vii | the jock
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ I don't run to add days to my life, I run to add life to my days ❞
Dengan earphone yang masih terpasang, badan aku sandarkan pada bangku sambil mengeluh lemah. Terasa nikmatnya apabila udara segar yang mengisi ruang taman ini aku sedut sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan.
Heart beats fasts, colors and promises ~
Mata aku pejam rapat. Keletihan hasil larian tadi masih lagi berbaki. Mungkin riadah yang aku cuba lakukan ini terlalu drastik untuk seseorang yang tidak suka bersenam.
How to be brave? ~
Suara merdu milik Christina Perri menjadi halwa telingaku. Lagu yang berusia sudah hampir sepuluh ini tetap menjadi kegemaranku. Meskipun lama, kita masih juga mendengarnya. Sama seperti seorang ibu, meskipun tua, kita masih mendengar nasihatnya.
How can I love when I'm afraid to fall? ~
"Alice?"
Terbuka luas mataku tatkala mendengar satu sapaan yang menyedarkan aku dari lamunan. Lantas aku menoleh ke arah suara datangnya itu.
But watching you stand alone ~
"Princ-eh, I mean... Edward!"
Edward berdiri di situ, di bawah teduhan pohon mapel, hanya disinari beberapa tompokan kecil cahaya mentari yang berjaya membolosi celahan daun. Betul-betul di sebelah bangku tempat aku duduk, dia memandangku tak berkelip.
All of my doubts suddenly goes away somehow ~
"It's Ed."
Ujarnya pendek membuatkan aku yakin yang dia memang tak suka bazirkan tenaga untuk bercakap.
"Err okey, Ed."
One step closer ~
Tanpa dipelawa, dia terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku mengengsot sedikit untuk memberinya ruang, dan juga untuk menambahkan jarak antara kami. Earphone aku tanggalkan dari telinga lalu disumbat ke dalam kocek seluar.
"What a coincidence."
Teragak-agak aku cuba mulakan perbualan. Ed kekal statik dengan kedua-dua tangan disimpan di dalam poket jaketnya. Air mukanya tampak begitu tenang, setenang air tasik di hadapan kami ini.
"Yeah..."
Memang sah dia tak nak letihkan mulut. Walaupun begitu, apa yang ironinya ialah Edward merupakan orang pertama menegur aku di sekolah ini padahal dia sebenarnya seorang yang tidak banyak bercakap.
Keadaan sunyi buat seketika dengan hanya kicauan burung serta kocakan air tasik yang sekali-sekala kedengaran menghidupkan suasana taman ini. Hairan mengapa dia terlalu diam sejak tadi, aku cuba mengintai gerak-gerinya dari hujung mata.
Sesekali air minuman yang dia bawa bersama diteguk perlahan. Jaket sukan berwarna merah dia kenakan dengan seluar treksut panjang. Berdasarkan pemerhatian aku, dia mungkin baru pulang berjoging atau baru habis berjoging atau sedang berjoging dan hanya singgah duduk untuk berehat sebentar.
"Whatcha doin' here?"
Dia membuka bicara dengan matanya masih tertancap ke hadapan seakan merenung sesuatu yang nun jauh di sana. Oleh kerana ia langsung tidak diminyakkan, rambut depannya turut terangkat setiap kali angin bertiup sekaligus menampakkan dahinya yang licin. Dari pandangan tepi ini, terserlah jelas kemancungan hidungnya.
"I-I was about to jog here, but I need to take a rest first."
Ujarku dengan nada yang aku rasa terlalu gagap. Semakin debar rasanya apabila kata-kataku tidak dibalas olehnya. Nampaknya aku kena bluetick hidup-hidup.
"Done resting?"
Selepas berlalunya puluhan saat begitu sahaja, barulah dia bercakap lagi dengan tahap kependekan ayat yang tak boleh bawa bincang.
"If you aren't, continue your rest."
Katanya tak beriak lalu meneguk botol minumannya sehingga habis.
"..."
Sekali pun dia tidak palingkan kepala ke arahku. Berbual dengan aku tetapi berlagak seolah-olah fizikalku tidak wujud. Aku rasa berdiam diri ialah tindakan yang paling tepat buat masa sekarang.
