ii | only what?
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ The best and most beautiful
things in the world cannot
be seen or even touched -
they must be felt with the heart ❞
Nafas yang terasa semakin sesak tidak aku hiraukan. Kakiku terus melangkah pantas, tak ubah seperti mengejar masa yang telah jauh meninggalkan aku yang terlajak tidur selama hampir 15 jam.
Ya betul, lima belas jam.
"Bagus Alice, bagus sangat! Lain kali jangan set alarm sebelum tidur lagi ya?"
Punyalah nyenyak aku tidur dari petang hingga pagi sampaikan langsung tidak tahu-menahu akan segala apa yang berlaku malam tadi. Rasanya pelajar-pelajar lain tengah seronok berkenalan dengan satu sama lain sementara aku syok berdengkur.
Tetapi tiada sebab untuk aku menyesal kerana aku yakin lagi pasti, aku tidak terlepas apa-apa yang menarik pun dalam majlis makan malam tersebut.
"Setakat makan dan minum camtu pun aku boleh buatlah. Masak je maggi, beli air mineral. Siap."
Tetapi mungkin juga, jauh di dalam lubuk hatiku, wujud secebis rasa cemburu yang sejujurnya aku tidak mahu percaya.
"Ah, aku tak kesah pun!
Malas hendak berfikir banyak tentang majlis tersebut, aku mula berlari anak menyelusuri laluan yang sudah pun lengang, bermaksud semua orang dah masuk ke kelas masing-masing. Mesti hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih sesat di luar bangunan sekarang ini.
Dan sedang aku pantas berlari, tiba-tiba kaki kananku terasa ringan daripada biasa. Aku terus menunduk dan melihat...
"Apahal mesti sekarang jugak kau nak tanggal hah?!"
Aku berpatah balik beberapa tapak ke belakang lalu mengutip semula kasut yang telah pun tertanggal dari kaki. Melihat sebelah lagi sepatu hitam yang masih terpasang longgar pada kaki, aku tidak berfikir lama sebelum membukanya juga. Walaupun memang salah aku sebab ikat tak ketat-ketat pagi tadi, aku tetap menyimpan dendam terhadap kasut ini.
Dengan itu, aku meneruskan perjalanan ke destinasi dengan hanya bersarungkan stoking. Terpaksalah aku bertahan berpijak di atas daun-daun kering yang aku tak sangka rupa-rupanya tajam ini.
Inilah hidup aku yang tak pernah aman. Baru hari pertama dah buat hal. Petanda baik sungguh.
Sesekali aku tilik jam di tangan yang menunjukkan pukul 7.55 pagi. Berdasarkan jadual waktu yang aku dapat semalam, kelas akan bermula tepat jam 8. Dengan berbakikan 5 minit ini, sampai atau tidak aku di kelas tepat pada masanya kekal sebagai sesuatu yang tidak pasti.
Selain isu masa, masalah kedua yang tengah aku hadapi sekarang ialah bangunan akademik yang menempatkan kelas aku masih jauh lagi. Maklumlah, asrama perempuan terletak jauh di dalam ceruk paling terceruk dalam akademi ini dengan alasan, makhluk bernama wanita ini perlu mendapat perlindungan ekstra.
Masalah terakhir pula merupakan salah pihak pengurusan yang boleh dikatakan agak try hard untuk mereka fesyen pakaian seragam akademi sehingga menjadi sangat rumis dan merimaskan.
Baik, sini aku terangkan.
Lapisan paling dalam ialah baju berkolar tanpa lengan berwarna putih diikuti lapisan kedua iaitu blazer maroon yang seolah-olah memasak tubuh badanku meskipun sekarang musim luruh. Selepas itu, kami dikehendaki memakai seluar ketat paras peha di bahagian dalam diikuti skirt satin hitam paras lutut di bahagian luar. Sekurang-kurangnya skirt lembut ini seronok dikibar kalau-kalau aku rasa bosan.
Itulah sebabnya kenapa pergerakan aku sangat terhad.
"Eleh ada hati nak salahkan baju, siapa suruh bangun lambat?"
🍁🍁🍁
Tersergam gah barisan tiang putih berseri yang menjadi tunjang kepada laman dalam separa terbuka ini. Aku sudah lalu di kawasan ini semalam, jadi samar-samar aku masih ingat jalan untuk ke bangunan akademik.
