xxxvii | sweet escape
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ Only a life lived for others is a life worthwhile ❞
Alice menelan air liurnya yang pahit semacam. Perasaan takut mula mengalir dari arteri ke setiap kapilari ke vena. Dia menoleh kepada Edward yang sedang cuba menghampiri Samuel yang tidak berdaya. Peluh dingin mula mengalir di dahinya.
"What..."
Suara Alice tersekat di hujung tekak, seakan tidak mahu keluar.
"..happened?"
Ed menjawab pertanyaannya dengan jungkitan bahu sebagai tanda tidak tahu. Alice hanya mengeluh lemah sementara Ed sibuk menganalisa tempat kejadian seperti seorang Shinichi Kudo. Dan dia berjaya mengesan sesuatu.
"Alice, here."
Dia menuding jari ke arah satu objek di atas lantai. Alice mengecilkan mata untuk melihat objek tersebut dengan lebih jelas. Ia adalah dompet kulit yang nampak seperti tercampak di kiri Samuel.
"A thief?"
Ed tanpa teragak-agak mengambil dompet itu untuk diperiksa tetapi tidak berjaya kerana Samuel terduduk di atas dompetnya. Dengan hanya menggunakan sedikit tenaga, Ed mampu mengalihkan posisi tubuh Samuel daripada terus menindih dompet tersebut.
"Sh*t!"
Ed menyumpah, lagi.
"What's wrong?"
Ed yang sedang mengalihkan tubuh Samuel, berhenti melakukan kerjanya. Dia menadahkan tangan yang terketar-ketar. Kedua-dua pasang mata milik duo itu terbeliak melihat tapak tangan Ed.
"Oh my..."
Pada tapak tangan Edward terdapat beberapa tompokan cecair merah yang pekat dan likat, yang dia peroleh dari belakang kepala Samuel. Tidak salah lagi, kepala Samuel berdarah.
"We got no time!"
Dompet Samuel diserahkan kepada Alice yang masih tidak dapat menghadam apa yang sedang berlaku. Ed menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon lantas mendail nombor seseorang.
Tutt! Tutt!
Penyambungan talian mereka nantikan dengan perasaan yang berdebar-debar.
"Hey!!!"
Ed dan Alice menoleh serentak ke arah punca terjahan itu.
"Mak, tolong."
Seorang lelaki botak tidak licin dengan parut yang dalam pada hidung memandang bengis mereka berdua, bersama picagari di tangan.
Hai pak cik! Pak cik ni nak lalok ke nak palau ni boleh saya join?
"ALICEEE!!!!"
Pandangan Alice beralih kepada Edward yang hanya menjerit sekuat ini sekali seumur hidup. Tanpa berkata apa-apa lagi, Ed membaling telefonnya. Alice dengan penuh blur menonton telefon Ed yang terapung di udara dalam keadaan slow-mo. Bayangkan gais Iphone Xr terbang.
Tau lah kau kaya tapi janganlah main baling henfon.
Segalanya berlaku terlalu pantas. Nasib baik Alice sempat mencerna situasi ini lalu terus melompat untuk menangkap Iphone Xr terbang milik Ed. Pada masa yang sama talian berjaya disambungkan.
"Your Highness?"
Dengar sahaja perkataan "Your Highness", Alice bertukar bingung dan cuba untuk mendapatkan Ed yang sedaya-upaya hendak mendukung Samuel yang beratnya melebihi 70kg. Tak apa Ed kan kuat, abdomen serupa dengan calculator.
"Just answer!!!"
Jerit Ed yang sudah tidak lagi tenang-is-good seperti selalu.
"He-hello??"
Nak tak nak, Alice terpaksa menyamar sebagai Putera Edward. Masa tidak menunggu mereka apabila si botak sudah pun berlari ke arah Alice dan Ed.
"Don't you dare!!!"
Tengkingan itu bergema di sepanjang lorong gelap, sekaligus memberikan isyarat kepada pasangan itu untuk-
"RUN!!!"
Ed menarik tangan Alice membawanya keluar dari situ sementara sebelah lagi tangannya digunakan untuk menahan paha Samuel yang didukung di belakang.
"Ahh, don't run away!!!"
"Faster!!"
"Urgh, this squid is so f*ckin' heavy!"
Edward mengerang keletihan.
Namun, tangan Alice tetap tidak dia lepaskan.
"Anyone on the phone?!"
"Oh!"
Alice baru teringat akan panggilan telefon tersebut. Kalau author jadi Ed, dah lama author campak Alice ke dalam tong sampah yang kebetulan mereka lalu ini.
