xxxv | talking to the moon
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ We are all like the bright moon, we still have our dark side ❞
Malam ini, aku bagaikan hilang pertimbangan diri. Diri yang sentiasa memaafkan orang lain tidak kira betapa besarnya kesilapan tetapi tidak akan pernah melupakan, diri yang selalu mengukir senyuman walau sedang dicaci dan dihina, diri yang sering memaksa tawa untuk menyembunyikan kesedihan yang mencengkam dada. I don't know why but I feel emotional tonight.
"Alice Allyna mana?"
Seorang senior lembut tinggi lampai terjenguk-jenguk ke dalam kelas 3A1.
"Ye ada apa?"
Jawabku tanpa menoleh ke arahnya. Tanganku masih sibuk menyalin jawapan kepada soalan Matematik yang aku pinjam daripada Jennie.
"Meh sini jap."
Sempat aku habiskan meniru soalan terakhir sebelum angkat dari kerusi dan menghampiri senior tersebut.
"Nah ni ha."
Sebatang coklat Cadbury oreo paket besar dihulurkan kepadaku. Aku terkedu.
Mesti korang ingat abang ni nak bagi aku coklat kan?
Well, no. Dia datang nak pulangkan balik.
"Eh kenapa ni? Kenapa tak ambik?"
Perhatian rakan sekelas mula beralih kepada kami. Senior lembut itu kelihatan serba salah untuk berkata-kata.
"Camni dik, Ahau suruh bagi ni balik. Dia cakap dia tak nak makan makanan orang lain bagi. Jangan ambik hati ye dik."
Pujuk pelajar katering itu. Aku hanya tertunduk, menatap coklat yang 2 bulan aku bersusah payah kumpul duit semata-mata untuk beli tu.
"Jantan tak guna. Apekah tak nak makan apa orang bagi? Rezeki ada janganlah tolak hampeh!"
Aku tidak sedar bila masa dia datang, tapi Jennie sudah pun bercekak pinggang di sebelahku.
"Haah. Buat letih Alice je datang kedai aku semalam semata-mata nak beli coklat ni. Bukannya dekat dari rumah dia, 1000 sentimeter tahu tak?
Sampuk Fatin, iaitu anak kepada Pak Maon. Dan kedai yang dimaksudkan ialah kedai Pak Maon.
"Heh."
Aku tersengih kecil sambil menggeleng perlahan.
"Alice?"
Coklat yang dihulur sejak tadi aku tenung.
"Abang ambik jelah coklat tu."
"Eh betul ni dik?"
Bersinar-sinar nampaknya mata senior tu. Hmm masih nak pura-pura lagi.
"Yup, saya tak kesah pun hahahaha!"
Jennie dan Fatin memandangku tidak percaya.
"Hahahaha padan muka!"
"Gais crush dia tak terima coklat dia gais!"
"Woi tulah tak reti malu!"
"Muka hodoh pun ada hati nak pikat crush."
Itulah apa yang aku dengar. Ada yang mengejek depan-depan, ada yang mengumpat di belakang. Aku sudah biasa sangat dengan situasi ini.
"Alice-"
Jennie memegang bahuku dan Fatin nak cakap sesuatu namun dengan pantas aku memotong,
"Apelah mamat tu, aku bukannya suka sangat pun kat dia. Perasan betul! Aku pun satu terhegeh-hegeh nak bagi coklat. Bodohnya aku ni hahahaha!"
Satu tawa yang kuat aku paksa keluar. Dan satu kelas ikut serta ketawa.
Mana datang lawaknya aku pun tak tahu.
Inilah diriku, sendu, koyak, rabak, hancur, putus, retak, pecah. Dan hanya Sang Purnama yang tahu akan rahsiaku.
I even started fooling myself ~
Aku duduk di tepi tingkap yang terbuka, menghadap bulan penuh yang sedang menatapku, mendengar setia segala rintihan hati yang tidak aku suarakan. Bayu dingin pada malam hari cuba menenangkan jiwaku yang lara, sedikit sebanyak membantu kerana aku tidak lagi meroyan tak tentu pasal seperti tadi.
