xl | the prince and his white horse

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

Your Prince will come one day. He may not ride a white horse or live in a big castle, but he will love you and only you

Setelah seribu tahun menderita, akhirnya dapat juga aku pakai seragam sekolah. Tapi..

"Harini kite jadi boboi!"

Sorakku sambil menari Go Go di dalam bilik persalinan, tak ubah macam orang gila. Tak apa, aku seorang je pengguna bilik ni bermaksud tiada sesiapa yang akan ternampak ke-tidak-siuman-an aku.

Memang betul aku pakai seragam, cuma bukan seragam perempuan tetapi seragam lelaki. Aku terrrpaksa guna seragam lelaki dan untuk menyedapkan hati, aku menganggap ini adalah akibat kecuaian diri sendiri.

"I knew this would happen. Here, take this. Such a kid!"

Baju seragam sekolah versi lelaki dihulur kepadaku. Nampaknya baju itu sudah siap digosok. Wangi pula tu, bau Rexona For Men.

"I can just take my own uniform from my locker."

Aku menolak tawaran peminjaman itu sesopan mungkin.

"Duh, the locker is at the end of the world. When are you gonna take it?"

"After this."

"Oh alright. After this and then you'll be late for the next class and then you'll stand outside the class for the whole period."

"Ok ok fine."

Dengan kasar, aku mengambil seragam itu dari tangannya. Aku terus berpaling ke belakang dan bersedia untuk berjalan pergi.

"I think I deserve a thanks."

Ujarnya sekaligus menghentikan langkahku. Aku menggulingkan mata sebelum menoleh semula kepadanya. Senyuman paling manis tetapi sangat tidak ikhlas aku tayangkan.

"Thank you, Livio."

Nadanya kasar bukan main tetapi niatnya amatlah suci murni bak minyak masak Seri Murni. Itulah Livio Grande.

Berdasarkan flashback tadi, akhirnya Livio meminjamkan pakaiannya kepada Alice. Mengapakah dia berbuat sedemikian? Huraikan pendapat anda.

Sejujurnya, seragam lelaki jauh lebih selesa daripada seragam perempuan dan aku rasa ini satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tiba-tiba aku rasa nak tukar jantina. Mari semua kita jadi transgender bersama-sama.

Tambahan lagi seragam lelaki sesuai dengan subjek kami selepas ini iaitu, Equestrianism. Kalau aku pakai skirt habis terselaklah jawabnya. Kang kantoi pulak aku pakai seluar dalam Hello Kitty macam Hawkin.

Bercakap tentang Equestrianism, subjek baru yang bakal kami pelajari buat pertama kalinya hari ini. Aku tersangatlah teruja kerana aku dapat menunggang kuda selepas ini.

And you know the best part? I am going to have my own horse to be taken care of.

Jadi kali ni sesi pembelajaran kami berjalan di luar kelas, iaitu di kawasan taman akademi, Gardenia. Jangan korang kaitkan nama taman ni dengan jenama roti sudahlah.

Selama ini aku tak pernah menjejakkan kaki ke taman akademi memandangkan ia agak jauh dari bangunan akademik dan tiada sebab untuk aku ke sini jadi buat apa aku bazirkan tenaga. Lagipun, taman ini menjadi port lepak pelajar lelaki terutamanya waktu rehat dan habis kelas. Maklumlah, sekolah ni semua pelajarnya lelaki. I'm the odd one.

Kelihatan sekumpulan kuda yang bakal kami tunggang dari kejauhan. Aku semakin teruja tahap budak last day PT3 dan aku tak dapat sembunyikannya sedangkan kawan sekelas aku semua buat muka completely uninterested.

Aku tahulah yang korang dah biasa naik kuda.

Tak macam aku ni, seorang rakyat jelata yang sentuh kuda pun tak pernah.

Mata yang tak berair aku lap dengan belakang tangan. Yups saya memang drama queen.

Nasib baik aku tak keseorangan. Feliks juga menunjukkan reaksi yang sama seperti aku, sinar keterujaan seterang lampu picit terpancar dari matanya. Setiap langkahnya terlalu kuat sehinggakan sesekali salji dari kakinya terpelanting ke wajah Curt.

Hawkin pula boleh sedap-sedap menguap. Korang pernah tengok badak air menguap tak? Besar kan ia menguap? Tapi kan Hawkin menguap lagi besar bagai nak terkoyak sudah mulutnya.

"Haw, a fly!"

