xlvii | susuripris plan

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ We're all a little weird. And life is a little weird. And when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall into mutually satisfying weirdness-and call it love-true love.❞

"Happy birthday, lovely kid."

Ucapan itu Livio ungkap dengan penuh segan silu lalu terus menoleh ke arah lain. Tangannya masih tidak lepas dari bahuku. Kami berdua berdiam diri untuk seketika manakala keadaan di luar bilik teramatlah riuh-rendah macam hari nak kiamat. Aku baru nak kata terima kasih sebelum Livio menyambung,

"Alice, when I saw you for the first time.. I-I thought that you're like the girls I've met before. You know, those shameless b*tches. "

Ujarnya tanpa memandang ke arahku tetapi masih memegang bahuku. Aneh bukan? Dan weh, agak-agaklah bahasa dia tu.

"Umm.. okay?"

-ialah respons aku memandangkan aku tak tahu nak jawab apa.
Korang ada idea tak?

Melihat reaksi hambarku, dia mengeluh kecil lalu menarik nafas yang dalam. Dengan suara yang tersekat-sekat, Livio berkata sesuatu yang tidak aku jangka sama sekali.

"Bu-but you are different. You are kinda cut-I mean... kind! You are a kind person."

Mataku membuntang besar tepat ketika Livio menyebut "kind". Dia sendiri turut terbeliak dengan kata-kata sendiri. Wajahku terasa panas dan wajahnya kelihatan merah. Sama je kitorang dua ni.

Aku rasa Livio tengah prank aku ni. Aku tahu dia prank.
Kan?

"I am grateful that.."

Apa yang dia cuba cakap? Dalam keadaan 'ini' memang sukar untuk aku dengar dengan teliti. Tambah lagi suara dia lebih kecik dari suara semut.

"-I get to meet you!"

Katanya separuh terjerit dengan segala keberanian dia curahkan demi menyuarakan ayat itu. Dia memejam matanya rapat menampakkan kedutan pada wajah.

Livio ke ni? Kenapa Livio tetiba cakap 'benda' camni? Macam bukan Livio Grande si poyo yang aku kenal je. Aku ingatkan dia ni takkan pernah puji orang lain.

Untuk elakkan Livio yang terkenal dengan ke-perasan-annya fikir bukan-bukan, aku cuba berlagak seperti biasa. Tetapi, sedangkan lelaki seego ini gagal sembunyikan perasaan malunya. Apatah lagi aku yang kena halau dari sesi uji bakat lakonan ni.

"I am too!"

Balasku seceria yang aku mampu sambil mengalihkan tangannya yang hinggap di bahu. Aku genggam kuat dan letak di dadanya yang bidang.
Senyuman yang manis aku tayangkan untuk 'menyelamatkan' keadaan yang semakin kritikal ini. Livio yang kelihatan agak terkejut dengan apa yang aku lakukan (atau dengan perbuatannya sendiri) terpinga-pinga seperti orang bodoh lalu tersenyum sendiri seperti orang gila. Kesimpulannya, jelaslah bahawa Livio kurang siuman tadi.

"Yeahh!!!"

Peti suara si pemilik suara bagaikan nak pecah. Seperti yang korang agak, Feliks yang menjerit tadi berlari ke dalam bilik aku tanpa membuk- Woi kasut tak bukak! Beberapa peket keropok kentang dalam pelukannya hampir tercicir. Oh cop, keropok tu..

"Honey buddha chips!"

Jeritnya lagi sambil mencampak-campakkan plastik keropok itu ke udara. Musang seekor ni, makanan dia mainkan.

"Wahhh where did you get that?"

Livio aku tinggalkan begitu sahaja lalu beralih perhatian kepada Feliks. Aku sangat berminat nak tahu mana dia beli keropok kentang yang terlalu susah dicari tu sebab setiap kedai di Pekan Grantè aku dah masuk, tapi sekali pun aku tak pernah jumpa. Kadang-kadang aku terfikir juga sama ada keropok itu benar-benar wujud atau hanya kekal di dalam dunia Mystic Messenger.
I just got your messages! ~

"Hoho issa secret of course, these are special just for your birthday only!"

Jawab Feliks sambil mengenyitkan mata dengan jari telunjuk di bibirnya.
Aku mengherotkan bibir tanda tidak puas hati kerana dia tak nak bagitahu betul-betul. Tiada ada gunanya aku bertekak dengan dia ni semata-mata untuk sejenis keropok. Bazir air liur aku je.

"Hamburgerrr here!!!"

