Anime
Hari ini Kaizo cuba untuk menjadi seseorang yang pandai berlawak tetapi akhirnya gagal. Dia cuba buat lawak dengan Lynna tetapi sang gadis itu tersengih sahaja. Dia tidak ketawa dan hanya berikan senyuman paksa dia. Lawak Kaizo agak hambar. Walaupun hambar tetapi ianya tidak mengecewakan hati Kaizo. Dia tahu diri dia bukan seorang pelawak. Dia terus pulang ke rumah bersama dengan Lynna. Biarlah orang nak cakap apa pun, janji dia seseorang yang tegas dan garang bukan kapten pelawak. Sejurus sahaja mereka tiba di rumah, Kaizo terkejut melihat Rizu seorang diri di ruang tamu sambil menonton sebuah rancangan kartun
"Mana si Pang?"
Rizu terkejut dengan suara Kaizo. Dia terlalu khusyuk menonton cerita kartun kegemarannya sehingga tidak perasaan Kaizo dan Lynna berada di rumah itu
"Eh.. abang Kaizo dah balik!" Rizu seronok melihat Kaizo dan Lynna bersama "Abang Fang tengah buat popcorn dekat dapur. Abang Kaizo jangan risau, abang Fang tak tinggal Pizu sorang-sorang dekat rumah"
"Hmm.. bagus" kata Kaizo. Lalu dia duduk di atas sofa "Apa yang kau tengok?"
"WAH! SPY X FAMILY!"
Kali ini Kaizo pula terkejut. Dia tidak sangka Lynna tahu cerita kartun tersebut. Dia selama ini tidak terfikir yang Lynna seseorang suka menonton cerita kartun. Mungkin itu membuatkan personality Lynna yang ceria selalu. Berlainan sungguh dengan diri dia yang tegas, fikir Kaizo. Itu membuatkan dia terfikir, bagaimanan dia boleh rapat dengan Lynna? Kaizo menjadi curiga sedikit. Lalu dia memandang Lynna yang sedang berborak ceria dengan Rizu. Mereka berdua kelihatan seperti seorang ibu melayan anaknya
"Kakak Lynna pun suka tengok Spy x Family?"
"Yea! Itu kegemaran anime akak" jelas Lynna "Loid Forger tu handsome tapi Anya tu comel! Suka tengok reaksi dia. Kelakar sangat!"
Mereka berdua gelak-ketawa di situ. Kasihan Kaizo kerana tidak dapat mengikut serta perbualan mereka. Dia hanya mendengar sahaja. Dia perlu buat sesuatu. Mungkin ini tiba masanya untuk melihat cerita kartun ini. Dia sandarkan diri pada sofa itu untuk menonton kartun tersebut
"Haih, abang pun nak layan juga ke?" muncul Fang dengan semangkuk popcorn karamel. Dia duduk di kerusi single
"Saja" kata Kaizo "Lagipun abang nak tahu juga, apa yang menariknya tentang kartun ni"
"Hehehe... abang kena tengok dari first episode"
"Betul betul! Pizu setuju" Tiba-tiba Rizu menyampuk "Yeah! Abang Kaizo pun join sekali. Bila difikirkan balik, ejen Twilight tu macam abang Kaizo dan Thorn Princess tu macam kakak Lynna!"
Kaizo mula fikir, siapa ejen Twilight tu? Adakah dia seorang hero? fikir Kaizo lagi. Akhirnya jawapan dia terjawab apabila Rizu sudah mulakan balik episode pertama Spy x Family. Baru dia tahu siapakah ejen Twilight itu. Kaizo agak kagum dengan perwatakan ejen Twilight. Boleh dikatakan mereka berdua hampir sama. Ejen Twilight boleh dikatakan seorang perisik yang terkenal seperti Kaizo. Apa yang bezakan Kaizo seorang kapten yang ramai kenali dan ejen Twilight pula, terkenal dengan nama perisik dia tetapi tiada siapa yang tahu rupa dia yang sebenarnya. Ejen Twilight terkenal dengan penyamaran dia
"Agaknya, boleh ke abang jadi macam dia? Yelah, abang pun pandai menyamar"
"Abang? Jadi dia?" Fang ketawa besar sambil sumbat popcorn dalam mulut dia sendiri. Lalu dia sambung berkata "Ala, abang menyamar jadi abang Kassim pun, last-last kantoi! Hahahahaha!"
Berkerut dahi Kaizo. Dia tenangkan hatinya. Mungkin suatu hari nanti dia akan buktikan kepada semua orang, yang dia juga boleh menyamar seperti ejen Twilight. Dia perhatikan sahaja adik dia sibuk makan popcorn sambil menonton television. Dia sedang fikirkan untuk menyamar depan adiknya. Agaknya Fang boleh nampak ke tak penyamaran itu? fikir Kaizo
"Kaizo, kau ok ke?"
"Aku ok" jawab Kaizo kepada Lynna "Aku tengah tengok kartun ni sambil berfikir"
"Ohh.." Lynna biarkan Kaizo dengan pemikiran dia. Takut pula dia nak ganggu sang kapten ketika itu "Macam-macam betul si Kaizo ni" bisik dia
Lalu mereka menonton kartun itu dengan penuh perhatian. Kaizo tidak ketawa apabila ada babak-babak kelakar. Dia mahu tersenyum kecil tetapi bibir dia seakan-akan tidak bergerak. Fang fikir, abang dia memang tiada emosi
"Hehehe.. bila Pizu tengok balik cerita ni, Pizu dapat bayangkan Loid Forger tu abang Kaizo dan Yor Briar tu kakak Lynna!"
Fang pandang abang dia lama-lama. Dia terbayangkan apa yang Rizu katakan tadi. Lalu dia ketawa kecil. Boleh dikatakan serupa tetapi tidak sama. Watak Loid Forger ada kemahiran dalam memasak tetapi abang dia, gagal dalam bab-bab memasak. Boleh dikatakan masakan abang dia seperti masakan watak Yor Briar. Dua-dua masak tak sedap sampai orang lain pengsan. Mata Fang melirik ke arah Lynna pula. Ada ciri-ciri seperti watak Yor Briar kecuali tentang memasak. Watak Yor Briar mempunyai rahsia iaitu dia seorang pembunuh upahan. Lynna juga mempunyai rahsia tersendiri. Dia adalah seorang ahli sihir. Hanya orang-orang di Pulau Rintis yang tahu tentang identiti Lynna dan kawan-kawan dia. Fang akui, ianya memang sama walaupun sedikit sahaja. Lalu dia setuju dengan Rizu. Ada satu lagi kesamaan iaitu, kedua-dua mereka mahir dalam seni pertahakan diri
"Habis tu, siapa Anya?" soal Lynna
"Jangan cakap si Pang pula" Kaizo tidak dapat bayangkan adik dia mempunyai rambut berwarna merah jambu "Pang tu bukannya comel sangat pun"
"Hehehe.. Pizu ajelah jadi Anya!" Rizu tersenyum bangga sambil mencekak pinggang "HEH!"
