xxv | the smell of sunset
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ There is simply the rose; it is perfect in every moment of its existence. ❞
"I. Hate. Extra. Class."
Keluh Hawkin, menyandarkan kepalanya pada tangan disilangkan di belakang.
"I don't hate extra class. But I do hate SUDDEN-EXTRA-CLASS."
Balasku lemah. Rambutku bagaikan Kak Ponti, sudah tidak lagi diikat kemas seperti selalu. Ok, sebenarnya getah rambut aku termasuk ke dalam lubang tandas semasa aku melabur tadi, tapi tak salah kalau sekali sekala Bad Hair Day kan?
"By the way, where's your hair tie?"
"Lost."
"Aren't you gonna search for it? The grey one is your fav right?"
"Yes, but I can't find it."
"Don't say that it fell into the toilet again?"
"... "
"Seriously?! Alice, just a few days ago your hairclip also fell into the same d*mn hole!"
"Haw, don't curse."
Pesanku, dengan cubaan untuk menukar topik.
"But seriously?! Again?!"
Oh nampaknya pelan saya gagal.
"What can I do? The toilet loves my things so much that it puts a curse on me like - Alice Allyna will drop at least one of her belongings every time she drops by."
"It is jealous of your beauty."
Hawkin cuba membodekku dengan memberikan pickup-line yang tak berjaya pickup.
"By the way, are we there yet?"
"Almost there."
Kami teruskan berjalan, dari Bangunan Akademik ke Bangunan Pentadbiran dan sekarang, di antara Bangunan Sukan dengan Hercules Dormitary atau dengan kata lain di sepanjang lorong rahsia merangkap jalan pintas ini.
"I never know the existence of this passageway."
"So do I, that's why I was lost at the girls' dorms."
"That's hilarious, since there are more than 200 EXIT signs in our dorms."
"Alice, it's not like I look up all the time. If we keep looking up, we'll forget what's on the ground or in other words, what's bringing us down. Consequently, we'll be careless and selfish and arrogant."
"Nice saying. Did you make up those?"
"If I say yes, you won't believe me. And if I say no, I'd be lying."
"Yeah yeah, whatever it is Mr. Philosopher."
Sejak tadi kami terus menapak tanpa henti. Laluan ini ibarat jalan tak berpenghujung. Sesekali aku terfikir yang kami berdua sedang berjalan menuju ke syurga. Effect 'Passageway To Heaven' bertambah realistik dengan kehadiran pepohon ros ditanam di sepanjang laluan ini, menghiasi pemandangan selain menyegarkan udara. Dan akhirnya, aku ternampak tangga.
"Hey, a staircase!"
"Nice! That means we are at the Hercules'."
Pada bahagian atas pintu keluar laluan tertera, When I go the distance, I'll be right where I belong.
"Up the stairs, here we go!"
Aku dan Hawkin mula mendaki tangga kayu yang berbentuk spiral. Selepas beberapa langkah baru aku tahu kami sedang berada di dalam salah satu menara Hercules' Dormitary, itupun aku perasan apabila melihat ke luar tingkap.
"What are you staring at? Hurry!"
Hawkin menarik tanganku, memimpinku menaiki tangga ala-ala Hogwarts itu.
"I feel like we are in Harry Potter."
Kataku sambil ketawa kecil. Hawkin tidak menoleh, namun aku tahu dia sedang tersenyum.
"If we are, who'd you be? Hermione, Ginny, Luna?"
"What about you?"
"Maybe Ron. 'Cause I think you'll choose Hermione."
"Wahhh bingo!"
Genggaman tangannya bertambah kuat apabila kami semakin menghampiri penghujung tangga. Fuh boleh tahan tinggi juga tangga ini!
"And ta-da! The passageway!"
Tidak seperti laluan yang kami lalu tadi, laluan ini berada di tingkat empat dengan dinding paras pusat. Dedaun rayap memenuhi hampir keseluruhan dinding. Pokok bunga ros yang merimbun menjenguk ramah dari luar.
"Wow... "
Kesimpulannya, sangat indah.
"The first time I was here, the first word that came across my mind is magical."
"Indeed, it is magical."
Aku maju beberapa langkah ke hadapan. Kepalaku berpusing 360°, memerhatikan setiap sudut lokasi rahsia ini dan pada masa yang sama mengamati keajaibannya.
"Finally, you're amazed."
"What do you mean?"
Soalku, sambil berpusing-pusing seperti penari balet. Rambutku juga bebas bergerak, yang selama ini sentiasa diikat. Tak ubah macam burung dilepaskan daripada sangkar setelah bertahun-tahun terkurung.
"You are always super-unbothered. Like, very very very unamused almost all the time."
"Easy, it's because there's nothing amusing. So what's the point of being amused?"
Hawkin bersandar pada dinding batu yang kelihatan antik walaupun baru sahaja dibina tahun lepas. Serius wey tempat ni macam dah berusia lebih 100 tahun!
"Yea huh... What's the point of being amused when there's nothing amusing?"
Ulangnya kembali. Matanya menatapku, tepat, lama, dan dalam. Tetapi sayu.
"What's wrong?"
