xxxiii | the seductive librarian
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ When you absolutely positively have to know, ask a librarian ❞
Alice melangkah laju, hentakan kaki bergema kuat di dalam Library Of Wisdom sekaligus menganggu bebudak nerd yang sedang fokus bermeditasi. Perasaan jengkelnya terhadap Curt semakin membara. Apatah lagi apabila Curt tidak berhenti mengejarnya.
"Alice, wait!"
"Go away!"
Tengking Alice tanpa menghiraukan orang di sekeliling yang asyik memerhati.
"Korang apahal tengok-tengok ha? Kang aku cucuk mata korang baru tau!"
Sempat Alice melepas geram kepada mangsa yang tidak bersalah, namun tidak ada seorang pun antara mereka yang faham. Hmm kalau kau tak buat bising takdelah mereka tengok kau semacam, Alice.
Sebenarnya, Alice tidak menyimpan perasaan benci terhadap Curt, cuma dia sudah naik bosan dengan sikap Curt yang sangat suka mengorat tidak mengira masa dan tempat. Contoh paling mudah, setiap kali waktu rehat pasti akan kedengaran suara Curt bertelefon dengan awek-awek dia di luar kelas. Lain hari lain perempuan dia call tau, ha ko hade?
Alice juga seorang perempuan. Oleh kerana dia juga memahami perasaan para remaja, dia bersimpati terhadap gadis-gadis yang dipermainkan oleh Curt. Dalam diam, Alice sering berharap agar suatu hari nanti Curt akan berubah sikap.
"Why are you being so cold?"
"Because of you!"
"Why because of me?"
Suasana di dalam perpustakaan menjadi riuh-rendah dengan suara mereka berdua. Rasanya model planet yang tengah baik-baik tergantung kat siling itu pun akan jatuh kalau mereka berterusan begini.
"You won't understand! You are not girl!"
Curt boleh memenangi hati para gadis dengan kata-kata manisnya, tetapi dia sampai bila-bila pun dia tidak akan memahami perasaan mereka, kerana apa yang dia tahu buat hanyalah bermain dengan perasaan wanita. Edward pernah menasihatinya agar berubah, tetapi Curt Autry yang berkepala batu tu memang tak akan pernah ambil pusing. Dia langsung tidak sensitif akan perasaan insan lain, kerana suatu ketika dahulu hatinya pernah diiris dengan sembilu dan masih belum sembuh sehingga kini. Baginya, perempuan tak ubah seperti lampin bayi yang boleh dipakai buang.
"Do you even know where you are going?"
Alice mengabaikan soalan Curt. Sejujurnya dia juga tidak tahu dia sedang menuju ke mana. Janji dia dapat melarikan diri daripadanya.
Setelah sekian lama berlari berkejaran seindah bunga di taman sehingga ke tingkat dua, Alice mulai letih. Dia tahu sejauh mana dia pergi, Curt tetap akan ikut. Semangat ke-ngorat-an Curt lebih tinggi daripada kadar penghasilan asid laktik di dalam badannya.
Jadi dia berhenti di salah sebuah meja marmar lalu meletakkan begnya di atas sofa yang seempuk tilam di rumahnya. Curt menghembus nafas lega apabila melihat Alice tidak lagi menjauhkan diri daripadanya.
But not so fast, boy.
Tidak mahu membuang masa lagi, Alice terus bergerak ke kawasan almari buku yang menempatkan segunung ilmu pengetahuan yang menantikan kedatangan sesiapa sahaja yang mahu menuntutnya. Antaranya Alice. Tetapi tujuannya ke sini hari ini bukanlah untuk mencari buku rujukan. Kau cari apa sebenarnya Alice?
"Aren't you tire-"
Tanpa mengendahkan Curt yang baru sahaja hendak membuka bicara, Alice walks away like Rihanna.
❄❄❄
Surat khabar lama, bateri kereta, besi buruk!~
Sekali dalam seminggu, lagu itu akan berkumandang di sekitar kawasan kediaman Alice. Dia juga sudah jemu mendengar rakaman suara yang sudah berkurun lamanya tidak berubah itu.
Namun ia kekal sebagai memori yang akan diingati sampai bila-bila.
