xviii | can i trust you?

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Love all, trust a few,
do wrong to none ❞

Sini sudah.

Sana sudah.

Situ sudah.

Semua sudah, semua sudah!

Sudah segenap bilik aku selongkar.
Dari almari ke laci ke bilik mandi ke dalam lubang tandas aku cari. Bawah katil juga telah dikembara. Hasilnya, wajahku diserang segerombolan debu yang tanpa belas kasihan melekatkan diri pada setiap urat bulu yang terdapat di dalam lubang hidungku.

"HACHUUU!!!"

Aku sudah keletihan sedangkan apa yang dicari masih belum kutemui. Ke mana kau pergi ku masih mencarimu, ke mana kau hilang?

"Dasar krim, jangan nak sembunyi dari aku!"

Terjelupuk aku duduk, sengaja, dan dengan sepuas hati aku pukul lantai yang tak berdosa sampailah tanganku sendiri yang sakit. Boleh gila aku dibuatnya. Dah berjam-jam aku cari krim itu, tak juga jumpa.

"Zam zam alakazam, munculkanlah dirimu wahai encik krim!"

Untuk pengetahuan korang, krim muka yang aku maksudkan dalam situasi ini bukanlah krim keju atau krim kosmetik atau aiskrim, tetapi krim ubat muka yang aku sendiri tak ingat nama jadi tak ada gunanya korang tanya aku lebih-lebih. Kenapa aku perlu krim itu? Rujuk balik bab xv | death kick and its impact dan soalan tersebut akan terjawab.

Jenuh aku mencari. Cakaplah mana-mana pelosok bilik ini yang belum aku periksa, every nook and cranny aku dah teroka tau! Aku juga hairan, tetapi krim alah itu bagaikan telah lenyap sepenuhnya daripada dunia ini. Syaitan yang sembunyikan ke apa hah?!

Justeru itu, saya sudah menetapkan keputusan akhir lagi muktamad. Bahawasanya saya takkan cari sesuatu yang saya takkan jumpa, yakni saya takkan membazirkan tenaga saya untuk melakukan sesuatu yang takkan mendatangkan hasil. Memandangkan aku tidak punya pilihan lain, penyelesaian terbaik ialah pergi ke kedai dan buang duit untuk beli yang baru. Dan itulah apa yang sepatutnya aku lakukan sejak tadi.

Aku meluru keluar dari bilik sambil tanganku sibuk mengancing satu per satu butang jaket. Gila sejuk kalau tak pakai jaket dengan suhu terkini yang sudah mencecah kurang daripada 15 darjah Celsius.

Aku berlari anak menuju ke lif terdekat. Tetapi kelam-kabut punya pasal aku tersalah masuk lorong. Kebetulan ketika itu, langkahku terhenti apabila aku ternampak satu gerangan yang kelihatan sedang merayau-rayau di hujung koridor sana.

Isunya di sini ialah aku satu-satunya penghuni asrama ini. Lagipun, warden takkan naik sampai ke tingkat ini kecuali jika berlaku kecemasan. Jadi, siapakah itu?

Aku bersembunyi di sebalik dinding dengan penuh berwaspada, takut-takut tetiba seseorang datang menerkam. Harap-harap bukan arwah Granny jelah.

Mataku mengintai tajam tingkah laku gerangan itu, yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Mabuk ketum ke apa mak cik warden ni sampai naik ke tingkat empat?

Hei hei hei, aku kenal rambut blonde yang pucat itu! Maksud aku, kenal sangat-sangat.

Aku pasti itu adalah Hawkin yang mundar-mandir seperti sedang mencari sesuatu di kawasan koridor ini. Sejujurnya dia nampak sangat mencurigakan tetapi oleh kerana dia kawan baik aku, segala prasangka buruk aku tolak ke tepi.

Tertanya-tanya juga aku apa yang dicari olehnya, adakah ia objek, orang, atau apa-apa sajalah perkara yang penting sangat tu hinggakan dia sanggup memecah masuk ke dalam asrama perempuan.

Sekarang aku ada dua pilihan. Satu, jadi kawan yang baik dan sapa Hawkin. Dua, buat-buat tak nampak dan tinggalkannya begitu sahaja. Entah kenapa, firasatku mengiyakan pilihan yang kedua.

Aku mengintai Hawkin buat kali terakhir dan jujur cakap aku belum puas melihatnya keanehannya sebelum mula melangkah menuju ke lif.