I just wanna feel normal for the night ~
Perasaan ini sukar untuk aku ungkapkan. Aku tahu ini lebih parah daripada kesedihan. Aku hendak menangis semahu-mahunya, namun air mataku turut malu untuk mendedahkan diri. Sehingga sampai satu tahap di mana aku tidak peduli akan setiap apa yang telah berlaku dan akan berlaku.
Ya, aku sudah tidak peduli lagi.
And I'll act like I don't care ~
Nafas aku tarik dalam-dalam, segar dan dingin. Sekurang-kurangnya, aku mampu bernafas dengan betul. Salah satu antara nikmat Tuhan yang tidak ditarik daripadaku buat masa ini.
I just wanna be normal ~
Nyanyian Sasha Sloan kedengaran sayu. Segala emosi yang cuba dia luahkan, aku dapat rasakan dengan jelas. Setiap mesej yang disampaikan melalui setiap bait liriknya, sepenuhnya aku fahami.
When the sharpest words wanna cut me down ~
Lagu Normal digantikan dengan This Is Me dendangan Ke$ha, masih lagi bermain daripada playlist Lost Soul buatanku sendiri. Playlist ini aku buat suatu masa dahulu dengan satu peraturan yang aku kena patuhi, iaitu aku hanya dengar apabila aku betul-betul perlu, walaupun aku berharap aku tak akan dengar playlist ini. Dan akhirnya aku mengalah. Aku perlukan bantuan playlist ini untuk merasionalkan diri.
I'm gonna send the flood, gonna drown them out ~
Maaf, pembaca. Aku tak dapat nak bermonolog dalaman mengarut seperti selalu. Everyone has their downfall, right?
I am brave, I am bruised, I am who I meant to be, this is me ~
Persahabatan yang terbina sekian lama antara kami musnah begitu sahaja, hanya kerana aku gagal mengawal emosi diri dan bertindak secara melulu. Namun, aku sedar bahawa masa bukanlah pengukur bagi kekuatan sesebuah hubungan.
Rakan-rakan yang aku kenal bertahun-tahun telah menipu aku hidup-hidup. Mereka tidak faham perasaan aku. Ya, aku tidak pernah minta mereka untuk faham. Tetapi sekurang-kurangnya, hormatilah. Walaupun aku jarang menunjukkan emosi, aku juga punya perasaan. Aku juga seorang manusia, seorang remaja dengan masalah emosi dan pegangan diri. Aku jauh daripada sempurna.
You know what, I blocked my old friends' numbers. Kecuali Adu, anak Pak Maon, dan Jennie kerana mereka sempat meminta maaf sebelum aku menekan Block, tetapi dengan satu syarat : Mereka tidak akan mendedahkan keberadaanku kepada yang lain. Tidak cukup dengan itu, aku deactivate akaun Instagram aku. Dengan semudah itu, aku pergi dari hidup bekas rakan-rakan sekelasku tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Dan aku telah memaafkan mereka semua.
Aku percaya, ini jalan terbaik.
Oh this is me! ~
Selepas 40 minit melayan perasaan, playlist Lost Soul berakhir. Jam di telefon aku periksa, nampaknya sudah hampir pukul 12 tengah malam. Namun aku tidak rasa mengantuk langsung pun.
Suasana sunyi sepi, hanya deruan angin malam bersiul di telinga. Tidak lupa juga, cengkerik yang tak henti-henti mengilai. Cengkerik ya gais cengkerik, bukan pontianak.
Aku kehilangan ramai kawan lama, tetapi aku terfikir, aku mendapat ramai sahabat baru. Kawan yang aku kenal lebih 3 tahun tetapi main tikam belakang, atau rakan yang aku baru jumpa 3 bulan lepas tetapi ikhlas menjadi sahabatku. Aku sendiri boleh tentukan.