Lalu kesepian pun merundung ruang antara kami berdua. Namun anehnya, suasana sunyi ini terasa amat tenang lagi indah, bagaikan aku turut ditarik bersama ke dalam alam ketenangannya. Alam yang hanya dapat dimasuki jika sepasang anak mata coklat miliknya itu direnung dalam.
"I'm done."
Ucapku ringkas. Dia cakap tiga patah, aku pun cakap dua patahlah. Aku bangun dari kerusi dan berpusing setempat sebelum bercekak pinggang menghadapnya.
"Let's jog together."
Akhirnya pandangan Edward mendarat di atasku dengan senyum yang jarang benar dilihat terukir di bibirnya. Meskipun tipis sahaja, senyumannya sangat menawan serta mampu menambat hati sesiapa yang melihatnya. Tetapi tak termasuk akulah. Atau mungkin termasuk. Entahlah.
Dan secara automatik, aku berasa lega. Rasa terharu pun ada sebab tak sangka ada juga orang sudi ajak aku yang noob ini untuk berjoging sama-sama.
"Sure!"
Senyumannya melebar seraya dia nengangkat punggung dari bangku. Sebelum mulakan langkah, kami melakukan regangan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya kekejangan otot. Lebih-lebih lagi aku dan otot-otot pemalas aku ini.
Kemudian, kami berdua berlari-lari anak di sepanjang tebingan tasik. Edward berjoging dengan kelajuan yang tetap tanpa sedikit pun rasa penat. Sungguh berbeza dengan aku yang asyik memperlahankan diri dan tercungap-cungap mencari nafas.
Seringkali aku ternampak ramai pasangan bercinta bermesraan di sekitar kawasan taman itu. Ada yang beromen di atas bangku, ada yang memberi itik dan burung makan serta ada juga yang berjoging bersama.
Ceh, tak payah nak tunjuk sweet sangatlah!
Tak, aku tak mengaku aku cemburu.
Eh, kejap...
Yang aku ni joging bersama Edward dikira sebagai dating ke tak? Kalau diikutkan memang kami tengah berdua-duaan sekarang ini, tetapi aku dan dia bukannya pasangan bercinta pun.
"Alice, kau baru kenal dia beberapa hari kot. Aku tahulah kau sendu tapi janganlah nampak desperate sangat."
Aku beritahu diri sendiri dalam hati sambil kepalaku tergeleng-geleng menidakkan. Air mata palsu aku seka seraya memperlaju larian, membuktikan bahawa aku memang sendu orangnya.
Kurangkan bercakap, banyakkan bergerak. Itulah konsep kami sekarang ni.
Sempat juga kami berdua berbual-bual kosong sambil kaki kami pantas melangkah. Serba sedikit dia ceritakan tentang kehidupan harian golongan kerabat yang baginya rumit dan menyusahkan. Tetapi kata Edward, sejak belajar di akademi ini dia rasa lebih bebas kerana setiap tindak-tanduknya tiada siapa yang memerhati, tidak seperti di istana dahulu.
"It's harder than what most people think."
Aku cuma terangguk-angguk mengiyakan. Dan apabila dia berkata sebegitu, aku apa lagi, berlagaklah macam kehidupan rakyat biasa seperti aku sangat seronok lagi bahagia.
"Really? But we can do that. We can do anything. We can spit, we can pick our nose, and we can sit or stand any way we like."
Walaupun Edward ini jenis yang tak banyak bercakap, dia sebenarnya seorang yang mesra dan mudah didekati. Cuma respons yang dia bagi memang tak boleh nak jangka tinggi-tinggilah. Jadi, jangan berharap nak dengar balasan panjang lebar daripada dia. Rasanya kalau orang lain barangkali sudah jengkel mendengar jawapannya yang terlalu pendek umpama huruf 'y' ditulis sebagai 'u'.
"Thanks."
Ucapnya, out of the blue.
"Erm why?"
Tanyaku sambil berusaha mengepung lariannya yang berkali ganda lebih laju daripadaku.
