xix | hot choc on cold evening
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Happiness is a hot drink
on a cold day ❞
Dengusan yang ke-20 aku lepaskan sekuat hati sehingga berterbangan daun-daun luruh yang berlonggok di sekitar kaki. Fed up. Suasana terlalu sunyi sampaikan hanya 'suara' Pekan Idyllisch yang kedengaran. Itu pun cuma tapakan kaki mereka yang lalu-lintas dan sedikit bual bicara. Tetapi antara aku dan dia, langsung tiada sebarang bunyi.
Cuma aura gelap yang menusuk jauh ke dalam sum-sum tulang dapat kami berdua rasakan. Seram dan bikin naik segala jenis bulu tak kiralah bulu ketiak mahupun bulu pubis. Perkataan terakhir itu mengandungi sedikit unsur bongok tetapi ia satu kenyataan.
Dari mana datangnya aura gelap itu? Tidak lain tidak bukan, dari akulah. Takkan dari si Feliks yang asyik tersengih-sengih 24/7 itu pula. Kalaulah aku boleh jadi macam dia, sentiasa tersenyum seperti hari-harinya tidak pernah mengecewakan.
Sebut fasal makhluk asing dari planet bernama Rusia itu, aku tahu ada sesuatu yang dia nak cakap tetapi entah pahal sejak tadi masih lagi teragak-agak.
"Er-erm..."
Seakan buntu, dia menggaru-garu belakang kepala. Runsing benar nampaknya. Topi Be Positive miliknya sudah lama tertanggal semasa sesi mencari krim di 7/11 tadi.
Bukan hanya di Seven-E, boleh dikatakan hampir setiap kedai yang terdapat di Pekan Idyllisch sudah kami pecah masuk dan selongkar. Semua pekerja kedai yang tidak bersalah dalam kes 'Kehilangan Krim Ubat Alice' telah kami soal siasat macam penjenayah. Beginilah dia, menjadi perompak dan polis dalam masa yang sama.
"Seriously, this is all Livio's fault."
Akhirnya, Feliks berjaya mengeluarkan kata-kata yang dari tadi tersekat di kerongkongnya.
"Yeah..."
Jawabku ringkas, tak tahu nak kata apa lagi.
"But nope. This is all my fault, too. If only I remember where I put that d*mn thing."
Aku menambah selepas beberapa ketika berdiam diri. Tubuh aku hempas kuat pada bangku. Terasa kedinginan kayu itu meresap melalui pakaian hingga ke dalam setiap lapisan kulitku.
"Don't blame yourself. And hey, since when you started cursing?"
"Since I have social media."
Selama sepuluh minit kami duduk berehat di atas bangku ini. Nak berdiri pun dah tak larat. Hanya kerana mencari sejenis krim yang digunakan untuk mengubat lebam, kami menjadi seletih ini.
Aku dan Feliks duduk bersebelahan menghadap tebingan Sungai Granté. Di seberang sana kelihatan deretan bangunan yang berbeza ketinggian dan warna dengan satu siri basikal diparkir di bawahnya. Tingkap yang kebanyakkannya berbentuk segi empat dengan pecahan putih di dalamnya menyerlahkan lagi keindahan seni bina Belanda di sini.
Pemandangan ini aku cuba nikmati walaupun jiwaku masih tidak tenang selagi aku tak jumpa krim itu. Air Sungai Grantè yang mengalir tenang di bawah sana aku renung. Jernih sekali bagaikan kristal yang telah dicairkan dengan helaian daun berwarna oren menghiasi permukaannya. Sedikit sebanyak kecantikan semula jadi yang sedang aku tatap ini berjaya mengurangkan perasaan marah, geram dan bengang yang aku rasakan.
Waktu itu terlintas di fikiranku, jikapun aku duduk di atas bangku ini tetapi bersendiran, pasti tidak akan seronok juga. Mesti ada seorang peneman, barulah lengkap dan sempurna. Seperti seorang sahabat bukan? Tanpanya, hidup kita akan menjadi sunyi.
Sekarang aku tidak sunyi kerana adanya Feliks bersamaku di sini, menjadi temanku buat petang ini. Dan ia lebih daripada definisi lengkap dan sempurna itu sendiri.
"Aha!"
