prologue
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
Sejak kertas itu sampai ke tanganku, kehidupan yang pada asalnya sama sahaja seperti gadis-gadis lain
yang seusia denganku,
berubah 360 darjah.
Nama aku Alice Allyna.
Dan inilah kisah hidupku.
...
Kertas di dalam tangan aku renung lama. Entah sudah berapa minit berlalu sejak aku mula mengamati kertas itu, namun tidak juga aku mampu mengalihkan pandangan daripada terus tertancap padanya. Auranya klasik tetapi aku yakin ia masih baru lagi.
Tetapi, kenapa kertas ini dalam peti surat rumah aku?
Aku yakin, ini semua kes salah alamat.
"ALICE!!!"
Tersentak aku mendengarkan sergahan itu sehinggakan hampir terlepas helaian tersebut dari tangan.
"Lama betul nak ambik bil elektrik tu! Kalau mak lambat bayar nanti siapa juga merengek tak dapat tengok Animax?!"
Ah, mulalah dia tu nak membebel!
"Kejap mak!"
Jawabku acuh tak acuh lalu fokus semula kepada kertas yang telah menyebabkan keamanan hidupku buat hari ini hilang begitu sahaja.
⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
Congratulations!
Miss Alice Allyna Hendry
You are chosen to enroll in the world's most prestigious,
Granté Royal Academy
We look forward seeing you on 10th of October at the academy. Please bring this invitation with you as it is necessary for admittance.
[ Sign here for further confirmation ]
Please note that signing
here will automatically
means that you are
agreed to study
in the academy
⊱ ──────────── ⊰
"Sign here?"
Gumamku tatkala membaca satu per satu perkataan yang bercetak dalam tulisan berangkai itu untuk kali ke-tujuh.
Walaupun aku tahu surat ini salah alama- jap, tapi tak mungkin salah alamat. Memang betul nama aku yang tertulis. Ejaan pun bulat-bulat sama. Takkan ramai sangat orang di dunia ni nama Alice Allyna?
Terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam fikiranku sekarang. Semuanya berkaitan dengan surat jemputan ini, terutamanya bagaimana ia boleh diletakkan ke dalam peti surat rumahku.
Adakah ini semua satu kebetulan, atau sememangnya benar?
Dengan sehelai kertas yang lebih berupa kepada kad masih dalam tangan, aku masuk semula ke ruang tamu. Sekali lagi, aku membaca surat tersebut.
Cuma bezanya kali ini, hatiku tergerak untuk mencapai sebatang pen hitam yang entah bila masa berada di atas meja. Meskipun tanganku terketar-ketar, genggamanku tetap kemas. Perlahan-lahan, mata pen aku dekatkan pada kertas dan mula menurunkan tandatangan.
"Tandatangan je kut. Bukan ada siapa-siapa tahu pun aku dah sign. Bolehlah ini jadi bukti pakai aku show off kat kawan-kawan, ehehehe."
Aku ketawa jahat sambil membaringkan tubuh ke atas sofa sebelum terbangun semula disebabkan suara yang sama dengan tadi.
"ALICE! BIL ELEKTRIK MANA?!"
Tanpa menunggu mak habis membebel, aku meluru ke luar untuk mengambil bil elektrik, yang merupakan tujuan sebenar aku buka peti surat pada petang yang penuh misteri ini.
Dan aku ingatkan segala-galanya akan tamat di situ. Aku ingatkan bahawa surat itu sekadar satu gurauan para jiran tetangga. Aku ingatkan tandatangan tersebut tidak membawa apa-apa kesan.
Namun aku silap.
Tidak sampai satu jam kemudian, sebuah helikopter mendarat betul-betul di tengah-tengah jalan di depan rumah, mengundang perhatian daripada seluruh warga perumahan. Masing-masing "sibuk badan" mengintai dari tingkap rumah. Termasuklah aku dan ahli keluarga.
Siapa sangka, tibanya helikopter itu di sini kerana aku.
"Salam sejahtera, Cik Alice Allyna."
Ucap salah seorang daripada lelaki yang keluar dari dalam helikopter tersebut, bersut hitam lengkap dengan tali leher merah. Tanpa menoleh ke kiri mahupun kanan, mereka melangkah terus ke dalam kawasan pagar rumahku.
Tiba-tiba terasa tubuh digoncang kuat oleh seseorang. Aku menoleh kepada emak di sebelah.
