangan korang berdua. Manalah tahu lepas ni abang dan kak Lynna tak berjumpa dah.. betul tak? Nanti semuanya tinggal kenangan sahaja. Lepas tu, takde gambar sama-sama.. betul tak?"

Berkerut dahi Kaizo

"Fang ni.. hehehe... dalam phone akak ada aje gambar kita orang berdua, banyak pula tu tapi semuanya gambar Kaizo tak senyum. Asyik serius aje" kata Lynna "Seronok juga kalau dapat bergambar dalam photobooth tu. Aku tak pernah try lagi"

"Kau jelah yang pergi" kata Kaizo

"Isk abang ni! Tak baik tau suruh kak Lynna tangkap gambar sorang-sorang.. abang ni macam takde life. Tengok adik, kehidupan adik lagi ceria, lagi best, lagi mantap, lagi popular daripada yang dulu, sebelum adik tinggal di bumi. Yelah, masa adik dengan abang.. adik pun takde life gak. Asyik latihan tempur, misi, latihan tempur, misi.. itu aje. Adik dulu-dulu ajak abang main, tapi abang asyik sibuk sepanjang masa. Abang tak rasa kasihan ke dekat adik?"

Berkerut dahi Kaizo. Tangan dia terasa gatal nak ketuk kepala adiknya

"Membebel pulak budak ni" bisik Kaizo "Dulu kau sebelum aku hantar ke bumi untuk jalankan misi, aku suruh kau belajar kehidupan dia orang kan. Itu pun salah satu kehidupan kau jugakan"

"Ala, asyik belajar aje. Sampai bumi pun kena belajar juga tapi seronok belajar dengan kawan-kawan. Lagi seronok belajar dengan mereka daripada bersendirian. Boleh gelak ketawa dengan mereka! DAN ADIK DAPAT MENIKMATI ZAMAN REMAJA! ADIK BELAJAR SEGALA-GALANYA DARI MEREKA! Jadi abang pun kena jadi macam adik, biar kehidupan kita ni ada makna daripada tiada makna langsung. Adik bersyukur bila abang ada kawan baik tapi adik tak sangka, kawan baik abang adalah seorang gadis! Kak Lynna ajarlah dia tentang kehidupan"

"Yelah yelah, aku pergilah tangkap gambar dekat situ" Kaizo terus masuk ke dalam photobooth itu "LYNNA! JOM TANGKAP GAMBAR SEBELUM SI PANG NI MEMBEBEL LAGI!"

Fang dan Lynna ketawa kecil melihat gelagat Kaizo. Lalu sang gadis itu selak sedikit langsir itu dan lalu dia masuk ke dalam booth tersebut. Fang tersenyum suka sambil bayangkan, posisi apa abang dia sedang lakukan di dalam booth itu. Tak mungkin dia akan senyum, fikir Fang. Mungkin semuanya posisi yang sama dan kak Lynna seorang sahaja dalam pelbagai posisi, fikir Fang lagi. Kaizo dan Lynna sudah pun selesai menangkap gambar. Skrin putih itu terus tunjukkan gambar-gambar mereka berdua. Tekaan Fang memang sangat tepat. Abang dia dalam posisi menegak dan dalam keadaan serius. Lynna sahaja yang kelihatan gembira di dalam gambar itu

"Abang ni" Fang menpuk dahinya

"Hmm.. takpelah Fang" kata Lynna "Asalkan dia sanggup buat demi adik dia berhenti membebel"

"Kak Lynna!" marah Fang tetapi kemarahan dia sekejap sahaja "Tapi... kenapalah gambar abang macam askar. Berdiri tegak aje"

"Kenapa? Tak boleh ke? Salah ke?"

"Tak salah pun" Fang malas hendak melayan abangnya "Sudahlah abang, adik nak pergi makan dekat kedai paling famous tu!"

Kaizo diam sahaja kerana malas nak berbalah balik dengan adiknya. Dia terus pergi berdiri di tepi Lynna. Dia perhatikan sahaja Lynna menghiasi gambar mereka dengan corak-corak comel. Dia berkerut dahi apabila melihat wajah dia dihiasi dengan topi dan misai. Lynna ketawa kecil melihat muka Kaizo yang tidak berpuas hati. Fang sudah pergi kedai makan kerana perut dia sudah lapar. Dia hanya tunggu mereka di kedai itu sahaja. Kedai tersebut agak popular dengan makanan melayu. Kedai itu juga jual pelbagai jenis kuih. Semuanya kelihatan sedap. Lynna sudah siap menghiasi gambar mereka. Lalu dia mencetak gambar-gambar tersebut. Lynna mengambil gambar-gambar itu apabila sudah siap dicetak. Sambil dia membelek-belek gambar tersebut, mereka menuju kedai makanan

"OK tak gambar tu?" soal Kaizo sambil duduk di sebelah Fang

"Terlampau ok sangat! Comel gambar kau walaupun nampak serius" Lynna tunjuk semua gambar-gambar tersebut kepada Kaizo "Kau suka tak?"

Kaizo hanya pandang sekejap sahaja. Lalu dia sebut "Tak" Lynna agak kecewa sedikit tetapi dia tidak akan tunjukkan perasaan sedihnya. Dia tetap berikan satu senyuman kecil kepada Kaizo. Gambar-gambar itu dicapai oleh Fang kerana dia mahu melihatnya

"Wah! Comel lah! Apalah abang ni, cakap tak comel pulak"

"Kalau kau suka, kau ajelah yang simpan"

Mata Fang terus bersinar-sinar. Lynna memberi kebenaran kepada Fang untuk mengambil salah satu gambar tersebut. Fang membelek-belek gambar tersebut. Dia mahu pilih gambar dia paling comel sekali. Kaizo tidak berkata apa. Dia terus mengambil menu untuk memilih makanan mana yang dia mahu. Mengikut selera dia sekarang ini, Kaizo ingin sahaja menghentam adiknya tetapi dia tenangkan dirinya

"Ok! Fang pilih yang ni!"

Fang tunjuk gambar itu dihadapan mata Kaizo. Gambar itu agak lucu dan comel kerana Kaizo dihiasi dengan cekak bunga dan pada kedua pipinya seperti ada blush warna pink. Kaizo berkerut dahi. Lynna ketawa kecil melihat riak wajah Kaizo yang ingin marah tetapi dalam tahap sabar dan tenang

Fang suka pada ketika itu kerana dia dapat menyakat abangnya. Kenangan itu tidak dapat dilupakan olehnya. Semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba muncul Kommander Kokoci dalam keadaan serius. Fang rasa tidak sedap hati

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Kaizo bangun dari tidur sebelum matahari naik. Rona memberitahu dia, bahawa mereka perlu bergerak awal untuk pergi ke bandar. Perjalanan mereka ke bandar agak lama tetapi Rona dan Dona tidak pernah merungut. Mereka lebih suka berjalan kaki pada awal pagi kerana sejuk dan badan mereka terasa segar. Hari ini Dona tidak mengikut kakaknya ke bandar kerana Kaizo akan temankan kakaknya menjual hasil sayur-sayuran di bandar

"Nah kakak" Dona menghulurkan sebuah bekas kecil kepada kakaknya "Adik sudah sedia makanan kakak"

"Terima kasih Dona" kata Rona sambil membalas dengan satu senyuman "Untuk abang Kassim takde ke?"

