viii | rescue mission

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

No one is useless in this world who lightens the burdens of another

Sesekali telefon dalam genggaman bergetar. Dan setiap kali ia bergetar itulah, aku mendecit.

Prince_Sam Official : I'm cominggg!!

Sekarang aku tengah berdiri betul-betul di hadapan bangunan asrama lelaki, Hercules Dormitory. Lenguh juga kakiku setelah terlalu lama berdiri. Kalau nak diikutkan hati memang taklah aku nak buang masa menunggu di sini.

Aku takkan berada di sini kalau bukan kerana seekor sotong kurita tak bertulang bernama Samuel.

Kisahnya bermula begini.

Prince_Samuel Official
online

Alice!!!

Have you arrived at the class??

im on my way now

Mind if you go here first? 😣

go where

Our dorm

wut the f

I really need help right now 🙏

but it's the male dorm

i can't be there sam 😑

or im dead for my whole life

Just drop by

I would really appreciate it 😢

ugh fineee 🙄

i'll be there soon

Muchas gracias 😘

Seperti sehelai kain buruk yang renyuk teruk setelah digunakan untuk mengelap lantai, begitulah jijiknya muka aku apabila melihat emoji flying kiss itu. Sumpah geli. Aku sendiri pun jarang pakai emoji itu.

Aku membaca digit yang tertera pada bahagian teratas skrin telefonku, iaitu 7.15 a.m. Sabar jelah, tak lama lagi sampailah sotong jadian itu kot.

🍁🍁🍁

Jadi, 20 minit sudah pun berlalu dan aku masih lagi menantikan Samuel. Batang hidung pun belum nampak lagi ini. Luar biasa sungguh prinsip masa budak ni.

Sepanjang aku berada disini, sudah lebih 300 orang pelajar lelaki keluar dari bangunan ini menuju ke kelas masing-masing. Tengoklah betapa bosannya aku sehinggakan orang keluar masuk bangunan pun aku sempat kira. Dan sejujurnya aku cemburu tengok asrama yang mempunyai ramai penghuni ini.

Kesian kan aku?

"Phewitt!"

Kedengaran kuat bunyi siulan yang datangnya dari sekumpulan pelajar lelaki di kejauhan. Setelah memastikan tiada manusia lain berdiri di sini selain aku, barulah aku yakin yang siulan itu ditujukan kepadaku. Aku kena periksa dulu, sebab aku ada banyak sejarah di mana aku membalas senyuman mereka yang disangkakan menegur aku, tetapi rupa-rupanya orang lain di belakangku.

"Hey sheila, are you alone?"

Sekali lagi aku buat muka jijik tahap pengelap mangkuk tandas dengan kerutan yang terlebih kuat pada kening.

"Eh no lahhh! I'm with my friend, see, my friend?"

Aku meletakkan tangan di atas bahu 'rakan'ku, yang kalau korang tengok bagaimana rupa aku sekarang, pasti nampak macam orang tak siuman.

"Oh my, she's fierce. I like it."

Ha amik kau, Alice! Siapa suruh pergi layan kangaroo-kangaroo ini? Masalah yang timbul kerana kesalahan aku sendiri semakin menjadi-jadi apabila mereka datang mendekati.

"Look, she's an Asian!"

"Reckon!"

Betapa besarnya mata mereka terbeliak apabila mendapat tahu bahawa aku ini orang Asia. Masing-masing sibuk menampar satu sama lain tanda tidak percaya.

"Yes, I am an Asian! Do I look like an alien to you?"

Ujarku tak bertapis. Mana aku tak nak berang weh, aku ini nampak macam manusia dari planet mana di mata dia? Macam tak pernah tengok orang benua lain padahal pulau tempat dia tinggal pun taklah jauh sangat dari Kepulauan Borneo. Australia je kot, bukan Antartika.

Pak pak pak!

"Auch!"

Tiga pukulan mengena tepat mereka dengan satu pukulan untuk satu kepala.

"Dudes, stop! You guys make her feel uncomfortable!"

"Horane, you turned it off!"

"Turn off what?"

Soal Hawkin sambil berpeluk tubuh. Gayanya tak ubah macam pengetua sekolah lama aku. Cuma ini versi muda, hot dan hens- Maksud aku, *cough* versi muda, *cough* noktah.

"Ya turn what?"

Sesungguhnya saya ini innocent orangnya.

"Oh heya Alice, don't mind 'em. I'll take them far away from you."

