Filem!
"Hari ini adalah hari terakhir aku berjuang" Air mata Fang menitis ke atas tanah "Aku akan berjuang sehabis-habisan. Sekiranya aku sudah tiada lagi, jangan lupa perjuangan kita"
"Kami tidak akan lupakan perjuangan ini" kata Boboiboy sambil memegang bahu kanan Fang "Ini adalah pergorbanan kau dan aku. Kita akan berjuang sehingga ke titisan yang terakhir"
Fang dan Boboiboy berjambat tangan sebelum masuk ke dalam medan perang. Mereka berdua sudah bersiap sedia untuk berjuang demi negara, demi dunia ini dan juga demi masa depan. Dua sahabat baik sentiasa ada bersama. Mereka tidak terpisah dan mungkin juga ini adalah kali terakhir mereka dapat bersama
"Semoga berjaya sahabat ku"
"Kau pun sama juga" kata Fang sambil berikan satu senyuman
Mereka berlari sambil menjerit untuk memberikan satu kekuatan untuk menentang musuh mereka. Musuh-musuh mereka yang begitu ramai dan mereka hanya dua orang sahaja. Bagaimana mereka hendak menang di dalam peperangan ini? Mereka hanya dapat doa agar suatu keajaiban akan berlaku
"CUT!"
"Aik, apasal tiba-tiba cut pulak" kata Gopal
"Jangan banyak soal!" marah Lily sambil mencekak pinggang "Lily sebagai cik director yang super awesome! Sesuka hati sahaja akan cakap cut.. hehehehehe!"
Berkerut dahi Fang. Rasa seperti mahu tampar-tampar pipi Lily. Kenapa bukan dia yang jadi pengarah filem ini? Kenapa mesti si pelik yang jadi pengarah? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? hanya perkataan itu sahaja yang bermain-main di dalam pemikirannya
"Abang Fang ok?" soal Rizu yang ada di situ juga
Mereka sebenarnya berada di dalam makmal Emmy untuk membuat sebuah filem. Makmal Emmy mempunyai pelbagai ciptaan canggih. Semuanya dapat digunakan untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Mereka sekarang menggunakan sebuah dewan seluas padang stadium bola sepak. Skrin setiap dinding dewan itu, diubahkan kepada zaman dahulu kala, iaitu sebelum teknologi canggih wujud. Watak-watak jahat pula, diperbuat daripada hologram
"Abang ok aje tapi.. ABANG TAK PUAS HATI! KENAPA SI PELIK TU JADI DIRECTOR?"
Lily terus tersengih. Bagaimana Lily boleh menjadi pengarah filem itu? Mereka membuat undian dan undian tertinggi adalah Lily. Kedua tertinggi adalah Boboiboy dan Fang, hanya dapat satu undian sahaja. Itu pun dari adik angkat kesayangan dia
"Aiyooo... si kentang goreng ni. Pasal tu still tak puas hati lagi" kata Bella sambil betulkan make-up Boboiboy "Bukan ke kau dan Boboiboy dah dapat watak utama. Masih tak puas hati lagi?"
"Landak hanya watak sampingan. BBB-CHAN aje yang watak utama!" Mata Lily berkelip-kelip kepada Boboiboy "Lagipun BBB-CHAN nampak handsome jadi seorang ahli satria!"
Faye rasa bangga pula tiba-tiba kerana dia lah yang menjadi tanggungjawab bahagian pakaian dan dandanan rambut. Bella sebagai pembantu Faye. Penulis skrip pula, ianya dibagikan kepada Yaya. Mereka yakin bahawa Yaya dapat menulis skrip filem itu dengan baik. Gopal dan Ying diarahkan sebagai juru kamera. Pembantu mereka adalah Rizu. Emmy pula, dia di bahagian visual. Semua latar belakang, watak-watak musuh, CGI dan bermacam-macam lagi, dibuat oleh Emmy sendiri. Dia akan gunakan kepakarannya untuk menghasilkan filem ini
"Watak sampingan?! AKU WATAK UTAMA JUGALAH!" marah Fang. Muka dia merah kemerahan. Ianya seperti mahu meletup dalam beberapa saat sahaja lagi "KAU JANGAN NAK BUAT AKU MENGAMUK ATAU PALING TERUK, AKU TARIK DIRI DARI MOVIE NI!"
Lily buat-buat tidak dengar. Dia hanya mahu melihat wajah comel Boboiboy sahaja. Rizu cepat-cepat berikan sebiji donut lobak merah kepada abang angkatnya. Akhirnya Fang dapat tenangkan dirinya
"Lily, tadi kau suruh cut kenapa? Ada sesuatu yang tak kena ke?" soal Boboiboy
"Hehehehe... Lily cut sebab BBB-CHAN NAMPAK COMEL SANGAT!"
Masing-masing menepuk dahi mereka kecuali Fang. Dia bagaikan mahu mencampak sesuatu kepada sang gadis tersebut. Tiba-tiba sahaja suasana menjadi seram sejuk. Lily melihat kanan dan kirinya. Dia tahu siapa bakal muncul nanti
"Amboi! Korang buat movie tak ajak aku langsung!"
Suara itu adalah milik seorang ratu yang bernama Ratu Lily
"PONTIANAK!"
Gopal menjerit dan lalu dia pergi menyorokkan dirinya. Lily sudah menyorokkan diri dibelakang Boboiboy. Musuh dia telah pun muncul. Ratu Lily bukan hantu pontianak. Cuma kadang-kala, dia suka munculkan diri dalam keadaan seperti pontianak. Fang dapat rasakan, filem ini bakal menjadi huru-hara
"Se-sebab Ratu Lily suka kacau BBB-CHAN! SEBAB TU KITA ORANG TAK JEMPUT RATU LILY!"
"Eh, musuh aku ada di sini rupanya" Mata Ratu Lily melirik ke arah Lily yang masih lagi dibelakang Boboiboy "Adakah dia menjadi watak utama juga?"
"Takdelah, dia jadi director kita" mencelah Yaya dalam lemah-lembut "Kalau Ratu Lily nak berlakon dalam movie kami. Bolehlah Ratu Lily jadi watak jahat"
"WHAT?!" Ratu Lily rebahkan dirinya "Ta-tapi.. Ratu Lily ialah ratu kebaikan bukan ratu kejahatan" Dia mengusap mata kanannya seperti dia sedang menangis. Padahal tiada titisan air mata yang keluar
"Tapikan Ratu Lily, kalau kau dapat watak jahat tu.. kau dapat berlakon dengan Boboiboy"
Bella terus pijak kaki Fang. Dia tahu Fang sengaja buat begitu kerana ingin buat Lily sakit hati. Mata Ratu Lily terus bersinar-sinar kerana ini adalah peluang terbaik dia. Lily pula, dia keluar dari belakang Boboiboy dan terus berdepan dengan Ratu Lily. Mereka bertentangan mata. Apatah lagi, tiada satu kelipan dari mata masing-masing
"Wei Boboiboy, lu selesaikan masalah ini"
"Eh, kenapa aku pulak?" soal Boboiboy kepada Ying "Aku bukannya tahu macam mana nak selesaikan masalah dia orang berdua"
"Dah tu, dua-dua berebutkan kau" jawab Bella secara tiba-tiba "Jadi, kau kenalah selesaikan masalah ini"
"Takpe Boboiboy, apa-apa masalah tentang kau, aku yakin kau boleh selesaikan" kata Faye dengan penuh yakin "Kami disini akan berikan kau sokongan dari belakang!" Terus dia tersengih
Boboiboy mengurut dahinya sambil fikir untuk selesaikan masalah ini. Apa yang dia perlu buat? Dia tidak mahu Lily dan juga Ratu Lily bergaduh sepanjang perfileman ini. Dia mesti buat sesuatu. Dia tidak mahu filem ini bertukar menjadi sebuah filem yang gagal. Ratu Lily dan Lily sudah main menampar-nampar tangan antara satu sama lain
"Kau tak nak selesaikan ke?" soal Fang tiba-tiba "Kalau tak nak, biar aku bantu kau!"