"Who's there?"

Suaranya bergema di seluruh koridor tingkat empat Athena Dormitary menyebabkan langkahku terhenti serta-merta. Nafasku juga. Walaupun ia hanyalah Hawkin, sedikit sebanyak  wujud rasa takut dalam diriku. Jarak antara kami sangat jauh, lebih kurang dalam 300 meter begitu, jadi aku sendiri pun tak mampu membayangkan ketajaman deria pendengaran Hawkin.

Tidak mempunyai pilihan lain, aku keluar dari persembunyian dengan lagak setenang mungkin. Aku tak boleh biarkan dia tahu aku gementar.

"Then, who else?"

Soalku kembali. Yelah kan, siapa lagi kalau bukan penghuni tunggal asrama perempuan ini?

"Oh, Alice!"

Dengan agak janggal, Hawkin berjalan menghampiriku sambil memberikan senyuman yang tidak pernah terukir di bibirnya sepanjang aku mengenalinya. Dan hatiku tidak senang melihat senyuman itu.

"What are you doin' here?"

Soalan yang bodoh lagi lembab ditujukan kepadaku.

"What are YOU doing here?"

Dia menggaru-garu kepalanya, dan perkataan 'suspicious' asyik bergema dalam mindaku dengan cara 'SASPISHESSS SASPISHESSS~'.

"I was kind of lost."

"Lost? Lol. How can you be lost?"

"I came here and can't find the way out."

Aku sempat melirik ke arah papan tanda yang tertera EXIT tergantung di siling pada setiap 100 meter. What the...

"And why you came here?"

Hawkin terdiam untuk seketika.

"I. Was. Lost?"

Jawabnya, teragak-agak.

"Be honest, please."

Bibirnya diketap rapat. Dia menoleh ke arah lain, masih tidak menjawab soalanku.

"Nice try."

Aku berpaling, mahu berlalu dari situ. Cukuplah permainan teka-tekinya berhenti di sini.

"Hey hey, wait!"

Dia menarik lenganku, melarangku pergi. Now that he touched me, it hits differently that usual.

"Look, I was walking in a garden-like passageway from the Hercules', and seems like the passage led me here."

"Yeah yeah, led you here, the fourth level."

Kecewa dengan respons yang aku berikan, Hawkin mengeluh panjang.

"Okay, sorry I gotta go."

Katanya dengan penuh keluh-kesah.

"Go where?"

"Outta here of course."

Dan Hawkin yang mengaku tidak tahu di mana jalan keluar, berjalan ke kawasan menunggu lif atau dalam kata lain, jalan keluar. Lancar sahaja tanpa sedikit pun silap.

🍁🍁🍁

"Kedai serbaneka manalah yang ada jual krim ni?"

Gumamku sendirian sambil sesekali mengangkat wajah menghadap langit. Dahiku masih sakit, tetapi tidaklah seteruk haritu. Lagipun aku dah balas dendam dekat Livio. Habis kerusi dia aku sapu dengan gam dan keesokan harinya aku tengok dia posisinya langsung tak berganjak. Aku rasa dia tak dapat balik ke asrama untuk malam itu. Padan muka.

Seorang diri bersiar-siar di pekan kecil ini. Inilah antara sebab yang menjadikan Pulau Granté sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unik. Sebahagian besar daripada pulau ini merupakan perkampungan serta pekan-pekan yang bervariasikan seni bina dan budaya.

[ Pekan Idyllisch ]

Salah satu yang terletak paling hampir dengan akademi ialah Pekan Idyllisch, sebuah pekan sederhana besar yang menjajari sepanjang Sungai Granté. Pengangkutan utama di pekan ini ialah gondola yang banyak berlabuh di tebingan sungai ini dengan hanya beberapa buah kereta terparkir. Suasananya agak menyamai Amsterdam, mungkin yang membezakannya ialah penghuni pekan ini yang bukan hanya terdiri oleh bangsa Belanda sahaja, tetapi pelbagai kaum yang berbeza warna kulit dari seluruh dunia.

Daun-daun luruh yang berapungan di atas permukaan Sungai Grantè menambahkan lagi keindahan pekan ini. Sunyi tetapi tidak lengang, menyelusuri sungai ini pada waktu petang sebegini sememangnya sesuatu yang sangat menenangkan.

Meskipun begitu, jiwaku tetap takkan tenang selagi aku tak jumpa krim yang menyusahkan hidup aku tu. Dan selagi aku tak tahu tujuan sebenar keberadaan Hawkin di asrama perempuan tadi.

