xxxiv | for my daughter

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Katie's POV ]

❝ A mother's love endures through all ❞

"Mama!!! Arza pukul Azra!!"

Tak sampai waktu subuh esok hari rasanya boleh roboh rumah aku dengan suara anak kembar yang harap badan je kecik tetapi suara lagi kuat daripada gajah beranak.

By the way, korang kenal aku tak? Alah takkan tak kenal kan? Jap? Korang memang tak kenal?

Memperkenalkan, akulah wanita yang melahirkan heroin kegemaran korang, Alice Allyna. Mak dia tumpang glamour anak je tapi takpelah asalkan dapat jadi narrator bagi part ini *menangis kesenduan*.

"Azra tu kacau Arza!!"

"Uwahhhhhh!!!!!"

"Uhuk huk!"

Nak tak nak aku terpaksa tinggalkan periuk berisi ayam masak Cola di atas dapur dan pergi melayan kerenah mereka berdua.

"Adoh eh! Arza ni janganlah terus nak pukul adik kamu. Kamu ni kecik-kecik dah jadi pengganas, macamana nak jadi gentleman dah besar nanti? Lagi-lagi adik kamu ni perempuan, yang kamu dok hentam dia kenapa? Kamu ni lelaki, Arza. Lelaki yang kuat kenalah lindungi perempuan yang lemah."

Arza si abang memuncungkan bibir sambil memeluk tubuh. Acah marah katanya. Mana nak buang perangai mak dia?

"Azra ni pun satu. Asyik kacau abang kamu mana dia tak nak marah?"

Azra mengangguk berkali-kali sambil mengesat yang air matanya. Berdasarkan lopak di atas lantai tu, rasanya sudah 10 liter air mata mengalir keluar. Aduhai nampaknya terpaksalah aku mop lepas ni, kalau Alice ada di sini dapat juga aku dera.

"Arza, Azra buat apa tadi?"

"Azra pergi isi bola Arza dengan air kencing dia. Arza tak tahu Azra buat macam tu jadi Arza pun bawalah bola tu pergi rumah kawan, main bola beracun sama-sama. Waktu Arza baling, bola tu meletup- uhuk! Lepas tu, uhuk!"

Arza mengelap hingus yang tergantung dari lubang hidung, berukuran 10 cm.

"Lepas tu, mak dia marah. Arza kena halau dan- uhuk! Dia tak nak kawan dengan Arza lagi uwaaaaa!!!"

Alamak! Jawabnya akulah yang kena pergi mohon maaf dengan mak kepada kawan kepada anak kepadaku ini, terpaksalah aku bawa muka setebal make-up mak cik bawang sebelah rumah.

"Shusshh shusshh dah dah tak yah nangis lagi! Nanti Arza pergi minta maaf kat dia baik-baik, mesti dia akan maafkan Arza. Azra pun sama, kena jujur dekat kawan abang. Nanti mak temankan."

Dengan mudahnya aku hampir berjaya menyelesaikan satu masalah house stairs. Ada ciri-ciri ibu mithali tak?

Untuk mengurangkan tangisan mereka berdua, aku merangkul Azra dan Arza ke dalam pelukanku.

"Sudah sudah. Yang penting sekarang ni Arza mintak maaf dekat Azra, Azra pun sama okey?"

Arza yang masih lagi tersedu-sedu, kelihatan begitu terpaksa namun dia tetap akur akan permintaan ibunya ini.

"Azra.. Arza nak mintak maaf sebab pukul Azra tadi."

"Azra pun nak mintak maaf kat Arza. Arza maafkan Azra?"

Si abang mengangguk selaju 90 km/h. Aku memberikan isyarat kepada mereka berdua untuk bersalaman. Tanpa berkata apa-apa selain esakan dan sedu-sedan, Arza dan Azra pun bersalaman sehingga berpelukan. Eh jap aku ada suruh diorang berpeluk ke tadi?

Melihatkan kedua-dua anak kembarku sudah berbaik, aku kembali ke dapur. Bau masakan tersebar harum ke setiap penjuru rumah. Adunuk, aku lupa tutup pintu bilik sidai! Alamatnya habislah pakaian semua berbau makanan.

