xx | he is he, not she

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ With the new day comes new strength and new thoughts ❞

Aku bukanlah seorang budak baik yang kalau dikurung dalam bilik sekalipun tetap khusyuk belajar. Aku juga bukanlah seorang bad girl yang tak cukup buat hal di sekolah, suka keluar rumah malam-malam.

Tetapi untuk malam ini dan malam ini sahaja, aku terpaksa menjadi salah seorang daripada mereka.

"Minumlah susu... anakku..."

Nyanyiku dengan tona yang salah, sesekali menoleh ke kiri dan kanan apabila terdengar bunyi selain suaraku sendiri. Jangan tanya aku nama lagu sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nyanyi. Macam pernah dengar tapi langsung tak ingat.

Sekarang sudah masuk pukul 9 malam dan anak dara seorang ini masih lagi merayau-rayau di luar kawasan akademi. Bukan sahaja melanggar peraturan sekolah, malah perbuatan aku ni memang membahayakan diri sendiri.

Pendek cerita, aku tengah buat kerja gila yang aku tidak patut buat tetapi apakan daya aku terpaksa juga buat. Mana tak gilanya bila pergi keluar seorang diri pada waktu malam macam ini dan kalau ada apa-apa terjadi, aku tak dapat hubungi sesiapa kerana...

...aku tertinggal telefon. Atau lebih tepat lagi, hilang.

Langkah aku percepatkan dan perbesarkan. Aku mesti sampai ke sana secepat mungkin sebelum telefonku dicuri. Tak sanggup aku terima kenyataan yang aku sudah kehilangan dia buat selama-lamanya. Lebih rela aku buat 'benda' ini, tak kiralah berapa lama aku perlu berada di luar akademi demi mencarinya.

Macam mana kalau ada mata yang memerhati?

Aku kuatkan semangat. Mulutku terkumat-kamit membaca ayat-ayat yang selalu aku dengar di gereja dahulu, sambil meredah kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya samar daripada lampu jalan.

Nak tak nak, terpaksa jugak! Gila pun gilalah. Itu sahaja cara untuk aku teruskan kehidupan di alam yang fana ini.

Sepanjang perjalanan, aku menjadi saksi kepada kerenah manusia akhir zaman yang pelbagai. Terutama sekali pasangan bercinta, apa yang mereka buat pada malam hari tidak sama dengan siang. Macam-macam sahaja aksi tak menyenangkan mereka buat sampaikan aku tak sanggup nak toleh.

Sekilas aku pandang salah satu daripada ramai-ramai pasangan itu. Aku tak perhati, cuma melihat untuk memastikan. Waktu itu aku perasan kesalahan aku tadi. Mereka bukanlah pasangan bercinta. Mereka hanyalah manusia yang mendambakan nafsu semata-mata. Satu nafsu untuk wang. Satu nafsu untuk syahwat.

Ternyata dunia semakin hari semakin parah.

🍁🍁🍁

Bangku tempat Alice lepak tadi

Dari kejauhan aku dah boleh nampak bangku yang sarat dengan memori itu ( acewah ) walaupun tidak begitu jelas. Lantas aku berlari anak menghampiri bangku tersebut dan...

"Ehhh?!"

Hampir terlajak aku ke hadapan apabila langkahku terhenti serta-merta melihat bangku itu dengan lebih dekat. Ia... berpenghuni.

"Ada orang weh! Aku nampak kepala orang weh! Orang ke ni weh? Weh weh weh!"

Kuku aku gigit tanpa henti dalam usaha menangani perasaan takut ini. Kenapa nasibku begitu malang Ya Tuhan? Tidak wujudkah satu hari yang aman sentosa buatku di sini? Tolonglah, selamatkan aku!

Meskipun 97.707% kemungkinan telefonku sudah lesap biarpun baru satu jam ditinggalkan, aku rasa tak salah kalau aku nak pastikan lagi sama ada ia masih elok di atas bangku, ataupun kini berada dalam tangan sesiapa sahaja yang bertuah itu. Manalah tahu kali ini nasib menyebelahi aku.

Tapi setakat ini belum pernah lagi.

Eh wait seminit! Ini pelik. Kenapa dia langsung tak bergerak?

Aku kumpul keberanian ibarat menggenggam bara biar sampai menjadi batu api ( aku tahu aku salah guna peribahasa dah tak payah tegur ) lalu cuba menghampiri entiti misteri itu. Hampir tercabut lutut apabila perlahan-lahan mendekati bangku tersebut.

