Harta-Karun
Kapten Kaizo baru pulang dari stesen TAPOPS. Kommander Kokoci hanya mahu berbincang dengan Kaizo tentang pertemuan power sphera baru. Malangnya, Kaizo tidak akan menyertai misi itu kerana ianya telah dibagikan kepada adik beradik kembar iaitu Sai dan Shielda. Adik beradik kembar itu akan jalankan misi untuk selamatkan power sphera tersebut. Kaizo tidak begitu kecewa kerana bagi dia, ahli pasukan lain perlu juga menjalankan misi mereka menyelamatkan power sphera. Sesudah sahaja Kaizo sampai di rumah, dia terkejut melihat asap-asap hitam berkepul-kepul di luar dapur. Lalu dia bergegas ke dapur. Ada kebakaran ke? fikir Kaizo. Ianya bukan kebakaran tetapi ianya adalah kek hangus di dalam ketuhar. Faye dengan pantasnya, mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar. Hati Faye kecewa melihat kek hangus itu
"FAYE! APA YANG BERLAKU NI?"
Bukan itu sahaja, malah dapur dalam keadaan kelam-kabut seperti ada puting-beliung di dalam dapur itu. Kulit telur bersepah di atas lantai, meja penuh dengan tepung, ada kesan-kesan tepung sedikit di merata-rata tempat, sink penuh dengan pinggan mangkuk yang belum di basuh dan tumpahan susu di tepi meja. Kaizo mula naik angin ketika itu. Dia baru hendak berehat tetapi dapur rumah dia bersepah
"Abang Kaizo! Maaf maaf.. Faye boleh explain" kata Faye sambil tersengih. Muka dia penuh dengan kesan tepung
"Explain cepat!"
"Sebenarnya Faye cuba nak buat birthday kek untuk Bella tapi.." Faye masih tersengih lagi sambil tunjuk kek hangus dia kepada Kaizo "Malangnya Faye ni tak reti masak tapi reti makan!"
"Kalau tak reti buat, apasal nak buat juga? Habis jahanam dapur aku"
"Ala abang Kaizo ni, bukan jahanam pun. Nanti saya bersihkan balik dapur ni" jawab Faye sambil tersengih sedikit. Lalu dia letakkan kek hangusnya di atas meja dan terus mencapai sebatang penyapu "Faye bersihkan sekarang juga! Abang Kaizo jangan risau ok"
"Aku rasa kau tak perlu bersihkan dapur ni sebab kalau kau buat, nanti si Pang bersihkan balik sebab tidak sampai tahap kebersihan dan kekemasan dia. Jadi kau patut serahkan kepada adik aku"
"YEA KE?" Mata Faye terus bersinar-sinar bagaikan ada harapan dia tidak perlu buat kerja "Kalau begitu, Faye akan serahkan kerja-kerja kebersihan dapur kepada Fang!"
Sebelum Faye melangkah keluar dari dapur. Kaizo panggil dia
"Faye"
"Abang Kaizo nak apa?" Faye buat-buat muka tidak bersalah sambil tersenyum sehingga ke pipi
"Nah! Ambik duit ni"
Terkejut Faye kerana Kaizo jarang bagi dia duit. Selalunya dia dapat duit dari kedua ibubapanya. Mata Faye terkebil-kebil melihat duit di tangan Kaizo
"Ke-kenapa abang Kaizo bagi Faye duit?"
"Sebab aku tahu kau berusaha nak buat kek untuk untuk kawan kau tapi kek kau tu tak menjadi. Niat kau memang baik" Mata Kaizo melirik sedikit ke arah kek hangus "Jadi, aku bagi duit supaya kau boleh beli kek pelik-pelik berperisa pelik pelik"
"Perisa pelik? Kalau pelik pelik ni sesuai untuk Lily tapi untuk Bella... CARI KEK CHOCOLATE UNTUK DIA!"
Faye terus berlari ke bilik dia untuk bersihkan diri. Dia akan terus ke bandar Pulau Rintis untuk mencari kek terbaik untuk Bella. Kalau ada duit lebih, dia akan belikan hadiah sekali. Mesti Bella akan gembira nanti, fikir Faye sambil mengambil tuala merah jambunya. Kaizo masih lagi berada di dalam dapur. Dia geleng kepala melihat dapur itu
"PANG!"
Fang terus muncul di muka pintu dapur. Mata dia membulat besar kerana terkejut dengan keadaan dapur rumahnya
"Abang! Apasal dapur bersepah? Adakah abang cuba nak buat kek tetapi gagal? Adakah abang cuba buat kejutan untuk kak Lynna tetapi gagal?"
"Ini bukan kerja akulah. Bila masa aku nak buat kejutan untuk Lynna pula? Tiada masa aku nak fikirkannya" jawab Kaizo "Ini semua Faye yang buat. Jadi abang bagi dia duit, pergi beli kek dan kau pula, sila bersihkan dapur ini"
"Apasal adik pulak?" kata Fang dalam nada marah "Kenapa bukan Faye yang kena bersihkan? Adik baru nak keluar pergi jalan-jalan dengan Rizu dekat taman tapi kena bersihkan dapur pula"
"Ala, nanti dah bersih, kau pergi lah jalan-jalan dengan dia. Lagipun, kalau aku suruh Faye yang bersihkan, nanti tak capai tahap kebersihan kau. Mesti ada yang tak kena. Kau juga yang membebel sampai aku sendiri tak sanggup nak dengar"
"Betul juga cakap abang tu"
Lalu Fang mengikat kain di kepalanya, memakai apron merah jambunya dan terus mencapai sebatang penyapu. Dia sudah bersiap sedia untuk bersihkan dapur itu. Dia akan pastikan dapur itu bersih dan kemas. Kaizo biarkan adiknya buat kerja dan dia pula, terus ke bilik untuk berehat. Fang dan kebersihan tidak pernah berpisah. Rumah itu sentiasa bersih sebab Fang pentingkan kebersihan atau kawan-kawan dia kata, Fang ada penyakit OCD. Semuanya kena bersih, kemas dan teratur
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang Fang!"
Rizu melambai-lambai ke arah Fang. Dia sudah lama tunggu kedatang Fang di taman. Dia tidak rasa bosan semasa menunggu Fang. Dia hanya pergi bermain di padang permainan, melayan kucing-kucing yang ada di taman itu dan makan ice cream seorang diri sambil memerhatikan orang lalu-lalang di situ. Rizu tersenyum besar apabila abang kesayangan dia sudah pun tiba di situ
"Maaf sebab buat Rizu tunggu" kata Fang yang kelihatan penat. Dia sebenarnya berlari dari rumah ke taman "Lama ke Rizu tunggu?"
"Takdelah, tak lama pun Pizu tunggu"
Fang duduk di sebelah Rizu untuk berehat sebentar. Rizu kasihan melihat Fang dalam kepenatan. Lalu dia pergi belikan ice cream untuk abang kesayangan dia. Fang tersenyum melihat adik angkatnya sedang memilih-milih ice cream di dalam peti sejuk. Dia sebenarnya lupa gunakan kuasa bayangnya. Dia asyik teringatkan adik angkatnya, jikalau dia lewat sampai. Dia tidak mahu kecewakan hati Rizu
"Abang Fang! Abang Fang!"
Rizu berlari ke arah Fang sambil melambai-lambai ice cream vanilla. Fang tergelak sedikit melihat kecomelan Rizu. Patutlah Lily suka panggil dia si penguin kerana kecomelan Rizu. Sang kecil itu menghulurkan sebatang ice cream kepada Fang. Lalu Fang mengambil ice cream itu seikhlas hati. Ianya bukanlah ice cream mahal tetapi dia tetap menghargainya
"Terima kasih Rizu" kata Fang sambil membuka pembalut ice cream tersebut "Hari ni Rizu nak jalan-jalan dekat mana?"
"Sebelum kita pergi jalan-jalan, Pizu nak tunjuk sesuatu dekat abang Fang"
"Rizu nak tunjuk apa?"
Rizu mengambil tangan Fang dan bawa abang angkatnya ke hujung taman. Fang jarang menjejaki kawasan taman itu kerana ianya jarang dilalu oleh para pengunjung. Entah kemana Rizu membawa Fang. Sambil makan ice cream, sambil itulah Fang ikut sahaja adik angkatnya sehingga mereka tiba disebuah taman bunga. Ada sebatang pokok dikelilingi dengan pokok-pokok renek. Daun-daun pokok itu begitu banyak dari bawah sehinggalah keatas. Sesiapa sahaja boleh sembunyi disebalik pokok-pokok tersebut. Rizu masuk ke dalam pokok-pokok tersebut untuk tunjuk sesuatu kepada abang angkatnya
"Rizu nak tunjuk apa dekat abang?"
Fang masuk ke dalam tanpa dijawab oleh Rizu. Mata dia terpandang sebuah bangku batu kecil terletak dibawah sebatang pokok. Bangku itu terlindung dari pokok-pokok renek. Ianya hanyalah bangku biasa. Tiada keistimewaan yang ada pada bangku tersebut
"Kenapa dengan bangku ni?" soal Fang
"Kalau abang Fang tunduk, nanti abang Fang nampak sesuatu" jawab Rizu "Ada simbol dekat tepi bangku tu"
Fang rasa curiga. Ada simbol? Simbol apa? fikir Fang. Sesudah sahaja dia habiskan ice cream itu, dia terus tunduk untuk melihat simbol itu. Dia nampak simbol tersebut. Simbol itu terletak pada bahagian dalam kaki tepi bangku tersebut. Ianya berbentuk seperti sebuah alat muzik harp. Di dalam simbol harp itu, terdapat sebuah bentuk mahkota. Fang tidak pernah melihat simbol itu dimana-mana buku yang dia baca. Malah di dalam laman sesawang juga, dia tidak pernah nampak. Mungkin rakan baru dia tahu simbol tersebut. Lalu Fang mengambil gambar simbol tersebut supaya kawan-kawan dia juga boleh melihat simbol itu. Fang menggunakan jam kuasanya untuk menangkap gambar simbol tersebut
"Abang Fang nak buat apa?" soal Rizu
"Abang nak tunjuk dekat kawan-kawan abang. Mungkin dia orang tahu makna simbol ini, datang dari mana dan siapa pemiliknya?"
"Ohh... kalau macam tu, jom pergi kedai Tok Aba!" kata Rizu sambil keluar dari tempat persembunyian bangku itu "Abang Fang belanja Pizu hari ni.. yeah!"