"Mestilah ada!"

Dona menghulurkan juga bekas kecil kepada Kaizo. Sang kapten itu menerima bekas itu dengan hati yang ikhlas. Lalu dia membuka sedikit. Ada dua ketul gumpalan nasi berbentuk spera di dalam bekas itu

"Maaf sebab makanan biasa sahaja" Kepala Dona tertunduk sedikit kerana malu "Kami tidak mempunyai duit untuk membeli makanan yang lazat-lazat"

"Takpe" kata Kaizo "Makanan ini tetap nampak sedap"

"Dona selalu buat nasi dengan inti ikan atau ayam di dalamnya. Kadang-kala dia letak sayur tapi hari ini tak tahulah dapat apa" kata Rona "Dia suka buat kejutan tapi makanan dia tidak pernah mengecewakan"

Dona tersenyum malu. Kakak dia tidak pernah puji makanan dia seperti itu. Dia terasa bangga sedikit. Selepas itu Rona dan Kaizo berangkat pergi ke bandar. Dona tinggal seorang diri di rumah. Sebenarnya dia menyimpan satu rahsia. Dona pergi ke peti simpan dia yang tersembunyi di belakang almari. Dia keluarkan peti kecil itu. Peti itu dikunci oleh dia sendiri. Lalu dia membuka peti tersebut. Dia rasa bersalah kerana tidak berikan kad ID Kapten Kaizo sebagai anggota TAPOPS kepada kakaknya. Dia tahu orang yang bernama Kassim itu adalah Kapten Kaizo. Dia pernah dengar nama Kaizo tetapi dia tidak tahu bagaimana rupa sebenar Kapten Kaizo. Dia tidak tahu kenapa dia perlu sembunyikan ID itu daripada kakaknya. Mungkin dia mahu Kaizo tinggal di situ selama-lamanya. Dia takut jika ingatan Kaizo sudah pulih, dia akan tinggalkan mereka dan lupakan mereka di planet ini

"Maafkan adik.. adik sembunyikan identiti Kapten Kaizo yang sebenarnya" bisik Dona "Harap kakak faham kenapa adik buat begini"

Dona menyimpan balik kad ID itu di dalam peti tersebut. Lalu dia sambung buat kerja. Dia perlu selesaikan semua sebelum kakaknya pulang ke rumah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang berdiri di tepi tingkap stesen TAPOPS. Selepas sahaja dia mendapat berita buruk dari Kommander Kokochi tentang abangnya, Fang terus bersendirian. Dia melihat luar tingkap sambil fikirkan nasib abangnya. Kommander Kokoci hanya dapat selamatkan Lahap. Sang alien itu terapung di angkasa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Entah bagaimana dia boleh hidup lagi dekat ruang angkasa tu. Ini adalah misteri

"Abang dekat mana sekarang ni?" bisik Fang

Tiba-tiba bahu Fang di pegang oleh seseorang. Dia menoleh sedikit. Dia tidak terkejut melihat kehadiran Boboiboy dan rakan-rakan dia yang lain. Semuanya dalam keadaan sedih. Mereka semua ingin membantu Fang mencari Kapten Kaizo. Mereka juga anggap Kapten Kaizo seperti abang mereka sendiri

"Fang" panggil Boboiboy "Biar kami bantu kau cari abang Kaizo"

"Ha ah Fang, sama-sama kita berusaha cari abang kau" kata Yaya "Aku pasti, abang kau dalam keadaan selamat"

"Kau pasti ke?" Mata Fang memandang tepat ke arah Yaya "Bagaimana kalau dia bukan dalam keadaan selamat? Bagaimana kalau kita jumpa dia tetapi abang aku dalam keadaan yang sangat menyeksakan? Aku tak nak melihat diri aku berakhir dengan tangisan ataupun kecewa kerana berharapkan dia dalam keadaan selamat tetapi sebaliknya"

"Kita semua tidak tahu keadaan abang kau sekarang tetapi aku tak naklah kau fikirkan yang bukan-bukan" kata Boboiboy

"Yolah.. kita semua berdoa agar dia dalam keadaan selamat maa. Tiada siapa yang mahu melihat abang Kaizo terseksa" ujar Ying "Lu pun jangan nak marah-marah. Lu patut tenang dan jangan terlampau ikut emosi"

Fang patut dengar kata mereka. Kalau dia terlampau emosi, mungkin dia bertindak lebih ganas. Jadi dia tarik nafas dan tenangkan pemikiran. Dia bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang baik. Mereka sentiasa ada jika dia bermasalah

"Errr.. korang tak risaukan pasal Lahap juga ke?" tiba-tiba Gopal berkata. Lalu mereka ketawa kecil "Kasihan Lahap, tiada siapa risaukan tentang dia"

"Mestilah risaukan tentang dia juga" kata Fang. Kali ini dia lebih tenang dan ceria sedikit "Tapi..." Mata dia melirik ke arah seseorang yang sedang tersenyum lebar "APASAL SI PELIK NI ADA DEKAT SINI?"

"Kenapa? Tak boleh ke dia ada dekat sini?" kata Bella dengan nada garang

"Kau pun ada dekat sini juga?" Fang kelihatan marah dengan kehadiran Bella dan Lily "Korang mana boleh ikut. Kalau apa-apa terjadi dekat korang, siapa yang nak bertanggungjawab nanti? Aku juga yang kena. Faye aku fahamlah kenapa dia ikut sebab dia sepupu aku"

"Jangan risaulah pretty boy. Kita orang boleh bantu korang tapi kalau ada musuh serang, Faye boleh bawa larikan kita orang ke tempat selamat. Unless Kommander Kokoci nak bagi kuasa or senjata dekat kita orang"

Mata Fang melirik ke arah Lily. Kalau diberikan kuasa atau senjata kepada Lily, mungkin menjadi lebih parah, fikir Fang. Dia rasa pelik, kawan-kawan dia yang lain tidak membantah pula. Mereka hanya tersenyum sahaja. Senyuman itu bukanlah senyuman paksaan tetapi ianya lebih kepada senyuman ikhlas

"Apasal dengan korang" Fang pandang satu per satu kawan-kawan dia "Si Bella ada ugut korang ke?"

