xxxviii | get well soon

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Hoping you find strength with each new day ❞

Aku tertanya-tanya tentang apa yang bakal Livio sampaikan. Lagaknya mengalahkan Detective Conan yang sedang memecahkan temberang penjenayah.

"Don't you think it's weird that no one's gonna back him up when he was attacked?"

Aku blur. Satu kerana aku tak faham. Dua kerana Livio bercakap terlalu cepat yang menjadi penyumbang kepada sebab pertama.

"Livio, that is a question. Not what we called as theory."

Livio membuat wajah menyampah dengan tangan di bahu.

"Ugh, fine."

"About your question.."

Edward mengusap dagu, tekun berfikir. Nampaknya Ed faham. Aku sorang je ke yang tak faham-faham?

"Alice, I know you don't understand what I'm saying. Anyways, I praise you for your amazing abilities at showing emotions through expressions."

Aku tak tahulah itu satu pujian ke ejekan. Tetapi memandangkan kata-kata itu datang daripada Livio, aku tidak peduli.

"I mean his bodyguards, they should be watching him all the time. How can they didn't realize what happened to the prince?"

"Logik siak."

Sekarang baru aku faham apa yang Livio maksudkan.

"He was in the nightclub afterall. Maybe the bodyguards weren't there. Samuel also needs privacy, especially when he dances."

Pendapat Ed kemukakan.

"Impossible. Don't you learn it during the Royal Duties' class?"

Kelas mana satu pula ni? Aku ni nama subjek pun masih tak ingat walaupun sudah beberapa bulan belajar di sini.

"Aha?"

Livio menggulingkan mata ke atas melihat ke-blur-an aku.

"Madam.. what was her name again?"

Kami semua saling berpandangan untuk beberapa saat. Angin bersiul. Samuel berdengkur. Perutku berbunyi.

Kesian betul Madam-What-Was-Her-Name. Tiada sesiapa yang ingat namanya. Sejujurnya, muka dia pun aku tak ingat.

"-she said that our bodyguards would never had their eyes off their masters."

"Maybe they were careless. They weren't paying attention to Samuel during the incident."

"Yea, my bodyguards were not around when we were chased by the stray. Ah I think I should dismiss him, he is not doing his job properly."

Buat pertama kalinya, Ed bercakap melebihi 20 patah perkataan.

"Or maybe they were drunk too?"

Aku melepaskan tawa kecil mendengar idea mabuk Ed. Like, seriously Ed you are thinking 'bout that?

"Funny Ed."

Livio memalingkan wajahnya ke arah lain. Aku tahu dia tengah menahan diri daripada ketawakan kebodohan idea bijak Ed. Ed pula kekal dengan wajah selambanya.

"Okay, you're right Livio. There's only 1% chance that the bodyguards were drunk. And it was a joke. Thanks for laughing, Alice. I tried hard you know."

Kali ini, 29 patah perkataan. Ajaib semacam Ed malam ni ya.

"Instead, Samuel's the one who's drunk."

"Really?"

"The drops of alcohol on his shirt explain everything."

"With some sleep pill in it."

Ed mencelah, berjaya membuat satu susuripris kepada kami berdua.

"WTF?!"

Aku dan Livio merespons serentak dengan drama yang tak habis-habis, nasib baik telefon aku tak meragam lagi.

"Livio, I can guess what you are thinking about."

Mereka berdua mengangguk kecil, serentak.

"Everything was planned."

Sekali lagi, akulah satu-satunya yang masih blur. Maaf sis tak geliga.

"So are you two tryin' to say that there is someone plotting against Samuel?"

"That is possible."

"Oh my.. bu-but we can just leave this to the cops right?"

Mereka berdua menoleh kepadaku, merenungku lama dan akhirnya menggeleng perlahan.

"Alice, for the sake of The King Of Spain, we can't."

"Why..?"

"Imagine how his citizens will react if they find out that their prince was found unconscious behind a nightclub."

Mataku melirik kepada Samuel yang sedang sedap berdengkur. Sayu juga aku melihat keadaannya sebegitu. Selalunya di situ ada Samuel, di situlah ada kekecohan.

Namun, hari ini sendu sahaja.

"You get worried too easily!"

Livio menampar lenganku, menyedarkan aku daripada lamunan.

"Mentioning yourself, Leo? Heh you won't admit that you are worried."