Sekarang, aku perlukan pertolongan rakan sebenarku.
Tanganku bergerak sendiri tanpa aku pinta. Ia mencapai telefon di atas bingkai tingkap, menulis kata laluan pada lock screen, membuka contact lalu menekan butang dail. Aku tahu, dia mesti tak tidur lagi. Kesian betul pesakit insomnia ni.
Aku tak perlu menunggu lama untuk panggilanku diangkat.
"What've gotten into you? Calling me this late at night?"
Suara itu menyahut sebaik sahaja talian berjaya disambungkan.
"Nothing, I'm just a bit of bored."
Kedengaran satu sengihan kecil di hujung talian.
"Hey, tell me honestly. Are you gonna do a late night confession or what?"
Soalnya dengan nada menyindir.
"Lol. Am I talking to Hawkin Horane or Curt Autry or Livio Grande right now?"
Hawkin ketawa kuat, memecahkan kesunyian malam sehinggakan cengkerik pun berhenti mengilai. Pontianak pula yang menyambung. Ehhhhh?
"Hey, don't compare me with those two!
Ujarnya, masih ketawa terkekeh-kekeh.
"Okay okay that was a joke."
Aku turut melepaskan tawa. Aku perlu ketawa untuk membuang perasaan alah ini jauh-jauh.
"So, why? Did something happened?"
Soalnya seolah-olah tahu apa yang terjadi.
"Yes, yesterday I saw a guy spill all his Scrabble letters on the road. I asked him - What's the word on the street?"
"Alice, isn't that joke from Readers' Digest?"
"No, it is from Readers' Assimilate."
"..."
"Okay, nothing happened at all."
"Nah, don't tryna lie. Your voice is a bit shaky. I don't think you are okay, Lice."
Peka betul mamat ni, boleh kesan emosi aku hanya melalui cara aku bercakap.
"Haha, yea. I'm not okay."
Aku tahu aku tak akan berjaya tipu Hawkin. Dia tu nampak je macam lembap, tapi sebenarnya pandai juga. Berbeza dengan aku, lembap luaran dan dalaman.
"Something bad happened right?"
Hawkin bertanya penuh keprihatinan.
"Yes."
Jawabku jujur kerana aku rasa tak ada gunanya kalau aku cuba menipu lagi.
"If you wanna tell me, just go on. I'm hearing."
Bunyi selakan langsir kedengaran sayup. Mungkin Hawkin juga sedang termenung ke luar tingkap.
"No, that's not the reason why I called you."
"Then, it is late night confession right?"
"Ahh, not that thing again!"
Sekali lagi, Hawkin melepaskan tawanya. Bezanya kali ini lebih kuat.
"Okay okay, this time I'll ask for real. What are you doing?"
"Urm, staring at the moon?"
"Gosh, are you werewolf Alice?"
"No I'm not. I'm Brina Mars, the sister of Bruno Mars. I'm talking to the moon."
"..."
"Err okay."
Lawak aku tak pernah tak hambar kan? Siapa bersimpati mohon ketawa.
"How do you I know I'm still awake?"
Hawkin bertanya kembali selepas kami krik krik untuk beberapa saat.
"How? Why? Because you are insomniac."
"H-how do you know I'm insomniac?"
Budak ni dah kenapa hairan sangat macam tengah tengok kucing terbang.
Jap, what the heck?
Seekor kucing berbadan merah jambu dan berkepala kelabu melintas di depan mataku. Tubuhnya berkilauan disinari cahaya rembulan, meninggalkan jejak pelangi yang panjang. Tidak lama kemudian, pelangi itu memudar dan akhirnya lenyap.
"Err Alice? Are you there?"
Suara Hawkin di hujung talian membawaku kembali ke alam nyata. Serius weh, apa aku tengok tadi? Halusinasi atau realiti? Aku memang tengah stres sekarang ni tapi aku belum gila sampai ke tahap skizophrenia lagi.
"Ed told me."
Jawabku endah tak endah, masih tidak dapat move on dengan kejadian tadi.