Sekurang-kurangnya, memori mengenai nyanyian sumbang pembeli surat khabar lama itu merupakan salah satu memori yang tidak melukakan hati Alice. Hampir semua kenangan yang ditinggalkannya, menyakitkan.
Dan sekarang ini, surat khabar itulah yang dia perlukan. Atau dengan lebih tepat lagi, surat khabar lama.
Setiap almari dia selongkar, agak sukar juga mencari surat khabar di dalam perpustakaan yang terlalu besar seperti ini. Besar salah, kecil salah. Manusia memang tidak pernah mahu bersyukur.
Sedangkan nak cari bahagian surat khabar sudah memakan masa selama satu jam, apatah lagi nak mengorek almari sehingga jumpa surat khabar yang diterbitkan pada 15 tahun lepas. Memang ini kerja sia-sia tetapi Alice tidak punya pilihan lain.
Dan di setiap almari yang Alice singgah, Curt berdiri di situ menunggunya. Ha ini lagi seorang, suka buat kerja sia-sia. Dah tahu dia halimunan di mata Alice, nak juga terhegeh-hegeh tunjuk diri.
Alice yang jarang-jarang menggayakan rambut, menyanggul rambutnya dengan cara messy buns. Dia duduk di atas tangga selepas menyepahkan tingkat paling atas almari. Maklumlah, tinggi 160 cm masih belum mencukupi untuk mencapai tingkat tersebut tanpa bantuan tangga.
Curt pula hanya memerhatikan Alice dari bawah. Melihat Alice mengenakan messy buns, dia turut berbuat sama. Apekah? Mentang-mentang rambut panjang macam pontianak.
Alice melirik ke bawah, ke arah Curt dan kebetulan pada waktu itu Curt perasan akan pergerakan anak mata yang mencurigakan itu lalu menayangkan senyuman yang lebar.
Serious cakap yang memang tidak dapat dinafikan, dia sangat kacak. Tapi itulah hari-hari tengok naik muak jadinya.
Dengan lakonan yang tak pernah nak menjadi, Alice berpura-pura tidak perasan kehadiran Curt. Dia turun dari tangga dengan berhati-hati sambil mengawal bibirnya daripada terus mengukir senyuman.
Aku yakin dia ni ada ilmu hitam untuk memikat perempuan!
"If you keep being like this, you will never find that article you are searching. The library are closing by dusk."
Pergerakan Alice terhenti di tangga ketiga, lalu menghadap Curt yang bersandar pada almari sebelah.
"How do you know I was searching for an article?"
"I've been with a thousand of girls. It's not like I don't learn anything from them, I am experienced. I just understand each and everything about them."
Nak kata tak memahami, mamat ni paham jugak pasal pompuan. So entahlah 50-50 kot.
"I'm not like those girls! You won't understand me, not even my friends do!"
Alice yang lebih koyak daripada biasa ( dia tu hari-hari pun koyak ) setelah apa yang berlaku antara dia dan rakan-rakan lama mahu menapak pergi dari situ, sebelum tangannya disentuh lembut oleh satu jari yang runcing lalu ditarik semula ke belakang.
"Eikk?"
Dia yang sudah mulai menggelabah menoleh, dan sekali lagi wajahya begitu dekat dengan wajah Curt.
Dupp dapp!
Situasi sebegini tidak pernah gagal untuk mendebarkan jiwa Alice. Jantungnya mula mengepam dengan lebih kencang. Dia memang tak boleh terlalu hampir dengan seorang lelaki seperti ini kerana paniknya boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.
Wajah Curt tampak tenang dan tak beriak. Keredupan pandangan matanya menenangkan semula Alice yang sedang cuak. Tanpa dia sendiri sedar, bibirnya diketap kuat menahan debar yang semakin memuncak.
"If you ask this librarian about that article from the start, you could've saved this one hour that you wasted already."
Deep sia.
Curt, kali ini tanpa pengaruh kasanovanya menatap mata Alice membuatkan hati si gadis semakin menggila. Alice ni kalau dah naik gila tahu-tahu jelah tahap kegilaannya.
Dia merentap kasar tangannya. Namun itu tidak mengurangkan kehangatan sentuhan Curt yang masih kekal pada jari-jemarinya.
Dalam situasi ni, Alice mempunyai dua pilihan sahaja. Satu, berpihak kepada ego dan dua, mengalah dengannya. Alice pilih yang mana? Perawan atau janda?