Bibirnya membentuk senyuman yang terang bagaikan langit di sore hari, berwarna biru, sebiru hatiku.

"Well, I suppose. Thank you."

Next.

"This is unfair, you know her!"

"Bloody oath!"

"Of course, we are in the same class dumbasses."

Ketiga-tiga budak Australians tersebut terlopong lagi. Besar bukaannya sampaikan boleh masuk penumbuk.

Aku ada satu soalan. Betulkah sekolah ini hanya untuk golongan bangsawan? Kenapa aku tengok budak-budak sini macam semua terputus segala saraf?

"The only girl in school is his classmate, lucky guy!"

Hawkin hanya tersengih bangga. Walaupun sekadar satu sengihan, aku yakin ia mampu meraut hati ramai gadis.

"Anyway Alice, you should hurry to the class. And may I know what you are doin' here infront of the male dorm?"

Soalnya penuh hairan.

"Oh I'm waiting for Samuel. It had been an hour since I stand here."

Mendengar jawapanku, Hawkin terangguk-angguk dengan ekspresi wajah yang seolah-olah berasa lega. Aneh betul. Apa yang hendak dilegakan?

"I see. Okay then, just don't be too late!"

Ujarnya sambil menepuk bahuku.

"Okie-dokey! See ya later."

Lalu Hawkin pun mengheret tiga orang pelajar yang masih belum berhenti terlopong itu pergi dari sini.

🍁🍁🍁

7.40 a.m.

Jariku pantas menekan butang call, terikut-ikut dengan perasaan kurang sabar.

Tut...tut...

Tunggu punya tunggu. Jangan akak operator pula yang menjawab sudahlah. Kalau ya, sesiapa yang sukareka tolong galikan lubang kubur untuk aku.

"The number you are dial-"

Dan akhirnya akak operator yang mengangkat panggilanku. Mana sukarelawan tadi? Nah, cangkul.

"ALICEEE!!!"

Aku menoleh seraya namaku dipanggil. Baru aku berniat nak melangkah pergi ke kedai cangkul yang terdekat.

"Oh, thank God! You came!"

Seperti seekor sotong yang berenang di air cetek, Samuel berlari ke arah dengan mulutnya asyik tercungap-cungap mencari nafas.

"Yeah-"

Belum sempat lagi aku membebel, terlebih dahulu dia berjaya membuatkan aku membisu. Dan Samuel boleh tersenyum lebar macam segala-segalanya adalah normal.

Baiklah semua, setiap kali pergi ke kelas, apa yang biasanya kita akan bawa?

Buku, wajib.
Bekas pensel, wajib.
Komputer riba, sunat.
Mungkin sebuah fail, harus.
Telefon bimbit, makruh.
Rokok dan pencukur bulu, haram.

Namun, sekarang aku kehabisan idea apa yang dibawa oleh Samuel.

Memadailah kalau menggalas sebuah beg kanvas seperti aku sekarang.
Janji segala buku dan peralatan yang diperlukan untuk menimba ilmu boleh dimuatkan.

Tetapi Samuel...

"What's with these bags?"

Dengan muka tak bersalah, Samuel terkedek-kedek menghampiriku.

"That's why I need your help."

Oh cop!

Jadi inilah bantuan yang dia perlukan sangat tadi? Bermaksud aku tunggu selama hampir sejam di sini hanya untuk membantu Samuel mengangkat beg-begnya?

"Holy sh*t..."

Aku memanjangkan leher, cuba untuk mengintai berapa banyak beg yang Samuel bawa bersamanya.

Sebuah beg galas di belakangnya serta...
Satu,
Dua,
Tiga bagasi?!

Masya-Ampun!

Adakah aku sebenarnya yang sudah tidak pandai mengira?

Samuel pula cuba menagih simpati daripadaku dengan menunjukkan puppy-eyes dan doggy-face yang tak comel tetapi erm bolehlah comel kepadaku.

Mengalah jelah Alice.

🍁🍁🍁

"What the hell do you keep in these bags?"

Sesekali bagasi milik Samuel terlanggar batu-batuan yang tertimbul pada laluan pejalan kaki.

"Clothes, you know that."

Keningku dikerutkan sambil kakiku masih pantas melangkah. Tanganku masih lagi menarik bagasi pondan ini seperti seorang kuli batak.

"I can't wear the same clothes until 3.00 p.m."

Kegedikan sedia ada ditambah lagi dengan kegedikan yang berlipat ganda tahap sotong kena rebus menggunakan air yang menggeledak.. Pantai versi lelaki.

