l | the rain is her tear
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ Behind every sweet smile,
there is a bitter sadness that
no one can ever see and feel ❞
Setelah sekian lama terguling-guling di atas katil, dia akhirnya bangun dari perbaringan. Dalam keadaan yang masih mamai, dia membawa langkah menghampiri jendela lalu menyelak kain langsir, menampakkan loceng-loceng kuning yang tergantung pada bingkai tingkap. Loceng itu dijentiknya perlahan, menghasilkan satu bunyi yang dia gemari sejak kecil lagi. Seraya dengan itu, dia tersenyum lebar.
Pandangan dia alihkan ke luar tingkap. Matahari tidak kelihatan manakala langit sedang melimpahkan kurniaan rahmat-Nya. "Kalau di Granté, mesti salji yang turun ni", fikirnya. Namun selama 15 tahun dia bernafas, tidak pernah juga hujan selebat ini pada hari yang bermakna ini. Entah kenapa, pagi ini sendu semacam.
"MAKKK!!!"
Wajahnya seceria seorang budak pada pagi Hari Krismas, juga merupakan terjemahan langsung daripada perumpaan orang putih iaitu, "As happy as a child's face in Christmas morning". Well, actually it is a Christmas morning.
"Oiiii mak kau upside down eh upside down ehh!!"
Serentak dengan itu, senduk 'Mak' terlepas dari tangan beserta satu latah.
"Amendenye Alice ni menjerit pagi-pagi?!"
Katie menyahut dari dapur dengan harapan latahnya tadi tak kedengaran hingga ke telinga anaknya.
"Takdelahh!"
Si anak merangkul lengan ibunya yang masih sibuk menggaul mi lalu memeluknya erat.
"Eiii ini anak! Lepaslah Alice, kalau dah ditarik tangan mak macam ni macam mana mak nak masak?"
Meronta-ronta Katie cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman anak sendiri.
"Alahhh~'
Alice mengalah akhirnya apabila kepalanya mulai pening kerana dihayunkan oleh ibunya seperti sebuah tukul besi. Dia mengambil tempat duduk di salah satu kerusi meja makan.
"Mak mak mak, ayah tak datang ke?"
Soalan Alice membuatkan ibunya, Katie tersentak. Nasib baik senduk tak terlepas dari tangannya lagi.
"Tak."
"Hmm..."
Sebenarnya, ada seribu satu soalan ingin Alice tanyakan.
"Mak mak mak."
"Apa laginya Alice? Kang tak masak mi goreng mak ni baru tau, tak makan lah kamu Krismas ni jawabnya."
Ujar Katie walaupun hatinya berdebar-debar menantikan kata-kata seterusnya daripada anaknya.
"Adik-adik dah bangun ke belum?"
"Belum lagi~ Tu ha masih nyenyak berdengkur kat dalam bilik tu.".
Jawabnya menggunakan melodi lagu Datuk Harimau.
Ish budak ni buat nebes aku je.
"Hmm..."
Suasana sunyi kembali. Hanya bunyi ketukan senduk di dapur serta titisan hujan lebat sahaja yang men-tidak-krik-krik-kan keadaan sekarang.
"Mak..."
Kali ini, nada suara Alice jauh lebih perlahan.
"Iye ye kont*t?"
Sebelum teruskan bercakap, Alice speechless buat seketika dan sedikit bersimpati akan ibunya yang agak try hard untuk mengikut gaya percakapan remaja zaman sekarang.
Rasanya mak tau tak apa dia sebut tadi ea?
"Mak... mengandungkan Alice sebelum mak kahwin ke... selepas?"
Alice bersuara setelah lama berdiam diri. Walaupun sudah bersedia dari segi mental bagi menghadapi soalan itu, ia tetap menggangu fikiran Katie.
"Kau merepek apa ni, Lice?"
Soalnya kembali, pura-pura tenang.
"Alice nak tahu mak."
Mendengar ketegasan dalam suara anaknya, Katie mengeluh berat sebelum menutup gas dapur dan meletakkan alatan memasaknya di atas meja lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Alice.
"Kenapa Alice asyik tanya mak soalan camni?"
Alice memandang tepat ke dalam mata ibunya, menyebabkan Katie mulai serba salah.
"Sebab Alice nak tahu."
Dan sebab Alice tahu ada sesuatu yang tak kena.