Jiwaku terkenangkan Alice, anak sulungku yang berada begitu jauh dariku. Fizikal je jauh tapi hati kami dekat ah cia cia cia! Kalau dia berada di sini sekarang, dialah yang akan selesaikan perkelahian antara adik kembarnya itu, dia jugalah yang akan tolong jaga api di dapur, tak pun dia tolong tutupkan pintu bilik sidai setiap kali aku memasak. Itulah anak aku, Alice Allyna.

Akan tetapi dia tidak berada di sini bersamaku. Jadi, aku yang juga merupakan ketua keluargalah yang turun padang.

"Alice, apa khabar kau sekarang?"

Agak-agaknya dia dah ada teman lelaki ke belum? Bukannya apa, aku berkenan tengok kawan-kawan dia tu. Semua orang berketurunan baik-baik. Mana tahu aku dapat cucu with a lot of mixes bak kata King Chocho ke apa nama makhluk yang pernah kena kecam dulu tu.

Lagi satu, aku tahu Alice masih teringatkan bekas crushnya iaitu anak kepada mekanik yang tinggal jauh di dalam hutan rimba sana. Dia tidak pernah bercerita tentang orang utan itu, tetapi aku tahu.

Aku ibunya. Aku faham setiap gerak geri anakku. Aku juga pernah jatuh cinta, dan aku tahu bagaimana tidak tentu arahnya seseorang yang dilamun cinta. Sebagai seorang mak, aku risau anak aku menghadapi tekanan emosi hanya kerana seorang lelaki yang tidak membalas perasaannya.

"Ini ha dalam album lama ni ada gambar kahwin mak. Alice nak konfemkan je, betul ke tak 25 hari bulan Mei tahun 2005 tu tarikh perkahwinan mak dan ayah?"

Soalan-soalan aneh yang diajukan oleh Alice sejak kebelakangan ini timbul di benak. Kalau tak silap, minggu lepas dia juga ada tanya tentang apa jenis darah aku.

Aku sebenarnya bersalah dalam perkara ini. Aku menganggap anak sulungku itu sebagai seorang budak yang tidak pandai membesar. Aku terlupa yang Alice semakin meningkat dewasa, bermaksud dia bertambah matang dan mampu berfikir secara logik. Lambat-laun, dia akan tahu segala-galanya.

Ding! Dong!

Loceng rumah berbunyi, sekaligus menyedarkan aku dari lamunan. Aku menjadi cuak. Siapa yang datang melawatku? Keluargaku takkan menjejakkan kaki ke rumah aku. Aku kena buang keluarga kut dulu. Eh eh readers jangan fikir lain macam mak Alice ni orang baik tau!

Pelawat terakhir yang berkunjung ke mari ialah pegawai kerajaan yang datang menghantar jemputan untuk belajar di Akademi DiRaja Granté, kepada Alice.

Sekali lagi aku terpaksa tinggalkan kerja di dapur. Suis dapur gas aku tutup lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Azra dan Arza yang sudah berbaik membontotiku di belakang. Penyibuk betul anak-anak aku ni.

Tanpa memeriksa identiti tetamu yang datang dari tingkap, aku menguak pintu masuk rumahku. Sungguh, aku tak pernah menyangka dia yang datang.

"AIIYAHHH!!!"

Adik beradik kembar itu terus memeluknya. Nak peluk je kot, jerit macam orang nak berkarate.

"Hendry.."

Hendry hanya tersenyum, seperti biasa. Tetapi senyumannya tidak biasa. Dan aku sudah dapat mengagak apa tujuannya datang ke sini.

❄❄

"Ada apa datang sini waktu senja camni?"

Soalku hairan sambil menghidangkan secawan teh panas yang baru dituang kepada bekas suamiku itu.

"Sikda, saja lawat."

Jawabnya tenang. Matanya asyik memerhati anak-anak yang sibuk bermain dengan mainan baru yang ayah mereka bawa sebagai buah tangan. Azra bermain Baby Alive sementara Arza bermain dengan bola keranjang mini baru. Fuh nasib baik bapak dia beli bola! Sekurang-kurangnya dia terlupa tentang bola yang diisi dengan air kencing adiknya tadi.

