ix | who is she?

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Hilda's POV ]

Success isn't measured by money or power or social rank. Success is measured by your discipline and inner peace

Tok tok!

Beberapa ketukan yang berjaya mengalih perhatian semua orang kedengaran sebelum pintu kelas dibuka dari luar. Sememangnya aku ternanti-nantikan kedatangan tiga orang pelajar ini sedari tadi.

Namun siapa sangka sangkaanku meleset. Hanya ada dua orang pelajar sahaja yang terjengul di muka pintu. Masing-masing dengan wajah yang memucat. Sepatutnya ada tiga. Jadi seorang lagi sesat ke mana?

Senarai nama pelajar kelas ini aku semak kembali sambil memerhatikan gerangan yang baru sahaja melangkah ke dalam kelas. Seorang pelajar lelaki berambut kelabu bersama satu-satunya pelajar perempuan sekolah kami.

"Miss Alice, your head pose. Lift up your chin."

Terhinjut bahu gadis itu mendengar teguranku. Terus dia perbetulkan kesilapannya. Apabila sudah memastikan dia berjalan tegak dengan kepala memandang lurus ke hadapan seperti seorang puteri yang sebenar, barulah aku sambung kerja menyemak kehadiran kelas.

Feliks Fedosov and...
Alice Allyna Hendry.

Aku tandakan tick pada kedua-dua nama itu menandakan mereka hadir. Cuma nama Señor Samuel Rodriguez dari Sepanyol sahaja yang belum bertick. Bermakna dia masih belum tiba di kelas lagi.

Jam di dinding aku intai tanpa berpaling kepala. Dari ekor mata sahaja aku dapat nampak jarum yang hampir-hampir menghala ke nombor lapan.

These two kids are lucky.

Berdasarkan Hilda's Teaching Philosophy yang aku reka sejak mula-mula mengajar dulu, jika jarum sudah berdetik jam 8.00 pagi, aku akan denda sesiapa sahaja yang datang lambat ke kelasku.

Dan aku tidak peduli siapa.

Mengikut peraturan akademi, sepatutnya seorang guru tidak perlu tiba di kelas lebih awal berbanding waktu sesi pembelajaran bermula. Namun aku berbeza. Kerana ini adalah sebahagian daripada pengajaran Manners.

Aku sudah arif akan sifat golongan elit yang sememangnya perlu diterapkan dengan disiplin serta adab yang tidak termaktub dalam buku. Ya, mereka mempunyai adab yang berbeza dengan rakyat biasa. Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu adab asas yang wajib dipraktikkan oleh seorang insan bergelar manusia.

Tidak semua antara mereka berperangai sebegitu, itu aku akui. Ada juga yang masih merendah diri walaupun memiliki kedudukan yang tinggi dalam piramid sosial. Dan aku lihat, ramai yang begitu di dalam kelas ini.

Titt! Titt! Titt!

Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah masuk pukul 8 pagi. Sekarang 'neraka' mereka sepatutnya telah bermula. Tetapi nampaknya kita ada sedikit masalah di ini.

Kelihatan Putera Samuel yang baru sahaja sampai bertahan pada pintu. Terlalu letih nampaknya sehinggakan satu kelas dapat dengar setiap nafasnya.

"Huff, huff!"

Malas aku mengerah tenaga untuk menoleh ke arahnya. Cukuplah sekadar menjeling sekilas.

"Mr. Rodriguez, please stand on the chair. I guess you what know your fault is."

Putera Samuel berjalan longlai menghampiri tempat duduknya. Nak berlenggang pun sudah tak terdaya lagi. Kasihan, tetapi inilah satu-satunya cara untuk menginsafkan dia.

Aku menghadap Macbookku lalu menaip tajuk pelajaran hari ini pada Microsoft Power Point. Segala apa yang terpapar pada skrin komputer riba muncul sebagai imej projektor.

Apabila aku memandang ke hadapan semula, Putera Samuel sudah pun berdiri di atas kerusinya sementara pelajar-pelajar lain semua melihat tepat ke arahku. Riak wajah mereka kelihatan tak tenteram lagi gelisah seolah-olah berhadapan dengan hantu. Pandangan mata mereka sarat dengan ketakutan terhadap hantu tersebut. Memang benar hantu itu wujud. Ia adalah aku.

