xxi | ugh im kinda sick
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Sometimes I think illness sits inside every woman, waiting for the right moment to bloom ❞
"ALICE!!!"
"Hey guys..."
"You sound different. Are you okay?"
"Ya I am-hachuu! Okay guy-hachuu!don't worr-hachuuu!!!"
"Then what's with the sneezes? And why are you absent today?"
"I'm just sick, a little...Hachuu!"
Balasku walaupun aku rasa taklah little sangat kot.
Kenapa aku demam? Jawapannya ada empat. Dalam tempoh tiga hari lepas, aku telah :-
1. Dihempap bola.
2. Mandi hujan.
3. Stay up late di luar rumah.
4. Semua perkara di atas aku lalui ketika suhu berada di bawah 15°C.
Jadi tak hairanlah kalau hari ini aku diserang demam cinta. Eh?
"Eat a lot of medicine! You will get well soon!"
Makan banyak ubat? Seram siot bunyinya.
"That is called doping, you idiot!"
Suara Curt bernada seperti seseorang yang sudah cukup ilmu di dada kedengaran di hujung talian. Aku dapat bayangkan wajah Feliks yang berkerut seribu kerana digelar idiot walaupun dia tak dapat masuk dalam kamera.
"What is doping anyway?"
Soal Hawkin pula. Ala innocentnya awak tapi apasal kau pecah masuk asrama aku haritu hah?!
"C'mon guys, the correct word is overdose."
Edward yang paling matang antara mereka memperbetulkan, sekaligus mengabaikan soalan Hawkin.
"Don't mind them Alice! Drink a lot of water OK? Never eat a lot of medicines like what I said just now!"
"Hehe okay guys. After all, thanks for VC-ing me... Hachuu!"
"No problem!!!"
Aku tersenyum sendiri akibat terlalu terharu akan keprihatinan mereka. Selama ini tak pernah ada sesiapa tanya khabar aku kalau aku tak hadir ke sekolah. Apatah lagi nak datang melawat.
"Get well soon!!"
"We will miss you!!"
Mereka semua saling bertolakan, masing-masing nak muka mereka masuk ke dalam skrin telefon. Ada yang siap menjerit tak puas hati lagi. Yang aku pelik sekarang, cikgu tak dengar ke diorang terpekik-pekik dari tadi?
"Don't worry, I will get well soon. By the way, on-calling with you guys makes me feel much better."
"Awww!!!"
"D*mn, my heart-argh! It aches upon hearing those words!"
Mata aku gulingkan mendengar pick-up line Curt yang sedikit pun tak berkesan.
"I can't wait to meet you guys too! Bye-bye..."
"BYE!!!!!"
Mereka semua menjawab serentak dan serentak dengan itu talian dimatikan. Keadaan sunyi buat seketika apabila aku termenung sejenak menatap siling.
"Uhuk! Caring betul diorang!"
Tiba-tiba aku emosi semacam. Aku pun tak tahu kenapa, disebabkan oleh ketidakstabilan hormon barangkali. Bantal busuk terus aku peluk. Di situlah tempat aku menangis, mencalit segala hingus dan air liur basi. Cengeknya aku, setakat hal remeh je pun boleh menangis.
Tetapi siapa sahaja yang tak terharu dilayan dengan penuh kasih sayang sebegini? Chewah.
Aku habiskan masa dengan berbaring di atas katil. Apa jelah yang mampu aku buat dalam keadaan demam teruk macam ini.
Kalau di rumah, adalah seorang ratu yang tak pernah kenal erti jemu dan lelah menjaga aku tak kiralah sihat mahupun sakit. Aku betul-betul rindukan mak, walaupun kadangkala mak sedikit menjengkelkan terutamanya apabila dia minta aku rakam video dia buat TikTok Challenge. Dia takkan post di mana-mana media sosial pun. Cuma setiap kali habis buat, dia akan tengok balik aksi dia sendiri dan ketawa puas-puas. Mungkin itulah cara dia hiburkan diri.
Sesekali aku bangun untuk minum air dan makan ubat. Ada masanya aku scroll IG juga, tak nak lepas pandang isu semasa dan tengok post kengkawan yang tak berapa nak kawan. Tapi mana ada budak sekolah yang online pada jam ini. Mesti korang ingat sebab sekarang waktu sesi persekolahan kan? Namun, anda salah! Sebenarnya, sekarang ialah tengah malam di Malaysia.