Pernyataan Edward menyebabkan Livio mengetap kuat bibirnya. Wajahnya sedikit merah. Ed pula menekup mulutnya menahan tawa.

Kalau diikutkan hati, nak je kitorang gelakkan Livio berjemaah. Tapi itulah aku takut ada orang keempat datang join. Tak pasal-pasal Ed masuk hospital jugak.

"Hmph, back to the topic please!"

Livio merengus kasar.

"Exactly, this has nothing to do with money."

Dia kembali serius selepas membebel seperti seorang mak cik.

"What do you think the reason is?"

Aku menyoal memandangkan aku paling bodoh di sini. Tak tak, bukan aku yang bodoh. Diorang yang terlebih pandai.

"Revenge?"

Cadang Ed. Livio hanya membalas dengan gelengan.

"If it was a revenge, he's dead already."

"Then what?"

Aku menyampuk lagi, menyerlahkan kebodohan yang sedia ada.

"I don't know."

Pertama kali aku melihat Livio yang pasrah. Woi, mana boleh berserah! Mana boleh mengalah!

"But why sleeping pill, instead of poison?"

Ed mengusutkan rambutnya. Semakin keliru akan permainan teka-teki teka-tekok ular mati dalam mangkuk ini.

"That's kinda weird."

"The culprit left him there. If I was him, I'll definitely kidnap Samuel, hire a surgeon to take out his internal organs and sell them."

Kroak kroak. Katak puru menguak. Samuel Rodriguez mengigau. Perutku berbunyi lagi. Eh mana cengkerik?

Aku dan Ed memandang Livio, lama dan tak berkelip.

"Cosa?"

Dia boleh pula buat muka tidak bersalah yang suci lagi murni seperti para bayi dalam iklan lampin.

Dasar anak raja tak berhati perut!

"Your Highnesses."

Suasana kroak kroak tadi terhenti apabila seseorang datang menyapa mereka berdua. Panggilan "Your Highness" bukan ditujukan kepadaku, jadi aku tak termasuk. Aku ni orang biasa je kut, entah kenapalah boleh sesat dalam kalangan golongan bangsawan ni.

Kami bertiga tersentak, lantas menoleh kepada empunya suara. Seorang jururawat berusia dalam lingkungan 30-an berjalan menghampiri kami. Raut wajahnya kelihatan amat risau.

"His injury.. is worst than what we thought.

Si jururawat menyampaikan berita tersebut dengan gaya seorang pembaca berita Buletin Utama.

"He's dying?!"

Tanyaku cemas.

"No-no, he isn't, Miss.. urm?"

"Alice."

Hatiku terasa bagai diserang bom atom. Ah hina sungguh kedudukanku di sini!

"Oh Alice. Uh-oh I'm sorry. Ehem ehem."

Dia terbatuk kecil sebelum menyambung,

"Miss Alice, Prince Samuel's injury is on the back of his head. It was bleeding a lot."

Kami mendengar dengan teliti. Masing-masing memasang telinga kanan dan kiri.

"He might have an amnesia, like.. 90% of chance."

Tiada seorang pun antara kami yang membalas. Aku, Ed dan Livio melihat ke arah si jambu yang hari ini kelabu.

"We're so sorry.."

"No, there's no need to."

Ujar Ed tanpa menoleh kepada jururawat itu.

"Merda."

Livio menggumam perlahan dan aku dapat rasa itu satu carutan dalam bahasa Itali.

Akak jururawat meminta diri lalu berjalan pergi dengan kertas laporan di tangan. Kami hanya mampu melihat Samuel dengan mata yang berat, berat kerana mengantuk dan berat kerana sedih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Uish banyaknya perkataan berat.

"Why Sam? If only you didn't go to the nightclub.."

Ujar Livio dengan nada kesal. Kenapa kau susah payah nak sembunyikan keprihatinan kau?
Mati ke kalau kami tahu kau risau? Aku tak faham kau, Livio.

Untuk beberapa ketika, suasana di dalam bilik ini begitu sunyi dan yang kedengaran hanyalah detikan jam yang tak pernah berhenti.

"Hey I'm going back, it's already late."

Akhirnya Ed bersuara sambil menilik Samsung Gear di pergelangan tangannya, bersedia mahu beredar.

"Me too."