"Hmph fine."
Eh Alice ni tadi cakap ego lagi tinggi daripada Ah Pao si hantu galah, dasar cakap tak serupa bikini!
"That's my girl."
Satu kucupan Alice terima pada rambutnya tanpa diberi sebarang amaran ribut petir. Ibarat dipanah kilat, satu renjatan elektrik dihantar ke setiap zarah tubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki.
"W-what the..?!"
Curt mengenyitkan mata dengan cara menggoda kepada Alice sebelum berjalan menuju ke kaunter pandaftaran semula, membiarkan Alice berdiri kaku dek kejutan tadi begitu sahaja.
"Seriously? Apa yang berlaku tadi?"
Setelah memastikan tiada kehadiran manusia di sekitarnya, Alice menyentuh bahagian rambutnya yang dikucup oleh Curt.
"Playboy tak guna."
Itulah apa yang dia cuba beritahu diri sendiri walaupun dia masih berusaha menahan senyum.
❄❄❄
"Which one?"
Alice mengusap dagunya bagaikan jika dia teruskan mengusap, jawapan akan muncul di depan mata.
"Show me that."
Jari telunjuknya dituding ke arah surat khabar yang berada di tangan kiri si pustakawan. Curt turun dari tangga dengan pantas, bertujuan untuk menunjukkan kepakarannya sebagai pustakawan yang berpengalaman.
Sampai sahaja di atas lantai, akhbar lama tersebut dihulur kepada Alice.
"Almost there. It's in around 2005."
Curt mengangguk tanda faham lalu mendaki semula tangga dan teruskan mencari surat khabar itu. Masalahnya sekarang, mereka berdua tidak tahu tarikh berlakunya peristiwa itu. Peristiwa kebakaran Granté Great Cathedral, yang menjadi mimpi ngeri penduduk pulau ini.
"How 'bout this one? 17 March 2005."
Curt bertanya dari atas.
"Read the header."
"The Destruction Of Our Landmark Is Our Biggest Nightmare."
"Holy sh*t, bring it down here."
Dengan penuh condifent, Curt melompat dari tangga teratas tetapi malangnya jatuh tersembam ke atas lantai kayu perpustakaan. Kertas akhbar yang terlepas dari tangannya Alice ambil dan baca.
"On 17 March 2003, Granté Great Cathedral or also known as City Hall was destroyed in a big fire that was believe to be caused by a short circuit."
Ya, kata-kata Hilda memang benar. Bangunan Grantè Great Cathedral serupa dengan latar belakang foto ibu bapa Alice. Tak tak bukan serupa. Sejibik sama!
"Is that it?"
"Yes yes this is it!"
Mak ni jenis yang cerita hampir semua benda kat aku. Cerita dia keluar dari bilik mandi tanpa seurat benang hanya kerana seekor cicak jatuh belepek dari siling pun dia bagitahu. Tetapi mak tak pernah sebut fasal Pulau Granté walau sekali. Apa yang mak ayah buat di sini? Apa lagi yang aku tak tahu? Ah aku benci perasaan ni! Perasaan paling menyakitkan apabila semua orang di sekeliling berahsia dari aku.
"Hey, what's wrong with that article?"
Curt mengintai surat khabar di tanganku, juga membaca artikel tersebut.
"I need to see it, for confirmation."
"Confirmation of what?"
Soalnya dengan wajah hairan, namun soalannya dibiarkan sepi tidak berjawab. Alice masih mengkaji artikel di tangan dengan ketekunan tahap menjawab soalan SPM. Kalau dapat jadi tekun macam ni waktu belajar kan bagus, sejuk perut Puan Katie mengandungkan Alice.
"Asallah hidup aku ni tak mendatar je? Plot twist mengalahkan Tropicana Twister!"
Sepanjang-panjang ayat Alice, cuma dua perkataan sahaja yang Curt faham, iaitu plot dan twist. Tidak lupa juga, tropicana dan twister. Alice menggaru belakang kepalanya seperti anjing kurap menghalau kutu.
Weh author jangan nak pandai-pandai buat fitnah, aku takde kutu!
"Umm hey you okay?"
