xli | my thanks
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ Every life is a story, thank you for being a part of my story ❞
"Are you done?"
Setiap kali ayat itu berkumandang, setiap kali itulah pintu diketuk.
"Not yet!"
Alice menyahut kuat dari dalam bilik sebelum,
Skrett!
"Oi oi oi you pervert!"
Pantas kaki Alice menahan pintu daripada terus terbuka dengan lebih luas.
Bukk!
Nasib baik pintu bilik persalinan selamat ditutup. Kalau boleh Alice mahu kunci pintu bilik itu dari dalam tapi entah tangan durjana manalah yang rosakkan tombol pintu. Bahkan lubang kuncinya pun sudah dibentukkan menjadi ular.
Wei, salah tempat korang tunjuk bakat seni ni.
Walaupun pengguna bilik persalinan perempuan tersebut hanyalah Alice seorang, kerosakan di dalam bilik ini mengalahkan keadaan tandas lelaki sekolah korang.
Aku rasa mesti mak cik cleaner yang rosakkan. Ni konfem kes rumah berpintu tapi tak bertombol. Jadi dia curi tombol dari sini. Wah hebatnya deduksi aku!
"Perv perv perv!"
Teriak Alice dengan nada yang sedikit sebak. Eh takkan dah nangis pulak?
"Then faster!"
Terkial-kial Alice memakaikan seluar treksutnya. Fokusnya terbahagi kepada dua, satu pada proses memakai pakaian dan satu lagi pada pintu. Bimbang Livio boleh membuka pintu itu pada bila-bila masa sahaja.
Skrett!
Kedua-dua tangannya bekerja keras memasang seluar. Kakinya pula masih dibungkus seluar yang belum habis terpasang.
Macamana nak tahan pintu?
"D*mn!"
Alice bergerak ke belakang pintu dan menahan pintu menggunakan badannya. Kelihatan kepala Livio terjenguk di celahan pintu tetapi tidak menoleh ke arah Alice.
"Go out lah!"
Hanya mampu menghalau dengan pekikan dan lolongan, Alice berang akan perbuatan Livio yang tidak berhati perut.
Janganlah kau sebarkan apa-apa yang kau bakal tengok dekat orang lain. Tak tak, aku takkan bagi kau tengok selagi kau tak langkah mayat aku.
Alice rasa menyesal separuh nyawa kerana memberi kepercayaan kepada Livio untuk tolong jagakan pintu. Harapkan Livio, Livio makan pintu.
Aku takde pilihan lain kot!
"Heh, I won't look at you kid. Your body doesn't turn me on at all ."
Livio ketawa penuh sarkastik dengan kepalanya membelakangkan tempat Alice berada. Pintu ditutup rapat semula. Nafas lega Alice helakan sambil menepuk lembut dada sendiri.
Sabar jelah aku dengan kau. Hodoh pun hodohlah, janji hati baik. Aa ciaa!
Skrett!
Apa lagi ni?
Kepala Livio terjengul seperti tikus tanah di arked, perlahan-lahan dipusingkan ke belakang, ke arah Alice.
"Wahhhh jilakeee!!!"
Habis jeritannya kedengaran satu bangunan. Dan semua orang tahu siapa yang menjerit. Yelah siapa lagi budak perempuan di sekolah ini selain seekor makhluk bernama Alice. Dia bersedia dengan redha sekiranya maruahnya bakal tercalar.
"Hahaha!"
Livio terbahak-bahak sambil menutup semula pintu.
"What the-?"
Cepat-cepat Alice meneruskan kerjanya yang sejak tadi tergendala. Seluar yang tersekat di paras lutut dipasang sepenuhnya. Akhirnya, Alice berpakaian lengkap.
Skrett!
Pintu bilik cuba dikuak lagi.
Oh kau nak main-main dengan aku ye?
Ke garisan.
Sedia.
Mula.
Pakk!
Wajah sekacak Leonardo DiCaprio versi muda milik Livio ditampar kuat dengan tamparan yang mengalahkan skill Kageyama dari anime Haikyuu! Alice tak pandai main bola tampar tapi dia pandai menampar.
"Ouchhh!!"
Livio mengerang kesakitan sambil mengusap pipinya sendiri yang boleh disamakan dengan "comel pipi merah" bak kata Dato' Siti Nurhaliza. Ketinting tangting!
"Do it again!"