"What to say?"
"Tell them to sent a team here, explain what happened!"
Arah Ed sambil kakinya semakin laju berlari, termengah-mengah tetapi tidak tercungap-cungap.
Hebatnya Ed, berat kot Samuel tu nak didukung sambil berlari!
"Prince Samuel was attacked! Come here please! Someone's chasing us!"
Terang Alice seringkas mungkin.
"Uhh-okay... Orders understood, Your Highness. May I know where you are right now?"
Rasanya sesiapa sahaja yang berada di hujung talian itu mula mencurigainya.
"Behind the nightclub. Hurry!"
"Roger."
"Thanks!"
"But where is the Highness?"
"Hereee!!!"
Ed menjerit kuat dan mengikut anggaran suaranya boleh didengari sehingga ke planet Jupiter sehinggakan telefonnya hampir terlepas dari tangan Alice.
"Oh okay. We'll be there soon."
Alice terus mematikan talian lalu fokus kepada larian. Mereka berdua saling berpegangan tangan sambil berlari selaju yang mampu tanpa menoleh ke belakang.
"We can do this!"
Langsung tidak melepaskan tangan masing-masing, mereka keluar dari bayang-bayang Pulau Granté yang gelap lagi suram dan meninggalkan seorang penagih berkepala botak yang terbatal niat mahu lalok.
Dan taiko botak itu hanya mampu melihat mereka pergi dari kejauhan dengan amarah yang meluap-luap bagaikan gunung berapi menanti masa untuk meletus. Apakan daya, usia tidak mengizinkannya untuk terus mengejar Alice dan Edward.
"Huff huff! Argh, f*ck you brats!! Huff huff... I'm quite old already huh?"
❄❄❄
Granté General Hospital
Alice merehatkan diri di tepi katil pesakit selepas menjalankan sesi "Sweet Escape" bersama Edward. Buku #88 Love Life dibaca setekun-tekunnya bagaikan apa-apa sahaja dalam buku itu bakal keluar SPM. Tak suka hal jiwang tetapi baca buku cinta, aneh bukan?
Tik!
Jam di dinding bedetik menandakan tepat jam 12 tengah malam. Sudah berkurun lamanya Alice menunggu namun Samuel masih belum sedarkan diri.
Sementara itu Ed berada di luar wad, bersandar di tepi pintu bilik Samuel ditempatkan. Pandangan matanya tertancap ke luar tingkap, menghayati langit malam yang dihiasi beberapa gugusan bintang. Salah satu daripada berjuta-juta bintang itu bersinar lebih terang berbanding yang lain, menonjolkan dirinya dalam kegelapan.
"What a bright fella..."
Bintang yang bergemerlapan itu sama seperti seorang gadis yang amat dikenalinya.
"Eddy!"
Sergahan yang kuat pada tengah malam buta itu membuatkan Edward hampir tercekik air liur sendiri. Hampir gais hampir, belum tercekik lagi.
Siapakah yang memanggilnya? Hanya ada seorang sahaja tahu tentang nama gelaran Eddy.
"It's been years since you call me that. Why all of the sudden?"
Ujar Ed sambil menghela nafas lega apabila dia dapat tahu bahawa si pemanggil rupa-rupanya seorang manusia normal dan bukanlah makhluk dari alam lain. Sudahlah Ed memang takutkan hantu, nasib baik dia tak terkucil dalam seluar.
"So what's the prob? People change."
"But you are not people, you are devil. By the way, I wonder why you change-"
Edward memalingkan tubuhnya menghadap si pendatang asing tanpa izin. Fist bump dihulurkan.
"-Livio."
Livio mengoyak satu senyuman sinis, menjengkelkan seperti biasa. Fist bump yang Ed hulurkan tidak berbalas.
"Because of someone."
Untuk seketika, Ed mendiamkan diri sambil merenung tangannya yang di-fist tetapi tidak di-bump.
"Is it only my imagination or are you getting shorter? Wow, the world is really turning upside down."
Tanpa berkata apa-apa lagi, Livio terus meluru masuk ke dalam wad selepas dipanah dengan kata-kata deep Edward. Dia sendiri tidak sedar yang dia sedang menghentak kaki terlalu kuat sehingga menggegarkan satu hospital. Jururawat terhantuk katil. Doktor tersedak milo tabur. Pesakit tersihat walafiat.
"Oh God you are shaking the whole hospital."
"Zittire!"
Ed hanya tersengih kecil melihat tingkah laku kawan lamanya itu. Acah garang. Acah cool. Acah jahat. Semua acah dia punya.