"Mati ke?"

Gumamku sambil menutup mulut sendiri takut-takut tercakap kuat.

"Kena bunuh ke bunuh diri ni?"

Lembaga berambut coklat tua itu seakan tidak perasan langsung akan kehadiranku. Kulit mukanya yang mulus dan bersih langsung tidak seperti seorang gelandangan. Lama aku perhatikan dia sebelum aku sedar bahawa aku mengenali lelaki ini.

"Edward!!!"

Walaupun jeritanku sudah cukup kuat, matanya masih tertutup rapat. Tangannya bersilang memeluk tubuh yang mengiring. Teramat tenang bagaikan telah bersedia untuk mati.

"Astaga!!! Woi Edward! Kau buat sini hah?! Ya ampun, ya Tuhan!!!"

Aku melompat setempat sehinggakan air Sungai Granté yang hampir tidak mengalir juga turut berkocak. Ini bukan hiperbola tetapi memang benar.

Kenapa aku pula yang kelam-kabut tak tentu pasal ni? Bertenang Alice. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus di dubur. Yes, that will do.

Segenap kawasan bangku ini aku perhati, dan...

"Yay ya ya ya yah!!!"

Akhirnya, aku jumpa harapan aku cari selama ini. Cahaya yang bersinar-sinar menerangi kegelapan hidupku ini, dapat aku lihat sendiri. Itu dia, setelah sekian lama tuah bersamaku jua!

'Nyawa'ku masih berada di atas bangku, baik-baik sahaja keadaannya sebagaimana aku tinggalkan ia tadi. Malah langsung tidak beralih walau seinci. Pantas tanganku mencapai dan merabanya. Nasib baik masih licin dan berkilat macam biasa. Dan ketika itu juga, aku tertoleh kepada si mati yang hampir aku lupa kewujudannya. Sedap mulut kau Alice padahal belum pasti lagi itu adalah mayat.

One problem settled, another problem comes. Dia ini macam mana pula? Korang ada idea tak? Atau aku patut campak dia ke dalam sungai saja?

Telefon aku simpan ke dalam poket seluar lalu dengan perlahan dan berhati, aku dekatkan dua jari ke leher Edward untuk memeriksa nadinya, memandangkan pergelangan tangannya terselindung disebalik jaket berlengan panjang. Lehernya agak lebar kalau nak dibandingkan dengan aku yang kecil dan tak berisi ini. Rasa nak ciu-

Tup! Tup!

Aku menarik nafas lega sebaik sahaja dapat merasa detikan. Kali ini, aku letakkan tangan di bawah hidung pula. Hangat nafasnya telah menghantar haba ke seluruh tubuhku. Ya, sahlah dia masih hidup lagi.

Punggung aku labuhkan di atas lantai berhadapan bangku. Kedengaran sayup serakan dan geseran daripada daun kering yang melitupi hampir keseluruhan tanah. Lengan aku rehatkan di atas bangku lalu membaringkan kepala di atasnya.

Wajahnya yang tampan aku tatap dalam. Ternganga sedikit mulutnya tetapi masih kacak di mataku. How can someone with such perfect face like this could exist? Cemburunya aku. Kalaulah aku yang yang tidur macam dia ini, gerenti ada iras-iras kambing.

"Pengsan ke tidur anak raja ni?"

Hidungnya yang mancung aku cuit sedikit menggunakan hujung jari. Masih tak sedar lagi. Nak aku korek baru dia bangun kot. Tetapi paling penting sekarang, kenapa Edward tidur di sini?

Setiap pelajar sepatutnya tidur di dalam bilik yang disediakan oleh pihak akademi. Sekiranya berada di luar kawasan akademi pada jam 10 malam dan ke atas, seseorang pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin. Sistem yang bernama curfew ini merupakan peraturan asas di Akademi DiRaja Granté. Mengikut sistem ini juga, aku menepati syarat-syarat untuk ditangkap.

Tapi tak ada apa sangatlah kan? Bukannya selalu pun aku yang baik ni langgar peraturan. Benda boleh langgar kenapa tak nak langgar.

Hairan aku tengok seorang putera raja tidur merata begini. Dengan keadaan bangku yang keras macam batu ini, dia boleh tidur nyenyak lagi. Aku si orang kebanyakan ni pun tak faham dengan dia.