Eh kejap aku tipu, ada budak yang post weh! Budak itu... budak yang membuatkan aku trauma sampai sekarang. Dialah penyebab aku menjadi begini, tiada kepercayaan akan kebolehan diri sendiri.
"Sekolah kita ni susah betul nak cari lelaki sado."
Keluhku, aku cuma terfikir. Maklumlah cikgu tak masuk kelas apalagi benda lebih berfaedah nak dibuat selain termenung.
"Maksud kau? Sekolah ni takde lelaki hensem lah?"
Hanie, anak kepada ketua guru disiplin menyampuk. Seorang yang berkulit gelap dan berhidung besar bak ba- (err aku tak nak sebut jadi korang tahu-taulah apa ye) tetapi sangat playgirl. I mean, perangai tak padan dengan rupa.
"Takkk! Maksud aku, just susah nak cari sebab kalau pergi ke sekolah lain setiap kelas mesti ada lelaki sado, takpun lelaki hensem."
Jawabku, sekadar memberi pendapat. Kerana itu fakta, sekolah kami memang tidak ramai lelaki. Tidak kiralah kacak atau tak.
"Come on, Alice. Kau fikir kau siapa?Lelaki macam tu pun tak ingin dengan kau."
Kata-kata itu tersembur keluar dari mulut Hanie, riak wajahnya tak ubah macam mak tiri Cinderella. Seisi kelas 2A1 terdiam, menghentikan setiap perbualan mereka.
Aku terkesima, sebab aku tak pernah terfikir Hanie yang aku tahu memang terkenal dengan mulutnya yang laser, akan mengungkapkan kata-kata seteruk itu.
Dan kata-kata itu tidak pernah berhenti bergema dalam kepalaku.
Sehinggalah sekarang.
Gilalah stay up sampai pukul 1 pagi! Dan post Hanie ialah...
...Holy sh*t.
"Apa benda ni? Gelilah woi!"
Teriakku dari dalam selimut yang melitupi sebahagian kepala hingga ke hujung jari kaki. Agak-agaklah dia ni, sudahlah edit hodoh nak mati! Diorang ingat diorang tengah shooting Señorita ke buat aksi tak senonoh camni?
"..."
Aku tahu aku bodoh. Aku masih memendam rasa terhadap lelaki ini walaupun sudah jelas dia memang takkan pernah balas perasaan aku. Tapi korang pun tahu kan betapa sukarnya satu frasa alah dengan enam huruf yang bernama 'move-on' tu?
Tadi, aku menangis kegembiraan. Namun sekarang, tangisanku adalah kerana kesedihan yang juga diselit kebencian, kecemburuan dan pengkhianatan. Dan aku percaya, hanya Tuhan yang memahami.
"Ahau, aku rasa kau bu-hachuu! -ta!"
🍁🍁🍁
Kelopak mataku terasa berat dengan bahagian bawah mataku agak bengkak. Aku tak perlu bagitahu kenapa. Hampir-hampir aku terlelap dibawa perasaan sehinggalah...
Tok! Tok! Tok!
-membuatkan aku segar-bugar kembali. Pintu bilikku diketuk kuat sebanyak tiga kali.
Siapa tu? Warden kot.
Sebenarnya aku malas nak bangun dari katil untuk buka pintu, lagipun pintu bilik aku itu tidak berkunci pun. Bahayakan aku? Sudahlah penghuni tunggal. Kalau orang jahat yang datang macam mana?
"Urm... Hey, Alice. May I come in?"
Di sebalik pintu, suara garau itu bergema. Aku terbangun dari perbaringan lalu menjegilkan mata ke arah pintu tersebut.
Ya, aku kenal suara itu. Tetapi banyak sangat dah suara aku pernah dengar, jadi aku tidak begitu pasti siapa empunya. Mungkin rakan sekelas aku? Tak mustahil juga. Datang nak lawat saya ke? Alololo manisnya awak. Tapi takkan nak bagi lelaki masuk bilik aku? Uish tak manis.
Sekejap!!!
Lelaki?!
Warden tak halang dia masuk ke?
Oh haahlah, ini bukan Malaysia. Sekali lagi aku tekankan, untuk kali keberapa sudah ya? Jadi...nak bagi masuk ke tak? Bagi jelah, kot? Kesian juga tengok dia sanggup jalan jauh-jauh dari asrama lelaki semata-mata nak datang jenguk aku.