"Bukanlah Fang" kata Boboiboy "Lagipun, kita perlukan lebih ramai lagi untuk mencari abang kau. Manalah tahu salah satu daripada mereka jumpa abang kau. Jadi kau janganlah marah-marah"

"Hmmm... yelah. Apa-apa hal terjadi, korang uruskan yea. Jangan salahkan aku kalau apa-apa terjadi dekat dia orang"

"Don't worry, Faye akan jaga mereka!" kata Faye dengan penuh ceria

"Kita jangan lengahkan masa lagi. Tadi Kommander ada beritahu kemungkinan abang kau terhempas di sebuah planet yang berdekatan. Mari kita kumpul semua data-data dari Kommander" kata Boboiboy secara tenang

Fang dan rakan-rakan dia terus ke bilik kawalan untuk dapatkan data-data lebih terperinci. Dia yakin, mereka akan jumpa Kapten Kaizo dalam keadaan selamat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo dan Rona sudah pulang dari bandar. Hasil yang mereka dapat hari ini adalah sangat mengejutkan. Rona tidak pernah melihat sayur-sayuran habis dijual. Mungkin kerana ada seorang pemuda kacak menjual sayur-sayuran itu. Rona ketawa kecil sambil memikirkan ketika mereka di bandar. Kebanyakkan pembeli mereka adalah gadis-gadis muda. Boleh dikatakan mereka tertarik dengan kekacakan Kaizo. Selepas itu, mereka membeli barang-barang dengan hasil jualan sayur-sayuran tadi. Sebelum ini, jualan dia agak lembab dan adakalanya, hanya seorang atau dua orang sahaja yang membeli. Dia tidak akan mengeluh dan teruskan sahaja menjual

"ADIK! TENGOK APA AKAK BELI HARI NI!"

Rona tidak sabar untuk memberi kepada adiknya sekotak water color. Harga dia sedikit mahal tetapi ianya berbaloi untuk hadiahkan kepada adiknya. Rona masuk ke dalam rumah. Sunyi tetapi ada kesan seperti ada sesuatu mencerobohi rumah dia. Katil kelihatan tidak terurus, kaki kerusi patah sebelah dan meja rumah mereka tunggang terbalik. Lantai rumah itu bersepah dengan barang-barang rumah

"DONA! DONA!"

Jerit Rona sambil mencari adiknya. Lalu dia keluar dari rumahnya. Dia pergi ke kebun kecilnya. Dona tiada di situ

"DONAAAA!" Rona kelihatan panik

"Rona! Kenapa dengan Dona?"

Rona terduduk di tengah-tengah kebunnya. Dia menangis dan menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia dapat rasakan bahawa adiknya telah diculik tetapi siapa yang culik Dona? Mereka tiada wang ataupun harta pustaka yang berharga

"Do-do.. na..." Rona tidak dapat menahan kesedihannya. Tangisan dia semakin kuat "Dia.. dia.. kena culik"

Tak mungkin Dona kena culik, fikir Kaizo. Dia tidak percaya Dona diculik. Lalu dia bergegas masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi. Mata dia berliar melihat keadaan di dalam rumah itu. Dia seperti ingin mencari sesuatu yang menunjukkan Dona tidak diculik. Mungkin ada binatang buas cuba menyerang dia? fikir Kaizo. Atau mungkin Dona mencari sesuatu tetapi terlupa hendak kemas? Tiba-tiba dia terdengar sesuatu datang dari luar rumah. Ianya bunyi bising seperti ada seseorang menjerit. Nama dia dipanggil oleh Rona. Panggilan itu seperti Rona di dalam keadaan berbahaya. Dia berlari keluar. Dia terkejut melihat Rona dipegang oleh beberapa orang lelaki berjaket hitam

"Jadi betullah Kapten Kaizo ada di sini" kata seorang lelaki bertopi hitam, berjaket hitam, berkasut hitam dan berkaca mata hitam

"Kapten Kaizo?" bisik Rona "Jadi Kassim adalah Kapten Kaizo?"

"Kapten Kaizo?" Kaizo seperti pernah dengar nama itu "Kau silap orang.. aku Kassim bukan Kapten Kaizo"

"Kau tak perlu nak berpura-pura Kaizo. Aku tahu kau adalah Kapten Kaizo" kata lelaki itu "Tapi mungkin kau lupa ingatan.." Lalu dia tersenyum sinis "Tak mengapa jika kau tak ingat. Aku akan memperkenalkan diri aku. Nama aku adalah Yamada. Aku adalah mafia dekat angkasa ini dan kau adalah musuh aku kerana kau selalu menghalang segala kerja kotor aku"

"Jadi? Kau nak tangkap aku ke?"

"Bukan Kaizo.. bukan" Yamada ketawa sedikit "Aku nak melihat kau sengsara. Aku nak melihat kau bergelut untuk selamatkan kawan-kawan kau. Apa nama mereka? Rona dan Dona? Itu nama mereka kan"

"Pulangkan mereka berdua!" kata Kaizo sambil menggenggamkan kedua-dua tangannya

"Aku boleh pulangkan mereka tapi ada syaratnya. Aku nak jam kuasa kau tu" Mata Yamada terus melihat jam di tangan kanan Kaizo "Aku nak jam kuasa kau tu dan kawan-kawan kau akan selamat. Jika tidak, ucapkan selamat tinggalkan kepada mereka"

"Jangan berikan apa yang mereka nak!" jerit Rona "Kau ingat balik diri kau adalah Kap-" Mulut dia terus ditekup oleh salah seorang lelaki itu. Dia bergelut untuk habiskan ayat dia

"Jika kau mahu mereka selamat, datang ke gudang ini"

Yamada balik sekeping kad ke arah Kaizo. Kad itu terkena dada Kaizo, lalu ianya jatuh di bawah. Yamada mengarah kuncu-kuncunya beredar. Mereka menaiki sebuah kereta terbang dan terus tinggalkan Kaizo. Sang kapten itu mengambil kad tersebut. Dia harus selamatkan mereka. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu tadi mahukan jam tangannya. Mungkin jam tangan itu mempunyai kuasa atau ianya sangat berharga. Kaizo memegang jam tangannya dan kaki dia mula melangkah ke depan. Dia sudah membuat keputusan, dia akan selamatkan mereka

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo menolak pintu gudang itu ke tepi. Di dalam gudang itu kelihatan sunyi. Hanya ada sebuah meja dan 4 buah kerusi di tengah-tengah gudang tersebut. Dia masuk ke dalam gudang itu. Dia melihat kiri dan kanannya untuk pastikan semuanya selamat. Kenapa seperti tiada orang di dalam gudang ini? Kaizo seperti dia ditipu oleh Yamada

"MANA KAU SEMBUNYIKAN MEREKA?"

Tiba-tiba lampu-lampu di dalam gudang itu bercahaya. Yamada bertepuk tangan sambil berjalan menuju ke arah Kaizo. Dia tersenyum sinis tetapi senyuman itu tidak membuatkan Kaizo teruja. Dia marah dan geram kepada Yamada. Dia tidak tahu apa yang Yamada mahukan dari dia tapi yang pasti, dia mahu dua beradik itu dapat selamatkan. Dia serahkan jam kuasanya demi adik beradik itu. Dia berhutang budi kepada mereka. Dia tidak akan tinggalkan mereka begitu sahaja

"Mana Rona dan Dona?" soal Kaizo dalam nada marah

"Sabar sabar.. mereka tiada di sini"

"Tapi aku datang ke sini untuk selamatkan mereka!"

