xliv | my euphoria

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ I am not afraid of tomorrow, for I have seen yesterday and I love today❞

Hari berganti hari, letih berganti penat, waras berganti gila dan Alice berganti Allyna. Dalam masa beberapa hari sahaja, seribu satu perkara tak dijangka yang sarat dengan drama serta aksi berlaku. Mana tak sakit fizikal dan mental dibuatnya. Kenapalah aku yang banyak terlibat?

Ingatkan pada hari yang normal berbanding biasa ini, aku nak berehat di dalam bilik sambil menikmati waktu petang musim salji di Granté ditemani Abangtanku sekalian, namun apakan daya rancanganku hanya tinggal sebagai mimpi indah tak kesampaian.

Benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Wah, sudah insaf rupanya kau Alice!

Sekarang aku berada di sini, mendongak ke atas dan merenung papan tanda itu tak berkelip. Satu keluhan berat aku lepaskan ke udara.

WASHROOM

Sekian lama aku berdiri di depan pintu tandas ini, dengan sebatang mop di tangan kanan dan sebaldi air dijinjing di tangan kiri, aku menanti ketibaan Edward dan Feliks dengan kesabaran tahap maksima.

"Okay everyone, that's all for today. Tengkiuk!"

Ketegasan suara milik Cikgu Chai itu berjaya membuatkan para pelajar tunjuk hormat kepadanya. Dia meminta diri untuk keluar dari bilik darjah. Tepat ketika berada di muka pintu kelas, langkahnya terhenti lalu menoleh semula ke belakang.

"Oh before I forget! When are you guys gonna clean the toilet?"

Aku yang baru hendak memulakan sesi bermimpi pada siang hari, menangis tak berlagu apabila lolipop pemberian seorang putera katak puru pecah, hancur berkecai di atas tanah. Lolipop? Pe..cah? Pe-petanda malang apakah ini?!

Edward yang mengambil kesempatan untuk melakukan sesi pemanasan badan pula menjadi kaku dalam keadaan menonggeng.

Feliks yang sedang bersedia untuk menarik seluar Curt, terhenti separuh jalan lalu terkantoi lalu ditampar lalu dihumban ke dalam tong sampah terdekat.

Ketiga-tiga kami mengalihkan pandangan ke arah Cikgu Chai. Mulut masih terkunci rapat tetapi ternganga besar pada masa yang sama.

"When?"

Dia mengangkat kening dengan riak wajah yang selamba. Sebuah senyuman yang kecil dia tayangkan.

Literally, she shows no mercy.

Dan sekarang, sudah tiba masa yang kami pilih untuk cuci tandas. Tamat sahaja sesi persekolahan aku terus bergegas ke sini. Fikirku semakin awal aku berada di sini, semakin laju kerja dapat siap maka lagi cepatlah aku boleh balik ke bilik.

Namun sangkaanku meleset ke pinggir landasan keretapi dinosaur.

Buat apa aku datang awal kalau teammates aku datang lambat? Apa yang tengah aku lakukan sekarang tak ubah macam membuang masa. Kalau aku tak datang sini terus tadi, dapat habiskan satu episod Boruto tahu tak?

Kenapa anak-anak raja ni memang selalu tak tepati masa? Aku tak faham!

Jadi, selepas beberapa minit menatap papan tanda WASHROOM akhirnya aku buat keputusan untuk mulakan dulu. Aku tak peduli. Aku tak kesah. Janji kerja aku siap. Janji aku boleh balik ke bilik dan mengeram telur sampai esok pagi.

Dengan "condifent" yang agak terlampau aku menyelak daun pintu, tetapi akhirnya dilanda kekecewaan. Kepala aku hantuk sekali pada dinding. Tak kuat pun, saja buat drama.

Soalan aku, apa yang patut dicuci di tandas yang tak digunakan? Okey, tandas ni memang pernah diguna. Tetapi ia hanya digunakan sekali sehari dan penggunanya cuma aku seorang.