Livio turut mengangkat punggung dari kerusi. Bunyi tepukan kedengaran. Tepukan apa? Tepukan pada punggung.

"Alice?"

"Nope, I'm staying here."

"Really?"

"We've got a class this morning."

"Yes yes. I'll just go take my things from the locker. I keep my spare uniform in there."

"Oh, I see. But still, take care of yourself okay? I'm going then. See you soon.".

Edward melangkah keluar dari bilik ini. Sempat dia melambaikan tangan kepadaku.

Haritu Samuel yang tolong angkatkan dia, kali ini dia pula yang selamatkan Samuel. Karma sungguh.

Livio juga sudah mula berjalan menghampiri pintu keluar.

"You sure, kid?"

Namun langkahnya terhenti di muka pintu.

"Yes lah, I can take care of myself! I'm a big girl."

"Reaaaalllyy~?"

Soalnya lagi. Atau mungkin lebih kepada ejek.

"Hish!"

Aku mengherotkan bibir menghadap perangai menjengkelkan Livio. Dia hanya tersengih kecil.

Sengih?

Livio tersengih?

Aku salah tengok ke tadi?

"How about your books?"

"Oh that's right my books! Thanks for reminding me."

Pantas aku bangun dari kerusi lalu berjalan ke arahnya. Sejambak kunci aku hulur membuatkan Livio terpinga-pinga.

"What with these keys?"

"Pack my things."

"What the fu-? You trust me? What if I steal something in your room?"

Livio memandang aku dan kunci di tangan silih berganti dengan wajah tak percaya.

"Nah, you won't!"

Ucapku penuh keyakinan.

"Geez Alice, you are so naive."

"Yes I am."

Dia merenungku lama sebelum mengambil gugusan kunci itu dari genggamanku.

"Fine, where do you put your books?"

"Under my desk. You know where."

"No, I don't."

"Yes, you know. You went to my room two to three weeks ago, you cook in my kitchen and you also know th-"

"Shut it. Do. No. Mention. Anything. About. That. Day."

Jari telunjuknya diletakkan di bibirku, membuatkan aku berhenti bercakap. Wajah Livio mula memerah.

"You'll do it okay?"

"Sì."

Jawabnya redha.

"Don't be late for class."

Sempat Livio berpesan sebelum berlalu pergi. Kalau tak sebab dia remaja lelaki sebaya aku, dah lama aku anggap dia sebagai seorang mak cik. Aura sama, cara bercakap sama. Jantina dan usia je yang berbeza.

Dan sekarang, hanya aku yang berada di sini bersama Samuel.

Aku melabuhkan punggung di atas  katil perbaringannya. Kepalanya yang berbalut sedikit merah kesan daripada pendarahan.

"Kenapalah benda ni terjadi kat kau?"

Aku menyoal bagaikan Samuel akan menjawab. Dan ya, Samuel hanya membalas dengan dengkuran sekuat badak air. Beberapa butiran mutiara yang jernih lagi suci melimpah keluar dari kolam mataku, walaupun aku cuba sedaya-upaya menahannya.

"Get well soon, please."

Tanpa teragak-agak, aku menggengam kuat tangan Samuel. Urat-urat timbul pada permukaan kulitnya yang pucat. Walaupun dia seorang pondan, aku tahu semangat kelelakian masih wujud jauh di dalam jiwanya. Tak kira betapa dia mencuba untuk sembunyikannya.

"A..lice..."

Suara itu datang dari Samuel. Tetapi dia belum sedar lagi. Entah macam mana dia boleh sebut nama itu dalam keadaan sebegini.

"Samuel, siapa buat ni kat kau?"

Air mataku jatuh ke atas tangannya. Lantas aku mengelap mata yang basah menggunakan baju. Yup this scene is a cliché but for now, I don't mind being a clichè.

"Kitorang akan tolong kau."

Kekosongan di sanubari setara dengan kesunyian pada malam yang hening ini. Jam yang tiba-tiba berdetik kuat aku toleh. Nampaknya jarum minit menghala ke angka 12 manakala jarum jam menunjuk kepada angka 1. Bermaksud pukul satu pagi.

Mata yang semakin berat aku biarkan sehingga lama-kelamaan kelopak mataku tertutup. Dengan kepala yang beralaskan tilam sahaja, aku akhirnya terlelap.

Bersama Samuel di sisi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top