Aku berhenti berpusing lalu menghampiri Hawkin.
"Nothing... "
"Tell me. You look pale."
Blazernya yang tidak lagi dikancing, aku tarik perlahan.
"Alice."
Suaranya, nadanya, wajahnya, matanya, semua bertukar serius.
"You need to return to Malaysia."
Kata-katanya membuatkan aku terdiam, terkejut dan tertanya-tanya.
Keadaan sunyi buat seketika sebelum Hawkin menyambung.
"As soon as possible."
"What?"
Aku tergamam, masih cuba menghadam ke-tiber-annya. Hawkin berusaha mengelak pandangan mataku, lantas melepaskan keluhan yang berat.
"Haw.."
Mataku terbeliak untuk beberapa ketika, menyebabkan Hawkin mula menjadi serba-salah.
"Uhh, forget it! I'm sorry!"
Dia memegang lembut tanganku yang masih lagi menarik blazernya, lalu dialihnya perlahan.
"Why?.. Tell me."
Aku boleh je teriak kuat-kuat sekarang memandangkan tiada sesiapa yang akan mendengar, tetapi aku tak sanggup nak paksa Hawkin beritahu entah apa perkara yang dia tak mampu nak ungkapkan tu.
Dia tahu sesuatu yang aku tak tahu ke?
"Sorry, Alice."
Buat masa ini, aku pasrah. Mungkin nanti apabila tibanya masa yang sesuai, dia akan berterus-terang.
"... "
Ketika itu, satu sinaran yang terang menyilau segenap pandangan kami berdua. Rupa-rupanya, Sang Mentari datang menyapa sebelum tenggelam di belakang ufuk.
"Look."
Jarinya yang runcing dituding ke arah matahari, dilimpahi cahaya oren yang tepu.
"The sun is setting."
Kedua-dua kami menoleh sekaligus membalas sapaan satu-satunya bintang di dalam Bima Sakti tersebut.
"Wah.."
Aku bergerak ke dinding yang terdekat, yang sebenarnya aku tak pasti sama ada nak sebut sebagai dinding atau tingkap sebab ia bukan dinding penuh dan tidak juga bercermin. Mungkin perkataan yang sesuai ialah balkoni.
"Beautiful."
Dari balkoni ini, hanya sebahagian sahaja daripada kawasan akademi dapat dilihat. Itupun kawasan taman. Memang sahlah lokasi ini sangat tersorok.
Dedaun luruh yang keperangan, cahaya senja yang keemasan, pepohon ros dengan gabungan warna merah, oren dan hijau. Segala-galanya bagaikan sebuah lukisan.
"God's creation, never not beautiful."
Hawkin datang menyusul.
Haruman wangi yang datang daripada bunga ros menusuk hidung. Aku tahu itu bau ros, namun dalam keadaan sekarang aku menganggap bau ini sebagai bau senja.
Err nama "Bau Senja" tu tak cantik sangat kot so baik kita panggil, "The Smell Of Sunset" haa kan sedap bunyinya!
Kedengaran tidak logik tetapi ia lebih kurang je dengan bau tanah selepas hujan yang kita sering tersalah anggap sebagai bau air hujan. Dalam bahasa yang lebih indah, bau itu dipanggil "petrichor".
Kami berdua langsung tidak berganjak, masih lagi menghadap senja yang sedang dalam proses melabuhkan tirai.
"Golden moment at golden hour."
Serentak dengan itu, sekuntum bunga ros disuakan ke depan wajahku, melindungku daripada cahaya matahari. Aku konfius buat seketika sehinggakan terfikir yang bunga itu hidup dan berjalan ke hadapanku, memandangkan tempat ini agak magical kan bunga pun ada kaki dan tangan.
Namun rupa-rupa Hawkin yang menghulurkan kuntuman ros merah itu kepadaku, entah bila dia petik aku pun tak perasan.
"Eh?"
Aku sedikit teragak-agak, aku patut ambil ke?
"As my apology, please accept it. One day, I'll explain everything to you. I promise."
Satu senyuman yang manis Hawkin berikan. Dengan semudah itu aku mempercayainya semula dan dengan sesenang itu jantungku berdegup kencang lagi.
"Plucking flowers means breaking the school rules, Haw."
Kataku sambil mengambil bunga ros dari tangannya dengan berhati-hati, takut-takut terkena duri. Hawkin hanya tersengih kecil.
Bunga ros merah itu aku dekatkan ke wajah, dan hidu perlahan. "The Smell Of Sunset" semakin kuat dan semakin nyata, tidak lagi abstrak sebagai perkataan semata-mata.
"It's The Smell Of Sunset."
Ujarku.
"Looks like you're becoming a philosopher like me."
"I won't deny, that I learn about philosophy from you."
"Well then, you've got a lot more to learn if you wanna be as good as I am."
Hawkin tersenyum nakal sebelum kami berdua teruskan menikmati saat-saat terbenamnya matahari, bersama "The Smell Of Sunset".
Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir kami sehinggalah matahari terbenam sepenuhnya, dan bakal muncul lagi selepas beberapa jam.
"When the sun has set, no candle can replace it."
Gumamnya perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top