Tandas wanita, cantik dihias dengan hiasan keperempuan berwarna pastel pink di merata-rata. Jubin marmar di lantai tandas ini boleh dikatakan kering-kontang seperti Gurun Sahara.

Terdapat satu sahaja kubikel tandas yang selalu digunakan iaitu tandas kedua terakhir, yep my favourite toilet. Kenapa? Sebab di dalam kubikel itulah terletaknya satu-satunya mangkuk tandas yang tidak pernah menelan harta benda aku. The one and only uncursed toilet here.

Dalam situasi ini, aku sepatutnya rasa bertuah sebab tak perlu cuci tandas. Tetapi hatiku masih tidak senang. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Ini bermaksud aku tak jalankan hukuman yang aku mesti jalankan, bermaksud aku tak pegang amanah yang diamanatkan, bermaksud aku tak lakukan tanggungjawab yang diberikan.

Kalau aku lari sekarang, aku dikira menipu cikgu tak? Hmm. Tak tun tuang, tak tun tuang.

Lama juga aku termenung di depan cermin, bukan mengamati rupa paras diri tetapi memikirkan baik buruk keputusan yang patut aku ambil.

Pada pantulan cermin, muncul seekor makhluk kecil serupa seperti aku di bahu kanan. Dengan hula hoop kuning bercahaya di atas kepala, dia berbisik di telinga kananku, "Bagitahulah Cikgu Chai pasal ni, kan senang. Tak menipu cikgu. Ilmu pun berkat. Kuiz pun dapat lulus." Betul cakap dia tapi masalahnya, jarak dari sini ke bilik guru adalah lebih separuh daripada satu pusingan stadium.

"Kalau kau rajin tak bertempat kau pergilah. Tapi aku rasa lagi baik kau balik bilik baca manga. Tak dikira menipu pun, bukannya kau mengaku kau dah cuci. You just keep it to yourself." Datang lagi seekor makhluk copy paste muka aku, cuma kali ini bertanduk dan berekor mata busur, bertenggek di bahu kiriku.

For now, I think I agree to the devil inside me.

"Alice."

Bahuku ditepuk lembut dari belakang. Terima kasih kepada sapaan itu, aku sedar semula ke alam nyata. Tak perlulah aku terus berhadapan dengan dua ekor makhluk aneh yang asyik berperang mulut tu.

Aku menoleh kepada si empunya suara lembut itu. Ketika itu, pandangan matanya yang redup lagi tenang itu bertemu denganku. Pantas aku memalingkan kepala ke hadapan untuk mengelak pandangan yang mengundang serangan jantung itu.

Namun tak ada gunanya kerana apabila aku berpaling semula, aku terjumpa sepasang mata berwarna hazel itu lagi. Dia memandangku tak berkelip melalui pantulan cermin dengan tangan kirinya dibiarkan berehat di atas meja tempat letak sinki, begitu hampir denganku.

Edward, you give me panic attack and I call it- I call it.. Alamak, aku dah terlupa quote tu. Ada sesiapa bermemori lebih baik boleh tolong sambungkan?

Bahagian atas merangkumi kepala hingga bahu kelihatan elegan, seperti biasa. Tetapi apabila aku perhatikan bahagian bawah pula.. Eh?!

Waktu itu aku perasan Edward sedang mengenakan apron. Ya korang tak salah baca, apron yang kaum mak cik selalu pakai ketika memasak tu, siap dengan lambang "Nestle" lagi. Yang aku hairannya, entah manalah dia dapat apron ni. Takkan rompak dari mak cik kafeteria kot.

Abang sado pakai apron Nestle.
Nak kritik ke nak gelak?
Nak kritik tak sampai hati, nak gelak...

"Buhahahah!"

Maaf, aku tak kental jadi aku tak dapat tahan gelak. Meja sinki aku hentak berkali-kali sehingga gusiku kering.

