xlv | five hundred euro

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ The two hardest things to say in life are hello for the first time and goodbye for the last ❞

"So what have you learnt today?"

Suara wanita hampir mencecah menopause bernama Hilda bergema kuat di dalam kelas Grade 1 Tetris. Pandangan tajam diberikan kepada kami anak-anak muridnya.

"We learnt the right manners during dinner. And not only learning, we will also do it in our daily life."

Tanpa membazirkan masa walau sesaat, Livio dengan pantas menjawab soalan guru, tidak memberi sedikit pun peluang kepada orang lain. Tipikal Livio.

"Never disappointing, good one Mr. Grande!"

Hilda tersenyum kagum mendengar jawapan anak emas semua guru tu. Sementara kami yang agak terpinggir ni langsung tak hairan, apatah lagi give a f*ck. Mana tak nya, setiap kali cikgu tanya soalan takkan ada orang lain yang jawab kecuali seekor makhluk bernama Livio. Bosan aku tengok dia angkat bakul sendiri.

Setelah mendapat pujian yang dipuja-puja daripada cikgu, Livio menyikat rambut penuh bangga sambil mencampakkan pandangan "ko hade?" kepada seisi kelas dan kemudian dibalas dengan kecaman. Dasar manusia gila pujian, padan muka hengko.

"Okay that's all for today."

Jadi secara automatiknya, jawapan Livio tadi menjadi pelabuh tirai bagi kelas hari ini. Eh cepat betul kelas habis! Aku belajar apa tadi eh?

"Oh and, before I forgot..."

Aku tak tahulah budaya jenis apa cikgu-cikgu sekolah ni selalu amalkan, kalau nak buat pengumuman mesti selepas tamat subjek dan sebelum keluar dari pintu kelas. Memang adat turun-temurun ke cikgu?

"On behalf of Sir Garver, I suppose all of you already know that today is the last day of school for this semester, and this year?"

"What???!!!"

Bukan aku seorang je yang suka berdrama, malah satu kelas aku ni memang pakar dalam bidang over-reacting. Inilah yang kita namakan sebagai sehati sejiwa senada.

"Of course, your holiday is starting. You can return to your countries, and come back here before 3rd of January."

"YAHOO!!!!!"

Seolah-olah tiada keberadaan guru di dalam kelas, mereka pun mulalah terkinja-kinja, melompat sana sini sampai ada yang naik ke atas meja. Maklumlah kera-kera terlepas dari istana.

"What does the f*ck says?~"

Salah seorang daripada Putera Kera mengetuai tarian di atas meja bagaikan ia sebuah pentas, ala-ala sebuah konsert. Ha cer teka siapa, rasanya korang dah boleh agak dah.

"Ring ding ding ding ding ding ding!~"

Sukati koranglah asalkan korang bahagia aku pun bahagia semua orang bahagia. Nanti balik rumah mana diorang dapat menganjing macam tu lagi. Pembetulan, memonyet, tak pun mengera.

Oh ya bercakap fasal balik ke rumah...

"Haih.."

Keluhan kecil aku lepaskan sambil mengawal PHD (Perasaan Hasad Dengki) terhadap rakan sekelas yang sedang bersuka ria. Nampaknya aku tak ada pilihan selain tinggal di sekolah selama 2 minggu yang bakal menjadi sangat sunyi ini. Aku hanya mampu menumpang kegembiraan mereka dari kejauhan. Hmm untunglah *tahan diri daripada meraung kesedihan*.

Hilda juga turut tersenyum melihat para pelajarnya yang tak ubah macam homo sapiens yang belum berevolusi, sangat berbeza dengan yang selalunya pantang bising sikit terus satu kelas kena hentam.

Terasa tubuhku bergegar 5 skala ritcher apabila bahuku ditepuk dari belakang. Aku yang tersentak terus menoleh.

"What's with that face?"

Aku sangkakan gerangan yang menepuk aku tadi ialah Hawkin, namun tekaan aku salah. Hawkin masih berparti dengan yang lain, itu aku tak hairan. Tetapi yang buat aku hairan ialah identiti si penepuk ini.