Aku menuangkan air teh panas kurang gula itu ke dalam cawanku sendiri sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa Lorenzo, berhadapan dengan Hendry.

"Jangan ada hati nak menipu! Aku bukannya baru kenal kau sehari dua."

Aku tahu dia mempunyai sebab tersendiri. Namun jauh di sudut hati aku berharap itu bukan sebabnya.

"Kau ni memang tak berubah. Dari dulu sampai sekarang keras kepala. Tak baik keras sangat, nanti cepat tua tak cantik."

Ujarnya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Kau pun sama tak berubah. Memang pandai sindir aku, tak baik tau sindir-sindir nanti cepat.."

Selama aku mengenali Hendry, aku tak pernah dapat membalas sindirannya. And here I go again, terkial-kial memikirkan kiasan yang sesuai.

"-nanti cepat mati! Ah tu dia hahahahaha!"

Itulah aku. Selepas memalukan diri sendiri aku akan ketawa sepalsu plastik kedai Pak Maon. Sama sahaja dengan si anaknya. *Alice di Pulau Granté terbersin kuat*

"Kate, Kate. Perangai kau yang pelik macam inilah yang anak kau ikut."

"Ehehehe."

"Bercakap fasal dia, aku datang sini sebab nak bincang sesuatu.."

Teh Boh dihirupnya perlahan. Matanya ditutup rapat, menikmati air tangan bekas isteri tercinta. *cough cough*

"Tentang Alice."

Keningku dikerutkan walaupun aku tidak berasa hairan. Ya, aku dah agak dah. Aku dah agak ini akan berlaku.

"Kenapa?"

Tanyaku seolah-olah tidak tahu apa yang mahu dibincangkan.

"Lambat-laun dia akan tahu jugak, Katie."

Aku tersentak. Air teh yang baru dihirup tersembur keluar semula. Tetapi sedikit pun aku tidak hirau kerana aku lebih risau fasal topik perbualan kami ni.

"Tambah lagi dia tu remaja. Tau-taulah umur macam tu, peringkat usia yang sangat mencabar. Penuh dengan semangat inkuiri dan pencarian identiti diri."

Terangnya panjang lebar seperti guru kaunseling sekolah lama Alice.

"Haih..."

Aku mengeluh lemah. Kata-katanya sangat benar, hanya aku yang masih menidakkan.

"Tempat tu pun satu jugak.."

Mataku terbeliak mendengarkam perkataan "tempat itu".

"Apa orang muda cakap, K-L-M-J? Haha tah pape lah bebudak zaman sekarang."

Hendry tersengih kecil. Dia menoleh kepadaku yang sudah berubah wajah.

"Pardon me. I shouldn't have remind you of that."

Aku tidak membalas, sebaliknya aku hanya merenung kosong pantulan diri sendiri pada permukaan air teh di atas meja. Melihat diriku, yang sedikit sebanyak telah berkedut, yang sudah beruban seurat dua, yang semakin tua dimamah usia.

"Haritu dia ada tanya sesuatu kat aku. Aku fikir, mesti dia ada tanya benda yang sama dekat kau."

Pernyataan yang lebih berbaur kepada pertanyaan memecahkan kesunyian janggal tadi.

"Yups, memang ada."

Aku cuba berkata-kata dengan cara budak zaman sekarang bercakap. Antara perkataan yang aku praktikkan ialah yups, gaiz, bossku, padu, serta on tak on.

"Bagitau dia hal sebenar."

Sekali lagi, aku menyembur keluar air teh tanpa sengaja menyebabkan anak-anak memandangku hairan.

"Mak ni pengotorlah!"

"Ceridak!"

Hinaan dan cacian anak-anak derhaka aku abaikan. Selepas ini aku ajar mereka, yang penting sekarang ialah Alice.

"Kerja gila! Macam mana nak buat?"

"Buka mulut, keluarkan suar-"

"Stop it, aku takde mood nak dengar lawak bod*h sekarang ni Hendry!"