Senyuman puas Alice tayangkan memikirkan pencapaian hebatnya. Dia pernah step kaki Putera Perancis, dia selalu cubit anak Presiden Amerika, dia puas tarik telinga waris Tsar Rusia dan hari ini, dia berjaya tampar Putera Itali.
My Hall Of Fame.
"I was just joking around! D*mn, that hurts."
"I thought that you don't like these stuffs called playing and joking?"
Selama dia mengenali seorang Livio, itulah apa yang Alice tahu tentangnya. Tak suka bergurau dan tak pernah main-main. Sebab kalau dia buat salah satu daripada dua perbuatan itu, gerenti hambar ke laut.
"Hesh!"
Bibirnya diketap geram menahan sakit. Matanya mengerling ke arah Alice yang sedang melangkah keluar dari bilik persalinan.
"Nah!"
Seragam Livio yang sudah dilipat kemas dikembalikan semula. Lelaki itu mengambilnya dari tangan Alice walaupun tak tahu apa itu "nah". Sempat Livio mengerah otak untuk meneka maksud "nah".
"Is nah a thanks in Malay?"
"Urm, nope."
"So, no thanks? Only a slap?"
"Haha! Does it hurt too much? I'm sorry."
Alice menghampiri Livio dan memegang lembut pipi merahnya, mengamati hasil tamparan diri sendiri.
Dengan tak semena-mena, bibirnya didaratkan pada pipi kanan Livio. Tidak sampai satu saat, Alice menarik bibirnya semula. Dalam sekelip mata, kesakitan daripada tamparan itu hilang sebaik sahaja diberi kucupan yang ringkas itu. Mata beriris hijau milik Livio terbeliak besar.
"That will be my thanks."
Alice berjalan pergi sambil tangannya sibuk mengikat rambut yang serabai selepas sesi menunggang kuda tadi, meninggalkan Livio terpaku, terkesima, terbisu.
Dia masih berdiri kaku di muka pintu. Air liur ditelan sukar sebagai cubaan untuk membuang segala perasaannya yang bercampur-baur. Ciuman itu berlaku terlalu pantas. Bahkan Livio si genius tak mampu menghadam apa yang telah berlaku.
"What.. happened?"
Terasa darah yang panas mengalir ke seluruh badannya terutamanya di bahagian muka. Tadi sebelah pipinya sahaja yang merah, tetapi sekarang seluruh wajahnya. Seragamnya yang telah dipakai oleh Alice dipegang kuat.
"This girl.."
Untuk sekian lama Livio tercegat di situ, blushing all by himself.
❄❄❄
Lembap punya Alice apa yang kau buat tadi?
Bisik Alice di dalam hati sambil menampar-nampar pipi sendiri.
Aku cium anak raja kot! Entah bila-bila masa je ada polis datang tahan aku atas kesalahan merogol keluarga kerabat. Ah tidak aku tak habis main GTA 5 lagi! Aiskrim Jipangi pun aku belum sempat rasa.
Alice tidak mampu berdiam diri memikirkan kesan perbuatannya tadi. Bagaikan cacing kepanasan, dia sering menukar posisi duduknya. Itulah orang cakap, berfikir sebelum berbuat. Tapi ini tidak, berbuat baru berfikir.
Penyesalannya memuncak sehingga dia hampir terlupa niat asalnya ke sini.
Jap, kenapa aku ada kat hospital eh? Oh ya baru aku ingat. Nasib baik Samuel dah dipindahkan ke klinik sekolah. Macam mana diorang pindahkan, aku pun tak tahu.
"Oh Miss El, you are here!"
Sapa akak jururawat penuh mesra. Alice hanya membalas sapaan tersebut dengan senyuman hambar mendengar nama barunya, El.
Hai gais nama saya El gais.
"How is he?"
"Good news for you. This friend of yours heals unbelievably fast. Usually this kind of injury takes a week to recover. He was awake this morning.
Samuel!!! Jeritnya tak bersuara. Mulalah nak berdrama.
"But he fell asleep again, so we haven't check on his brain condition yet. Sorry, hehe."
Si jururawat siap tersengih lagi. Dasar akak jururawat kaki fakehope.
"Oh okay okay."
Alice cuba menyembunyikan perasaan apabila menerima penangan fake hope. I'm so sick if this fake hope, fake hope, fake hope~
Pandangannya dicampakkan kepada Samuel yang terbaring di atas katil pesakit. Dia nampak jauh berbeza daripada semalam. Wajahnya kembali berseri murni, tidak lagi pucat lesi macam dracula Hotel Transylvia. Eh betul ke Transylvia? Hmm lantaklah.