"Eh?"

Suatu kejutan susuripris, Curt si playboy bersiri yang datang menyapaku.

"Nothin'."

Sedaya upaya untuk tidak menunjukkan sebarang ekspresi terkezut, aku menjawab ringkas.

"Menteuse."

Curt yang tidak berpuas hati dengan jawapan tak jujur aku, bergerak ke depan meja lalu memeluk tubuh berhadapan denganku. Dia ni dah kenapa buat gaya macam Tuan Pengetua sekolah lama aku?

"Are you going home?"

Dia bertanya serius dengan pandangan mata tak berpenghujung ibarat alam semesta yang memukau, mengingatkan aku tentang pertemuan pertama kami. Juga merupakan kali pertama aku melihat sepasang mata berwarna turqoise sepanjang 15 tahun aku bernafas.

"I don't know."

Balasku sambil merenung ke arah lain. Risau kalau aku tengok mata dia lama-lama, aku pula yang sesat di angkasa lepas.

"Hey, don't say like that!"

Curt sengaja menghalang pandangan dengan berdiri betul-betul di depan mata aku.

"I can't afford it. You never know!"

Tanpa sengaja, suara aku ditinggikan sedikit. Sedar sahaja apa yang telah aku lakukan, aku terus menunduk ke bawah menatap lantai kelas yang berdebu 7.07 inci. Siapalah yang lupa nak bertugas harini? Ish ish ish.

"Huh.."

Kedengaran Curt mengeluh perlahan sebelum tiba-tiba terasa sesuatu bergesel pada dadaku. Aku mulai panik lalu terundur jauh ke belakang dan hampir menterbalikkan kerusi namun sempat ditahan oleh Curt.

"What?!"

Ingatkan dia berniat nak buat gangguan seksual, sikit lagi aku nak terjerit tadi. Nampaknya aku buruk sangka terhadap Curt lagi. Bukan salah aku, salah dia tu asyik buat muka stim mana tak fikir lain dibuatnya.

Beberapa helaian kertas Curt masukkan ke dalam poket blazerku. Tangannya merayap ke kepalaku lalu mengusapnya perlahan, atau lebih tepat lagi menyerabaikan rambut yang penat lagi lelah aku sikat kemas-kemas pagi tadi. Rasa nak menangis air mata darah aku mengenang nasib rambut sendiri.

"That's all I can help. And yes, I admit that I don't really understand you guys. But you know, we tried our best."

Aku tak pasti siapa yang dia maksudkan sebagai "we", tapi aku malas nak tanya jadi aku buat-buat tahu.

"Urm..."

Sebenarnya aku masih keliru. Aku baru sahaja kurangkan ego untuk rajin bertanya namun sebelum sempat aku bersuara lagi, Curt berlalu dari situ.

"Aik lari pulak dah."

Kertas yang dia selit di dalam poket blazer aku keluarkan semula. Aku membuka lipatan kertas tersebut dengan cara yang sama aku buka kertas misteri dalam loker aku, dalam keadaan slow motion serta dramatik.

500£

-Ialah apa yang berada di depan mata aku sekarang. Wh-what the fish cake man?! Aku tak patut terima wang sebanyak ini, bahkan wang BRIM pun aku tak layak terima. Mampu tengok je bekas rakan sekelas bergembira dengan wang agihan masing-masing.

Tapi ini, dia bagi aku 1000 Ringgit Malaysia! Tak tak, lebih dari tu kot. Jap bagi aku masa untuk kira.

"Wo-oii Curt!"

Aku memanggil Curt berkali-kali tetapi sama ada dia memang tak dengar atau sengaja tak nak dengar atau ada masalah gegendang telinga, dia langsung tak menoleh kembali.

"And one more thing, Merry Christmas everyone!"

"And a Happy New Year!"

Sorakan mereka bertambah gempita menghuru-harakan lagi suasana yang memang sedia riuh-rendah. Dalam kekecohan itu, aku hanya menatap wang berjumlah lebih kurang RM2000 yang aku peroleh tanpa perlu bekerja keras ini. Orang kata rezeki jangan ditolak. Hoho.

