xxxix | she blooms in winter
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love ❞
Langkahku yang berat dibawa perlahan. Seperti biasa, telingaku tak pernah tak bersumbat. Cuma bezanya, hari ini aku berjalan tanpa membawa beg sekolah.
Di mana beg aku?
Orang tolong bawakan.
Siapa yang bawa?
Seorang mak cik bernama Livio yang tolong bawakan. Bayangkan gais, dia bawa dua buah beg sepanjang berjalan ke kelas. Satu beg dibawa di hadapan macam wanita sarat 9 bulan dan satu lagi beg digalas di belakang seperti bonggol unta.
Kesian Mr. Poyo jadi kuli. Gerenti kena gelak satu sekolah. Itu pun kalau orang berani gelakkan dialah.
Muzik pop punk berkumandang di telinga, menghiburkan jiwaku yang gusar ini. Dulu kawan aku cakap lagu bergenre macam ni buat mereka bertambah runsing, tetapi bagi aku inilah definisi bagi muzik. Mungkin aku yang fleksibel sebab sukakan pelbagai jenis muzik tak kiralah klasik mahupun moden.
The Take Over, The Breaks Over nyanyian Fall Out Boy bermain, mengiringi setiap langkahku. Apabila tiba bahagian rancak, aku berjalan laju. Apabila masuk bahagian sentimental, langkahku menjadi perlahan.
Kesimpulannya semakin rancak sesebuah lagu, semakin laju pergerakan si pendengarnya.
Apekah?
Jadi kalau korang tengah bergegas nak ke mana-mana, korang ikutlah petua aku ni. Gerenti cepat sampai ke destinasi, malah kelajuan anda boleh mengalahkan Usain Bolt.
Apekah kuasa dua.
Maaf semua, aku kurang betul sebab tak cukup tidur malam tadi. Aku cakap kurang betul ye bukan tak betul.
Sedar tak sedar aku sudah hampir sampai ke kelas Grade 1 Tetris. Angka digital pada jam tanganku menunjukkan 7:30 a.m. Oyeah saya awal hari ini.
Pintu kelas aku tolak perlahan. Kakiku melangkah ke dalam kelas lalu menuju ke tempat dudukku yang selalu diubah oleh guru. Sekejap di tengah-tengah, sekejap di tepi tingkap, sekejap di tepi pintu.
Aku sendiri pun tak tahu apa motif Sir Garver asyik ubah tempat duduk kitorang. Mungkin sebab aku banyak sangat cakap? Tak mungkin. Aku suka bermonolog tapi aku bercakap tak kuat pun. Aku berbisik kut.
Nampaknya beg hitam dengan telinga kucing merangkap beg sekolahku sudah tersedia di atas kerusi. Aku tersenyum puas. Bagus betul servis ini.
Tetapi mana Livio?
Batang hidung pun tak nampak, apatah lagi batang gigi. Aku masih tak berkesempatan untuk berterima kasih kepadanya.
Nanti jelah. Janji budak tu masih hidup lagi.
Dan mana BFF aku?
Biasanya Hawkin akan mematungkan dirinya seperti tugu Statue Of Puberty di kerusinya sehinggalah aku datang. Namun hari ini tiada.
Ke mana perginya dia?
Donde?
Atau sebenarnya, ke mana tujunya semua orang?
Kelas kosong tak berpenghuni. Tiada sesiapa berada di dalam kelas kecuali aku. Feliks yang bising. Samuel yang koma. Curt yang mengorat. Semua tak ada.
Aku memusingkan kepala melihat sekeliling untuk memastikan lagi.
Memang tiada.
Okey.
Aku tipu.
Ada seseorang.
Yang senantiasa ada apabila orang lain tidak ada. Satu-satunya makhluk yang tak pernah lesap tetapi selalu hilang dari radar. Siapakah itu?
Aku membawa muka tebal datang menghampirinya.
"Kazu-chan~!"
Aku menyapanya dengan nada suara anime tak kawaii, menyebabkan Kazuto terkejut. Amat terkejut sampaikan cermin matanya terjatuh. Entah macam manalah boleh jatuh, aku pun kennot brain. Dia pakai spec kat hidung atau mulut?