Semakin lama aku berdamping dengan golongan elit ini, semakin aku perasan yang kehidupan mereka tidak seperti apa yang kita semua sangka. Mereka juga makan, minum, mandi, kentut, kencing, berak. Perangai pun lebih kurang macam orang biasa. Cuma apabila perlu berada di khalayak umum, mereka berubah menjadi individu yang berbeza. Ketika itu barulah sifat elegan dan elit mereka terserlah.

"Ed ed... Macamanalah kau boleh KO kat sini?"

Buah fikiranku ligat memikirkan jalan penyelesaian untuk membantu rakan sekelasku ini. Mana perginya pengawal-pengawal keselamatan dia? Makan gaji buta ke apa hah?

"Aha!"

Apa gunanya telefon kalau tak digunakan semasa saat kecemasan begini? Aku mencari mana-mana kontak yang ada disimpan di dalam telefonku. Hanya ada nombor telefon Samuel, Feliks, Curt dan Hawkin sahaja. Maaf aku memang tak simpan nombor Livio dan Kazuto.

Kontak pertama yang aku kesan ialah Feliks. Tanpa teragak-agak, nombornya aku dail.

Tutt! Tutt!

Dua kali tutt menandakan telefonnya dalam keadaan off. Malam memang sudah lama larut jadi aku tak hairan kenapa dia telefonnya telah ditutup.

Baik, kita cuba dail yang lain.

Seterusnya antara banyak-banyak kontak yang aku simpan, aku ternampak nama...

"Samuel?"

Sebenarnya aku tak begitu yakin dengan Samuel, tetapi aku tak punya banyak pilihan buat masa ini. Sekali lagi aku dail atau dalam kata lain, membazir kredit. Aku pun bukannya orang kaya yang boleh sesuka hati guna kredit, tetapi oleh kerana wujudnya perasaan belas kasihan terhadap lelaki ini, aku lakukan juga.

Lupakan dahulu statusnya sebagai golongan kerabat. Dia memang seorang putera, tapi dia juga seorang manusia. Takkanlah aku nak biarkan dia tidur semalaman di sini. Kalau nanti dia demam macamana? Demam itu okey lagi daripada kena rompak, Maklumlah orang macam ni bebaloi dirompak. Seandainya aku seorang perompak, aku juga takkan lepaskan peluang keemasan untuk merompak Prince Edward Crawford of The British Royal Family.

Tutt...Tutt...

"Urm, yeah?"

Suara yang seolah waras tak waras itu bergema di telinga.

"Fuh!"

Terus aku hembuskan nafas lega apabila ada juga yang sudi mengangkat panggilan mengejut malam-malam ini. Masa itu, kedengaran kuat muzik yang rancak bermain di hujung talian. Aku cuba abaikan sahaja.

"Hey, Samuel! Listen, I helped you before, remember?"

Aku tahu aku tengah mengungkit semula kebaikan yang pernah aku lakukan. Tak baik macam ini tapi aku buat benda ini bersebab jadi tak apalah. Kot?

"Uh-huh?"

Hampir tak berbunyi suaranya akibat ditenggelamkam oleh muzik di latar belakang.

"So, do yo mind if I ask you a favor?"

Kataku, hampir terjerit untuk melawan bunyi yang terlalu kuat di dalam telefon.

"Aha..."

Sambil memendam tanda tanya kenapa dia tak banyak cakap kali ini, aku menyambung.

"Could you come here? The bench in front of Sugar & Butter."

"You mean, that place we hangout just now?"

"Yes, quickly please. As soon as you can."

"I need to finish this song."

"What song?"

"The DJ haven't stop yet."

"Okayyy?"

Aku putuskan talian sekaligus menghentikan kebingitan muzik yang berdentum di hujung talian. Tiada harmoni, cuma bunyi.

Kebetulan juga, muncul notifikasi menandakan kredit yang hanya berbakikan RM0.10 terpapar pada skrin. Gila mahal yuran telefon di sini, aku baru top-up RM30 kot semalam!

"Tak guna punya Gigi."

Aku yang hampa menyembam muka pada lengan sendiri, dan ketika itu, Ed yang terbaring serta blok-blok rumah kedai di belakangnya menyapa pandangan. "Di mana agaknya Samuel?" Soalku kepada diri sendiri. Entah-entah tak jauh dari sini. Aku meneka barangkali Samuel berada di dalam kelab malam berdasarkan bunyi-bunyi yang aku dengar tadi.