Pantas aku menoleh, terkejut akan ke-tiber-an jeritan Feliks. Punyalah aku jiwang dalam hati dia boleh kacau mood. Niat aku untuk marah terbatal apabila dia memberikan senyuman yang manis dengan sebelah matanya dikenyit.
"I know I know I know! Please wait here, Alice! I'll be back in just a couple of minutes."
Feliks angkat dari bangku dan berlalu dari sini dengan tergesa-gesa. Gelagatnya tak pernah tak mencuit hatiku. Tak ubah macam bebudak, comelnya! Tetapi kadang-kadang menyakitkan hati juga. Ah, itu biasa! Kawan mana yang tak menjengkelkan? Kalau tak sakitkan hati, fakelah namanya.
"HEYYY!!!"
Suara itu menerjah masuk ke dalam telinga, kuat dan bingit hinggakan aku hampir terjatuh dari bangku.
"Adoi!!!"
Aku menggosok-gosok telinga yang aku rasa gegendangnya sudah koyak-mengoyak akibat serangan tadi. Tinggi semacam pula tekanan dalam kepala aku ni.
"Hahahahaha!!!"
Gerangan berambut perak itu gelak sakan sampai merangkak. Habis berselerak dedaun luruh di atas tanah dibuatnya.
"Feliks! Bodoh ahhh!!!"
Feliks ketawa terbahak-bahak tanla mempedulikan pejalan kaki di latar belakang yang asyik memerhati. Tawanya semakin menjadi-jadi seraya dia menerima pukulan bertalu-talu daripadaku.
"Is that a Malay? Sounds like language in The Sims 4!"
Aku tidak menjawab soalan Feliks, sebaliknya hanya menjeling geram. Bibirku mencebik panjang.
"Alice, you are so funny! Remember when you shouted at Curt during PE? Ahahahaha!"
Aku tak ingat yang aku pernah malukan diri sendiri semasa kelas PE apabilanmenjerit kuat hanya disebabkan seorang lelaki yang merupakan rakan sekelas terlalu hampir denganku. Aku ulang, aku tak ingat satu apa pun.
"Sh-shut up!"
"Aww, your face is red!"
"Oh, ye eh?"
Aku memegang pipi dengan kedua-dua tapak tangan, tetapi aku tak dapat rasakan apa-apa haba pun?
"Just kidding!"
Sabar Alice sabar.
"Your face..."
Tawanya berhenti seketika dengan sebelah tangan menekup mulut.
"-I can't help but laugh! Looks like a cute piglet! Ahahahaha!"
Tak kiralah sealim mana pun, semua orang mempunyai had sabar masing-masing yang kalau dilepasi, akan meletup gunung berapi. Kali ini, kesabaranku telah dicabar dengan begitu hebat sekali dan aku tak mampu meneruskannya lagi. Sekarang kau terimalah akibatnya!
"Awwwuuuccchhh!!"
Feliks mengerang kuat mengalahkan seorang wanita yang sedang melahirkan anak. Semakin kuat aku menarik telinganya, semakin tinggi amplitud jeritannya. Eh terbuat hipotesis pula.
"Woc-watch out!"
Sebelum sempat aku menghadam amaran Feliks, terlebih dahulu percikan yang panas mendarat pada wajahku. Mataku tertangkap sesuatu di tangan Feliks.
Rupa-rupanya sejak tadi dia memegang kemas dua cawan jenis mug yang salah satunya diukir dengan tulisan Felix Fed. Cuma aku sahaja yang dari tadi tak perasan kehadiran cawan-cawan itu.
"Hey, you okay?!"
Aku terpinga-pinga dengan soalan "How long have I been zoned out?" berlegar di minda. Feliks aku pandang semula. Riak wajahnya menunjukkan kerisauan dan juga kesakitan. Nisbah 1 kepada 5.
"I'm okay. Always."
Pertanyaannya aku jawab apabila berjaya mendapatkan kesedaranku semula.
"Oh good. Umm, Alice. My ear..."
Pandanganku melorot dari mata biru tua milik Feliks kepada telinganya yang sudah merah.
"I'm so sorry!"
Cepat-cepat aku lepaskan telinganya dengan disusuli macam-macam perasaan yang bercampur-aduk di sanubari, ibarat adunan kek lapis Sarawak yang sudah dimasukkan dengan semua jenis bahan tetapi hasilnya macam puding.