Wakil dari Amerika mempersembahkan makanan paling terkenal di negara mereka. Hawkin masuk ke dalam bilik sambil menjinjit dua beg plastik yang besar gila. Bau yang sedap lagi menyelerakan datang dari arah plastik itu. Aku tahu di dalamnya berisi hamburger stail original Amerika.
Macamana aku tahu?
Sebab dia baru je bagitau tadi. Apelah korang ni.

"Sedapnya bau!~"

Feliks aku tinggalkan begitu sahaja dan beralih perhatian kepada Hawkin.

"What bewu?"

Dengan muka yang penuh kekabur-keliruan, langkahnya terhenti di kaki pintu.

"Nothing la, hahaha!"

Aku menjemput Hawkin masuk lalu membantunya untuk membawa salah satu plastik itu dan diletakkan di atas meja. Fuh, aromanya mengalahkan Mekdi lerr!

Hawkin masih lagi membisu hanya kerana blur dengan perkataan "bau" yang mungkin pertama kali dia dengar. Kesian jugak tengok dia terbeliak macam tu, patut ke aku tolong terangkan maksud "bau"? Hmm biarlah dia sendiri cari kat kamus. Eh sis terlupa, sekarang kan dah zaman moden jadi segalanya di hujung jari saja ma!~
Just ask pak cik Google.

"Fish and chips coming!!!"

Tuan punya suara belum masuk ke dalam lagi tapi dah bising-bising di luar. Wow jarang benar dengar Ed menjerit. Sekali lagi, Hawkin aku tinggalkan begitu sahaja dan beralih perhatian kepada Edward. Aku menjenguk dari pintu bilik dan...

"Alice, he-help!!"

"Ya ampun Ed!!"

Pantas aku membantunya sebelum pinggan yang dibawa habis jatuh bertaburan lalu hancur berkecai seperti hatiku yang disakiti Ahau, ah cewah!

"Oh thank God!"

Haih dia ni, mana tak jatuh pinggan kalau tak ditolong tadi, percaya tak dia bawa tujuh pinggan fish and chips menggunakan tangan, dalam kata lain tanpa dulang. Tak cukup letak pinggan dalam keadaan bersusun di sepanjang lengan, dia junjung di atas kepala sekali. Aku pula yang sakit kepala tengok dia.

"I smell something fishy~"

Bau fish and chips yang terlalu harum menusuk hidung. Ah aku dapat hidu bau garam Lautan Pasifik! Berkeroncong perut aku dibuatnya.

"What type of fish did you use?"

Ed tertawa kecil mendengar soalanku. Err apa yang nak disengihkan? Aku tak faham.

"How could I know? I only informed a nearby restaurant to prepare the most delicious fish and chips just for you."

Dia mengenyitkan sebelah matanya.

"I didn't mention any type of fish but most of them use herring."

Tambahnya mengundang satu lagi soalan daripadaku. Apa herring tu, sejenis cincin kahwin ke?

"What is herring?"

Ed hanya membalas soalanku dengan sengihan sambil mencubit hidungku.

"Urmph!"

Setelah hidungku mulai merah dimain Ed, dia tersenyum nakal melihat 'hasil' kerjanya sendiri. Hmph, harap je pendiam tapi kaki buli!

"Hai Alice."

Suara yang kecil itu kedengaran sayup. Giliran Kazuto pula yang datang, sebuah kontainer besar dibawanya bersama. Cepat-cepat aku agihkan pinggan fish and chips kepada yang lain. Untuk kali keberapa sudah, Ed aku tinggalkan begitu sahaja dan beralih perhatian kepada Kazuto.

Dia tersipu malu masuk ke dalam bilik. Cermin matanya sudah terjatuh ke batang hidung tetapi dia tak dapat atur kerana tangannya penuh membawa barang.

"Hahaha!"

Syaiton-syaiton lain dah sibuk ketawakan dia. Aku yang kesian tengok Kazuto jadi bahan ketawa, terus membantu untuk mengatur kedudukan kaca matanya.

Saat jari aku berada kurang satu inci dari wajahnya, dia terundur selangkah ke belakang. Matanya terpejam rapat.

Oh ya tak ya...

Aku serba-salah sama ada nak teruskan atau tidak.

Namun Kazuto membuat satu kejutan dengan bergerak semula ke hadapan dan mendekatkan kepalanya kepadaku, walau dengan mata yang masih ditutup rapat. Kali ini, lagi rapat sehingga wajahnya berkedut seperti baju seragam aku yang lupa diseterika.

Aku tersenyum kagum melihat usaha Kazuto lalu mengatur posisi cermin matanya dengan penuh perasaan bangga terhadap perubahannya. Yang lain? Tercengang seribu tahun, tak dapat terima kenyataan geng diorang dah maju. Heh baru korang tau!

