xlix | coming home
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ We can't make perfect things in this imperfect world ❞
Aku amatinya seketika, hasil lakaran bunga iaitu karya pertamaku bersama Kazuto. Lakaran itu amat realistik dengan garisan yang teliti lagi jelas. Bagi aku, ini sebuah masterpiece kerana ia setaraf dengan hasil kerja pelukis terkenal yang terdapat di galeri seni.
Tak sangka aku terer melukis, hiok hiok!
Semakin lama aku menghayati lukisan itu, semakin dalam fikiranku menyelam. Dalam lukisan tersebut turut disertakan mesej tersembunyi yang bila sekali tengok tak terfikir pun apa kisah disebalik subjek utama, iaitu bunga itu. Rupa-rupanya ia mengisahkan tentang betapa istimewanya sekuntum bunga yang tabah berkembang dalam mengharungi kesejukan musim salji, sedangkan bunga-bunga lain sudah lama gugur.
Bunga itu memang indah pada luarannya, namun selepas itu aku dapat tahu kisah di sebaliknya, baru aku sedar bahawa sebenarnya kecantikan dalaman yang menjadikan menawan. Tetapi aku pun takkan sedar tentang keindahan sebenar bunga itu kalau bukan kerana Kazuto yang bagitau.
"Kazuto.."
Ya, ada banyak benda aku ingin katakan kepada Kazuto. Aku tahu Kazuto juga mempunyai seribu satu perkara yang ingin dia luahkan. Aku tahu melalui raut wajahnya. Aku tahu dia cuma sukar untuk mengungkapkannya.
Aku mahu berjumpa dengannya
Tetapi malangnya dia tidak lagi berada di sini. Kazuto dah balik ke kampung halaman iaitu Kyoto, Jepun. Bukan dia seorang, malah yang lain juga sama. Masing-masing sudah kembali ke tanah air.
Jadi secara rasminya, memang aku seorang sajalah yang ter-tinggal.
Sob sob.
Dahlah semalam mereka buat parti gila-gila di dalam bilik ni, kemudian boleh pula tinggalkan aku macam tu je. Semua balik ke bilik sendiri bawa punggung masing-masing. Alamatnya akulah yang kena kemas bilik aku yang telah diorang sepahkan sesuka hati. Dalam lebih kurang 5 jam gitulah masa yang aku ambil untuk bersihkan keseluruhan bilik, termasuklah longgokkan kotak hadiah Curt yang paling menyemak.
Hampeh punya kawan, buat letih aku je. Tapi...
Jika perkara semalam tak berlaku, aku takkan pernah rasa dihargai seperti ini. Apa jelah masalah bilik bersepah kalau nak dibandingkan dengan masa yang kami luangkan bersama.
Karya aku dan Kazuto diselitkan ke dalam bingkai gambar. Dengan menggunakan double tape, aku lekatkan bingkai gambar itu pada dinding yang selama ini kosong sahaja. Note : aku tak pandai pakukan dinding, jadi aku takde pilihan lain.
Sekarang berbeza sungguh suasana di dalam bilik ini selepas diserikan dengan hanya sedikit sentuhan seni.
Teringin pula aku nak penuhkan dinding bilik ni dengan lukisan, baru meriah kan? Siapalah dia yang mula-mula kenalkan aku kat seni ya?
"Okey, I'm done. Next is..."
Next is nothing in particular. Serius cakap dengan ketiadaan mereka, aku kebuntuan idea akan apa yang harus aku lakukan. Kalaulah mereka berada di sini, ada-ada saja mereka jebakkan aku dengan aktiviti secara sengaja atau tidak sengaja sampaikan aku nak kelip mata pun tak sempat. Namun sekarang aku mempunyai terlalu banyak masa untuk berkelip mata dan aku tak sukakannya.
Tanpa mereka, aku sunyi. Aku sendu. Aku buntu.
Itulah kau Alice, waktu diorang ada kau tak hargai. Bila diorang dah tak ada, kau tercari-cari.
Oh ya!
Tiba-tiba sahaja idea itu terlintas di fikiran. Tanpa membuang satu milisaat pun, aku mencapai jaket serta topi salji lalu terus memecut keluar dari bilik, yang aku hampir terlupa nak kunci.