Dengan agak kelam-kabut, dia mengatur semula cermin matanya ke posisi asal sebelum menoleh ke belakang. Aku menguntum sebuah senyuman semanis bunga sakura kepadanya. Tetapi apakan daya, aku di-blue tick begitu sahaja. Ekspresi wajah Kazuto langsung tak berubah. Namun perlahan-lahan, hujung bibirnya terangkat sedikit demi sedikit.
"Uh, hi?"
Dia mengangkat sebelah tangan kepadaku seperti sedang membaca ikrar. Ini robot ke manusia? Tolong sesiapa jawab.
Dan kalau aku tak rabun lagi, apa yang aku lihat ialah Kazuto sedang berusaha untuk senyum. Senyuman senget terukir janggal di bibirnya. Aku tak mampu berkata apa-apa. Dalam kata lain, lebih less daripada speechless.
Bibirku memainkan peranan untuk mempamerkan perasaan gembira dan kagum yang terlampau ini, ia membentuk senyuman 5 kali ganda ekstra lebar. Senyuman terlalu lebar sehingga ke telinga, boleh dikatakan melepasi mata.
"Yeay yeay yeay dia balas senyum aku!"
Aku dengan syok sendirinya bertepuk tangan seperti anjing laut. Sama macam korang waktu crush balas senyuman korang.
❄❄❄
"Just now Garver came in and asked for help. They all volunteered to help. And I didn't, that's why I'm still here."
Penerangan Kazuto beri selepas puas aku paksa. Orang lain susah payah tolong cikgu kau dok santai melukis dalam kelas. Hmm tipikal Kazuto.
Tangannya dari tadi tidak berhenti bergerak, melakar apa-apa sahaja yang berada dalam fikirannya. Hmm tipikal Kazuto juga.
Aku rasa dia semakin okay sekarang. Dia dah tak diserang panik apabila disapa seperti dulu. Atau marah tak tentu pasal semasa ada orang mahu bercakap dengannya. Nice nice. Perkembangan yang positif.
"Why are you smiling?"
Kazuto bertanya penuh hairan. Mata kecilnya dibesarkan. Bila masa pulak aku senyum?
"Eh?"
Aku tak sedar aku sedang tersenyum sorang-sorang tak ubah macam orang gila, memikirkan perubahan drastik Kazuto. Mana tak nya, dalam masa beberapa bulan sahaja dia boleh berubah sebanyak ni. Kalau dulu nak dekat pun tak berani sebab aura muram lagi gelapnya begitu kuat sehingga mampu meresap ke dalam tulang.
Agaknya apalah yang buat dia berubah ya?
"Nothing~"
Ujarku dengan hehe di penghujung ayat. Aku masih tak dapat berhenti senyum memerhatikan gelagat Kazuto.
Kami bertentang mata hanya untuk seketika apabila dia mengalihkan pandangan ke atas meja lalu mula mengemas barangnya. Aku pun tak tahu apa yang dia sibuk susunkan memandangkan mejanya memang sudah sedia kemas. Kemudian dia kembali menghadap buku lukisannya. Dan langsung tidak menoleh ke atas lagi.
Aku seperti halimunan di matanya.
"Hey, I wanna try."
Kataku walaupun aku tahu aku akan diseen tak pun kena 'hempap batu'. Sebagai respons kepadaku, Kazuto menghulurkan tangannya.
"What?"
Aku hairan akan perbuatan Kazuto, lagi-lagi apabila dia mencapai tanganku dan meletakkan penselnya ke dalam genggamanku.
"Eh?"
"Draw."
Buku lukisannya diberikan kepadaku.
"Draw what? I can't draw."
Dengan jujurnya aku mengaku. Aku memang gagal kepala satu kalau bab seni ni. Melukis? Maaf aku memang tak dapat. Tak pasal-pasal nanti lukisan kucing nampak macam anjing. Kesian si kucing.
Tetapi sekurang-kurangnya aku pandai berimaginasi tau. Aku boleh berangan sampai ke langit ketujuh. Berjam-jam pun aku tahan.
