Sulaiman Kolbet: Kita di dalam rancangan Larut Malam Bersama Sulaiman Kolbet, artis undangan minggu ini ialah Daiyan Trisha, tetapi sebelum itu, kita bersama Adli Margera, Kamelia Ramlan, Nizam, Ail dan Eleena Mahathir! Apa khabar semua?
Adli: Khabar baik. Cuma ada luka-luka sikit dari mission terdahulu.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, saya mulakan dengan Adli dahulu. Berikan tiga perkataan yang menggambarkan siapakah Adli Margera. Tiga perkataan sahaja.
Adli: Punk, dan anarchy.
Sulaiman Kolbet: Baru dua?
Adli: Tu, dan tu?
Sulaiman Kolbet: Dan mana kira.
Adli: Okay, okay. Punk, anarchy, chaos.
Sulaiman Kolbet: Seterusnya, Nizam, berikan tiga band yang mempengaruhi hidup kamu.
Nizam: Hmm, tiga band je? Sebab banyak sebenarnya. Tapi kalau pilih tiga je, hmm. Weezer, Nirvana, dan Death Cab For Cutie.
Sulaiman Kolbet: Eleena, nyatakan tiga benda yang kamu rasa adalah kekuatan diri kamu, kelebihan diri kamu sebagai seorang Eleena Mahathir.
Eleena: Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya, selain itu kelebihan saya dalam bidang matematik menjadikan saya lebih sistematik, dan kekuatan saya ialah, wait for it...Nizam!
Audiens bersorak dan buat bunyi suwit.
Sulaiman Kolbet: Tapi dalam cerita saya nampak kelemahan awak sebenarnya ialah Nizam.
Eleena: Pun jugak.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, Kamelia, berikan tiga buah filem kegemaran kamu?
Kamelia: Kill Bill, err vol 1 dan vol 2...
Sulaiman Kolbet: Kira sekali lah tu.
Kamelia: Kill Bill, Black Swan, dan Star Wars.
Sulaiman Kolbet: Star Wars lama atau baru?
Kamelia: Kira sekali lah tu.
Audiens ketawa.
Sulaiman Kolbet: Dia guna balik. Baiklah, Ail, tiga tempat yang kamu akan pergi untuk melancong?
Ail: Saya suka kalau ke Iceland, sebab tempatnya lain dari tempat yang lain.
Sulaiman Kolbet: Nak kira macam tu, semua tempat lain dari yang lain?
Ail: Iceland mempunyai kontras antara gunung berapi yang panas dengan iklim Artik.
Sulaiman Kolbet: Baik.
Ail: Lagi dua, saya fikir saya nak ke Nicaragua, dan lagi satu, saya pilih Iran.
Sulaiman Kolbet: Kenapa Iran? Adakah anda seorang Syiah?
Ail: Haha tak lah. Tapi saya rasa Iran adalah tempat yang menarik kerana ketamadunan Parsi yang selama ribuan tahun, lebih lama dari tamadun Greco-Roman yang membentuk ketamadunan Barat hari ini, sebenarnya datang dari ketamadunan Parsi. Jadi saya suka Iran.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, saya nak tanya Adli. Kenapa setiap kali Kamelia pow kamu, kamu tak boleh kata tak? Kenapa akhirnya kamu mengalah dengan Kamelia? Ini bukan Adli Margera yang punk, anarchy dan chaos! Jelaskan.
Audiens bersorak sambil membuat bunyi bising "Adelia! Adelia! Adelia!". Kamelia menahan muka merah.
Adli: Sebenarnya saya rasa Kam ni menarik. Dah usha dia lama dah.
Eleena: Sesuatunya.
Kamelia: Diamlah!
Sulaiman Kolbet: Kamelia dah malu dah!
Adli: Tapi ye lah kan, kalau baca kat novel ni memanglah nampak selalu saya kena pow dengan Kam, tapi kalau baca novel Cheras Perdana pulak, saya yang banyak pow Kam.
Sulaiman Kolbet: Tapi korang berdua ni dikatakan couple yang paling mencuri perhatian ramai pembaca, terutamanya #TeamAdli yang banyak nak kamu bersama Kamelia.
Adli: Tapi Kam kan suka Nizam.
