iii | friends at first sight
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ I used to think that " love at first sight " was some kind of urban myth - then you smiled at me ❞
Contohilah aku sebagai seorang pelajar yang gemilang, sanggup bangun seawal jam 6 pagi demi menjadi orang pertama sampai ke kelas. Semua ini semata-mata untuk menebus semula kesilapan aku semalam, iaitu datang ke kelas lewat walaupun hanya seminit sahaja. Aku tak boleh biarkan impresi kedua orang lain terhadap aku mengecewakan seperti yang pertama.
Memandangkan aku bertolak awal dari asrama, dapatlah aku berjalan ke kelas dengan jiwa yang tenang sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke kelas.
[ Laluan Taman ]
Burung-burung berkicauan riang menghidupkan suasana pagi. Cahaya fajar menerangi segenap laluan pejalan kaki. Dedaun luruh yang jatuh berguguran seperti hujan di lautan oren.
Mungkinkah aku yang terlajak puitis atau ini memang satu petanda baik?
Lagu Dari Mata nyanyian Jaz berputar menggantikan lagu Dance Monkey. Aku ni bukan jenis yang layan lagu jiwang berkarat-karat tapi oleh sebab aku dah skip lagu sebanyak enam kali dalam jam ini, aku terpaksa hadap juga lagu ni. Inilah lumrah pengguna Spotify tak premium.
Matamu melemahkanku~
Saat pertama kali ku lihatmu~
Dan jujur ku tak pernah merasa begini~
Mungkin inikah cinta pandang pertama?~
Sambil syok mendengar, sempat juga aku menilai lagu ini. Bukannya sebab aku seorang yang judgemental, cuma aku rasa lirik lagu ini satu penipuan kepada umat manusia. Kerana kalau diikutkan logik dan realiti, dalam abad ke-21 ini mana wujud lagi dua insan yang jatuh cinta sejak pertama kali bertentang mata. Kan?
🍁🍁🍁
"Yeah, aku dah sampai!"
Seperti jangkaan, akulah orang pertama yang menjejakkan kaki ke dalam Grade 1 Tetris hari ini. Buat pertama kalinya, perkiraan aku tepat bak dua akaun yang berjaya diimbangkan.
Inilah hari paling bersejarah dalam hidup aku. Sepanjang 10 tahun bersekolah, aku belum pernah menjadi murid terawal tiba di kelas. Akhirnya dapat juga aku merasa betapa bangganya menjadi pembuka lampu dan kipas di dalam kelas.
Sekarang, pelan A ialah tunggu di tempat duduk diam-diam sehinggalah yang lain datang. Selepas itu, aku akan sapa mereka dengan seramah mungkin biarpun aku terpaksa men-fake-kan diri. Kalau-kalau tak menjadi, pelan B sedia menanti.
🍁🍁🍁
Jam segi empat yang tergantung pada dinding kelas aku tenung. Paparan 7.15 a.m dalam bentuk digital melepaskan satu keluhan dari mulutku.
Pernah aku dengar satu khabar angin bahawa jika kita menantikan sesuatu seorang diri, kesunyian yang dirasakan adalah 100 kali ganda berbanding menunggu bersama-bersama dengan seseorang. Baru sekarang aku sedar bahawa khabar angin itu benar.
Entah kerana apa aku tidak tahu, tiba-tiba sahaja cengkerik di luar dinding kelas mengilai macam pontianak yang ketawa terkekeh-kekeh. Angin turut bertiup kencang walhal suis kipas aku tak buka pun lagi membuatkan bulu tengkukku meremang tegak tanpa dipinta. Tertelan air liur sendiri pula aku apabila memikirkan yang aku tengah duduk di dalam kelas baru di dalam bangunan baru di dalam sekolah baru seorang diri. Sudahlah kelas ini sunyi sepi seperti tiada tanda kehidupan langsung. Kalau di sekolah lama aku memang dah huru-hara satu bangunan pukul tujuh pagi ini.
Atau pun datang seawal ini hanyalah satu kesilapan?
Aku bingkas bangun dari kerusi lalu melangkah ke salah satu sudut kelas di mana penyapu diletakkan. Kaki aku sengaja hentak kuat-kuat dengan tujuan untuk melenyapkan keamanan yang terlampau ini, dengan harapan aku tak akan rasa takut.
🍁🍁🍁
Aku perhatikan seluruh lantai kelas. Bersih dan suci, secebis debu pun dah tak wujud lagi. Nak baring di lantai pun boleh, ia dijamin bebas kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kebersihan di seluruh dunia.
Penyapu aku dirikan pada meja yang terdekat lalu mencampakkan pandangan ke hadapan dengan megah lagi bangga sebagaimana Batman berdiri di atas bangunan pencakar langit sambil memerhatikan bandar Arkham.
Bddup!!
Aku menunduk ke arah bunyi tersebut. Ingatlah binatang apa yang merangkak atas lantai tadi, rupa-rupanya penyapu yang jatuh. Secara automatik nafas lega aku helakan sambil mengurut dada.
"Buat cuak aku jelah."
Badan aku bongkokkan sedikit untuk mencapai penyapu yang sedang terkujur kaku di atas lantai. Tetapi apabila aku menyentuhnya, terasa suatu renjatan halus seperti arus elektrik mengalir dari hujung jari hingga pergelangan tanganku membuatkan aku sedikit tersentak. Tatkala pemegang penyapu sudah berada dalam tanga- eh jap, kenapa penyapu ini panas semacam?