Mata Edward membulat bagaikan seorang budak kecil yang dirampas gula-gulanya tetapi tidak mahu menangis. Comel tau. Eh maksud aku budak tu yang comel, bukannya Ed. Ehem ehem!

"Why are you laughing at me?"

Ha dulu puas kau ketawakan aku fasal kes aiskrim tu, sekarang giliran kau pulak aku bahankan.

Soalan Ed hanya dijawab dengan ketawa yang masih banyak bersisa. Perutku sangat senak kerana terlalu banyak ketawa. Aku nak berhenti tapi masalahnya aku tak dapat berhenti! Dalam dunia tak wujud ke ubat buat ketawa berhenti? Serius aku rasa ubat itu perlu dicipta secepat mungkin. Takut saja ada orang masuk hospital akibat ketawa selama satu jam tak henti-henti tak lama lagi.

"Apa ki-kejadah.. Kikiki... Pakai apron- kikiki... Cuci tandas... j-je pun! Kikikiki!"

Daripada hahaha kepada huhuhu kepada hihihi kepada kikiki, aku cuba bercakap di antara setiap tawa sambil mengesat air mata.

"What... are you saying?"

Reaksi yang tersangat keliru, konfius serta blur jelas terpampang pada wajahnya. Nampak sangatlah tak pernah buat kerja rumah. Maklumlah golongan kerabat. Lagi-lagi orang British yang terkenal dengan budaya "butler and maid" ini.

"Yo!"

Sambil memegang perut yang semakin kronik senaknya, aku cuba mengenal pasti siapa gerangan yang baru saja tiba.

Seorang lelaki berambut putih dengan kain putih yang terconteng tulisan "FIGHTING!" diikat di kepala berlari ke arah kami. Dari jauh aku sudah nampak betapa lebarnya senyuman Feliks. Dia memakai sarung tangan terlebih saiz bersama kasut getah paras lutut. Pakaian jauh lebih normal berbanding Ed walaupun cara pemakaian tidak begitu normal. Tapi tak apa, pakaian oversize masih boleh diterima.

Tiba sahaja Feliks di sebelah kami, dia menabik hormat gaya askar kepadaku lalu berpaling kepada Ed untuk melakukan perkara yang sama dan seperti apa yang aku agak, pergerakannya terhenti serta merta. Dia terkebil-kebil beberapa kali memerhati Ed atas bawah sebelum menekup mulut dan,

"AHAHAHAHAHAHHA!"

Aku jamin satu Pulau Granté dapat dengar gelak budak ni walau dia tak pakai pembesar suara. Ketawa yang baru saja berjaya dihentikan tadi bersambung lagi, kali ini lebih kuat dan parah kerana pengaruh Feliks.

"Urhh.."

Edward akhirnya redha akan hinaan yang menimpa. Seperti biasa, dia mengoyak satu senyuman pasrah menyerah. Merajuk tidak, marah pun tidak.

Alahai kesian. Itulah lain kali kaji dulu bagaimana kehidupan normal rakyat jelata. Kan sekarang dah jatuh imej abang sado.

❄❄❄

Selepas mendengar nasihat yang lebih berbaur kepada hasutan daripada Encik Apron dan Mamat Fighting, aku buat keputusan untuk membantu mereka mencuci tandas lelaki.

Aku berasa bangga kerana aku berjasa kepada sekolah tercinta. Walaubagaimanapun, itu hanya sebilangan kecil dan sebahagian besar perasaan aku terdiri daripada penyesalan.

Seperti korang semua maklum, akademi ini sangat berprestij dan sempurna dari segi kemudahan serta kelengkapan. Begitu juga dengan tandas lelaki yang aku yakin berlantai marmar bersih suci dan berdinding emas tulen, seperti tandas wanita tadi.