Granté Stable
Sejurus dia sedar akan kehadiran aku, terus dia bergerak-gerak setempat di dalam pagarnya. Keterujaan yang tak dapat disembunyikan, sama sahaja seperti tuannya.
Dialah satu-satunya sahabatku yang tak ke mana-mana, kerana inilah kampung halamannya.
Neighh!!
"Alah budak seekor ni, sabar lah kejap!"
Semakin kuat adalah dia mendengus. Hesh kenapalah dia ikut sangat perangai tuan dia ni!
"Rindu Alice tak? Lah tak yah jawab pun tau Flurbo rindu kan? Iyakan iyakan~"
Neighh!!
Ujarnya, yang aku dapat rasakan bermaksud "rindu sangat-sangat". Tapi tu aku rasa jelah, aku bukannya Cinderella yang boleh faham bahasa tikus. I'm Cinderellice.
Aku luangkan masa hampir sejam bersama Flurbo tersayang. Mungkin tukang kebun sekolah anggap aku ni gila sebab bercakap dengan haiwan.
Aku hanya seorang pencinta haiwan, bukan penggila haiwan ea. Usah salah anggap wahai pak cik tukang kebun.
Dalam keadaan sendu yang terlampau ini, nak je aku tunggang Flurbo, bawa dia bersiar-siar satu sekolah. You know, I'm gonna take my horse to the old school road~ Tetapi cuaca yang terlalu sejuk buat masa ni tak mengizinkan. Akhirnya aku buat keputusan untuk duduk berehat di atas rumput kering sambil merepek apa entah dekat Flurbo, melepak di dalam kandang kuda. Mesti dia pekakkan telinga dengar bebelan aku.
"Flurbo nak tau tak, Alice ada sorang kawan ni namanya Hawkin. Dia tu dahlah baik, hensem pulak tu. Mana lah lagi nak cari lelaki perfect camtu. Tapi kan... dia tu misteri sikit. Kadang-kadang Alice rasa macam dia sembunyikan sesuatu dari Alice."
Neighh!
❄❄❄
Seterusnya aku bercadang untuk kembali ke bilik dan berhibernasi seperti haiwan-haiwan yang menghabiskan masa pada musim salji dengan tidur di dalam sarang. Aku pun teringin nak jadi macam haiwan tu, santai je tak buat apa-apa. Korang ingin tak?
Aku harungi lautan salji yang dalam di sepanjang laluan pejalan kaki. Nasib baik aku pakai kasit but, kalau tak tenggelam dalam salji aku jawabnya. Agak bertentangan dengan salji yang tebal terkumpul di atas tanah, Sang Langit tidak menumpahkan salji walau sebutir pun. Sebaliknya ia terus membiru tanpa sebarang tompokan kelabu, mengindahkan pemandangan sekeliling. Apabila kau melihat jauh ke ufuk sana, kau akan nampak betapa kontranya warna putih melepak salji dan biru langit yang tenang. Difference is a beauty, I see?
Sedang aku mengerdilkan diri di atas muka bumi milik Tuhan sambil menghargai ciptaan-Nya, telefonku tiba-tiba berdering kuat. Tch, dasar spoiler.
"Hello?"
Aku terus mengangkat panggilan tanpa memeriksa nama si pemanggil.
"Hey Lice, it's me Curt."
Suara mirip seorang penyanyi aku tak ingat nama bergema di hujung talian.
"Oh it's you. It's only you~ Okeh okeh what is it?"
"Well, I called to tell you that you don't need to clean yesterday's mess. Just leave it there and go back home. We hired cleaners to clear everything up."
"..."
"Urm, are you listening?"
"...but, I cleaned my room. Already."
Habis tu sia-sia jelah aku kemas bilik semalam? Oh tidak, peluhku yang tak ternilai harganya ini sudah terbazir begitu sahaja!
"Wut the- Alice we didn't meant to burden you! D*mn I should've told you earlier."
"Yes you should. Now, look what you made me do."
"Fine, we are sorry okay? We'll make it up later. And are you home yet?"
"I'm not going back."
"Wut the- Alice what about the money I gave?! Use it to buy your tickets!"
"Nah it's safe in my savings. I'm fine here. It's just two weeks after all."