"Wah! Comelnya!" Lynna mengusap kepala Rizu "Lepas ni kita ajak Kaizo pergi anime-con! Nak tak?"
"NAK!"
Jerit Fang dan Rizu dalam keadaan ceria. Mereka terbayangkan Kaizo cosplay jadi watak salah satu anime. Bila difikirkan balik, nak ke Kapten Kaizo bercosplay? fikir mereka. Lalu mereka gelak-ketawa di situ. Kaizo sabarkan diri dengan mereka. Dia rasa menyesal pula melayan cerita kartun itu. Jika dia tidak layan, mungkin mereka melihat diri seseorang yang sentiasa serius dan tidak reti berseronok ataupun rilekkan diri. Dia sambung menonton kartun tersebut sambil hiraukan adik dia sedang gelak ketawa bersama Rizu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu selepas itu, Rizu datang ke makmal Emmy kerana dia dipanggil untuk berikan sesuatu. Rizu rasa hairan, apa yang Emmy hendak berikan kepada diri dia? fikir Rizu. Mungkin ada mainan ciptaan baru untuk dia? Rizu terus bersemangat. Dia berjalan begitu laju kerana tidak sabar apakah ciptaan terbaru itu? Rizu sudah terbayangkan kasut terbang, robot kereta kucing yang dia boleh memandu ataupun payung terbang? Bermacam-macam jenis ciptaan yang dibayangkan oleh dia. Setelah dia tiba di rumah Emmy, pintu rumah itu dibuka secara automatik. Sebuah robot android pelawa dia masuk
"Emmy ada didalam makmal" kata robot android itu kepada Rizu. Lalu si kecil comel terus ke makmal Emmy. Android itu tadi masuk ke dalam dapur untuk sediakan makanan, khas untuk tetamu Emmy. Laluan masuk ke makmal Emmy tersorok di sebalik almari buku. Rizu hanya perlu tarik salah satu buku, dan sebuah pintu rahsia terbuka. Pintu itu terletak pada lantai rumah. Pintu itu terbuka dengan sendirinya, lalu Rizu turun ke bawah untuk sampai ke makmal itu. Emmy sudah menunggu kedatang Rizu. Dia sudah tidak sabar untuk tunjukkan ciptaan terbaru dia
"KAKAK EMMY!"
"PIZU!" Emmy terus mengusap kepala Rizu "Jom jom! Akak nak tunjuk sesuatu kepada Rizu"
"Kakak Emmy nak tunjuk apa?"
Emmy bawa Rizu di bahagian tengah makmal itu. Rizu ternampak sebuah cekak yang terduduk diatas meja tersebut. Diatas cekak tersebut ada dua buah kon berwarna hitam. Terdapat satu garisan bulatan berwarna kelabu pada kon hitam itu. Ianya nampak seperti tanduk tetapi bukan. Kon hitam itu terletak pada kanan dan kiri cekak tersebut. Mata Rizu membulat besar kerana dapat meneka ciptaan terbaru Emmy
"KAKAK EMMY NAK PIZU JADI MACAM ANYA! YEAHHHHH!" Tangan Rizu sudah tidak sabar untuk memegang cekak tersebut
"Hehehe.. akak buat khas untuk Rizu!" Emmy tersenyum bangga dengan ciptaan terbaru dia "Rizu cubalah!"
Rizu dengan gembiranya, dia mengambil cekak itu secara berhati-hati. Lalu dia memakai cekak tersebut. Tiba-tiba cekak itu dicabut oleh seseorang. Rizu terus pusing kebelakang
"KAKAK LILY!" marah Rizu
"WUUUUU!" Mata Lily bersinar-sinar melihat cekak tersebut. Tangan dia sambar cekak itu dari Rizu. Lalu dia lari keluar dari makmal tersebut "KAKAK LILY PINJAM DULU!"
Rizu terjatuh duduk diatas lantai kerana cekak dia dibawa lari oleh Lily. Riak wajah dia berubah menjadi sedih. Emmy duduk disebelah Rizu. Lalu dia peluk sang kecil itu untuk tenangkan dia
"Pi-Pizu tak dapat nak guna tapi.. kakak Lily dah bawak lari! UWAAAAAAA!" Rizu menangis didalam pelukan Emmy
"Rizu sayang jangan sedih ok" Emmy cuba memujuk Rizu agar tidak menangis "Dekat makmal akak ni ada bermacam-macam ciptaan Rizu boleh cuba. Rizu nak ambil satu pun boleh"
"Ta-tapi.. Pizu nak cekak Anya tu" Rizu mengelap air matanya "Kakak Emmy buat baru untuk Pizu"
Emmy lepaskan pelukan dia. Lalu dia berkata sesuatu dengan penuh drama
"Rizu.." Suara nada Emmy bertukar menjadi serius "Cekak tu bukan sesuatu yang mudah untuk akak cipta. Ianya memerlukan makan masa yang banyak!" Kali ini dia berdrama di situ "Akak tak boleh tidur dengan nyenyak kerana asyik fikirkan tentang cekak tersebut! Akak nak makan pun takde selera kerana pemikiran akak sedang mencari jalan untuk hasilkan cekak Anya itu! Cekak itu adalah ciptaan paling sukar dan paling buat akak naik gila! Tapi akak tak pernah menyerlah kalah! DAN TERCIPTALAH CEKAK PALING MAHAL YANG AKAK PERNAH CIPTA!"