"Eh kejap" Mata Boboiboy melirik ke arah Fang "Kau yang mulakan dulu tapi kenapa aku yang kena selesaikan? Betul tak semua?"
"Betul juga tu" Bella tersenyum sinis "Si pretty boy ni yang bagi semangat dekat si pontianak tu berlakon dengan Boboiboy"
"Tapi bukan ke Yaya yang cadangkan dekat Ratu Lily berlakon sekali dalam movie kita?" Kali ini Fang pula tersenyum sinis "So, salah siapa sekarang ni?"
Tiba-tiba Fang terapung ke atas. Wajah dia berubah menjadi risau kerana dia tahu siapa gunakan kuasa sekarang ini. Mata melirik ke arah Yaya yang penuh dengan aura kehitaman. Mata dia bagaikan seperti ada api kemarahan. Lalu Yaya apungkan dirinya untuk berdepan dengan Fang
"Kau nak salahkan aku? KAU NAK SALAHKAN AKU?"
Kawan-kawan mereka sudah melarikan diri atau erti kata lain, menyorokkan diri kerana takut dengan kemarahan Yaya. Walaupun dia tegas, lemah-lembut dan penyayang, jangan sesekali buat dia marah. Jikalau tidak, dia akan mengamuk jauh lebih dasyat daripada Fang
"Ja-janganlah ma-marah aku.. hehehe... cadangan kau ok. Aku tak salahkan kau pun. Sekarang turunkan aku, dan kita selesaikan masalah ini sama-sama.. be-betul tak Boboiboy?"
"Betul tu Fang!" kata Boboiboy sambil keluar dari tempat sembunyi dia "Kita harus bergading bahu untuk selesaikan apa jua masalah yang ada dalam pembikinan filem ini!"
Yaya setuju dan dia turunkan Fang. Kawan-kawan dia keluar dari tempat sembunyi. Masing-masing tersengih sedikit. Ratu Lily dan Lily pandang satu sama lain. Mereka seperti dapat membaca apa yang terbuku di dalam pemikirang masing-masing
"Kami Lily akan bersetuju untuk berikan kerjasama!"
"Betul tu Lily" kata Ratu Lily "Aku Ratu Lily, tidak akan menghuru-harakan keadaan dan aku akan pastikan movie ini menjadi sebutan orang ramai! Mesti ramai akan terpukau dengan lakonan aku! BESTNYA!" Dia mula berangan menjadi hantu paling terkenal di dunia
Fang rasa nak muntah sebab dia tidak dapat bayangkan hantu menjadi popular hanya gara-gara sebab filem mereka. Dia tidak boleh berikan kepopulariti itu kepada hantu pontianak tersebut. Dia akan pastikan lakonan dia adalah tahap bertarafkan antarabangsa! fikir Fang. Dan paling penting sekali, dia boleh kalahkan Boboiboy. Lalu dia ketawa seorang diri. Bella hempuk kepala Fang dengan segulung buku
"WOI!"
"Yang kau gelak sorang-sorang apahal? Nak join jadi hantu juga ke?" kata Bella
"Landak jadi hantu?" Lily terbayangkan diri dihantui oleh hantu bayang Fang "Seram sejuk bila difikirkan! Ok ok... jom sambung balik! Lily dah puas tengok kecomelan BBB-CHAN!"
"Boboiboy memang setiasa comel"
"Betul tu!" kata Lily kepada Ratu Lily "Lagi comel daripada landak! MIAHAHAHA!"
Tiba-tiba pula Ratu Lily dan Lily berbaik semula. Mereka berdua siap puji Boboiboy sehingga membuatkan pipi sang adiwira menjadi merah kerana malu. Fang dan rakan-rakan dia ketawa kecil melihat gelagat duo Lily itu. Walaupun mereka suka bergaduh kerana berebutkan Boboiboy tetapi mereka tetap berbuat antara satu sama lain. Mereka kembali sambung rakaman filem tersebut. Fang dan Boboiboy sudah kembali kedudukan mereka. Hologram musuh-musuh mereka sudah dipasang. Gopal dan Ying sudah bersiap sedia dengan kamera mereka. Sebelum Lily menjerit 'Action' Ratu Lily mencelah secara tiba-tiba
"Bosannya musuh korang!"
"WHAT?! BO-BOSAN?" Lily tidak puas hati dengan ayat Ratu Lily "Kenapa bosan? Adakah para watak jahat bukan dilakonkan oleh landak?"
"Ratu Lily, kenapa bosan pulak?" soal Yaya
"Sebab dia orang nampak macam biasa" jawab Ratu Lily "Cuba kita letakkan separuh watak jahat adalah hantu jahat. Biar nampak kelainan"
Yaya terpaksa berbincang dengan Lily terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Lily suka dengan cadangan tersebut. Bagi dia, scene tersebut dapat memberikan sebuah impak yang berkesan. Biar penonton dapat merasai kegerunan pasukan jahat tersebut
"Lily ok sahaja dengan idea itu!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Bagus Ratu Lily. Nampaknya kita boleh bekerjasama"
"Jadi, kau nak guna hologram hantu abang aku ke?" soal Fang
"Ataupun guna hantu-hantu betul" kata Ratu Lily dengan penuh bangga "Barulah orang lain dapat merasai keseraman kawan-kawan hantu aku! Movie ini pasti dapat perhatian ramai dan dapat menang OSCAR!"
"HAH? KAU NAK GUNA KAWAN-KAWAN HANTU KAU?" Gopal terus pengsan di situ
"Kakak Ratu Lily, mana boleh guna hantu betul. Kami semua bukannya peminat hantu kecuali abang Paizo"
"Betul kata Rizu tu" Boboiboy mencelah "Jadi kita guna hologram abang Kaizo sahaja"
"Jangan lupa letak abang aku sekali. Dia kan boleh dikatakan hantu juga" Fang tersenyum sinis "Mesti abang aku rasa pelik apasal diri dia ada dalam movie ni.. hehehehehe"
Mereka semua gelengkan kepala. Mereka dapat rasakan Kaizo mesti akan hentam adik dia terlebih dahulu sebelum dia hentam mereka. Lily mengarah Boboiboy dan Fang mengheret Gopal keluar dari set rakaman tersebut. Gopal dibaringkan bersebelahan dengan kotak. Lalu mereka sambung balik dengan filem tersebut. Ying gantikan tempat Gopal buat sementara. Hologram-hologram hantu sudah dibuka. Semua hantu-hantu tersebut nampak seperti hantu sebenar. Rizu pun takut nak datang dekat
"ACTION!"