"Okey, first of all aku mesti beli jilid baru Siri Putera. And then baru beli tiket flight."

❄❄

"Haah, mak."

"Takkanlah mak nak biar je Alice stay sorang-sorang kat asrama. Mak pun rindu anak dara mak seorang ni. Adik-adik kamu dah merengek macam tak minum susu sebulan sebab nak jumpa Alice."

"Eleh budak dua ekor tu. Nanti Alice kat rumah habis kena pukul lah ludah lah. Ni ha luka kena cucuk pensel Azra dulu, masih ada bekas lagi. Sekarang dah takde mangsa baru nak carik kakak dia!"

Bebelku sambil mengamati parut pada lengan kiriku yang disebabkan oleh seorang adik perempuan yang ganas lagi buas. Aku cakap dia gemuk je pun habis kulit kena gores, tikam dan cucuk dengan pensel.

"Camne ni? Tiket flight ulang-alik dari Amerika ke Malaysia mahal. Belum masuk tiket feri ke pulau tu. Mak tak mampu. Lagipun.."

Wang dermaan Curt tadi terlintas di fikiran. Aku patut beritahu mak atau simpan duit ni dalam tabung untuk beli Iphone 12 yang bakal keluar tak lama lagi? Telefon Vivo aku pakai dari tahun enam sampai sekarang tak tukar-tukar. Jadi apa salahnya? Kan?

"-mak tengah kumpul duit nak beli Iphone 12. Tak lama lagi nak keluar. Mak nak jadi pembeli pertama di Malaysia!"

Benarlah kata peribahasa, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tumpah dalam mangkuklah itu pun tak tau ke. Haih mak aku ni pun satu, tak sangka masih tak insaf lagi. Ingatkan aku sorang je yang usha Iphone 12 tu, hmm tak bestlah kalau sama dengan mak sendiri.

"Kalau Alice stay pun takpe la mak. Kejap je dua minggu tu."

Demi Iphone 12, aku sanggup mengorbankan 2 minggu seorang diri di asrama. Ya Tuhan desperate sungguh aku.

"Tapi, Hari Krismas nanti sunyilah mak kalau Alice takde. Uwaaa mama tak nak keseorangannn~ Usah kau pergiii~ Tinggalkanku sendiriii~"

Mak siapalah drama queen sangat ni? Baik ngaku cepat.

"Mak ni kan, tadi Alice dah tabahkan hati nak stay je. Tengok sekarang mak buat Alice sedih jugak!"

Aku melepaskan satu ketawa kecil untuk sembunyikan suara sebak.

"Eh Alice ni dah kenapa? Mak saja je nyanyi tadi."

Mak terkekeh-kekeh kerana apa aku tak tahu sementara aku ditertawakan oleh cengkerik. Baru aku sedar ada banyak cengkerik berhabitat di sekolah ni, pantang krik krik sikit terus datang menyampuk.

"Haha, Alice jangan risau sangatlah! Nanti mak chek tiket murah untuk Alice ye. Dah dah mak tahu Alice tengah tahan hingus tu."

Tanpa sedikit pun rasa bersalah, seorang ibu mengejek anaknya sendiri.

"Mak, waktu cuti Krismas ni tiket paling murah pun seribu ringgit satu flight."

"Alaaa tak yah risau la.. Nanti mak bagitau lagi ya my honeyplum sugarplum! Eh ada patient nak terberanak dah ni! Ya-ya ya ya jap jap aku datang!!! Ciao."

Tutt!

Dengan cubaan untuk berkomunikasi seperti seorang remaja abad ke-21, mak menamatkan panggilan. Korang percaya tak umur dia 40 tahun bukan 14 tahun?

"Mak mak.. Entah betul ke tak aku keluar rahim mak bukannya rahim ayah."

Walaupun geram, geli juga hati aku dengan perangai mak yang tak padan habis dengan umur tu.

Barang-barang di dalam loker aku sambung kemas, terutamanya gambar polaroid artis K-pop yang sentiasa ditop-up tapi tak pernah tersusun. Aku nak simpan semuanya di dalam bilik sepanjang cuti ni. Eh jap ini..