"He's too suspicious that I can't help but wonder."

Kataku kepada diri sendiri sambil menggosok-gosok lengan, mencari haba yang semakin hari semakin menghilang dari sekeliling. Sejuk? Memang sejuk. Tahap kesejukan ini takkan dapat dirasa di Malaysia walau kita berada di Cameron Highlands atau Ranau sekalipun. Aku yang pakai jaket setebal 10 inci ini pun dah rasa macam nak beku kot. Baru aku tahu begini rupanya keadaan apabila tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk masuk musim sejuk.

Yes, you read it right. It's winter.

Buat pertama kalinya, aku dapat melihat, memegang, menjilat, mengunyah dan menelan sendiri salji sebenar. Tak main lagilah salji buatan manusia yang terdapat di Khatulistiwa dulu. Nanti balik Malaysia bolehlah aku membongkak sikit huhu.

Setelah beberapa ketika merayau di sekitar pekan, akhirnya mataku tertancap pada sesuatu yang sekali aku lihat, terus senang hatiku bagaikan segala soalan Number Theory ( bahasa mudah : Matematik ) telah berjaya dijawab.

7/11

Jangan, Alice, jangan gembira sangat. Terlalu awal untuk kau tarik nafas lega sekarang. Kedai dah jumpa, tapi belum tentu lagi masalah ini boleh diselesaikan. Lagipun, ada atau tidak krim ubat muka yang sedang aku cari ini dijual di Seven-E? Bagi mendapatkan jawapan, aku ambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai.

Aku menghampiri pintu masuk yang terbuka dengan sendirinya. Saat itu, aku terlopong seketika di muka pintu tatkala menyedari betapa indahnya teknologi. Mungkin ada yang memandangku pelik, tetapi kenapa tidak sekali sekala kita hargai setiap apa yang ada di sekeliling kita walaupun cuma suatu benda yang remeh?

Langkahku dibawa masuk dan sebaik sahaja berada di dalam kedai, mataku mengesan sesuatu yang aku sudah biasa sangat-sangat. Sesuatu hampir setiap hari aku tengok sampaikan kadang kala naik angin juga melayan perangainya yang suka cari nahas.

Namun sekarang, bertemu dengannya lebih menggembirakan daripada segala jenis kemungkinan. Jumpa 7/11, Jumpa krim tak guna ini, jumpa Hawkin Horane dalam keadaan aku tak pernah ingin jumpa. Tetapi aku jumpa dia. Akhirnya setelah sekian lama berjuang, aku mampu berasa lega.

"Feliks!"

Tanpa segan silu, aku berteriak kuat memanggil Feliks. Nasib baik tiada sesiapa berada di dalam 7/11 buat masa ini selain aku dan Feliks. Tapi aku tak boleh lupa, perbuatan aku ini terakam juga di CCTV. Jadi kepada para pembaca yang dikasihi, tolonglah, jangan sesuka hati menjerit di tempat awam macam aku.

Feliks yang sedang menongkat dagu, nampak sangat terkejut tahap sakit jantung apabila kepalanya terus jatuh belepek ke atas kaunter. Uih, sakit tu! Tapi masih tak sesakit penangan bola sepak kat muka aku nilah.

Pantas dia mengangkat wajahnya semula lalu berdiri tegak. Sempat tangannya menggosok-gosok mulut yang menurut tekaanku, dipenuhi air liur basi. Bapak hebat budak ni tidur tak tutup mata!

"Ye-yes, boss! I'm coming!"

Feliks menoleh kiri kanan tanpa henti seperti mak ayam yang kehilangan anaknya, mengundang gelak yang besar daripadaku. Sehinggalah dia ternampak kelibat aku di muka pintu, riak wajahnya terus berubah dari mamai kepada segar lagi bugar.

"A-Alice!"

Dia memperbetulkan posisi topi di kepala. Hujung bibirnya diangkat tinggi, membentuk senyuman yang teramat lebar. Lebih lebar berbanding yang selalu aku lihat menyerlahkan seri giginya yang putih-putih belaka.

Dengan tawa yang masih berbaki, aku memandang sekeliling untuk memastikan tidak wujud seketul makhluk bernama Samuel di sini  sebelum senyumannya dibalasku manis sekali dengan lambaian tangan.

"Heya!"

"May... May I help you?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top