Mata Rizu terkebil-kebil melihat Emmy. Dia terpaksa redha dan terima kenyataan bahawa dia tidak dapat guna cekak itu. Lalu dia pergi bermain dengan alat-alat ciptaan Emmy yang dia belum pernah cuba lagi. Emmy rasa kasihan dengan Rizu tapi apa yang dia boleh buat? Lily sudah larikan diri. Nak kejar Lily? Emmy lupakan sahajalah. Apa yang dia pasti, dia harus buat Rizu kembali tersenyum dan ubati hati Rizu yang sedih itu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lily sudah lari jauh daripada rumah Emmy. Dia sorokkan diri di sebelah pokok dengan cari berdiri tegak seperti pokok itu juga. Lalu dia pandang kiri dan kanannya. Tiada orang yang lalu-lalang di situ. Lily tersenyum sinis melihat cekak itu didalam genggamannya. Lalu dia memakai cekak tersebut
"Wuuu! Rasa macam Anya lah pulak!" Lily tergelak seorang diri. Tiba-tiba dia teringat tentang Rizu. Dia cabut cekak itu dari kepalanya. Lalu dia peluk cekak itu di dada "My sweet sweet little penguin. Kakak Lily minta maaf sebab ambil cekak ini dari Rizu. Maafkan akak yea" kata dia seorang diri
Lily cuba keluarkan air matanya tetapi gagal. Jadi dia berpura-pura menangis sambil mengusap matanya. Selepas itu, dia menjadi gembira. Dia memakai balik cekak itu
"Yoshh!" Lily terus bersemangat "Masa untuk cari BBB-CHAN! WAIT FOR ME BBB-CHAN! Tapi sebelum tu.. MASA UNTUK KACAU LANDAK DAN KAPTEN ITIK HOT!"
Sebelum dia menjejak langkahnya untuk ke rumah Fang, dia terdengar seorang budak kecil sedang berfikir
HAHAHAHA! Adik dah sorok abang punya komik! Biar dia cari sorang-sorang! Siapa suruh makan adik punya chocolate
Lily menoleh sedikit. Budak kecil lelaki itu sedang berjalan sambil tersenyum suka. Budak itu seperti sedang pergi bermain dengan kawan-kawannya kerana di tangan kanannya ada sebatang kayu baseball. Tanpa membuang masa, Lily terus beredar dari situ. Dalam perjalanan dia ke rumah Fang, dia ada juga terbaca pemikiran orang lain termasuklah Yaya. Dia terbaca apa yang Yaya sedang fikirkan. Dia rasa kasihan kerana jualan biskut Yaya tidak terusik. Lalu dia membeli kesemua biskut tersebut. Dia tersenyum sinis kerana ingin berikan kepada Fang. Dia terus simpan biskut-biskut itu didalam beg galasnya. Lalu dia sambung balik ke rumah Fang. Dia terdengar lagi bermacam-macam pemikiran yang ada. Semuanya tidak penting bagi Lily kerana tiada kena-mengena dengan diri dia. Setelah dia belok ke kanan, dia ternampak Faye dengan seseorang berdiri di luar kawasan rumah. Mata Lily terus memandang orang yang ada di sebelah kawan baiknya
"Siapa pulak mamat tu?" bisik Lily
Semakin kedepan dia berjalan, semakin jelas siapakah jejaka kacak itu. Lily agak terkejut kerana lelaki itu adalah Kapten Kaizo tetapi didalam cosplay seorang watak dari anime Spy x Family. Lily tergelak kecil kerana dia dapat baca apa yang Kaizo sedang fikirkan. Penuh dengan rungutan didalam pemikiran Kaizo
"LILY!" Faye terus perasan dengan kehadiran kawan baiknya "LILY! Lily datang sini sebab nak kacau abang Kaizo dan Fang yea?"
"Ala, Faye ni.. bocorkan rahsia Lily pulak" kata Lily sambil ketawa kecil lagi sambil pura-pura malu
Berkerut dahi Kaizo kerana rahsia dia bocor. Sepatutnya ini adalah rahsia. Tiada siapa yang patut tahu bahawa dia, Kapten Kaizo, bakal pergi ke anime-con sebentar lagi. Habis bocor rahsia dia. Mesti si pelik akan mengejek, fikir Kaizo. Lily terbaca apa yang di fikirkan oleh Kaizo ketika itu. Dia tersengih sahaja tanpa berkata apa. Kaizo rasa curiga dengan kelakuan Lily ketika itu. Lalu dia abaikan sahaja kerana bagi dia, Lily sentiasa buat perangai pelik
"Abang Kaizo nak pergi anime-con dengan siapa ni? Mesti dengan kak Lynna kan kan kan kan"
"Macam mana kau tahu?" soal Kaizo sambil tenung mata Lily. Sang gadis itu menelan ludah kerana takut dengan tenungan dari sang kapten itu "Faye yang beritahu kau ke?"
"Dah tu, abang Kaizo ber cosplay dekat sini, mestilah Lily tahu kan kan"
"Be-betul tu!" kata Lily kepada Faye "Tak kan abang Kaizo saja-saja nak menyamar di siang hari sebab.. sebab.." Dia cuba cari jawapan "Sebab apa yea? HAH! Sebab kapten itik hot teruja dengan anime Spy x Family. Lalu abang Kaizo mengambil inspirasi dari watak Twilight untuk menyamar menjadi Loid Forger yang handsome itu. Dia kan handsome macam abang Kaizo juga tapi hati Lily tetap dekat BBB-CHAN! Abang Kaizo jangan risau, Lily sokong abang Kaizo untuk jalankan penyamaran abang Kaizo"
"Tak faham betul aku dengan si pelik ni" bisik Kaizo "Faye, kita nak jumpa Lynna pukul berapa ni?"
"Kejap!"
Faye terus memandang Lily dengan penuh senyuman. Dia mendapat idea siapakah yang sesuai untuk menjadi watak Anya Forger. Mata Lily terus bersinar-sinar kerana dia dapat membaca pemikiran kawan baiknya. Dia tersenyum luas sambil kebil-kebilkan matanya ke arah Faye. Mata Kaizo melirik ke arah Lily dan lalu ke arah Faye. Dia tidak memahami apa yang mereka berdua terlalu teruja. Tiba-tiba muncul si Fang
"HAH! Korang nak pergi mana ni? Langsung tak ajak aku!" kata Fang dengan muka marah
"Kacaulah landak ni. Lily baru nak pergi berseronok dengan Faye and kapten itik hot!"
"Kau.. nak.. pergi berseronok.. dengan abang aku?" Fang memandang Lily dengan penuh serius. Lalu dia ketawa secara tidak langsung "HAHAHAHAHAHAHA! SI PELIK NAK PERGI BERSERONOK DENGAN ABANG AKU?! LAWAK APAKAH INI?! HAHAHAHAHAHA!"
"Salah ke dia nak berseronok dengan aku?"
"Eh?!" Mata Fang membulat besar sambil perhatikan abang dia "Betul ke ni abang aku? Atau ini sebenarnya Adudu yang buat abang aku jadi tak betul!"
"Suka hati kau lah" kata Kaizo
"Ala Fang ni.. janganlah hancurkan kegembiraan abang Kaizo walaupun kita tak nampak gembiranya tu, mungkin hanya sekadar hati dia aje kot yang happy" Faye mengusap dagunya dengan penuh rasa curiga "Anyway, kak Lynna jemput abang Kaizo pergi anime-con and abang Kaizo setuju nak pergi. Jadi aku cosplay kan abang kau jadi ejen Twilight! Tiba-tiba Lily muncul dan terus aku dapat satu idea yang best!"