Laluan lurus yang sama digunakan semalam aku masuki sekali lagi. Bezanya kali aku tidak perlu berjalan hingga ke hujung laluan yang berakhir di The Grant Staircase. Cuma sekarang, aku mesti cari tangga terdekat yang boleh membawaku ke tingkat seterusnya. Setibanya di tangga pertama yang muncul dalam pandanganku, aku terus mendakinya satu per satu. Sampai sahaja di tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, aku terpukau lagi untuk kali keberapa entah semenjak bertapak di akademi ini.
[ Koridor Bangunan Akademik ]
Seluruh bahagian lantai dilitupi sepenuhnya dengan karpet mewah. Siling pun bukan kapur biasa, siap ada ukiran lagi. Lampu kalimantang apatah lagi, memang langsung tak wujud di sepanjang koridor ini. Tempat letak mentol tak salah kalau tak berhiasan. Keindahan seni reka koridor ini memberikan pengaruh antik dan klasik kepada sesiapa yang berada di dalamnya.
Aku teruskan melangkah dalam keadaan terlopong memerhatikan sekelilingku yang sunyi sepi.
Eh jap, kenapa koridor dah lengang?
"Oh shoot, aku dah lambat nak kelas!"
Aku mempercepatkan langkah tanpa mempedulikan risiko tersembam mencium lantai. Tetapi kalau cium pun tak apa rasanya sebab lantai ini gebu dan selesa dipijak.
Mungkin beberapa langkah lagi sampailah ke kelas baruku. Mungkin.
Grade 1 Tetris
Tetris?
Seingat aku itu sejenis permainan video legenda. Tak pernah aku dengar kelas nama sepelik ini. Bukankah biasanya kelas diberi nama sempena nilai murni walaupun selalunya para pelajar tak berapa nak murni?
Kesimpulannya, sekolah antarabangsa memang penuh dengan keluarbiasaan. Nama kelas pun lain meleset jauh daripada normaliti. Haraplah penghuninya juga normal-normal belaka.
Tegak aku berdiri di hadapan pintu kelas yang berlabel, Grade 1 Tetris. Jam di tangan aku periksa berkali-kali kerana aku ada trust issue dengan diri sendiri. Apabila aku pasti jam sekarang memang tepat pukul 8.01 pagi, barulah aku berpuas hati.
Dan ini bermakna aku lewat satu minit. Lambat 60 saat je pun. Takkan tak boleh kan?...
Gulp!
Kasut yang sejak tadi dengan dijinjit di tangan kiri aku pasangkan semula pada kaki lalu diikat seketat-ketatnya. Satu nafas yang dalam dan panjang aku tarik sebelum menolak perlahan pintu sliding ke sebelah kiri. Sebaik sahaja pintu terbuka, bau plastik dan kertas dan ubat menusuk rongga hidungku.
Cop! Ubat?
Aku berundur sedikit untuk menyemak semula papan tanda di luar kelas, memastikan sama ada ini memang betul-betul kelas aku ataupun hospital. Memang benar ini kelas Grade 1 Tetris, tetapi kenapa terlalu...
Senyap,
Diam,
Dan lengang?
"Krik krik kawan-kawan, mengapa krik krik kawan-kawan?!"
Hatiku menjerit tak bersuara.
Suasana sunyi sepi walaupun sebenarnya ada orang.
Ramai orang.
Dan banyak mata.
All eyes on me now.
Rakan-rakan sekelas baruku semua membulatkan mata melihatku. Macam tak pernah tengok manusia pun ada. Macam zombi nak makan orang pun ada.
Boleh tak aku pecut keluar sekarang?
Perkara pertama yang aku perasan tentang zombi-zombi itu ialah rupa wajah mereka semua berbeza. Yup, aku seorang stereotaip yang mengganggap muka golongan mat salleh ini semua sama.
Sekejap, aku rasa aku cam salah satu daripada wajah-wajah yang asing itu. Tak salah lagi, lelaki 'galaksi' yang aku jumpa semalam. Dia rakan sekelas aku? Eh geng sama sesat semalam pun ada jugak! Budak rambut putih ni tak balik ke planet dia ke?
Aku cuba berikan senyuman paling lebar dan palsu yang aku miliki kepada mereka. Atmosfera kejanggalan menyusup ke dalam rongga tulang menyebabkan bukan sahaja sum-sumku menggeletar, malah otot-ototku turut kekejangan.
Dan apa respons mereka?
Ada yang balas senyuman aku.