Kalau setakat satu dua kotoran dari kasut aku tak hairan, tetapi hakikatnya tandas lelaki ni memang menjijikkan! Aku tak sangka vandalisme yang berlaku di sekolah ini lebih teruk berbanding sekolah lama aku. Nak jejak kaki pun aku tak sanggup. Bau jangan cakaplah weh.

Note : Author tak letak gambar di sini sebab risau readers akan termuntah kalau tengok. Jadi kepada sesiapa yang masih ingin tahu bagaimana rupa tandas ni, sila lihat di IG - @aliceallyna (( pada masa yang sama support heroin kita )). Sekian.

Mentang-mentanglah korang semua ni manusia paling baik dan alim di rumah, bila dah lepas dari kurungan terus tertonjol taring sebenar. Nak melepas geram pun agak-agaklah sampai pintu tandas pun korang nak tanggalkan.

"So.. only one cubicle with a door?"

Soalku, masih lagi berdiri di muka pintu tandas. Mataku memandang tepat ke hadapan, sebuah dinding berwarna royal blue yang dihias dengan ukiran emas membentuk perkataan Boys dalam tulisan berangkai. Namun bukan dinding itu yang menarik perhatianku, tetapi contengan yang memenuhi hampir keseluruhannya.

Dan apa yang paling mengejutkan aku ialah salah satu daripada seribu contengan itu, iaitu contengan paling besar pada dinding itu.

Alice is going to be the mother of my children! ditulis menggunakan cat sembur merah, menonjol berbanding contengan-contengan lain.

"Umm, yes."

Jawab Ed dengan teragak-agak dan tidak lama masa dia ambil untuk perasan apa yang sedang aku lihat.

"Oh.. that one. The "masterpiece" of our toilet, ha-ha.."

Dia menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"What is it?"

Feliks datang menyampuk dan hebatnya, dalam masa yang sekejap sahaja Si Musang Putih yang agak lembap ini terus faham apa yang sedang berlaku.

"No one told me about this."

Aku menundukkan kepala, lantai yang dilitupi kesan tapak kasut para pendosa aku tenung penuh amarah. Tangan aku genggam kuat menahan perasaan geram yang meluap-luap.

"Oh.. I was just about to tell y-"

"WHO F*CKIN' DID THIS?! TAK GUNA BETUL, NAMA AKU JUGAK KORANG UKIR KAT TEMPAT KOTOR NI!!!"

❄❄❄

Gosok jangan tak gosok.

Curah sini curah sana.

Lap lip lap lip.

Aku pun tak tahu kenapa aku guna sepenuh tenagaku yang berharga semata-mata untuk tolong cuci tandas ini. Sepatutnya aku buat lepas tangan memandangkan aku tak guna tandas ni.

Mungkin sebab hati aku ikhlas kot?
Ehek.

Sebenarnya aku rajin semacam kerana telah dirasuah Edward dan Feliks. Disebabkan aku mengamuk teruk tadi, mereka berdua cuba memujuk aku dengan pelbagai tawaran menarik dan berbaloi. Tak cukup dengan itu, mereka berjanji untuk tunaikan segala permintaan aku dengan syarat aku ikut serta cuci tandas lelaki.

Great deals for both side. Who's gonna decline the offer?

Feliks sedang mencuci mangkuk tandas dengan penuh semangat sambil bersenandungkan lagu untukmu yang jauh di mata. Aku kagum juga tengok budak ni gigih melaksanakan tugasnya dengan lancar. Kalau aku disuruh cuci mangkuk tandas, aku rela menari chicken dance di atas pentas waktu perhimpunan.

Ed pula sibuk mengelap cermin yang juga menjadi mangsa gejala vandalisme memandangkan bebudak kaya sekolah ni dah bosan melukis di atas kertas. Nasib baik cermin ni diorang tak pecahkan sekali. Oh dan satu lagi, Ed dah tanggalkan apron yang dia pinjam dari mak cik kafeteria.