"Jangan cakap kau nak jadikan si pelik ni si comel Anya" marah Fang
"Kenapa? Tak boleh ke?" Lily dapat baca pemikiran Fang yang penuh dengan cemburu
"Mestilah tak boleh!" Bantah Fang "Aku sebagai adik dia paling comel.." Ramai yang rasa nak muntah. Fang sambung berkata lagi "Kenalah jadi Anya yang comel tu dan cekak kau pakai tu, sepatutnya aku yang pakai!"
"Landak landak..." Lily gelengkan kepala "Anya tu kan budak perempuan yang comel dan landak bukan budak perempuan dan tak comel! Miahahahahaha! Tapi Lily tahu watak apa sesuai dengan landak!"
"Siapa? Damian ke?"
"ERK?!" Lily geleng kepala dia lagi "Bukan Damian lah Faye-chan! Tapi.." Dia bisik sesuatu kepada kawan baiknya. Lalu mereka berdua ketawa kecil
"Apa yang korang bisikan tu?" soal Fang yang sudah hilang sabar
Faye tidak menjawab. Dia hanya keluarkan handphone yang serba guna itu. Lalu dia tukarkan pakaian Fang kepada costume seekor anjing watak Bond. Costume itu bulat berbulu dan berwarna putih. Hanya muka Fang sahaja yang boleh nampak di tengah-tengah costume tersebut. Kaizo ingin ketawa tetapi dia tetap dengan wajah seriusnya
"APASAL AKU JADI ANJING PULAK?" marah Fang lagi
"Sebab Bond tu comel" kata Faye "Dan ini pula untuk Lily!"
Faye tukarkan pakaian Lily menjadi baju Anya dan rambut dia berubah menjadi warna merah jambu. Lily terharu kerana dia menjadi budak paling comel. Dia tidak sabar untuk ke anime-con dengan pakaian cosplaynya. Apabila dia teringat tentang anime, dia teringat dekat Rizu. Muka Lily menjadi pucat seketika
"Kau ok ke?"
"Lily ok" jawab Lily kepada Faye "Cuma Lily teringat dekat Rizu. Kalau dia tahu kita semua nak pergi anime-con, mesti dia merajuk dengan kita 10 hari 10 malam! Or kita rahsiakan daripada Rizu.. hehehe"
"Errr.." Fang terkelu lidah
Lily terfikir. Jikalau mereka mengajak Rizu untuk ke anime-con, sudah tentu Rizu akan mengadu kepada abang-abang angkatnya yang alien itu tentang cekak yang dia ambil dari tangan budak comel itu. Mesti Kapten itik hot akan berikan dia hukuman latihan tempur atau hukuman yang lebih dasyat daripada itu. Muka Lily kembali menjadi pucat. Kaki dia terasa lemah, rasa badan dia naik panas, rasa macam nak demam apabila dia terbayangkan diri dia hukuman dari Kapten Kaizo
"Lily rasa, kita tak perlu beritahu Rizu!" kata Lily dengan beraninya. Dia berharap Kaizo dan Fang bersetuju dan tidak membantah
"Aku setuju dengan si pelik walaupun terpaksa setuju" Berkerut dahi Kaizo "Jikalau kita menjemput dia last minit, mesti dia akan merajuk selama 10 hari 10 malam, seperti dikatakan oleh si pelik. Jadi kita rahsiakan daripada Rizu tetapi..." Mata merah Kaizo memandang satu per satu diantara mereka sambil berikan satu amaran "Sesiapa bocorkan rahsia ini kepada Rizu, aku akan berikan latihan tempur selama 10 hari 10 malam"
Apa yang Lily dengar, kena latihan tempur selama 10 hari 10 malam bersamaan dengan 10 tahun 10 bulan duduk dekat hospital selepas jalankan hukuman latihan tempur. Terus menggigil badan Lily. Fang rasa curiga kenapa Lily tak mahu menjemput Rizu ke anime-con
"Err.. semua sudah bersedia ke?" soal Faye
"Lily sudah" Lily tersengih sedikit "Err.. kita tunggu kak Lynna dekat sana ke?"
"Yup!" kata Faye sambil keluarkan satu alat yang boleh membawa mereka ke mana sahaja "Mesti kak Lynna sudah menunggu kita dekat sana. Kita tidak boleh membuang masa!"
"Perlu ke aku pakai costume ni?" Fang masih tidak berpuas hati dengan costume anjingnya. Dia kelihatan seperti sebiji bola berbulu putih "Aku nak jadi watak lain!"
"Haip! Landak kena watak Bond untuk lengkapkan keluarga Forger ni!" kata Lily sambil angguk kepalanya "Kalau tidak, ianya seperti ada sesuatu yang hilang. Landak kena bangga kerana menjadi salah satu ahli keluarga Forger!"
"Yelah, apa-apa jelah" Fang terus bersilang tangan "Dah dah, jom ke sana sebelum Rizu tiba-tiba muncul, lepas tu merajuk 10 hari 10 malam"
Tanpa membuang masa, Faye masukkan koordinat dan membawa mereka ke sebuah tempat di Kuala Lumpur
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo melihat kiri dan kanannya dipenuhi dengan lautan manusia. Kebanyakkan daripadanya memakai costume kegemaran anime mereka. Dia kini berdiri dihadapan pintu masuk ke sebuah dewan. Di dalam dewan itu terletaknya anime-con tersebut. Ramai yang keluar masuk ke dalam dewan itu. Semuanya dalam keadaan ceria. Ada setengah daripada mereka membawa beg-beg barangan yang mereka beli di anime-con itu. Anime-con itu diadakah disebuah pusat membeli-belah. Dewan itu terletak pada bahagian atas dan ianya sesuatu untuk orang ramai yang hadir pada anjuran itu. Keluasan dewan itu agak besar dan pada luaran dewan itu ada sebuah medan jual makanan. Lily terloncat-loncat seperti budak kecil kerana teruja melihat ramai yang cosplay di situ. Fang bermasam muka kerana dirinya dipaksa memakai costume seekor anjing putih
"Mana kak Lynna?" soal Faye "Abang Kaizo tak hubungi kak Lynna ke?"
"Tak" kata Kaizo secara ringkas "Nanti adalah dia tu. Ini ke tempat yang best tu?"