"Semoga berjaya sahabat ku" Boboiboy berjabat tangan Fang
"Kau pun sama juga" Fang berikan satu senyuman ikhlas kepada sahabatnya
Mereka berdua sudah keluarkan pedang masing-masing. Kaki mereka bergerak sedikit demi sedikit. Sebelum mereka lari ke arah musuh mereka, Boboiboy dan Fang pandang satu sama lain. Masing-masing berbalas satu senyuman sebelum ianya bertukar menjadi serius. Lalu mereka berlari ke arah musuh sambil menjerit seperti ianya memberi satu kekuatan pada diri mereka. Ratu Lily terbangkan dirinya di sebalik askar-askarnya. Rambut dia gerbang bagaikan hantu pontianak
"SERANG MEREKA BERDUA!" kata Ratu Lily dalam suara yang amat mengerunkan
"CUT!" jerit Lily
"Kenapa cut?" soal Ratu Lily. Dia kelihatan marah sedikit "Kau tak puas hati ke dengan lakonan aku yang superb tu?"
"No no no.. bukan tak puas hati TAPI INI WATAK RATU LILY TIADA DALAM SKRIP! TAPI LILY SUKA!" kata Lily dengan mata yang bersinar-sinar "Tapi suara hantu tu best! Teruskan lagi dengan suara yang best tu! Tapi Lily suka tengok watak Ratu Lily jadi pontianak. MACAM REAL!"
"Bukan dia memang hantu pontianak ke?" bisik Fang dengan nada tak puas hati
"WAH! TERIMA KASIH LILY WALAUPUN KAU ADALAH MUSUH TAPI KADANG-KADANG AKU ANGGAP KAU SEBAGAI KAWAN AKU SENDIRI!"
"Ok, kita teruskan lagi dengan scene pontianak tadi!"
Mereka kembali sambung rakaman itu tersebut. Ratu Lily sambung dengan aksi pontianaknya. Askar-askar hologram dia lari menuju ke arah Boboiboy dan Fang. Mereka berlawan di tengah-tengah dewan itu. Ratu Lily berjalan secara perlahan-lahan ke arah Boboiboy dengan kuku tajamnya. Ying pastikan kamera dia dapat merakam semua gerakan Ratu Lily di bahagian hadapan. Gerakan Ratu Lily yang begitu perlahan tetapi menakutkan. Ianya seolah-olah ingin menyerang Ying dan sang gadis cina itu, ketakutan sedikit. Rizu pula, dia merakam aksi-aksi lawan dengan bantuan dari Bella. Mereka mahu setiap aksi Boboiboy dan Fang dapat dirakamkan secara baik
"Wuuuuu..." bisik Lily kerana tidak sabar hendak melihat apa yang Ratu Lily akan buat sebentar nanti
Boboiboy tidak sedar dengan kehadiran Ratu Lily dibelakangnya. Dia sedang sibuk berlawan dengan hantu hologram. Tiba-tiba Fang menjerit nama kawan baiknya iaitu Boboiboy
"CUT!" jerit Lily
"Aik, apasal cut?" soal Boboiboy
"BBB-CHAN! KENAPA BBB-CHAN TAK PERASAN ADA HANTU DEKAT BELAKANG BBB-CHAN?"
Boboiboy dan rakan-rakan dia menepuk dahi mereka sendiri kecuali Fang. Sang alien itu cuba bawa bertenang tetapi tidak berjaya. Dia merampas buku skrip dari tangan Harraz. Dia cuba hendak mengetuk kepala Lily tetapi Bella begitu pantas sekali. Bella pijak kaki Fang. Lalu sang alien itu menjerit
"WOI! Apasal kau pijak kaki aku?"
"Sebab kau cuba nak ketuk kepala kawan aku si Lily" marah Bella
"Dah tu! Dia pergi tiba-tiba jerit CUT! Sebab si pontianak nak serang BBB-CHAN dia tu"
Lily terus tersengih sedikit. Lalu dia menyuruh mereka kembali sambung sesi pengambaraan filem itu. Dia takut jikalau Fang mengamuk dan tarik diri dari filem tersebut. Dia sebenarnya tidak begitu kisah jikalau Fang tarik diri. Bolehlah dia menjadi pengganti tempat Fang. Lalu dia bayangkan diri dia menjadi bintang utama filem itu bersama dengan Boboiboy. Dia berangan sehingga tidak berikan perhatian langsung tentang scene lawan-lawan antara Boboiboy dan Ratu Lily
"SELAMA INI, AKU YANG JAGA KAU TAPI.." Kuku Ratu Lily semakin panjang "KAU MENGHIANATI AKU!" Dia tujukan kuku tajamnya ke arah muka Boboiboy
"Apasal aku pernah rasa begini yea?" bisik Fang sambil garu-garu kepalanya
"AKU KAKAK KAU! AKU NAK KAU DAN AKU MEMERINTAH NEGARA INI BERSAMA!"
"WHAT?!" Tiba-tiba Lily menjerit "RATU LILY ADALAH KAKAK KEPADA BBB-CHAN! NOOOOOOO!"
"AND CUT!" Kali ini Fang pula yang hentikan rakaman filem itu "WEI PENGARAH PELIK! Apasal kau tiba-tiba jadi penonton?"
"Sebab ini tiada dalam skrip dan RATU LILY SANGAT BRILLIANT! LILY SANGAT TERUJA!" kata Lily sambil melihat Ratu Lily dengan penuh kagum "Ratu Lily sangat kreatif! Yaya kena buat skrip baru and RATU LILY BOLEH TOLONG DIA!"
"Ok" kata Yaya "Nampaknya movie siap lambat lagilah" bisik dia
"Tahu takpe" Fang boleh dengar bisikan Yaya tadi
Fang sebenarnya sudah penat dengan jeritan Lily yang asyik suka hentikan rakaman mereka. Ini sudah masuk beberapa kali rakaman terhenti secara tiba-tiba dan ini baru scene pertama. Dia rasa, mereka perlukan seorang pengarah yang lebih matang. Dia tahu ramai akan membantah terutama sekali si Lily tetapi ini untuk kebaikan semua orang. Paling utama, kebaikan dia untuk menjaga image populariti dia
"Wei, aku rasa kita patut tukar director baru" kata Fang sambil bersilang tangan "Si pelik ni asyik cut cut cut aje.. sampai esok scene pertama kita tak siap-siap lagi"
Mata Lily mula berkaca. Hati dia berkecai dan kecewa. Dia menangis di bahu Boboiboy kerana dia mungkin tidak lagi dapat memegang jawatan pengarah filem tersebut. Rizu rasa kasihan dengan nasib Lily yang bakal menanti. Boboiboy juga rasa kasihan tetapi Faye dan Bella pula, mereka rasa marah dengan Fang
"Wei Fang! Apasal kau nak tukar pulak? Lily ok apa jadi pengarah. Kau suka sangat nak buat dia sedih" kata Faye
"Tapi kan..." Bella fikir seketika "Lily suka sangat buat kerja kita jadi slow. Asyik cut aje sebab BBB-CHAN dia. Walaupun aku tak suka setuju sangat dengan si landak ni tapi kali ini, aku terpaksa setuju. Kita kena ada pengarah filem yang baru"
Tangisan Lily semakin kuat. Yaya tepuk-tepuk belakang badan Lily supaya dia bertenang dan redha sahaja. Fang cukup berpuas hati dengan jawapan dari Bella tadi. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi dia telah dicelah oleh seseorang
"Aku rasa kita tidak patut ubah director baru"
Fang baru sahaja ingin cadangkan diri dia menjadi pengarah baru filem tersebut tetapi Boboiboy telah menghancurkan harapan dia. Wajah dia bertukar menjadi masam kerana tidak berpuas hati. Rizu berikan satu lagi donut lobak merah kepada abang angkatnya tetapi kali ini, donut itu tidak dapat tenangkan hati dia yang sedang membara itu. Boboiboy sambung berkata lagi
"Kita hanya perlukan seseorang yang jauh lebih matang dari kita untuk memantau rakaman filem ini"
"Betul juga kata Boboiboy tu" kata Ying "Dia juga boleh pantau Lily daripada asyik hentikan rakaman kita" Lily terus tersengih kepada Ying "Tapi siapa yang layak?"