Aku yang sudah kembali kepada mood "be crazier" dengan penuh asyiknya mengemop lantai mengikut rentak lagu I Write Sins Not Tragedies yang Feliks pasang dari telefonnya. Boleh dikatakan selama satu jam ini hanya lagu dari Panic! At The Disco, Fall Out Boy, blink-182 dan yang seangkatan dengannya sahaja yang bermain.

This is the first time I meet a human with the same music taste as mine.

Akibat terlalu syok menari sambil menjadikan mop sebagai mikrofon walaupun aku tak menyanyi, aku terlupa kaki kiri aku terseliuh semalam. Tiba-tiba kesan daripada seliuhan tersebut datang menyerang.

Bukk!

Mop yang aku pegang terlepas dari tangan. Aku yang hampir terjatuh ke atas lantai berjaya imbangkan diri semula dengan kesakitan yang teramat pada kaki.

"A-alice what's wrong?!"

Ed menoleh ke arahku, Feliks menjenguk dari dalam kubikel. Aku hanya menayangkan satu sengihan kecil sambil menggaru pipi.

"The mop is too slippery so I lost hold of it."

Tipuku dalam usaha untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun kesakitan pada kaki kiriku semakin mencengkam.

"May I rest for a while? I'm a bit tired."

"Sure."

Mendengar jawapan Ed, aku berjalan ke arah pintu tandas dan cuba melangkah senormal mungkin tanpa terhincut-hincut. Namun aku tak sedar, Ed masih perhatikan aku.

Sebelum sempat aku keluar dari pintu tandas, tanganku dipegang dari belakang menyebabkan pergerakkanku terhenti. Aku sepatutnya dah boleh agak, Ed yang menahanku.

"Are you okay?"

Dia menyoal dengan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Wajah yang biasanya tenang itu kelihatan amat risau. Kali pertama aku nampak ekspresi Ed sebegini.

"I'm okay."

Perlahan-lahan, aku cuba untuk melepaskan diri dari pegangan tangannya. Tetapi genggamannya pada pergelangan tanganku semakin kuat sekaligus menyekat pergerakanku.

"Don't lie. Your ankle is sprained, right?"

Mataku terbeliak sedikit, agak terkejut akan tekaan tepat lagi benar Ed. Nampaknya aku tak dapat nak menipunya lagi. Such an observant.

"Ye-yes."

Dengan agak keberatan, aku terpaksa mengaku jua. Kepala aku palingkan ke arah lain untuk mengelak renungan matanya yang terlalu dalam.

"Sit down."

Arah Ed sambil melonggarkan genggaman tangannya.

"Sit.. here?"

Soalku teragak-agak. Serius ke nak duduk di atas lantai tandas ni?

"Yes, anywhere you already cleaned."

Dengan bantuan Ed, aku mendudukkan diri di atas lantai yang telah aku mop. Ed berpesan agar aku menunggunya sementara dia pergi entah ke mana. Jadi, aku hanya patuh akan pesanan Ed sambil menghiburkan diri dengan nyanyian sumbang Feliks yang bekerja tak sedar dunia.

Tidak lama kemudian, Ed datang semula dengan seplastik ais di tangan. Memandangkan dia hanya pergi untuk 3 minit, aku yakin dia berlari ke kafeteria yang terletak lebih kurang 300 meter dari sini.

"Take off your shoe."

Perintah Ed aku akur tanpa banyak bicara. Kasut but kalis air yang Feliks bawa sebagai spare aku tanggalkan.

Ed duduk melutut di atas lantai marmar yang kembali berkilat selepas dicuci, lalu membongkokkan sedikit badannya. Kakiku yang tidak beralas disentuh dan tanpa sebarang amaran, dia angkat sehingga paras matanya.

"E-Ed!"

