21

Taeyong memberhentikan keretanya setelah masuk ke garaj rumah. Belum sempat dia bersuara, Hana terlebih dahulu keluar dari kereta.

Rasa marah yang ditahan sejak dari rumah orang tuanya tadi kembali menguasainya. Dengan segera dia ikut keluar dan masuk ke dalam rumah.

"Park Hana!"

Hana yang sedang menaiki tangga itu langsung tidak menoleh. Dan itu membuatkan Taeyong makin hilang sabar. Laju sahaja kakinya mengejar langkah si isteri.

"You tak dengar ke I panggil?"

"I tak nak dengar You cakap apa-apa lagi tentang tadi,"

Hana bersuara sambil duduk di meja solek. Perhiasan yang dipakai ditanggalkan.

"You ingat I nak diam je lepas You kurang ajar dengan Omma I?"

"I kurang ajar? Hey, habis tu soalan Omma You yang langsung tak jaga perasaan I tu macam mana pula?" Hana bangkit dan berdiri di hadapan suaminya.

"Omma You memang tak pernah sukakan I dari dulu lagi. Dia masih harapkan Dain yang jadi menantu dia," sambung Hana lagi.

"Tapi You tetap takde hak nak kurang ajar dengan dia Hana,"

"Takde hak? Lepas dia cakap I ni pentingkan diri dan tuduh I mandul?"

"Sayang, Omma tak sengaja-,"

"Tak sengaja? Okay, kalau lah betul dia tak sengaja sekali pun kenapa You diam? Kenapa You langsung tak back up I? Lepas tu bila I cuba bela diri I sendiri You cakap I kurang ajar?"

"Sayang-,"

"Dah lah Taeyong. I penat, I nak mandi and tidur,"

Lengan Taeyong di bahunya ditolak sebelum dia ke tempat penyidai tuala dan melangkah ke kamar mandi.

Taeyong meraup wajahnya perlahan. Kata-kata ibunya sebelum dia pulang tadi kembali bermain di fikirannya.

"Omma ada jumpa dengan Aunty Kim. Katanya Dain dah pregnant. Kalau lah kamu kahwin dengan dia, Omma akan jadi Nenek tak lama lagi,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top