Aku sengaja men-spoil-kan nikmat hidup yang Hawkin rasakan ketika menguap. Dia bertukar cemas, matanya memutih dan kulitnya memucat. Habis merata tempat dia ludah takutkan ada lalat terbang masuk ke dalam mulut.

"Hahahahaha!"

Terhibur akan gelagat Hawkin dan wajah kelakar Curt yang terkena ludah (kesian Curt dari tadi asyik jadi mangsa), aku tertawa kuat.

"Alice you-!"

Hawkin sedaya upaya menahan perasaan geram tetapi pada masa yang sama juga menahan ketawa. Ini dah kenapa terikut-ikut dengan perangai Livio?

"If you do that again, I'll kiss you!"

Eh eh takutnya saya dengan ugutan awak tu!

"Kiss lah! I'm not afraid pun! Hahaha!"

Dia memprotes dengan cebikan. Tubuhnya dipeluk lalu berpaling ke arah lain. Comel anak bangsawan seorang ni.

Sambil mengetawakan Hawkin, aku meninggalkannya di belakang, berlari anak ke arah kuda-kuda tersebut.

"Hey!"

Aku menoleh semula ke belakang. Ingatkan bunian berambut putih mana tegur aku tadi, rupa-rupanya Feliks yang tersengih-tersengih tanpa henti, menampakkan gigi taringnya. Dia datang mengejarku. Aku yang tak mahu menyerah diri begitu sahaja, mula membuka langkah seribu.

Dengan tidak rasminya, satu perlumbaan "Siapa Sampai Dulu Dia Menang" berlangsung antara kami berdua. Semestinya aku yang menang kerana aku memang berada di hadapan Feliks sebelum pertandingan bermula lagi. Tapi aku menang ni bukannya dapat hadiah pun. Apalah faedahnya kami berlumba ya. Entahlah mengeratkan hubungan silaturahin kot.

Feliks menerpa aku dari belakang sambil tercungap-cungap mencari nafas. Tahu jarang bersenam ada hati nak juga memecut. Inilah akibatnya.

"Ahh I'm tired!"

"You should do more exercise Feliks."

Pesanku kepada Feliks yang hanya mampu membalas dengan anggukan. Aku tak berasa letih sebab kebelakangan ni aku selalu bersenam dengan Coach Edward. Ya, zaman jahiliahku yang tidak cergas dan tidak sihat telah pun berakhir terima kasih kepada Coach.

Tetapi ironinya, Coach Edward dan yang lain masih berlenggang jauh di belakang. Mentang-mentanglah Samuel tak ada kat sini korang pula yang berlenggang. Jadi kami berdua tinggalkan mereka jauh-jauh.

Sir Fretz, guru subjek Equestrianism sudah tiba di sini lebih awal. Melihat aku dan Feliks, dia menayangkan sebuah senyuman yang mesra.

"How energized! That's my students!"

Kami berdua tersipu-sipu mendengar pujian itu. Yelah kena puji kan? Takkan nak marah pulak. Dan tipulah kalau aku cakap aku tak bangga.

"As a reward, I will give you two an advantage!"

Ujar Sir Fretz dengan penuh semangat. Seorang guru yang usianya muda, berdarah muda, sesuai dengan orang muda, macam kami. Berapa agaknya umur cikgu ni? Fufufu boleh tahan hensem.

"Advantage?"

Feliks melompat-lompat tidak sabar.

"You can pick your own horse a bit early than the others. Means there are many choices. Go and pick yours."

Aku dan Feliks memandang satu sama lain. Kemudian kami menoleh ke arah kuda-kuda tersebut. Dan kembali bertentang mata. Serentak senyuman yang lebar terukir bibir kami.

Masing-masing sudah tetapkan target. Satu-satunya kuda yang aku berminat ialah kuda putih yang aku lihat haritu. Hanya kuda itu sahaja yang mampu menarik perhatianku.

"That one!"

Dan kami berdua berlari laju menghampiri pilihan hati.

❄❄

Neigh!

Aku menarik nafas sebelum meletakkan tangan di atas kuda itu. Mujur dia tidak mengganas. Aku menghembus nafas yang ditarik tadi tanda lega. Seterusnya aku memberanikan diri untuk mengusap hidungnya, membuatkan kuda putih itu mendengus kuat. Entah kenapa aku rasakan dengusan itu bermaksud dia mahukan usapan lagi.

Aku tersenyum melihat gelagatnya. Seperti kuda putih ini memang ditakdirkan untuk menjadi temanku disini.

