xxx | oh my maths
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Pure mathematics is, in its way, the poetry of logical ideas ❞
Hari ini, untuk hari Selasa kedua dalam bulan Disember ini sahaja, aku menjadi super senyap. Aku duduk diam-diam di tempat dudukku yang kebetulan terletak di tepi tingkap sambil merenung keluar.
Nak menikmati pemandanganlah nak katakan. Sepatutnya pemandangan musim sejuk ini kelihatan indah, salji putih berseri memantulkan kembali biasan cahaya mentari, menyinarkan segenap pandangan dengan aura kesucian. Namun entah kenapa, aku tak mampu merasa nikmatnya seperti selalu, tak ada perasaan langsung aku lihat salji yang memutih lagi melepak itu.
Aku memang selalu bernasib malang weh, maksud aku malang habis! Serius aku memang tak ada mood, I'm so down to the centre of the Earth. Kalau boleh aku nak duduk bawah meja ni sambil meratapi nasib diri.
Tetapi kan yang aku peliknya, geng-geng aku tu boleh buat dek je selepas apa yang dah telah terjadi tadi. Hawkin siap main Truth Or Dare lagi dengan yang lain.
"Do it Haw, do it!"
Hmm dia kena buat dare ke?
"Okay I will!"
Tanpa sebarang amaran, Hawkin melucutkan separuh seluarnya membuatkan aku yang selama ini sesuci salji di luar sana, hilang kesucian di mata serta otak.
"Ahh!!"
Aku terjerit dengan tidak sengaja, nasib baik tiada sesiapa yang mendengar. What the hell? Kantoi dia pakai boxer warna merah jambu, siap ada printing Hello Kitty lagi.
"AHAHAHAHHA!"
"Womosato arigato, ka ka ka kawaiiii!"
Err agak melampau jugalah hukuman yang dikenakaan kepada Hawkin tu. Barisan penghukum (Curt dan Feliks) siap gelak pecah perut lagi. Hmm lelaki kan? Kawan aku cakap, lelaki suka main banding-banding semasa kencing. Banding apa? Girls, you already know.
Jadi aku masih dilanda kehairanan, how come Hawkin still can be so happy? Like a bit too happy-go-lucky. Sampai dah kena buli pun masih gembira lagi.
Selain Hawkin, Edward juga masih boleh tersengih-sengih tengok si mangsa buli yang berseluar separuh. Bahagian bawah berwarna maroon seragam sekolah, sementara bahagian atas pula berwarna merah jambu boxer. Note: Ed memang tak pandai nak ketawa, jadi sekurang-kurangnya dia akan tersengih apabila terhibur.
Adakah mereka tidak pandai bersedih walau sesaat? Atau aku yang terlalu moody? Nope, no way! Kalau korang dalam situasi aku ni pun, gerenti korang macam aku jugak.
❄❄❄
Kelas Number Theory
Satu jam yang lepas
"Now, I'll return your paper."
Suara sedikit serak milik Cikgu Chai sememangnya menjadi suatu kegerunan buat kami.
Okey, pop quiz! Mak Ida atau Cikgu Chai, mana lagi seram? Jawapannya, dua-dua membuatkan kau terngigau malam-malam. Jika diadakan pertandingan Cikgu Paling Seram Di Dunia, aku tak dapat mengagak siapa yang akan menang. Barangkali seri kerana persaingan antara mereka terlalu sengit.
"Mr Autry, 80. Lots of careless mistakes."
Kegembiraan yang agak keterlaluan terserlah pada wajahnya yang tetiba berseri semacam. Biasanya Curt ni tak pernah suka berada di dalam kelas, cikgu tengah bercakap di depan dia boleh duk berdengkur di belakang.
Curt dengan penuh bongkaknya mengibas-ngibas rambut ikal keemasannya apabila dia lalu di disebelahku. Yelah tahulah kau lulus quiz Math tapi takyahlah tunjuk-tunjuk!
Oleh kerana terlalu geram, aku memanjangkan kaki ke tengah-tengah ruang antara meja, betul-betul sebelum Curt lalu dan...