Ada yang buat-buat tak nampak.
Ada yang tengok aku, selepas itu buat tak tahu.
Ada yang hanya jasadnya berada di dalam kelas dengan fikiran hilang entah ke mana.
"Miss Alice from Malaysia?"
Tanya seorang lelaki berusia lebih kurang awal 50-an yang berdiri di belakang meja guru.
"Urm, yes."
"Very well, take a seat please. You can sit anywhere you want."
"Maaf pakcik, sebolehnya sekarang ni saya nak keluar je dari sini."
Bisikku, sekadar dalam hati.
Aku perhatikan setiap satu meja plastik yang terdapat di dalam kelas ini. Terdapat satu sahaja meja yang tidak berpenghuni. Tetapi masalahnya meja tersebut berada betul-betul di tengah-tengah kelas.
Okey, sekarang aku faham kenapa tiada sesiapa sudi nak duduk kat situ.
"So..."
Cikgu itu mengamati setiap wajah pelajar di dalam kelas Grade 1 Tetris dengan pandangan serupa mesin pengimbas lalu mengoyak satu senyuman penuh misteri.
"Since everyone is here, I suppose we can start now."
"Schhtt!"
Mula-mula aku ingatkan tikus yang mengecit, rupa-rupanya budak lelaki yang duduk di sebelah aku. Aku pun menoleh secool mungkin walaupun aku rasa berdebar tahap nak tertanggal tulang dari sendi sepertimana tanggalnya kasut dari kakiku tadi.
"Edward."
Jiranku memperkenalkan diri. Eh klise betul nama ni. Aku ingatkan aku akan jumpa manusia bernama Niccolo ke Gallileo ke Leonardo ke kat sini.
"Of England."
Ujarnya dengan senyuman tipis namun ikhlas. Aku menguntum sebuah senyuman mesra sebagai balasan.
"Alice, Malaysia."
Aku memperkenalkan diri dengan memberikan sebuah peace padanya.
Edward hanya membalas dengan satu "oh" yang kecil.
Jadi aku dah ada kawan sekarang ni kan?
"Girl, it's too early for anything."
Minda pessimisku yang merupakan satu-satunya perkara yang aku benci lebih daripada ex-crushku berbisik halus.
"My name is Garver Howard. I am your class teacher. You can call me Sir Garver."
Semua orang mengangguk macam budak tadika. Kecuali aku, sebab tengkukku terasa kejang semacam.
"First of all, I am going to inform you guys one important thing that I want you to keep it in mind."
Wajah Sir Garver bertukar serius. Tadi pun serius, cuma kali ini lagi serius. Senang cerita korang bayangkanlah riak muka yang lebih garang daripada cikgu disiplin sekolah korang.
"Here, you guys are all the same. I repeat, all the same."
"All the same..."
Gumamku.
"I meant this. This academy belongs to everyone."
Sir Garver berjalan di tengah-tengah ruang antara setiap meja dengan perhalan.
"Even if you are a prince of any country, a heir of a nobleman, or even if you don't have any royal nor noble bloodline."
Lapan perkataan terakhir itu mengoyak jiwa dan perasaan ini. Sungguh dalam.
"Now, I don't want to hear the word 'Your Highness' or 'you are just a common person'. "
Ada ke orang yang akan cakap macam tu kat aku? Firasat wanita aku cakap, ya.
"In this academy, everyone is equal."
Sekali lagi, dia perhatikan wajah setiap seorang daripada kami. Pelik sangat ke kitorang di mata dia? Ke aku je yang pelik? Alamak insecure sangat aku ni!
"If I hear any of those words, you are done."
Dia melangkah ke hadapan kelas lalu berhadapan dengan kami semua.
"I hope everyone can get along well despite of the look, language, and culture difference."
Dan sekarang fokus matanya beralih kepadaku.
"And treat your only female schoolmate nicely."
"Yes, Sir Garver."
Kedengaran beberapa suara yang menjawab dengan nada terlebih teruja seperti orang yang berbulan-bulan tak berak.
Walaubagaimanapun, mereka semua menjawab. Aku? Tidak.
Apa dia cakap?
Only female schoolmate?
Aku pandang sekeliling.
Kanan.
Lelaki.
Kiri.
Lelaki.
Depan.
Lelaki.
Belakang.
Lelaki.
Hah-ha!
Hahahahaha!
MATILAH AKUUU!!!