"Yup!" kata Lily "Setiap tahun mesti ada anime-con, comic-con, Lily-con"
"Lily-con?" Mata Fang terus melirik ke arah Lily "Kau mimpi ke apa ada Lily-con"
"Hehehe.. itu rekaan Lily sahaja. Kalau BBB-CHAN datang ke Lily-con, mesti dia rasa seronok! dan Lily rasa bahagia sangat sebab BBB-CHAN akan berpecah kepada tujuh! Boleh Lily spend time dengan Gempa.. hehehehe"
"Rasa macam nak ketuk kepala si pelik ni" bisik Fang "Abang! Jom kita masuk dulu sementara tunggu kak Lynna"
"Tak payah tunggu, dia dah ada dekat sini" kata Kaizo sambil melihat Lynna melambai-lambai ke arah mereka
Lynna melihat mereka semua dengan costume masing-masing. Lalu dia melihat diri dia dan rasa malu kerana dia datang ke situ dengan pakaian biasa sahaja. Dia tidak sangka Kaizo akan memakai costume. Setahu dia, Lynna tahu dengan perangai Kaizo tetapi kenapa kali ini lain pula? Adakah dia sendiri beritahu pakai costume anime tetapi dia sendiri yang lupa? Lynna terus gelengkan kepala kerana dia mana pernah lupa
"Ke-kenapa korang pakai costume masing-masing?" soal Lynna
"Sebab dia" Kaizo jawab sambil tunjuk jarinya ke arah Faye "Kata dia, tak best kalau pergi anime-con tanpa cosplay"
"Tapi aku takde prepare apa-apa" suara Lynna berubah menjadi sedih dengan kepalanya tertunduk
"Ala kak Lynna jangan risau. Faye akan selesaikan masalah kak Lynna!" kata Faye dengan penuh bangga sambil mencekak pinggang "FAYE TO THE RESCUE!"
"WEEEEEEEEEE!" Lily pula yang teruja
Faye dengan bangganya, dia menukar pakaian Lynna menjadi costume Yor iaitu pakaian assassin berserta dengan rambut palsu. Lily bertepuk tangan kerana sesuatu yang indah terjadi dihadapan matanya. Dia sebenar suka gadget menukar pakaian Faye sebab kerana ianya tidak memerlukan duit untuk membeli baju baru. Lynna kelihatan tidak gembira kerana costume Yor terlalu seksi. Dia menutup bahagian dadanya dan pipi dia kelihatan merah sedikit kerana malu. Kaizo kenal sangat dengan perangai Lynna. Dia tahu gadis itu tidak berapa suka berpakaian seksi
"FAYE! Tu-tukarlah pakaian dia yang warna merah tu"
"Alaaaa kak Lynna" Faye kecewa sedikit tetapi dia tidak boleh memaksa Lynna "Baiklah, Faye akan tukarkan pakaian kak Lynna semula. Don't worry kak Lynna, baju ni tak seksi macam costume tadi"
Pakaian Lynna bertukar menjadi baju merah yang labuh sampai ke lutut, berseluar hitam panjang dan rambut palsu dia masih lagi sama seperti tadi. Lynna menjadi lega dan suka dengan costume dia. Selamat baju merah itu tutup dibahagian belakang
"Terima kasih Faye" kata Lynna dengan satu senyuman. Lalu dia perasan sesuatu "Eh, mana Rizu?"
"Syhhh.. jangan beritahu dia" kata Fang "Kalau tidak, nanti Rizu merajuk 10 hari 10 malam and abang juga bagi amaran, sesiapa beritahu dia tentang hari ini, abang akan denda dengan latihan tempur dia selama 10 hari 10 malam"
Lynna hanya angguk kepala sahaja sebagai tanda faham. Pada masa yang masa, dia rasa bersalah kerana Rizu tidak dijemput. Mungkin dia boleh belikan sesuatu untuk Rizu dari anime-con itu tetapi dia tidak sampai hati pula tipu sang kecil itu dia beli di tempat lain. Jikalau dia beritahu perkara yang sebenarnya, kemungkinan besar diri dia diberikan hukuman dari Kaizo. Lalu dia terfikir, dia sendiri tidak pernah diberikan hukuman latihan tempur. Selalunya Fang, Gopal, Lily ataupun Boboiboy yang akan kena hukuman latihan tempur. Mungkin sebab Kaizo tahu diri dia boleh menghadapi hukuman itu
"Lynna" Kaizo memanggil sang gadis itu "Kau tengah fikirkan sesuatu ke?"
"Err.. takdelah" Lynna tersengih sedikit "Jomlah kita masuk"
"Eh kejap" Faye rasa ada sesuatu yang tidak kena "Hmm... family Forger ni dah lengkap tapi.." Mata dia melirik ke arah pakaiannya sendiri "FAYE SEORANG SAHAJA TAKDE COSTUME!"
Tiba-tiba Fang muncul di sebelah Fang dengan senyuman lebarnya. Mata Faye melirik ke arah Fang
"Apa kata kau jadi anjing Bond dan aku boleh cosplay watak yang hebat-hebat" kata Fang dengan penuh harapan "Jangan risau, Bond ni comel. Lagipun Bond dan Anya kan macam buddy buddy, macam kau dan si pelik merepek tu"
Perkataan buddy buddy itu membuatkan Faye mendapat satu idea yang bagus. Mata dia terus bersinar-sinar. Fang ingatkan sepupu dia setuju dengan cadangan dia tetapi rupanya bukan
"Faye akan cosplay watak BECKY! Kawan baik Anya! Macam Faye dan Lily best friend buddy buddy!"
Fang kembali sambung bermasam muka. Hati Lynna tersentuh sedikit melihat keakraban mereka berdua. Dia suka melihat persahabatan Faye dan Lily. Pada kali pertama mereka bertemu, Lily dan Faye terus menjadi kawan rapat. Seolah-olah mereka sudah lama berkawan. Tanpa membuang masa, Faye terus cosplay kan dirinya sebagai watak Becky Blackbell
"YEAH! BECKY!"
"ANYA!"
Mereka berpelukan di situ
"Faye memang sesuai jadi watak Becky sebab dia tu kaya macam Faye!" kata Lily
"Betul tu!" Bersinar-sinar mata Faye "Jom jom kita pergi enjoy dengan anime-con ni!"