"Haihlah anak mak ini, dasar semangat inkuiri yang tinggi."
Katie menepuk dahinya sendiri. Ikut perangai siapalah agaknya anak dia?
"Mak ini zaman moden bukan Zaman Renaissance."
"Yelah yelah mak saja je cakap camtu."
Alice masih lagi merenung ibunya yang sejak tadi berkelakuan aneh.
Biasanya mak lawak je asal harini hambar semacam?
"Rasanya... mak memang patut bagitau dah."
Kata-kata si ibu menghantar satu renjatan elektrik ke seluruh badan Alice.
Kenapa aku rasa lain macam ni? Dah dah aku dah tak nak tahu dah. Tapi bukankah aku yang nak sangat tahu?
"Ba-bagitau jelah. Apa yang rahsia sangat ni mak?"
Dia berusaha untuk kekal tenang dengan cara melepaskan satu gelak yang pelik bunyinya.
"Eleh jangan nak berlakon blur, kamu pun tahu apa yang mak nak bagitau ni!"
Mana ada aku tahu, satu apa pun aku tak dapat fikir kot!
"Ehh mak ni~"
Katanya dengan nada yang beralun-alun, cuba untuk memujuk ibunya.
"Sempat kau main-main dengan mak ya? Pergi mandi dulu baru mak bagitau!"
Balas Katie, acah-acah marah sambil menuding ke arah pintu bilik mandi.
"Erm ye la ye la mama ku sayang~"
Alice pun melompat kijang menuju ke bilik mandi.
"Kalau Alice jatuh mak tak nak bertanggungjawab. Lantai bilik mandi tu licin kamu ada hati terlompat-lompat macam kijang tak cukup makan!"
Tegur Katie sambil mengangkat punggungnya dari kerusi.
"Lah tak jatuh pun mak!"
Belepek!
"Bunyi apa tu Alice?!"
"Takde pa pe lah mak ahahahaha!"
Kdupp!
Kedengaran bunyi pintu bilik mandi dihempas kuat.
Haih anak aku ni, kalau pintu tu roboh siap dia aku jadikan lauk Hari Krismas.
Selepas mengintai gerak geri anaknya untuk memastikan dia sudah berada di dalam bilik mandi, Katie termenung sendirian.
Mungkin dah tiba masanya, Katie.
❄❄❄
"Mak, anakmu ini udah mandi~ Wangi tau, Alice pakai sebotol Dettol tadi!"
Alice berpusing-pusing sambil mengangkat tangannya tinggi seperti seorang ballerina. Cuma ini versi kekok.
"Ish kamu ni! Dalam rumah je kot janganlah terjerit-jerit haih macam bud- Eh jap... Apa kamu cakap tadi sebotol?"
"Haah, tak ke wangi mak cium bau ni? Entah-entah jiran sebelah pun dapat cium gak."
Jawab Alice selamba, masih lagi menari ballet tak cukup sifat. Ibunya hanya mampu menepuk dahi sendiri mendengar penjelasan si anak, nak marah tak sampai hati.
Anak aku ni kan, nasib baik lah kau dah lama tak balik kalau tak...
Pinggan terakhir berisi ayam panggang yang sedia dipotong, Katie susun kemas di atas meja makan. Sekarang santapan telah tersedia di atas meja, cuma perlu tunggu orangnya lagi.
"Hehe!"
Alice menghampiri ratu hatinya itu dan tanpa memberi sebarang amaran, dia terus memeluk ibunya kuat.
"Merry Christmas mak."
Katie terkedu untuk seketika sebelum membalas pelukan anaknya.
"Merry Christmas jugak Alice."
Beberapa saat mereka berpelukan, Katie menitiskan air mata secara tak sengaja. Mujur dia sempat lap sebelum anaknya ternampak.
"Alice."
Dia merenung anaknya, mencari persamaan antara Alice, dirinya sendiri dan juga si dia. Anak perempuannya itu telah meningkat dewasa, semakin menyerupai mereka berdua dari semua segi.
"Mak, bagitaulah."
Desak Alice lagi, dibalas dengan keluhan kecil daripada ibunya.
"Alice... Nak tahu tak tentang kes rasuah ayah?"