🍁🍁🍁
Dengan ratusan mata yang memerhatikan aku macam sebulan tak makan, aku langsung tidak menjauhi rombongan kelasku walau seinci.
"Line up according to your class. We are going to tour the academy."
Arah wanita penjaga kaunter pendaftaran semalam menerusi pembesar suara. Dia yang mengetuai rombongan pelajar Grade 1 mula melangkah masuk ke dalam bangunan pentadbiran yang terletak di bahagian paling hadapan akademi.
"So this is the administration building. If you encounter any problem in the academy, you can just report to the administration office at the front side of the building. Meanwhile, your countries' consular office or embassy will be in the first floor. And in case you need to find your teachers, go to the second floor."
Satu apa pun aku tidak nampak di hadapan sana. Cuma penerangan panjang lebar sahaja yang kedengaran kuat tetapi tetap aku tak faham. Sama ada kerana aku yang lembap ataupun kerana keadaan sekelilingku yang riuh-rendah dengan suara lelaki.
Lelaki? Ya, mereka semua lelaki. Kata-kata Sir Garver tadi bukanlah satu gurauan semata-mata. Apabila aku keluar dari kelas, barulah aku perasan bahawa tiada seorang pun pelajar perempuan belajar di akademi ini selain aku.
Aku, bukan puteri, bukan bangsawan.
"Excuse me, Madam. But what's on the third floor?"
Soalan tersebut berjaya menfokuskan aku semula. Datangnya dari barisan kelasku. Entah siapalah yang rajin sangat nak bertanya itu.
"Oh, the third floor? Your Principal's office is on that floor! There's no reason for you to be there, that's why I didn't mention about it earlier."
Semua membontoti langkah wanita itu menuju ke bangunan akademik yang dihubungkan dengan bangunan pentadbiran oleh The Grant Staircase, iaitu sistem tangga terbesar akademi yang menghubungkan semua tingkat dari dua bangunan berbeza ini.
Kami menaiki tangga menuju ke tingkat atas kerana bilik di bangunan akademik tidak dapat diakses dari tingkat bawah. Hanya terdapat sebuah lorong tertutup sahaja di tingkat tersebut, yang menjadi laluan harian pelajar kerana di kiri kanannya terdapat banyak tangga yang menjadi jalan pintas untuk ke kelas masing-masing.
Bangunan akademik merangkumi lebih seratus buah bilik termasuklah bilik darjah, bilik subjek, bilik rehat, makmal dan macam-macam lagi bilik yang bagi aku pelik. Terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Epitychia, Dynami, Tharros dan Exypnada. Dalam setiap bahagian, disediakan kawasan khas yang menempatkan loker-loker untuk kemudahan pelajar meletakkan barang. Kunci loker telah pun dibekalkan kepada para pelajar dan kekal menjadi hak milik masing-masing sehinggalah tamat pengajian selama tiga tahun di sini.
"Take a good care of your key."
Pesan si pengagih kunci yang tadinya terhegeh-hegeh tawar diri untuk membantu pihak pentadbiran. Senang cerita, kita selalu gelar spesies ini sebagai pemburu perhatian. Satu-satunya kunci yang masih dipegangnya diletakkan di atas tanganku sambil mengenyitkan mata kepadaku. Aku buat muka jijik sebaik sahaja dia berlalu pergi untuk mengambil gugusan seterusnya yang perlu diagih.
Laluan yang kedua-dua hujungnya terbuka di tingkat paling bawah bangunan akademik menuju ke laman dalam ala-ala Rom. Menurut wanita yang memberi penerangan di depan sana, laman dalam tertutup ini berada di bawah kafeteria yang dapat dimasuki sama ada dari bangunan akademik ataupun bangunan sukan.
Dari laman dalam atau dalam Bahasa Inggerisnya, courtyard ini, para pelajar boleh pergi ke mana-mana tempat lain di akademi. Di sebelah kiri letaknya pelbagai jenis padang, tasik, lapang sasar, serta stadium manakala di sebelah kanan pula terdapat menara astronomi, taman botani, rumah hijau, dan juga merupakan jalan paling dekat untuk ke Athena Dormitaries. Kalau berjalan lurus ke hadapan pula akan membawa pelajar masuk ke dalam bangunan sukan atau jika tidak, boleh juga singgah di kandang kuda, taman zoologi dan Harmonia Auditorium untuk masa-masa tertentu seperti perhimpunan.