Rasa bersalah, ya.
Rasa terkejut, ya.
Rasa gembira, ya.
Rasa terharu, semestinya.
"I like it."
Ujarnya tiba-tiba, masih lagi menyimbul senyum. Kala itu baru aku sedar, lelaki ini memiliki pengaruh yang betul-betul kuat. Berada dekat dengannya memberikan aku harapan, harapan agar segala apa dalam hidup aku ; dulu, kini, nanti, semuanya akan baik-baik sahaja. Umpama sifat optimistik yang tak pernah luntur itu dipindahkan dari dirinya kepadaku.
"You mean, you like me pinching your ear?"
Tangan aku hampirkan ke telinganya dan serentak dengan itu aku dapat mengesan kepucatan dalam air mukanya.
"Mayyybe but I mean... I just like everything we did together."
Terus dia mengundurkan kepala ke belakang, jelas tengah berusaha mengelak cubitan yang kedua daripadaku. Aku undurkan tangan, memberikannya ruang untuk bergerak.
"No, I didn't like it."
Feliks mengambil tempat duduk di sebelahku. Sebuah mug berisi minuman panas dia hulurkan kepadaku. Mula-mula aku sedikit ragu untuk mengambil salah satu mug dari tangannya. Namun tatkala melihat senyumannya yang terlalu lebar lagi meyakinkan, akhirnya mug begin. aku ambil dengan berhati-hati.
"-I love it."
Katanya sebaik sahaja mug tersebut berada dalam peganganku. Kedua-dua belah tangan aku guna demi memastikan kestabilannya. Minuman yang masih panas itu di dalam mug itu aku hidu. Aroma koko yang pekat menusuk hidungku, yakni aku yakin ialah Milo tenaga untuk melangkah jauh. Hari sejuk macam ni pekena Milo panas, pergh!
"Thank you."
Ucapku sekali dengan senyuman ikhlas. Feliks yang baru sahaja nak hirup Milonya, menoleh kepadaku.
"No problem!"
Dia menghadiahi aku satu senyuman. Senyuman yang mampu menceriakan apa jua keadaan panik mahupun situasi getir. I told you, he's a pure sunshine.
"I should thank you too, for becoming a friend of mine."
Saat itu aku hargai, sematkan sebagai sebuah memori yang tidak akan pudar ditelan masa. Jika difikirkan balik, banyak juga kenangan suka dan duka sudah aku kumpul sepanjang sebulan berada di sini, di Granté ini.
Baru satu bulan kot, bukan satu tahun. Agak-agaknya apa lagi yang akan berlaku nanti ya? Atau dalam kata lain, pengembaraan apa yang bakal aku lalui selepas ini?
Coklat panas aku hirup perlahan, dalam usaha untuk menikmatinya. Perisa kokonya sedikit pahit tetapi selepas kepahitan itu pastinya datang kemanisan. Tak ubah macam kehidupan.
"Know what?"
Feliks akhirnya bersuara sekaligus memecahkan kesunyian yang hanya berlaku antara kami berdua. Tidak seperti tadi, aku suka ketenangan ini.
"Alice Allyna don't need that cream to heal her bruise."
Dia menghirup sedikit lagi Milo itu yang baru aku terfikir entah dari mana dia dapat tadi. Biasalah aku ini, orang bagi aku jelah. Rezeki tak baik ditolak kan?
"She can stand it..."
Secangkir minuman dalam tangan dia letak di atas bangku, lalu menghadapku. Aku hanya membalas tatapannya, sebelum satu sentuhan terasa pada bahagian dahiku yang dihempap bola.
"-on her own."
Kecil sahaja suaranya sehinggakan aku menyoal diri sendiri, "Benarkah ini Feliks Fedosov, lelaki yang selalu buat onar dalam kelas aku tu?" Aku masih lagi terbungkam akan tindakannya yang tiba-tiba, membiarkan dia terus mengusap lebam yang ketara pada dahiku. Langsung tidak aku rasa sakitnya padahal sebelum ini menyengat sekali. Sungguh, sentuhannya begitu ajaib.
"Because I believe she is strong."