Kata-kata ibunya membuatkan Alice terdiam. Baru dia terfikir, selama ini dia tak pernah ambil tahu pun tentang kes rasuah yang menyebabkan ayahnya dibuang kerja suatu ketika dahulu.
"..."
Alice memandang Katie, Katie memandang Alice. Perbezaan antara anak beranak itu, pandangan mata si anak dipenuhi rasa ingin tahu manakala pandangan mata si ibu sarat dengan kekesalan juga kesedihan. Persamaan yang mereka berdua kongsi bersama ialah ekspresi wajah yang serius.
"Dia, rasuah pihak media."
Ujar Katie, berusaha untuk berlagak tenang.
"Asal media lak? Kita ni bukan artis mak, takde gosip hot lit lit pun."
Respons Alice jauh menyimpang daripada sangkaannya.
Ingatkan at least dia akan terkejut tapi ni..
"Kamu ni kan! Belum dengar habis lagi dah menyampuk. Mak baru nak mulakan cerita."
Marahnya sambil mengangkat garpu, acah-acah nak cucuk Alice.
"Hehe, ok ok."
Nafas yang panjang dan dalam Katie tarik sebelum dia mula bercerita.
"Ayah rasuah pihak media sebab nak sembunyikan satu kes kebakaran yang melibatkan mak... daripada keluarga mak."
Pernyataan yang dibuat ibunya membuatkan Alice tersentak, mengingatkannya tentang keratan akhbar lama yang dia jumpa di perpustakaan tempoh hari. Namun dia cuba berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.
"Mak pernah terbakar?! Astaga mak!Camne mak boleh hidup lagi ni?!"
Guraunya, kedua-dua tangan dilekapkan pada pipi sebiji macam emoji 😱.
"Kuong ajo!"
Mereka tertawa kecil, despite of the fact that both of them feel quite uneasy.
"Camni ha, kisahnya mak kamu ni dulu kahwin lari. Kah-"
"Kat Thailand ea mak?"
Potong Alice lalu terbahak-bahak ketawa sementara ibunya hanya mampu menjeling tajam. Sabar jelah dengan anak aku ni.
"-kahwin rahsia. Itulah pasal nenek kamu nak tak nak layan mak kamu yang tak berdosa ni."
Mak dan anak sama je, drama tak habis.
"Oh tu mesti ada kaitan dengan gambar kahwin pelik tu kan mak?"
Soal Alice dengan bibirnya yang tidak dapat berhenti senyum tanpa sebab dan ini menyebabkan dia rasa tak selesa. Ada sesuatu yang tak kena pagi ini. Bukan sahaja cuaca yang tak begitu baik, malah suasana yang terlalu hambar.
"Lice, dengar dulu habis-habis."
"Hehe, ok ok."
"Kebakaran tu berlaku waktu mak kahwin lari. Ayah tak nak nenek kamu tahu pasal hal ni sebab kalau dia tahu rasanya dia takkan mengaku mak ni anak dia."
Bila difikirkan balik, Alice tidak pernah mengenali neneknya sendiri. Paling tidak pun dia terdengar nenek menengking ibunya menerusi panggilan telefon.
I was being so ignorant of my own life!
"Jadi dia rasuah media semata-mata untuk minta tolong diorang rahsiakan. Tapi media tu memang tak leh harap. Entah macam manalah boleh kantoi. Itu lah sebabnya ayah kau kena buang kerja."
"Jap jap, kes ni kantoi ke tak senanya mak?"
"Kes rasuah ayah kantoi, tapi kes kebakaran tu. Atau.. sebenarnya kes tu ramai gak lah yang tahu, cuma senarai mangsa yang tak terlibat je tak didedahkan kepada umum."
Ayat terakhir ibunya Alice tak berapa dengar kerana dia sedang sibuk memikirkan tentang hal lain. Iaitu tentang ayahnya.
"Ayah korbankan diri sendiri..."
Gumam Alice, bersimpati akan ayahnya yang dia anggap sebagai superhero hidupnya.
"Ya.."
Mereka berdua berdiri tegak berhadapan satu sama lain. Antara banyak-banyak tempat, muka pintu ini jugalah berlangsungnya perbualan mereka yang berlatar belakangkan hujan lebat pada pagi Hari Natal.
"Dia sanggup berkorban.. walaupun tu bukan perkahwinan dia."