Sebolehnya Curt mahu menambah, "Now can you tell me why you are searching for that article?" tetapi apabila melihat wajah Alice yang sangat runsing, dia tidak sampai hati mahu menyibuk. Barangkali hal peribadi, fikirnya.
Alice telah berputus asa untuk mencari klu buat hari ini. Cukuplah satu artikel ini untuk dikerja-kursuskan. Dia mengalihkan pandangan dari surat khabar lama itu kepada Curt, masih tidak berganjak.
"..."
Curt membalas pandangan Alice, pelik.
"What are you doing?"
Soalnya, mana tak nya Alice pergi dok tenung Curt macam Tom nak terkam Jerry.
"Revenge?"
Jawab Alice. Atau mungkin lebih kepada tanya. Haih heroin seorang ini, orang tanya dia, dia tanya balik.
"Err sorry to say this but.. You are weird."
"You do this to me all the time."
Ada pembaca yang masih tidak faham situasi sekarang?
Sebenarnya, apa yang Alice maksudkan ialah perbuatan Curt yang asyik memerhati Alice sampai nak kencing di tandas pun tak tenteram jiwa dibuatnya, akibatnya cecair urin milik Alice sering rewind semula ke dalam pundi kencing.
Ha faham sudah readers yang disayangi sekalian? Okey, good! Eh eh not good, Curt pula yang salah faham.
Curt Autry the International Playboy, Ngorat Mode ON.
"Oh la la! It is because you liked me, right? Mademoiselle Alice, there's no need to be sh-"
"Eiihhh, nak muntah darah aku dengar kau! No way lah!"
Alice pantas memintas kata-kata Curt sambil memukul-mukul kepalanya dengan surat khabar yang telah dilipat, gaya tak ubah macam cikgu disiplin meroyan kat pelajar.
"Lah lah lah, hahahaha!"
Tetapi pukulan Alice sedikit pun tidak berkesan dalam mendiamkan Curt, semakin terbahak-bahak adalah.
"You...!!"
Dengan menggunakan lipatan akhbar di tangannya, kali ini Alice betul-betul menghentam Curt tanpa belas kasihan. Weh Alice ni dah kira kes buli ni! Perempuan buli lelaki? Mantap jiwa bossku.
"Cesser cesser! Oww!"
Curt melutut merayu kepada ratu berkuku besi agar berhenti mendera fizikal serta emosinya. Ecewah ayat bukan main, berdarah pun tak.
"Shut it!"
Seorang pelajar senior menegur perbuatan mereka. Jelingan setajam nanas dia hadiahkan. Jarinya diletakkan di mulut, menunjukkan isyarat senyap.
"Sorry."
Kedua-dua mereka memohon maaf dalam keadaan terpaksa. Senior yang berasal dari Wakanda itu berpuas hati dengan maaf yang diberikan, lalu berjalan pergi dengan matanya tidak lepas daripada Curt dan Alice sehinggalah dia lenyap ke belakang almari.
Tiber.
"I'm going."
Alice baru hendak melangkah pergi, sebelum kata-kata Curt membatalkan niatnya.
"Don't go out from the library with the book without borrowing it. Unless you are a thief."
"This is not a book. This is a newspaper. Did you learn English vocab or not?
"Ok, I'll laugh since you are cute."
Curt yang terikut-ikut dengan perangai Alice yang suka ketawa fake, mula ter-lololololol seorang diri, tak ubah macam Patrick Star.
"Fine fine, I know lah."
Tipu Alice untuk menutup kesilapan diri dan pada masa yang sama, menghentikan kegilaan Curt.
"Lahhh~"
Alice berpura-pura tidak dengar ejekan Curt, ingin berlalu dari situ sepantas mungkin.
"Oh and one more thing, you need a librarian to do it."
"Ergh!"
Untuk ke berapa kalinya hari ini, Alice menggulingkan mata 360 darjah melawan arah jam.
❄❄❄
"Why would you work here?"
"Because I want to?"
"Why do you want to?"
"Because it's my desire."
Curt menyelesaikan urusan peminjaman akhbar bertarikh 17 Mac 2005 itu sementara Alice menunggu dengan tidak sabarnya di hadapan kounter.
"So unlike you."
"I'm not being rude but, you don't know me enough to say that."
Balas Curt sambil melirikkan mata turquoisenya kepada Alice sementara tangannya masih sibuk mengecop buku.