"Oh, I see. Hey are y- what the fish?"
Aku masih lagi memerhatikan langit, mencari kelibat kucing terbang yang aku tidak pasti ia hanya khayalan semata-mata atau petanda hari kiamat.
"Hey Haw."
Sekarang giliran Hawkin pula yang membisu di hujung talian. Aku rasa aku tahu apa terjadi di sana. D*mmit, aku mula tak sedap hati.
"Hey, we need to hang up."
"Yea, I think so too."
Tanpa membuang masa lagi aku terus menutup tingkap. Langsir bilik aku selak habis agar menutupi keseluruhan tingkap.
"Goodnight, Hawkin."
Ucapku kepada Hawkin yang aku rasa masih kaku melihat apa yang aku lihat tadi.
"Sweet dreams, princess."
Aku yang baru sahaja hendak menekan butang merah, tidak jadi mematikan talian apabila mendengar perkataan "princess".
"Princess? Pfft!"
Talian aku matikan. Aku menghempaskan diri ke atas katil lalu menyelimutkan tubuhku menggunakan kain batik.
I still kennot brain what I just saw.
❄❄❄
Banana na na na ~
Seperti hero yang ressurect semula selepas dislain enemy yang mendapat Legendary, mataku terbuka luas. Dengan tanganku yang dibasahi liur basi yang meleleh dari mulut, aku terus meraba-raba meja di tepi katil mencari telefon yang sedang berdering.
Half of my heart is in banana oh na na,
He took me to Antartica na na na ~
Atau dengan lebih tepat lagi, mencari Dave si minion yang sedang menyanyi lagu Havana dalam versi Banana. Apabila tanganku menyentuh satu objek yang licin dan nipis dan bergetar, aku terus menggenggam objek yang aku yakini sebagai telefon itu. Tanpa melihat nama si pemanggil, aku mengangkat panggilan tersebut dalam keadaan separa sedar. Suara sengau Dave digantikan dengan suara garau yang tidak aku cam.
"Hello?"
Kataku kepada sesiapa sahaja yang berada di hujung talian.
"Hey the gym is too quite. It's only me alone here."
Aku mengangguk-angguk bagaikan si pemanggil itu boleh nampak aku.
"Umm helllooo?"
"Huh?"
Balasku mamai.
"Can you join me?"
Aku mengiyakan dengan,
"Emm.."
"Thanks, I'll wait for ya."
Tutt!
Aku membuka mulut seluas-luasnya, menghayati kenikmatan menguap. Mulut aku tampar perlahan dua kali sebelum memeriksa jam telefon. Sekarang pukul..
"WTF?! 3.30 petang?!"
Aku tidur mati ke apa malam tadi sampai 15 jam tak sedar-sedar? Seumur hidup aku tak pernah tidur selama ini.
"Ahh malasnyaaa!"
Wajah aku tenggelamkan ke dalam bantal, hilang minat untuk meneruskan kehidupan dengan positif.
Aku terlupa segala apa yang terjadi, dari malam tadi sehingga saat aku terbangun daripada tidur. Dan aku malas nak ingat. Yang aku ingat cuma aku ada mimpi fasal kucing terbang. Tapi kan, mimpi tu real semacam doh!
"Tak. Nak. Bangun."
Apa yang aku dengar tadi ya? Emm, pergi jelah.
Gimnasium, Bangunan Sukan
Seriously, I'm still in the lazy mode.
Aku pun tak tau macam mana aku boleh bersetuju dengan hal ini. Kalau diikutkan, aku sepatutnya masih berbaring di atas katil sambil menghadap Wattpad, hal-hal lain tolak ke tepi. Yang penting setiap kali bangun tidur, aku mesti baca cerita kegemaranku iaitu Akademi DiRaja Granté. Sekiranya korang ada baca cerita tu, jangan lupa vote dan comment ye!
Berbalik kepada soalan - "Macam mana aku boleh bersetuju dengan hal ini?"