"It's okay."
Siapa sangka budak noob seni ni berpeluang untuk melukis hari ini? Mengejutkan, tetapi apa yang lebih mengejutkan sekarang ini ialah apabila tangan Kazuto yang pantang benar disentuh itu merayap di atas tanganku. Aku pula yang terkedu dengan perbuatannya. Memang Kazuto ke ni? Ke ni Hawkin in Kazuto's clothing?
Selama ini kami diharamkan sama sekali terkena dia tak kiralah sengaja atau tidak. Tetapi ini?
Jarinya bertemu jariku, mengangkat dan menurunkan pensel seperti sedang bermain boneka. Pensel digerak-gerakkan menggunakan jariku bagaikan tangan ini miliknya. Tanpa perlu aku berusaha gigih, kertas putih bersinar tadi berubah wajah.
Sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang 'aku' lukis. Tahu-tahu sahaja sudah ada sesuatu terlukis di atas kertas. Tak sampai 2 minit pun.
"Done."
Sekuntum bunga terlakar indah pada kertas lukisan Kazuto. Ia nampak sangat nyata, disertai dengan tona warna dan garisan yang teliti.
"Where you got this idea?"
Mendengar soalanku, dia bangun dari kerusi lalu berjalan menghampiri tingkap kelas. Aku juga berbuat perkara yang sama. Buku lukisan tadi aku bawa sekali. Kazuto mengangkat jari telunjuknya, menunjuk ke arah sesuatu yang berada di luar sana.
"There."
Aku terpesona melihat apa yang ditunjukkan olehnya, iaitu sekuntum bunga yang berkembang mekar.
"Oh wow.."
Aku memerhati bunga itu dan lukisan di tangan silih berganti. Memang serupa seperti di dalam lukisan.
Itulah satu-satunya bunga yang masih hidup malah mampu berkembang mekar pada musim salji ini. Rama-rama dan lebah berterbangan di sekitarnya, berebut-rebut mahukan bunga itu.
Aku tak rasa aku tak pernah lihat bunga yang seistimewa itu. Bukan ros bukan orkid bukan kekwa. Spesies baru mungkin? Sebab bunga itu lain daripada yang lain.
"When all the flowers were blooming, it didn't. And no one realizes its existence, not even me. But now during winter, it's the only blooming flower. Everyone looks at it. Everyone likes it. And magically, it's much more beautiful than the flowers that bloomed earlier. I think that flower is special. Everyday I'll sit at my place and just watch it. The color gets brighter and brighter. The petal gets bigger and bigger. The flower gets prettier and prettier."
Terangnya panjang lebar dengan pandangan yang masih tak beralih dari bunga itu. Aku tak pernah dengar Kazuto bercakap sebanyak ini. Nampaknya Kazuto lebih maju daripada Edward.
"It is... just like you."
Kazuto menoleh kepadaku, betul-betul membuat pertemuan mata antara kami.
Apa kaitan dengan aku?
"What do you mean?"
"Nothing."
Dia mendekatiku tapi taklah begitu dekat. Buku di tanganku diambil dan lukisan itu dikoyaknya perlahan dengan kemas.
"Keep this. As a memory."
Bersinar terang bak supernova mataku mendengar kata-katanya. Senang cakap, kalau aku watak anime memang ada bintang berbucu empat di mataku.
"Reeaallyy??"
"Yes, but remember it as a drawing that the two of us drew together."
"Yes or yes I will. Oh thank you! Arigatou arigatou!"
Bibirnya mengukir sebuah senyuman yang kecil tetapi penuh makna, dibalas dengan senyuman yang besar lagi lebar daripadaku. Siapa cakap Kazuto tak pandai senyum? Eh kejap aku yang cakap kan?
"Welcome."
Balasnya sepatah sambil menaikkan kaca matanya. Rambut hitam legamnya disikat dengan tangan. Waktu tu aku perasan, kacak juga Kazuto ni rupanya.
Eh?