Mempunyai warna seputih salji, tubuhnya sasa lagi tegap. Bulunya lebih licin dan lembut daripada rambut model dalam iklan Sunsilk. Kesimpulannya, dia sangat cantik.

"Apa patut aku panggil kau ya?"

Aku berfikir sejenak. Si kuda hanya menutup kelopak mata seperti mengatakan "entahlah labu".

"Fluffy?"

Kerana bulunya sangat lembut. Tapi kelopak matanya masih tertutup.

"Turbo?"

Kerana ia boleh berlari laju. Namun masih tak terbuka kelopak matanya.

Okey, rasanya dua-dua pun tak sesuai.

"Hmm, Flurbo?"

Neighh!!

Ia menggosokkan hidungnya pada tapak tanganku. Aku terpaku akan aksi mendadaknya. Wah, tak sangka aku pandai berkomunikasi dengan haiwan. Mungkin akulah Snow White versi moden ehek.

"Flurbo, ok? Sini sini, budak baik!"

Neigh!

Seperti memahami apa yang aku cakap, Flurbo bermanja-manja denganku. Kepalanya menanduk lembut tubuhku.

"Haha!"

"Now, ride them!"

Arahan Sir Fretz berikan. Masalahnya, aku mana pandai tunggang kuda. Nak naik ke atas kuda pun aku tak reti. Tapi tak salah kalau cuba kan?

"I will give it a try. Go Alice go Alice!"

Aku bersorak untuk diri sendiri sambil berusaha naik ke atas Flurbo. Dia memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memberontak.

Naik. Kaki tak sampai.

Still trying.

Naik lagi. Kaki masih terkial-kial.

Kerana ketinggian tidak mencukupi.

Aku rasa terhina sangat. Baru aku sedar aku ni pendek rupanya. Tak aku tak pendek. Kaki aku je yang pendek badan aku panjang.

"Be careful, fail one step and it will throw you away, far far away! So far away~"

Sempat Sir Fretz menyanyikan lagu So Far Away oleh Suga dan Suran. Kantoi cikgu seorang Army.

Meremang bulu roma aku mendengar pesanan cikgu. Tak pasal-pasal aku pula yang terpelanting jauh nun di atas ya nanti.

Err Flurbo baik orangnya kan? Eh salah, kudalah bukan orang.

Aku menjengketkan kaki dan berusaha naik ke atas Flurbo sekali lagi. Belum sempat aku menaikkan kaki, Flurbo sudah dinaiki oleh seseorang. Satu tangan dihulurkan kepadaku.

"Come."

Ujarnya meminta agar huluran tangan itu disambut.

Kejap!

Ini babak yang aku selalu tengok dalam kisah dongeng, di mana seorang putera menjemput puteri hatinya sambil menunggang seekor kuda. Biasanya kuda putera itu berwarna putih. Namun bagi aku yang berusia hampir genap 15 tahun ini, kisah itu kekal sebagai dongeng semata-mata.

Lagipun sekarang mana ada orang naik kuda. Bahkan keluarga diraja juga guna limousine, takpun jet peribadi. Zaman dah berubah. Ini bukan abad ke-19. Ini zaman di mana manusia hanya mementingkan diri, and we call it as The Era Of Trust No One.

Dan aku tak pernah terfikir babak ni akan berlaku di realiti. Berlaku di betul-betul hadapan mataku. Berlaku kepada diriku sendiri.

Aku meletakkan tanganku di atas tapak tangan Feliks. Dia membantuku untuk naik. Apabila sudah berada di atas kuda, aku sedikit takut kerana gayat. Tinggi juga rupanya kau ni Flurbo. Lagi satu, aku bimbang aku akan hilang imbangan dan terjatuh ke bawah. Badan kuda aku ni bukannya rata sangat, silap duduk sikit boleh jatuh terguling aku ke bawah.

"Hold me tight."

Sambil mengatur posisi tanganku untuk melingkari pinggangnya, Feliks mengoyak senyuman yang manis buatku. Senyumannya berbeza, biasanya Feliks akan senyum menampakkan gigi tetapi kali ini tidak. Apa yang aku lihat ialah bibirnya merah jambunya yang kontra dengan kepucatan sekeliling.

Dari sudut pandangan ini, Feliks yang selalunya kebudak-budakan nampak sangat matang. Jarang aku lihat Feliks berperwatakan seperti seorang putera raja.

Dan sekarang, lelaki di hadapanku inilah putera sebenar, datang menjemputku dengan kuda putihnya.

This is my prince on his white horse.