Jawapan, aku pun tak tahu. Aku mengalami amnesia pagi tadi. Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik persetujuan tidak disengajakan ini. Lagipun buat aktiviti di gym lagi sihat daripada mereput di atas katil.
Selepas seribu tahun cahaya perjalanan, gimnasium akhirnya muncul dalam penglihatanku. Seperti tempat-tempat lain di akademi ini, gimnasium juga tidak kurang hebatnya. Di dalam gym, peralatan bersenam semuanya lengkap. Sebut je apa-apa, untuk buat bangkit tubi ada, untuk tekan tubi ada, dumbbell, punching bag, semuanya ada. Lengkap dan padu beb!
Gimnasium ini biasanya penuh lagi sesak dengan manusia, sehinggakan kadang-kadang kelengkapan yang berlambak itu pun tidak mencukupi. Sebab itu aku tak pernah datang ke sini. Tetapi anehnya, hari ni tak ada orang langsung.
Untuk pengetahuan readers, gym ini terletak di dalam bangunan sukan, bersebelahan dengan bangunan akademik. Senang je nak ke sini, tak jauh sangat pun dari asrama aku kalau nak dibandingkan dengan bangunan akademik yang nun jauh di atas mim. Namun, disebabkan aku malas nak mati hari ini, perjalanan ini ibarat dari Bumi ke Neptun.
Pintu kaca gimnasium aku tolak ke dalam dan kelihatan dia sedang mengangkat dumbell. Nampaknya, dia tak perasan kehadiran aku. Hmm dia ni kalau bersenam, tsunami melanda pun tak sedar rasanya.
Masalahnya sekarang, aku rasa serba salah habis tau! Aku masih gigih memelihara kesucian mata ini. Nak tengok, zina mata. Tak tengok, rugi pula. Macam mana aku nak cakap dengan dia ni?
"Ya Tuhan."
Tubuhnya yang lencun dibasahi peluh nampak berkilat. Pancaran cahaya lampu menambahkan lagi kilatan tubuhnya, macam pinggan dalam iklan cecair pencuci Joyah. Peluh mengalir di celahan urat-urat yang menegang timbul pada permukaan kulit. Sudahlah pakai singlet tak berlengan, nasib baik dia tak ada bulu ketiak.
Imanku jatuh berterabur.
"Hey!"
Aku berusaha untuk buat-buat biasa walaupun aku rasa tak biasa dan tak selesa dengan apa yang sedang aku lihat. Dia terperanjat mendengar sapaanku sehinggakan dumbell yang dipegang hampir terjatuh dari tangannya.
"Oh, you are here!"
Ed menguntum sebuah senyuman kecil kepadaku.
"Yes, I am here."
Balasku tanpa menoleh ke arahnya. Aku tak mampu pandang Edward melebihi 5 saat. Aku terlalu suci untuk itu.
"Good, now I can exercise peacefully."
Peacefully?
"What do you mean?"
"I can't concentrate on exercising when I'm alone in the gym."
Ujarnya mendatar sambil mengangkat dan menurunkan dumbell.
"Umm why?"
Edward mendiamkan diri untuk seketika. Dia tertunduk lemah sambil mengetap bibir.
"It is.. scary."
Ujarnya. Tangannya tidak lagi sibuk bermain dumbell.
"What?"
"I'm afraid."
"Like, what?!"
Ed yang berada di hadapanku ini nampak sungguh berbeza. Wajahnya tidak menunjukkan ekpresi tenang seperti selalu. Pertama kali aku lihat dia sebegini.
"Hey, tell me."
Aku belum sempat duduk lagi sejak aku melangkah masuk ke dalam gym tadi. Masih lagi berdiri, aku sudah tidak peduli akan 'pemandangan' ini.
"Why are you afraid?"
Soalku kepada Ed yang semakin kurang berkilat. Atau dalam kata lain, peluhnya sudah mulai mengering. Edward menghelakan keluhan yang berat sebelum berkata,
"If I tell you this, promise me to keep it as a secret."
