xlvi | happy birthday

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ I may not be where I want to be but I'm thankful for not being where I used to be ❞

Tingkap bilik yang semakin berdebu aku buka seluas-luasnya, membenarkan bayu yang bertiup lembut memenuhi segenap ruang di dalam bilikku. Alamak, terlebih sejuk pulak angin musim salji ni! Hachuu!

Dari sini aku dapat melihat para pelajar yang sibuk bergerak keluar dari kawasan akademi. Setiap seorang daripada mereka disambut dengan kereta mewah yang kalau kerja sampai pencen pun tak mampu aku beli, diparkir di tempat letak kereta yang biasanya lengang sahaja.

Rasanya semua pelajar balik ke negara masing-masing hari ini. Yelah kan buat apa nak tunggu esok hari baru balik. Cuti sekolah kot budak mana tak sayang.

Maka, tinggallah saya seorang di sini selama dua minggu ini. Demi *sob sob* Iphone *sob sob* dua belas *sob sob* aku relakan jiwa!

Satu minit berlalu ibarat satu jam.

Satu jam berlalu ibarat satu tahun.

Satu tahun berlalu ibarat satu abad.

Tiada apa yang dapat aku lakukan selain menunggu, menunggu dan menunggu. Aku sendiri pun tak tahu apa yang sedang aku nantikan sejak tadi.

Adakah ini yang mereka panggil sebagai kesunyian?

Tak apa tak apa. Tabahkan hati, Alice. Ingat Tuhan sentiasa menemani kau.

"Yu ken du dis! No werriz lah!"

Jeritku kuat ke luar tingkap sambil mengangkat tanganku tinggi ke udara. Rasanya ada je hairan tengok aku dari bawah tu.

"..."

Tipulah kalau cakap aku tak risau. Manalah tahu nanti ada 'benda' lain pula datang menemani aku tanpa dipinta. Bayangkan 'dia' tiba-tiba muncul dari bawah katil, tenung kau dengan wajah yang...

"Errrrkk!!!"

Seram sejuk aku dibuatnya, tambah lagi dingin semacam dengan angin salju ni. Lengan aku gosok-gosok dengan laju untuk panaskan badan dan juga untuk hilangkan perasaan takut yang semakin menghantui.

"Tolong lah jangan sesekali berlaku kat aku!" Okey, nampaknya ada beberapa kepala sibuk mendongak ke atas. Hesh, sebok je pergi balik lah taulah dapat balik!

Hmm dah ter-dengki pulak aku ni.

Bercakap fasal han-two ni teringat pula dekat si Edward. Oh ya, dari tadi aku perhatikan pelajar keluar masuk dari kawasan akademi hari ini untuk balik ke rumah masing-masing...

-Tapi tak nampak Ed pun?

Eh kejap.

Bukan Ed je.

Hawkin, Feliks, Livio, Rupert, Kazuto dan Curt pun tak nampak batang hidung diorang. Dan Samuel juga, tapi dia tu lain cerita.

Takkan tak balik kot?

Aku yang dipengaruhi semangat inkuiri yang tinggi, lantas mengambil telefon di dalam bakul berisi pakaian yang bertimbunan menunggu masa untuk dilipat, lalu mendail nombor Curt. Nombor Curt menjadi pilihan sebab nama dia yang pertama aku jumpa memandangkan senarai contact dalam telefon aku disusun mengikut abjad.

Jangan pulak korang fikir aku dail nombor dia atas sebab lain, NO OKAY!

Tutt tutt!

Tunggu punya tunggu,

The person you calle-

Sepantas kilat jari aku menekan butang merah untuk menamatkan panggilan sekaligus memotong kata-kata Kak Operator. Takleh biar dia cakap lama-lama, nanti tak pasal-pasal kredit aku yang dia sapu. Daripada bazir duit aku, baik beli kuota 1GB for 1 hour kan puas main ML.

Okey, dia tak angkat.

Mungkin dia tak dengar?

No no no, it is impossible. Curt yang aku kenal tak akan sesekali lepaskan objek bergelar telefon dari tangannya.

Mungkin dia sibuk?

Angkat call je pun takkan tak sempat kot?

