xliii | ninja shadow

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

❝ Protecting yourself is self defense. Protecting others is warriorship. ❞

"Excuse me sir.."

Bduppp!

Belum sempat pengawal berambut nipis itu menoleh, pandangannya serta merta bertukar gelap.

"Allyn open that door!"

"Uh-oh!"

Rupert menyambut pengawal itu daripada terjatuh ke atas lantai lalu mengheretnya ke dalam bilik yang menempatkan rakaman CCTV.

Ktakk!

Bilik itu terus dikunci dari dalam. Mereka berjaya melepasi pengawal yang menjaga pintu masuk bilik.

Ish ish pak guard ni. Itulah tak buat kerja betol-betol.

"One down."

Gumam Rupert sambil menoleh ke arah paling terang dalam bilik itu, iaitu skrin CCTV. Sebuah kerusi berada di hadapan skrin, membelakangi pintu. Tidak lain tidak bukan, dia mangsa yang harus dismack-down.

Rupert mengisyaratkan agar Alice berada di sebelah kanan kerusi. Dia pula bersedia di sebelah kiri. Dengan menggunakan jari dia mengira,

Satu.

Dua.

Tiga.

Serang!

Niat tidak baik mereka terbantut ketika melihat encik pengurus sedang terliur-liur di kerusinya dengan kepala yang terlentok berat. Alahai nyenyaknya tidur mengalahkan bayi.

Tangan Alice yang berada 2 cm dari lelehan air liur itu, cepat-cepat ditarik semula. Matanya mengekori lelehan seperti air liur dari bibir sehinggalah ke karpet merah yang melitupi lantai bilik. Kalau ditakung air liur memang gerenti penuh satu baldi.

Bduppp!

Namun wajah lena si pengurus tidak menghalang Rupert untuk teruskan menyerang. Dia membeliakkan mata untuk sesaat kemudian nyenyak kembali.

"He's asleep, why?"

Soal Alice sambil mengelap tangan yang hampir-hampir terkena air liur tadi pada seluarnya. Dasar drama kena pun tak.

"Just being extra careful."

Rupert menepuk-nepuk tangannya seperti sedang membuang debu.

"Two down."

Fokus mereka berdua dialihkan kepada skrin CCTV. Rupert yang sempat belajar cara untuk mengendalikan CCTV daripada Internet, mula mencari tarikh Samuel diserang.

"When did you found him?"

"When ha? Erm.. I think late evening, or night?"

Alice menggaru dagu dalam usaha mengimbas kembali. Cakap orang otak udang, dia pun dua kali lima.

"Ehh I don't remember lah!"

"I'll try 6 p.m."

Tetikus ditekannya dua kali dan rakaman semula mula bermain. Rumitnya di sini, di dalam The Grand Nightclub sahaja terdapat 6 CCTV, menyukarkan mereka untuk menentukan kedudukan Samuel.

Mula-mula pandangan mereka tertumpu pada CCTV pertama yang terletak di pintu masuk kelab. Mata Rupert dan Alice meliar mencari Samuel. Namun kelibatnya tidak kelihatan.

"That one!"

Alice menuding jari ke arah salah satu rakaman CCTV. Tubuh kurus itu asyik menari tak ingat dunia, goyang kaki goyang pinggul goyang dua jari. Alahai, syok betul. Kalau situasi tak serius sekarang, nak saja Alice ketawa terguling-guling tengok gelagat Samuel. Sambil menekup mulut menahan ketawa, dia cuba memerhati rakaman tersebut dengan lebih teliti.

Tidak lama selepas berdansa, Samuel melangkah keluar dari lantai bercahaya ungu itu lalu menuju ke bar untuk memesan minuman. Dia beramah mesra dengan pelayan bar gatal yang sedang membancuh air. Minuman yang dipesannya siap dan diletakkan di dalam gelas yang berbentuk sama seperti gelas jus oren Alice dan Rupert tadi.

Jus epal...

Samuel membelakangi bar, menonton pertunjukan sia-sia yang berjalan di pentas tari. Barangkali sedang menilai kehebatan penari lain. Sesekali gelas di atas bar dicapai dan jus epal disisip sedikit.

"The quality of this CCTV is pretty good." Rupert menilai penuh judgemental seperti juri Master Chef. Menyempat jugak dia ni kan.