Perasaan tak senang aku buang jauh-jauh. Tak semua perkara seindah yang kau fikir, Alice. Kau perlu ingat itu. Malahan di Malaysia sendiri, budaya kuning semakin berleluasa. Apatah lagi negara asalnya.

Namun ada baiknya juga, ini bermaksud sekejap lagi sampailah dia ke sini sebab kelab malam mestilah terletak dalam kawasan pekan juga, kan? Tak mungkin terlalu jauh.

So... let's just wait and see.

🍁🍁🍁

"Alice!"

Suara tersebut telah membuatkan aku terjaga. Terkebil-kebil aku untuk seketika. Aku tidur ke tadi? Edward yang masih terbaring aku pandang. Masih belum bangun juga.

Bibir yang sedikit basah aku lap sebelum berpaling ke arah datangnya suara tadi. Lelaki gedik itu datang menghampiri. Bergaya benar pakaiannya, bling bling shining sini sana bak kata DSV. Bukannya lama sangat pun sejak kami lepak sama-sama tadi, tapi sempat juga dia tukar baju semua bagai. Ini memang sah dia bekal bagasi lagi. Entah kat manalah dia bersalin kulit.

"Dios mío!"

Sebelum sempat aku berkata apa-apa, dia terlebih dahulu bikin kekecohan. Samuel terus berlari menghampiri kami berdua sementara aku sedang berusaha angkat dari duduk.

"Edward!!! My Peacock! What happened?! What you did to him?! You want me to be your partner in crime?! No no no I won't!"

Asyik dia menuding jari tepat di hadapan wajahku tanpa memberikan sedikit pun peluang untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Who in the world is peacock?"

Tanyaku, langsung tidak mengendahkan tuduhan serkap jarangnya.

"The nickname I gave him. And by the way Alice, I may look bad, but I'm noy as evil as you think. I'll never do this kind of job even if you reward me with Feliks."

Ah, mulalah dia! Samuel, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kau berdrama.

"Why Peacock?"

Aku teruskan jua dengan permainannya.

"Well, he is beautiful don't you think? Just like a peacock, so graceful and charming."

Aku sendiri pun tak tahu dari mana datangnya persamaan antara Edward dan peacock. Yang aku tahu, Edward ialah seorang manusia manakala burung merak ialah sejenis burung.

"I think this Peacock of yours is sleeping."

Kepala aku tundukkan menghadap Edward. Sedikit pun tidak menggeliat dari tadi.

"What? Sleeping here? Outside?"

"That's why I need your help."

"Huh?"

"Bebal."

"What's babbal?"

"Forget it. Now let's carry him."

"Carry him? The two of us? My oh my! How could I spend my precious energy to carry this man?"

Tajam mataku menjeling lelaki lembut bernama Samuel itu. Tidak wujudkah hati perut dalam dirinya apabila seorang rakan memerlukan bantuan? Sanggupkah dia tinggalkan Ed begitu sahaja, tidur dalam kedinginan malam yang kian mencengkam ini?

"Honestly Sam, I regretted calling you."

Aku berterus terang, memandang tepat kepada Samuel.

"Then, why did you call me in the first place?"

Dia menyoalku kembali. Langsung tiada rona simpati dalam kedua-dua anak matanya. Kosong.

"Samuel, pity him."

Hanya mampu mengetap bibirku lemah, kata-kataku tidak ubah seperti satu desakan.

"Hmph!"

Muka yang penuh jijik menjadi balasannya. Tanganku seakan bergetar menahan diri daripada menampar pipi lelaki di hadapanku ini. Sabar Alice, syukurlah dia sudi datang sini untuk tolong kau.

"Alright, like this. Samuel, imagine if this situation happened to you. And there's no one around could help you."

Selepas menarik nafas yang panjang, aku cuba meyakinkannya dengan cara paling tenang dan neutral. Mendengar peneranganku, Samuel terdiam sejenak. Nampak macam sedang berfikir dalam-dalam.

"Or let's say it happened to Feliks and you can't be there for him. All you can do is keep waiting and hoping  that someone would come and help."

Apabila nama Feliks terpacul dari mulutku, air wajah Samuel berubah dalam sekelip mata. Berubah daripada segi apa kepada segi apa, aku sendiri pun susah nak terangkan. Keadaan berubah sunyi dengan hanya gemersik angin yang kedengaran.