Selepas senyum terlalu lama sehingga bibirku terasa kebas, aku berjalan ke tempat dudukku untuk menyimpan lukisan tersebut. Aku masukkan lukisan itu ke dalam beg dengan berhati-hati memandangkan ia merupakan lukisan pertamaku, yang dilukis bersama dengan Kazuto. Padahal sebenarnya dia seorang je yang melukis. But since he used my hand I want to take credit too.
Dan ketika itu pintu kelas dibuka dengan kuat dari luar.
"Woi tak reti bukak pintu ke?"
Bapak ayam, iaitu Garver masuk ke dalam kelas dibontoti anak-anak ayam di belakangnya. Aku menekup mulut kerana telah tersasul kata-kata yang sedikit kurang ajar.
Mereka semua keletihan. Ada yang bajunya tak mampu dikancing lagi, ada yang butang tercabut dari jahitan, ada yang blazer hilang entah ke mana.
Ala kesian anak-anak raja ni baru pernah hidup susah.
Aku memberikan senyuman "Good Morning" kepada mereka. Secara automatik dan tibernya, mereka semua bersemangat semula dan membalas senyuman dengan bertenaga untuk melangkah jauh, siap lambai-lambai lagi.
Langkah Garver tiba-tiba terhenti menyebabkan Curt dibelakangnya terlajak ke hadapan lalu terlanggar belakang cikgu dan hilang imbangan.
"Ouch!"
Nasib baik ada back-up di belakangnya yang sempat membantu. Tetapi oleh kerana back-up itu ialah Feliks, berjaya sahaja dia menahan Encik Playboy daripada terjatuh ke atas lantai, dia terus menggeletek Curt tanpa belas kasihan sesama insan.
Namun Garver langsung tidak berganjak sama sekali. Dan aku baru sedar, rupa-rupanya sejak tadi matanya merenungku tajam.
Gulp!
"Alice."
Suaranya yang tegas membuatkan aku hampir terkucil di dalam seluar yang tak berlampin.
"Ye-yes, Sir..."
Terketar-ketar aku menjawab. Janganlah tenung macam nak makan orang. Makanlah orang yang seusia dengan kau, buat apa makan aku yang banyak tulang daripada isi ni.
"What's wrong with you?"
Soalnya.
"What's wrong with me?"
Soalku kembali.
Garver menepuk dahinya dan teruskan berjalan ke hadapan kelas lalu meletakkan buku di atas mejanya. Mereka yang lain kembali ke tempat duduk masing-masing.
Setelah semua orang mengambil tempat duduk, fokus Garver beralih semula padaku.
Bukan.
Bukan dia sahaja.
Fokus semua orang.
Kenapa semua tengok aku macam seekor pemangsa? Tak tak tolonglah jangan buat apa-apa kat satu-satunya budak perempuan yang tersesat di hutan hujan tropika ini. Lindungilah golongan wanita yang lemah ini!
"Alice, where's your uniform?"
"Uni what?"
Aku memandang diriku sendiri atas bawah mencari apa yang silap. Lah biasa je, ada tangan ada kaki ada mulut ada mata. Jadi apa kejadah pulak orang tua ni merepek pagi-pagi buta ni?
"Alice..your-"
Hawkin menuding jarinya berkali-kali seperti boomerang kepada sesuatu ya-
Oh..
Aku ingatkan Garver sengaja nak hancurkan mood aku pagi ini, jadi dia pun marah-marahlah tanpa sebab. Namun aku terlalu berburuk sangka, lagi.
Rupa-rupanya aku masih memakai pakaian malam tadi. Pakaian yang aku pakai sudah hampir melebihi 24 jam. Peluhku hasil larian malam tadi masih melekat pada baju ini. Air liurku yang masih segar diserap oleh fabrik ini. Seragamku masih elok terlipat di dalam locker sana.
Dan aku langsung tak ingat pun nak pergi tukar pagi tadi.
"Sh*t."
Dari jauh, Livio ketawakan aku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Aku hanya mampu mengangkat jari tengah kepadanya dari bawah meja.
"Err, my uniform huh? Eh-hehehehe."
Aku tersenyum kelat kepada Garver dengan hehehe yang tak lekang, dibalas oleh jelingan sakaratul mautnya.
Mati lagi!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top