"Hmmm.. yelah" Fang tergelak sedikit melihat gelagat comel Rizu
Mereka berdua terus ke kedai Tok Aba yang terletak di tengah-tengah taman itu. Perjalanan mereka agak jauh sedikit. Akhirnya mereka tiba di kedai tersebut. Tok Aba dan Ochobot sedang sibuk menyiapkan makanan dan minuman untuk para pelanggan mereka. Di meja kaunter itu ada seorang remaja lelaki sedang membaca buku. Dia begitu rajin membaca buku sehingga tidak sedar dengan kehadiran Fang dan Rizu
"ABANG HARRAZ!" Rizu muncul di tepi Harraz
Sang remaja itu terkejut dengan kehadiran Rizu. Cermin mata dia hampir terjatuh. Harraz betulkan balik cermin matanya. Dia rasa malu melihat dua kawan barunya. Apatah lagi dia malu melihat Fang kerana beberapa hari yang lepas, dia cuba untuk mendekati Kaizo kerana dia cemburu melihat keakraban adik beradik alien itu. Dia mempunyai kakak dan abang tetapi mereka selalu memandang rendah terhadap dirinya
"Hai korang" kata Harraz
"Wah! Abang Harraz baca buku apa tu?" Rizu mengambil buku itu yang ada di hadapan Harraz "Abang Harraz baca buku tentang sejarah tamadun islam! Bestnya! Abang Harraz ni rajin membaca buku, sebab itu abang Harraz ni pandai! Pizu ni takdelah seberapa pandai sangat. Pizu jealous tau tengok abang Fang dan abang Harraz pandai-pandai. Pizu hanya pandai dalam melukis aje. Abang Harraz nak tengok lukisan Pizu? Macam-macam Pizu lukis! Pizu juga ada buat komik sendiri tapi jalan cerita dia biasa-biasa aje. Takdelah sehebat mana pun. Pizu kalau boleh, nak jadi pelukis komik yang terkenal! Itulah impian Pizu. Apa impian abang Harraz? Mesti macam-macamkan.. abang Harraz nak jadi doktor pun boleh, nak jadi arkitek pun boleh.. hehehe.. nak jadi apa-apa yang abang Harraz impikan! Abang Fang nak jadi apa yea? Tak kan abang Fang nak jadi superhero aje, mesti abang Fang ada impian kan kan kan.."
Lalu Fang sumbat cekodok chocolate ke dalam mulut Rizu. Dia sebenarnya hampir tertidur di situ tetapi cekodok chocolate itu selamatkan dia dari tertidur. Dia mengambil salah satu cekodok chocolate dan lalu dia cium sebelum dia masuk ke dalam mulutnya. Kasihan Harraz melihat sebiji demi sebiji cekodok chocolate dia dimakan oleh Fang dan Rizu. Ochobot rasa simpati dengan Harraz kerana chocolate chocolate itu habis dimakan. Lalu dia buatkan yang baru untuk sang remaja itu
"Hah! Aku baru teringat!" Harraz terkejut lagi. Lalu sambung Fang berkata sambil mengeluarkan skrin kecil dari jam kuasanya "Harraz, kau ni kan bijak"
"Errr... bolehlah" Harraz rasa malu sedikit "Kau nak tunjuk apa dekat aku?"
"Aku jumpa simbol pelik tapi takdelah rasa pelik sangat kecuali si pelik yang bernama Lily"
Fang pandang belakang, kanan, kiri dan depan untuk pastikan tiada kemunculan Lily. Dia terus tunjuk gambar simbol itu kepada Harraz. Simbol itu tidak pernah dilihat oleh Harraz sebelum ini. Walaupun dia sudah membaca pelbagai buku tetapi sekali pun dia tidak pernah menjumpai simbol. Mungkin ada banyak lagi buku dia belum pernah baca. Dia teruja apabila terbayangkan diri dia di dalam sebuah perpustakaan yang dipenuhi dengan buku
"Maaf Fang, aku tak pernah nampak simbol tu"
"Alaaa.. ingatkan abang Harraz tahu" Hati Rizu kecewa sedikit "Abang Ochobot pernah lihat simbol tu?"
"Maaf Rizu, abang mana tahu pasal simbol-simbol dekat bumi ni. Abang cuma mahir dalam bab-bab power sphera sahaja" kata Ochobot
"Takpelah kalau macam tu, kita pergi ke makmal EMMY! Mungkin super komputer dia tahu tentang simbol yang penuh misteri ini!" kata Fang dengan penuh semangat "Jom Harraz, kita ke sana dan pasti, kau pun nak tahu juga tentang simbol misteri ini"
"Err.. ok"
Perasaan malu dia tidak pernah pudar apabila rakan-rakan baru dia selalu ajak pergi ke sana ke sini untuk bersuka-ria. Selama ini, dia tidak pernah mempunyai seorang sahabat baik. Dia selalu sepikan diri dia di perpustakaan untuk mengulangkaji atau membaca buku. Lalu dia mengemas buku-bukunya dan ikut mereka berdua ke makmal Emmy
"Sebelum pergi, nah!" Ochobot hulurkan satu beg kertas penuh dengan cekodok chocolate kepada Harraz "Ambik ni dan makan sorang-sorang, jangan kongsi dengan kawan-kawan"
"Ochobot! Kenapa cakap begitu?" marah Tok Aba
"Nanti kawan-kawan dia habiskan lagi cekodok chocolate dia, sebab tu lah saya cakap macam tu. Macam tadi, tak sempat Harraz nak makan cekodok dia, Fang dan Rizu dah habiskan cekodok chocolate dia"
Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Harraz tersengih sambil mencapai bungkusan cekodok chocolate itu. Sebelum mereka bertolak, Boboiboy dan para pecahan dia tiba di kedai Tok Aba dengan bungkusan barang-barang dari pasaraya. Tok Aba hantar dia untuk membeli barang-barang kedai Tok Aba. Dari jauh, Fang boleh lihat Lily sedang mengekori para pecahan Boboiboy. Fang tersenyum sinis sambil fikirkan sesuatu yang nakal. Rizu nampak wajah nakal abang angkatnya. Dia tahu apa Fang akan buat
"BOBOIBOY! ADA GADIS PELIK MENGHENDAP KAU DARI TADI!"
Ketujuh-tujuh pecahan Boboiboy pusing kebelakang, mata semua pandang ke arah Lily. Gadis itu tersengih sedikit tetapi mata dia bersinar-sinar. Tiba-tiba dia menjerit nama Boboiboy Gempa
"GEMPA-CHAN!"
Beg-beg barang tadi terlepas dari tangan, lalu para pecahan Boboiboy bercantum semula. Lily tersenyum lebar sampai ke pipi, mata dia masih bersinar-sinar lagi dan kaki dia sudah bersedia untuk lari ke arah Boboiboy. Sang adiwira membuka langkah seribu apabila diri dia dikejar oleh sang gadis tersebut. Fang ketawa besar melihat gelagat Boboiboy. Rasa kasihan pun ada tetapi Fang endahkan sahaja
"Apa nak jadi dengan Lily tu. Kasihan cucu atuk" Tok Aba mengeluh sedikit "Ochobot, pergi angkat barang-barang tu"
"Baik Tok Aba" kata Tok Aba
"Kita orang pergi dulu yea, atuk" kata Rizu
Tanpa membuang masa atau menunggu Boboiboy kembali ke kedai Tok Aba, mereka terus bergerak ke rumah Emmy. Mereka tidak sabar untuk mengetahui apak maksud simbol tersebut. Fang sudah mula terbayangkan sebuah pengembaraan yang menarik. Manakala Rizu pula, mesti simbol itu membawa mereka ke sebuah tempat rahsia yang penuh dengan harta karun. Harraz ingin mengetahui sejarah simbol tersebut, bagaimana ianya ada di Pulau Rintis. Sesudah sahaja mereka tiba di pekarangan rumah Emmy, mereka nampak seorang gadis kecil di bahagian tepi rumah, sedang melihat sesuatu di langit
"KAKAK EMMY!"
Rizu berlari ke arah Emmy. Sang gadis itu teruja melihat kedatangan Rizu. Dia suka apabila Rizu datang bermain di rumah dia. Kadang-kala Rizu akan melihat sahaja Emmy mencipta sesuatu alat
"Rizu datang sini sebab nak main game ke?" soal Emmy. Mata dia ternampak Fang dan Harraz sedang berdiri di depan pintu rumah "Abang Fang dan abang Harraz pun ada sekali. Hmm... ada sesuatu korang nak ke?"
"Ada ada!" jawab Rizu
Mereka menuju ke arah dua remaja tersebut. Lalu Fang cerita tentang simbol yang dia jumpai di taman sebentar tadi. Mata Emmy terus bersinar-sinar kerana ianya bermaksud, ada misteri mereka perlu selesaikan. Emmy membawa mereka masuk ke dalam makmal dia yang terletak di bawah rumah itu. Setiap kali mereka masuk ke dalam makmal Emmy, mereka akan teruja dan kagum dengan ciptaan-ciptaan baru sang gadis itu. Mesti sahaja ada ciptaan baru dari sang gadis itu. Paling membuat mereka teruja sekali ada komputer besar yang terletak di bahagian tengah makmal tersebut
"Mana simbol tu?" soal Emmy
"Simbol? Simbol apa?" muncul seorang gadis yang membuatkan Fang rasa nak hempuk kepala seseorang "Wuuuu... simbol pecahan BBB-CHAN ke?"
"Kenapa kau ada dekat sini?" mata Fang melirik ke sebelah kanan dia
"Ala landak ni, biarlah Lily ada dekat sini! Hehehee.. betul tak BBB-CHAN?" Mata dia berkelip-kelip sambil melihat Boboiboy yang berdiri jauh dari gadis itu "BBB-CHAN! Kenapa lari jauh sangat tu?"
"Sebab abang Boboiboy tak suka kakak Lily" jawab Rizu secara jujur. Hati Lily terus tersentap. Diri dia bagaikan dihancur sehingga menjadi abu dan dibawa angin
"Jujur betul budak ni" bisik Harraz
"Tahu takpe" Fang mengeluh sedikit tetapi pada masa yang sama, dia hendak tergelak "Hah, lupa pula nak tunjuk simbol tu dekat Emmy"
Fang membuka jam kuasanya dan tunjuk gambar simbol tersebut. Lalu dia pindahkan gambar itu ke komputer Emmy. Masing-masing ingin tahu apakah cerita sebalik simbol misteri itu. Emmy mulakan pencarian dia terhadap simbol tersebut. Boboiboy mula dekatkan diri kerana dia pun ingin mengetahui tentang simbol itu. Lily menoleh ke kiri untuk melihat Boboiboy. Lalu dia berpura-pura menangis
"SAMPAI HATI BBB-CHAN TAK SUKA DEKAT LILY!"