Kata-kata Katie membuatkan Alice tersentak. Sepatutnya mereka berdua sudah bersedia dari segi mental bagi menghadapi saat ini. Namun entah kenapa, mereka masih mempersoalkan,
Adakah aku dah bersedia?
Bukankah aku yang nak tahu?
"Ma-mak cakap apa ni?"
Tanya Alice. Tiba-tiba dia merasakan angin sejuk meresap ke dalam kulitnya, diparahkan lagi dengan kedinginan kesan daripada hujan lebat ini.
"Sebenarnya, kebakaran tu berlaku bukan sewaktu mak kahwin dengan ayah. Kalau dengan ayah, baru nenek kamu setuju."
Katie memeluk tubuhnya dalam cubaan untuk memanaskan badan sambil matanya melirik ke luar sana, memerhatikan setiap titisan air yang turun dari langit. Aku harap sangat semasa itu berlaku dulu, hujan turun selebat ini.
"Habis tu... siapa mak?"
Dia menghela satu nafas yang berat. Nada suara anaknya yang tadinya tenang kian berubah.
"Ayah kau."
Balasnya, tanpa menoleh kepada Alice.
"Ayah ka- A-ayah Alice ialah ayahlah kan mak? Hendry? Siapa lagi?"
Walaupun Alice telah berusaha untuk bertenang, dia sukar untuk mengawal diri yang semakin gelisah.
"Alice, dengar."
Alice menelan pahit air liurnya yang tersekat di anak tekak, tapi entah kenapa air liur itu masih kekal di sana. Dia rasa bagaikan tercekik air liur sendiri.
"Hendry bukan ayah kandung kamu."
Ya, Alice terkejut. Namun tidaklah begitu terkejut kerana dia sendiri pernah terfikirkan jawapan itu.
"Mak... tak main-main kan mak?"
Alice cuba mengukir senyuman walaupun bibirnya terasa kebas.
Dah kenapa anggota badan aku ni?
"Kamu rasa mak main-main Alice?"
Pandangan Katie alihkan semula kepada Alice. Ketika itu dia lihat sesuatu yang dia tak sanggup lihat, iaitu anaknya yang mulai tak tentu arah.
"Mak dah jujur dengan kamu ni. Alice sendiri yang nak tahu kan?"
"Erm..."
Bukannya apa, Alice selalu dengar cerita fasal ibu bapa tiri yang jahat tidak kiralah dalam kisah fiksyen mahupun dunia realiti. Tetapi tidak pula Hendry. Bahkan, dia melayan Alice umpama anak kandung sendiri menyebabkan Alice seolah tidak percaya bahawa mereka berdua sebenarnya tidak punya apa-apa pertalian darah.
Darah? Result ujian darah tu! Make sense gila.
"Kalau Alice bukan anak ayah, maksudnya Alice ni anak mak tak? Ke Alice sebenarnya anak angkat?"
Selepas berjaya menenangkan diri, Alice menyoal lagi.
"Mestilah Alice ni anak kandung mak. Anak kesayaaangan mak."
Katie menguntum satu senyuman manis sambil mengusap salah satu pipi anaknya. Tujuan senyumannya itu adalah untuk menceriakan keadaan yang sayu tahap kritikal ini.
"Azra? Arza?"
Soal Alice lagi.
"Diorang anak Hendry."
Wut wut wut?
"Mak kahwin dua kali?!"
Alice hampir terjerit, menyoal ibunya tidak percaya.
"Ya."
Si ibu hanya menjawab sepatah.
"..."
Sebenarnya ada terlalu banyak soalan yang berlegar di fikirannya sekarang, namun ada satu soalan paling penting yang dia mesti tanya tak kira apa pun.
"Mak!"
Dengan tak semena-mena, Alice memegang kuat bahu ibunya. Baru sahaja hendak digoncangnya sekali tapi dia teringat tentang kisah Si Tanggang jadi tak jadi.
"Apa dia?"
Katie terkesima apabila diperlakukan sebegitu, lagi-lagi apabila dia perasan akan suatu keinginan untuk mendapatkan jawapan dalam sepasang mata hitam milik anak perempuannya.
"Ma-mana ayah?"
Di sebalik getaran yang jelas dalam suaranya, Alice beranikan diri untuk bertanya. Serentak dengan itu, mata ibunya terbeliak besar.
"Mak..."