"We met by a coincidence, but who knows... your presence means a lot."
Edward memperlahankan langkahnya.
"Maybe, you are my luck."
Senyuman yang terlukis penuh keikhlasan itu benar-benar memukau sehinggakan kakiku tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Ya, aku yakin sekarang ini aku berada di awang-awangan dek pukauan tersebut.
"Edw-"
Bammm!
Terjelepuk aku duduk di atas tanah. Kesakitan mencengkam punggungku yang hampir tak berlemak ini. Tak kurang juga pada bahuku yang tiba-tiba terasa sejuk.
Adakah aku memang ditakdirkan untuk selalu terjatuh dalam hayatku?
"Hey, where's your eye?!"
Jerkahan itu menerpaku. Sikit lagi aku nak jawab, "On my facelah, where else?"
"Calm down, sir."
Sejurus mendengar kata-kata Ed yang kedengaran cemas tetapi tenang pada masa yang sama itu, aku terus tahu yang aku buat hal lagi.
"My ice-cream fell because of her!"
Suaranya yang semakin meninggi tidak ubah seperti pencemaran bunyi. Membingitkan.
"Sir, it was an accident."
Aku yang masih tertunduk, hanya mendiamkan diri. Aiskrim yang sudah mencair di atas tanah akibat panas mentari menjadi tatapan mata yang sungguh sadis buatku. Walaupun ini kedengaran kurang siuman, aku betul-betul rasa nak jilat saja aiskrim itu daripada membiarkan ia terus terbazir begitu sahaja.
Edward menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun. Aku sambut. Saat aku sudah berjaya berdiri di atas kaki sendiri, serta-merta setiap bulu roma pada tubuhku meremang melihat gerangan yang bercekak pinggang di hadapanku ini.
Sekarang baru aku tahu siapa sebenarnya yang aku langgar.
"Garver!"
Tertinggalnya perkataan 'Sir' menyebabkan kelibat surat buang sekolah datang menjenguk ke dalam jendela mindaku. Wajah Sir Garver membengis dengan jelingannya yang tajam menikam tepat ke dalam mataku. Tetapi siapa sangka dia...
"Tua-tua pun nak makan aiskrim ke?"
Inilah salah satu sebabnya kenapa aku bencikan diri sendiri. Sudahlah hodoh dan lembap, main cakap lepas pula itu. Pantas aku menekup mulut sendiri selepas terpaculnya kata-kata tersebut tanpa disengajakan.
"What did you say?!"
Tubuhku terundur sedikit ke belakang. Bukan kerana takut, tetapi kerana aku ternampak beberapa titisan 'hujan' turun dari mulutnya. Bersinar-sinar dalam terang tetapi menggelikan.
"I-I'm sorry, sir. I was careless..."
Aku iramakan dengan sepenuh mungkin nada bersalah demi meraih simpati meskipun kemaafan yang aku pinta sebenarnya tidaklah ikhlas manapun.
"Can't you be more careful and alert of your surroundings?!"
Aku hanya menundukkan kepala sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang bersalah.
"How can you hit me when I was walking in my own path just right in front of you. It is impossible that you didn't see this huge body of mine!"
Sir Garver melompat kecil ( sebab dia memang tak mampu nak melompat besar ), mengakibatkan perutnya yang buncit turut terhayun sama. Sanggup dia gegarkan segenap lemak yang terkandung dalam badannya semata-mata untuk membuktikan kebenaran kenyataannya tadi.
Aku mengetap bibir sekuat hati dalam usaha untuk menahan ketawa. Ayunan lemak perutnya berlanjutan buat beberapa saat menyukarkan aku untuk berhadapan dengannya. Edward masih lagi mengelak pandangan mata Garver. Aku tak pasti sama ada dia juga berusaha untuk tidak tergelak, atau pun dia langsung tidak terkesan. Terlalu singkat masa aku mengenalinya untuk meneka.
"Now tell me I'm not big enough to be visible!"
Memang benar aku takut, namun pada masa yang sama, aku terhibur. Kepala aku tundukkan sahaja tanpa sepatah kata, membiarkan Garver membebel seorang diri mengalahkan wanita mengandung yang meroyan hanya kerana sekon aiskrim.