Agak lama masa aku ambil untuk menyedari bahawa objek yang sedang aku genggam ini bukanlah penyapu, tetapi sebenarnya ialah jari-jemari yang kurus lagi runcing dengan urat-urat sedikit timbul pada permukaan kulitnya yang sangat cerah. Haba tubuhnya dapat aku rasakan melalui kulit kami yang masih lagi bersentuhan sebelum aku akhirnya kembali ke alam realiti.
Tanpa melengahkan walau sesaat, cepat-cepat aku menarik tanganku semula. Renjatan tadi masih berbaki lagi diiringi dengan senak yang ketara di dalam perut walaupun aku tak segugut. Dikuasai suatu perasaan asing yang tidak pernah aku alami sebelum ini, aku cuba mengangkat wajah untuk mengenal pasti siapa pemilik tangan misteri tersebut.
Saat itu, mataku bertentangan tepat dengan mata beriris biru miliknya. Aku tidak tahu kenapa, tetapi ia seperti sesuatu yang sangat familiar bagi aku. Sehinggalah aku dapat rasakan nafasnya, barulah aku perasan yang jarak antara muka aku dan dia adalah dalam dua tiga inci sahaja.
Sekejap.
Berapa inci aku cakap tadi?
Tiba-tiba jantungku berdegup terlalu kencang seakan-akan nak meletup. Aku dapat merasakan peningkatan dalam tekanan darahku yang dipam laju ke setiap pelosok kapilari sampaikan suhu tubuhku meningkat secara mendadak.
Dia, mengukir satu senyuman yang manis lagi mesra. Melihatkan senyuman itu, aku pantas mengalihkan pandangan dari terus menatap mata bundar miliknya sambil merentap penyapu tersebut dari tangannya.
"Te-terima kasih!"
Ucapku sambil mencuri pandang tanda namanya. HAWKIN, di sebelah nama itu tertera bendera negara Amerika Syarikat. Dengan bibir yang diketap kuat, aku memejam mataku rapat sebagai cubaan untuk menenangkan diri. Pipi yang masih membahang tidak aku pedulikan lalu kembali memandang wajahnya.
Matanya yang bersinar-sinar dengan cahaya itu menatapku semula. Hidungnya mancung, membuatkan aku syak hidungku dilenyek menggunakan penggiling waktu kecil dulu. Berwarna perang yang agak pudar, rambutnya yang tidak bergel disikat ke belakang, meninggalkan sebahagian daripadanya tergantung di bahagian tepi. Wajahnya agak bujur tetapi kelihatan bulat pada masa yang sama. Tidak seperti muka tipikal orang Barat yang selalu kita lihat.
Dan satu benda yang aku pasti, dia sangat kacak orangnya.
"What did you said just now?"
Dia kerutkan kening. Suaranya yang tidak begitu garau sepadan dengan wajahnya yang agak babyface.
"Said what?"
Aku cakap apa tadi?
Imbas kembali...
"Te-terima kasih!"
Aku menampar-nampar pipi diri sendiri yang panasnya tak pandai berkurang lalu memperbetulkan semula ayatku tadi.
"I mean thank you, haha!"
'Haha' tu ditambah hanya sekadar untuk cover line. Bukan ke sepatutnya kita berbangga dengan bahasa ibunda tapi kenapa aku malu dalam kes ni?
Dia juga ikut serta ketawa. Entah kenapa ketawaku yang tadinya palsu, kini menjadi ikhlas dengan kehadiran gelak tawanya bersama. Setelah sekian lama akhirnya aku benar-benar ketawa, seolah-olah kesunyianku yang berpanjangan telah hilang dibawa tawa tersebut.
Is it real or is it me who is feeling too much?
Secara rasminya, ketawa kami telah memecahkan kesepian di dalam kelas ini. Dan juga kesepian di hatiku. Acewah.
"By the way..."
Dia mula bersuara setelah beberapa ketika ketawa berjemaah tanpa imam.
"My name is Hawkin..."
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Hawkin itu menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku.
"-Horane, a heir of an American nobleman."
Ujarnya lagi ketika aku menjabat tangannya. Sebelah lagi tangan mengetuk tanda nama yang disemat pada blazernya.
"Alice Allyna Hendry, from Malaysia..."
Ungkapanku tersekat di situ sebab ada sesuatu yang aku teragak-agak nak sampaikan. Tetapi apabila teringatkan sebuah ayat yang aku selalu dengar, honesty is the best policy, sekaligus aku berasa yakin untuk memberitahu perkara sebenar kepadanya.
"...and I came here under a scholarship."
Hawkin menunjukkan reaksi yang tidak terlalu teramat tersangat terkejut seperti apa yang aku jangka. Nasib baiklah aku memilih untuk berterus-terang sahaja daripada menipu identiti diri sendiri.
"It's nice to meet you."
Dia tersenyum lagi. Cuma kali ini lebar dan...
Penuh dengan makna.
"It's a pleasure for me to know you too!"
Aku membalasnya penuh mesra sambil menggoncang tangan yang mula-mula aku sangkakan milik roh tak tenteram tadi dengan daya yang rasanya terlebih kuat.
Dan tanpa aku sedari, sekuntum senyuman sarat dengan kebahagiaan terlukis di bibirku.
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
Saya tahu cringe. Ya, saya tahu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top