Mereka terkejut dengan tangisan Lily. Sang gadis itu goyang-goyangkan bahu Boboiboy sambil berpura-pura menangis
"Ja-janganlah ma-ma-macam tu Lily" kata Boboiboy yang masih lagi di goyang-goyangkan "Aku anggap kau se-sebagai kawan ba-baik aku"
Terus Lily berhenti menangis. Lalu bibir dia mengukir sebuah senyuman. Dia sudah kembali tenang
"Jadi Lily dan BBB-CHAN adalah kawan baik?" Boboiboy angguk kepalanya kepada Lily "YAHOOO! Tapi takpe.. suatu hari nanti, Lily bakal menjadi kekasih hati BBB-CHAN"
Boleh dikatakan Fang ingin muntah hijau disitu. Boboiboy tersengih kecil dan mampu berdiam diri sahaja. Komputer Emmy telah menjumpai sesuatu tentang simbol misteri itu. Maklumat-maklumat yang mereka terima sangat menarik
"Simbol itu sebenarnya dari sebuah empire kecil yang terletak di negara England" Harraz membaca sejarah simbol tersebut "Empire itu dibawah naungan seorang permaisuri bernama Catherine. Dia mempunyai dua anak iaitu Putera Wein dan Puteri Florence"
"Cuba baca dekat bawah tu" Fang tunjuk info menarik tentang hubungan permaisuri dan anaknya Puteri Florence "Mengikut kata sejarah, Puteri Florence cuba hendak merampas sebuah harta milik ibunya. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk dapatkan harta tersebut termasuk membunuh ibunya sendiri?! Kejamnya!"
"Tahu takpe abang Fang" kata Rizu "Harta apa yang sangat bernilai tu?"
"Kejap, biar kakak Emmy check harta apa yang sangat bernilai tu"
Emmy bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang harta karun itu. Dia juga mencari maklumat-maklumat tentang permaisuri Catherine dan anaknya puteri Florence. Akhirnya dia menjumpai satu maklumat yang agak menarik. Harta-karun yang cuba dirampas oleh sang puteri itu adalah sebuah piala kecil diselaputi dengan emas. Piala itu seperti sebuah cawan kecil seperti gelas minuman air mahal-mahal. Ianya juga mempunyai beberapa bentuk berlian di dalam warna merah. Menurut maklumat yang mereka terima, piala itu mempunyai satu kuasa iaitu dapat memberikan wajah kemudaan dan kesihatan yang bagus walaupun sudah berumur
"Patutlah si anak nak sangat harta mak dia" kata Lily sambil angguk kepalanya "Kalau Lily lah, Lily akan simpan di dalam peti sejuk!"
"Errr.. kenapa kau nak simpan dalam peti sejuk pula?" soal Harraz
"Sebab Lily boleh buat air sejuk! Tekak ni sentiasa rasa sejuk aje.. hehehehe!" Lily ketawa kecil "So, harta-karun tu memang betul-betul wujud ke?"
"Wujud" jawab Emmy "Sebab macam simbol misteri kita boleh ada dekat Pulau Rintis. Mesti ada sesuatu kan kan kan"
"Cuba baca ni" Fang tunjuk satu lagi maklumat penting "Permaisuri Catherine telah mengarahkan anak dia iaitu Putera Wein untuk sorokkan piala itu di tempat rahsia. So, Putera Wein ni berlayar ke suatu tempat untuk sembunyikan piala tu dan tempat itu adalah di sini?"
"Jadi, piala berharga tu ada dekat Pulau Rintis?" Mata Boboiboy membulat besar "Mungkin Putera Wein nak tunjukkan bukti bahawa piala itu ada disini tapi dekat mana dia sorok? Kita nak cari dekat mana?"
"Kau nak cari harta-karun tu?" Fang melirik matanya ke arah Boboiboy
"Abang Fang tak nak cari ke?" soal Rizu kepada abang angkatnya "Kalau Pizu lah kan, Pizu mesti nak cari! Lepas tu Pizu akan jadi famous sebab jumpa harta karun!"
"Famous?" Mata Fang terus bersinar-sinar "DAN ABANG JUGA BOLEH JADI POPULAR! AKU BAKAL MENJADI SEORANG PENCARIAN HARTA KARUN YANG TERKENAL!"
Mereka sudah agak kerana mencari populariti adalah salah satu hobi Fang. Apa boleh buat, itulah sifat kawan mereka yang tidak pernah berputus asa untuk menjadi popular dan paling penting sekali, lagi popular daripada Boboiboy. Sang remaja alien itu sudah mula berangan dirinya terkenal di seluruh dunia. Ramai wartawan ingin temuramah dengan dia. Bukan itu sahaja, wajah dia akan keluar di hadapan majalah-majalah seluruh dunia. Mungkin ada orang berminat untuk menjadi dia sebagai model ataupun pelakon ataupun menulis sebuah buku pengalaman dia mencari harta karun tersebut. Fang sudah berada di dalam dunianya sendiri sehingga tidak sedar Lily sedang cucuk bahunya dengan pensil
"Landak oh landak.." panggil Lily "Landak nak donut lobak merah tak?"
Fang masih lagi tidak sedarkan diri. Lily terus mengalah dan biarkan sahaja sang alien itu. Donut lobak merah memang ada di dalam makmal itu. Emmy baru beli semalam. Lalu mereka makan donut tersebut sambil hiraukan Fang yang masih lagi berangan
"Emmy ada tak clue or peta ke, dekat mana harta-karun tu tersembunyi?" soal Harraz
"Hmm... Emmy tak pasti lah"
Emmy tidak mahu mengalah. Dia cuba mencari jikalau Putera Wein ada tinggalkan petunjuk di sekitar Pulau Rintis atau di tempat lain. Hampir 10 minit Emmy mencari tetapi akhirnya, dia tidak menjumpainya. Dia rasa tidak berpuas hati. Dia memerlukan masa lagi
"Takpelah Emmy kalau tak jumpa" kata Boboiboy "Kita orang pun dah rasa seronok bila dapat tahu ada harta karun berharga dekat Pulau Rintis ni"
"Isk kau ni Boboiboy" Fang sudah terjaga dari berangannya "Kalau Putera Wein tak tinggalkan petunjuk, kita cari ajelah. Aku guna kuasa bayang dan kau boleh guna kuasa tujuh kau. Kita cari sampai jumpa!"
Lily teruk cucuk leher Fang dengan pensil
"WOI! APASAL KAU CUCUK AKU?"
Lily hanya tersengih sahaja dan lalu dia ketawa kecil. Fang sabar sahaja dengan perangai Lily yang suka membuat diri dia marah. Lily memang suka melihat Fang mengamuk sebab bagi dia, ianya adalah sesuatu yang kelakar. Entah apa seronok sangat melihat Fang marah ataupun mengamuk tak tentu pasal. Rizu fikir, mungkin Lily ada hati dekat Fang. Rizu hanya senyum sahaja melihat gelagat mereka berdua
"Aduh Fang, tak kan aku nak guna kuasa tujuh semata-mata nak cari harta-karun tu. Pulau ni walaupun tidaklah sebesar mana, tapi tak mungkin kita akan dapat jumpa harta karun tu. Lupakan sahajalah hasrat kau tu. Kita sudah dapat apa yang kita mahukan, jadi kita buat benda lain pulak lepas ni" kata Boboiboy
Fang tidak berpuas hati. Dia yakin mereka akan jumpa petunjuk baru. Dia hanya perlu mencari sahaja disekitar pulau itu walaupun dia terpaksa buat seorang diri. Tiba-tiba hidung dia dapat bau sesuatu yang dia suka. Bau itu adalah bau makanan kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Dia melihat kanan, kiri dan belakang untuk mencari dimana donut itu berada
"Siapa bawa donut lobak merah?" soal Fang
"Hahahahaha.. landak sudah terlewat! Donut lobak merah landak ada dekat dalam perut kita orang" kata Lily sambil usap perutnya sendiri "Sedap betul donut tu. Rasa macam nak makan lagi.. miahahahahaha!"
"APA?!"
Tangan Fang hampir nak pegang leher Lily tetapi Boboiboy cepat-cepat katakan sesuatu
"Fang! Apa kata aku belanja kau donut lobak merah" kata Boboiboy sambil pegang bahu Fang "Kau nak banyak donut pun boleh"
"Pizu pun boleh belanja abang Fang!"
"Aku pun boleh belanja kau juga" kata Harraz secara tiba-tiba "Aku sebelum ni tak pernah belanja sesiapa. Jadi kau orang pertama aku belanja! Boleh dikatakan kawan pertama aku belanja"
Fang rasa terharu. Bergenang air mata sang remaja alien itu. Dia mengusap air matanya. Selepas itu mata dia melirik ke arah Lily yang sudah tersengih
"Errr... landak nak aku belanja sekali ke?"
"Yelah! Dah korang semua makan donut lobak merah aku!" kata Fang
"Err.. tapi donut tu bukan ke kakak Emmy yang beli. Jadi donut lobak merah tu milik kakak Emmy" Mata Rizu terpandang wajah Fang berubah sedikit. Ianya seperti Fang dalam patah hati ataupun kecewa "Tapi kami tetap belanja abang Fang donut lobak merah!"
Emmy sebenarnya tidak begitu kisah. Dia boleh beli lagi donut-donut itu. Sekarang ini dia hanya perlu tumpukan perhatian untuk mencari harta karun tersebut. Kawan-kawan dia meminta diri untuk pergi ke bandar kerana Fang sudah mengajak mereka ke kedai donut. Mereka akan kembli untuk melihat perkembangan tentang harta karun tersebut
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa Kaizo dalam perjalanan ke bandar, tiba-tiba dia berhenti berjalan. Rupanya dia terlupa sesuatu dan berpatah balik. Dia sebenarnya terlupa nak pakai jaket baru yang dibeli oleh Lynna. Kalau dia tidak pakai, nanti kecil hati Lynna. Walaupun jaket itu nampak selesa dan bergaya, dia tetap mahu pakai dengan jaket lamanya tetapi bukan hari ini. Dia harus buktikan kepada Lynna yang dia menghargai pemberian itu
"ABANG!"
Berkerut dahi Kaizo apabila dia terdengar suara adiknya. Lalu dia pusing kebelakang dengan muka tiada reaksi. Fang kelihatan ceria. Tiada marah atau tanda-tanda nak mengamuk tak tentu pasal. Kenapa adik dia ceria? Dia sendiri tidak tahu. Fang tidak keseorangan di situ. Dia bersama dengan rakan-rakannya. Kening sebelah dia terangkat apabila dia ternampak Lily ada bersama mereka
"ABANG!"
"Kau nak apa Pang?"