Setelah entah berapa liter air liur digunakan untuk berleter tak henti-henti, Sir Garver akhirnya berhenti bercakap. Lama juga dia mendiamkan diri begitu sahaja.
Hairan? Ya, aku hairan.
Aku yang tertanya-tanya akan apa keajaiban yang telah berlaku sehinggakan mulutnya itu berjaya ditutup, mengangkat kepala yang tadinya asyik tertunduk.
Tidak hairanlah orang tua tak puas muda itu bersetuju untuk menutup mulutnya. Siapa sahaja yang mahu menolak tawaran sebuku wang kertas hanya dengan melakukan satu permintaan yang cukup mudah?
Genggaman wang kertas dalam tangannya, Edward hulurkan kepada Garver. Wajahnya yang tak berekspresi berbeza dengan aku yang tergamam melihat perbuatannya itu. Garver yang pada mulanya turut terpempan, lama-kelamaan mulai menyimbul senyum puas. Matanya terbeliak tatkala disuakan dengan wang yang cukup banyak jumlahnya itu.
"Good move, Your Highness."
Garver mengambil wang tersebut, cuba untuk kelihatan biasa walaupun sebenarnya dia gagal menyembunyikan kegembiraan yang dirasakan. Ungkapan "Your Highness" itu sungguh ironi kerana dia sendiri yang pernah berkata kepada kami,
"Now, I don't want to hear the word 'Your Highness' or 'you are just a common person'. "
Sebaik sahaja Garver berpaling dari kami, aku menghembuskan nafas lega. Baru sekarang aku sedar yang rupa-rupanya aku tahan nafas sejak tadi.
"Wait a minute, are you two dating?"
Terasa seakan tersedak udara yang disedut, aku hampir terbatuk mendengar soalan Garver itu. Tak pergi-pergi lagi ke orang tua ni?
"No!"
Kami berdua menjawab serentak. Bezanya aku sedikit terjerit manakala Edward kekal dengan ekspresi batunya. Sambil mengipas diri sendiri menggunakan wang dalam tangannya, Garver memerhatikan kami berdua silih berganti.
"Farewell and take care, you two."
Maka, dia pun berlalu meninggalkan kami berdua begitu sahaja. Tadi marah tak reti nak berhenti, tetapi apabila mulutnya sudah disumbatkan dengan duit, pandai pula dia jadi diam. Apapun, nasib aku baik sebab kes ini tidak berpanjangan sampai terbawa-bawa ke akademi. Memanglah aku yang bersalah kerana tidak berhati-hati, tetapi aku yakin semua ni takkan berlaku kalau tidak disebabkan oleh kata-kata Edward tadi.
Oh ya, Edward!
// media on // --->
◀️ ⏸ ▶️
Aku tertoleh-toleh ke kiri kanan mencari sosok tubuh Edward yang sebentar tadi berada di sebelahku. Jenuh aku mencari sehinggalah aku ternampak dia dari kejauhan, berjalan menghampiriku dengan sehelai kain di tangan. Sejak bila dia tinggalkan aku seorang diri di sini, aku pun tak tahu.
"Edward, I can't thank you more!"
Ucapku dengan setulus ikhlas apabila Edward semakin mendekat.
"That was way too muc-."
Pada suatu tahap yang aku sangkakan dia akan berhenti, dia teruskan menghampiriku sebelum kain yang dipegangnya tadi dia letak di bahuku. Aku yang dilanda kehairanan, cuma mampu berkerut kening.
"You're pretty clueless."
Katanya dengan intonasi yang langsung tidak berperasaan. Jaketku yang terkena calitan aiskrim tadi dia lap menggunakan secebis kain yang telah dibasahkan dengan sedikit air.
"Erm, double-thanks for this too."
Aku tersenyum malu sambil memintal hujung rambut. Eh aku ini dah kenapa gedik semacam?
"Bu-hahaha!"
Tiba-tiba sahaja Edward melepaskan tawanya yang barangkali ditahan sedari tadi. From zero feelings to overflowing feelings, mana nak tak terkesima aku dibuatnya.