Senyuman sinis aku tayangkan tatkala berpuas hati dengan pemandangan ini. Jangan salah faham. Aku bukan seorang yang jahat, aku cuma seorang yang tegas. Kerana aku tahu, agak mustahil mereka akan menghormatiku jika aku tidak menggarangkan diri macam ini.

Tidak seperti guru-guru lain di akademi ini, aku tidak mudah dibuli, apatah lagi oleh mereka ini. Tugasku ialah mendidik waris-waris golongan atasan ini menjadi seorang manusia biasa.

Dan ia selari dengan matlamat penubuhan Akademi DiRaja Granté.

"Open the textbook and turn to page seven. Read the text quitely."

🍁🍁🍁

"Remember, we'll have a quiz tomorrow. That's all for today. Thank you, class."

Para pelajar Grade 1 Tetris bangun dari tempat duduk masing-masing seraya mengucap serentak,

"Thank you, teacher."

Masih aku ingat sewaktu kali pertama masuk ke dalam kelas ini, tidak ada seorang pun antara mereka yang pandai memberi salam. Kecuali gadis itu.

Alice Allyna memandang kiri kanan. Selepas beberapa kali berbuat demikian, dia akhirnya melangkah keluar dari kelas. Tetapi sia-sia sahaja dia berwaspada kerana setiap gerak-gerinya dapat dikesan dengan mudah. Sudah namanya pun dia seorang sahaja pelajar perempuan di akademi, pasti terdapat perbezaan yang ketara antara dia dengan semua orang.

Ternyata sikap berhati-hatinya tidak membawa kejayaan kerana pelajar-pelajar lelaki tetap akan menyerbu ke arahnya. Berkerumun mereka menggatal di sekeliling Alice. Semua berpusu-pusu hendak berjalan bersama dengannya. Setiap kali ada pelajar kelas lain yang menujukan siulan kepada si gadis, mesti akan gerun apabila diberi amaran dalam pelbagai bentuk oleh lelaki-lelaki yang mengiringi langkahnya.

Mana tidaknya, sebagai satu-satunya bunga di akademi ini, sememangnya dialah yang menjadi rebutan kumbang-kumbang. Lagipun dengan wajahnya yang sangat cantik bak bidadari, siapa sahaja yang tidak terpesona?

Mata bundarnya disempurnai bulu mata yang lentik, sesekali berkelip. Bentuk wajahnya bujur disertai tulang pipi yang tinggi menambahkan lagi keanggunannya. Kulit wajahnya begitu mulus, sesuai dengan bibir merah jambu semula jadinya yang mungil. Aset yang lengkap dengan hidung yang agak mancung.

An exact beauty!

Bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelajar akademi, malah perihal gadis ini turut menjadi gosip hangat di dalam bilik staf. Sebenarnya aku sendiri juga hairan kenapa dia terpilih untuk belajar di akademi berprestij ini.

"Madam, are you going to punish me?"

Gadis itu menyoal takut-takut sebaik sahaja semua orang sudah berlalu dari kelas. Usai menyimpan segala apa yang perlu di dalam beg, pertanyaannya terus aku jawab.

"No, I am going to help you."

Ekspresi wajahnya seakan terkejut mendengar kata-kataku.

"Help me with what? Drop out procedure?"

Terdapat getaran yang jelas dalam suaranya. Hampir berkaca matanya membuatkan aku sedikit serba salah.

"No."

Buku yang telah disimpan tadi aku keluarkan semula. Ada beberapa buah. Setiap satunya sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan meskipun sedikit usang.

"I will make you a true princess."

Aku suakan buku-buku tersebut kepadanya menyebabkan dia bertambah bingung. Besar matanya terbeliak macam hampir terkeluar dari soket.

"Yo-You are making a true incest?!"

Hampir terlepas tawaku melihat telatah gadis ini, tetapi berjaya aku tahan dalam usaha mengekalkan profesionalisme.

"No, again."

Sebuah senyuman ikhlas aku berikan kepadanya sambil menghulurkan buku yang tebal-tebal belaka itu.

"It's a true princess."

Sekali lagi, dia benar-benar terkejut. Sebelum sempat dia bercakap lagi, aku pantas menyambung.

"Make sure you read all of these before winter. I'll test you anytime."