"Yea, aku tahu" Yamada ketawa sinis "Tapi aku tak cakap mereka ada di sini"

"Jadi, kau suruh aku datang ke sini untuk apa? UNTUK BERLAWAN DENGAN KAU?" Kaizo sudah hilang sabar. Dia tidak sabar untuk kalahkan Yamada "Aku sudah bersedia untuk berlawan dengan kau"

"Walaupun kau hilang ingatan tapi semangat Kapten Kaizo masih ada di dalam diri kau" Yamada masih lagi tersenyum sinis "Tapi malangnya aku ajak kau ke sini bukan untuk berlawan. Aku tak naklah ada kesan darah dekat suit aku yang mahal ni. Aku hanya mahu bermain sebuah game dengan kau sahaja"

"Game?" Kaizo mula keliru

"Yea, sebuah game yang senang dan mudah untuk kau faham" Yamada mengajak Kaizo ke tempat mereka akan bermain. Dia menarik keluar sebuah kerusi dari meja itu "Game ini akan menentukan samada kawan kau akan selamat ataupun tidak. Jika kau menang, kawan kau selamat dan aku tak perlu serahkan jam kuasa kau tetapi, kalau kau kalah. Selamat tinggal kepada mereka dan juga jam kuasa itu"

Hanya perlu main game sahaja? fikir Kaizo. Dia angguk kepalanya sebagai tanda setuju. Dia hanya perlu menang sahaja. Jauh dihatinya, dia takut jikalau dia kalah tetapi dia harus cuba. Lalu dia mengambil salah satu kerusi dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Yamada dan salah seorang kuncunya sudah pun duduk di tempat masing-masing. Tiba-tiba sahaja Yamada dan kucunya ketawa. Kaizo berasa pelik. Ada perkara yang melucukan ke? fikir Kaizo

"Aku lupa nak beritahu.." Yamada tersenyum sinis lagi "Game ini perlukan 4 pemain. Kau sepatutnya ada seorang lagi pemain tetapi malangnya tiada. Jadi, aku bagi kau 5 minit mencari seseorang sebagai partner kau tapi jikalau tiada, bermaknanya kau kalah"

"APA?!" Kaizo berdiri sambil menghempas tapak tangannya di atas meja "KENAPA KAU BARU BERITAHU SEKARANG?"

"Mungkin aku terlupa" Yamada berdiri dan dekatkan muka dia kepada muka Kaizo "Atau mungkin aku guna cara kotor untuk buatkan kau kalah. Baik kau pergi cari seseorang sebelum kau kalah dalam permainan ini"

Kepala Kaizo menjadi serabut. Dimana dia harus cari seseorang dekat sini? Tak kan dia nak minta tolong dari salah seorang ahli musuh dia pula? fikir Kaizo. Dia sebenarnya, dia mahu bertarung sahaja dengan Yamada. Dia seperti tahu dalam hal berlawan daripada main game

"ABANG JANGAN RISAU! BIAR ADIK TOLONG ABANG!"

Kaizo pusing kebelakang. Dia terkejut dengan kehadiran seseorang yang dia pernah lihat tetapi dimana? Sebelah sang remaja itu pula, adalah seorang gadis yang pantang dicabar. Mereka adalah Fang dan Bella. Mereka berjalan ke arah Kaizo dengan muka serius. Fang rasa gembira kerana akhirnya dia jumpa abangnya. Yamada rasa geram kerana apa yang dia rancang tidak menjadi tetapi tidak mengapa. Dia akan kalahkan mereka walaupun Kaizo menerima bantuan

"Kau siapa?" soal Yamada

"Aku adik dia lah! Biar aku dan kawan aku ganti tempat abang aku" kata Fang sambil mencekak pinggang

"Ganti tempat abang kau? Hahahahaa.." Yamada berikan senyuman sinis dia kepada Fang "Maaf.. hanya seorang sahaja yang boleh membantu Kapten Kaizo. Jadi, siapakah orang itu?

Fang dan Bella pandang satu sama lain. Lalu mereka tersenyum sinis antara satu sama lain. Ianya seperti mereka telah merancang sesuatu. Yamada tidak pasti apa yang mereka fikirkan ketika itu. Bella mengambil tempat duduk dia di sebelah Kaizo. Dia kelihatan sudah bersiap untuk menghadapi cabaran permainan game tersebut. Fang hanya boleh lihat dari jauh sahaja

"Baiklah, aku yang akan main game ini" kata Bella "So, apa rules game ni?" Dia terus berikan senyuman sinis dia kepada Yamada

"Kau nampak begitu yakin tetapi tidak mengapa" Sebelum Yamada sambung bercakap. Dia seperti membisik sesuatu kepada kuncunya. Lalu orang itu beredar keluar dari gudang tersebut "Jangan risau tentang dia. Tempat dia sudah ada pengganti" Datang seorang lagi kuncunya "Biar aku jelaskan cara main game ini. Game ini adalah kad game. Di tangan aku ada beberapa kad dan semuanya nombor satu hingga tujuh dan juga kad joker. Kamu semua akan mendapat kad yang sama. Setiap seorang akan mendapat lapan kad"

Yamada berikan lapan kad kepada setiap pemain. Semuanya sama sahaja, kad nombor satu hingga nombor tujuh dan satu kad joker. Kaizo mengangkat kad-kad dia yang ada di atas meja. Dia ingin pastikan kad-kad itu tiada tipu helahnya. Sambil melihat kad-kad dia, sambil itu dia perhatikan reaksi di wajah Yamada dan kuncunya

"Kita akan game ini sehingga salah satu daripada pasukan kau mendapat 4 kemenangan" jelas Yamada. Dia bersambung lagi "Cara main dia sangat simple, hanya keluar satu kad yang kau mahukan tetapi perlu tutup. Letakkan kad itu diatas meja dan jangan tunjuk kepada sesiapa, hanya kau seorang sahaja yang tahu. Selepas semua sudah bersiap, semua akan tunjukkan kad masing-masing. Nombor yang paling besar akan menang tetapi jikalau terdapat nombor yang sama, maka nombor itu akan terbatal. Nombor yang paling besar akan menang. Jikalau kamu gunakan kad joker, kau boleh pilih mana-mana nombor yang kau suka tetapi sama juga seperti tadi. Jika ada dua kad joker, kedua-dua kad tersebut akan batal dan nombor paling besar akan menang. Kad-kad yang sudah di guna tidak boleh dimainkan semula. Pasukan yang mempunyai kemenangan sebanyak 4 kali, pasukan itu adalah pemenangnya. Semua faham?"