Kamelia: Orang dah move on lah!
Adli: Ye ke? Macam tak je!
Kamelia: Betul lah. Cuba tengok Nizaleena, dorang berdua macam sweet je. Korang semua setuju tak?
Ail: Nizaleena nampak sweet, tapi Adelia nampak oddly sweet.
Sulaiman Kolbet: Ail, watak kamu kali ini muncul sebagai Magnetman. Adakah Nami Cob Nobbler ada berbincang dengan kamu untuk wujudkan siri untuk kamu pulak?
Ail: Saya rasa tak tahu lah, kalau nak buat cerita superhero ni rasanya saya takde karektor yang menarik untuk ditonjolkan.
Sulaiman Kolbet: Macam mana tu?
Ail: Mungkin kalau Nami Cob Nobbler nak tulis cerita pasal saya, lebih baik dia tulis kisah pengembaraan saya, macam sebuah travelog, macam tu. Yang tu mungkin saya lebih berminat.
Kamelia: Sebenarnya Nami Cob Nobbler ada cakap dengan saya, sebab Nizam dah ada Bau Semangat Anak Muda, lepas tu Eleena dah menonjol dalam Rumah No.6, dan kali ni Adli, buku akan datang kisah pasal saya pulak.
Audiens bersorak. Penyokong #TeamKamelia bersorak.
Sulaiman Kolbet: Jadi lepas ni, cerita awak pulak, Kam?
Kamelia: Nampaknya macam tu lah. Tapi Nami kata, tak ada lagi action pack macam kejar-kejar macam dua buku ni, sebab King of Menyelinap tak ada, sebab dia sibuk bercuti dengan cinta dia.
Sulaiman Kolbet: Jadi betul kamu akan ke Glastonbury, Nizam?
Eleena: Ish, janganlah spoilkan rahsia ni kat Nizam, tengok, dia dah tau dah!
Nizam ketawa.
Sulaiman Kolbet: Siapa yang kamu paling nak tengok di Glastonbury nanti?
Eleena: Ed Sheeran, The National, Halsey, Alt-J. Tapi Nizam lebih nak tengok Radiohead.
Nizam: Liam Gallagher, Kaiser Chiefs, British Sea Power.
Eleena: London Grammar, Flaming Lips, Warpaint...
Sulaiman Kolbet: Ni kalau bagi Nizaleena sebut semua nama band kat Glastonbury ni alamatnya sampai ke sudah kita tak habis-habis. Baiklah, Kamelia, kalau cerita akan datang, tak ada kejar-kejar, tak ada lawan-lawan, cerita kali ni pasal apa?
Kamelia: Nami kata Battle of the Band.
Nizam: Cerita pasal Battle of the Band tapi takde saya? Come on.
Kamelia: Anda ada la, cuma lepas anda balik dari Glastonbury. Mungkin akan fokus pada kisah band Paddle Pop Pelangi dan band The Jackalls. Dia tak beritahu lagi sepenuhnya, tapi akan datang ada lah.
Sulaiman Kolbet: Ail, apa perasaan kamu terhadap Edry?
Audiens buat bunyi suwit dan bising.
Ail: Edry tu macam adik saya...
Eleena: Dan bila masa awak jadi abang saya, Ail?
Adli: Dorang ni lagi sesuatu dari Adelia.
Ail: Dia banyak bertanya pasal gym, pasal sukan, fitness. Dia berminat, saya cakap je lah. Lagipun banyak benda saya belajar dengan dia tentang gaming dan gajet, serta trend terbaru Gen Z. Secara tak langsung ada cultural exchange kat situ lah.
Sulaiman Kolbet: Anda lurus, atau belok-belok?
Audiens ketawa.
Ail: Lurus, tapi taste saya kebanyakan orang yang lebih tua.
Sulaiman Kolbet: Contoh?
Ail: Sofea Jane?
Woooooo.
Sulaiman Kolbet: Budak-budak ni. Nizam, takkan la takde makwe lain yang boleh gugat Eleena? Mestilah ada, betul tak?
Nizam: Pandai masak, pandai matematik, pandai main muzik, baik hati, suka senyum nampak taring gigi, suka pakai baju kebaya nyonya, eh, gila ke nak cari awek lain?