"Ya Tuhan, Alice! Apa kau dah buat? Kenapa diorang semua tu cari kau?! Jangan cakap kau pukul punggung kawan kau lagi! Dah berapa kali mak dengar laporan cikgu pasal hal ni?!"
Bertubi-tubi tuduhan tak berasas dilontarkan kepadaku padahal aku memang tidak bersalah. Mak ternanti-nantikan jawapan daripadaku dengan pandangan yang sarat dengan kemarahan bercampur kerisauan.
"Mak, sumpah Alice dah tak pukul punggung kawan lagi! Alice kan dah janji dengan mak?"
Aku cuba mempertahankan hak diri sendiri kerana aku takkan memohon maaf atas perkara yang aku tak pernah buat. Okey aku pernah tapi aku dah insaf. Memukul punggung kawan ialah satu masalah sosial yang sukar dibendung dalam diri remaja zaman sekarang. Lebih-lebih lagi pelajar perempuan.
Sudah-sudah, lupakan fasal punggung kawan. Kita kembali kepada cerita,
"Sumpah mak."
Aku mengangkat sebelah tangan sebagai tanda sumpah sementara dua orang lelaki yang tidak dikenali itu semakin menghampiri.
"Kakak, kenapa kakak pukul punggung kawan kakak lagi? Uwaaaa!!!"
Azra dan Arza menangis serentak bagaikan aku yang bersalah dalam hal ini. Alamak, meraung pulak dah kembar dua ekor ni!
Bukan sahaja badan, malah kakiku turut digoyang. Aku dapat rasa gegaran sekuat 6 skala Ritcher di seluruh tubuh badanku yang akhirnya berhenti apabila Men In Black tersebut menghentikan langkahnya, tepat di hadapan pintu rumah yang terbuka, tempat berdirinya kami empat beranak.
"Hadirnya kami ke kediaman Cik Alice pada petang ini adalah untuk menjemput cik ke Akademi DiRaja Granté, sebuah sekolah elit khas untuk golongan diraja dan keluarga bangsawan. Seperti yang termaktub di dalam surat jemputan yang cik terima, Cik Alice telah terpilih sebagai salah seorang pelajar akademi berprestij ini. Dan memandangkan cik sudah menandatangani surat tersebut, bermakna cik telah bersetuju dengan terma dan syarat sekaligus menerima tawaran ini. Jadi, izinkan cik naik ke dalam helikopter sekarang ataupun mungkin cik perlu kemaskan barang terlebih dahulu?"
Panjang lebar penerangan dia beri tetapi satu pun aku tak dapat tangkap. Dengan mulut yang masih ternganga, aku memalingkan kepala ke arah mak, kemudian Azra dan Arza. Kami saling berpandangan buat seketika sebelum tubuhku kian hilang daya dan akhirnya, penglihatanku bertukar gelap.
Apa yang terjadi selepas itu, aku tidak tahu.
Yang aku tahu, inilah titik pengakhiran bagi kehidupanku yang aman sentosa.
Sungguh aku menyesal kerana siapa sangka hanya dengan menandatangani surat jemputan tersebut membawa maksud aku telah bersetuju untuk belajar di sebuah sekolah yang aku sendiri tak tahu apa dan lebih parah lagi, aku tak layak berada di sana. Bak kata pepatah Melayu acewah, ibarat nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya sesal sekarang.
Aku cuma mampu pasrah akan ketentuan takdir, dan mengharapkan yang terbaik sahaja.
✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿
PERHATIAN
SEGALA APA YANG BERLAKU DALAM CERITA INI CUMA REKAAN SEMATA-MATA.
FOTO-FOTO YANG TURUT DISERTAKAN BERSAMA JUGA HANYALAH GAMBARAN DAN TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
JIKA TERDAPAT PERSAMAAN DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR, ADALAH KEBETULAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.
Nota : Surat jemputan yang Alice terima itu sebenarnya diperbuat menggunakan teknologi mikro yang membolehkan ia mengesan sebarang sentuhan ke atasnya seperti tulisan, sebab itulah pihak akademi dapat tahu yang dia terima tawaran apabila dia menurunkan tandatangan ke atas kertas tersebut.
Banner terlebih lawa by nzqees_ ❤✨
Dia buat free untuk aku tahu tak 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top