Aku menekup mulut, terkejut dan juga malu dengan keadaan kami sekarang. Suka hati dia je angkat kaki aku, dahlah stoking aku beberapa hari tak cuci. Jangan kecam, aku ada banyak komitmen lain okey? Lagipun, aku lupa ahahahahah! Haha..

"And Sugar, we're going down swinging!~"

Senandung tak begitu merdu Feliks bergema kuat di dalam tandas. Ed mengeluh kecil, berasa jengkel terhadap Feliks yang mengacau daun lalu terus memeriksa buku laliku. Sentuhannya begitu lembut dan berhati-hati dalam mencari bahagian yang terseliuh. Mukaku mulai panas dan aku tahu apa yang sedang terjadi kepada peredaran darahku.

"Is it here?"

Dia bertanya sambil menunjukkan bahagian kakiku yang lebam. Aku mengangguk perlahan dengan kepala dipaling ke arah lain.

Sesuatu yang sejuk singgah di buku laliku. Plastik berisi ais tadi Ed letak betul-betul pada tempat yang terseliuh.

"How can your ankle sprained?"

"I was in a rush and ran too fast and sprained my ankle and I dunno how to heal it."

Tipuku dengan wajah kaku supaya dia tidak mengesyaki apa-apa.

"That does sounds like you. Alice, could you be more careful?"

Mulut aku kunci rapat dan Ed juga sama. Kami kekal statik untuk sebegitu lama sehinggalah aku berjaya mengawal peredaran darah yang laju semacam tadi seraya membuka bicara lagi.

"Ed, sorry if I ask... I wonder why you are afraid of ghosts?"

Riak wajah Ed berubah. Plastik ais yang dipegangnya hampir terjatuh.

"Something during my childhood."

Katanya keberatan sambil mengukir satu senyuman kecil. Ish tak sensitif betul aku ni, aku tak sepatutnya tanya.

"Oh I'm sorry.. You don't nee-"

"No no, it's okay. I should thank you for asking. I always want to tell someone 'bout it."

Eh, aku tarik balik kata-kata aku tadi. Aku tak menyesal sebab tanya.

"So I guess you also know that in England, there are many old and abandoned castles."

Aku mengangguk.

"Many people don't know that as the member of the royal family, it's our responsibility to watch over the castles. Sometimes we stay at the castle overnight."

"After that? After that?"

Feliks yang entah bilalah datang, juga menyibuk. Kain 'FIGHTING' tidak lagi terikat di kepalanya.. Oh baru aku perasan dia tengah pegang kain tu. Eh jap bukan tadi kain tu putih suci ke asal sekarang warna coklat? Baiklah, saya tak nak tahu apa terjadi.

"We continued the tradition until one day, during our stay in a castle located far into the woods.."

Edward menarik nafas yang dalam sebelum menyambung.

"-everything changed."

"Umm sorry for interrupting but what happened to Alice's ankle?"

Dasar musang putih, selalu kacau mood. Kang aku campak balik ke hutan Siberia baru tau.

"I sprained it."

"Oh okay."

"That night, it's only me and mother because father had a trip overseas. Bu-but mother didn't sleep at all, she's just crying, and begging all night."

Terdapat getaran dalam suaranya. Entah kenapa bulu romaku juga naik mendengar cerita Edward. Feliks lagi parah, teruk gila dia menggigil.

"I pretended that I was asleep, but eventually I heard everything..."

Plastik ais yang dipegang sejak tadi terlepas dari tangan. Ed menutup wajah. Feliks mencengkam dada. Aku menangkap plastik. Kami punya satu persamaan ketara, iaitu kami semua guna tangan kanan.

"Mom kept saying sorry, over and over again."

Sukar untuk aku tangkap setiap bait kata-kata Ed, namun aku masih memasang telinga dengan teliti.

"But when I asked her in the morning she said that it has nothing to do with me, it's only between she and 'them'. Until now, I don't know what happened, I only know who 'they' are."