And this is it, a fairytale comes true.

"Ready?"

Aku mengangguk perlahan.

"Here we go."

Feliks menghentak kakinya ke badan Flurbo, tetapi tidak begitu kuat sehingga menyakitkan haiwan itu.

Neigh!

Flurbo meringkik kuat sebelum mula melangkah.

"Ehhh? What about your horse?"

Tanyaku cemas apabila kami sedang meninggalkan cikgu dan pelajar lain di perkarangan kandang kuda.

"She'll be alright. We're going for just a while."

Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku ponteng kelas. Err kalau merayau-rayau dengan alasan pergi ke tandas tak kira sebagai ponteng kan? Haih tak apalah, janji tak kantoi sudahlah.

"Let's go for a ride around the park!"

Tapak kaki Flurbo seringkali tenggelam ke dalam salji yang tebal. Kicauan burung serta siulan angin bagaikan sebuah orkestra yang harmoni, menjadi muzik latar. Segalanya ibarat sebuah fantasi.

Hutan kecil kami redah bersama. Hanya pokok konifer yang kekal menghijau diselaputi salju tebal. Sebuah ambatan kayu yang cantik binaannya kami lalui bersama. Seperti tempat-tempat lain di akademi, jambatan ini juga mempunyai unsur magis. Tasik kami kelilingi bersama. Sesekali aku ternampak pantulan kami pada permukaan air yang membeku.

Keindahan taman ini aku dan Feliks nikmati bersama.

"Beautiful isn't it, Alice?"

"Yes, very."

Dakapanku pada pinggang Feliks bertambah erat. Wajah aku sembamkan ke belakang badannya, mencari kehangatan dalam kedinginan ini. Dan ya, dalam sekelip mata aku jumpa apa yang aku cari.

"I don't think.. I deserve to ride her."

"Pfft! Why you say so?"

Aku rasa aku tak layak untuk tunggang haiwan diraja seperti ini. Satu lagi, aku tak dapat berhenti fikir yang aku akan jatuh ke bawah. Sukar untuk aku atasi perasaan gayat ini.

"Because.. I don't belong to either royal nor noble."

Feliks memusingkan kepalanya ke belakang. Mata berwarna biru tua miliknya menatapku seketika, sekaligus meningkatkan suhu badanku secara mendadak.

"But, what if I say one day you will?"

Soalan berbaur pernyataan itu tersemai di dalam taman sukma dan kekal berlegar di dalam benakku. Namun, entah kenapa aku biarkannya tak berbalas.

Apa maksud kau Feliks?

Kata-katanya umpama ayat keramat yang dengan mudahnya berjaya mengembalikan keyakinanku. Dengan adanya Feliks bersamaku, aku yakin aku mampu semua buat semua ini. Dari adab hingga adat diraja, tak mustahil aku boleh belajar semuanya.

Dan bercakap fasal Feliks. Sekarang dia tampak berbeza daripada biasa. Rambut peraknya kelihatan sangat mempesonakan dalam suasana bersalji ini. Sepertinya dia dan salji adalah satu, sentiasa berada di sekelilingku, menemani aku.

Indahnya pemandangan ini...

Eh eh ehem ehem. Bukan Feliks ye, tapi pemandangan di sekitar taman ini yang indah.

"May I ask you something?"

"Sure."

"Why do you work at Seven-E?"

Soalku kerana sudah lama aku ingin tahu tentang hal ini tetapi Feliks masih tak bagitahu pun.

"Oh 'bout that thing. A'ight I'll tell, but promise me this will stay as our secret okay?"

Feliks menghalakan jari kelingkingnya kepadaku. Berserta dengan anggukan, aku menyatukan jari kelingkingku dengannya. Sebagai ikatan janji kami.

"I really love animals."

Aku mendengar dengan teliti.

"I have a pet named Cici."

Cici? Comelnya nama, pandai Feliks bagi.

"What is it?"

"A sugar glider."

Oh, haiwan mahal rupanya. Aku ingatkan kucing tadi.

"And here's the problem, my family does not allow me to bring it together with me, to the academy."

Ini kes cinta terhalang ni.

"And you still brought her with you?"

"Good guess. I smuggled her here."

Ujarnya diakhiri dengan ketawa kecil, yang aku tahu bukan kerana gembira.

"That's why I work. I need to buy Cici some foods and supplies. Of course, the costs aren't cheap."

"But you were given a plenty of pocket money right? Then just use it."