Gadis bernama Alice itu terdiam itu seketika, barangkali masih menghadam nama-nama buku yang kini berada dalam tangannya.

"How The Royals Pose Volume II, Steps Of The Kings Volume IV, Hats On Hats Off : British Royal Family."

Satu per satu tajuk dia baca sebelum mengangkat wajah untuk memandangku semula.

"I...don't deserve to learn these things."

Katanya, kedengaran begitu lemah.

"Yes, you do. I believe you do. We believe you do."

Sebelah pipinya aku sentuh lembut, lalu menambah,

"Once you yourself believe you do, the princess inside you will show."

Aku merupakan salah seorang pengasas dalam pembentukan akademi terulung ini. Aku jugalah yang menulis segala garis panduan sekolah ini. Peraturan serta syarat kelayakan di akademi ini aku ketahui setiap satu daripadanya.

Hakikatnya, gadis ini tidak layak berada di Akademi DiRaja Grantè.

Bilik Penolong Kiri Kanan
Akademi DiRaja Granté

Habis semua fail yang tersusun kemas dalam rak aku selongkar. Akhirnya jumpa juga fail berisi salinan garis panduan sekolah, dan satu fail yang menyimpan butiran setiap seorang pelajar akademi.

Aku menyemak semula syarat kelayakan dengan teliti. Seperti yang semua orang maklum, sebab utama Alice tidak layak berada di sini adalah kerana tiada darah diraja mahupun bangsawan mengalir dalam tubuhnya. Hal ini bukan kerana rakyat jelata itu dianggap hina, tidak. Tetapi kerana pelajar bukan elit itu sendiri yang akan mengalami kesukaran untuk belajar perkara-perkara yang sebelum ini tiada kaitan dengan kehidupannya. Dan ini masalah yang dihadapi Alice sekarang.

Satu lagi sebab yang jelas tertera di sini ialah, The academy prefers to have male students. Syarat ini telah menerangkan kenapa pelajar-pelajar di akademi ini semuanya lelaki walaupun terdapat juga asrama perempuan disediakan. Namun persoalan berkaitan pemilihan Alice sebagai salah seorang penuntut di sini masih tidak terjawab.

Just... why would Malaysia send her?

Seribu satu tanda tanya melanda segenap ruang benakku. Hanya ada satu cara sahaja untuk mendapatkan jawapannya. Tanpa berfikir untuk kali kedua, telefon aku keluarkan dari poket blaus lalu mencari satu nombor tertentu dalam bahagian contact. Yang peliknya sudah bertahun-tahun aku tidak hubungi nombor ini tetapi masih disimpan dalam senarai orang hubungan.

Jumpa sahaja apa yang dicari, nombor tersebut aku dail. Sementara menantikan talian untuk bersambung, aku menyusun fail-fail yang berselerak di atas lantai hasil pencarianku tadi.

Tutt tutt!

"Hello, this is Tom and Jerry Spy Service meow. Mrs. Davis, it's been a long time meow. Anything we can help you with, meow?"

Tidak perlu aku menunggu lama, pantas sahaja Encik Tom mengangkat panggilanku. Jarang-jarang aku perlukan servis syarikat perisik, apatah lagi yang seaneh duo ini.

"Hello there, Mr. Tom. Yes, actually I want you investigate this one girl named Alice Allyna's background."

Aku berterus terang.

"Alice Allyna, meow? Her nationality, meow?"

"Malaysia."

"We will inform you as soon as we done searching meow."

"Okay, thank you me-"

Talian dimatikan sejurus selepas itu. Kalau lambat sedikit sahaja tadi rasanya aku akan tersasul sebut meow. Kadang-kadang aku juga terfikir sama ada syarikat tersebut dimiliki manusia atau pun haiwan.

Tikus dan kucing mungkin.

Kriukk ~

Dan nasib baik bunyi ini muncul selepas perbualan berhenti. Mendayu-dayu rentaknya ibarat sebuah tangisan. Nampaknya aku kena pujuk perut ini.

Jadi, destinasi seterusnya, kafeteria.

🍁🍁🍁

Gelagat pelajar yang pelbagai hanya aku perhati dari kejauhan. Walaupun ruang makan guru dan murid dipisahkan oleh dinding kaca yang cukup tebal, riuh-rendah di seberang masih kedengaran jelas lagi. Muncul pula perasaan rindu terhadap zaman sekolah dahulu kala apabila melihat telatah anak-anak muda zaman sekarang.

