03

Bunyi muzik berkumandang memenuhi seisi kelab malam itu. Di suatu sudut, Dain sedang meneguk minuman yang baru sahaja dihidangkan oleh pelayan di situ.

"Ni gelas You yang keempat. You sure You tak mabuk lagi?" soal Jaehyun.

Dia hanya memesan coke memandangkan dia perlu memandu nanti.

"Tak. I belum mabuk," ujar Dain sambil ketawa kecil.

Jaehyun menarik senyumannya melihat gadis itu. Sudah jelas dia sudahpun berada di bawah pengaruh alkohol.

Gadis itu mencapai botol minuman alkohol di hadapannya lagi. Baru sahaja dia ingin menuangkannya ke dalam gelas, Jaehyun menghalangnya.

"Enough Dain. Dah banyak You minum ni,"

Dain memandang ke arah Jaehyun.

"I nak lupakan apa yang I nampak tadi," ujar gadis itu sayu.

Dan Jaehyun automatik melepaskan botol di tangannya. Dain tersenyum dan menuang minuman itu ke gelasnya lagi dan lagi.

Sehinggalah dia kelihatan sangat lemah akibat pengaruh alkohol yang sangat tinggi.

"Dain, dah. Stop. I takkan biarkan You minum lagi," Jaehyun menarik gelas yang berada di tangan gadis itu.

Tubuh Dain mula terkulai di sofa yang diduduki mereka itu.

"Dain, jom. I hantar You balik," pipi gadis itu ditepuk lembut.

"Jaehyun ah, kenapa You biarkan Hana ganggu tunang I?" soal Dain dengan mata yang terpejam.

"Dain, kan tadi dah janji tak nak cakap tentang ni lagi,"

"I sayang Taeyong. Tapi dia lelaki tak guna! Dia dengan Hana sanggup khianati I," Dain ketawa perlahan.

Jaehyun menggelengkan kepalanya. Sah, gadis itu memang sudah mabuk teruk.

"I hantar You balik ya Dain? Jom," dia membantu gadis itu bangun.

"Jaehyun," Dain memeluk erat pinggangnya.

"I nak Taeyong," bisik Dain.

"Dain, You-,"

Jaehyun terkejut bila Dain mencium pipinya.

"Jaehyun ah," Dain merengek perlahan sambil bibirnya makin dekat dengan lehernya.

"Damn," Jaehyun mencarut perlahan.

Dia terus menolak tubuh Dain sedikit kuat sehingga gadis itu kini tersandar di sebelahnya.

"Dia mabuk Jaehyun. Kau jangan macam-macam,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top