Masing-masing berfikir buat seketika. Lalu Rizu angkat tangan kanannya untuk katakan sesuatu
"Kenapa Rizu?"
"Kakak Yaya, Pizu rasa kita patut suruh.."
"WHAT?! KAPTEN ITIK HOT AKAN PANTAU SEGALA KERJA LILY SEBAGAI DIRECTOR?!" Lily seolah-olah dapat membaca pemikiran Rizu pada ketika itu. Dia rebahkan diri dan berdrama di situ "Apakah dayanya, Lily hanyalah kerdil sahaja dan kapten itik hot tu suka sangat bagi latihan tempur dekat kita. Apa-apa yang berlaku, Lily akan bekerja keras untuk elakkan diri daripada hukuman kapten itik hot"
"Hehehehe... kakak Lily ni lawaklah tapi memang Pizu cadangkan abang Paizo pun"
"Ok gak kalau abang aku pantau si pelik ni" Fang terus tersenyum sinis "Jadi, korang semua ok ke dengan cadangan dari Boboiboy?"
Masing-masing angkat tangan tanda setuju. Gopal mula bangun dari pengsan. Dia pegang kepalanya seketika. Dia tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi. Merekan terangkan kepada Gopal apa yang berlaku sebentar tadi. Sebaik sahaja Gopal tahu bahawa Kapten Kaizo akan memantau mereka semua terutama sekali Lily, Gopal pengsan balik. Entah kenapa dia pengsan, semua tidak tahu
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna ada di rumah sedang menonton sebuah filem romantik. Filem itu dipilih oleh Lynna kerana Kaizo rasa muak menonton filem tentang superhero. Lynna pula sudah bosan asyik menonton filem seram. Jadi dia pilih filem romantik yang bertajuk Ever After. Sebuah mangkuk popcorn duduk di tengah-tengah sofa antara Kaizo dan Lynna. Satu per satu popcorn dimakan oleh Lynna seorang sahaja. Kaizo langsung tidak menyentuh popcorn itu. Dia hanya menyilang tangan dan matanya tertera kepada movie tersebut
"ABANG! ADIK DAH BALIK!"
Fang masuk ke dalam rumah dalam keadaan ceria. Kaizo pelik melihat keceriaan adiknya
"Berapa banyak donut kau makan hari ni?" Mata Kaizo masih lagi tertera pada kaca television
"ABANG! SOALAN APA ABANG BAGI DEKAT ADIK TU?" Fang terus berdiri di depan television "Takde soalan lain ke abang nak tanya? Macam, kenapa adik happy hari ni? Apa adik buat apa hari ni?"
"Jadi, kau buat apa hari ni?"
Fang terus mengangkat semangkuk popcorn dan duduk di tengah-tengah sofa. Dia tidak sabar untuk beritahu berita gembira kepada abangnya. Fang makan sedikit popcorn tersebut. Kaizo masih lagi menunggu adiknya untuk cerita kisah dia hari ini
"Wah, Fang nampak happy. Ada apa-apa yang berlaku ke?"
"Ada kak Lynna" kata Fang dengan popcorn penuh dalam mulutnya "Kita orang buat projek baru hari ni"
"Projek apa?" soal Kaizo
"Kita buat projek movie! Kita orang guna semua teknologi yang ada dekat makmal Emmy"
"Best tu" kata Lynna "Movie apa korang buat?"
"Movie lawan-lawan... kita orang baru buat scene pertama hari ni tapi si pelik tu suka sangat CUT! Terus terhenti rakaman kita orang. So, si Boboiboy cadangkan seseorang untuk pantau kerja kita orang terutama sekali si pelik tu" Fang kunyah popcornnya dan lalu berkata lagi "Tapi sebelum tu adik cadangkan benda lain. Adik cadangkan pecat sahaja si pelik tu jadi director dan biar adik sahaja yang take over or orang lain jadi director movie ni"
"Jadi, apa keputusan korang?"
"Kalau abang nak tahu, kita orang pilih abang untuk pantau kita orang. Bolehlah abang bagi hukuman dekat si pelik tu.. hehehehe" Fang tergelak kecil. Ianya seperti satu gelakan nakal "Macam mana? Abang ok kan"
Kaizo angkat kening sebelahnya sambil melihat adiknya. Dia fikir terlebih dahulu sebelum dia mengambil keputusan. Dia takut diri dia yang akan mengamuk kerana karenah Lily yang pelik dan mungkin juga, dia akan melakukan kekejaman terhadap mereka. Fang masih lagi menunggu keputusan dari abangnya
"Jadi?"
"Kau suruh Lynna jadi tukang pantau korang" Mata Kaizo terus kembali menonton filem di kaca television itu "Kau tahukan aku ni terlampau kejam, terlampau ganas, terlampau tiada hati perut.. nanti korang juga yang bising, terutama sekali kau!"
"Yelah" Fang mengalih pandangan dia ke arah Lynna pula "Kak Lynna tak kejam, tak ganas dan bukan macam abang yang tiada belas kasihan. Jadi kak Lynna bolehlah tengok-tengok kita orang buat kerja siapkan movie ni. Walaupun kak Lynna ni lemah-lembut tetapi sebenarnya tegas juga"
"Terima kasih Fang" kata Lynna "Akak boleh aje pantau korang semua. Bila akak boleh start?"
"Esok!" Fang tersenyum suka kerana mereka akan tidak dikawal oleh abang dia yang gila kuasa itu "Kenapa abang dan kak Lynna tak pergi tengok movie dekat panggung wayang?"