"Hah! Di sebabkan adik jumpa abang dekat sini. Apa kata abang belanja adik DONUT LOBAK MERAH!" Mata Fang tiba-tiba sahaja bersinar-sinar sambil tersenyum kucing kepada abangnya
"Apa kata kau pusing belakang, bagi abang sepak kau"
"Apa kata abang sendiri yang pusing belakang dan bagi adik sepak abang!" kata Fang dengan nada tidak puas hati
Boboiboy terus menepuk dahinya. Dia tidak sangka adik beradik alien itu boleh main sepak-sepak pulak. Mungkin ini caranya mereka beramas mesra iaitu melalui keganasan. Tetapi tidak mungkin juga, ada waktunya mereka begitu mesra sekali seperti adik beradik yang tidak pernah bergaduh. Mesra ke ataupun ganas macam mana pun, Kaizo dan Fang tetap akrab seperti biasa. Boboiboy suka melihat hubungan adik beradik itu. Ianya membuatkan dia rasa cemburu sedikit
"Wuuuu... landak dan kapten itik hot nak main sepak-sepak!" Lily pula yang teruja "Apa kata korang berdua pusing kebelakang dan kita lihat siapa kena sepak dulu!"
Kaizo suka dengan idea menarik dari sang gadis itu. Lalu dia tersenyum sinis tetapi senyuman itu hanya sekejap sahaja bertahan kerana nama dia dipanggil oleh seseorang
"KAIZO! FANG!" Muncul Lynna dengan muka garangnya "Korang berdua ni, suka sangat cari pasal"
"Bila masa kau ada dekat sini?" soal Kaizo
"Aku sebenarnya nak singgah rumah kau tapi terserempak pula korang dekat sini" jelas Lynna "Jadi aku ke sini lah terus. Kebetulan aku terdengar Lily sebut pasal main sepak-sepak"
Lily tersenyum seperti orang tidak bersalah
"Ohhh.." Kaizo tidak berapa suka melihat kegarangan Lynna kerana ianya membuatkan diri dia tidak selesa "Aku bergurau sahaja tadi. Memandangkan kau ada dekat sini, kita terus ke bandar. Pang.." Mata dia melirik ke arah Fang "Jangan nak buat nakal"
"Errr.. baik abang!" Fang tersengih sedikit
"Abang Paizo tak nak ikut kita orang ke? Abang Fang nak ca-"
Mulut Rizu terus diterkup oleh abang angkat dia sendiri. Kaizo dapat merasakan ada sesuatu yang adik dia cuba sembunyikan. Dia melihat tingkah laku adiknya yang tersengih semacam. Mata dia melirik ke arah Lily dan Boboiboy. Mereka berdua nampak gelisah sedikit. Sang gadis itu hanya tersenyum nampak gigi tetapi senyuman itu seperti diri dia dipaksa senyum. Mata Lily asyik berkelip-kelip. Boboiboy pula, dia hanya tersengih seperti biasa. Mereka menunggu sahaja Kaizo dan Lynna beredar dari situ. Tiba-tiba Kaizo tersenyum sinis
"Lynna, aku rasa dia orang ni ada rahsia dan aku rasa, aku patut tahu rahsia tu"
Fang menelan ludah. Lily sudah bersiap sedia untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kerana dia tidak berapa suka berahsia tetapi Rizu berjaya bocorkan rahsia tersebut. Tangan Fang tidak berjaya menutup mulut Rizu sepenuhnya
"Abang Fang nak pergi cari harta-karun tapi kita orang tak dapat clue terbaru. Jadi kita orang semua tak tahu nak cari clue seterusnya dekat mana" jelas Rizu tanpa rasa bersalah "Abang Paizo dan kak Lynna nak bantu kita orang?"
Fang menepuk dahinya. Boboiboy rasa lega sedikit, begitu juga dengan Lily dan Harraz pula, tersengih kecil. Mata Kaizo memandang setiap seorang sambil mengusap dagunya. Apa yang dia fikirkan ketika itu, mereka semua tidak tahu
"Harta karun? Dekat pulau ni ada harta karun?" soal Kaizo dalam keadaan keliru sedikit
"HARTA-KARUN?!"
Mereka terkejut dengan suara jeritan dari seseorang iaitu Gopal. Di tangan kanan dan kiri dia penuh dengan beg makanan. Dia teruja apabila terdengar perkataan harta karun. Bukan dia sahaja yang teruja, kawan-kawan perempuan mereka juga teruja. Yaya, Ying, Faye dan Bella ada di situ juga. Masing-masing sedang membawa sesuatu. Ianya seperti mengadakan sebuah jamuan untuk seseorang
"Adeh" Fang menepuk dahinya sekali lagi "Habis semua orang dah tahu tentang harta-karun ni"
"Wow, harta-karun apa yang menarik ni?" soal Bella "Birthday aku kan esok.. so, beritahulah aku"
"Ah, kau sibuk" kata Fang "Bukan ke korang ada birthday party awal, ni tiba-tiba nak sibuk dalam hal kita orang apasal? dan kenapa si Gopal join korang juga?" Mata dia terus melirik ke arah Gopal
Jawapannya ada satu sahaja iaitu makanan. Di mana ada makanan sedap, disitulah Gopal akan ada. Gopal tersengih sambil sorokkan beg-beg plastik makanannya di belakang badan. Boboiboy, Fang dan Harraz tidak dijemput menghadiri jamuan hari jadi itu tetapi Gopal pula, dia yang menjemput dirinya sendiri untuk menyertai sambutan hari jadi Bella
"Hmm.. kawan kau ni sibuk nak join kita orang" kata Bella yang tidak begitu puas hati "Tapi aku tak naklah jadi perempuan kejam cakapkan tak boleh. Jadi aku berikan kebenaran untuk menyertai birthday party aku tapi dengan satu syarat, dia kena bawa makanan sedap-sedap"
Gopal angguk kepalanya sambil tersengih. Fang menahan kemarahan dia dan tidak mengamuk di situ. Bella kembali sambung berkata-kata tetapi kali ini bukan untuk Gopal
"Dan Lily.. sampai hati Lily tinggalkan kita orang semata-mata nak pergi jumpa Boboiboy" suara Bella berubah menjadi sedih sedikit. Kali ini berlakon seperti dalam keadaan sedih dan kecewa "and kau tak beritahu kita orang pun pasal harta-karun tu! Birthday aku esok and korang semua sibuk, sebab tu kita adakan picnic party dekat tepi pantai. Apa kata pencarian harta-karun ni adalah birthday gift untuk aku?"
Fang boleh lihat senyuman sinis Bella. Dia tahu jikalau dia katakan tidak dan memberontak, sudah tentu abang dia akan ketuk kepala dia dengan entah apa atau pasal teruk sekali, kena tolakan tenaga. Kawan-kawan dia pula akan bising kepada dirinya. Jadi dia terpaksa membuat keputusan yang sangat meyakitkan hati dia
"Yelah yelah, kau boleh join pencarian harta-karun kita orang tapi.."
"Tapi apa pretty boy?" soal Bella
"Kita orang buntu sebab tiada petunjuk baru" kata Boboiboy
"Kita orang cuma dapat info sedikit tentang harta-karun tu" sambung Harraz "Tak tahulah kalau korang pernah nampak simbol misteri tu dekat mana-mana"
"Simbol?" soal Ying yang rasa ingin tahu tentang simbol itu "Simbol apa korang katakan itu"
"Macam menarik jea tentang pencarian harta karun ni" Yaya tertarik dengan pencarian itu "Jadi, mana simbol misteri itu?"
Fang dengan berat hati, dia tunjuk gambar simbol misteri itu kepada kawan-kawannya. Hologram simbol itu timbul supaya mereka boleh melihatnya secara jelas. Kelihatan jelas mereka tidak pernah nampak simbol tersenyum kecuali Bella. Mata dia membulat besar. Lalu dia meneliti simbol itu. Dia pernah nampak simbol itu tapi dimana? fikir Bella. Dia cuba ingatkan balik
"Kau kenapa Bella?" soal Yaya
"Aku.." Bella mengusap dagunya sambil melihat simbol tersebut "Macam pernah nampak simbol tu tapi aku tak ingat dekat mana"
"Mungkin kakak Bella pernah nampak simbol tu dekat taman"
"Bukan Rizu" kata Bella "Akak nampak dekat tempat lain tapi akak lupa dekat mana. Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena ingatkan balik" Dia memicit dahinya untuk ingatkan kembali
"Kalau Bella tak ingat, jangan memaksa sangat diri itu" tegur Lynna "Nanti Bella sakit kepala pula. Jomlah Kaizo, kita pergi kedai makanan yang best-best"
Sebaik sahaja Gopal terdengar perkataan makanan, mata dia terus bersinar-sinar. Dia tersenyum besar sambil melihat Kaizo dan Lynna, dengan harapan yang dia boleh mengikuti mereka berdua. Kalau boleh, dia ingin bawa mereka kedai makanan mana yang menarik dan sedap. Setiap kedai makanan yang ada di pulau itu, dia tahu mana satu makanan mana yang paling sedap. Fang ketuk kepala Gopal
"Dey! apasal kau ketuk kepala aku?" Gopal mengusap-gusap kepalanya
"Kau jangan mengatal sangat nak ikut abang dan kak Lynna pergi keluar makan!"
"Ma-mana ada. Aku cuma nak bagi cadangan sahaja tapi kau ketuk kepala aku pula. Manalah tahu dia orang nak bawa aku sebagai tour guide dia orang ke" Gopal tersenyum bangga di situ "Aku kan paling expert kalau bab-bab makanan ni"
Gopal yang penuh harapan, terus hilang semangat apabila Kaizo berikan renungan maut. Dia rasa lutut dia jadi lemah, rasa seperti ingin jatuh di situ. Gopal terus diamkan diri. Akhirnya Bella sudah mengingati balik dimana dia jumpa simbol misteri itu. Wajah dia berubah menjadi ceria
"Aku sudah ingat!" jerit Bella
Masing-masing sudah memasang telinga, mata mereka hanya tertumpu kepada Bella sahaja. Kaizo dan Lynna juga ingin mengetahuinya. Simbol misteri itu membuatkan mereka berdua curiga dan rasa teruja untuk mengetahui harta-karun tersebut
"Aku pernah nampak dekat dengan gudang lama!"
"Hah?! Gudang lama?" kata mereka secara serentak kecuali Kaizo dan Lynna
"Wuuuu.. dekat situ ada rahsia yang kita tidak ketahui. Mungkin sebab gudang itu menjadi gudang terbiar" Lily sudah terbayangkan ada pintu rahsia yang tersembunyi di lantai gudang tersebut "Bestnya kalau betul-betul ada harta karun dekat situ!"
"Kalau begitu, KITA KE GUDANG LAMA!"
"Tiba-tiba pula si Fang ni naik semangat" bisik Boboiboy sambil mengeluh sedikit
"Lepas dapat cari harta karun tu, kita boleh berparty dekat pantai!"