Ed mengalihkan tangannya yang sejak tadi menutup muka sendiri, menampakkan wajahnya yang pucat serta berkeringat. Perkara terakhir yang aku lihat ialah trauma yang teramat dalam sepasang mata berwarna hazel, yang selama ini tersembunyi di sebalik ketenangan dan keredupan, sebelum Ed tenggelam dalam tangisan.

"She told me, 'They stole my happiness because I stole theirs'. I am afraid that... 'they' will st-steal my happiness too."

Sekali lagi Ed menutup wajahnya, cuma kali ini berserta esakan. Aku pandang Feliks dan Feliks pandang aku, kemudian dia angkat bahu. Hmm nak harapkan Feliks memang dalam mimpilah, nanti makin teruk pula Ed menangis dibuatnya.

Hanya ada satu penyelesaian yang dapat aku fikirkan sekarang. Teknik yang paling mujarab aku tahu untuk sembuhkan pelbagai jenis luka emosi.

Aku duduk di atas lutut berdepan dengan Ed lalu melingkarkan tangan di sekitar tubuhnya yang berkali ganda lebih besar daripada diriku sendiri. Aku menarik Ed dekat kepadaku dan memeluknya dengan dakapan yang erat tetapi tidak terlalu kuat.

"Everything's gonna be alright."

Aku menggosok belakang badan Ed sebagaimana aku selalu pujuk Arza dan Azra yang asyik bergaduh disebabkan hal kecil. Cis, terindu pula aku dengan budak dua ekor tu.

"Huff huff.."

Nafas Ed kedengaran sangat berat dan sukar untuk dihela. Aku dapat merasakan setiap degupan jantungnya, kuat lagi laju. Dia berusaha menenangkan diri sendiri dengan melupakan segala trauma yang muncul kembali.

Semua ini salah aku. Aku yang bertanyakan soalan sensitif ini kepadanya. Tetapi sekurang-kurangnya aku tolong merawatnya, dan rawatan aku berkesan sekarang. Kot.

Ketika itu aku merasakan tubuhku  ditindih dengan sesuatu yang berat. Tak sampai sesaat, aku dapat teka apa yang sedang menindihku.

Aku. Dipeluk. Kuat. Maksud. Aku. Sangat. Kua- uguhk!

"Hey I'm not gonna be the only one without a hug. I want a big big big hug too!"

Feliks memuncungkan bibir seperti Donald Duck. Haihlah budak ni, dah elok-elok jadi musang nak jadi itik pulak.

"Fel-urgh!"

Pelukan tak bertolak ansur Feliks membuatkan aku sesak nafas. Aku yang terhimpit di tengah-tengah mereka berdua tercungap-cungap mencari oksigen. Setiap kali kami berpelukan, aku pun tak faham kenapa asyik aku je yang jadi mangsa lemas.

Edward yang tadinya diserang trauma bertukar ceria. Ini lagi seorang bipolar disorder ke split personality, tadi takut bukan main. Dia mendepakan tangan lalu menarik kami berdua ke dalam pelukannya.

"Ahahaha!"

Then, accidents do happen.

Akibat daya tarikan yang Ed kenakan ke atas kami lebih besar daripada daya tarikan graviti, tak pasal-pasal kami berdua terlajak ke hadapan.

"Ahhhh!"

"Akaiii!"

Bupp!

Edward jatuh terbaring di lantai tandas yang baru aku cuci sebentar tadi dengan aku dan Feliks tertiarap di atasnya. Fuh nasib baik dada Ed cukup bidang untuk kami mendarat. Kalau tak benjollah kepala aku jawabnya.

"Ouch!"

Belakang kepalanya yang diusap perlahan. Selagi Ed tak pengsan, setakat terhantuk kecil itu tiada masalah.

"Hehe, sorry..."

Feliks pula senyap, sunyi, dan sepi. Aku rasa sebab dia masih mencerap 'bintang' yang berlegar di atas kepalanya, special effect nak katakan. Sedangkan kepala dia terhantuk di atas dada Ed je pun. Keras sangat ke dada Ed?