Sebelum sempat mereka melangkah masuk ke dalam dewan tersebut, ada beberapa kumpulan para remaja dan juga para dewasa yang ingin bergambar dengan keluarga Forger. Fang paksakan diri dia untuk senyum. Semua gambar dia kelihatan seperti orang tiada mood. Kaizo tetap dengan muka serius. Walaupun muka serius, para gadis di situ tetap cair dengan kekacakan muka Kaizo. Setelah mereka masuk ke dalam itu, Lily dan Faye teruja melihat pelbagai cosplay yang ada. Mata mereka bersinar-sinar melihat cosplay yang hebat-hebat. Fang rasa geram kerana diri dia tidak dapat bercosplay hebat seperti mereka. Lynna tersenyum suka melihat barangan yang jual di situ seperti keychain, sticker, buku nota dan bermacam-macam lagi. Selain daripada itu, terdapat pertandingan cosplay, jemputan artis-artis untuk menyanyi ataupun untuk panel-panel tentang anime terbaru. Artis penyanyi terkenal jepun juga ada dijemput untuk meriahkan lagi anime-con itu. Kaizo masih cuba memahami apa yang hebat sangat tentang anime-con ini. Ramai yang ingin bergambar dengan cosplay mereka sebagai keluarga Forger tetapi paling popular sekali adalah Kaizo. Semuanya ingin bergambar seorang diri dengan cosplay Kaizo sahaja. Cosplay Lily dan Lynna juga tidak ketinggalan tetapi paling kasihan sekali adalah Fang
"Alololo.. cian landak. Tiada siapa nak bergambar dengan landak"
"Adalah!" marah Fang kepada Lily "Tadi ada seorang budak comel nak bergambar dengan aku. Dia cakap aku comel"
"Hehehe.." Faye tergelak kecil melihat sepupunya "Banggalah tu ada orang nak bergambar dengan dia" Dia berbisik kepada Lily. Lalu mereka berdua tergelak bersama
Walaupun kebanyakkannya cosplay dari anime jepun, ada juga yang cosplay superhero Malaysia. Hati Lily berbunga-bunga melihat seorang remaja lelaki bercosplay watak superhero Pulau Rintis iaitu Boboiboy. Dia tidak mahu ketinggalan dan terus bergambar dengan cosplay Boboiboy. Bukan itu sahaja, Boboiboy Gempa, Blaze, Fusion pun ada sekali. Lily mengambil peluang keemasan ini untuk bergambar dengan mereka. Kaizo dan Lynna mula bergerak dari satu gerai ke satu gerai. Mata Lynna tidak putus-putus melihat kesemua barangan anime yang jual di situ. Semuanya comel-comel dan menarik. Kaizo hanya belek-belek sahaja barang yang dia angkat, lalu dia letak ke tempat asalnya. Mata Fang terpandang sesuatu yang membuatkan dia ketawa kecil
"Kenapa landak ketawa?"
Fang tunjuk ke arah satu gerai kecil yang tidak jauh daripada mereka. Lalu Lily mengerti kenapa Fang ketawa. Dia juga turut ketawa. Mereka sebenarnya melihat gerai kecil menjual barangan kartun My Little Pony
"Fang nak beli sesuatu untuk Gopal ke?" soal Faye
"Ha ah! Aku nak beli pony paling besar, khas untuk si Gopal tu! HAHAHAHAHAHAHA!" Fang ketawa lagi "Mesti dia malu nak terima hadiah seiklhas hati dari aku"
Mereka bertiga tidak henti-henti ketawa sehinggalah Lynna menoleh kebelakang. Dia tertanya-tanya apa yang mereka sedang ketawakan?
"Ada benda yang lucu ke?" Tiba-tiba mereka disoal oleh Kaizo
"Takde bendalah abang" jawab Fang "Adik cuma nak beli pony tu untuk Gopal aje. Dia kan peminat My Little Pony"
"Wah! Baik betul Fang ni. Mesti Gopal suka" kata Lynna sambil tersenyum
"Yea, dia pasti suka.. hehehe" Fang ketawa kecil "Kak Lynna tak beli apa-apa ke?"
"Akak nak jalan-jalan dulu. Kalau ada yang tertarik dihati, akak beli lah"
"Ala, kak Lynna kan dah tertarik dengan something something.. tak payah beli pun takpe sebab dia sentiasa ada dengan kak Lynna" Faye tersenyum sinis sambil ketawa sedikit
Lynna tidak faham apa yang dikatakan oleh Faye tadi. Fang dan Lily faham apa yang dikatakan oleh Faye. Mereka ketawa kecil sahaja. Kaizo malas hendak melayan. Sebenarnya dia seperti Lynna, tidak memahami apa yang Faye cuba katakan. Mereka mula sambung melihat gerai-gerai yang lain. Kaizo berhenti di sebuah gerai kecil yang menjual figura-figura anime. Dia melihat figura watak Twilight. Lalu dia fikirkan samada dia patut belikan untuk Rizu ataupun tidak
"Kaizo" Lynna pegang bahu sang kapten itu "Kau beli ajelah yang kecil-kecil atau plushie comel tu!"
"Macam mana kau tahu aku nak beli?" soal Kaizo
"Sebab kau asyik pandang aje patung Twilight tu dan tekaan aku seterusnya, kau mesti nak belikan untuk Rizu. Bukan untuk diri sendiri"
Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat Lynna yang sedang berdiri dibelakangnya. Muka mereka agak dekat dan hati Kaizo tiba-tiba berdegup dengan kencangnya. Dia cepat-cepat pandang ke depan
"Baiklah, aku akan belikan untuk si Rizu tu keychain sahaja" kata Kaizo
Mata Fang, Lily dan Faye terkebil-kebil melihat kelakuan Kaizo tadi. Mereka perasan Kaizo kelihatan malu sedikit. Sang kapten itu cuba hendak sorokkan perasaan malu itu dengan tetapkan muka seriusnya. Lynna seperti tidak sedar apa yang berlaku. Lily terbaca apa yang Kaizo sedang fikirkan ketika itu. Dia tersenyum lebar kerana pemikiran Kaizo sedang cuba tenangkan diri
"Jom kita ke gerai lain" kata Kaizo dalam keadaan tenang
"Ok" kata Lynna. Lalu dia menoleh kebelakang untuk berkata sesuatu kepada Lily dan Faye "Korang tak nak belikan apa-apa untuk Bella ke?"
"Nak belikan apa untuk Bella? Dia mana minat anime" jawab Faye "Sebab itulah kita orang tak invite dia. Lagipun dia ada dekat rumah tengah enjoy menonton perlawanan badminton dekat tv tapi rasa tak best pulak kalau tak beli apa-apa untuk dia. Bella kan kawan baik kita. Betul tak Lily?"
"Betul betul! Lily sokong sahaja!" kata Lily dengan penuh semangat "Nak belikan dia apa yea? Faye ada apa-apa yang menarik tak untuk Bella?"