"Well, I can."

"Oh gosh! You must have been so smelly!"

Dia memicit hidungnya yang tak berapa nak mancung dengan muka yang lebih jijik daripada muka aku tadi. Kalau bukan sebab dia ini putera raja, memang dah lama aku kasi lempang.

"I thought that there will be butlers in this academy. That's why I brought these, usually I got assistance to carry these bags."

"So now I'm your maid?"

"No..."

Katanya sambil menggulingkan mata ke atas.

"-you are my girl friend."

Aku tahu Samuel tak maksudkan kata-kata itu. Tetapi kenapa aku berdebar-debar sangat ni? Sepanjang aku berada di akademi ini entah sudah berapa kali aku merasakan debaran. Barangkali kerana aku tak pernah mempunyai ramai rakan lelaki.

Sudah cukup sudah Alice, cukuplah berangan.

"Actually there should be butlers here so that they can help us doing our stuffs."

"I never had any butler in my life and gladly, I'm still breathing. I lived."

"Nah, I know you don't have enough money to hire a butler."

Terasa kepala dihempap batu belah batu betangkup.

"But if there are only clothes, then why so many luggages? A luggage would be enough."

"You forgot something!"

Ujarnya sambil melentok-lentokkan tangan di udara sehingga hampir tertampar wajahku.

"Mi fragancia. I neeeed to smell nice for the whole day."

Aku memandang sekilas bagasi yang sedang aku tarik ini. Jadi maksudnya dalam ini dia simpan minyak wangilah kan? Agak-agaknya berapa liter minyak wangi dia angkut eh?

"Mi talco...-"

Tepat ketika itu, keriakan Samuel tergganggu.

"Privyet rebyata!"

Kedengaran satu jeritan yang nak kata jauh, tak juga, nak kata, pun tak juga.

"Oh yeah akhirnya ada juga orang lain yang akan tolong bawa bagasi budak ni!"

Jeritku dalam hati. Penyelamat sudah muncul jadi tak payahlah aku tarik sampai dua bagasi sekali. Kalau bagasi ini ringan tak apa, tetapi ini lagi berat daripada seguni telefon hasil rampasan guru disiplin.

Aku dan Samuel serentak menoleh ke belakang. Dan muncul dalam pandanganku, seorang manusia kacukan musang putih memecut ke arah kami berdua. Senyumannya lebar benar. Boleh dikatakan sehingga ke telinga. Bagusnya budak ini pagi-pagi lagi dah senyum lebar.

Tak macam aku ini, asyik bermuram wajah.

"Hi there, Feliks!"

Aku membalas mesra sapaannya.

"Feliks, mi amor!~"

Diikuti oleh Samuel. Cuma dia dengan sapaan yang pelik intonasinya. Err... ada sesiapa di sini tahu maksud mi amor tak? Mohon bagitahu aku.

"Glad I met you two, I was a bit late today! My alarm just didn't go off."

Percayalah, Feliks. Kau akan menyesal sebab terjumpa kami.
Feliks berlari anak mendekati kami dan seperti yang aku jangkakan,

"Woah!"

Matanya membulat sebesar mulutnya yang turut ternganga.

"What's with those bags?!"

Dengan itu, aku dapat meneka apa yang bakal berlaku selepas ini.

Bangunan Akademik - Epitychia

Aku terkulai layu di atas kerusi ottoman yang disediakan di kawasan lobi bangunan akademik. Samuel juga sama, tetapi lebih parah daripada aku. Sekali tengok nampak macam sotong gergasi yang lembik kerana direbus terlalu lama. Sementara Feliks pula, bergerak ke depan pintu masuk,

Ding dong!

"Haha!"

Dia mengundurkan langkah. Dan kemudian mara ke hadapan semula.

Ding dong! lagi.

Budak ni tak pandai letih ke? Maka berulanglah kitaran tersebut sehingga dia mulai bosan. Tetapi aku tengok dia ini macan tak pandai bosan-bosan. Mudah terhibur sungguh.

Begitu aktiviti kami dalam usaha membuang kepenatan kerana mengangkut bagasi seorang lelaki ke perempuan ke sotong entah, yang tak sanggup menggunakan pakaian seragam yang sama dari pagi hingga petang. Berbaki lima minit lagi sebelum kelas kami bermula.

"Huff! Huff!"

Samuel pula yang tak berhenti mencungap meskipun sebenarnya aku dan Feliks yang berhabisan mengerah tenaga untuk mengangkat bagasinya. Bertaubatlah aku nak tolong saudara sejantina Sajat ini lagi.