"Quo-"
Bukkk!!!
Dengan begitu sahaja, Curt Autry putera negara Perancis telah mengalami kejatuhan penuh sadis apabila tersadung kaki seorang gadis biasa tajaan biasiswa di kelas Grade 1 Tetris di Akademi DiRaja Granté. Aku tersenyum puas. Kejam kan saya?
"Mr Grande, 100. Congrats and don't you dare to get any lower."
"What the fu-!"
Aku cepat-cepat menutup mulut Hawkin di sebelah, pantas dan tangkas. Kalau Cikgu Chai terdengar nanti aku pula yang terkena tempias 'kematian'.
Livio tersenyum bangga ke arah kami. Hmph taulah kau tu pandai! Aku hanya mampu menahan geram, nak step pun tak dapat sebab tempat duduk Livio agak jauh dari sini.
"Mr Fedosov, 60. Please improve."
"What?!"
Hawkin terjerit kuat, akibat kejutan yang teramat. Aku pun terkejut tapi aku tak over-react macam Hawkin.
"You're so noisy!"
"How come! He's the foolest prince I ever know! I've known him for 10 years and he never pass Maths!"
Feliks mengukir senyuman lebar hingga ke telinga, macam emoji pun ada juga aku tengok. Aku tahu dia sangat bersyukur tetapi tak boleh sembunyi sikit ke?
"Mr Crawford, I'm very dissapointed. Suprisingly, you are a bright student but you failed in my subject. Take this, 30."
"What?!"
Kali ni giliran aku pula yang bising. Tak mungkin kot! Ed tidaklah sebijak Livio, tetapi dia tidak sebodoh- okay, tiada sesiapa yang bodoh di dalam kelas ini (sebenarnya Feliks tapi dia lulus pula kuiz ni).
Back to the story, kenapa markah Edward rendah sangat? Dia hanya tersenyum pasrah. Melihatnya, aku turut bersimpati.
"Mr Horane, 50. Do more exercise please."
"Oh yeah!"
Sikit lagi nak gagal. Kalau budak ni gagal kan best, dapat juga dibahan.
"Miss Alice."
Aku tersentak, pen G-Soft terlepas dari tangan, terjatuh dari meja, dan tanpa sengaja dipijak oleh Ed yang baru pulang dari mengambil kertasnya. Akhirnya, ia terbelah dua.
"Sorry, I'll replace it."
Dari tadi aku asyik fikir fasal markah orang lain sehinggakan markah diri sendiri aku lupa. Macamlah hari tu aku tak ambil kuiz ni.
"40. Study harder."
Sebelum bersimpati dengan orang lain, bersimpatilah dengan dirimu terlebih dahulu wahai Alice. Hatiku turut terbelah dua seperti pen tadi. Tak apa, nanti aku tampal balik pakai Maggi.
"Haha..."
Aku hanya mampu ketawa sepalsu mungkin, seperti biasa. Lantas aku bangun dari tempat duduk untuk mengambil kertas aku dari cikgu yang sedikit pun tidak senyum. Kalaulah sekarang ini aku berada di Malaysia, aku diiktiraf sebagai lulus tau!
"Mr Rodriguez, 70. You need to focus on logarithms."
Samuel mengambil kertasnya sambil terangguk-angguk. Pandai juga Samuel ni rupanya, gaya macam tak.
"Mr Kirigawa, 90. Good job but you can get better."
Dengan muka seposen dua posen tiga posen, Kazuto meneliti kertasnya. Itu baru namanya tak berperasaan.
"Everyone got the paper?"
"Yesss."
Markah orang lain semuanya tinggi-tinggi belaka. Feliks yang memiliki pemikiran setaraf dengan monyet tu pun berjaya lulus, aku pula yang gagal. Dan tidak lupa juga, Edward.
"It's just a quiz, not actual exam. Don't worry too much."
Seperti biasa, Hawkin memang peka akan perasaanku. Kau takpelah, kau lulus!
"Remember, Madam Chai did said she want to punish the one who failed the quiz."
Livio yang kebetulan lalu di hadapan kami pula sibuk menyampuk. Tempat duduk kau jauh di seberang sana, yang kau lalu di sini apahal?