Waktu itu aku perasan apa isi kontainer yang dia bawa. Dan antara banyak-banyak kejutan harini, apa yang Kazuto bawalah yang paling aku gemari.

"Wahhh fried rice!! Nasik goyeng!"

Finally, eastern food! Aku pun rindukan makanan di tempat aku. Sepanjang berada di sini aku asyik makan roti je. Penuh perut aku dengan yis tau tak.

"It's se-seafood fried rice. I hope you like it."

Katanya tergagap-gagap sambil berusaha untuk menguntum senyuman.

"Of course, it's my fav!"

Aku hidu bau nasi goreng seafood itu kuat-kuat dan emmmm! Ada iras-iras bau Topspot Food Courtlah!

"Urm thanks..."

Ucapnya dengan suara yang perlahan dan kali ini, senyuman terukir dengan sendirinya tanpa dipaksa.

Dari hujung mata, aku nampak kelibat emas masuk ke dalam bilik. Siapa lagi kalau bukan Curt?
Kazuto aku tinggalkan begitu sahaja dan beralih perhatian kepada...

Eh?

Curt datang bawa diri sahaja, siap masukkan tangan ke dalam poket seluar lagi.

"Where is yours?"

"Where's mine? What is mine?"

Curt seolah-olah blur. Dia memandangku pelik.

"Food.. err.."

"Hah why would I?"

Inilah sebabnya aku selalu buruk sangka dekat dia. Bukan salah aku kan, perangai dia tu yang pelik sangat. Aku cuma berdiam diri dan weh korang cakap sesuatu! Awkward silence kot ni, supportlah member sikit.

"Aww, don't make that worried face!"

Curt berkata selamba diikuti ketawa rakan-rakan lain. Hish, memang tak dapat pakai korang ni! Ketawa je tau.

"You must have been expecting me to bring some foods too right?"

Ujarnya sambil menyentuh lembut juraian rambutku lalu diselitkan ke belakang telinga.

"Erm ya..."

Kataku perlahan dengan kepala yang ditundukkan sebab aku tak nak bertentangan mata dengan Curt. Tapi.. aku tahu dia takkan datang dengan tangan kosong sedangkan yang lain bersusah payah! Walaupun Curt ni agak pelik dan sukar dijangka, aku yakin dia-

"I'm not that bad!"

Katanya sekaligus memotong monolog dalamanku. Itu.. ialah apa yang sepatutnya aku sebut.

Curt dengan gaya seorang model seluar dalam Calvin Klein terus berjalan ke hadapan, ke arah tingkap bilik. Tingkap yang sudah sedia terbuka luas, dibukanya lebih luas sehingga tahap maksimum di mana engsel tingkap hampir tercabut. Tak apa, kalau tingkap aku rosak nanti dia gantikan.

Angin yang lebih kencang berbanding biasa mengapungkan ikatan rambutnya yang panjang. Curt mendepakan tangan ibarat sedang melakukan magik. Semakin lama, magiknya semakin kuat sehingga menerbangkan rambut kami semua serta kertas-kertas di dalam bilik. Aduh aduh homework aku!

"Ahh!"

Kami semua terjerit menahan penangan angin yang kuat bak taufan tersebut. Riak wajah mereka semua juga memaparkan ke-blur-an. Nampaknya mereka pun tak dapat agak apa yang tengah Curt lakukan dan apa yang sebenarnya dia nak lakukan. Aku ingatkan mereka semua dah tahu apa yang masing-masing akan buat memandangkan ini satu susuripris plan.

Jadi apa yang Curt cuba buat?

Nak bagi aku 'makan angin' ke?

Kudududuuduk!

"What?!"

Semua orang diserang kejutan apabila melihat sebuah helikopter yang berlegar-legar di ruang udara akademi. Sambil menentang angin deras yang rupa-rupanya dihasilkan oleh bilah helikopter, aku menghampiri tingkap bilik aku.

"Another one!"

Feliks menuding jari ke arah sebuah lagi helikopter. Serentak mulut kami semua membentuk "O". Jumlahnya ada lima O.

Apasal ada dua heli ni? Amende ni?

Sementara itu Curt memandang keluar seperti tengah menikmati pemandangan yang indah beserta angin yang nyaman sedangkan kekuatan angin ini agak keterlaluan untuk dicop sebagai "nyaman".

Satu senyuman sarat dengan kebanggaan dan kepuasan terpahat di bibirnya.

Just what is his trick?

✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻

Hello there, readers of ADG!
Good news for you guys that we are going to hold a once-in-a-book competition to choose The Best Prince Charming Of Book 1 👑💕

So what are you waiting for?

Vote for your favourite prince in Alice's Instagram story now!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top