extra + author's note

༶•┈┈⛧┈♛ eddy & leo ♛┈⛧┈┈•༶
a side story

Burung-burung berkicauan riang, mengharmonikan orkestra antara sang cengkerik yang tak henti-henti mengilai. Salah seekor daripada sekumpulan burung pipit itu singgah di atas sebuah gazebo mewah berwarna putih dengan ukiran bunga yang indah. Di bawah gazebo tersebut, duduk dua orang wanita yang sedang berbual mesra, sibuk bercerita tentang hal-hal duniawi dan saling mengagungkan kelebihan diri.

"This necklace you ask? Oh it's made of pure diamond, 1K carat! You see this sparkles?"

Ujar seorang wanita berambut perang sambil membelek-belek rantai berlian satu ribu karatnya dengan bongkak.

"1K carat? I see then. Well, my bracelet's 2K carat. Or I could say that it's value is 1 billion euro."

Rakannya yang turut berpakaian serba mewah membalas, menunjuk-nunjuk gelang yang juga diperbuat daripada berlian di pergelangan tangannya.

"Oh is that it? Mine is 1.5 billion euro, but it's still cheap for me."

Kedua-dua wanita itu ketawa penuh kepuraan, sesekali menyisip teh Earl Grey yang masih panas di dalam cawan seramik bernilai jutaan euro. Ketika itu, seorang anak kecil menghampiri mereka bedua.

"Ma Ma.. I want to pee."

Kata anak kecil yang comel itu. Lengan baju ibunya yang dipenuhi renda itu ditariknya berkali-kali. Dengan bibir yang dicebikkan dalam usaha untuk kelihatan comel, dia cuba memujuk si ibu.

"Most of my things are about 2 billion euro and above."

Tanpa mempedulikan rengekan anaknya, wanita itu teruskan berbual tentang perkara sia-sia dengan kawannya. Melihat wanita bergelar ibu yang masih tidak melayannya, anak kecil itu mencuba lagi.

"Maaa I need to peeee!"

Ditariknya baju si ibu dengan lebih kuat mengundang perasaan tidak selesa kepada kedua-dua wanita itu, namun tetap tidak mengendahkannya.

Tetapi dia betul-betul kena kencing!

"Maaa!!"

Dengan tangan gemuknya bertahan pada meja, dia berusaha meninggikan diri semata-mata untuk menarik perhatian ibunya. Dan tanpa diduga, kemalangan berlaku.

Krangg!!

Walaupun hanya daya yang kecil sahaja dikenakan pada meja, ia terbalik 45 darjah menyebabkan sebuah teko yang tadinya elok di atas meja terjatuh ke bawah, terhempas pada lantai lalu pecah berderai.

"Oo oo.."

Turut terkejut akan kemusnahan yang telah dia lakukan tanpa sengaja, anak kecil itu menekup mulut dengan kedua-dua tapak tangan.

"..."

Tuan rumah kepada tea party tersebut tercengang buat seketika, merenung lama teko mahal kesayangannya yang kini hanya serpihan kaca tak bernilai.

"Livio..."

Gumam ibu kepada anak kecil bernama Livio itu. Terbeliak matanya melihat kerosakan yang dilakukan oleh anaknya itu. Fikirannya pula sudah terbayang-bayangkan wang yang bakal 'terbang' sebagai ganti rugi.

"Ple-please excuse me, Madam Victoria."

Wanita itu meminta diri dengan penuh tergagap-gagap lalu terus merentap kasar lengan Livio, membawanya jauh dari situ.

"Ma.. I am so-"

Ujar anaknya sebaik sahaja mereka tiba di sebuah tasik kecil lagi jernih, tetapi pantas sahaja si ibu memotong.

"DON'T YOU DARE TO SAY SORRY!"

Teriak wanita itu kuat, betul-betul di hadapan wajah anaknya. Nafasnya turun naik menahan amarah.

"B-but Ma.."

Pakk!

"AND DON'T CALL ME MA! I'M NOT EVEN YOUR MOTHER!"

Serentak dengan itu, satu tamparan kuat singgah di pipinya. Livio yang sejak tadi gigih menahan tangisan, akhirnya mengalirkan air mata.

"Monello!"

Bebel wanita itu sambil berhentak pergi, meninggalkan anak kecil itu sendirian di tepi tasik dengan penghuninya yang menjadi saksi kejadian itu.