Ujarku walaupun aku tak berapa yakin aku akan sepenuhnya "fine".
"No it's not fine! It's too risky! Why you-"
Selebihnya Curt membebel apa entah dalam bahasa Perancis dan aku tak faham satu benda pun.
"If we knew it about this, we are staying too for sure. My my Alice, Livio is right about you being a kid. Erh I can't believe that assh*le is right.
Kedengaran Curt mengeluh panjang di hujung talian. Aku hanya mendiamkan diri kerana masih cuba memahami bebelannya tadi. Memang kerja sia-sia.
"Alice plea- hmm what is it? Oh the phone, ah okay okay. Hey, the jet is going to take off. I'll call you later okey? Don't do anything stupid, remember that?"
"Okay fineee. Jeez you sounded like an old ma-"
"Rememberrr?"
"Duh, yes dad."
"Daddy please."
"Eww."
Tutt!
"Hish, lain kali bagitaulah awal-awal anjing! Buat letih aku je kemas bilik. Mak mak pinggang aku sakit!"
Sambil melangkah, aku menghayati nyanyian bayu yang bergesel pada dedaun konifer yang masih terdedah. Kebanyakan daun semuanya dilitupi salji. Biasanya aku sumbat telinga menggunakan earphone tetapi hari ini aku pilih untuk dengar muzik alam. Lagipun bukan selalu dapat rasa suasana setenang ini. Waktu pelajar lain ada, memang tak pernah tenteram sekolah dibuatnya.
Aku teruskan berjalan tanpa henti kerana destinasiku cuma satu, iaitu bilik 404 yang terletak di Athena Dormitaries. Aku tak berniat nak singgah ke mana-mana kali ini. Sepatutnyalah.
Namun aku singgah juga akhirnya, atau sebenarnya terpaksa singgah kerana kehadiran Hilda yang bersandar pada pintu masuk asrama perempuan, tidak lain tidak bukan menunggu aku.
Think of it, who else is she waiting for if it's not me?
Dengan bajet tenang yang sah hanya pura-pura, aku menghampiri pintu masuk (Hilda), bersama niat untuk mengucap "Good Morning" supaya boleh lepas dari 'tol' ini. Hilda hanya memerhati aku yang berjalan penuh kekok ke arahnya, sambil memeluk tubuh.
"Good morning, Madam."
Aku menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
"Morning."
Dia tidak berganjak walau seinci. Secara tidak langsung, aku tersekat di tol ini.
Apa dia nak ni?
"Aren't you going back, Alice?"
Dia menyoal tiba-tiba.
"I can't afford to..."
Jawabku terus terang.
"I see then."
Hilda berhenti bersandar lalu berdiri tegak di hadapanku. Aku yang dirundung tanda tanya menjungkitkan sebelah kening. Apa motif cikgu ni?
Baru aku perasan dia memegang sesuatu sejak tadi. Dia hulurkan kepadaku. Aku ingin tahu apa objek itu, tapi tak punya cukup keberanian untuk mengambilnya dari tangan Hilda.
Seperti tahu yang aku masih teragak-agak, dia menganggukkan kepala berkali-kali untuk meyakinkanku agar mengambil objek misteri tersebut. Senyuman yang manis lagi ikhlas dia tayangkan.
Tanganku bergerak mencapai objek itu. Apabila objek itu sudah berada dalam genggaman, soalanku terjawab. Rupa-rupanya ia hanya sehelai jalur kertas. Aku perbetulkan kedudukan kertas itu supaya isi kandungannya dapat dibaca.
Mataku terbeliak.
"Oh my god, madammm!!"
Jeritku seusai membaca setiap bait perkataan di atas kertas itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluk Hilda.
"Thank you thank you! My goodness!"
Isi kandungan kertas itu mampu mengubat kesunyian tahap kritikal yang aku sedang alami sekarang.
Boarding Pass AK707
Florida To Kuala Lumpur
"Go home, dear."
Katanya sambil membalas pelukanku erat.
❄❄❄
Terima kasih kepada Hilda, hari ini aku sudah berada di tanah air. Yesterday I'm in Granté, today I'm in Malaysia, tomorrow I'll be..? Who knows right?