Aku... dah berjaya ke ni?

"Fine."

Ucapnya sepatah membuatkan aku pula yang terdiam kali ini. Tanpa banyak kata, dia membongkok sedikit sebelum mengangkat tubuh Edward dari perbaringan. Di tepi bangku, dia melutut membelakangi Edward. Apa yang mengejutkan aku sekarang ialah kepantasan dia bertindak. Macam "biar betul kau ni?"

"Alice, wrap his hand around my neck."

Nada kejantanan muncul dalam suaranya menyebabkan aku tergamam. Tiba-tiba sahaja dia nampak...

...Jauh berbeza. Samuelkah ini?

Akur, aku melingkarkan tangan Edward di sekitar leher Samuel. Dengan berhati-hati, Samuel mengangkat badan Edward yang jauh lebih besar berbanding dirinya dan didukung di belakang. Edward pula masih tak sedarkan diri. Terganggu pun langsung tidak. Sah dia tidur mati!

"Keep an eye around. If you see blue light, tell me immediately."

Serius dia memberi arahan dan aku hanya mengangguk. Rasa macam tengah bercakap dengan orang lain, bukannya Samuel Rodriguez merangkap Putera Raja Negara Sepanyol.

Kekaguman melanda diriku. Ya, aku yang biasanya kurang reaktif ini benar-benar kagum akan perlakuan dan percakapan Samuel yang berubah 100%. Secara tidak sengaja atau tidak itu aku kurang pasti, tetapi dia telah pun menonjolkan sifat kelelakiannya. Wajahnya tegang. Postur tubuhnya juga. Tidak lagi berlenggang mengalahkan diva Angelina Jolie.

Peluh menitis di dahinya, namun tidak dia pedulikan. Biasanya, si jambu yang cerewet itu tidak boleh ada peluh walau setitik pun, dia mesti kena lap atau dia akan meroyan seharian. Entah dari manalah munculnya kelelakian yang selama ini tersembunyi jauh di dalam lubuk dirinya.

"Thank you, Samuel. I-I really meant it."

Aku memberikan senyuman yang manis tetapi sedikit terketar sebagai tanda terima kasih. Samuel memandang sekilas, kemudian menoleh semula ke hadapan. Masih tiada sebarang ekspresi pada wajahnya.

"You're welcome."

Jawabnya mendatar, membuktikan bahawa intonasi gediknya turut hilang begitu sahaja bagaikan ia sudah pun pupus.

Kami berdua berjalan pantas supaya cepat sampai ke akademi. Siapa yang daredevil sangat mahu ditangkap kerana curfew?

Pasangan-pasangan yang bersepah di belakang lorong tadi tidak lagi berada di situ. Rasanya tiada manusia lain di sekitar pekan ini selain kami bertiga. Semua sudah berteduh di dalam bangunan dalam menantikan tibanya hari esok. Barangkali hanya pungguk sahaja yang menemani perjalanan kami.

Tak lama lagi sampailah kot.

"It's weird but funny."

"What is it?"

"Now that you are here with me, I feel safe."

Aku tergelak kecil walaupun setiap apa yang katakan itu adalah benar. Ketika malam-malam buta begini, dalam keadaan yang bahaya boleh datang pada bila-bila masa, aku tetap rasa selamat. Dengan adanya Samuel versi lelaki di sisi, perasaan takutku lenyap serta-merta.

Sejak detik ini, aku percaya dia juga mampu melindungi kami semua meskipun dia lembut orangnya. Sudah menjadi lumrah bukan, lelaki macam dia sering dianggap lemah seperti wanita. But guys, guys are guys. Hakikatnya kudrat lelaki lebih kuat berbanding perempuan tidak kiralah kau Sajat ke Safiey Ilyas ke. Itu cuma kudrat, tetapi dari segi kekuatan jiwa, wanita kekal nombor satu.

Dan Samuel... aku yakin sangat akan kekuatan dalaman yang dia miliki. Kelembutannya hanya pada luaran, namun dirinya yang sebenar ada di dalam. Tidak kurang tidak hilang, cuma bersembunyi dan menunggu masa yang sesuai untuk muncul semula. Antaranya, sekarang.

"Who would've thought that you are this strong, Samuel?"

Tergelak lagi aku dengan ungkapan diri sendiri yang merupakan pujian berbaur sindiran.

"Umm, thanks?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top