"Hmm.. mudah tetapi sangat interesting" kata Bella sambil melihat setiap kad dia "Aku faham dengan rules game ni"

"Baiklah, mari kita mulakan" Yamada mengangkat kad-kad dia. Lalu dia cuba membaca riak wajah Kaizo dan Bella "Roung pertama.. semua bersiap sedia dengan kad masing-masing tetapi ingat, jangan tunjuk lagi sehingga aku suruh buka kad itu"

Kaizo tidak pasti, samada dia perlu main kad bernombor besar ataupun kecil ataupun kad joker. Mata dia melirik ke arah Bella. Dia tidak dapat membaca riak wajah Bella. Seolah-olah Bella seperti tiada emosi. Mata dia hanya tertumpu kepada kad-kad yang ada pada tangannya. Lalu Kaizo mengangkat salah satu kad dan letakkan di atas meja secara tertutup. Kaizo tidak pasti kad apa Bella gunakan. Yamada dan kuncunya sudah pun letak kad mereka di atas meja. Dalam kiraan 123, mereka membuka kad masing-masing. Bella tidak sangka Yamada menggunakan kad joker dia terlalu awal. Kaizo pula, menggunakan kad nombor 3 dan kuncu Yamada pula, kad nombor 1

"Nampaknya aku menang kerana aku memilih nombor 7" kata Yamada

"Jangan terlalu yakin" kata Bella. Kad nombor 6 dia tidak memberikan kemenangan kepada pasukan dia "Aku boleh kalahkan kau. Jangan kau terlampau berlagak sangat"

"Kita akan tunggu dan lihat" Yamada tersenyum sinis kepada Bella "Baiklah, mari mulakan round 2"

Kaizo sekali lagi, dia ragu-ragu kad mana dia patut mainkan. Mungkin patut memilih nombor kad paling besar. Rasanya dia patut mainkan kad nombor paling kecil terlebih dahulu. Mungkin dia ingin buatkan Yamada dan kuncunya terlalu yakin mereka boleh menang. Lalu Kaizo mengeluarkan kad nombor 1 dan letakkan kad itu secara tertutup. Bella dan yang lain-lain sudah pun letak kad mereka. Lalu mereka terbalikkan kad itu untuk mengetahui keputusannya. Yamada terbalikkan dia sambil tersenyum sinis. Kad dia menunjukkan kad nombor 7

"Hahahaha! Aku menang lagi!" kata Yamada

"Bos! Kita akan menang bos!" kata kuncunya. Dia pula mainkan kad nombor 5

Bella tetap dengan muka pokerface walaupun dia kalah. Kad nombor 4 dia tidak berikan kemenangan kepada pasukan dia. Bella tetap bertenang. Dia tahu apa yang dia lakukan. Fang hanya boleh menjadi penonton sahaja. Dia tidak boleh memberikan pertolongan kepada Bella ataupun abang dia. Lalu mereka mulakan pusingan ketiga. Kali ini Kaizo keluarkan kad nombor 2. Masing-masing sudah letakkan kad diatas meja. Selepas itu, mereka buka dan Yamanda menang buat kali ke 3. Kaizo dan Bella mempunyai nombor kad yang sama dan kuncu Yamada pula, kad nombor 4. Kedua-dua kad Kaizo dan Bella menjadi batal. Maka dengan itu, kemenangan mudah buat Yamada dengan kad nombor 5

"Wow! Ini macam berikan aku kemenangan secara mudah. Jangan cakap, korang berdua tidak reti main" Yamada tergelak sakan di situ

Bella masih tenang dan air mukanya tidak berubah. Dia tidak menunjukkan dia dalam keadaan panik atau takut jikalau mereka kalah. Hati Kaizo rasa geram ketika itu. Kenapa mereka tidak menang? Kenapa Bella asyik keluarkan nombor kecil? fikir Kaizo. Seterusnya pusingan ke 4. Kaizo perlu ubahkan teknik dia. Masa untuk gunakan kad joker. Dia tahu Yamada sudah tiada kad itu. Kad joker itu letak diatas meja secara tertutup

"Baiklah, mari kita tentukan nasib korang samada kalah ataupun menang" kata Yamada sambil buka kad dia tersebut

Kaizo dan Bella terkejut melihat Yamada letak kad nombor satu. Lain pula kuncu Yamada, dia letak kad joker sama seperti Kaizo. Maka dengan itu, kedua-dua kad tersebut bakal. Bella menang pada pusingan itu dengan menggunakan kad nombor 7. Kaizo tidak rasa menyesal menggunakan kad joker itu. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa kad dia dibatalkan apabila kad dia sama seperti kuncu Yamada

"Kenapa kau letak joker dekat situ?" marah Yamada. Sebenarnya dia marah kepada Kaizo kerana menggunakan kad joker

"Maaf boss! Aku tak tahu pula dia nak letak kad joker juga"

"Siapa cakap aku tak reti main tadi?" Mata Bella melirik ke arah Yamada dan lalu berkata "Aku saja nak bagi kau merasa kemenangan dulu sebelum kau kalah"

Bella tersenyum sinis sahaja. Mereka masih lagi ada peluang untuk menang di dalam game ini. Kini mereka masuk ke pusingan yang kelima. Bella memerhatikan kad-kad di tangan Yamada dan kuncunya. Mata dia melirik ke arah Kaizo pula. Dia tahu Kaizo ada banyak kad nombor besar. Ini peluang untuk gunakan kad-kad itu untuk mengatasi Yamada. Ketua mafia itu tidak boleh kalah dengan sang gadis tersebut. Kata-kata dia tadi membuatkan diri dia tergugat sedikit

"Sudah bersiap sedia semua?" kata Yamada sambil mengangkat kad dia menggunakan dua jarinya

Mereka angguk sambil letakkan kad masing-masing diatas meja. Selepas itu, mereka buka. Yamada dan kuncunya terkejut kerana mereka mempunyai kad yang sama iaitu kad nombor 2. Yamada tahu dia tidak boleh panik. Bella menang dengan kad nombor 5 dia. Kaizo pula menggunakan kad nombor 4. Ini memberikan kemenangan kedua buat pasukan Kaizo

"Bos, jangan marah saya"

"Aku tak marah tapi takpe.. kita masih ada lagi peluang" kata Yamada tetapi sebenarnya dia sudah hilang keyakinan untuk menang. Walau bagaimanapun, dia sudah rancangan lain untuk pusingan yang terakhir nanti "Kali ini biar aku selesaikan mereka dengan pusingan terakhir"

"Terakhir ke?" Bella tersenyum sinis dengan sindirannya "Kalau kau kalah lagi macam mana? Hehehehe. Bukan ke tadi kau terlalu yakin tapi sekarang ni, kau mula nampak goyah. Mari kita lihat kalau aku boleh halang kau dari menang!"