Tercapai juga hasrat aku untuk menyambut Hari Natal di rumahku sendiri pada tahun ini. Ingatkan aku akan menyanyi lagu Jingle Bell seorang diri di dalam asrama. Sadis gila.
Cuma, mak tak tahu yang aku akan balik ke rumah. Boleh dikatakan aku nak buat kejutan gitu. Alololo sweet nya. Tapi harap-harap aku tak kena halau keluar nanti sebab balik seorang diri.
Jadi pelan aku sekarang, aku perlu tempah Grab untuk ambil aku di lapangan terbang dan hantar ke lokasi paling dekat dengan rumah. Selepas itu aku kena jalan kaki atau lantaklah apa-apa cara lain untuk ke rumah. Janji sampai di rumah.
Actually, Malaysia is my home.
Tak secantik Pulau Grantè, tetapi ada ke tempat yang lebih indah daripada ibu pertiwi kau? Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Kan?
Dalam perjalanan ke rumah, aku mencampakkan pandangam ke luar kereta. Dah lama tak tengok pemandangan di tempat beriklim panas dan lembap sepanjang tahun ni, di mana adanya hutan hujan tropika yang luas, ladang kelapa sawit milik syarikat FELDA, kebun getah kecil-kecilan dan bangunan rumah kedai yang rendah-rendah belaka. All in Kuching, Malaysia!
"Anak tok pulang dari sine sorang-sorang jak kat airport? (Anak ni dari mana sorang-sorang je di airport?)"
Pak cik pemandu Grab bertanya, sekaligus menyedarkan aku dari lamunan. Suaranya garau namun bernada lembut.
"Dari oversea cik. Bok nak balit kampung tok. (Dari oversea pak cik. Baru nak balik kampung ni.)"
"Oh cam ya.. Anak tok mesti nembiak pande nak? Ne dak dapat belajar oversea. Umur pun gik biak. Untung mak bapak dapat anak camtok. (Oh macam tu.. Anak ni mesti budak pandai kan? Patutlah dapat belajar oversea. Umur pun muda lagi. Untung mak ayah dapat anak camni.)"
Siapa cakap pandai? Lembap aku tiada siapa dapat cabar.
"Eh neda cik, haha! (Eh takdelah pakcik, haha!)"
Kami berdua ketawa kecil.
"Kitak belajar kat negeri orang ya, jaga dirik mena-mena. Banyak cabaran ko. Macam-macam jak cerita orang pasal nembiak belajar oversea, ada yang lupak dirik lah apalah. (Awak belajar di oversea tu, jaga diri baik-baik. Banyak cabaran tau. Macam-macam je cerita orang pasal budak belajar oversea, ada yang lupa diri lah apa lah.)"
Tiba-tiba nada pak cik Grab bertukar serius.
"Aok, cik. Tauk mek. (Ya, pak cik. Saya tahu.)"
"Tapi kitak nang untunglah nak. Orang lain melobo-lobo mok belajar oversea, sik semua dapat. (Tapi awak memang untunglah nak. Orang lain ramai lagi nak belajar oversea, tak semua dapat.)"
Ulangnya lagi, aku pun tak tahu nak anggap ini untung ke malang. Yang aku pastinya, hal ini pelik sebab keturunan diraja di Malaysia sendiri pun tak dihantar untuk belajar di Grantè. Tetapi aku?
"Syukurlah cik. Kamek pun sik sangka kamek dapat. (Syukurlah pak cik. Saya pun tak sangka saya dapat.)"
Aku masih lagi merendah diri. Kelihatan wajah pak cik iti berkedut pada pantulan cermin, yang aku yakin dia sedang tersenyum.
"Dah sampe dah. (Dah sampai dah.)"
Sedar tak sedar aku telah tiba di lokasi terkenal yang paling dekat dengan rumah, iaitu Viva City. Aku keluar dari perut kereta lalu mengalihkan bagasi dari tempat duduk belakang.
Aku mengeluarkan wang kertas RM35 yang aku sempat tukar dari Euro kepada Ringgit di kaunter penukaran mata wang tadi. Walaupun tambang hanya RM25, aku membayar lebih kepada pak cik itu kerana layanan baiknya dan pada masa yang sama memanjangkan lagi sedekah Curt. Aku harap pak cik akan gunakan wang ini untuk perkara yang lebih baik.