"Betul tu Gopal!" kata Fang "Kita celebrate kejayaan kita bersama! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! DAN AKU AKAN MENJADI POPULAR!"
"Bila masa pula aku invite si landak ni" bisik Bella
Kaizo sabar sahaja dengan perangai adiknya. Maka dengan itu, mereka semua bergerak ke gudang lama yang terletak jauh dari taman perumahan itu. Bella bawa mereka ke tempat simbol misteri yang dia jumpai. Simbol itu terletak pada sebuah batang pokok yang berdekatan dengan gudang terbiar. Tiada siapa yang pernah jumpai simbol itu kerana pokok tersebut berada di dalam sebuah hutan. Masing-masing perhatikan simbol itu pada batang pokok tersebut. Fang ingin pastikan simbol itu sama seperti simbol yang dia jumpai di taman. Ianya adalah simbol yang sama tetapi apa maksudnya? Kenapa ada dua simbol misteri berlainan tempat? Mesti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik hutan itu
"Bagaimana Bella boleh jumpa simbol ini?" soal Lynna
"Masa tu Bella baru pindah sini" Bella mula bercerita "Saya tiada kawan ketika itu. So, saya pergilah main bola tampar dekat sini, jauh dari orang ramai. Masa tu Bella rasa down sebab kenangan pahit di sekolah lama. Bella takut perkara yang sama terjadi dekat sekolah baru nanti. So, saya datanglah ke sini, main bola sorang-sorang"
Faye dan Lily pegang bahu Bella untuk memberikan kekuatan kepada kawan baik mereka. Bella tersenyum kecil melihat dua rakan baiknya. Dia bersyukur dapat bertemu dengan kawan yang baik atau lebih dikenali sebagai sahabat sejati
"Masa tengah main bola tampar tu, bola saya tercampak masuk ke dalam kawasan hutan. Masa tengah cari tu, saya terserempak dengan simbol misteri itu. Masa tu saya ingat ada orang buat ukiran dekat pokok tu sahaja. Tak tahu pula ada maksud lain" jelas Bella kepada Lynna
"Mesti ada sesuatu dekat kawasan ni" Fang mengusap dagunya "Kita kena cari sampai dapat!"
Lalu Kaizo ketuk kepala adiknya tanpa sebab
"ABANGGG!"
"Yang kau nak sangat cari harta-karun ke kenapa? Penting sangat ke?"
"Mestilah penting! Inilah tiba masanya untuk adik menempah nama di dunia sejarah! Adik akan menjadi popular! dan menjadi perbualan di setiap mulut manusia yang ada di bumi ini!"
Kaizo ketuk kepala adiknya kali kedua. Fang pijak kaki abangnya. Lalu Kaizo pegang tangan adiknya dan pusing kebelakang badan adiknya. Fang menjerit kerana sakit. Kawan-kawan Fang tersengih sedikit dan rasa kasihan
"Sudah-sudahlah tu" tegur Lynna "Daripada korang bergaduh dekat sini, baik kita cari harta-karun tu"
"Betul tu kak Lynna" Boboiboy rasa lega bila Lynna marah adik beradik alien itu "Aku boleh berpecah kepada tujuh untuk mencari petunjuk yang seterusnya"
Mata Lily terus bersinar-sinar kerana dia tahu Boboiboy Gempa akan muncul. Dia betul-betulkan rambutnya dan pakaian dia supaya nampak lebih kemas. Faye tergelak sedikit melihat gelagat Lily. Malangnya Boboiboy tidak berpecah kepada tujuh. Kecewa hati Lily
"Dey, kau yakin ke ada petunjuk baru dekat sini. Manalah tahu dekat tempat lain ada simbol misteri ni lagi. Yelah, dia saja letak sebab tak naka beritahu lokasi yang sebenarnya, lebih-lebih lagi dekat si budak Fang ni"
"Betul juga kata Gopal tu tapi kita kena periksa dulu. Kalau takde, sampai sini sahajalah pencarian kita" kata Yaya
Kata-kata Gopal tadi membuatkan Fang terfikir. Bagaimana ianya memang betul dan ini bukan lokasi sebenarnya. Dia tolak kata-kata Gopal tadi dan terus mencari di sekitar pokok itu. Harraz tidak pergi mencari tetapi mata dia hanya tertumpu kepada simbol tersebut. Mata dia seperti nampak sesuatu yang orang lain tidak nampak. Mata dia melirik ke atas dan nampak beberapa nombor yang diukir pada batang pokok tersebut. Di bahagian bawah ukiran nombor tersebut, ada ukiran satu garisan berlekok-lekok
"Apa lu tengah tengok?" soal Ying secara tiba-tiba
"Cuba kau tengok dekat atas tu" Jari Harraz tunding ke arah nombor-nombor tersebut "Itu adalah nombor koordinasi tapi aku tidak pasti dimana"
"HAH? KAU JUMPA SESUATU"
Suara tinggi Fang membuatkan mereka berkumpul di kanan kiri Harraz. Masing-masing melihat nombor koordinasi tersebut. Mereka cuba fikirkan koordinasi tersebut, kemana ianya akan membawa mereka. Gopal sudah terbayangkan koordinasi itu akan membawa mereka ke negara berpasir iaitu Mesir. Fang pula, terlalu yakin jikalau bawah rumah dia ada sebuah rahsia yang tersembunyi
"Kita perlukan bantuan dari Ochobot" kata Boboiboy secara tiba-tiba "Dia boleh bawa kita terus ke sana"
"Kalau begitu, kita ambil nombor ni dan cari Ochobot"
"Tak yah cari pun" kata Gopal kepada Yaya "Dia ada dekat kedai Tok Aba"
"KITA KE KEDAI TOK ABA!"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ochobot rasa pelik apabila melihat Boboiboy dan rakan-rakan dia sedang tersengih kerana inginkan sesuatu. Kaizo dan Lynna hanya duduk di tepi kedai sambil menikmati Ice Blended Chocolate. Mereka biarkan budak-budak itu selesaikan masalah harta karun itu tanpa bantuan daripada mereka berdua. Boleh dikatakan mereka sebagai pengawal keselamatan ataupun pemerhati sahaja. Jauh dihati sebenarnya, mereka rasa curiga tentang harta-karun itu
"Korang tengok aku semacam kenapa?" soal Ochobot
"Kami perlukan bantuan daripada kau!" kata Lily
"Bantuan? Selama ni, korang asyik ke sana ke sini tanpa ajak aku pun. Sekarang ni tiba-tiba perlukan bantuan daripada aku pula"
"Merajuk pulak si robot kuning ni" bisik Fang
Boboiboy rasa bersalah ketika itu. Dia sentiasa pergi berseronok tanpa mengajak Ochobot. Lagipun Ochobot selalu sibuk menolong Tok Aba di kedai. Kali ini dia janji akan membawa Ochobot sekali. Dia tidak akan tinggalkan Ochobot, kawan baiknya
"Ochobot, kita orang perlukan kau teleportasi ke koordinat yang kita orang jumpa" kata Boboiboy "Kau boleh ikut kita orang kali ini! Bolehlah kau menjadi sebahagian pencarian harta-karun kita! Ochobot janganlah merajuk ok. Aku tak patut tinggalkan kau"
"Hmm... takpe, aku maafkan" kata Ochobot sambil mengelap gelas "Lagipun aku selalu sibuk dekat kedai Tok Aba ni. Yelah, aku tak nak Tok Aba buat kerja seorang diri"
Boboiboy rasa bersalah lagi. Sepatutnya diri dia yang tolong Tok Aba tetapi Ochobot pula yang rajin menolong. Boboiboy tersengih sedikit
"Ala, atuk boleh buat kerja sorang-sorang dekat sini. Ochobot pergi tolong dia orang tu" kata Tok Aba
Ochobot letakkan gelas dan kain lap dia di atas meja kaunter. Lalu Yaya tunjuk nombor koordinasi yang mereka jumpa tadi. Nombor-nombor itu dimasukkan ke dalam sistem teleportasi Ochobot. Mereka sudah tidak sabar ke mana koordinasi itu akan membawa mereka. Lebih-lebih lagi Fang, dia yang terlebih teruja. Ochobot membuka sebuah portal di tepi kedai tersebut. Fang menjadi orang pertama melangkah masuk ke dalam portal dan seterusnya diikuti oleh rakan-rakan dia. Kaizo dan Lynna tidak ketinggalan juga. Sebaik sahaja Fang melangkah keluar dari portal itu, dia kelihatan keliru dan kecewa sedikit. Koordinasi tersebut adalah tempat dia jumpai simbol misteri tersebut. Portal itu ditutup selepas sahaja mereka semua sudah berada di situ
"Abang Fang, ini tempat kita jumpa simbol tu" kata Rizu
"Hmmm.. mungkin ada sesuatu yang kau tak jumpa lagi kot" kata Boboiboy
"Seperti pintu rahsia?" Gopal terbayang pintu rahsia itu berada di bawah sebatang pokok. Lalu dia membelek-belek setiap batang pokok yang berdekatan di situ
"Dekat mana kau jumpa simbol tu?" soal Bella
Fang tunjuk ke arah pokok-pokok renek. Mereka tidak tahu ada sebuah bangku yang tersembunyi disebalik pokok-pokok renek itu. Rizu dengan baiknya, dia masuk celah-celahan pokok-pokok tersebut untuk tunjukkan bangku itu. Bukan mereka semua boleh masuk ke dalam situ. Lalu mereka menyuruh Harraz masuk terlebih dahulu kerana dia yang menjumpai nombor koordinat tadi
"Aku juga yang kena" bisik Harraz sambil mengeluh
"Lu ada jumpa apa-apa tak?" soal Ying
"Belum" kata Harraz sambil tundukkan dirinya
Mata dia hanya terpandang simbol yang dijumpai oleh Fang sebelum ini. Harraz tidak mahu berputus asa. Lalu dia gigihkan diri untuk mencari jikalau ada petunjuk di situ. Akhirnya dia jumpa sesuatu iaitu nombor koordinasi. Nombor-nombor itu tersorok pada bahagia bawah tempat duduk bangku tersebut. Apa yang membuat dia rasa pelik, ada suatu ukiran garisan panjang berlekok-lekok. Ukiran itus sama sahaja yang dia jumpai di permukaan sebatang pokok yang berdekatan dengan nombor koordinat tadi. Adakah itu petunjuk dimana harta-karun itu disembunyikan?
"Harraz, lama betul kau dekat bawah tu"
"Maaf Boboiboy" Harraz keluarkan diri "Aku ada jumpa nombor koordinasi tapi.."