"Aku ada cadangan"
"Apa dia landak?" Lily mula baca pemikiran Fang. Terus dia terkejut "WHAT?! LANDAK NAK SURUH KITA BELIKAN BENDA GIRLY UNTUK BELLA? Landak tahukan si Bella tak berapa minat dengan girly girl ni. Walaupun dia tak minat tetapi kami tetap kawan baik dia! Betul tak Faye?"
"Betul betul! Nanti kita cari sesuatu yang sesuai untuk Bella, ok Lily"
"Betul tu Faye!" kata Lily dengan penuh semangat "Landak jangan nak buat hal ok"
"Hmm.. yelah" Fang kembali bermasam muka sambil perhatikan barang-barang anime di situ "Takde benda yang best untuk Rizu ke?" bisik dia
Mereka teruskan berjalan lagi untuk melihat apa yang menarik lagi di setiap gerai. Lily teruja apabila sebuah gerai kecil menjual gula-gula kapas. Apa yang menarik gula-gula kapas itu, ianya boleh dibentuk menjadi watak kegemaran pokemon seperti Pikachu ataupun Jiggypuff. Lily membeli satu gula-gula kapas bentuk kepala Pikachu. Lalu dia kongsi gula-gula kapas itu dengan Faye. Semasa mereka sedang gelak-ketawa, Lily terbaca pemikiran Fang. Dia rasa kasihan kerana Fang rasa cemburu melihat mereka berdua. Fang sebenarnya mahu Rizu ataupun Boboiboy atau Gopal ada anime-con itu
"Nah Landak" Tiba-tiba Fang terkejut melihat separuh gula-gula kapas muncul di depan matanya "Landak ambil sikit. Sedap cotton candy ni!"
"Terima kasih" Fang tersenyum lemah sambil mencubit sedikit gula-gula kapas tersebut
"Baiknya Lily" bisik Lynna kepada Kaizo sambil tersenyum manis
"Walaupun si pelik tu pelik, tetapi si pelik tu memang budak yang baik" ujar Kaizo "Baik macam mana pun, si pelik tu suka sangat buat aku sakit kepala" Hati Kaizo rasa geram dengan perangai Lily. Dia bagaikan mahu hempuk kepala sang gadis itu dengan buku tebal
Tiba-tiba perut Fang berbunyi. Itu tandanya Fang sudah kelaparan. Dia sebenarnya tidak sempat makan sarapan pagi pada hari itu kerana Boboiboy perlukan pertolongan. Adudu tiba-tiba cari pasal di kedai Tok Aba. Terpaksa dia pergi menolong Boboiboy untuk berlawan dengan Adudu dan robot ungunya, si Probe. Selepas itu, dia terus pulang ke rumah
"Abang, adik lapar!"
Lily terus teringat tentang biskut Yaya. Lalu dia keluarkan bungkusan biskut itu dari beg galasnya. Dia tersenyum sinis sedikit, selepas itu ubahkan senyuman dia kepada senyuman ikhlas. Dia berpura-pura buat baik kepada Fang ketika itu
"Nah Fang!" Lily hulurkan bungkusan biskut itu kepada Fang "Makanlah. Lily ada bawakan biskut"
Mata Fang melihat Lily dengan penuh curiga. Lalu mata dia melirik ke arah biskut tersebut. Dia rasa dia pernah melihat biskut tersebut. Kenapa dia dapat melihat ada aura-aura hitam dari biskut tersebut. Adakah ini salah satu cara untuk kenakan aku? fikir Fang. Mata dia melirik ke arah Lily sambil berkata sesuatu
"Kau cuba nak bagi racun ke?" kata Fang dengan suara yang menakutkan
"Ma-mana ada" Lily tersengih "Kalau tak nak, takpe. Lily simpan dulu, landak boleh makan kejap lagi ke.. hehehehe" Dia sebenarnya dapat baca pemikiran Fang tadi. Hati dia kecewa sedikit kerana tidak berjaya pengsankan Fang
Lynna membawa mereka ke bahagian gerai makanan. Di situ terdapat pelbagai makanan jepun seperti taiyaki, takoyaki, mochi dan pelbagai lagi. Kaizo teruja melihat makanan perisa teh hijau. Dia teringin untuk merasai makanan itu tetapi dia tidak menunjuk reaksinya kepada sesiapa. Dia sahaja sambil perhatikan sepotong kek perisa teh hijau sehinggalah Lynna perasan
"Kau nak ke?" soal Lynna
"Tak lah, aku tengok sahaja"
"Eleh abang, kata ajelah yang abang nak" kata Fang kepada abangnya. Lalu Kaizo ketuk kepala adiknya "Ketuk ajelah kepala adik tapi apa adik kisah. Abang nak sangat kak Lynna belanja lah tu"
"Wuuuu... kapten itik hot tak nak mengaku!" Lily ketawa kecil bersama dengan Faye
"Akak tak kisah pun belanja Kapten Kaizo" kata Lynna sambil tersenyum manis "Meh akak belanja kamu semua"
Mata mereka terus bersinar-sinar kecuali Kaizo. Mereka bertiga sudah memilih makanan masing-masing. Fang mahukan dorayaki kacang merah dua keping, Lily pula mahu mochi dalam pelbagai perisa dan Faye, dia ingin taiyaki berintikan kacang merah. Kaizo hanya tunjuk kek yang dia perhatikan tadi. Kek itu berbentuk bulat dan di atasnya ada sebiji strawberry. Keknya pula berperisa teh hijau atau nama lain, matcha
"TERIMA KASIH KAK LYNNA!" ucap mereka bertiga sambil tersenyum suka
Kaizo rasa malu sedikit kerana seorang gadis belikan dia sepotong kek. Lalu dia membuat keputusan untuk belikan sesuatu sebagai tanda terima kasih kepada Lynna. Tanpa dia sedari, Lily tergelak suka kerana dia membaca pemikiran Kaizo ketika itu. Faye usik-usik bahu Lily untuk bertanya kenapa dia ketawa bersendirian?
"Ala, tak yah tanya pun dah tahu" Tiba-tiba Fang menyampuk
"Aik, la-landak tahu ke?" Mata Lily terkebil-kebil melihat Fang "Adakah landak mempunyai kuasa baru selama ini? NOOOO! Ini tidak adil!"
"Apalah yang kau merepek ni" Fang malas hendak melayan Lily "Aku tahu sebab kau tu pelik. Suka buat benda pelik-pelik!" Dia terus beredar dari situ untuk melihat benda-benda yang menarik di sekitar gerai itu
"Ohh.. hehehe" Lily tersengih sambil masukkan sebiji mochi ke dalam mulut
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah 2 jam mereka berada di event itu. Pelbagai barangan yang dibeli oleh Lily dan Faye. Kesemuanya comel-comel. Mereka berharap Bella akan suka dengan plushie Pochita dari anime Chainsaw Man. Fang hanya membeli keychain dan sticker-sticker comel untuk Rizu. Ketika mereka sedang menuju ke arah pintu keluar dewan tersebut, datang satu suara yang mereka tidak kenali
"Itu pun kau!"