Lukisan aku dan Kazuto, tersesat taruh di antara gambar-gambar seorang manusia sempurna yang bernama Min Yoongi aku capai.

"Keep this. As a memory."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga, mengukir sebuah senyuman di bibirku.

"I will."

Selesai menyimpan barang-barang ke dalam beg, aku berangkat balik ke bilik. Beg seberat seguni besar beras ini akan aku angkut dengan agak terhuyung-hayang. Bayangkan, betapa banyaknya gambar BTS aku beli sampaikan lebih berat daripada satu set buku teks untuk kegunaan setahun.

Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku boleh teruskan atau tidak, tapi buat masa ni okey... Kot?

Ketika itu, aku tidak sedar aku sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Jiwanya diselubungi dengan keprihatinan dan juga, kasih sayang.

Terhadap aku.

❄❄❄

Oh Tuhan~
Ku enggak bisa~
Meneruskannn hidupku~

"Argh!"

Sebelum berlakunya kes eksiden melanggar dinding, aku dengan cekapnya menghentikan pergerakan lalu mendarat di tepi tingkap yang terdekat. Fuh, lambat sikit lagi tadi memang aku akan jatuh menyembah bumi! Tak sangka beg aku lagi berat dari berat badan aku sendiri. Ke aku yang ringan sangat ni? Ehek berat sis turunlah.

Untuk mengurangkan berat beg galas terlebih muatan aku, sebahagian daripada buku teks aku keluarkan dan letak di atas ambang tingkap. Bawa pakai tangan kan senang, taklah beg jadi berat gila. Ish kenapalah aku tak terfikir dari awal tadi.

Kepala sendiri aku ketuk dengan buku lima. Akibat terlebih ketuk, aku terhuyung-hayang lagi. Wujud jugak heroin macam aku ni kan. Patutlah cerita makin tak laku.

Sedang aku terumbang-ambing seperti sebuah bot nelayan di tengah-tengah lautan luas, kepalaku terhantuk pada cermin tingkap. Kuat betul jodoh aku dengan perbuatan yang dinamakan sebagai "terhantuk" ni.

"Adoi!"

Kepala yang terhantuk tadi aku biarkan berehat pada cermin sambil mataku merenung jauh ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut~

Dah dah, kesian readers kena hadap kegilaan heroin yang tak habis-habis dalam chapter ini.

[ Tingkap tempat Alice berada]

"Lihat bintang di angkasa, ini permulaan hari baru~"

Seperti pesakit mental menunggu masa untuk tamat rawatan, aku menyanyi dengan kesumbangan yang teramat. Lah apa salahnya sumbang, aku tak pernah pergi karaoke kot.

"Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan ta-"

Nyanyian mengundang ribut petir angin monsun barat daya aku terhenti apabila mataku mengesan kehadiran hidupan di luar sana. Sesuatu yang aku kenal, berada di tingkat paling atas Hercules Dormitaries.

Kenapa aku berada di asrama lelaki? Cop cop jangan salah faham, aku tak pecah masuk asrama diorang pun. Pendek kata, aku sebenarnya berada di antara bangunan sukan dan asrama lelaki merangkap jalan pintas yang Hawkin pernah tunjuk dulu. Kalau dah tak ingat lagi, rajinkanlah diri untuk merujuk xxv // the smell of sunset.

Jadi perbuatan aku ni tidak dikira sebagai menceroboh asrama jantina bertentangan.

Okey, sekarang, hidupan apakah yang sedang berlegar di luar sana?

Mata aku kecilkan untuk memfokus kepada entiti tersebut. Ia dikelilingi oleh sekumpulan burung merpati putih, bebas berterbangan dan sesekali hinggap di bahunya. Nasib baik tak kena patuk kan.

Siapakah ia?

Drum roll please!

"Kazuto?"