"Sebab Kaizo malas nak jalan ke bandar" jawab Lynna dengan nada sindir "Dia cakap dia penat"
Dahi Kaizo berkerut sedikit. Dia hanya berdiam diri sambil menonton filem tersebut. Fang gelengkan kepala dia. Setahu dia, abang dia bukannya pemalas. Cuma dia suka bertindak ganas
"Abang malas? Hahahahaha..." Fang ketawa dengan mulut penuh dengan popcorn. Sisa-sisa popcorn tersembur keluar dari mulut dia "Abang kalau penat pun, dia tak pernah jadi pemalas tapi bukan ke kak Lynna ada kuasa yang boleh pergi ke sana sini. Kak Lynna boleh bawa abang yang malas ni pergi panggung wayang dekat bandar. Yelah, tak payah jalan pun. Hanya guna kuasa sahaja"
"Akak kalau boleh, tak naklah guna kuasa selalu dan hanya guna kuasa bila perlu sahaja"
"Tapi akak datang sini, akak guna kuasa"
"Fang ni.. akak mestilah nak datang sini dengan cepat sebab nak tengok korang semua dekat sini" Lynna selerakkan rambut Fang "Kalau nak pergi bandar tu, tak jauh pun.. jalan kaki sambil menikmati permandangan"
"Hmmm..." Fang mengusap dagu dia "Akak datang sini dengan menggunakan cara cepat sebab akak tak sabar nak jumpa kita orang ke atau tak sabar nak jumpa abang? Hehehehehee... abang dan kak Lynna ni nampak macam orang sedang bercinta tapi hanya kawan aje. Kalau abang tunggu lama nak luahkan perasaan abang dekat kak Lynna, nanti kak Lynna terlepas. Macam mana?"
Dahi Kaizo berkerut lagi. Pipi rasa panas sedikit. Perasaan malu timbul dihatinya tetapi dia buat tenang. Dia ketawa kecil sahaja. Fang tersenyum sahaja sambil makan popcorn lagi. Mata dia terus tertumpu kepada filem yang ditonton oleh Kaizo dan Lynna
"Aku rasa badan ni dah tak penat. Rasa macam nak buat latihan tempur aje"
Kaizo sudah bangunkan diri. Lalu dia bersenam sedikit disitu. Dia melirik matanya ke arah kanan, adik dia sudah tiada. Fang sudah larikan diri, masuk ke dalam bilik dan terus kunci. Kaizo tersenyum sinis kerana berjaya takutkan adiknya. Lalu duduk semula dan ambil semangkuk popcorn yang ditinggalkan oleh adiknya tadi. Lynna melihat Kaizo dengan kening sebelah terangkat
"Apa?"
"Hmm.. takde apa" Lynna kembali sambung menonton filem tanpa berkata apa
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua pengambaraan filem di makmal Emmy dan kali ini dibawah pantauan Lynna. Hari ini adalah scene tentang Ratu Lily sedang berbincang dengan para penasihat dia. Samada mereka perlu serang kota lain ataupun menjalinkan hubungan persahabatan diantara dua negara. Semenjak kedua ibubapanya tiada, Ratu Lily telah dinobatkan sebagai pemenrintah negara itu. Boboiboy pula berlakon menjadi watak seorang adik kepada Ratu Lily. Watak Boboiboy tidak begitu setuju apabila watak Ratu Lily membuat keputusan untuk menyerang dan merampas kota-kota lain
"Kenapa kakak perlu bersikap kejam?"
"Kerana ini semua untuk kebaikan kita berdua" kata Ratu Lily yang sedang berjalan menuju ke kerusi takhta dia "Dulu ibubapa kita selalu bersikap adil dan baik dengan mereka tetapi akhirnya kita dikhianati! Kau tahu apa yang terjadi seterusnya, ibubapa kita mati kerana mereka! Aku tidak akan mengulangi kesilapan ibubapa kita"
Boboiboy rasa seram sejuk mendengar kata-kata Ratu Lily tadi. Apatah lagi didalam nada yang menakutkan. Bukan Boboiboy sahaja, kawan-kawan dia juga rasa seram sejuk. Fang menggenggamkan tangan dia sebaik sahaja dia teringat tentang peristimewa dulu. Perasaan marah mula timbul tetapi harus buang perasaan itu kerana ini semua hanyalah lakonan sahaja. Ratu Lily pusing dan duduk di atas kerusi dia yang serba emas-keemasan itu. Boboiboy tidak lagi nampak mata kakak dia yang ceria dan penyayang. Kini kakak dia sudah berubah. Mata Ratu Lily seolah-olah sudah kosong, sudah tiada lagi sifat penyayang itu
"Maaf kakak, adik tidak bersetuju dengan keputusan akak. Adik akan halang setiap askar kakak"
"Kalau begitu keputusan kau" Ratu Lily bangun dan tuding jarinya ke arah pintu "KAU KELUAR DARI NEGARA INI! JANGAN SESEKALI KAU JEJAK KAKI KE SINI LAGI!"
Tanpa berkata apa lagi, dia keluar dari situ tanpa menoleh kebelakang. Hati dia kecewa dan sedih kerana sikap kakaknya. Dia harus cari jalan untuk selamatkan kakaknya
"CUT!" jerit Lily "OK! Kita berehat 10 minit" Dia mengusap air matanya kerana lakonan mereka tadi sangat menjadi "Kak Lynna ada tisu tak?"
"Maaf Lily, akak tiada tisu"
"Ok.. BBB-CHAN!" Lily terus berlari ke arah Boboiboy "BBB-CHAN BERLAKON TADI BUAT LILY MENANGIS!"
Boboiboy tersengih sedikit sambil mencapai seketul kuih yang ada pada meja makanan. Kawan-kawan perempuan dia telah menyedaikan pelbagai makanan untuk mereka. Gopal sangat teruja melihat makanan-makanan itu. Dia sebenarnya dalam kelaparan. Jadi dia makan seberapa banyak yang boleh sebelum rakaman seterusnya bermula. Hanya seseorang sahaja tiada bersama mereka iaitu Ratu Lily. Dia hanya duduk diatas kerusi jauh daripada mereka. Dia kelihatan suram kerana lakonan dia tadi membuatkan dia teringatkan tentang diri dia yang dulu. Bukan itu sahaja, dia dapat rasakan kejahatan dia mulai timbul. Dia takut jikalau dia kembali seperti dulu. Fang mula perasaan dengan ketiadaan Ratu Lily disitu. Mata dia mencari-cari sang ratu tersebut. Akhirnya dia terpandang ke arah seseorang yang duduk berdiam diri diatas kerusi. Fang dengan baiknya, dia mengambil sepiring pinggan kertas dan isikannya dengan sebungkus nasi lemak. Lalu dia pergi ke arah Ratu Lily
"Kau kenapa?" soal Fang
"Aku.." Nada suara Ratu Lily kelihatan gementar "Aku sebenarnya takut dengan lakonan aku tadi. Aku seperti dapat rasakan diri aku yang lama kembali. Aku tak nak jadi ratu kejahatan. Aku ingin menjadi ratu kebaikan" Kepala dia tertunduk kerana dia malu untuk bersemuka dengan Fang "Kau mesti rasa marah tadi sebab lakonan aku mengingatkan kau tentang kejadian dulu. Kalau kau rasa begitu, aku boleh undurkan diri. Aku akan tarik diri secara sukarela"
"Hmmm... aku sebenarnya memang rasa marah tapi aku ingatkan diri aku itu cuma lakonan sahaja. Dalam hati aku sebenarnya aku tidak mahu melihat kau lagi tapi akhirnya kau menyesal dengan buatan kau dulu. Jadi aku patut bantu kau daripada biarkan kau menjadi jahat semula. Aku tahu kau cuba untuk berubah sekarang ini tapi kau tak patut berdiam diri sahaja. Kau kena kuatkan semangat dan berborak dengan kita orang jikalau kau ada masalah. Aku tak nak kau keluar dari filem ini. Siapa lagi boleh berlakon jadi watak seram seperti kau?"