Rambutku dielus perlahan, mendedahkan sebahagian besar dahiku yang lebam.
"I hope she believes it too."
Tiada perkataan yang mampu mengungkapkan perasaanku ketika ini, ketika dilayan sebegini baik oleh seorang lelaki yang aku baru kenal tak sampai satu bulan. Mereka pesan, jangan percayakan kata-kata manis seorang lelaki. But believe it or not, I choose to believe his words, and at the same time, believe in myself.
Aku mengukir senyuman yang aku sendiri tak mampu kawal. Cukup atau mungkin, terlalu gembira mendengar ayat-ayat penaik semangat itu. Cuma pernah berlaku beberapa kali sahaja seumur hidup aku, seseorang mempedulikan perasaanku.
"Thanks. That does comfort me. A lot."
Lepas jua patah-patah yang sukar benar aku ungkap lalu minuman coklat yang semakin menyejuk aku teguk semula. Aku dapat rasakan ia mengalir lancar ke dalam esofagus. Inilah ketenangan yang aku cari sejak aku menjejakkan kaki di pulau ini, sedamai aliran sungai yang terdampar panjang di hadapan kami. Suasana tenang itu berkekalan lama dan seakan selama-lamanya, sehinggalah...
"FELIKS!!!"
Aku kenal suara gedik itu, apatah lagi Feliks yang dari kecil selalu mendengarnya. Kami berdua lantas menoleh ke arah datangnya suara milik si perempuan jadian itu.
"I want some hot drinks too~"
Dia melompat ke arah kami dan mujur Feliks sempat mengelak.
"You have hands? You have legs?"
Tanpa belas kasihan, Feliks memijak-mijak punggung Samuel yang sudah tertiarap di atas bangku, betul-betul di sebelah aku. Cara dia tengok Samuel nampak seperti orang nak pergi berperang.
"Of course I have!"
Samuel melentokkan setiap anggota badannya sebagai bukti. Sumpah aku beritahu, dah tak macam manusia lagi dah.
"Then, just go get it yourself!"
"Unfair! Why Alice ge-"
Satu sepakan yang lebih kuat berbanding tadi Feliks lepaskan pada punggung Samuel, menyebabkan aku dan pondan itu dua-dua terlonjak.
"Alice is Alice, Samuel is Samuel, AND ALICE IS A GIRL, SAMUEL IS A GROWN-UP GIRLY GUY!"
Pantas Feliks memotong desakan Samuel. Tak sangka boleh tahan kejam juga dia ini. Biasanya di kelas sempoi je. Cikgu mengajar di depan dia boleh ajak aku korek hidung berjemaah lagi. Dan sebelum korang salah faham, aku nak tekankan yang aku tak pernah terima ajakan gila-gila dia tu.
"How could you Feliks?!"
Samuel pura-pura mengesat air mata yang tak pernah wujud. Sekali lagi dia datang mendekati dan mula bermanja-manja dengan Feliks yang hirau tak hirau.
Apa yang aku lihat sekarang ialah seekor sotong merah menepuk tampar seekor musang kutub menggunakan tentakelnya yang cuma ada dua sahaja. Weh mata aku dah rabun ke apa ni?
"Gimme gimme gimme!"
Mulalah bergaduh lagi suami isteri sama jantina ini. Sementara mereka berdua asyik bertekak, aku yang sedikit pun tidak menyampuk hanya memerhati.
"Hahaha!"
Geli hati aku melihat kerenah mereka berdua yang tak padan dengan usia. Siapa sangka menghiburkan juga tengok pergaduhan rumah tangga pasangan Sameuliks ini.
Aku yakin sangat walaupun Feliks tak akan mengaku sampai bila-bila, sebenarnya mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat. Maksud aku dalam situasi ini ialah hubungan persahabatan, bukannya hubungan lain-lain yang bersongsangan dengan lumrah manusia.
"Nyet, nyet, NETU!"
Aku memberikan masa kepada Feliks dan Samuel untuk saling bertikam lidah. Mungkin dengan cara ini dapat memberikan kebahagiaan kepada si sotong bertentakel dua itu.
Sekejap!
Aku baru terfikir...
Kenapa pula anak kepada Tsar Rusia bekerja sebagai juruwang di Seven Eleven?
T H E H E C K ? !
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top