"F*ck you."
Jari tengah aku tayangkan tanpa teragak-agak. Hmm tadi bukan main lagi tutup mulut Hawkin, sekali tengok aku lagi teruk.
"Oh my god, Alice!"
"Wow..."
Mereka berdua terkesima mendengarkan perkataan itu terpacul dari mulutku. Tsk, menyesal doh main sumpah-seranah! Seandainya masa boleh diputar kembali, baik aku jahit je mulut ni.
"A girl can curse too, you know Livio."
Namun ini realiti, masa akan terus berjalan tanpa menunggu kita yang sering berlengah. Dan memandangkan masa telah pun berlalu, aku tak nak buang masa dengan penyesalan. Jadi, aku meng-cover line dengan cool (wow saya semakin cool). Livio hanya mampu menelan air liur yang tersekat di anak tekak, haa tau takut!
"Okay everyone, sit down or I'll make you sit."
Ujar guru berbangsa Asian-American itu dengan slanga Cinanya, atau mungkin lebih kepada mengugut. Kami akur akan arahannya tanpa menutur sepatah kata.
"So, as I promised..."
Sis redho.
"The one, who failed the test..."
Mak aih cepat ah, berhenti mempermainkan perasaan ini!
"Will receive punishment."
Livio sempat melirik ke arahku sambil tersenyum kambing. Jantan jahan*m!
"Who failed?"
Aku mengangkat tangan dengan cara mengibar bendera putih. Ed juga sama, penuh kepasrahan. Sambil memerhatikan kami berdua silih berganti, Cikgu Chai mengangguk-angguk kerana apa aku tak tahu.
"Okey, so I thought of the suitable punishment for the two of you. It will be..."
Kepalaku ditunduk, redha dengan apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan.
"Cleaning the school toilet."
"Argh!"
Rakan sekelas yang lain turut mengeluh lalu terus menoleh ke arah kami. Air muka mereka memaparkan perasaan kasihan terhadap kami. Termasuklah Livio, tetapi dia tak mahu menoleh ke sini.
"Agree, you two?"
"Yes..."
Kami berdua menyahut lemah.
"Oh one more thing, did I mentioned that 50 is considered as fail?"
Cengkerik mengilai, gagak menguak. Serentak dengan itu, wajah Hawkin berubah serta-merta.
"No, please no..."
"So the three of you, pick one particular day next week to clean the toilet."
Sesedih-sedih aku, rasanya kes Hawkin paling sadis. Fake hope, dua perkataan dengan lapan huruf, simple tetapi tak pernah tak mengecewakan.
"Friends forever, everything together. Remember, Haw?"
Gurauku dengan tujuan untuk menghilangkan perasaan kecewa kami.
"Uh-huh."
"So we do good and bad things together."
❄❄❄
Namun sekarang keadaan sudah terbalik, dia dan Ed berlagak seperti tiada apa telah berlaku tadi, seperti mereka tidak pernah dihukum mencuci tandas kerana gagal kuiz sementara aku masih meratap kertas kuiz matematik di hadapanku ini.
Klakk!
Pintu kelas dibuka dari luar secara kasar membuatkan semua orang kaku seperti Mannequin Challenge, kecuali Hawkin yang sedang memasang seluarnya. Kami berterusan menjadi patung sehinggalah wajah si pembuka pintu kelihatan.
Madam Chai Mei Li berdiri tegak di muka pintu kelas sebelum menayangkan sebuah senyuman yang mesra.
"Why look at me like that?"
Katanya sambil mengerutkan kening. Mana tak nya, lapan pasang mata membulat apabila dia masuk, macamlah dia datang ke sini nak baham kami.
"Oh hahaha!"
Semua orang turut ketawa kecil. Kelakar juga Cikgu Chai ni rupanya.
"Okay, I came here because I've something to tell. About the quiz, there were some mistakes I did."
Kami semua memandang cikgu dengan wajah tertanya-tanya.
"Horane, you don't need to clean the toilet. 50 means pass."
"Yahoo!