Katie masih berdiam diri.
"Mak, mak dengar kan?"
Desaknya lagi. Ibunya pula sedaya-upaya mengelak pandangan mata Alice.
"Mak ceraikan dia sebab nenek paksa ke mak?"
"..."
"Ke dia yang tinggalkan mak?"
"..."
"Mak, jawab mak!"
Akhirnya suara Alice meninggi sedikit. Cepat-cepat dia menekup mulutnya apabila sedar akan apa yang telah dia lakukan.
"Mak.. taknak hancurkan Christmas Alice."
Katie sudah tidak lagi sanggup melihat anaknya yang terus-menerus menyoal, dahagakan jawapan kepada persoalan yang dia layak kemukakan.
"Lebih baik... kalau Alice tahu sekarang mak."
Katanya dengan nada sebak. Dia memang sebak sejak tadi, sejak dari detik dia tahu bahawa dia bukan anak kandung kepada Hendry. Tetapi perasaan sedih itu dikawalnya rapi.
"Kalau mak bagitau..."
Katie kau dah janji dengan diri sendiri!
"Mak tolonglah... demi Alice."
Alice cuba mengawal suaranya yang bergetar, kebetulan suaranya semakin ditenggelami hujan yang semakin lebat. Lututnya juga terasa lemah berbanding biasa, bagaikan dia boleh jatuh terduduk pada bila-bila masa.
"..."
Katie memandang sayu anak sulungnya itu sementara Alice masih ternanti-nantikan jawapan yang bakal keluar dari mulut bondanya yang satu.
"Ayah kau... pergi pada hari perkahwinan tu."
Katie berterus-terang dengan kepalanya yang tertunduk lemah.
"Dia tinggalkan mak time kahwin?! Lepas kahwin lari kahwin lagi?! DOUBLE KAHWIN LARI?!"
Alice cuba untuk bergurau dalam usaha untuk merasionalkan diri.
"Bukan."
"Habis tu? Dia mati time kahwin? Mati terbakar?"
Katie mengetap bibirnya kuat, lalu merenung jauh ke dalam mata anaknya.
"Kenapa ni mak? Bagitaulah."
"Ayah kau..."
Alice menantikan jawapan ibunya penuh debaran.
"-mati dalam kebakaran tu."
Jantungnya tiba-tiba berdegup kuat untuk satu kali. Tidak cukup dengan itu, ia semakin laju dan semakin menyakitkan.
"Be-betul ke tak ni mak? To-tolong cakap ma-mak bergurau.."
Alice memandang ibunya tidak percaya, mencari sebarang petanda menunjukkan yang ibunya sedang menipu. Namun tiada.
"Dia dibakar hidup-hidup, Alice."
Ujar Katie, sebolehnya dia hendak menangis tetapi demi si anak yang dia sayangi sepenuh jiwa, dia akan tahan selagi mampu.
"Ma-mak tipu, kan? Mak tipu kan?!"
Manakala Alice pula, tubuhnya tidak terdaya lagi. Badannya seakan lumpuh dengan getaran pada tulang rusuk yang dapat dia rasakan dengan jelas. Tidak mampu untuk berdiri tegak lagi, dia terjatuh di atas kedua-dua lututnya. Kedua-dua matanya yang sedari tadi basah, memandang tepat ke atas lantai, redha dan sedih yang teramat. Kolam mata yang tadinya dipaksa untuk menanggung muatan yang terlebih, akhirnya dia lepaskan. Wajahnya ditekup rapat untuk menyembunyikan titisan cecair jernih yang mengalir deras di kedua-dua pipinya.
"A...yah.."
Dan di situlah Alice terduduk, meratapi pemergian insan bergelar ayah yang tidak pernah dikenalinya. Seseorang yang sebenarnya dekat namun tidak disedari kewujudannya.
"Maafkan mak.. maafkan mak.."
Katie menghampiri Alice lalu memeluk erat anaknya itu, turut mengalirkan air mata. Dalam hatinya wujud rasa menyesal yang teramat kerana telah menyakiti hati anak kesayangannya.
"Uhuk huk..."
Secara rasminya, inilah Hari Krismas yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup Alice, beserta hujan yang tidak reda-reda, sama seperti air matanya yang terus menerus jatuh tanpa henti.
The rain pours, as her tear falls
because the rain is her tear.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top