"Dasyat betul si Bella ni" bisik Fang yang hanya melihat dari jauh "Dah macam hantu pontianak si Bella ni"

Kaizo agak kagum dengan sikap Bella yang begitu licik. Dia harus bantu Bella untuk halang Yamada menang di dalam permainan ini. Lalu dia menggunakan kad nombor 6. Dia harap dengan kad itu, dia boleh berikan kemenangan kepada pasukan mereka. Lalu dia letak kad tersebut di atas meja. Masing-masing sudah bersiap sedia. Lalu mereka membuka kad itu secara serentak. Yamada dan kuncunya terkejut besar kerana mereka juga menggunakan kad nombor 6 sama seperti Kaizo. Ketiga-tiga kad itu batal dan pasukan Bella menang. Bella tersenyum bangga kerana dia hanya gunakan kad nombor 1 sahaja

"TENGOK TENGOK! HANYA DENGAN NOMBOR SATU SAHAJA AKU DAPAT KALAHKAN KORANG! HAHAHAHA! Nampaknya kita sudah seri! So, siapa yang akan menang selepas ini? PASUKAN KAU ATAU PASUKAN AKU?" Bella ketawa sinis sambil perhatikan riak wajah Yamada "Mari kita ke pusingan yang terakhir! HAHAHAHAHA! AKU DAH CAKAP, KAU JANGAN TERLALU BERLANGAK SANGAT!"

Yamada tidak berkata apa. Hati dia panas tetapi dia harus tumpukan perhatian untuk pusingan terakhir. Lalu mata dia tertumpu pada nombor-nombor kadnya. Dia hanya ada dua pilihan sekarang ini. Samada dia perlu gunakan nombor 4 ataupun nombor 3. Dia tahu kuncunya masih belum gunakan lagi kad nombor 7. Dia juga tahu bahawa Kaizo masih lagi mempunyai kad nombor 7 dan Bella mempunyai kad joker. Lalu dia tergelak sinis di situ. Mereka sudah masuk ke dalam perangkap. Dia hanya diamkan diri sahaja. Dia akan diam sahaja. Dia tidak mahu umumkan apa-apa terlebih dahulu. Yamada telah membuat keputusan. Dia mengambil kad nombor 4 dan letak diatas meja. Kaizo, Bella dan kuncu Yamada sudah pun letak kad mereka. Jantung Fang berdebar-debar pula kerana dia tidak tahu samada pasukan mereka akan menang ataupun tidak

"Baiklah, mari kita lihat keputusan yang terakhir"

Yamada membuka kad dia sambil tersenyum sinis. Kaizo dan Bella agak terkejut sedikit apabila kad nombor 4 tertera di situ. Kaizo dan kuncu Yamada pula, kad mereka telah dibatalkan kerana mereka berdua menggunakan nombor yang sama iaitu nombor 7. Bella tersenyum gembira kerana kad yang dia gunakan adalah kad joker. Fang sudah melompat-lompat kerana pasukan abang dia sudah menang. Sebelum sempat Bella ataupun Kaizo mengatakan sesuatu, Yamada sudah pun membuka mulut

"Sebelum kau buat keputusan, aku nak beritahu kau sesuatu"

Yamada bangun dan dua buah skrin turun dari siling gudang itu. Satu skrin menunjukkan Boboiboy dan rakan-rakan dia pergi selamatkan Rona dan Dona. Sebelah skrin itu pula, menunjukkan atuk dan nenek Kaizo sedang berborak mesra dengan pak cik dan mak cik Kaizo. Sang kapten itu keliru sedikit. Dia cuba berfikir, siapakah mereka? Fang dan Bella tidak berkata apa. Fang sudah berhenti melompat. Mereka hanya perhatikan kedua-dua skrin tersebut. Lalu Yamada sambung bercakap

"Sekarang ni aku nak kau fikir terlebih dahulu kerana ianya melibatkan mereka. Sekiranya kau menang, maka keluarga Kapten Kaizo akan terkorban tetapi jikalau kau memilih untuk kalah, selamat tinggal kepada kawan-kawan kau"

"APA?! INI TIDAK ADIL!" Kaizo menghempas meja itu dengan tapak tangannya "Ini taktik kotor! Aku nak keluar dari game ini!"

"Kau nak keluar? Boleh tapi kedua-duanya akan terkorban" Lalu Yamada tergelak besar di situ "JADI, APA KEPUTUSAN KAU? MENANG ATAU KALAH?"

Kaizo menggenggam kedua-dua tangannya. Jauh hatinya seperti ingin serang Yamada di situ juga tetapi dia tidak boleh buat apa. Jikalau dia serang, nanti orang tidak bersalah akan terima akibatnya. Kaizo memandang Bella. Dia tidak tahu apa sang gadis itu sedang fikirkan. Kepala Bella tertunduk sedikit. Dia masih lagi belum membuat keputusan

"Jadi? Kau sudah membuat keputusan?" soal Yamada kepada Bella "Hahahaha! Kau tadi terlalu yakin yang kau boleh menang. Jadi, ambil lah peluang ini untuk menang. MANA SATU YANG AKAN TERKORBAN NANTI? HAHAHAHAHAHA!"

Badan Bella bergerak-gerak sedikit. Ada suara tangisan dari sang gadis itu. Dia sudah membuat keputusan. Kepala dia masih tertunduk lagi. Lalu dia berkata

"Kalau kau nak tengok kami menang, jadi aku pilih nombor.. tujuh"

"APA?! KE-KENAPA?" Kaizo tidak sangka Bella sanggup buat begitu

"HAHAAHAHAHAHAHAHA! BAGUS BAGUS!" Yamada berikan satu tepukan untuk Bella "Tengok Kaizo! Dia korbankan keluarga kau sendiri! HAHAHAHAHA!"

Skrin yang menunjukkan keluarga Kaizo dan Fang terus terpadam. Ianya seperti mereka sudah tiada lagi. Yamada ketawa besar di situ. Sementara Kaizo pula, dia bangun dan terus tarik baju kolar Yamada. Dia terlampau geram sehingga menunjukkan penumbuk di depan mata sang mafia itu. Yamada tergelak sinis. Dia rasa dia menang di dalam permainan itu

"Kau sudah kalah Kaizo" kata Yamada "Walaupun kawan kau terselamat tapi jangan ingat mereka selamat selama-lamanya. Sebelum aku lupa, aku ingin ucapkan terima kasih kerana bermain dengan permainan ini.. HAHAHAHAHAHAHA! Tengok, kawan kau sendiri pun dah menangis"

Kaizo melirik matanya ke arah Bella. Sang gadis itu menangis kecil tetapi tangisan itu berubah menjadi satu gelakan. Bella bangun dan hempas kedua-dua tangannya di atas meja. Yamada dan kuncunya menjadi pelik. Kelakuan Bella ketika itu seperti orang tidak betul. Bella ketawa sakan bersama dengan Fang yang berada di belakang

"KAU INGAT, KAU MENANG!" kata Bella dengan nada menakutkan. Lalu mata dia terus tenung mata Yamada dan berkata "SEBENARNYA KAU DAH KALAH! HAHAHAHAHAHA!"