Pada waktu itu, tempat duduk di sebelah Samuel diambil namun tidak dia hiraukan. Lelaki berpakaian serba hitam itu memesan minuman. Wajah lelaki itu tidak kelihatan pada CCTV, gerak tangannya juga tidak kelihatan kerana terselindung di sebalik jaket yang panjang.

"Focus on that guy."

Mulut lelaki itu bergerak seperti sedang bercakap. Tiba-tiba Samuel yang sibuk memerhati para pengunjung lain menoleh. Serta merta riak wajahnya berubah.

Samuel terus berdiri lalu mencapai kolar lelaki itu dan menggoncang badannya. Lelaki yang memegang gelas kaca berbentuk kon dengan kaki yang panjang itu langsung tidak melawan.

"Whoa what's happening?"

Anehnya tiada siapa peduli, seakan-akan mereka tidak wujud. Mungkin kerana suasana di dalam kelab terlalu bising dan kebanyakan pengunjung berada dalam keadaan mabuk.

Lelaki itu berjaya melepaskan diri dari genggaman Samuel dan berlalu dari situ. Samuel yang nampak tak puas hati turut mengejarnya.

Apa yang terjadi seterusnya tidak kelihatan pada CCTV itu.

"Where are they?"

Tetapi pada CCTV lain.

"There."

Kali ini, kelihatan lelaki itu berjalan di sekitar bilik pengurus. Dia membelok ke dalam lorong yang menuju ke pintu belakang kelab.

"D*mn, there is a CCTV here. So they must've seen you and Edward saving Samuel."

"And the weird thing is, how come the staffs didn't realize what's happening to Samuel?"

Di bahagian belakang kelab, Samuel berjaya mencapai belakang jaket lalu memusingkan badan lelaki itu untuk berhadapan dengannya. Tanpa sebarang amaran satu tumbukan yang padu singgah di wajah lelaki itu. Mukanya yang tidak begitu jelas kelihatan seperti sedang menahan sakit. Maka, terang lagi bersuluh bahawa kita perlu berhati-hati dengan tenaga jantan Samuel.

"He is stronger than he looks."

Setelah sekian lama menahan diri, akhirnya lelaki itu menyerang membalas. Dia menolak kuat tubuh Samuel ke dinding.

"Oh God!"

Bermula dari situ, Alice dan Rupert tak begitu nampak apa yang sedang berlaku kerana ia jatuh pada titik buta kamera. Namun mereka pasti, itu satu pergelutan.

"Where is Ta-hi?!"

Jerkahan di sebalik pintu itu mengejutkan mereka berdua.

"F*ck."

Satu carutan terlepas dari mulut Rupert.

"He was here!"

"Go and ask boss! Maybe he know where Ta-hi is."

Adrenalinnya serta-merta mengalir laju ke seluruh bahagian badan. Peluh dingin mengalir di dahi Alice sedangkan terdapat 3 buah pendingin hawa di dalam bilik pengurus ini.

"Tuhan selamatkan aku."

Pada masa yang sama, rakaman CCTV memaparkan lelaki misteri yang terundur ke belakang dek tolakan balas Samuel.

Kenapalah korang muncul time part penting?

Lelaki itu berjalan ke hadapan Samuel,

Dan...

Ktakk ktakk!

Pintu yang berkunci itu cuba dibuka dari luar dengan kasar.

"It's locked!"

"What?!"

"Sh*t sh*t sh*t Rupert do something!"

Tayangan CCTV mesti ditonton sampai habis kalau nak tahu jawapan kepada kes 'Assault On Samuel', tetapi sanggupkah kau gadai nyawa semata-mata nak tahu perkara sebenar?

"F*ck f*ck f*ck I can't stop swearing!"

Rupert turut menyumpah seranah. Berat rasa hatinya mahu pergi dari situ. Jawapan akan muncul dalam masa beberapa saat sahaja lagi. Alice pula semakin gelisah apabila pintu cuba dibuka lagi.

Ktakk ktakk!

"Hit that."

Selepas menarik nafas yang dalam, Rupert memberi arahan dengan tenang.

"Huh? How?"

Macamana nak musnahkan suis elektrik utama?

Salah satu caranya adalah dengan pukul menggunakan tangan dan kemudian terkena renjatan elektrik lalu disusuli kematian.