Hawkin gembira namati sampai menari-nari, meraikan tuahnya. Dia berjalan pergi dari kumpulan pemain Truth Or Dare yang bermesyuarat di meja Feliks, menuju ke salah satu sudut yang menempatkan alatan untuk membersihkan kelas lalu mencapai sebatang penyapu. Wah, rajin betul Hawkin inilah lelaki idaman gadis-gadis di seluruh dunia!
"Oh yeah ~"
Mati-mati aku ingat dia nak tolong sapukan kelas sebagai tanda kesyukuran. Rupa-rupanya dia nak menari tiang. Tak guna punya Hawkin. Cikgu Chai hanya tersengih melihat gelagatnya. Alah kenapa cikgu tak nak marah dia?
"And Feliks, I miscalculated your marks. I gave you extra 20 marks."
"Awhh~"
Feliks menyembamkan wajahnya ke atas meja. Dia menghentak meja berkali-kali dan akhirnya berhenti apabila tangannya mulai memerah.
"Your mark should be 40."
"Hahahahaha!"
Satu kelas mentertawakan Feliks. Kesian. Seorang lagi mangsa fake hope. Ah sungguh sakit!
"Shut up you guys!"
Aku hanya tersenyum kecil. Berita baik buat Hawkin, berita buruk buat Feliks. Aku pula? Hanya ternanti-nantikan ayat seterusnya daripada cikgu. Manalah tahu markah aku sepatutnya 50.
"Edward and Alice, sorry to say there's no difference in your marks."
Kedua-dua kami mengeluh berat.
"And Feliks, toilet."
Sempat dia berpesan dengan senyuman senget.
"Yes, I know I know."
"Okey, that's all. Goodbye class."
"Bye!"
Lenyap sahaja Cikgu Chai dari pandangan, kelas terus bertukar menjadi zoo. Sebagaimana keadaan sesebuah kelas tanpa guru.
"Toilet Feliks toilet!!"
Curt menjerit betul-betul di telinga Feliks sebelum penumbuk Feliks singgah di wajahnya. Cecair merah mengalir keluar dari hidung Curt, tetapi nampaknya tiada sesiapa pun yang peduli. Padan muka.
"Ohh Feliks, poor you!"
Samuel pula datang menggedik. Asyik teraba-raba dengan Feliks sampailah dia kena tampar, baru diam. Dia balik ke tempat duduknya lalu mencapai tisu di dalam beg dan mula termenung ke luar. Hmm patutlah semakin banyak pokok ditebang di luar sana, manusia semakin hari semakin beremosi.
Dan Feliks pula, ganas semacam dia hari ini. Plus, savage gila. Tapi siapalah yang tak marah kan?
Tidak cukup dengan kebisingan mereka, mamat di belakang aku ni menambahkan lagi keharu-biruan dalam kelas.
"Zile zile... Err panama! Ahhh ahhh!"
Ada hati nak menyanyi tapi tak ingat lirik begitulah jadinya. Selepas itu, datang pula Curt yang baru saja merampas tisu Samuel untuk mengelap darahnya menyertai tarian Panama tak jadi Hawkin.
"Mai zboran Panama, ahh ahh!"
Aku hanya memerhati, kalau mood aku baik nak je aku join. Dan nampaknya Ed turut berdiam diri. Perasaan Edward sukar diramal kerana dia jarang menunjukkan sebarang emosi. Dia tengah bersedih, atau dia tidak peduli? Entahlah labu.
"Hey."
Ed menoleh seolah-olah tahu yang aku sedang memanggilnya lalu mengangkat kening.
"It's gonna be fun."
Itulah apa yang aku bagitahu dia walaupun aku sendiri kurang pasti, membuatkan Ed yang sukar mahu senyum, menguntum senyuman yang lebar. Jarang benar dapat lihat senyuman itu.
Aku membalas senyumannya, kemudian pandangan aku alihkan ke luar. Sesi renung-termenung tadi aku sambung. There's no other better things to do in this miserable state.
Kepada para pembaca, korang nantikanlah part di mana Alice Allyna si pencuci tandas, beraksi! *sob sob*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top