09
"Jinwoo!"
Dain terus memeluk tubuh Jinwoo sebaik sahaja dia berjaya menjumpai kanak-kanak lelaki itu.
"Mama!" pelukannya dibalas.
"Jinwoo pergi mana? Kenapa lepaskan tangan Mama? Kalau Jinwoo hilang tadi, Mama nak jawab apa pada Daddy?" soal Dain bila dia sudah meleraikan pelukan itu.
Dia hampir gila bila mendapati Jinwoo tiada selepas dia selesai membayar barangannya di kedai kasut tadi. Dia sendiri tidak sedar bila masa Jinwoo melepaskan pegangan tangannya.
"Mianhei. Jinwoo nampak ada clown bawa belon, jadi Jinwoo kejarlah. Tapi, dia dah hilang," ujar Jinwoo bernada sedih.
"Takpe, belon tu nanti Mama belikan. Cuma janji dengan Mama yang Jinwoo takkan buat macam tu lagi nanti. Boleh?" jari kelingkingnya disuakan di hadapan Jinwoo.
"Janji," Jinwoo menautkan jari mereka.
"Oh ya, ni lolipop ni dapat dari mana?"
Baru dia perasan di tangan kiri Jinwoo, ada gula-gula batang yang dipegangnya.
"Ni, Uncle Kacak yang bagi. Dia lah yang tolong Jinwoo pergi buat announcement tadi,"
"Uncle kacak?"
Jinwoo mengangguk sambil tersenyum.
"Haa, tu dia Uncle kacak!" Jinwoo menunding jarinya ke arah belakang Dain.
Dain yang tadi duduk sama ketinggian dengan Jinwoo akhirnya bangun. Dia memusingkan badannya untuk melihat lelaki yang telah menolong Jinwoo.
"Uncle!" Jinwoo melambai mesra.
"Jaehyun?"
"Dain?"
Kedua mereka terkaku di situ.
"Mama kenal Uncle kacak?" soal Jinwoo sambil menggoyangkan tangan Dain yang dipegangnya.
"Ah, dia kawan lama Mama," beritahu Dain.
"Jinwoo cakap You yang tolong dia ke kaunter dan buatkan announcement. Gomawo,"
Jaehyun tersenyum.
"I nampak dia tengah menangis dekat tepi escalator. So I tanya lah dia. Dia cakap dia tak jumpa Mama dia," kepala Jinwoo diusap.
"Dia yang lepaskan tangan I tadi. Kalau takde You, tak tahu lah apa yang akan jadi,"
"Lain kali jangan buat Mama risau tau. Kesian Mama," Jaehyun menundukkan sedikit tubuhnya untuk bercakap dengan Jinwoo.
"Okay, Uncle kacak,"
"Thanks again," ujar Dain.
"Most welcome,"
"I pergi dulu. Jinwoo say thank you cepat,"
"Thank you Uncle kacak sebab tolong Jinwoo dan bagi lolipop ni,"
"Sama-sama handsome boy," Jaehyun mengusap kepala Jinwoo.
Dain memegang tangan Jinwoo dan mula melangkah pergi dari situ ke lif. Mood membeli-belahnya sudah lesap akibat kejadian itu tadi jadi dia membuat keputusan untuk pulang sahaja.
Dia melangkah masuk ke dalam lif untuk ke kawasan parkir bawah tanah. Baru sahaja pintu besi itu hampir tertutup, ada satu tangan yang menghalangnya membuatkan ia kembali terbuka.
"Jaehyun,"
Lelaki itu nampak seperti baru lepas berlari.
"Dain, boleh I minta nombor telefon You?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top