"I'm good at keeping secrets."
Aku cuba meyakinkannya. Memang aku pandai simpan rahsia, sebab itulah aku tak faham kenapa orang lain suka sangat simpan rahsia daripada aku. Macamlah aku nak sangat tahu rahsia diorang kalau dia abang kepada Jeon Jungkook bolehlah juga aku menyibuk.
"I am.. afraid of.. gh-gho.."
Dia menggeleng-geleng, tidak mampu meneruskan kata-kata. Betul ke ini Ed, ke dia kena bertukar badan dengan Curt, manusia paling penakut di dunia. Kenapa Curt? Sebab dia akan terberak setiap kali Mdm Hilda atau Cikgu Chai bertanyakan soalan.
"Don't tell me.. ghosts?"
Edward mengangguk perlahan sambil membenamkan wajahnya ke telapak tangan. Barangkali menahan malu.
"D*mn, it's embarassing."
Aku sejujurnya dilanda kejutan yang teramat. Mana taknya, Edward Crawford iaitu Prince Of England yang merupakan lelaki paling sasa, matang dan rasional di dalam kelas aku. Tetapi siapa sangka dia mempunyai fobia yang..
"Fobia budak kecik.."
Gumamku tanpa sengaja dan nasib baik Ed tidak faham yang aku sebut.
Baiklah, semua orang mempunyai kelebihan tersendiri dan kelemahan masing-masing. Kita hendaklah terima seseorang itu seadanya, tidak kira baik mahupun buruk. Tiada sesiapa yang sempurna. Termasuklah putera raja.
"So please Alice, don't leave me alone!"
Seakan-seakan merayu kepadaku, aku terkesima akan perbuatan Ed. Nada suaranya tidak pernah aku dengar sebelum ini, sarat dengan kerisauan dan ketakutan. Nampaknya hal ini lebih serius daripada apa yang aku jangka.
"Ed, are you okay?"
Aku menatap Ed dengan pandangan yang risau.
"Stay with me."
Aku terundur sedikit apabila Edward mencapai hujung t-shirtku dan menggenggamnya kuat, masih lagi menunduk.
Simpati, belas, dan kasihan berkumpul di hati, menyebabkan aku tidak sanggup melihat Ed dalam keadaan begini. Emosi mula mengambil alih tugas akal dalam mengawal pergerakan badan. Kita tidak sedar apa yang sedang kita lakukan apabila perasaan mula bermaharajalela.
Dengan perlahan, tangan Ed aku lepaskan dari bajuku. Tanpa teragak-agak, aku memegang erat tangannya yang tidak lagi berpeluh.
"Don't worry, I'll always be by your side."
Aku memberikan senyuman paling manis, diukir khas buat Ed supaya dia tidak takut lagi.
Edward mengangkat wajahnya. Serentak dengan itu, mata hazelnya membundar seolah menerima sebuah harapan baru dalam kehidupan yang diberikan oleh seorang bidadari yang cantik lagi baik. Oh tidak aku telah dijangkiti oleh wabak self-love sebaran Curt dan Livio! Mohon ampun kalau saya membuatkan readers rasa nak muntah membaca ini.
"Thank you, Alice."
Ed membalas sentuhanku, turut memegang lembut tanganku. Aku menggenggam ikatan antara kami dengan lebih kuat, dia juga sama.
Nasib baik hari ini gym lengang. Kalau tetiba ada orang datang, mati katak aku kena tangkap basah (basah sebab Ed berpeluh bukan basah lain jangan fikir lain ya makhluk berotak oren sekalian). Lagipun, sini takde JAIS.
"You're welcome."
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
Part. Ini. Sangat. Mengarut. Dan. Cringe. Dan. Emo namati.
Ah Seven rasa macam nak hentak kepala kat dinding time tulis ni. Kucing terbang is the worst idea ever.
And sesiapa yang belum tengok trailer tu dipersilakan iya iyalahhh.
Vote and Comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top