Mungkin tengah on-call dengan awek-awek dia?

Itu logik juga tapi harap taklah. Eh?

Atau barangkali ada sesuatu yang buruk telah berlaku?

Tau-tau jelah kan, Samuel pun dah pernah ditimpa malang. Dan sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran seterusnya. Bahaya betul jadi orang elit ni.

Tok tok!

Waktu aku tengah risau ni jugalah ada tangan jebon datang ketuk pintu bilik aku. Dahlah kuat semacam, woi kau nak pintu tu roboh ke?

"Oh ape lagi ni, nak halau aku? Nak suruh aku balik harini jugak?"

Dengan langkah yang kuat, aku berjalan menghampiri pintu. Tombol dipulas 480 darjah dan pintu dibuka kasar. Adunuk, tombol dah longgar!

"Apa tok?!"

Mentang-mentang aku seorang je yang tertinggal di akademi, keluar sudah bahasa kampung yang selama ini aku martabatkan pada era di mana Bahasa Melayu tidak dipedulikan lagi oleh anak-anak muda. Eceh pandai cakap, nanti aku juga yang tak support muzik lokal.

"Eh?"

-ialah reaksi aku apabila orang yang aku nak marahkan sebenarnya tidak wujud. Ruang di hadapan pintu bilik aku kosong tanpa sebarang tanda kehidupan. Tiada sesiapa langsung di sini kecuali aku.

Aku periksa kiri kanan seperti mana kita selalu buat sebelum melintas jalan. Seluruh koridor tingkat empat lengang lagi krik krik. Selama ini memang kosong pun, bilik lain di asrama ini memang tidak berpenghuni. Bila fikir balik, boleh tahan berani jugak aku tinggal di asrama sebesar ini sorang-sorang.

Tapi sekarang...

Oh keberanianku, ke mana kau pergi?! Ku masih mencarimu~

Otakku sudah pun mula membuat andaian yang pelbagai serta kreatif dan kritis. Baru tadi aku terfikir tentang 'benda' tu. Ish kan dah ingat balik sekarang!

Mak, aku rasa nak terkencing sekarang jugak!

Bum! Pum! Pak!

Rasanya dah mengalir ni, kot-kot seluar aku yang basah.

Letupan itu datang dari atas siling koridor, melepaskan banyak kertas ke riben ke getah aku pun tak tahu. Yang pastinya benda tu berwarna-warni dan terapung-apung di udara. Oh baru aku ingat, konfetti namanya.

Aku termenung seketika melihat konfetti yang berterbangan indah menghiasi koridor yang serba sendu ini. Sampaikan aku tak teringat nak siasat kenapa benda itu berada di koridor ini dan bagaimana ia boleh meletup.

Sehinggalah aku dengar bunyi tepukan tangan yang gemuruh yang rasanya datang daripada sekumpulan anjing laut sesat dari Laut Balkan.

Siapalah yang rancang plot ke atas aku ni?

Sekali lagi, Tuhan selamatkanlah aku!

"Happy birthday, Alice!~"

Bunyi itu datang dari arah lorong yang menuju ke pintu lif, di sebalik dinding yang tidak kelihatan dari muka pintu bilik.

"Happy birthday, Alice!~"

Beberapa orang manusia berjantina lelaki yang kacak dan tinggi-tinggi belaka berjalan keluar dari sebalik dinding itu. Wajah mereka kelihatan lebih berseri daripada biasa dengan senyuman yang lebar terukir di bibir masing-masing.

Para pembaca sudah dibenarkan untuk meneka siapa.

"HAPPY BIRTHDAY TO ALICE!~"

Hawkin yang mengetuai berjalan di barisan paling hadapan, dengan sebuah kek yang cantik dihias di tangannya. Konco-konconya yang membontoti di belakang turut membawa barang-barang. Antaranya cawan, air bikarbonat, pinggan kertas and you know, those party stuffs.

Apesal diorang bawak barang ni semua? Maaf, saya tak layan budaya parti ni walaupun saya belajar di luar negara.

Thank you next.

Mereka semua menyanyikan lagu itu dengan suara yang kuat dan penuh semangat bagaikan tiada hari esok.