"Come in."
Skrettt!
Pintu bilik dibuka dari luar. Dia berdiri di muka pintu, menyapa pandanganku yang kurang jelas. Tubuh yang tinggi lampai itu masih tidak berganjak. Barangkali tunggu aku jemput sekali lagi baru dia nak masuk. Tangannya sedang memegang sesuatu, nampak macam beg plastik.
Dan sejujurnya aku amat terkejut melihat siapa gerangan yang melawat aku hari ini. Aku ingatkan rakan sekelas yang lain. Jika bukan Hawkin, Feliks. Jika bukan Feliks, Curt. Jika bukan Curt, Edward dan yang sewaktu dengannya. Antara banyak-banyak orang, satu dalam 7 bilion manusia yang tinggal di bumi, aku paling tidak menyangkakan manusia ini. Tidak pernah sekali pun aku duga, dia akan datang menjengukku.
"Livio?"
Aku terpinga-pinga tepat kepadanya manakala Livio terus menoleh ke arah lain, mengelak pandanganku. Pintu bilikku masih lagi terbuka luas.
"Why are you here?"
"Doing... nothing?"
Dia seakan tidak tahu apa harus dijawab. Masih tidak mahu memandang ke arahku, bibirnya diketap rapat.
"Are you here to visit me?"
Soalku lagi kerana terlalu sukar untuk aku percaya. Kalau korang cakap esok hari kiamat baru aku percaya.
"No! No... yo-you see! I-I... that ball that hit you so hard, it-it's just.... Aha! A payback! Yes, a payback!"
Barulah dia bercakap lancar seperti biasa, seperti Livio Grande yang begitu over-condifent. Yup over-CONDIFENT, bukan typo ek! Guru kelas aku dulu, Cikgu Mamagreat ajar kitorang 'to be condifent'. Dia kata jika kita ubah sedikit sesuatu perkataan itu, kita akan jadi lebih ingat. Dan ternyata tipsnya berkesan kerana aku sudah lupa apa itu confident. Now, that explains why I lack of self-confidence.
Okey, berbalik kepada Livio yang wajahnya tampak sedikit merah.
"You mean...you are sorry?"
Aku meneka lagi.
"Nope! No, I will never apologize. It is just a payback, ONLY A PAYBACK. Nothing more, nothing else."
Kenapa tetiba dia cakap banyak pula? Atau dia ni tengah gementar sangat itulah pasal terlebih patah perkataan.
"Hehe, I guess you used the wrong term!"
Tawa tidak dapat aku tahan lagi melihatkan ekspresi wajahnya yang sarat dengan kegarangan yang dibuat-buat. Lucu juga aku tengok Si Perfect menjadi imperfect.
"Wh-what are you laughing at? And hey, payback is the right term!"
Sikap suka menyindirnya itu bagai sudah hilang ditelan arus kegemuruhan. Aku buat bodoh sebagaimana dia selalu buat bodoh. Berlagak macam aku tak pernah tersengih pun padahal mulutku terketar-ketar menahan senyum.
"Payback and sorry is just the same, literally in this case."
"Of course not! It's not that I pity you or anything else!"
Air mukanya cemas semacam seolah-olah terperangkap dalam permainan pembunuh bersiri. Hairan pula aku tengok. Satu lagi, aku cakap beberapa patah, dia jawab ratusan patah ni apa kes?
"Okey..."
Akhirnya, aku buntu. Bukan aku tak cuba buat dia mengakui kebaikan diri, tetapi Livio ibarat mewujudkan satu dinding yang menyebabkan orang lain tidak memahaminya. Aku tidak mampu menembusi dinding itu, jadi aku tidak dapat memahami Livio, sepenuhnya.
Aku pasti sangat dia memang berniat hendak meminta maaf tetapi kenapa tak nak mengaku pula?
Kami berdua saling berpandangan. Aku masih berusaha untuk melihat menerusi 'dinding' tersebut, aku ingin tahu apa yang tersembunyi di sebalik 'dinding' itu. Dan ternyata Livio berusaha mengelak daripada sebarang pertemuan mata denganku. Dia mula menyerabutkan 'buku'nya, yang aku tahu seserabut mindanya.
"Come in then."
Livio Grande, Si SDATDDD yang sedikit sebanyak telah mengubah persepsiku terhadapnya, melangkah masuk ke dalam bilik 404 Athena Dormitary.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top