"Tapi apa?" soal Fang yang tidak sabar
"Tapi..." Harraz melihat kawan-kawan dia dan lalu berkata "Takpelah... masukkan nombor koordinasi ni dekat Ochobot"
Harraz memberikan nombor-nombor tersebut kepada Ochobot. Nombor koordinasi itu telah dimasukkan, lalu sang robot kuning itu membuka pintu teleportasi. Hati Harraz meneka bahwa nombor koordinasi itu akan membuatkan kawan-kawan dia rasa kecewa. Fang menjadi orang pertama memasuki ruang teleportasi tersebut. Lalu dia ikuti oleh kawan-kawan dia yang lain. Kaizo dan Lynna tetap menyertai mereka. Lynna rasa teruja sedikit, manakala Kaizo pula, tiada perasaan atau apa-apa emosi yang ada didalam hatinya
"Apa? APASAL KITA KE SINI PULAK?!"
Fang terkejut kerana koordinasi tadi telah membawa mereka kembali ke gudang terbiar, tempat yang Bella membawa mereka sebentar tadi. Harraz sudah menjangka benda ini akan berlaku
"Harraz, betul ke nombor yang kau berikan tadi?" soal Gopal
"Betul lah" kata Harraz "Aku ingat nombor-nombor tu tadi. Kalau nak check balik, boleh aje"
"Hmm.. tak perlulah" Boboiboy rasa, sampai di sini sahaja pencarian mereka "Walaupun hati sedikit kecewa tetapi kita harus-" Tiba-tiba dia ditolak oleh Fang. Selamat Boboiboy tidak jatuh "Wei, apasal kau tolak aku?"
"Kau nak kita putus asa?! INI BUKANNYA MASA UNTUK PUTUS ASA! AKU TAHU, KITA YAKIN DAPAT JUMPA HARTA-KARUN TU!" Selepas itu kepala dia diketuk oleh Kaizo "ABANGGGGG! APASAL ABANG KETUK KEPALA ADIK?"
"Sebab kau sendiri tahu betapa sukarnya nak cari harta-karun ni. Baik kau lupakan ajelah niat kau tu dan ikut misi abang esok"
Kaizo dan misi dia, memang tidak dapat dipisahkan. Lynna tergelak kecil Kaizo selalu teruja apabila mendapat misi baru. Setiap misi yang Kaizo terima, dia akan jalankannya dengan lancar. Fang tidak sedar yang Lily sedang perhatikan dia dalam keadaan marah. Sang gadis itu sedang tahankan dirinya daripada mengamuk kerana Fang telah menolak Boboiboy sebentar tadi
"Bagi aku fikir sekejap" kata Harraz
Mereka tinggalkan Harraz sebentar untuk memberikan dia ruang supaya dia dapat berfikir secara jelas. Harraz berdiri di hadapan pokok, tempat yang dia jumpa nombor koordinasi tadi. Lily masih memerhati Fang lagi. Mulut dia bergerak-gerak seperti ingin menjerit di telinga Fang
"Kakak Lily ok ke?" soal Rizu
"Akak ok!" kata Lily dengan penuh kemarahan "Akak ok sebab AKAK SEDANG CUBA TENANGKAN DIRI DARIPADA BELASAH SI BUDAK LANDAK TU!"
"Apa si landak tu buat?" soal Bella
Fang buat-buat tidak dengar kerana dia malas hendak melayan karenah Lily. Dia hanya tumpukan perhatian dia terhadap Harraz sahaja. Dia harus gunakan tenaga dia untuk mencari harta-karun ini, bukan untuk melayan Lily. Itu yang difikirkan oleh Fang
"Si landak tolak MY BBB-CHAN!"
"Ala, Fang tolak sikit sahaja tu" kata Yaya "Lily jangan marah-marah sangat"
"Betul betul.. si Fang tu bukannya tolak Boboiboy sampai jatuh bergolek-golek" Ying tersengih sedikit "Lily pun tahukan perangai si Fang tu macam mana"
"Tapi... tapi.." Lily terus berikan renungan maut dia kepada Fang "Lily tetap marah dekat si landak tu! Takpe, dengan kuasa Lily, akan Lily menghukum si landak tu! Lily akan panggil segala itik tentera dan serang si budak landak tu!"
Kaizo tergelak kecil. Dia terbayangkan sang gadis bernama Lily mempunyai sebuah kuasa yang dapat menghentam Fang sepuas-puasnya tapi itu semuanya hanyalah bayangan sahaja. Dia percaya bahawa Fang akan terima akibatnya iaitu dengan kepelikan Lily dapat memeningkan atau membuat adiknya mengamuk tak tentu pasal
"Ok, aku pasti ini adalah koordinat kita yang seterusnya" kata Harraz secara tiba-tiba
"Errr.. kau pasti ke?" soal Fang "Mana kau tahu ada koordinat yang baru? Aku tak nampak pun dia tulis dekat pokok tu"
"Sebab.." Harraz rasa malu pula secara tiba-tiba "Sebab aku buat kiraan kedua-dua koordinasi yang kita jumpa tadi" Pipi dia terasa merah pula "Aku yakin dengan koordinat baru ni akan membawa kita ke tempat lain" Mereka sebenarnya tidak berapa faham sangat apa yang Harraz buat dengan nombor-nombor tersebut sehingga dapat nombor koordinat yang baru
"Jadi, apa nombor koordinat itu?" Datang Ochobot yang tidak sabar untuk membuka pintu portal ke tempat yang baru
Harraz memasukkan nombor koordinasi itu pada badan bulat Ochobot. Lalu robot kuning itu membuka pintu portal baru. Harraz berharap, tekaan dia adalah betul
"Bagi aku masuk dulu" kata Fang "Biar aku periksa dulu. Kalau ianya sesuatu yang mengecewakan, korang lupakan ajelah"
"Hmm.. boleh percaya ke?" Gopal mengusap dagunya sambil memerhatikan Fang "Dey, bagaimana itu adalah tipu helah kau sahaja. Yelah, kau nak halau kita orang supaya kau dapat harta-karun tu seorang diri"
"Jangan risau" Kaizo berjalan ke depan secara tiba-tiba "Biar aku dan Lynna pergi periksa dulu supaya budak Pang ni tak boleh tipu kami semua"
"Cheh" Fang terus bersilang tangan
Lily gembira dengan keputusan Kaizo tadi. Bagi dia, itu adalah hukuman Fang kerana menolak Boboiboy tadi. Mereka semua melihat Kaizo dan Lynna memasuki pintu portal itu bersama. Tidak sampai 10 saat, Lynna kembali dan panggil mereka semua masuk. Suara Lynna kelihatan ceria. Mereka dapat rasakan ianya adalah petanda yang baik. Fang melangkah masuk ke dalam portal itu. Mata dia terus bersinar-sinar kerana dia kini berada di tanah lapang atas bukit dan berdekatan dengan laut
"WUUUUUU! BESTNYA!" kata Lily yang sudah tiba di situ "Bella! Kita celebrate birthday Bella dekat sini! Angin dekat sini pun best!"
Lily depakan kedua-dua tangannya untuk merasai tiupan angin bersempoi-sempoi di atas bukit itu. Dia tersenyum suka sambil berangan Boboiboy sediakan tempat berkelah mereka berdua
"Ini bukan ke bukit dekat Pulau Rintis? Macam tak jauh aje kita pergi" Boboiboy garu-garu kepalanya dengan penuh curiga "Betul ke ni Harraz?"
"Betul lah apa yang aku teka" kata Harraz "Cuba korang tengok pulau dekat depan sana" Jari dia tunjuk sebuah pulau yang berada jauh dari situ
"Kenapa dengan pulau tu?" soal Gopal
"Cuba kau tengok bentuk bukit pulau tu"
Gopal memerhatikan bukit-bukau yang ada di pulau tersebut. Dia tidak memahami apa yang Harraz cuba sampaikan. Harraz cuba jelaskan kepada Gopal tetapi dia sudah menghilangkan diri. Gopal malas hendak berfikir sebenarnya
"Baiklah, kita ke pulau tersebut!" kata Fang secara tiba-tiba "Maknanya harta-karun tu ada dekat pulau tu kan?"
"Betul tu!" jawab Harraz
"Jadi, kita ke sana semua!" Fang pusing kebelakang dan terkejut apa yang dia lihat
Mulut Fang ternganga luas. Mata dia terkebil-kebil melihat kawan-kawannya sudah pun berkelah di situ. Kek hari jadi Bella sudah tersedia di atas tikar. Paling mengejutkan Fang adalah abang dia dan juga Lynna menyertai perkelahan itu. Harraz tersengih sahaja
"WOI! INI BUKAN MASANYA UNTUK BERSUKA-RIA!"
"Ala kau ni landak potato goreng" Bella tinggikan suara dia sedikit "Rehat-rehatlah dulu dari mencari harta-karun kau tu. Meh sini sambut hari jadi aku dan kau jangan cuba nak rosakkan sambutan hari jadi aku!"
"Betul kata kawan kau tu" Kaizo mencelah "Duduk makan, lepas tu kita sambung balik"
"Cheh, dia pun sama aje" bisik Fang sambil merungut
Sebenarnya Kaizo tengah lapar. Sepatutnya dia dan Lynna keluar makan bersama hari ini tetapi disebabkan pencarian harta-karun ini membuatkan dia tertarik, jadi dia sertai pengembaraan mereka
Lalu Fang menyertai perkelahan kawan-kawan dia. Terpaksalah dia menyambut hari jadi Bella walaupun hati dia jauh memandang pulau tersebut. Harraz segan-silu untuk berjamu selera dengan mereka. Yaya dan Ying asyik pelawa dia pelbagai jenis makanan yang mereka bawa. Harraz tidak menolak pelawaan mereka. Lily pula, asyik nak suap Boboiboy sahaja tetapi asyik kena tolak dengan sang topi oren itu. Selepas sahaja selesai sesi perkelahan mereka, maka mereka sambung kembali untuk mencari harta-karun tersebut. Mereka bergurau-senda, gelak ketawa dan berkongsi cerita di atas bukit itu sambil menikmati juadah yang tersedia di atas tikar
"Hah! Tadi kau nak cakap sesuatu pasal pulau tu kan"
"Errr.." Mata Harraz terus melirik ke arah Gopal "Sebelum aku jelaskan, ada sesiapa nampak ukiran dekat pokok dan bangku tu tadi?"
Masing-masing tidak menjawab kerana mereka semua tidak perasan kecuali Bella. Mata dia membulat besar. Lalu dia terus pandang pulau tersebut
"MAKSUD KAU, UKIRAN TU ADALAH SEBENARNYA BUKIT DEKAT PULAU TU!"
"Wei, boleh tak kau jangan menjerit" tegur Fang yang masih lagi tengah makan donut lobak merah
"Betul tekaan kau Bella!" kata Harraz dengan penuh bangga "Dia berikan petunjuk bahawa harta-karun tu ada dekat sana!"