"Te-terima kasih Fang" Air mata Ratu Lily mengalir keluar "Kau memang seorang yang baik"
"Dah dah, jangan nak menangis depan aku" Fang hulurkan sebungkus nasi lemak kepada Ratu Lily "Nah, makanlah daripada menangis sorang-sorang dekat sini. Kau hantu boleh makan kan?"
Ratu Lily tersenyum lemah sambil mengambil bungkusa nasi lemak dari tangan Fang. Hati dia mula rasa tenang dan tidak lagi rasa diri dia yang jahat seperti dulu. Dia rasa dirinya sangat bertuah kerana orang yang dia buat dulu, maafkan dia. Walaupun bagaimana pun, jauh dihati dia masih tidak dapat maafkan diri dia kerana kekejaman dan kejahatan yang dia buat dulu. Mungkin suatu hari nanti, dia dapat maafkan dirinya. Lalu Ratu Lily tersenyum kecil
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, mereka merakam scene yang baru pula. Kali ini tentang watak Fang dan watak Boboiboy sedang berlatih dengan pedang mereka. Ratu Lily berehat seketika dari berlakon selepas sahaja kejadian semalam. Dia akan kembali dengan watak jahat pada hari esoknya. Dia cerita kepada mereka apa yang terjadi dan mereka bersetuju supaya Ratu Lily berehat
"Kak Lynna! Macam mana, ok tak Lily jadi super director?!" Lily tersenyum lebar kepada Lynna "Lily dah kurang cakap cut cut cut kan kan kan"
"Errr... tapi Lily asyik puji setiap lakonan Boboiboy dan kadang-kala scene Ratu Lily"
"Kenalah bagi pujian! Sebab dia orang buat kerja dengan baik"
"And Lily lupa tentang Fang"
Lily tersengih sedikit. Dia melihat wajah Fang, lalu dia tergelak. Ianya seperti ada sesuatu yang lucu pada wajah Fang. Mungkin Lil terbayangkan Fang adalah alien landak dari planet landak. Lynna faham sangat dengan karenah sang gadis itu. Faye sudah menyiapkan costume untuk Fang dan Boboiboy. Pedang-pedang mereka sudah tersusun diatas meja. Pedang-pedang itu hanyalah pedang plastik sahaja. Boboiboy mengangkat salah satu pedang plastik itu
"Kalau aku guna pedang halilintar, mesti best and nampak real"
"Wei, kau nak panah aku dengan pedang petir kau ke?" Fang berikan tenungan maut dia kepada Boboiboy
Boboiboy tersengih sedikit. Dia berundur sediki demi sedikit. Lalu dia terus pergi mencari Gopal. Dia sebenarnya takut dengan tenungan Fang sebentar tadi, macam nak makan orang. Gopal ada ditepi meja makanan. Sedikit demi sedikit makanan dia masuk ke dalam mulutnya sehinggalah Bella tepuk tangannya
"Kau ni.. makan aje kerja. Pergi siapkan kamera semua. Kita nak mulakan rakaman tidak lama lagi"
Suara garang Bella membuatkan Boboiboy berpatah balik. Fang mengangkat kening sebelum apabila Boboiboy muncul semula di depan matanya. Boboiboy tersengih lagi. Faye sudah betulkan pakaian Fang. Semuanya sudah bersiap sedia
"Ok! Semua sudah sedia?" Mata Lily terus melirik ke arah Boboiboy "GOOD LUCK BB-CHAN!"
"Ehem" Lynna memandang Lily
"Errr..." Mata Lily terpandang wajah Lynna. Dia tahu Lynna cuba hendak menegur agar dia, Lily, berikan kata-kata semangat atau pujian kepada Fang juga "Hehehee... LANDAK JANGAN BUAT TERBAIK DARI BBB-CHAN YEA! BUAT YANG SEDERHANA SAHAJA! TAPI JANGAN TERUK SANGAT!"
Berkerut dahi Fang. Dia banyakkan bersabar dengan karenah Lily. Begitu juga dengan Lynna, dia terpaksa layankan sahaja perangai Lily yang pelik itu. Lalu mereka mulakan rakaman pertama pada hari ini. Boboiboy dan Fang sudah bersiap sedia
"ACTION!" jerit Lily
Boboiboy dan Fang mulakan latihan berlawan pedang antara satu sama lain. Mereka berbual tentang sesuatu sambil berlatih
"Jadi, kau cuba halang rancangan kakak kau?"
"Mestilah.." Boboiboy melibas-libas pedangnya ke arah pedang Fang "Aku tak nak rancangan dia berjaya. Aku tak nak melihat kawasan perkampungan dirampas oleh tentera-tentera kakak aku. Apa yang mereka buat, memang sangat kejam. Aku seorang diri tak dapat nak menghalang mereka"
"Kau jangan risau. Sebagai sahabat baik kau, aku akan mengarah tentera-tentera aku menghalang mereka"
"Abang kau tak kisah ke?"
"Abang aku ok aje" kata Fang "Dia lagi suka pergi perang sebab mengikut kata dia, ianya dapat memberi dia kekuatan dan keberanian"
Boboiboy tergelak sedikit. Dia terbayangkan watak abang Fang adalah Kapten Kaizo. Lalu dia duduk diatas rumput palsu kerana dirinya sudah penat berlatih. Fang memberi sebotol air kepada sahabatnya
"Terima kasih" Ucap Boboiboy "Jadi, kau memang betul-betul ingin menolong aku?"
"Kau adalah sahabat baik aku dan aku tidak mahu melihat kekejaman kakak kau lagi" Fang duduk disebelah Boboiboy "Aku akan pastikan kau dapat runtuhkan empire kakak kau dan kau bakal menjadi raja kepada rakyat kau"
Boboiboy rasa malu melihat dirinya sebagai seorang raja
"CUT!"
"Dey! Apasal tiba-tiba kau cut pulak?"
"SEBAB LILY-CHAN NAK JADI PERMAISURI KEPADA BBB-CHAN!"
Boboiboy menepuk dahinya sendiri dan yang lain, hanya mampu gelengkan kepala sahaja
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya, mereka dikejutkan dengan kehadiran Kapten Kaizo. Dia ada di dalam makmal itu kerana dia gantikan tempat Lynna. Sang gadis itu tidak dapat hadir kerana ada urusan penting. Lily amat gelisah kerana orang yang duduk disebelah dia adalah Kaizo. Dia hanya tersenyum nampak gigi dalam keadaan janggal. Ratu Lily sudah kembali untuk lakonan dia pada hari ini. Dia tidak perlu risau kerana rakaman hari ini adalah rakaman dia dan Boboiboy menjamu makan malam
"Semua ni makanan betul ke?" soal Gopal dengan mata dia meneliti setiap makanan yang ada di atas meja "Nampak sedaplah pulak"
"Mesti makanan betul. Aku dan kawan-kawan aku yang masak" kata Yaya
"Aku yang masak ayam bakar tu" kata Bella dengan penuh bangga "Ying buat roti dan Faye pula.. dia beli aje dessert tu semua"
"DAN LILY BELI BUAH!" Tiba-tiba Lily mencelah. Dia sebenarnya larikan diri daripada Kaizo "Kalau tak habis, bolehlah kita buat jus. Kalau rasa masam tu, kita bagi dekat kapten itik hot sebab muka asyik ketat aje. Kalau bagi jus manis, nanti tiba-tiba wajah dia berubah menjadi manis. Ada sesuatu tak kena kalau Kapten Kaizo senyum semacam"
"Ala, kalau dia tersenyum tu, mesti sebab kak Lynna" kata Faye
Mereka ketawa kecil kecuali budak-budak lelaki kerana tidak dengar perbualan itu. Kaizo berkerut dahi kerana dia terdengar perbualan mereka. Lalu dia bangun untuk memberitahu mereka bersiap sedia untuk rakaman hari ini. Mereka lari lintang pukang untuk siapkan kesemuanya
"Abang Paizo nak ambil alih tugas kakak Lily ke?"