"I'm glad that you are back to the way you were."
Gumam Ed sendirian lalu meneruskan sesi pencerapan bintangnya.
❄❄❄
"Kid!"
Alice yang telah terlelap dan pada masa yang sama sedang melelehkan air liur ke atas bukunya terus terbangun. Lantas dia menoleh kepada empunya suara.
"Oh, Livio. Why are you here?"
Dalam keadaan mamai, Alice mengelap air liur di bibir menggunakan lengan. Dan air liur pada buku... err itu dibiarkan sahaja. Pandai-pandailah air liur itu menyejat dengan sendirinya.
"Visiting. What's the prob?"
Soalnya kembali dengan kasar sambil mengambil tempat di kerusi sebelah Alice. Alice merenungnya lama.
"What?"
Livio menekup wajahnya penuh dramatik. Drama king juga dia ni rupanya.
"You are bad. And it's weird that you cared so much about others."
"No, I don't!"
"Oh okay. Then why are you visiting him right now? In the middle of the night. Right after you got the news."
"I can't sleep that's why!"
"Oh okay. Then why you took care of me when I was having a fever?"
"That's because your injury was my fault!"
Mata Livio bertambah bulat macam peperoni di atas pizza. Memang sahlah orang Itali tulen. Jap ada kaitan ke?
Alice pula hanya tersengih kecil melihat reaksi Livio yang bak kata para otaku, tsun-deh-reh.
Camtu sekali dia tak nak mengaku kebaikan sendiri. Aneh amat mamat ni.
"Don't laugh!"
Wajah serius Livio tayangkan dengan tujuan untuk menakutkan Alice. But nah who doesn't Livio Grande. Katak bawah tempurung pun kenal dia kut. Alice langsung tidak pedulikan keseriusannya, makin terbahak-bahak sampaikan senak perut adalah.
"It wasn't a robbery."
Ketawa Alice terhenti serta-merta. Livio yang serius (lakonan) kembali serius (sebenar). Ed berjalan menghampiri mereka bersama sebuah dompet di tangannya. Of course, it is Samuel's.
"Nani?!"
Mereka berdua menjerit serentak dengan dramatiknya mengalahkan drama klise pertengkaran mentua dan menantu. Lagu Drama dendangan Drama Band bermain dari telefon Alice, dengan sendirinya.
La la la la la la la la kau memang drama ~
"What language is that?"
"Eh sejak bila aku support lagu local ni? Takleh jadi takleh jadi."
Dasar anak Malaysia lupa jati diri. Mentang-mentang dah tinggal di negara omputeh 3 bulan.
"Uhh what kind of music is that? I think a hacker put it in my phone, hahaha.."
Ayat Alice diakhiri ketawa yang hambar. Ada dua persoalan yang timbul. Pertama, sejak bila dia simpan lagu Drama? Kedua, kenapa lagu tu tiba-tiba bermain?
"Poltergeist.." Gumam Ed yang sudah mula berpeluh dingin.
Mereka semua saling merenung untuk beberapa saat. Sepanjang tempoh itu, hanya suara igauan Sanuel yang kedengaran ( kau ni pengsan ke tidur ha?) sebelum Ed menyambung.
"His purse is clean and untouched, filled with 1K dollar and 2K euro."
"Yes, I knew it."
Livio sempat mencelah seperti Kokoro Maori, detektif paling terkenal tanpa usaha. Misai je yang hilang.
"Based on my investigation, this amount of money is exactly the same before the incident. Means that, everything is safe and sound."
Terang Ed disokong dengan beberapa anggukkan dari kami.
"It's fishy tho. Like what's the assaulter's motive?"
Alice menyuarakan pendapat sambil jarinya sibuk men-delete lagu-lagu yang memakan memori telefon.
"Well, ehem ehem! I have a theory. I want to tell you guys about this, proudly."
Alice dan Ed saling berbalas pandangan lalu mengangkat sebelah kening kepada Livio.
"And that's why I'm here."
Hidung Livio kembang kempis tanpa sebab munasabah. Entah kenapa, semakin bertambah chapter semakin dungu watak ini.
"Oh really?"
"Oh I see."
Mereka berdua membalas hambar membuatkan Livio yang tak habis-habis bangga diri, memutihkan mata tanda tak puas hati.
"Tell us what happened."
Alice mengatur posisi duduknya sementara Ed berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh dan Livio duduk bersilang kaki gaya gengster. Harap je belajar Royal Etiquette tapi adab ke laut. Dan Samuel masih lagi terbaring kaku di atas katil pesakit.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top