"At least we arrived on time."

Kata Feliks yang masih boleh tersenyum lebar lagi.

"True."

Balasku ringkas sebab tak tahu nak cakap apa.

"Rebyata, let's get going! Before Madam Hilda goes mad."

Feliks yang sudah bosan bermain dengan pintu automatik mengusulkan cadangan. Eh, pandai pula dia ini bosan?

"I had enough of her madness."

Bersetuju dengan cadangannya, aku turut mengangkat punggung dari kerusi walaupun aku juga masih keletihan.

"Relajar, guys."

Samuel menahan kami dengan nafas yang tersekat-sekat. Sudahlah minta tolong orang, sekarang dia pula yanh mengada-ngada. Dan cakap dalam Bahasa Inggeris boleh tak? Kau ingat aku boleh faham ke bahasa kau? Kalau setakat despacito suave suave sito itu aku tahulah.

"Can we go first?"

Soal Feliks. Masih terukir senyuman di bibirnya sambil menantikan jawapan daripada Samuel.

"Okey but take a good care of those bags."

"Ceh, lain kali bawak beg banyak-banyak lagi! Bawak sampai sealmari pakaian kau."

Bebelku sambil menggulingkan mata sementara mereka berdua hanya mampu mendengar dengan penuh tanda tanya.

"Qué?"

Izinkan saya mencampak budak ini balik ke Sepanyol walaupun saya tahu maksud qué itu ialah apa.

"Kharasho, let's go Alice."

Aku dan Feliks mula mengorak langkah menuju ke koridor. Sempat aku menoleh kearah Samuel. Mulanya aku mahu melambaikan tangan tetapi terbantut pula niat tatkala melihat Samuel yang seperti sedang...

"What's wrong?"

Soalan Feliks membuatku tersentak. Pantas aku berpaling semula ke hadapan.

"Nothin'."

Adakah itu cuma imaginasi aku atau Samuel memang jeling aku tadi? Takkan dia nak cemburu pula?

Ataupun...

Weh weh takkanlah kot!

Aku mula membuat andaian sendiri atau dalam bahasa kurang sopannya, fikir yang bukan-bukan. Tak, Alice, tak baik berburuk sangka tau.

Tapi... Samuel itu tak songsang kan?

"What kind of weirdness is this?"

-terucap dari mulutku tanpa sengaja, tetapi mujur Feliks tidak terdengar apa-apa.

Bangunan Akademik - Tharros

Aku berjalan beriringan dengan Feliks menuju ke kelas. Masih berdiam diri aku sejak diberikan jelingan sakaratul maut oleh Samuel sebentar tadi.

"Are you okay?"

Soalnya lembut dengan senyuman ceria tidak lekang di bibir.

"Yeah, don't worry!"

Isyarat tangan 'OK' aku tunjukkan beserta senyum yang cuba aku larik selebar miliknya, tetapi tidak berjaya. Akibatnya, bibir aku sakit.

Kami teruskan perjalanan ke kelas. Sesekali aku mengerling ke arah Feliks yang begitu besar setiap langkahnya. Meskipun dia langsung tidak merungut, dahinya lencun dibasahi peluh.

Kesiannya, ini semua gara-gara Samuel!

Apa kejadah dia bawa tiga bagasi pergi ke kelas? Kalau dia dapat angkut ketiga-tiga bagasi itu seorang diri, tidak menjadi masalah. Tetapi dalam kes ini orang lain pula yang menjadi mangsa ketamakan serta kehalobaannya.

Sapu tangan yang masih bersih suci di dalam poket blazer aku capai. Feliks hanya mengerutkan keningnya, menantikan apa yang bakal keluar daripada poket Doraemon aku ini. Manalah tahu tiba-tiba muncul 'take-copter' pula kan?

Peluh yang tadinya bertakung diatas keningnya hampir-hampir mengalir, cepat-cepat aku lap. Serta-merta dengan itu, air wajah Feliks berubah. Buat pertama kalinya dia yang dikenali dengan sifat kecoh terbisu. Tubuhnya kaku seakan masa sedang terhenti.

"A-alice!"

Peluh di dahinya aku usap perlahan-lahan menggunakan sapu tangan.

"Shshh..."