"Takdelah Rizu. Abang cuma bagi arahan aje" Mata Kaizo terus melirik ke arah Lily yang sedang cuba berdiri sebelah Boboiboy "PELIK! BAIK KAU KE SINI CEPAT!"
Lily terkejut dengan jeritan dari Kaizo. Dia berdiri tegas dan terus ke kerusi pengarah. Dia berjalan seperti sebuah robot. Emmy tergelak melihat gelagat sang gadis itu. Lily duduk di kerusi dia. Baru hendak menjerit 'Action' Kaizo sudah menjerit dulu
"ACTION!" Suara Kaizo bergema di dalam dewan makmal itu
Ratu Lily cepat-cepat memulakan dialog dia
"Sudah dua hari mereka sudah tiada. Rasa sunyi istana ini"
"Yea akak, adik rindukan mereka" kata Boboiboy sambil bermain-main dengan makanan dia "Kalau tidak, mesti kita gelak ketawa semasa makan bersama-sama. Ayah akan buat lawak dan ibu pula, asyik cerita tentang apa dia buat semasa zaman muda dia. Istana ini sentiasa dalam keadaan ceria tapi sekarang" Dia terus terdiam. Selera makan dia semakin berkurangan
"Kakak pun rasa begitu" kata Ratu Lily "Tapi kita kena teruskan kehidupan kita dan adik kena makan. Kakak tak nak melihat adik kelaparan"
"Baik akak" Boboiboy mengangkat sudunya sambil berikan satu senyuman kepada kakaknya "Makanan ni semua nampak sedap"
"Yea" kata Ratu Lily "Ibu dan ayah mahu melihat kita tersenyum. Mereka tak suka melihat kita berdua sedih berpanjangan"
Boboiboy angguk kepalanya tanda setuju. Dia dan Ratu Lily gelak ketawa sepanjang makan malam itu. Fang yang menyaksikan scene itu, hati dia terasa sakit dan sedih. Dia rasa sebak kerana begitulah kehidupan dia dan abangnya selama ini. Dia mengesat air matanya
"Kau ok ke Fang ke?" soal Yaya yang berdiri disebelah sang alien itu
"Hmmm... aku ok aje" Fang berpura-pura diri dia ok
"Abang Fang kalau tak ok, abang Fang pergilah berehat"
Fang tersenyum sahaja kepada Rizu. Dia usap kepala adik angkatnya. Lalu dia sambung melihat rakaman itu. Boboiboy sudah siap makan malam. Lalu dia bangun dan ucapkan selamat malam kepada Ratu Lily
"CUT!"
Terkejut Lily dengan jeritan Kaizo. Dia hampir jatuh dari kerusinya
"Bagus" kata Kaizo "Tapi aku nak kau lebih beremosi lagi. Jadi, kita mulakan lagi sekali! ACTION!"
Fang terus tepuk dahi dia sendiri. Dia yakin, abang dia bakal mengambil alih jawatan pengarah. Kasihan Lily, terpaksa duduk diam dan lihat sahaja mereka semua buat kerja. Adakalanya, dia pergi kacau Boboiboy ataupun si Fang tetapi akhirnya dia tertidur diatas kerusi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 bulan mereka siapkan filem itu dan selama itulah Kaizo menjadi pengarah mereka. Lily pula, dia terima sahaja dan sepanjang 3 bulan itulah, dia bersenang-lenang semasa sesi pengambaran. Kaizo biarkan sahaja dia buat benda-benda pelik kerana dia mahu semua tidak dalam stress. Hari yang mereka nanti-nantikan sudah tiba. Filem itu bakal ditayangkan kepada orang ramai. Mereka telah memilih kawasan kedai Tok Aba sebagai tayangan perdana filem itu. Fang dan rakan-rakan dia berdebar-debar kerana tidak tahu samada para penonton suka dengan filem tersebut ataupun tidak. Kerusi-kerusi sudah tersusun rapi dihadapan kedai Tok Aba. Skirn putih telah dipasang. Gopal sudah sediakan popcorn untuk para penonton. Ada 3 jenis popcorn yang sudah tersedia iaitu popcorn biasa, popcorn karamel dan popcorn chocolate
"Rasa macam kita mengadakan red carpet pula untuk filem kita" kata Faye
"Aku rasa, kau soerang sahaja yang ber red carpet ni" kata Bella sambil melihat pakaian Faye. Ianya seperti pakaian seorang celebrity antarabangsa "Kau patut reka baju sendiri. Mesti kau menjadi famous pada suatu hari nanti"
"Well Bella, aku ada beberapa dress yang aku jahit sendiri" Faye terus kenyit mata kepada Bella
"Tapi si pelik tu, apasal pakaian dia macam orang nak pergi cosplay event?" Fang bersilang tangan dengan muka masamnya "Dia sahaja nak hancurkan event ini!"
"Mana adalah" Muncul suara Yaya secara tiba-tiba "Dia pakai macam tu sebab nak support filem kita"
Lily memperagakan pakaian dia buatan sendiri. Dia memakai pakaian seorang gadis adiwira. Baju dia berlengan pendek dan terdapat tali pinggang bersilang pada bahu dia. Di bawah dia ada skirt pendek dan didalamnya ada seluar tiga suku. Ramai yang suka melihat pakaian Lily
"Cantiknya kakak Lily hari ni" kata Rizu "Macam seorang heroin!"
"Hehehe... mestilah! BBB-CHAN mesti tertarik dengan kecantikan kakak Lily hari ini!"
Lily mula berangan disitu. Dia berangan Boboiboy memuji kecantikan dia dan pakaian dia. Fang hiraukan sahaja sang gadis itu. Dia pergi mencari kawan-kawan dia yang lain. Boboiboy sedang hidangkan beberapa makanan chocolate kepada para pengunjung di situ. Ochobot sibuk menolong Tok Aba sediakan ais blended chocolate. Gopal pula, dia sedang mengagihkan beberapa kotak popcorn kepada para penonton dan Ying pula, sedang memastikan popcorn semua mengcukupi. Emmy dan Rizu sudah teruja dengan tayangan perdana filem mereka.
"Abang Fang, mana abang Paizo?"