Kazuto orangnya, menyandarkan tubuh dan merehatkan lengan di atas tembok, berinteraksi dengan merpati yang terbang di sekitarnya. Aku tak pasti ini memang realiti atau kesan sampingan daripada terhantuk tadi, tapi apa yang mengagumkan aku sekarang ialah Kazuto yang seolah-seolah sedang bercakap dengan burung-burung itu.

Scene manusia bercakap dengan haiwan... Hei author, ini Akademi DiRaja Granté atau kisah Disney Princess hah?

Tanpa mempedulikan apa-apa di sekelilingnya, Kazuto bergelak tawa dengan haiwan tersebut dan peliknya, dengan manusia pun tak pernah nampak dia semesra itu. Dia kelihatan sangat bahagia dengan senyuman sarat dengan kegembiraan terukir di bibirnya yang hampir sepanjang masa terkatup rapat. Aku pernah lihat dia senyum, tetapi tidak pernah selebar ini. Rupa-rupanya, senyuman Kazuto sangat menawan.

Sekian lama aku menonton babak yang hanya boleh dilihat sekali seumur hidup itu, pandangan Kazuto yang sejak tadi tidak lepas dari burung merpatinya tiba-tiba tertancap pada cermin tingkap tempat aku mengintai. Dia terkebil dua kali dan semestinya, dia sudah sedar kewujudan aku yang memerhatinya. Aku pula, tidak berkelip walau sekali.

Suhu badanku naik secara mendadak terutamanya di bahagian muka. Lantas aku terus mengambil buku yang aku letakkan di atas [] lalu terus melarikan diri dari situ tanpa menoleh ke mana-mana lagi. Tidak sampai 10 meter aku berlari, kakiku tersadung apa entah objek durjana yang menyebabkan aku mencium lantai dengan tidak relanya.

Sudah jatuh, ditimpa beg.

Akulah itu.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Behind the scene :

Matanya menangkap sesuatu yang bergerak-gerak pada cermin tingkap di bawah sana. Lalu dia bertanya kepada burung-burung yang setia menemani,

"What could that be?"

"Chirp chirp chrip!"

"Someone's there? Really?"

Keadaan yang tadinya diperhati bertukar kepada memerhati. Lama dia cuba mengesan siapa yang mengintai di sebalik cermin itu.

"I knew it."

Tekaannya tepat sekali. Siapa lagi yang suka bertindak melulu dan terburu-buru kalau bukan seorang budak perempuan bawah umur juga merupakan rakan sekelasnya tu?

"What is she doing here?"

Soalnya kepada salah seekor daripada merpati itu. Burung tersebut hanya membalas dengan pandangan mata yang kosong.

Alice yang sedang memerhati tidak sedar dirinya diperhati. Di mata Kazuto, Alice kelihatan agak bodoh tetapi pada masa yang sama nampak kelakar. Kazuto melepaskan sengihan kecil melihat perangai gadis itu yang tak pernah tak pelik.

"She is weird, don't you think?"

Kata-katanya dibalas dengan anggukan yang pantas daripada burung-burung. Apabila dia menoleh semula ke arah tingkap itu, Alice sudah pun menyedari dia menyedari kehadirannya. Dan mata bundar milik gadis itu terbeliak besar.

Sekali tengok, konfem korang akan ingat ini suatu penampakan nyata. Mata dia warna putih habis weh, gila tak seram.

Kazuto mengebilkan mata sebanyak dua kali, untuk pastikan identiti lembaga di hadapannya ialah Alice Allyna dan bukan hantu yang menyerupai manusia. Sekarang dia menghadapi satu kesukaran dalam membuat pilihan, patutkah dia menayangkan satu senyuman yang ikhlas walaupun sangat sukar untuk diukir, atau sekadar mengangkat tangan.

Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, Alice dalam sekelip mata hilang dari pandangan menyebabkan sekali lagi, Kazuto mempersoalkan adakah itu makhluk kasar atau makhluk halus.

"I was just about to give a her smile and raise my hand. Is she avoiding me?"

Burung-burung itu ditanya sayu, bagaikan mereka tahu jawapan kepada soalannya.

"Chirp chirp!"

✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧

Part ini agak mengarut maaf iya sistur-sistur yang sedang membaca 🙏

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top