"Apa maksud kau?" kata Yamada

Kaizo lepaskan kolar baju Yamada. Dia juga agak keliru dengan kata-kata Bella tadi. Apa yang berlaku sebenarnya? fikir Kaizo. Tiba-tiba skrin hitam itu muncul seorang budak lelaki memakai topi oren

"Kapten Kaizo! Fang! Bella! Mereka dalam keadaan selamat!" kata Boboiboy sambil tersenyum suka "Kami sudah selamatkan Rona dan Dona juga!"

"APA?" Yamada ternganga sedikit "Apa yang berlaku?"

Dia dan kuncunya melihat sekelilingnya. Mereka dapat rasakan ini adalah satu perangkap. Lalu mereka berlari ke arah pintu gudang tersebut tetapi mereka telah dikepung oleh pasukan TAPOPS. Kommander Kokoci muncul di pintu gudang bersama dengan Laksamana Tarung. Dia melihat kuncu-kuncunya berjaya ditangkap. Semuanya di arah masuk ke dalam kapal angkasa dengan tangan mereka digari oleh pasukan TAPOPS

"YAMADA! Kau tidak boleh lari lagi" Kommander Kokoci berjalan ke arah Yamada dan gari besi "Segala kejahatan kau berakhir disini"

Yamada melihat kanan, kiri dan belakangnya, diri dia dikelilingi dengan pasukan TAPOPS. Kedua-dua tangan dia dipegang oleh Laksamana Tarung dan terus digari oleh Kommander Kokoci

"Ba-ba-bagaimana kau tahu rancangan aku?" soal Yamada

"Mestilah dari aku" kali ini muncul Lynna "Aku nampak rancangan kau tapi bagaimana aku tahu, kau tak perlu tahu"

Yamada terpinga-pinga seketika. Siapa gadis itu? Bagaimana dia tahu rancangan jahat dia? fikir Yamada. Semasa dia dibawa ke kapal angkasa, Yamada menoleh kebelakang sedikit. Dia melihat gadis itu sedang berkata sesuatu kepada Kommander Kokoci. Dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini. Mungkin gadis itu ahli rahsia TAPOPS? Sebelum sempat dia berfikir panjang lagi, Laksamana Tarung menolak Yamada masuk ke dalam kapal angkasa. Kaizo rasa lega apabila semuanya sudah berakhir tetapi dia masih lagi lupa tentang diri dia. Siapa mereka semua ini?

"Kaizo, kau ok?" soal seorang gadis di depan diri Kaizo

"Aku ok.. tapi..." Kaizo cuba fikirkan siapakah gadis yang berada di depannya tetapi pemikirannya tetap kosong "Maaf.. tapi kau siapa?"

"Abang aku lupa ingatanlah tu" Lalu Fang jelaskan kepada abangnya "Wahai abang ku yang garang, kak Lynna adalah teman istimewa abang"

"Betul tu! Kak Lynna dan abang Kaizo sentiasa bersama, tak kira dimana-mana sahaja. Korang berdua memang nampak sangat sangat sweet!"

"FANG! BELLA!" Pipi Lynna naik merah sedikit "Jangan nak buat cerita! Akak dan Kaizo hanya kawan sahaja"

"Jadi, kau bukan teman istimewa aku?" Lynna hanya gelengkan kepala sahaja. Lalu Kaizo berkata lagi "Maaf sebab aku tak tahu siapa diri aku sebenarnya. Aku pun tak tahu kalau nama Kaizo tu adalah nama aku yang sebenarnya"

"Takpe Kaizo, aku boleh pulihkan ingatan kau"

Lynna sentuh sedikit dahi Kaizo dengan menggunakan jarinya. Mata Fang dan Bella berkelip-kelip sambil perhatikan Lynna menggunakan kuasanya keatas Kaizo. Mereka terlampau suka ketika itu sehingga tersenyum lebar sampai ke pipi. Kommander Kokoci juga perhatikan Kaizo dan Lynna. Dia juga turut tersenyum sedikit. Dia dapat rasakan suatu hari nanti, mereka akan sedar dengan perasaan masing-masing. Buat masa sekarang ini, biarlah mereka berkawan sebelum tiba masanya nanti. Satu cahaya timbul di hujung jari Lynna. Ingatan Kaizo mula pulih pada ketika itu. Dia sudah ingat apa yang berlaku dan siapa diri dia sebenarnya

"Terima kasih Lynna" kata Kaizo. Dia pegang tangan Lynna dan turunkan ke bawah "Terima kasih sekali lagi kerana kembalikan ingatan aku"

Lynna hanya membalas dengan satu senyuman sahaja. Mata mereka bertentangan tanpa berkata apa. Fang boleh lihat abang dia tersenyum sedikit. Hati dia mula berbunga-bunga kerana dia telah menyaksikan kemesraan mereka berdua. Bella pula, dia sudah terbayangkan sebuah majlis perkahwinan Kaizo dan Lynna. Bergenang air mata mereka kerana menjadi saksi detik-detik manis itu. Tiba-tiba mata Kaizo melirik ke arah adiknya, senyuman dia terus hilang

"Siapa tadi cakap Lynna ni teman istimewa aku?"

Fang terus bersiul dan pandang ke arah lain. Bella tersengih kelat sambil tunjuk jari kearah Fang

"Nanti nanti jelah kau marah dekat adik kau" kata Lynna "Sekarang ni kita boleh pulang sebab semuanya selesai!"

"Tapi sebelum pulang.." Kaizo menoleh kebelakang seolah-olah dia seperti melihat sebuah rumah kecil "Aku perlu selesaikan sesuatu. Kommander Kokoci, aku perlukan bantuan daripada kau"

"Bantuan apa yang kau perlukan?"

Kaizo mulakan cerita kepada Kommander Kokoci tentang adik beradik Rona dan Dona. Dia juga cerita rumah mereka yang kecil dan kehidupan mereka yang susah itu. Dia ingin membantu mereka sebelum dia pulang ke planet bumi. Hati Lynna rasa sejuk melihat Kaizo ingin membantu adik beradik itu. Pada masa yang sama, dia ingin bertemu dengan mereka berdua. Mungkin Kaizo akan bawa mereka ke rumah Rona dan Dona

"Baiklah Kaizo. Aku akan tunaikan permintaan kau" kata Kommander Kokoci "Nanti Lahap datang dengan kapal angkasa kau. Kami sempat baiki kapal angkasa kau"

"Terima kasih kommander" kata Kaizo

Lalu Kommander Kokoci pergi menaiki kapal angkasanya dan tinggalkan Kaizo di situ bersama dengan Fang, Lynna dan Bella. Sebenarnya Kaizo ingin tahu bagaimana Lynna tahu rancangan Yamada. Dia terus palingkan mukanya ke arah Lynna

"Sementara kita tunggu Lahap jemput kita semua, aku nak tahu bagaimana kau tahu tentang Yamada?"