Mereka tidak menoleh dan teruskan berjalan
"Oit! Aku panggil kau lah! Tak dengar ke Kapten Kaizo?"
"Huh?" Kaizo terus menoleh kebelakang "Siapa pulak ni?"
Lynna, Fang, Lily dan Faye rasa hairan, kenapa tiba-tiba musuh Kaizo boleh sampai ke sini? Adakah dia cuba cari nahas di tempat orang awam? Kaizo sebenarnya malas nak berlawan hari ini kerana dia mahu berehat. Eh, bila masa pula Kapten Kaizo rasa malas? fikir Kaizo. Sang gadis bernama Lily tergelak kecil kerana tidak sangka Kapten Kaizo boleh malas berlawan
"Kau memang tak kenal aku!" kata musuh Kaizo yang berbadan robot, suara pun seperti robot "Sebab kau belum bertemu lagi dengan aku robot paling handal di alam semesta! Aku yakin, ramai yang akan gerun dengan aku! HAHAHAHA!"
"Berlagaknya mamat robot tu" kata Lily sambil gelengkan kepala
"Hehehe.. kelakar pula suara robot tu!" kata Fang sambil melihat abangnya "Suara macam budak baru nak up... apa orang kata, BBNU.. hahahaha!"
"Eh! Kau kutuk aku yea!" marah sang robot itu "Takpe takpe. Lepas aku berjaya kalahkan Kapten Kaizo, aku akan ajar kau!"
"Ajar apa? Ajar matematik ke? Itu aku dah tahulah" kata Fang dengan berlagaknya. Sang robot itu tidak berpuas hati dengan Fang. Lalu dia mengambil keputusan untuk abaikan Fang
Orang ramai di yang lalu-lalang di situ rasa keliru sedikit, samada ini adalah persembahan dari event anime-con ataupun memang ada orang jahat datang menyerang? Ada juga yang menyempat merakamkan kejadian. Mereka percaya ini semua hanyalah persembahan sahaja. Lalu sang robot itu berkata sesuatu kepada Kaizo
"Kau ingat penyamaran kau boleh lari daripada aku! Hahahahaha.. tapi aku berjaya juga mengesan kau!" Sang robot itu ketawa bangga tetapi sebenarnya, hampir 8 jam dia cari Kapten Kaizo di Pulau Rintis. Ianya membuatkan dia hampir berputus asa "Aku ke sini kerana aku ingin buktikan kepada rakan-rakan aku, mak aku dan seluruh alien di alam semesta, yang aku berjaya kalahkan kau! Ingat nama aku selepas aku berjaya kalahkan, NAMA AKU ADALAH ROBOTOTO"
"Hmm.. yelah" Itu sahaja yang keluar dari mulut Kaizo
"Bersedialah kau Kapten Kaizo!"
Robototo berlari dengan pantasnya ke arah Kaizo. Ramai yang sudah bersedia merakam kejadian itu. Semuanya sedang teruja untuk melihat apa akan terjadi seterusnya. Kaizo kelihatan tidak bersemangat. Dia tidak berganjat dari situ. Sang kapten itu langsung tidak mahu keluarkan pedang tenaganya. Lynna terus muncul di hadapan Kaizo dengan wajah garangnya
"Biar aku selesaikan dia! Berani dia kacau kita di sini!" kata Lynna dengan suara garang sampai Fang sendiri pun takut
Mata Lily dan Faye terus bersinar-sinar melihat Lynna. Mereka rasa sangat teruja melihat Lynna di dalam mode berlawan. Robototo sudah menghampiri Lynna, dia seperti hendak menolak Lynna ketepi agar dia dapat menyerang Kaizo. Akan tetapi, Lynna pegang legang Robototo. Lalu dia tolak legang Robototo ke bawah, dan terus dia lempar sang robot itu ke dinding dewan. Ramai yang menjerit dengan nama 'Yor Forger' ataupun 'Thorn Princess' sambil bertepuk tangan. Mata Kaizo terkebil-kebil melihat kekuatan Lynna. Tanpa menggunakan kuasa pun, Lynna tetap hebat. Robototo bangkit sedikit demi sedikit. Lalu dia pandang ke arah Lynna dan berkata
"UWAAAAAAA! AKU MENGADU DEKAT MAK AKU YANG KAU BUAT AKU!"
Robototo terus lari keluar dari dewan tersebut sambil menangis teresak-esak. Dia rasa malu kerana dikalahkan oleh seorang perempuan
"Lerrr.. ingatkan hebat sangatlah tadi" kata Fang
Berpusu-pusu orang ramai ingin bergambar dengan Lynna. Sang gadis itu rasa malu kerana menjadi popukar sekejap. Mereka juga tidak lupa untuk bergambar dengan keluarga Forger yang lain dan juga Becky. Mereka tidak bahawa video rakaman tadi sudah di muat naik pada laman media sosial masing-masing. Ianya sudah tersebar luas di laman sosial
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, Lily pergi pulangkan cekak Anya kepada Rizu. Dia ada belikan plushie comel untuk Rizu sebagai tanda minta maaf. Bukan itu sahaja, Rizu turut menerima hadiah daripada Kaizo, Lynna, Fang dan Faye. Semuanya beli di event anime-con. Sebenarnya Rizu tahu kenapa dia menerima hadiah tersebut. Semasa Lily pulangkan cekak itu, Rizu dengan segeranya, memakai cekak Anya tersebut. Dia dapat membaca pemikiran mereka tetapi yang sebenarnya, dia sudah tahu tentang mereka ke Anime-con tanpa membawa dia lebih awal lagi. Video-video Lynna semalam sudah ditonton oleh Rizu. Bukan setakat video sahaja, gambar-gambar mereka juga tersebar. Semasa Rizu menerima hadiah-hadiah itu, dia baca apa yang mereka sedang fikirkan. Semuanya rasa bersalah dan sebab itu, mereka belikan macam-macam barangan dari anime-con itu. Rizu rasa berbelah-bagi, samada dia perlu merajuk ataupun maafkan mereka. Lalu dia berfikir untuk maafkan mereka dan terima hadiah itu seikhlas hati
------------------------------------------------------------------------------------------------------
maaf kalau ada yang silap pasal anime-con ke comic-con ke.. sebab akak sendiri tak pernah pergi.. hahahahahahahahahaha!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top