"Nope, I can't. My parents are quite strict. They don't let me use my money as free as I want. I must note every of my expenses and each thing I spent my money on. They will check my note every month. Even if I lose only one dollar, they are going to ask."

Susah betul ada keluarga yang terlalu mengongkong macam ni. Kesian Feliks terpaksa kerja keras semata-mata untuk Cici kesayangan.

"Oh I see.."

"Speaking of that, I miss my Cici."

Aku tersengih kecil membayangkan bagaimana rupa Si Cici tu sampaikan Feliks tak sanggup tinggalkan dia.

Kemudian keadaan kembali sunyi. Hanya bunyi tapak kaki si kuda putih yang memecah ketenangan.

"How's Samuel?"

Suara yang tidak begitu garau itu menyoal.

"Not good."

"D*mn, that guy. I knew him since we were children. But back then, he was.. different."

"Different?"

"Yups. I could say that he was much more manlier than me, haha!"

Ujaran disertakan dengan sedikit tawa. Dan aku dilanda kejutan budaya, kejutan elektrik, kejutan hari jadi mendengarnya.

Tak pondan?

Tapi sekarang?

Biar betik?

"Seriously, Feliks?"

"Of course. Why would I lie to you? We hang out together everytime my family visits Spain."

"No wonder the two of you are so close."

"Yeah, we were."

Nadanya kedengaran sayu. Dalam sekelip mata, suasana ceria tadi bertukar suram.

"Then.. why does he changed?"

Beberapa saat diambil sebelum Feliks menjawab pertanyaanku.

"I don't know.. I was dissapointed of this brand new Sam. He is not what he supposed to be."

Aku turut menumpang kekecewaan Feliks. Bayangkan, best friend untill jannah kau yang menjadi teman kau masuk tandas, mandi sungai, ponteng kelas semua tu, apabila dah dewasa tiba-tiba cakap nak tukar jantina. Tak ke sakit jantung dibuatnya.

"He likes me! His own friend! Like what the f*ck?!"

Bebel Feliks dalam keadaan kennot brain.

"Do you know any of his bodyguards?"

Tanyaku penuh ingin tahu lagi tiber.

"Hmm bodyguards huh?"

Feliks mengusap dagunya, sedang cuba mengingat sesuatu.

"I don't think he has any bodyguard. I just remember him having a guardian. If I'm not mistaken, his guardian is his own relative. But I don't think that guy is here in Granté."

"Really Feliks? Does that means he's alone here?"

"Erm, I'm not sure tho. I am close to him as a friend, but I don't know much about his personal life."

Cayalah dapat klu baru!

"How about asking the Prince Of German? Spain and German have a close diplomatic relationship. And from what I heard, the prince is very smart. So he must know many things about Sam. What was his name again? Rubber?"

"Oh you mean Rupert?"

"Yes, Ruu.."

Selama 5 saat 55 milisaat Feliks menyebut perkataan Ru dan akhirnya..

"Ah whatever his name is, that Roo guy who FLIRTED with you right?"

Suaranya sengaja ditekan pada perkataan "flirted".

"No, we are just friends!"

"Nyeh. Friends or not, I don't really like him."

"Why? He is a good person. He helped me a lot of times already."

"Sure he is good to you, but he makes all of jealous!"

"Huh? Jealous of what?"

Soalku hairan. Feliks meng-hmm untuk sekian lama sebelum menjawab,

"Well, since you are cute, I'll forgive you."

Tiber! Aku tak buat salah apa pun, tetiba nak maafkan aku. Sis tak faham bro.

"I kennot bren."

Diserang gelombang tiber, aku menggumam perlahan tetapi didengari Feliks.

"Haha what kind of English is that? Ken and Barbie?"

"You are so tiberlah Feliks! And that is not even funny at all."

"Tibre? What is tibre?"

"Hmph, shut up!"

Neigh!

Aku dan Flurbo serentak mendengus kuat. Wah, bagus kuda ni perangai sebiji macam tuan dia. Feliks pula sibuk mentertawakan aku. But eventhough that laugh is annoying, it does heal me. It sounds pleasant, to be honest. I wish I can hear it forever. And ever.

Izinkan saya akhiri chapter ini dengan sebuah lagu yang saya yakin anda pasti familiar. Ehem ehem, drum roll please!

big blue eyes
pointy nose
working hard
and finding cash
tiny lips
up the north
suddenly you're standing still
your fur is white
so beautiful
like an angel in disguise

Saya tahu saya tiber tapi saya rasa lagu ni memang sesuai dengan Feliks. Okey, sekian itu sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top