"Okay fine, I'll tell you why."
"You're saying I'm sorry but it's too late now, just hjdb get gone shut up. If you think that I care abo-"
"You wanna or not, mademoiselle?"
Curt yang sebenarnya sedang sedaya upaya menahan tawa melihat kerenah Alice, mempamerkan wajah serius.
"-out you now. Oh boy I don't give a f*ck. Okay okay, I want I want."
"This library is not an ordinary library. When I came here for the first time, I found a 200 years old poetry that could never be found anywhere else. After that, I discovered many other books that are not for sale. That you can't find in any bookstores. This school is really something though. It is older than it seems."
"You like poetry? Wow it doesn't fit you at all! The Literature Playboy!"
"And yes that's another reason why."
Alice yang sengaja mahu mencabar kesabaran Curt terkebil-kebil kehairanan dengan tanda soal di atas kepala.
"I work here, so that I can flirt with the student who comes to the library."
"Wait that's not logic! 'Cause everyone in the academy is a boy!"
"My my, Alice. You forget about yourself."
Sejujurnya, Alice sudah terlupa dia seorang perempuan. Sesuai sangat dengan peribahasa bagai kacang lupakan kulit, sampaikan jantina sendiri pun boleh lupa apa nak jadi budak ni.
"Plus there are gays, who want to see me. I know I have secret admirers."
Curt tersenyum misteri lalu mengalihkan pandangannya ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sado-sado belaka, duduk tidak jauh dari kaunter pendaftaran. Masing-masing meronta-ronta seperti diserang sawan babi apabila Curt mengenyitkan mata kepada mereka.
Jilake betul kunyit-kunyit ni.
Setelah memuaskan hati para peminat, Curt menoleh kembali kepada Alice. Mereka berdua ketawa bersama-sama dan berusaha untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi yang boleh menganggu penghuni perpustakaan. Bukannya apa, mereka sudah kena marah kerana dari tadi buat onar dalam perpustakaan ini. Nasib baik sekarang sudah kembali ke jalan yang benar.
"Done. Don't forget to return it back."
Alice mengambil surat khabar yang dihulurkan oleh Curt.
"Thanks."
"Most welcome."
Senyuman manis Alice tayangkan sebagai tanda terima kasih. Jauh berbeza dengan tadi, langsung tidak mahu beri muka kepada Curt. Biasalah manusia ni apabila telah disogok dengan pertolongan, terus berubah perlakuan dan fikiran. Alice pun dua kali lima sepuluh. Lumrah kehidupan nak katakan.
"Oh and please don't be mistaken! Just now I followed you to help you with your search but I don't know why you ran away like I'm a tiger and I want to hunt you down and you're are a deer and you are running away from the predator. Do you think that I want to do something bad to you?"
Paranoid, itulah puncanya. Alice terlalu berburuk sangka terhadap Curt. Tambahan lagi, anginnya tak betul selepas bertengkar dengan bekas rakan sekelas tadi. Niat murni Curt disangka bukan-bukan oleh Alice.
Jadi pengajaran buat kita semua, janganlah selalu berburuk sangka terhadap orang lain ok? Think positive! Spread positivity! Wah, author dah layak jadi motivator ni!
"Urm yes, haha hihi huhu. Sorry."
Alice tersipu-sipu kucing sebelum meminta diri untuk beredar. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain.
Curt pula, ekor matanya tidak lepas daripada Alice sehinggalah dia hilang di sebalik pintu, keluar dari perpustakaan.
"She's different from any girls I met. Usually after those intimate actions and sweet words, they fall for me already."
Dia merepek sendirian. Dan dalam kemerepekan tersebut, tiba-tiba wujudnya suatu semangat luar biasa dalam jiwa Curt. Api tersebut berkobar-kobar dan bertambah maraknya apabila si gadis mencurahkan hard-to-get-oil ke atasnya.
"She never fall in love. Or is it? Well, that doesn't matter. I will make you fall in love with me, Alice. I swear."
Dan dia dipandang jelik oleh mentol bergerak yang curi-curi dengar dari belakang. Ingat tak siapa mentol bergerak? Tak ingat? Hmm pandai-pandailah korang cari.
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
I tried my best to create playboy character but aku tak rasa menjadi huhu.
Vote and Comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top