"Wh-why.. why I'm so unlucky? Uhuk.."

Livio menangis tersedu-sedu. Pandangannya tercampak pada pantulan dirinya sendiri pada permukaan tasik.

"Mom.. why did you left? Why? I am lonely..."

Walaupun dia sedaya-upaya tidak mahu menangis, air matanya jatuh tanpa henti. Beberapa titisan mutiara jernih dari kolam matanya menitis ke dalam air tasik.

"Mom, I missed you... so much!"

Tangisannya semakin kuat. Berkali-kali dia mengesat wajah sendiri demi menjaga identiti sebagai seorang lelaki sejati. Mendiang ibunya kata dulu, lelaki tidak boleh menangis hanya kerana perempuan. Jadi, Livio memaksa diri untuk tidak menangis semasa ibunya meninggal dunia.

"But.. I really need to pee. Is it my fault?"

Soalnya kepada entah siapa entah, diselangi esakan antara setiap patah perkataan. Beberapa ekor angsa putih datang menghampirinya, turut bersimpati akan nasib anak kecil itu.

"No it isn't."

Livio tersentak mendengar suara asing itu menjawab soalannya.
Someone's here all this time?
Dia menoleh ke belakang, ke arah datangnya suara itu.

"It is not your fault."

Katanya lagi, kali ini dengan nada yang lebih tegas. Matanya memandang tepat kepada Livio yang masih terdiam.

"Who are you?"

Livio menyoal budak lelaki misteri itu penuh ketakutan. Maklumlah, dia memang tak begitu pandai bersosial apatah lagi memulakan satu perbualan. Buktinya dia langsung tidak mempunyai kawan di tadika.

"I'm your new friend!"

Jawab budak lelaki itu dengan satu senyuman yang lebar menampakkan barisan gigi susu putih berseri, membuatkan Livio terkesima. Selama ini tiada siapa sudi menjadi kawannya, tetapi hari ini tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak seusianya yang mengaku sebagai kawannya.

"You..want to be my friend?"

Livio memberanikan diri bertanya, kepala tertunduk ke bawah.

"Of course!"

Budak lelaki di hadapannya itu membalas ceria. Lagaknya seperti proton, sentiasa positif. Dia yang sedari tadi berdiri tegak di bawah sebuah pohon epal yang rendang, membuka langkah menghampiri Livio.

"Here!"

Sesuatu dia hulurkan kepada Livio yang masih teresak-esak. Livio mengangkat kepalanya perlahan, dan apa yang berada di depan matanya sekarang ialah sebiji epal merah.

"For.. me?"

Budak lelaki itu hanya mengangguk laju, ternanti-nantikan sahabat barunya mengambil epal dari tangannya.

"Thank you..."

Livio dengan teragak-agaknya mencapai epal yang nampaknya sudah masak ranum tersebut.

"-but I need to pee."

Sekali lagi, air mata jatuh di pipi kirinya yang sudah kering. Bezanya kali ini kerana dia sedang menahan keperitan mahu terkucil.

"Hey hey, don't cry! I-I know a good spot. Come, follow me!"

Pujuk budak lelaki itu, cemas melihat Livio yang mula menangis lagi lalu menarik tangan Livio, membawanya pergi dari situ.

"Really?"

Soal Livio, berusaha mengelak satu titisan yang kini berada di ambang dunia daripada terkeluar.

"Really, just trust me!"

Setibanya di lokasi yang dimaksudkan tadi, dia mengarahkan Livio untuk masuk ke dalam semak.

"Here?"

Tanya Livio dengan mata hijaunya memandang tumbuhan yang bakal mendapat baja percuma itu lama.

"Yes! Faster, I'll guard from here."

Budak lelaki itu cuba meyakinkannya sambil menolak tubuh kecil Livio ke dalam semak.

Dan di dalam semak itulah, Livio melunaskan hajatnya kepada alam semula jadi.

"Finally..."

Satu helaan Livio lepaskan sebaik sahaja dia keluar dari semak. Lega amat nampaknya, bagai dihidupkan semula.

"Are you done?"

Budak lelaki itu bertanya tanpa menoleh ke belakang, takut-takut kawan barunya malu jika seseorang ternampak dia buang air kecil.

"Yup!"