Lagu apa?

Lagu Happy Birthday?

Birthday siapa?

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!~"

To you?

Hari jadi... aku?

p/s : foto di atas hanyalah sebagai gambaran

Pada permukaan kek berbentuk hati tersebut, sesuatu ditulis menggunakan icing dalam tulisan berangkai yang kemas.

Happy 15th Birthday Our Fav Girl Alice Allyna!

Semenjak tadi aku diselabungi kekaburan, akhirnya sel-sel otakku berhubung jua. Sedangkan befday girl pun terlupa akan hari jadi sendiri. Sedih juga aku terkenangkan imgatan aku yang terlalu lemah ini.

Kek istimewa itu aku amati lama, sebelum perlahan-lahan bibirku menguntum sebuah senyum penuh keterharuan. Kemudian aku menoleh kepada mereka. Satu persatu aku perhati.

Hawkin yang membawa kek, seperti biasa menayangkan senyuman tumpang kegembiraan seorang sahabat walaupun aku tahu tangannya dah mula sakit sebab bawa kek yang berat tu lama-lama. Mata biru langitnya merenung jauh ke dalam diriku, berpotensi melemaskan aku di dalam kebiruan itu.

Feliks dengan senyuman tipikalnya yang menampakkan barisan gigi putih berseri termasuklah gigi taring ikoniknya. Dia nampak ceria semacam harini, mana tak nya dari tadi tak berhenti ketawa terkekeh-kekeh. Dan suara dialah yang paling kuat menyanyi tadi. Juga paling sumbang tapi tak apalah.

Edward, my afraid-of-ghost-prince cuma mengoyak satu senyuman yang kecil, namun penuh makna. Di sebalik bibir yang sering terkatup rapat itu, aku yakin ada seribu satu perkara dia ingin luahkan. Uniknya berbanding kebiasaan, hari ini rambut coklat tua miliknya disikat kemas.

Livio, si se-dad-deh seorang ni mengukir senyuman sinis di bibirnya sambil memberiku satu pandangan mengejek. Dia ni selalu sangat nak berlagak jahat, tetapi mata beiris hijau itu tidak dapat sembunyikan niat baik di hatinya. Bak kata orang, words can lie but the eyes always speak the truth. Walau bagaimanapun, dia ni tiada bezanya dengan selalu, tetap menjengkelkan.

Kazuto, rakan sebenuaku ni sebenarnya diam-diam ubi berisi. Sekarang aku dah tahu yang dia sememangnya mahu senyum tetapi apakan daya tidak pernah belajar cara untuk senyum dengan betul. Jadi senyumannya senget semacam. Apabila perasan yang aku sedang tersengih melihat senyumannya, dia pantas memandang ke arah lain sambil mengatur kedudukan cermin matanya dengan cemas. Harap-harap dia dah tak ingat fasal kejadian haritu, dan harap-harap dia tak perasan aku terjatuh.

Curt merangkap Mister International Playboy bersama rambutnya ikalnya yang bersinar lebih terang daripada emas. Matanya yang berwarna turqoise, ialah sebuah galaksi yang menyimpan semangat yang jitu serta keazaman yang kuat. Itulah apa yang aku nampak walaupun ya, memang tak padan dengan luarannya yang suka berfoya-foya. Dulu aku selalu je berburuk sangka terhadap Curt. Kesian kat dia tapi tak apa lain kali aku tak buat lagi.

Lelaki-lelaki di hadapanku ini, setiap seorang berbeza personaliti dan rupa, namun mereka semua mempunyai satu persamaan yang ketara, iaitu...

Senyuman yang mereka tujukan kepadaku.

Dan aku rasa sangat terharu. Maksud aku, sangat sangat sangat sampai 10 juta kali sangat pun tak mampu ungkapkan perasaan ini. Maklumlah, hari jadi aku tak pernah disambut sebegini meriah. Ahli keluarga aku tak ramai. Setiap kali ada sambutan hari jadi, hanya aku, mak, adik-adik dan ayah je yang sentiasa ada untuk menyanyikan lagu tak kiralah hari jadi siapa dan sebesar mana majlis yang dibuat.