"How can't you didn't see him?!"
Bagi aku perkara ini lebih serius daripada isu politik dunia, tetapi kenapa bagi dia kelakar pula? Sudahlah dia gunakan duit untuk selesaikan masalah aku ini. Aku ulang, masalah aku, bukan masalah dia.
"I-uhh..."
Sedang aku sibuk memikirkan jawapan, dengan tidak semena-mena Edward meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu diusapnya lembut.
"You are so funny!"
Tawa riangnya begitu bertentangan dengan dirinya yang seringkali kurang berperasaan, telah mengubah suasana tegang tadi menjadi ceria.
"Ur-urm, I was.."
Aku menjadi tak keruan. Sedaya upaya aku cuba menahan degupan jantung yang terlalu kencang bagaikan nak terkeluar dari dada.
"Don't worry, gal."
Suara yang tadinya ceria kini bertukar nada, kembali tenang seperti dia yang azali, iaitu Edward yang kurang berperasaan. Berusaha gigih aku menahan perasaan malu yang semakin membelenggu dengan mataku tertutup rapat. Aku benar-benar ingin tahu reaksinya, tetapi pada masa yang sama aku tak sanggup untuk berhadapan dengannya.
Namun naluri wanita aku tetap menegaskan bahawa Putera Edward Crawford dari England sedang tersenyum lebar.
Bilamana deria sentuhanku mengesan sesuatu yang asing pada tangan, aku lantas menoleh. Edward memimpin tanganku, kemudian digenggamnya kuat. Meskipun dia bertubuh sasa lagi tegap, kulitnya selembut seorang bayi. Hangat tangannya membuatkan udara dingin di sekelilingku terasa seperti dalam mimpi, dan dialah satu-satunya realiti.
Aku kaget. Tidak pernah aku berada sehampir ini dengan seorang lelaki. Sentuh memang pernah. Itu pun sebab kawan lelaki aku saja cari pasal jadi aku nak kasi dia pelempang. Tetapi sengaja bersentuhan tanpa sebab dengan seseorang yang aku baru sahaja kenal? Ini kali pertama berlaku dalam hidup aku.
"Let's go back."
Anggukan aku beri sebagai balasan seraya mengangkat wajah untuk menatapnya semula. Dia masih lagi tersenyum kepadaku. Dan entah kenapa senyuman itu begitu istimewa bagiku. Seakan memiliki maksud. Seakan memberitahu sesuatu. Seakan tanda kasih sayang seorang abang.
Terus aku memalingkan muka ke arah lain. Tak naklah dia tengok muka aku yang sedang membahang macam badut ini.
"Hey, your face's red!"
Malangnya, dia dah tertengok pun.
"No, I didn't!"
Mati-mati aku menidakkan sedangkan kemerahan di kedua-dua pipiku memang boleh nampak dengan jelas. Edward suka benar mengusikku dengan air muka selamba yang tak lekang-lekang.
Selesai berjoging, aku balik ke akademi bersama dengan Edward. Dia menemaniku hingga ke Athena Dormitary, barulah dia pulang ke asramanya sendiri.
"We should work out together again next time."
Itulah ayat terakhir yang dia ungkapkan sebelum kami berpisah ke arah yang berbeza.
"Oh sure!"
Jujur cakap aku tak sabar nak berjoging dengan Edward lagi. Bukan kerana apa-apa sebab tak munasabah, tetapi kerana bersenam itu kan dapat menyihatkan badan. Tambahan pula, kalau aku amalkan rutin sebegini setiap minggu, staminaku akan bertambah jadi tidak menjadi masalah lagi sekiranya aku terlewat untuk masuk ke kelas.
"Hehe, kalau camni berak dari awal sampai habis rehat pun no hal."
Maka, peristiwa di mana aku terlanggar Sir Garver serta imej aiskrim yang sedang mencair di atas tanah sudah lenyap sepenuhnya dari fikiranku.
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
Lagu korea tu tiber kan. Maaflah eh author letak sebab rasa lagu tu comel hehe.
Vote and Comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top