"Kau ada koordinat nak pergi sana ke?" soal Ochobot. Harraz hanya membalas dengan satu sengihan "Maknanya, kau tiada koordinat ke sana. Jadi kita perlu naik boat untuk ke sana"
"Tak perlu!" Lynna kelihatan bersemangat "Biar akak bawa kamu ke sana!"
Masing-masing semua kelihatan teruja kerana mereka tahu Lynna mempunyai kuasa luar biasa. Hanya Kaizo sahaja yang tidak teruja tetapi bangga mempunyai seorang kawan yang sama kuat seperti dia. Fang memerhatikan wajah abangnya, ada sedikit senyuman dari bibir abangnya. Fang pula tersenyum sedikit. Entah kenapa dia senyum, dia sendiri pun tidak tahu. Lynna memanggil mereka untuk buat satu bulatan dan pegang tangan satu sama lain. Lily mahu pegang tangan Boboiboy tetapi dia dihalang oleh Ochobot. Terpaksalah Ochobot duduk di tengah-tengah antara Boboiboy dan Lily
"Semua sudah bersedia?" Lynna melihat kanan dan kirinya
"Sudah" kata Kaizo yang berdiri sebelah Lynna "Semua ingat, jangan lepaskan tangan"
"Eh, kau macam tahu aje apa aku nak cakap nanti" Lynna tersenyum sedikit
Pipi Kaizo menjadi merah sedikit. Fang tergelak melihat wajah abangnya. Lalu Kaizo menggenggam kuat tangan adiknya sehingga membuatkan Fang menjerit sedikit. Kaizo tersenyum sinis sambil melihat adiknya yang cuba hendak mengamuk di situ. Tanpa membuang masa, Lynna mengunakan kuasa teleportasinya untuk ke pulau tersebut. Rizu teruja melihat dirinya di kelilingi dengan cahaya-cahaya kecil berwarna ungu berterbangan sana sini. Dalam sekelip mata sahaja mereka semua hilang dari situ. Mereka muncul balik tetapi kali ini di tempat destinasi iaitu pulau tersebut
"BESTNYA! KAK LYNNA BAWA KITA ORANG PERGI TEMPAT LAIN PULAK!" Lily meloncat-loncat kegembiraan
"HA AH! BAWA FAYE KE PARIS ATAUPUN NEW YORK KE! BOLEH PERGI SHOPPING!"
"PIZU PUN NAK IKUT SEKALI!"
Boboiboy menepuk dahinya. Lynna tersenyum sahaja sambil melihat gelagat mereka bertiga. Mulut Fang berkumat-kamit seperti memberikan sumpahan kepada Lily kerana ini semua bermula dari dia, fikir Fang. Dia cuba abaikan suara-suara sumbang itu kerana dia ingin menumpukan perhatian terhadap harta-karun
"Harraz, apa petunjuk yang seterusnya?" Fang masih lagi bersabar
"Err.." Harraz sebenarnya tiada petunjuk baru. Dia takut untuk beritahu kepada Fang
"Jangan cakap kau tiada petunjuk baru?!"
"Kau jangan nak marah-marah dia pulak" tegur Yaya "Dia sudah bawa kita ke sini. Jadi sekarang ini kita cari petunjuk yang seterusnya. Lagipun pulau ni tidaklah sebesar mana"
"Yolaah.. aku boleh aje pergi periksa sekitar pulau ni. Kalau aku jumpa benda-benda mencurigakan atau pelik, aku akan beritahu maaa.." kata Ying
"Hmm.. kalau macam tu, kita semua berpecah" Fang memberikan cadangan yang bernas "Boboiboy! Kau pecah jadi tujuh. Yaya boleh cari dari bahagian atas sebab dia boleh terbang dan Ying, kau larilah selaju mana yang kau nak tapi jangan terlepas pandang pulak"
"Aku pulak?" soal Gopal sambil tuding jarinya ke diri sendiri
"Kau..." Fang mengusap dagunya sambil memerhatikan Gopal "Hmmm... kau cari dekat-dekat sini tapi aku pasti kau cari tak sampai 5 minit sebab penat ataupun lapar"
Gopal tersengih sedikit. Mereka semua tahu perangai Gopal macam mana. Faye seperti Gopal juga tetapi dia tidaklah kemalasan sangat. Dia tetap bersemangat, jauh lagi semangat daripada Gopal
"Jadi, abang pun kena cari juga ke?"
"Errr..." Fang melihat abangnya yang bermuka serius itu "Errr.. abang duduk sini pun boleh aje. Abang enjoy enjoy ajelah angin dekat pulau ni. Kak Lynna pun sama jugak.. hehehe"
Lalu Fang membawa Rizu pergi mencari harta-karun tersebut. Mereka semua berpecah ke sana ke sini untuk mencari sesuatu kecuali Kaizo dan Lynna. Sang kapten itu duduk sambil melunjurkan kaki. Dia dan Lynna duduk di situ dalam keadaan tenang, manakala yang lain pula, sibuk mencari petunjuk baru. Berkerut dahi Fang apabila dia melihat abang dia sedang senang-lenang di situ tanpa memberikan pertolongan. Hati dia tetap sabar walaupun di dalam kepala otak dia sudah terbayangkan untuk tedang abangnya
"Abang Fang jumpa apa-apa tak?" soal Rizu
"Errm... takde" kata Fang dengan hati yang kecewa tetapi pada yang sama, dia geram dengan abangnya "Rizu lak, ada jumpa apa-apa ke?"
"Takde abang Fang" jawab Rizu sambil mencari di setiap sisi pokok "Macam susah jea nak petunjuk yang seterusnya. Rasanya macam tak wujud"
"Rizu! Janganlah cakap macam tu" Hati Fang terus menjadi sedih "Abang yakin, harta-karun tu wujud dan ianya ada di pulau kecil ni!"
"LANDAK!"
"HAH! Tengok, si pelik dan jumpa petunjuk yang seterusnya"
Fang dengan senang hati, pergi ke arah Lily yang berdiri di sebelah sebatang pokok. Hati dia berdebar-debar kerana tidak tahu petunjuk apa yang mereka akan terima. Lily hanya tersenyum sahaja. Ianya seperti sebuah senyuman yang menyimpan sesuatu perkara yang menarik
"Mana petunjuk tu?" soal Fang
"Mana ada petunjuk. Lily nak tunjuk tu aje" Jari Lily hanya tunding ke arah batang pokok tersebut "Ada orang ukir gambar landak dekat pokok tu.. MIAHAHAHAHAAHA! Nampak comel pulak lukisan landak tu"
Aura-aura bayang hitam mula keluar dari sekeliling Fang. Hati dia bagaikan lava sedang mendidih dan ianya sudah bersedia untuk meletup dalam bila-bila masa sahaja. Rizu sudah melarikan diri kerana takut melihat abang angkat dia mengamuk tidak tentu pasal
"Kau nak kena tendang dengan aku ke?" Suara Fang ketika itu agak menakutkan "Aku sudah lama nak tendang seseorang tapi tak sangka pula, si pelik ni akan menjadi mangsa tendang aku"
"Errr.. LILY LARI DULU!" Sang gadis itu melarikan diri sambil menjerit sesuatu "LILY BERGURAU AJE! BBB-CHAN HELP MEEE!"
Tiba-tiba kepala Fang diketuk oleh seseorang. Fang menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang ketuk kepala dia. Rupanya Kaizo ada dibelakang Fang. Riak wajah Kaizo agak garang ketika itu. Fang gosok kepalanya walaupun tidaklah sesakit mana pun
"Wei landak goreng!" Bella pula panggil kali ini "Aku jumpa sesuatu dekat sini"
Fang beredar dari situ dan terus ke tempat Bella. Sang gadis itu tunjukkan sesuatu yang ada pada permukaan batu kecil. Dahi Fang berkerut-kerut kerana apa yang ditunjuk oleh Bella adalah ukiran yang sama seperti tadi
"Kau dan si pelik tu saja nak buat aku naik marah!"
"Lah! Sama ke? Mana aku tahu si Lily tunjuk dekat kau benda yang sama tapi.." Bella mengusap dagunya "Apasal ada simbol yang sama? Betul ke itu bukan petunjuk yang seterusnya?"
Pertanyaan Bella tadi membuatkan Harraz pergi siasat simbol itu pada permukaan pokok. Lalu dia pergi ke tempat Bella sedang berdiri. Dia perhatikan simbol di permukaan batu itu pula. Ianya memang sama tetapi ada sedikit perbezaan. Di dalam simbol badan landak itu ada simbol arah. Harraz sudah mengetahui bagaimana untuk mencari harta karun tersebut
"Kita kena ikut petunjuk arah dari simbol-simbol itu tadi tapi.."
"Tapi apa Harraz?" soal Yaya yang mendarat di sebelah remaja lelaki itu "Kenapa? Ada sesuatu yang tak kena ke?"
"Bukan Yaya" jawab Harraz "Kita kena cari permulaan simbol tersebut. Kalau tidak, kita tidak tahu kedudukan harta karun tersebut"
"Kalau begitu, kita semua berpecah semula dan cari simbol-simbol landak tu" kata Fang dengan semangat baru "Kita cari sampai jumpa!"
Mereka kembali mencari simbol tersebut dari atas hinggalah ke bawah. Simbol itu agak sukar untuk dicari kerana ianya terlalu kecil tetapi mereka tidak akan mengalah. Kaizo dan Lynna tidak membantu mereka kerana Kaizo ingin berehat sebelum dia terima misi baru kommander Kokoci. Lynna pula, dia ingin menikmati permandangan di situ. Mereka hanya mendengar jeritan-jeritan dari sekumpulan remaja itu apabila mereka menjumpai simbol-simbol tersebut. Mereka naik turun dari pulau tersebut, berlari ke sana sini sambil mengikut arah simbol tersebut. Suasana agak kecoh di sekitar pulau itu. Akhirnya mereka berhenti di tapak tempat Kaizo dan Lynna sedang duduk bersantai. Mata masing-masing sedang memerhatikan sesuatu yang ada di atas tanah
"Apasal korang ada dekat sini?" soal Kaizo "Ada apa-apa yang aku boleh bantu ke?"
"Abang"
"Kau nak apa Pang?"
"Abang pergi duduk sana. Kami dekat sini ada misi nak cari harta-karun!" kata Fang dengan penuh serius "Abang sekarang ni tengah duduk atas harta-karun tersebut!"
"Huh?"