"Hmm... kejap lagi sampailah dia dengan kak Lynna" kata Fang
Kaizo dalam perjalanan ke kedai Kokotiam Tok Aba bersama dengan Lynna. Mereka baru habis berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Apabila mereka sudah tiba di kedai Tok Aba, kerusi-kerusi sudah dipenuhi dengan para pengunjung yang ingin menonton filem itu. Ada dua kerusi dibahagian depan masih lagi kosong. Fang pastikan dua kerusi itu khas untuk abang dia dan juga Lynna. Mereka terus ke kerusi tersebut
"Abang pergi mana tadi?" soal Fang yang duduk di sebelah Kaizo "Berdating ke?"
"Kau nak kena dengan kuasa abang ke?"
"Tak nak" jawab Fang. Dia terus memandang ke depan dengan muka masam "Orang bergurau tapi dia nak serius aje" bisik dia
Lily sebagai pengarah filem tersebut tetapi jawatan dia telah diambil-alih oleh Kapten Kaizo, dia bangun dan pergi ke depan dengan sebuah microphone. Dia melambai-lambai ke arah para penonton sambil tersenyum suka
"ALOOOOO SEMUA!" kata Lily dengan nada ceria "SELAMAT DATANG KE TAYANGAN PERDANA FILEM KAMI. Saya Lily, pengarah filem ini tetapi pengarah dalam beberapa hari sahaja sebab Kapten Kaizo mengambil alih kuasa pengarah... sampai hati KAPTEN KAIZO!"
"Errr.." Boboiboy muncul di sebelah Lily "Maaf yea semua, Lily ni suka berdrama. Baiklah, kamu semua tahu sayalah Boboiboy, superhero Pulau Rintis. Saya dan beberapa rakan saya telah berjaya menghasilkan filem ini selama 3 bulan. Kami berharap kamu semua terhibur dengan filem kami. Walaupun bukannya mudah untuk menghasilkan sebuah filem tetapi kami tidak berputus asa dan bekerja keras untuk pastikan filem ini terbaik untuk anda semua! Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan barisan para pelakon filem ini"
Fang naik ke atas pentas. Dia diberikan tepukan gemuruh dari para penonton. Fang berdiri di sebelah Boboiboy sambil tersenyum suka. Dia pasti, populariti dia akan melonjak naik. Kali ini, kemunculan Ratu Lily di atas pentas. Kemunculan dia membuatkan ramai yang terkejut. Ada juga yang menjerit kerana ratu itu muncul secara tiba-tiba. Dia melambai-lambai ke arah para penonton. Ramai yang kenal Ratu Lily kerana populariti dia di program Edisi Malam Minggu
"Inilah barisan pelakon kita. Hanya tiga orang saya. Fang, Ratu Lily dan saya" kata Boboiboy "Dan yang lain-lain, pelakon hologram sahaja... hehehehe.. tapi paling penting, saya harap kamu semua terhibur!"
"Semoga filem ini buat kamu teruja dan terhibur!" kata Ratu Lily "Saksikanlah lakonan saya yang paling mantap dan pasti akan mengalir air mata"
"Baiklah, kami mempersembahkan FILEM LOVE AND WAR!"
Fang berikan tepukan sebaik sahaja lampu-lampu kecil di tepi taman itu dipadam. Dia dan rakan-rakan dia kembali ke tempat duduk. Ratu Lily hanya duduk terapung di atas mereka. Jantung dia berdebar-debar apabila filem itu mula dimainkan. Semuanya menjadi senyap apabila alunan muzik latarbelakang filem itu dimainkan. Babak pertama adalah mereka dibawa persekitaran sebuah istana mewah. Dua adik beradik sedang bermain kejar mengejar di luar taman istana tersebut. Seorang gadis mengejar adik lelakinya yang gelak ketawa. Ibu bapa mereka melihat dua beradik itu dari balcony istana. Mereka hidup dalam suasana aman dan bahagia. Beberapa tahun kemudian, adik beradik itu sudah dewasa dan dari situ, cerita mereka bermula
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lily menangis teresak-esak sebaik sahaja filem itu sudah tamat. Tepukan gemuruh diberikan kepada krew-krew, para pelakon dan juga pengarah filem kerana menjayakan filem tersebut. Ramai memuji dan suka dengan filem tersebut. Fang berbangga kerana lakonan dia dapat pujian ramai. Ratu Lily pula, ramai ingin bergambar dengan dia. Boboiboy dikelilingi dengan para peminat dia. Ramai yang ingin bergambar berserta dengan tanda tangan dia. Yaya, Ying dan Gopal, mereka di temuramah oleh beberapa orang disitu. Mereka sudi menjawab setiap soalan yang dianjurkan. Gopal rasa bangga sedikit kerana dia adalah salah seorang krew didalam filem tersebut
"Wah, ramai betul suka dengan filem tu" kata Lynna kepada Kaizo "Adik kau mesti tengah fikirkan tentang populariti dia"
"Hmmm... macam biasalah dia tu" Kaizo perhatikan sahaja adik dia yang tersenyum kambing itu "Biarlah dia rasa diri dia famous malam ni. Esok-esok nanti, terus cemburu dengan populariti orang lain"
Lynna tergelak sedikit. Tiba-tiba Lily datang dengan muka kemarahan dia kerana tidak puas hati tentang sesuatu. Dia tahu ini adalah kerja Kaizo. Pipi dia kembung semacam dan terus dia menjerit kepada Kaizo
"ABANG KAIZO!"
"Kau nak apa?" soal Kaizo
"LILY TAK PUAS HATI!"
"Eh, kenapa Lily tak puas hati?" Lynna pula menyoal "Kaizo ada buat apa-apa ke?"
"Ada" Lily bersilang tangan "Kapten itik hot pergi tukar ending dia.. UWAAAAAA!"
Sebenarnya kawan-kawan dia tahu tentang pertukaran pengakhiran filem tersebut. Mereka cuma tidak beritahu Lily sahaja kerana sudah tentu sang gadis itu akan membantah. Sepatut watak Ratu Lily yang mati di dalam filem itu tetapi mereka ubah, watak Boboiboy yang mati kerana kekejaman watak Ratu Lily. Akhirnya watak Ratu Lily menyesal terhadap perbuatannya
"Kenapa abang Kaizo pergi tukar ending dia?
"Macam mana kau tahu aku yang tukar ending tu?" Kening sebelah Kaizo terangkat sedikit
"Sebab Lily tahulah!" Dia bersilang tangan, kembungkan pipinya dan bibir dia muncung ke depan kerana masih lagi tidak berpuas hati
"Kalau kau nak tahu kenapa aku buat begitu, kerana aku mahu pengakhiran filem itu memberikan impak yang besar kepada para penonton! Supaya semua dapat merasai pelbagai perasaan! Itu yang aku mahukan dan AKU BERJAYA MEMBUAT RAMAI MENANGIS TERMASUKLAH KAU SEKALI! HAHAHAHA!" jelas Kaizo
Fang terus menepuk dahinya. Sah abang dia memang sentiasa gila, bisik dihatinya. Walaubagaimanapun, tayang perdana pada hari ini adalah satu kejayaan untuk mereka semua. Mungkin suatu hari nanti, mereka akan mencipta filem genre lain pula. Mungkin tentang superhero dan diri dia adalah watak utama filem itu, Fang terus berangan dan sambil itu, dia bergambar dengan para peminat dia
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top