Aku mengangkat telunjuk ke bibir, mengarahkan Feliks untuk senyap. Bukan saja-saja aku buat macam ini. Takkanlah kami nak datang ke kelas dalam keadaan bermandikan keringat? Kenalah kemaskan diri di luar kelas sebelum melangkah masuk. Tetapi kalau nak masuk terus pun boleh asalkan sudah bersedia untuk dihentam Hilda.

Feliks masih menguncikan mulut. Matanya juga tidak berkelip walau sekali umpama bermain Do Not Blink Challenge. Tersengih kecil aku melihat budak paling bising dalam kelas Grade 1 Tetris ini menjadi bisu.

"What's wrong with your ear? Why is it so red?"

Sejurus selepas aku berkata sebegitu, Feliks sempat berpaling mata beriris biru tua miliknya terbeliak besar. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan sambil merenung ke arah lain. Kemerahan di telinganya semakin merebak.

"Th-thanks..."

Suaranya begitu sayup kedengaran walaupun biasanya suara Feliks memang terlebih lantang dan bernada ceria.

"No problem!"

Balasku dengan senyuman yang mesra. Dengan tidak semena-mena wajah Feliks memerah, sepenuhnya.

"Uh, hey! Are you sick?!"

Cemas aku melihat kulit muka yang biasanya pucat itu berubah merah seperti dicekik lehernya.

"Koff koff!"

Feliks terbatuk-batuk kecil walaupun aku tahu dia tak batuk mahupun sakit tekak, sebelum menarik nafas yang dalam dan berkata,

"Argh what's wrong with me!?"

Kepalanya yang juga aku yakini tidak gatal dan tidak berkutu dia garu.

"I-o-kay!"

Dengan jari-jemari yang masih menggigil, Feliks menggenggam tanganku. Terasa getaran berfrekuensi tinggi dari tangannya dipindahkan kepadaku.

"Uh, I-I mean okay."

Dia memejam matanya rapat, masih menggenggam kuat tanganku. Sungguh tak terlintas di fikiran aku akan berlaku situasi ini.

"Don't mind me Alice, I just..."

Bibirnya diketap kuat. Seluruh bahagian kepalanya memerah bak buah tomato.

"Are you scared?"

Tomato bergerak tersebut menggeleng.

"Nervous?"

Soalku lagi.

"Nyet- I mean, no."

Tarikan dan hembusan nafas yang dalam telah sedikit sebanyak memudarkan kemerahan pada wajahnya.

"I'm sorry."

Ucapku padahal aku sendiri tak tahu mengapa aku perlu meminta maaf.

"No, it's not your fault. You just wanna help me I know."

Ujarnya dengan bersungguh-sungguh sambil menggoncang tanganku dalam setiap kata.

"It's just that I had never been so near with girls."

Goncangannya mulai perlahan sebelum lama-kelamaan, berhenti.

"And guys, too. And anyone, actually."

Siapa sangka Feliks Fedosov, seorang budak yang sentiasa ceria dan gembira ini, kini berdiri tegak di hadapanku, dengan wajah yang tampak kelam, menatapku sayu.

"You... never had any friend?"

Aku menyoal teragak-agak, bimbang akan menyakiti hati Feliks namun mujur tidak.

"Yes. But no. I had a friend once. A very good friend."

Katanya beserta senyum tawar yang sangat bertentangan dengan dirinya yang selalu.

"I..."

Terungkap olehku dengan tiba-tiba tanpa dijangka, tetapi dibiarkan tergantung lama sebelum aku punya sedikit keberanian untuk menyambung.

"-can be your friend!"

Betapa sunyinya keadaan ketika itu sehinggakan satu apa bunyi pun langsung tidak kedengaran. Kecuali nafas kami berdua. Kecuali suara hatinya yang seakan aku dapat dengari. Ia satu sorakan. Kegembiraan. Yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

"You-"

Ungkapannya terhenti di situ oleh senyumannya sendiri. Senyuman yang terlalu bahagia untuk seorang manusia. Lama benar dia tersenyum. Malah aku ada terfikir yang dia tidak dapat berhenti.

"Thank you, I really mean it."

Diucapnya antara senyum yang langsung tidak memudar sejak tadi. Melihat seorang sahabat yang tengah bergembira, aku turut melarik senyum.

"Hey!"

Sergahnya secara mengejut, sekaligus mematikan senyuman kami berdua.

"Let's hurry to the class! We can't be late!"

Aku dan Feliks separa berlari menuju ke kelas, mengejar masa yang disangkakan beku bersama kami sebentar tadi. Dan sepanjang perjalanan kami itulah, senyuman Feliks masih berkekalan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top