Kau nak?

"JUST HIT THE DOOR!!!"

Itu pula jeritan dari luar yang membuatkan Alice hampir terkencing batu karang. Gerenti satu kelab hairan tengok orang terjerit-jerit. Tapi tak lah kot, semua orang tengah sibuk dalam dunia masing-masing.

"Rupert, where are you goin'?

Rupert berjalan menghampiri pintu lalu berdiri di sebelahnya, dalam posisi bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja yang bakal menimpa mereka. Sempat juga dia melirik ke arah CCTV, masih ingin tahu apa yang berlaku kepada Samuel selepas itu.

Apa aku nak buat?!

Alice yang mulai cemas tak tentu pasal, melakukan sesuatu di luar kotak fikirannya sendiri. Dasar budak KBAT. Pengurus yang masih pengsan dihumban dari kerusinya ke atas lantai. Segala tenaga zahir dan batin Alice kerahkan keluar. Dengan tenaga luar biasa yang entah dari mana datangnya itu, kerusi pengurus diangkat tinggi ke udara dan kemudian dihempaskan ke...

Bumm!!!

Bdummpp!!!

Zzzttt!!

Cahaya yang terlalu terang lagi silau berbentuk Z bersinar di depan matanya dalam satu kelipan mata. Sebuah pintu terpelanting dari arah belakang hampir mengenainya.

"AAHHH!!"

Pekikan para pengunjung bergema di seluruh kelab. Muzik EDM turut lenyap dengan suasana yang gelap, gelita serta buta.

"ALICE! RUN!!!"

Suara yang amat dikenali itu menjerit kuat tetapi Alice tidak tahu dari mana datangnya. Dia tidak dapat melihat apa-apa kecuali warna hitam. Tidak lama kemudian dia nampak sesuatu, satu bayang-bayang bagaikan  seorang ninja sedang menumpaskan musuh. Sa-sasuke-kun? *blushing*

Bam! Bum! Bak!

"Arghh!"

"Ohokk!"

"Guhukkk!"

Pengawal-pengawal itu mengerang kuat. Tidak lupa juga, kedengaran pelbagai bunyi yang menjijikkan seperti cecair hijau yang keluar dari mulut dan- oh korang tak nak tahu eh? Okay okay.

Tanpa disedari, Alice termenung tak berkelip memerhatikan setiap gerak-geri bayang-bayang itu bagaikan masa sedang membeku sebentar. Bayang-bayang itu menghampirinya, menarik tangannya dan Alice hanya menurut.

Mereka berlari ke arah cahaya yang menerangi sebahagian daripada kegelapan kelab. Alice fikir, mungkin cahaya dari pintu keluar.

Tapi logik tak?

Mana datangnya cahaya pada waktu malam?

Sepanjang pelarian, beberapa orang datang meluru ke arah mereka. Bayang-bayang itu dengan mudahnya menumpaskan mereka semua. Hanya dengan satu tumbukan sahaja, KO seorang pengawal. Dan setiap kali seorang pengawal KO, jari bayang-bayang itu membentuk OK. Eh?

"Ugh!"

Bayang-bayang itu hampir tersungkur sambil memegang kuat dadanya.

"Taste that!"

Dia diserang dari suatu sudut yang tidak begitu kelihatan kerana terlalu gelap dan tersembunyi. Rupa-rupanya ada seseorang sudah menunggu masa untuk menyerang di situ.

"Hahaha-buu-!!!"

Tidak sempat menghabiskan ketawa, dia menerima satu sepakan di wajahnya. Malang juga berbau apabila dia patah satu gigi hasil sepakan itu tadi, satu-satunya objek yang bersinar dalam keadaan gelap sekarang. Sudahlah gigi emas, kesiannya. Eh macam kenal?

Dan pengawal bergigi emas itu terus tak sedarkan diri.

"Wow.."

Sepakan yang berpotensi menjadi suatu legenda dalam sejarah bola sepak itu bukan oleh 'bayang-bayang' ( Rupert) , tetapi oleh Alice.

"Ehh!"

Alice menggelabah melihat tubuh yang terjatuh ke atas lantai disebabkan olehnya, masih tidak percaya dia telah memengsankan orang.

"Maap pak cik gigi emas, maap!"

Beberapa kali dia menunduk mohon maaf kepada lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu sebelum tangannya ditarik seseorang.