Sebab itulah, apa yang mereka buat ini terlalu menggembirakan bagi aku, umpama aku sedang berada dalam kisah dongeng yang selama ini aku anggap mustahil akan berlaku.

Tetapi, ia berlaku.

"Surprise Alice."

Selaku seorang ketua, Hawkin membuat pengumuman sebagai penutup kejutan mereka. Muka aku tekup dengan kedua-dua tapak tangan dalam cubaan untuk mengatasi perasaan yang bercampur-baur ini.

"Uhuk!"

Air mata kegembiraan juga beserta sedikit kesedihan mengalir di pipi kananku kerana aku gagal menahannya. Cepat-cepat aku seka dengan jari supaya mereka tak nampak.

Tetapi antara enam pasang mata yang memandang tu, takkan takda satu pun yang sempat tengok kan?

Livio, orang terawal yang perasan aku nak menangis menampakkan ekspresi cemas apabila melihat reaksiku. Cemas-cemas juga tapi memang sah dia tahan diri nak ketawakan aku sebab pipinya kembung macam ikan buntal. Cis, taulah aku congek!

"Th-thank..."

Aku mengesat air mata yang semakin lama semakin deras mengalir. Kalah Sungai Amazon dibuatnya.

"-you!"

Suaraku yang sebak dipaksa keluar, menyebabkan aku sedikit tersedu. Mereka semua menunjukkan riak wajah risau dan seperti sedang dirundung rasa bersalah sebab menjadi punca tangisanku. Alah korang ni macamlah tak biasa tengok perempuan menangis.

"He-he! Tha..anks! Reaaally!"

Kataku seceria mungkin untuk meyakinkan mereka yang nampak terlalu risau terutamanya Feliks yang sudah berputih mata. Aku masih lagi menangis, tetapi pada masa yang sama juga tertawa kecil.

Perasaan apakah ini?

"Aha-hahaha!"

Melihat tawaku, air wajah mereka turut bertukar lega. Senyuman kembali terpahat di bibir masing-masing.

"Blow the candle, dear birthday girl."

Ed yang sedari tadi menguncikan mulut akhirnya bersuara.

"Oh, yes!"

Rasanya aku hampir terjerit menyebut "yes", mungkin kerana aku overdose pil gembira sehinggakan tanpa sengaja perasaanku terluah melalui suara.

"Fuhhh!!!"

Aku meniup lilin yang bernyala itu sekuat hati, memercikkan air liur ke atas permukaan kek tanpa sengaja. Sorilah eh korang kena makan air liur aku, hehe. Dek tiupan yang kuat dan penuh perasaan, lilin-lilin itu terpadam dengan mudah.

"Yeah!!!"

"Woo!!!"

Saat lilin itu terpadam, mereka mula bersorak mengalahkan minah cheerleaders gedik sekolah lama aku.

"That's our Alice!"

"Now let's party!!"

"What part-"

Sebelum sempat aku habis bercakap, tanganku ditarik oleh siapa entah dan tanpa dijemput, mereka meluru masuk ke dalam bilik aku. Baru datang dah buat macam rumah sendiri, kawan siapalah agaknya beruk-beruk ni?

"Second round, faster!"

Arahan Livio berikan dengan tegas. Kejap yang peliknya kat sini, tak sangka pula diorang semua patuh akan arahan Livio. Semua orang berebut-rebut untuk bergerak keluar dari bilikku. Agak-agaklah wei, pintu tu kecik je pun mana muat keluar sekaligus.

Dan dalam tempoh mereka sibuk berpusu-pusu nak keluar tu, hanya Livio yang masih kekal berada di dalam bilik.

"Alice."

Tangannya bergerak dan berhenti dua tiga kali sebelum akhirnya memegang bahuku lalu berdiri menghadapku. Pandangan matanya tepat dan dalam, ini kali pertama Livio tenung aku lebih dari lima saat. Bibirnya diketap kuat dan dia nampak gementar semacam, entah apalah yang dia nak diberitahu tu.

Kami saling berpandangan antara satu sama lain buat beberapa saat yang aku rasakan bagaikan selamanya sebelum dia buka mulut dan berkata,

"Happy birthday, lovely kid."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top