Suaraku yang ditinggikan seoktaf telah menegangkan suasana. Hendry masih tersenyum tenang. Azra dan Arza pula masuk ke dalam bilik untuk teruskan bermain tanpa sebarang gangguan. Amboi bertuah punya anak! Bagus jugalah, aku tak nak anak-anak aku terlibat dalam pertelingkahan orang dewasa.

"Dia takkan dapat terima.."

Ujarku perlahan tetapi dapat didengari Hendry dengan jelas.

"Alice.. dapat terima tak?"

"Itu terpulang pada cara kau beritahu dia."

"Hmm.."

"Lagi baik kau jujur sekarang sebelum dia siasat sendiri fasal hal ni. Dia dah mula curiga tu. Kalau dia tahu sendiri, dia punya trauma lagi teruk dan dia akan ingat kita sengaja rahsiakan."

Setiap satu perkataan yang keluar dari mulut Hendry teramatlah tepat, membuatkan aku bertambah bingung.

"Aku sayangkan Alice, Hendry. Kau tahu tu kan? Aku takkan kehilangan anak aku macam aku kehilangan.. dia dulu."

Entah kenapa aku semakin dipengaruhi emosi. Kenangan lama mula terimbas kembali di kotak pemikiran. Gembira, kagum, sedih, marah, panas, sakit. Perasaan-perasaan itu aku rasakan dengan jelas bagaikan semuanya sedang berlaku sekarang, sekali lagi mendera fizikal dan mentalku.

"Aku pun sama, Katie. Aku memegang tanggungjawab sebagai ayahnya, dan sebagai ayahnya aku nak yang terbaik untuk Alice. Sebab itulah aku rasa lebih baik kau berhenti rahsiakan hal ini."

"Kau tak faham."

"Okey aku tak faham. Aku tak lahirkan Alice. Aku tak jaga Alice. Aku just hulurkan duit kepada kau untuk beli keperluan dia but macam nilah.. Jujur atau dusta, kau pilih yang mana?"

"Abang pilih janda~ Ok ok, joke joke."

Aku bersandar pada sofa selepas membuat sebuah lawak bod*h lagi dungu. Hmm tadi ada hati marah Hendry, sekali tengok lawak aku lagi hambar hingga ke dasar lautan.

Mataku tertancap ke atas, memerhatikan kipas yang tak berhenti berputar. Dan nampaknya fikiranku turut berpusing tanpa henti seperti kipas itu. Cuma bezanya, fikiranku berpusing dan berputar tanpa arah tuju.

"Fine, aku akan cuba."

"Itulah jalan yang terbaik Katie, kalau kau tak nak kehilangan dia."

Kata putus Hendry berikan sebelum dia bangun dari kerusi lalu menghampiri bilik tidur Arza dan Azra. Dia masuk ke dalam bilik tanpa dipelawa dan menyertai budak-budak bermain mainan yang dia belikan.

Bertuah punya budak, tadi bergaduh mengalahkan perang mulut antara Tr*mp dan Vl*dimir dan J*ng Un, sekarang dah berbaik sampaikan nak berpisah sesaat pun tak boleh!

Dahi aku urut perlahan, semakin perlahan dan aku perasan, putaran kipas juga bertambah perlahan sehingga akhirnya berhenti. Oh aku ada kuasa psikik ke? Tidak. Kebetulan tetiba blackout. Anak aku sudah terlolong ketakutan dalam bilik. Nasib baik ayah mereka ada situ, tak payahlah aku pergi tenangkan.

Perihal Alice kembali bermain di minda, dengan fikiran yang juga telah berhenti berpusing. Hmm I wonder lah apa kaitan aku dengan kipas di atas tu.

"Weh kipas. Kau ada idea?"

Ujarku sendirian, tak ubah macam orang gila.

"Lembab punya kipas."

Kesian kipas, tak berdosa pun kena kutuk.

Selama ini, aku memang berusaha merahsiakan segala-galanya untuk kebaikan Alice. Namun, setiap kebenaran kejam yang Hendry katakan tadi tidak dapat diendahkan begitu sahaja. Semuanya berpunca daripada diriku sendiri. Aku yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Dan sekarang, anak perempuanku yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. Aku perlu memperbetulkan semua ni.

"Alice, maafkan mak. Mak janji akan buat yang terbaik."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top