"Ceritanya begini, aku dipanggil oleh Kommander Kokoci untuk bantu dia mencari kau. Adik kau dan kawan-kawan dia lupa nak panggil tapi aku maafkan. Semasa Kommander berikan segala data yang dia ada kepada aku, tiba-tiba aku dapat satu bayangan sewaktu aku pegang gambar kau. Aku nampak kau sedang bermain kad dengan Yamada tapi bukan itu sahaja. Aku nampak keluarga macam dalam bahaya. Jadi aku beritahu kommander apa yang aku nampak. Lepas tu kommander sudah mengarahkan selamatkan keluarga kau dan tangkap orang-orang suruhan Yamada. Bukan disitu sahaja, kommander juga suruh mereka pergi selamatkan Boboiboy dan rakan-rakan dia juga. Aku pula ke sini dengan adik kau dan Bella" jelas Lynna

"Tapi kenapa kak Lynna kena bawa Bella ke sini?"

"Apasal? Jealous ke?" Bella tergelak sinis sedikit "Tapi kak Lynna suka tak lakonan Bella yang nampak macam orang psycho tadi? Sampai terkejut dia orang tengok Bella! HAHAHAHAHA!"

"Bella pandai betul berlakon" Pujian dari Lynna membuatkan Bella tersenyum bangga "Sebab itulah akak pilih Bella. Dia jenis takde emosi bila main game dan boleh mainkan pemikiran mereka"

"Habis tu, Fang ni tak boleh macam tu juga ke?" Fang masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Lalu Kaizo tepuk kepala adiknya "ABANG!"

"Kau tu jenis panas baran! Suka sangat marah-marah orang, lepas tu mengamuk tak tentu pasal"

Fang terus bersilang tangan dan merajuk dengan abangnya. Manakala Bella pula, dia buat-buat muka tidak bersalah seperti seseorang tidak tahu apa-apa. Akhirnya kapal angkasa Kaizo sudah pun tiba. Kaizo tidak sabar untuk pulang ke rumah dan paling penting sekali, tidak sabar untuk marah adik dia sebab katakan Lynna sebagai teman istimewa dia

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selang beberapa hari kemudian, Rona asyik menunggu kepulangan Kaizo. Selepas sahaja mereka diselamatkan, dia tidak lagi dapat berjumpa dengan Kaizo. Apa yang dia dapat adalah sebuah hadiah dari Kaizo iaitu sebuah rumah baru yang lengkap dengan elektrik, air, perabot-perabot baru dan kebun mereka menjadi besar daripada sebelum ini. Dia rasa, hadiah itu terlalu berlebihan. Dia tidak tahu apa yang dia lakukan sampai dia dapat hadiah sebegitu. Rona keluar dari rumah barunya. Setiap pagi dia akan tunggu di luar rumah sambil melihat langit

"Kakak" panggil Dona

"Kenapa adik?" Rona menoleh kebelakang "Adik nak sesuatu ke?"

"Tak.." kata Dona "Cuma adik risau tengok kakak. Setiap hari kakak tunggu abang Kassim.. eh silap.. abang Kaizo"

"Adik rasa, dia akan datang ke sini ke tidak?"

"Entahlah" Dona berdiri di sebelah kakaknya "Mungkin dia sudah lupakan kita dan teruskan dengan kehidupan dia"

"Atau mungkin dia ada banyak sangat kerja kena buat... hehehe" Rona tergelak sedikit "Marilah masuk, akak ada buat roti dan sup. Boleh kita makan sama-sama nanti"

Sewaktu mereka melangkah masuk ke dalam rumah, ada bunyi bising datang dari ruang udara. Mereka pusing dan pandang ke atas. Sebuah kapal angkasa sedang mendarat di hadapan rumah mereka. Rona terus memeluk adiknya. Dia takut jikalau mereka ditangkap oleh orang jahat lagi. Satu pancaran cahaya keluar dari bahagian bawah kapal angkasa itu. Muka Rona terus berubah kerana Kaizo sudah kembali

"KAIZO!" Rona menjerit nama Kaizo dengan nada ceria

"ABANG KAIZO!"

Kaizo tidak datang keseorangan. Dia membawa Lynna dan Fang sekali. Dia mahu mereka bertemu dan berkenalan dengan adik beradik itu. Mata Rona terpandang Lynna. Mungkin itu teman istimewa Kapten Kaizo? bisik di hati Rona

"Awak datang juga ke sini. Saya ingat Kaizo sudah lupakan kami di sini" kata Rona

"Maaf kerana tidak dapat datang lebih awal. Aku ada banyak misi untuk selesaikan dulu" kata Kaizo "Aku datang ke sini ingin ucapkan terima kasih kerana menjaga aku sepanjang masa aku berada di sini dan aku berharap kau suka dengan rumah baru ini"

"SUKA SUKA!" kata Dona "Terima kasih abang Kaizo! Tapi saya sepatutnya terima kasih dekat abang Kaizo kerana sepanjang abang Kaizo ada di sini, saya sembunyikan kad ID abang Kaizo" Dia keluarkan kad ID itu dari poket seluarnya dan berikan kepada Kaizo "Maafkan saya abang Kaizo"

"DONA! Kenapa tidak beritahu akak tentang kad tu?"

"Maafkan saya kakak" Kepala Dona tertunduk sedikit "Bukan niat saya nak sembunyikan tapi... saya takut kalau abang Kaizo sudah ingat diri dia siapa, mungkin abang Kaizo akan pergi dan lupakan kami disini"

Kaizo sebenarnya tidak marah. Lalu dia tepuk bahu Dona secara lembut. Dia maafkan Dona dan faham kenapa dia buat begitu. Kad ID itu, Kaizo berikan kepada Dona untuk simpan sebagai kenangan

"Ermm... maaf Kaizo. Siapa mereka berdua ni?"

"Rona, Dona.. ini Lynna, kawan baik saya dan ini pula Fang, adik saya"

Rona tidak percaya pula Lynna ialah kawan baik Kaizo. Dia sangkakan Lynna adalah teman istimewa Kaizo. Rupanya bukan tetapi macam ada peluang sahaja untuk mereka berdua untuk bersama. Kenapa Kaizo harus bawa Lynna ke sini juga? fikir Rona

"Terima kasih Rona, Dona kerana menjaga Kaizo" kata Lynna secara lemah lembut "Sebenarnya saya yang asyik tanya dia bila nak datang ke sini sebab saya sendiri nak ucapkan terima kasih dekat kamu berdua. Yelah, dia adalah kawan baik alien saya yang pertama"

"Dan kak Lynna juga adalah kawan baik perempuan pertama abang!"

Kaizo ketuk kepala adiknya kerana menyibuk dalam hal dia. Fang terus bermasam muka. Lynna ketawa kecil sahaja. Rona dan Dona terkejut melihat Kaizo sanggup ketuk kepala adiknya sendiri. Akhirnya mereka dapat mengenali diri Kaizo yang sebenarnya. Rona menjemput mereka masuk ke dalam rumah untuk menjamu selera. Dona tahu kakak dia ada suka dekat Kaizo sedikit tetapi malangnya hati Kaizo milik orang lain

---------------------------------------------------------------------------------


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top