Jawab Livio ceria. Air matanya sudah lama tersejat ke udara.

"Thank you..."

Ucapnya, namun ayatnya tergantung di situ. Dia mengangkat kedua-dua alis tebalnya.

"Edward."

Budak bernama Edward itu memperkenalkan dirinya, seolah-olah memahami isyarat kening Livio tadi.

"You can call me Ed. Everyone called me Ed."

Tambahnya lagi.

"Okay, Eddie."

Kata Livio membuatkan mata Edward terbeliak kecil. Ed itu memang nama samarannya, tetapi tiada sesiapa pun pernah memanggilnya dengan nama Eddie.

Maybe he heard it wrong?

"But nevermind."

Gumamnya halus, tidak kedengaran di telinga Livio.

"And what's your name?"

Livio bertukar gementar. Dengan sepenuh keberanian yang dimiliki, dia menjawab.

"My name is Livio Grande."

Katanya separuh menjerit, dengan wajah yang sudah mulai memerah. Tangannya digenggam kuat manakala matanya terpejam rapat.

"Oh so it's Livio."

Edward ketawa kecil melihat tingkah laku lucu Livio.

"Then, I will call you Leo."

Ujarnya selamba. Namun kata-kata selambanya diambil serius oleh Livio yang sudah bersinar-sinar matanya.

"Leo.."

"Is it okay for you?"

"Yes! Of course!"

Satu senyuman lebar terukir di bibir Livio, teruja akan nama panggilan barunya.

"Well then Leo. From now on you are my friend. And I am you friend. Okay?"

Jari kelingking Edward hulurkan kepada Livio.

"Okay!"

Tanpa sedikit pun teragak-agak, Livio menyatukan jarinya dengan jari Edward. Seraya dengan itu senyumannya melebar, terus melupakan peristiwa malang yang berlaku tadi.

Dan ketika dua jari kecil itu bersatu, sebuah persahabatan luar biasa terjalin antara dua orang kanak-kanak suci yang masih mentah akan dunia realiti.

✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧

Pertama sekali, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana cerita berjudul Akademi DiRaja Granté berjaya disiapkan juga akhirnya. Sesungguhnya segala yang baik mengenai cerita ini datang daripada-Nya, dan setiap yang buruk itu datang dari diri author sendiri.

Author ingin memohon maaf sekiranya pernah mengguris hati mana-mana pihak secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses pembikinan cerita ini.

Dan seperti yang korang tahu, cerita ini belum habis lagi. Ada banyak lagi persoalan belum terjawab. Antaranya ialah :

Siapa yang serang Samuel?

Kenapa Alice belajar di Akademi DiRaja Granté?

Apakah maksud di sebalik surat misteri yang Alice terima?

Tetapi jangan risau kalau korang rasa malas nak baca, author jamin Buku Dua lagi best daripada Buku Satu jadi jangan lepaskan peluang korang untuk menjadi antara pembaca terawal Buku Dua yang bertajuk, Putera Hati.

Mesti korang nak tanya, "Kenapa tajuk nama lain?"

Well, I don't know why but I think the new title fits the story more.
Jadi suka tak suka korang hadap jelah haha.

Apa-apapun, yang paling penting sekali author mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membaca cerita ini tak kira active readers mahupun silent readers.
Author hargai jasa korang kerana telah sudi menekan butang Read, kerana telah menambah bilangan reads, votes, dan comments cerita ini, kerana telah memberikan semangat kepada saya, Seven Zero Seven Error Occured untuk terus menulis.

Seven purple you guys! 💜

Satu lagi, pemenang The Best Prince Charming Award Of Book One telah pun diumumkan di akaun Instagram @sevennieofficial beserta video istimewa sekali.
Jangan lupa stalk tau!

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

Now, let's take a sneak peek at the new book!

"I heard that there's a new kid in your class."

"You are not ugly at all. And if people say you are ugly, that is because they don't have any idea how beautiful your heart is."

"Come to Spain. I'll be your tour guide."

"Don't worry, I'll help you to win her heart! Trust me, I'm a girl and I understand girls."

"You stupid woman! You can't even guess it yet?!"

"I'm only close with you... just because of that!"

"I can't believe he's like that."

"Alice, trust no one."

LINK TO PUTERA HATI
https://my.w.tt/CSJKci0SD2

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top