Harmonia Auditorium, dengar namanya saja sudah tahu apa fungsinya. Kiranya lebih kurang macam Dewan Serbaguna, cuma yang ini versi besar dan mewah. Di atasnya pula, berdiri megah menara tertinggi di Akademi DiRaja Granté yang kelihatan seperti istana dalam intro cerita Disney.
Hanya dapat melihat dari jauh puncak menara yang seakan-akan keluar dari kisah dongeng itu, aku teringat kembali perihal malam tadi. Atau lebih tepat lagi, perihal yang aku mungkin terlepas malam tadi. Ya, di atas sana terdapat sebuah ruang khas untuk majlis tari-menari di mana berlangsungnya makan malam selamat datang semalam.
Akibat terlalu sibuk mendongak melihat atas, aku tidak sedar yang semua orang dalam barisanku sudah pun berhenti bergerak. Cuma satu langkah terlajak telah menyebabkan kepalaku terhantuk pada belakang badan orang yang berbaris di hadapanku. Dengan pantas tetapi terpaksa, aku bertahan padanya takut-takut aku terjatuh ke bawah pula.
"Sorr-"
Sebelum sempat aku melepaskan pegangan yang tak sampai satu saat, suatu daya yang kuat terlebih dahulu menolak tubuhku semula. Aku terdorong ke belakang dengan aduhan sehingga sekali lagi mendarat pada sesuatu. Kepala aku palingkan untuk memastikan siapa yang berada di belakangku kali ini.
"Pr-prince Edward, I'm sorry!"
Putera Edward hanya menguntum senyum, masih lagi menahan belakang badanku daripada terus jatuh.
"Please, just call me Ed."
Ujarnya dengan nada mendatar.
"Err... Okay, Ed."
Dengan terukirnya sengihan janggal kerana malu akan kecuaian diri sendiri, aku menyeimbangkan diri dan memperbetulkan posisi semula. Tatkala pandanganku dicampakkan kembali kepada lelaki yang menolak tubuhku tadi, tanpa sengaja satu cungapan terlepas dari mulutku.
Jelingan yang dia berikan umpama renjatan elektrik yang mengalir ke seluruh badanku, tajam dan kosong. Langsung tidak berpaling kepadaku, dia mendesir dan menggumam sesuatu yang tak kedengaran. Sambil mengatur kedudukan cermin matanya, dia menoleh semula ke hadapan, meninggalkan tanda tanya dan juga kegerunan bersamaku.
Apa masalah lelaki ini?
🍁🍁🍁
"So I hope you won't get lost again next time. I know some of you did during the registration."
"Akulah itu."
"This is the end of the orientation for the first two batch of the academy students. After you received a subject list from—Hey, where is that boy who's been helping me?! Ha there he is! Wait for him to give it to you, and then you can go back to your dorms."
Aku menunggu penuh sabar sehingga kertas yang menyenaraikan nama-nama subjek itu sampai ke tanganku.
⊱ ────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
List of Subjects :
Number Theory
Physical Education
History Of The World
Cultural Anthropology
Politics and Economics
International Language
Royal Etiquette and Manners
Herbalism and Naturopathy
Anatomy and Physiology
Natural Philosophy
Chemical Science
Astronomy
Zoology
Botany
Sociology
Equestrianism
⊱ ──────────── ⊰
Mampukah aku belajar semua subjek ini?
Aku menggeleng-geleng, bukan kerana sakit tengkuk tetapi kerana risau. Nama subjek ini satu pun aku tak pernah dengar. Apatah lagi nak belajar.
Ketika aku masih menatap surat dalam tangan, orang di sekelilingku mulai beransur-ansur untuk bersurai. Masing-masing pergi ambil beg mereka yang ditinggalkan di dalam auditorium. Aku hanya memerhati setiap lelaki yang melewatiku. Seorang demi seorang lalu. Tetap juga aku menanti. Manalah tahu tiba-tiba ada pelajar perempuan lain muncul kan.
Namun tiada.
Apabila aku pasti bahawa penantianku hanya sia-sia, aku turut berlalu pergi dengan satu lagi soalan yang tiba-tiba timbul di benak,
Walaupun aku seorang sahaja pelajar perempuan di sini, kenapa aku rasa lebih selamat berbanding apa yang aku jangkakan sedangkan sekelilingku penuh dengan kaum Adam?
And you know what, I will never find the answer even if this story ends. But you might will.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top