"Hurry!!"

Sambil menahan kesakitan akibat diserang tadi, Rupert membawa Alice keluar dari kelab.

Di luar kelab, pandangan mereka tidaklah sebuta tadi kerana malam ini disinari bulan mengambang penuh. Sang Bulan sebenarnya bersimpati akan dua homo sapiens yang sangat memerlukan cahaya itu.

"Huff huff!"

Alice tercungap-cungap keletihan. Serentak dengan itu dia cuba menarik nafas lega.

"HEYY!!"

Baru sahaja diafragmanya melengkung ke bawah bagi merendahkan tekanan udara di dalam paru-parunya sekaligus membolehkan udara dari luar masuk ke dalam salur trakea, mereka disergah lagi dari belakang.

Boleh tahan ramai jugak guard diorang ni!

Mereka yang baru sahaja nak berhenti rehat di situ, terpaksa berlari lagi. Setiap langkah Rupert sangat laju bagaikan dia tahu ke mana hendak dituju. Alice hanya mengikut dengan nafas yang turun naik dalam kadar yang tinggi. Begitu pantas mereka berlari tanpa menoleh semula ke belakang walau pelbagai cacian dan carutan dilemparkan kepada mereka.

Rupert menghampiri sebuah kereta Mercedes Benz berwarna merah menyala, badan yang berkilat seperti baru dihantar ke snow wash dan tidak berbumbung.

Dia terus melompat ke dalamnya. Dapat bayangkan betapa coolnya dia?

Alice yang terkejut dengan perbuatan terlalu cool lagi tiber Rupert menjadi blank. Berbeza dengan Rupert yang masuk ke dalam kereta itu dengan melompat, Alice pula buka pintu kereta dengan cermat takut-takut rosak pula kereta semahal ini, dan masuk cara normal seperti seorang manusia normal.

"Allyn, faster!"

Sebelum sempat pintu ditutup sepenuhnya, kereta mula bergerak menyebabkan Alice terkesima. Pintu yang separa terbuka itu cepat-cepat dia tutup. Dia menoleh semula ke belakang dan nampaknya para pengawal telah mengalah diri untuk terus mengejar mereka. Helaan lega dia lepaskan sambil menyandarkan kepalanya pada kerusi empuk kereta itu. Tidak sampai sesaat kemudian kepalanya terangkat semula.

"We stole a car!"

Ujar Alice sambil menarik hujung bandananya bagaikan bandana itu janggutnya.

"We didn't steal, this is mine."

Oh okay aku lupa. Dia anak raja. Dia orang Jerman. Dia ada kereta mewah. Kereta dia Mercedes Benz. Make sense.

"Since when your car is here?"

"I parked it here before we meet. In fact, I went here by car."

Alice cuma mampu cakap,

"Wow..."

"Just being ready for any possibilities, like this one."

Dalam keadaan yang terlalu letih ini, Alice dan Rupert sudah tidak larat untuk bincang tentang hasil siasatan mereka.

"Sorry for putting you in trouble. I shouldn't have asked you to follow me doing this stupid job."

Kata-kata Rupert diakhiri dengan keluhan. Rambutnya yang basah dengan keringat agak serabai. Tetapi cahaya lampu waktu malam ini menambahkan lagi kekacakan wajahnya. Itulah apa yang berada dalam fikiran Alice.

"No there's no need to apologize. I enjoy it anyway, haha."

Alice ketawa kecil sambil mengintai kakinya, sedikit lebam akibat terseliuh tadi. Namun riak wajah serius Rupert langsung tidak berubah. Melihat Rupert yang nampak sangat runsing, Alice hanya berdiam diri.

Rupert memandu lancar tanpa perlu melalui sebarang kesesakan. Matanya memandang tepat ke hadapan, kosong dan tak beralih. Alice pula merehatkan kepalanya pada kerusi sambil membuang pandangan ke luar kereta. Angin kencang menampar-nampar pipinya disebabkan pemanduan laju Rupert ditambah lagi dengan keadaan kereta yang tidak berbumbung, bersama kedinginan malam yang menusuk jauh ke dalam kulit. Sama seperti kedinginan Rupert sekarang.

Dan mereka kekal sebegitu di sepanjang perjalanan, tanpa sepatah kata.

Vote and Comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top