"Come again tomorrow then. We'll charge him out this Saturday. He can go back to school next week."
"Ok cik nurse."
Si jururawat membuat muka tersangat blur untuk beberapa ketika. Akhirnya dia abaikan saja perkataan "cik" itu. Senyuman manis diberikan kepada Alice lalu membawa langkah pergi dari katil Samuel.
Alice juga mengangkat punggungnya dari kerusi. Sebuah bakul sarat dengan pelbagai jenis buah diletakkan di atas meja pesakit sebagai buah tangan. Setahunya Samuel sukakan buah-buahan segar terutamanya anggur.
Menurutnya, buah-buahan kaya dengan macam-macam vitamin dan boleh mencantikkan kulit. Faedah juga jadi seorang pondan ni, memang pakar habis dalam bab diet, kecantikkan, dan kosmetik. Jadi contohilah Samuel. Jom sertai kempen "Let's Be Pondan".
"Kalau tak makan habis buah tu nanti siap kau eh!"
Sempat Alice berpesan sedangkan dia tahu Samuel tengah nyenyak tidur. Macamlah dia dengar apa yang Alice cakap. Dengan harapan menggunung Kinabalu yang Samuel akan sedar secepat mungkin tanpa didiagnosis dengan amnesia, Alice berlalu pergi dari wad pesakit itu. Hanya Samuel penghuninya buat masa ini.
Ketika mahu menapak keluar dari pintu, kepalanya terhantuk sesuatu. Nak kata terlanggar dinding, dia dah jalan betul-betul ke arah pintu masuk wad. Apa yang dia langgar? Casper ke?
"Aduh mamacita naega ayayayaya!"
Risau kepalanya benjol, Alice mengusap dahinya tetapi nasib baik tidak. Kerana apa yang dia langgar bukanlah sesuatu yang keras. Cuma ada kain, otot, isi dan lemak, barangkali.
"You always hit me on that spot Allyn, I wonder why. Maybe because I look similar to the background?"
Siapa lagi kalau bukan wira ini? Seperti biasa, senyuman mesra sentiasa terlukis di bibirnya. Dari senyuman itulah datangnya aura istimewa milik Rupert.
"Eh Rupert! Cunlah ni! Great timing great timing!"
Terus terlupa akan rasa sakit terhantuk pada dada sasa Rupert, Alice bersorak dalam Bahasa Inggeris dengan nada Malaysia. Dia begitu beria-ria dapat bertemu Rupert tanpa perlu bersusah-payah mencarinya. Ada banyak perkara yang dia mahu tanya berkenaan dengan Samuel.
Melihatkan mata Alice yang terlalu bersinar-sinar lagi berkelipan, alis tebal milik Rupert berkerut.
"Erm, what is it?"
Fikiran Alice ligat menyusun soalan yang bakal ditanyakan kepada lelaki itu, menyebabkan dia tak dapat mendengar kata-kata Rupert dengan jelas. 100% fokusnya ditumpukan pada fikiran dengan sel-sel otaknya yang sedang berhubung secara abnormal.
"Allyn? Are you there?"
Tangan Rupert dilambai betul-betul di depan wajah Alice, mengharapkan dia akan memberi respons positif. Tetapi sama ada Alice memang kurang siuman atau kurang waras, responsnya hanyalah senyuman yang lebar sehingga ke telinga. Mata yang membundar, memandang jauh ke hadapan, dibutai sinaran cahaya harapan yang harap-harap tidak palsu lagi.
"Pfft, this girl.."
Rupert menggeleng-geleng sambil tersengih geli hati. Dalam hatinya, mahu saja dia picit-picit dan cubit-cubit dan gigit-gigit pipi gebu itu. Dia cuba menahan geramnya kerana baginya respon tu terlalu..
"-why so cute?"
Selama lebih kurang 5 minit Rupert menunggu Alice sedar ke alam nyata dengan penuh kesabaran di dada. Sambil-sambil itu, dia menikmati pemandangan seindah syurga dunia di depan mata.
'Peluang' dah ada, rugi kalau lepaskan tau.
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
Akhirnya ranking Akademi DiRaja Granté berjaya mencecah #1 in humor, iaitu pencapaian terbaik setakat ini.
Author still can't believe it 😭
Thank you sesangat kepada semua readers, because of guys ADG managed to achieve this big!
Again, thank you so much everyone ♡
Vote and Comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top