Sebenarnya, aku memang berasal dari Pulau Granté. Bertahun-tahun lamanya, aku menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku pekan ini daripada sebuah perkampungan nelayan kepada sebuah pusat pelancongan yang sangat terkenal.

Tidak lupa juga dengan pembinaan akademi ini yang bermula beberapa tahun lepas. Dahulunya, tapak asal berdirinya akademi elit ini ialah City Hall yang menjadi lokasi perhimpunan seluruh penduduk pulau pada hari-hari tertentu seperti hari perayaan serta festival.

Namun, malapetaka telah berlaku.

Pada suatu hari, City Hall yang juga merupakan Grantè Great Cathedral musnah dijilat api. Sebagai seorang penduduk asal pulau, bagi aku itulah satu-satunya peristiwa malang yang pernah terjadi di pulau ini lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Twinkle twinkle little star ~

Lamunanku terhenti di pertengahan jalan. Tidak perlu memeriksa nama pemanggil, panggilan tersebut terus kuangkat.

"Mrs. Davis, good news for you, Jerry successfully searched her background meow."

Aku terangguk-angguk bagaikan Encik Tom boleh tengok apa aku buat.

"What'cha got?"

Tanyaku sambil mengunyah pai ayam yang baru sahaja keluar dari ketuhar dalam jam ini juga. Hangat di luar, cair di dalam. Memang sedap.

"Seems like this girl is completely ordinary meow. But... meow."

"Yes?"

"The only unusual thing about her is her family meow."

"What kind of unusual meo- I'm sorry."

"It's okay meow. Back to this girl, her parents divorced right after her father was involved in a corruption scandal meow."

Corruption?
Who would've thought about that?

"Tell me the details about the scandal."

"There's no specific details about the scandal meow. Looks like it was kept as a secret meow. Even the media didn't show news about it meow."

"Go on."

"She lives with her mother who works as a nurse and her younger siblings, which are twins meow."

"Her father's occupation?"

"He was a CEO of a well-known Malaysian broadcasting company meow. Maybe he involved in a corruption case with the media meow."

"Now?"

"His current status is unavailable meow."

"Anything else?"

"Nothing else meow."

Jika benar keluarga dia terlibat dengan rasuah, kehidupan gadis itu tidaklah semudah rakyat biasa lain seperti yang aku sangka. Lagipun, naluriku kuat mengatakan bahawa Alice berasal daripada keturunan yang baik-baik. Lihatlah dia di dalam kelas, lebih sibukkan dunia diri sendiri daripada menyibuk hal orang lain. Mana mungkin seseorang sepertinya dianggap jahat?

Jadi aku tak rasa punca kes rasuah ini serupa dengan yang selalu kita dengar. Politik, kuasa, duit. Aku yakin ada sebab lain.

"Thank you, Mr. Tom. I will transfer the money into your account as soon as possible."

"Thank you too, meow. Call us again, Madam. Meow~"

Tutt!

Suaranya bukan main garau tetapi asyik sebut 'meow'. Kepelikan ini sungguh sukar untuk ditafsir dengan kata-kata.

Apa-apapun, rasanya itu sahaja maklumat yang mampu mereka korek berkenaan Alice. Latar belakangnya tiada bezanya dengan seorang rakyat biasa.

Mula-mula, aku menjangkakan Alice ialah anak kepada seorang raja atau seorang menteri di Malaysia. Kalau tidak pun, barangkali dia merupakan waris kepada pemilik syarikat gergasi yang bercabang-cabang di negara tersebut. Namun berdasarkan maklumat yang aku dapat, satu antara itu pun tidak.

Tetapi mungkin memang betul yang dia memang berasal daripada keluarga kaya sebelum ayahnya terlibat dengan kes rasuah. Tetapi tiada gunanya kini kerana kekayaan itu hanya tinggal sebagai kenangan. Dan realitinya sekarang, dia tetap dikategorikan sebagai orang kebanyakan.

Apa yang aku dapat simpulkan, Alice cumalah seorang gadis yang terlalu bertuah. Ya, itu semua hanyalah tuah semata-mata.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top