"Woi!"

Pipi Feliks aku tampar satu kali sekaligus menyedarkannya dari lamunan. Dia dengan melebih-lebihnya menggelatar lalu terjatuh dari atas tubuh Ed. Disebabkan getaran itu bergerak dari satu medium ke medium yang lain, aku juga turut sama terjatuh ke atas lantai.

Ya, lantai.

Dalam konteks yang lebih mendalam, lantai tandas.

Tak perlu diterangkan lagi, korang pun faham betapa tak bersihnya lantai tandas walaupun sudah dicuci, disamak, disterilkan sekalipun. Aku tak nak guna perkataan 'kotor' untuk mengelakkan rasa loya. Dah dah jangan fikir lagi, nanti kalau aku termuntah Ed juga yang menjadi mangsa.

Tapi kan...

Alang-alang dah jatuh ni jatuh jelah, bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Eh ada kaitan ke? Hmm patutlah BM aku tak pernah A. Takpe, aku tak payah belajar BM lagi hua hua.

Lagipun kami bertiga memang sudah dicemari mikroorganisma tak kelihatan dan kotoran dari awal lagi. Bayangkan, segala mop, cermin, mangkuk tandas, kain buruk, et cetera kami dah pegang dan raba.

Jadi apa yang nak digelikan lagi?

Balik dorm terus mandilah wei!

"Ahahaha!"

Entah kenapa aku ketawa. Alamak, perangai gila aku datang lagi.

"Ahahahahahahaha!"

Kalau diajak ketawa, seekor Feliks memang nombor satu.

"Hahahaha!"

Ed yang sukar untuk ketawa juga ikut serta. Seriously, I think he has a bipolar disorder.

Satu perasaan yang bernama seronok tiba-tiba datang melawat tiga orang remaja tak cukup kasih sayang yang terbaring di atas lantai tandas. Jujur cakap, aku rasa gembira sangat-sangat dan aku tak tahu kenapa.

Aku, Edward dan Feliks terus ketawa tanpa henti, memecahkan suasana hening satu petang yang suram sambil menatap siling putih lagi bersih, satu-satunya objek yang masih suci di tandas ini. Sampaikan aku tak ingat aku tengah menjadi tukang cuci, aku tak ingat tentang kaki aku yang terseliuh dan aku tak tentang namaku yang terconteng pada dinding tandas.

I'm feeling euphoric.

"What are you guys doing?"

Ketawa yang berlanjutan selama beberapa minit itu akhirnya berhenti, kecuali Feliks yang kemudian aku tampar buat kali kedua. Ed pula masih terkebil-kebil sementara aku terus duduk lalu menoleh ke arah datangnya suara serak itu.

Di pintu masuk tandas, Cikgu Chai berdiri tegak dengan fail biru di tangan, memandang pelik kami bertiga. Memanglah cikgu tak marah, tapi kalau aku berada di tempat cikgu, inilah yang akan aku fikir, "Dasar anak raja, tak ada mainan lain ke selain lantai tandas?".

Mereka berdua hanya membalas kerutan kening Cikgu Chai dengan senyuman sekelat pisang muda.

Dan aku cuma mampu menutup wajah menahan malu.

"Sorry Mdm, we will continue our work!"

✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧

Wow, panjang sungguh chapter ini! Maybe it's the longest part of ADG. Harap korang tak bosan baca panjang sangat 😂

Also, thank you everyone for voting this story! Until today, setelah berminggu-minggu lamanya ADG masih lagi kekal di tangga teratas kategori Humor. And even got the second runner-up in School tag!

Arigatou minna-san!😭

Btw, ada yang masih tak faham kisah Ed? Tak apa, nanti akan ada side stories yang mengisahkan kisah lalu para putera kegemaran kita.

So stay tuned!

Vote and Comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top