Kaizo rasa pelik. Dia mana ada duduk atas apa-apa. Lalu dia bangun bersama dengan Lynna. Mereka perhatikan tempat duduk Kaizo tadi. Mata masing-masing sudah terpandang sesuatu. Kaizo rasa pelik, apa yang mereka jumpa? Lalu mata dia mencari apa yang diperhatikan oleh sekumpulan remaja itu. Akhirnya dia telah jumpai satu simbol kecil yang terukir pada seketul batu. Ianya mempunyai simbol X pada batu tersebut
"Harta-karun tu ada dekat bawah ni" kata Gopal "Berdebar-debar pulak jantung aku ni"
"Samalah dengan jantung Lily"
"Apasal dengan jantung kau pulak?"
"Ala landak ni.." Lily terpaksa jelaskan kepada Fang "Manalah tahu bila kita buka aje, ada penunggu harta-karun muncul. Lepas tu kita kena lawan dengan hantu pula!"
"Tahu takpe Lily" kata Gopal sambil angguk kepalanya "Kita harus bersiap sedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan"
"Kalau begitu, kau ajelah pergi korek tempat tanda X tu" kata Bella sambil tersenyum sinis "Kau kan pakar dalam bab-bab ni"
"Eh, mana ada.. kau suruh aje si Boboiboy dan pecahan dia aje. Tak pun si landak tu"
"Aku pulak yang kena" Fang terus berikan renungan tajam ke arah Gopal "Cakap ajelah kau tu penakut!"
"Sudah! Jangan nak bising-bising dekat sini"
"Kaizo?"
"Biar aku sahaja yang periksa. Korang semua, duduk jauh sikit"
Mereka undur kebelakang sedikit dan berikan ruang kepada Kaizo untuk memeriksa apa tertanam di bawah tanda X itu. Tangan Kaizo mengibas-gibas pasir, daun-daun kering, ranting-ranting kayu sehinggalah mereka ternampak pintu kayu
"Kebelakang semua" kata Kaizo
"Inilah dia! Inilah yang aku tunggu-tunggukan!" jerit Fang sambil ketawa seperti orang jahat "Hahahahaha! Aku tak sabar nak tengok harta-karun tu!"
"Kalau macam tu, jom balik semua!"
"WHAT?! KE-KENAPA ABANG KAIZO?" Lily terkejut seketika
"Sebab budak Pang ni macam orang gila kuasa" ujar Kaizo sambil perhatikan adiknya yang sudah bersilang tangan dengan bermuka masam "Kau jangan nak buat bising"
Boboiboy tersenyum kecil melihat Fang kena marah. Lalu Kaizo membuka pintu kayu tersebut. Mereka semua melihat apa yang ada di sebalik pintu tersebut tetapi ianya gelap. Mereka hanya nampak tangga menuju ke bawah
"Boboiboy, kau gunakan kuasa api kau" kata Gopal
"Tapi.. kita boleh ke masuk ramai-ramai?" Boboiboy risau pula jika bawah itu hanyalah ruang kecil sahaja
"Kalau begitu Boboiboy, aku dan abang aku yang turun ke bawah dan cari harta-karun tu!" kata Fang "Korang tunggu sampai kita orang datang balik"
"Amboi! Lepas tu nanti, kau bolot semua harta-karun tu" Bella mencekak pinggang sambil berikan jelingan maut dia kepada Fang "Ah takde, aku nak ikut korang sebab birthday aku"
"Pizu tak nak ikut sebab takut ada hantu bawah tu!"
"Ok, Rizu tunggu sini ok. Jangan merayap ke mana-mana tau" Rizu angguk kepalanya kepada abang angkat dia iaitu Fang "Good boy! Nanti abang belanja chocolate!"
"Rizu duduk aje sini dengan kita orang. Makanan tadi ada lagi" kata Yaya
"Baby penguin jangan ikut si landak tu. Nanti tak pasal-pasal si landak pergi takutkan Pizu" Lily usap kepala Rizu. Hati Fang membara dengan kata-kata Lily tadi. Selamat dia tidak mengamuk di situ "GOOD LUCK YEA LANDAK! JANGAN BAGI HANTU PENUNGGU KEJAR LANDAK! Miahahahahaha!"
Tangan kanan penumbuk Fang terangkat seperti dia berikan amaran kepada Lily. Sang gadis itu berpura-pura tidak nampak. Dia hanya gelak ketawa bersama rakan-rakannya
Yaya bentangkan tikar khas untuk mereka berkelah di pulau kecil itu. Boboiboy keluarkan kuasa apinya untuk menerangi laluan mereka ke bawah. Fang ikut dari belakang dan dibelakang dia pula ialah Bella. Gopal rasa takut-takut untuk turun ke bawah sehinggalah Kaizo tolak dia ketepi untuk berikan laluan turun ke bawah
"WEI HARRAZ! KAU KENA IKUT SEKALI!" jerit Fang dari tangga
"Hah! Harraz kau gantikan tempat aku!" Gopal tersengih kepada Harraz "Hehehee.. kau kan lagi berani daripada aku"
"Hmm... yelah" Sebenarnya dalam hati Harraz ada rasa takut sedikit tetapi dia perlu beranikan diri
"Jangan risau, akak akan temankan Harraz dari belakang" kata Lynna untuk tenangkan sang remaja itu "Jom kita turun. Mesti dia orang tunggu tu. Kamu semua tunggu di sini ok. Kalau ada apa-apa yang berlaku, Ochobot teleportasi mereka ke Pulau Rintis balik dan jangan tunggu kami"
"Baik kak Lynna!" kata Ochobot sambil berikan tabik kepada gadis itu
Lalu Lynna dan Harraz turun ke bawah. Yaya, Ying, Gopal, Lily, Faye dan Rizu sudah berjamu selera sambil menikmati permandangan di situ kecuali Ochobot. Kasihan dia, Ochobot hanya boleh melihat sahaja. Mereka tidak tahu berapa lama kawan-kawan mereka berada di bawah tanah. Boboiboy, Kaizo, Fang dan Bella sudah tiba di sebuah bilik yang agak kecil. Boboiboy mengeluarkan beberapa lagi bebola api supaya bilik itu terang-benderang. Apabila itu sudah kelihatan terang, mereka melihati tiada benda menarik yang ada di dalam bilik itu kecuali sebuah peti harta-karun. Peti itu kelihatan seperti peti biasa yang diperbuat daripada kayu. Ianya tidak berkunci. Ada beberapa kepingan gambar yang melekat pada dinding bilik tanah itu. Boboiboy, Fang dan Harraz memerhatikan setiap gambar tersebut. Setiap kepingan gambar menunjuk sesuatu tempat yang terdapat di Pulau Rintis kecuali satu gambar kerana ianya adalah gambar seorang gadis. Pakaian dia seperti seorang puteri, muka dia bulat, senyuman dia ada sedikit sinis. Renungan mata dia membuatkan mereka rasa serama sejuk sedikit
"Ini ke puteri tu?" soal Fang sambil menyentuh gambar tersebut "Lawa gak puteri Florence tu"
"Lawa tapi evil" kata Bella
"Evil macam kau!"
"APA KAU KATA?!"
Fang berpura-pura tidak nampak muka garang Bella. Dia terus ke almari yang ada peti harta-karun itu. Fang membuka peti tersebut dan hati dia kecewa. Di dalam peti itu hanya ada kunci besi sahaja. Ternyata harta-karun sudah diambil atau dipindahkan ke tempat lain
"Ini aje ke percarian kita? Takde petunjuk lagi ke?"
"Aku rasa.. sampai disini sahaja kot" kata Fang kepada Boboiboy "Kita pun tak tahu apa jadi dengan harta-karun tu"
"Kau mesti rasa menyesalkan sebab tak dapat apa-apa"
"Mana adalah Boboiboy" jawab Fang "Aku sebenarnya bangga dengan kita semua kerana dapat menyesalkan petunjuk-petunjuk tersebut dan akhirnya bawa kita ke bilik bawah tanah!"
"And kita dapat nothing" bisik Bella sambil memerhati sekeliling bilik bawah tanah itu
"Hmm.. bukan ke si Harraz seorang sahaja yang berjaya membawa kita ke sini. Kalau bukan dia, sampai ke sudah kau tak kan jumpa tempat ini" kata Kaizo dengan nada sinis "Kau tu patut berterima kasih kepada Harraz"
"Hmm.. yelah" Fang bermasam muka sedikit "Terima kasih Harraz"
Harraz hanya tersengih sedikit
"Walaupun kita tak jumpa harta-karun tu, tapi kita jumpa bilik ni sebagai bahan bukti yang harta-karun tu. Maka, dengan itu, KAIZO AKAN BELANJA KAMU TERUTAMA SEKALI SI BELLA SEBAB HARI JADI DIA!"
Kaizo terbatuk-batuk selepas terdengar kata-kata dari Lynna
"Dah dah, jom kita balik dan aku akan belanja korang makan kek" Kaizo mengalah sahaja "Tapi Lynna yang bayar" Lynna pijak kaki Kaizo sampailah Kaizo kata sesuatu "Eh tak tak.. aku bergurau sahaja" Dia berikan renungan maut kepada Lynna "Yea, aku akan belanja korang semua"
"Hehehehe..." Fang tergelak sedikit "Kasihan abang aku tapi apa aku kisah.. muahahaahaha!" Lalu kepala dia kena tepuk dengan abang dia sendiri. Kali ini Bella pula yang ketawa
Lalu mereka semua naik ke atas sambil gelak ketawa sesama sendiri. Kaizo dengar sahaja kisah-kisah lucu mereka. Entah apa yang lawaknya, dia sendiri pun tidak faham. Lynna orang paling terakhir sekali naik ke atas. Dia pusing menoleh sedikit untuk melihat bilik itu buat kali terakhir. Dia sebenarnya nampak sesuatu yang orang lain tidak nampak. Ianya bukanlah hantu. Semasa Fang membuka peti harta-karun sebentar tadi, ada sesuatu yang keluar dari peti tersebut. Hanya Lynna sahaja yang nampak. Ianya adalah seperti sebuah nota ringkas untuk seseorang. Apa yang Lynna baca, bahawa harta-karun itu telah dipindahkan ke tempat lain, jauh dari adik kepada Putera Wein iaitu Puteri Florence. Maknanya Puteri Florence tahu bahawa harta-karun itu disembunyikan di dalam bilik ini dan lalu dipindahkan ke tempat lain. Mereka bukanlah adik beradik biasa, tetapi adik beradik luar biasa yang mempunyai kuasa istimewa seperti Lynna juga
"Lynna" panggil Kaizo "Apa yang kau tengah tengok lagi tu?"
"Tiada apa" jawab Lynna
Lalu sang gadis itu naik ke atas untuk keluar dari bilik bawah tanah itu sambil fikirkan apa yang terjadi dengan harta-karun tersebut, Putera Wein dan juga Puteri Florence. Semuanya menjadi misteri
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top