"Makseh nak. (Terima kasih nak.)"
Orang di sekeliling yang asyik memerhati aku yang mengheret bagasi ke sana ke mari tidak aku hiraukan. Aku mempercepatkan langkah menuju ke rumahku yang terletak di salah sebuah taman perumahan, lebih kurang 200 m dari Viva City.
Perasaan di sanubariku membuak-membuak dengan keterujaan untuk bertemu ibu dan adik-adik tersayang. Tak lupa juga dengan bapak yang tak pernah tak cool.
Everyone, I am coming home.
Sedikit lagi mahu sampai di kawasan tempat tinggal aku, sebuah taman permainan yang besar aku lewati. Aku tersenyum sendiri melihat alatan permainan yang terdapat di situ, mengimbas kembali kenangan waktu kecilku. Lebih-lebih lagi buaian tu, aku ingat lagi aku pernah terlompat jauh sebab ayun terlalu kuat dan paling tak dapat lupa, kepalaku mendarat di dalam parit.
Namun, tidak lama selepas itu senyumanku memudar apabila terlihat sesuatu yang amat menyakitkan mata. Hampir berdarah mata aku melihatnya, melihat...
Mereka.
"Sh*t."
Satu carutan tersasul dari mulutku sementara mataku masih lagi menyakitkan diri, memerhati Hanie dan Ahau yang sedang asyik bercumbu-cumbuan di atas motor kapcai. Waktu tu aku perasan yang tiada seorang budak pun yang bermain di taman itu, hanya kerana kewujudan dua orang remaja rosak akhlak serta hilang pegangan agama ini. Lebih-lebih lagi Hanie yang beragama Islam.
Sakit mata memandang, sakit lagi hati yang menahan. Bibir aku ketap kuat. Tangan aku genggam sekuat mungkin. Sebelum mereka sedar kehadiran aku, aku terus memecut pergi dari situ sambil menjerit "kau tak peduli!" semahu-mahunya di dalam hati. Dan aku cuba sedaya upaya untuk tidak menjatuhkan air mata.
"Kau tak peduli!"
Kelihatan rumah teres berwarna kelabu muda menyerlah lebih terang berbanding rumah-rumah lain sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam Lorong 4A Taman 707. Aku yang sudah penat berlari sambil membawa bagasi, memperlahankan langkah. I can feel something familiar from that house, and I can't help but smile despite of my almost-fall-tears.
Pagar yang hampir setiap masa tidak berkunci itu aku buka luas tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Setibanya di hadapan pintu masuk, aku tekan punat loceng rumah satu kali.
Ding dong!
Dan aku jamin mak akan terkejut sangat kemudian cakap - "Entah siapa pulak datang rumah aku ni?" Aku kenal sangat wanita yang telah melahirkan aku itu.
Pintu dibuka dari dalam dengan penuh kelam-kabut, seperti yang aku jangka. Aku menghadiahkan satu senyuman yang paling lebar lagi ikhlas dari hati yang memang tak mampu lagi nak sembunyikan kegembiraan ini.
"Ssup mak, I'm home."
Mak yang di-ssup oleh si anak, menekup wajahnya dengan tapak tangan seolah tidak percaya akan apa dia lihat. Aku mendakapnya erat sebagai cara untuk meluahkan segala perasaan rindu tak terubat terhadapnya selama 6 bulan ini.
"Alice anak mak..."
Katanya dengan suara yang mulai sebak. Pelukanku dibalas 10 kali ganda lebih kuat menyebabkan aku sesak nafas namun demi babak dramatik anak-beranak ini, aku terpaksa bertahan.
"KAKAK!!!"
Serentak dengan itu, terasa kedua-dua kakiku dipeluk oleh dua tubuh kecil. Tanpa perlu menunduk ke bawah, aku tahu bocah mana yang suka hati je peluk kaki aku ni.
"Ya, kakak dah balik dah ni."
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻
Sudahlah update lambat, chapter bosan lak tu.
By the way, the second round for The Best Prince Charming Award is here!
Pergi undi untuk putera kegemaran korang sebelum dia tersingkir di IG @sevennieofficial sekarang.
Sesungguhnya undian anda mampu mengubah segala-galanya.
Acewah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top