Eleena tutup muka menahan malu.
Sulaiman Kolbet: Tapi mestilah ada yang boleh beri saingan sengit, kan?
Eleena: Dia pernah melopong tengok video Daiyan Trisha depan mata saya. Ah, toksah nak bohong la, cinta. Lelaki, depan makwe, pijak semut pun tak mati!
Adli: Zam, Zam! Kam ok apa?
Nizam: Aku tak gigih pergi cari cempedak kat dusun atok aku untuk Kam. Aku belum level tu lagi, Adli.
Adli: Fakof!
Sulaiman Kolbet: Jangan mencarut depan TV, Adli.
Adli: Sorry, sorry. Haha, kims cibs la.
Sulaiman Kolbet: Jadi, dalam buku akan datang, Kamelia jadi watak utama. Cerita dia tentang Battle of the Band. Macam mana tu?
Kamelia: Sebab dalam cerita akan datang, saya akan main di dua band, iaitu band punk bersama The Jackalls dan band twee pop Paddle Pop Pelangi. Selain tu, ada la sikit, Nami kata, gaduh-gaduh sweet dengan si Adli ni ha. Nak tahu, tunggu la kat Wattpad.
Sulaiman Kolbet: Tapi kalau kali ni takde action pack, kejar-kejar macam biasa, peminat akan suka tak? Takut nanti diorang turn off pulak.
Kamelia: Tu kita serahkan pada peminat semua la. Dorang boleh komen kat sini, bagi input.
Sulaiman Kolbet: Eleena, kamu merupakan juara DoTA dulu, betul tak?
Eleena: Zaman dulu-dulu ni. Sekarang dah bersara dah.
Sulaiman Kolbet: Tak rasa ke cuba try Nami untuk tulis novel pasal gamers pulak?
Eleena: Saya rasa kalau tulis cerita pasal gamers, baik bagi kat Edry. Zaman saya ni dah berlalu. Dah lama dah pun tinggalkan alam gamers ni.
Sulaiman Kolbet: Tak nak try?
Eleena: Nanti bila Nami Cob Nobbler datang rumah saya nak beli butterscotch cookies, saya tanya dia, macam mana.
Sulaiman Kolbet: Saya kena cuba satu ni. Ramai yang bertanya pasal butterscotch cookies ni. Kenapa ia begitu sedap sampai jadi urban legend? Apakah rahsianya?
Eleena: Kalau dah beritahu rahsia, dah tak rahsia lah.
Sulaiman Kolbet: Di mana saya boleh mendapatkan biskut ni, memandangkan biskut ini sudah mula ditanya-tanya. Krew saya pun tanya, mana nak beli.
Eleena: Biskut butterscotch saya ni terhad, hanya orang yang rapat dengan Nizam je boleh dapat. Antara sebabnya, saya menggunakan herba yang benar-benar segar, dan bukan mampat. Kalau mampat tu, tak dapat ketinggian yang maksimum.
Sulaiman Kolbet: Tu yang sampai Alim Kasut berenang atas lantai tu?
Eleena: Kam pun, mula-mula dia makan, dia berenang atas lantai, dalam novel Cheras Perdana ada tulis. Jadi, oleh sebab saya guna Cali Kush, atau Jedi's Death Star, herba yang macam ni susah nak dapat. Sebab tu saya jual terhad dan harga eksklusif.
Sulaiman Kolbet: Jadi, kalau saya nak merasa biskut ni, saya kena jadi kawan baik Nizam? Nizam, kita kawan kan?
Nizam: Takut jugak bila orang nak kawan dengan saya semata-mata pasal biskut.
Sulaiman Kolbet: Ada bawak biskut tu?
Eleena: Mestilah ada.
Audiens bersorak.
Sulaiman Kolbet: Tuan-tuan dan puan-puan, biskut butterscotch cookies, di tangan saya. Saya makan ya? Wow. Wow. Dalam biskut tu ada butterscotch caramel?
Kamelia: Tu yang buat berenang atas lantai tu.
Sulaiman Kolbet: Serius lah? Ish.
Sulaiman Kolbet ambik satu balang.
Sulaiman Kolbet: Kalau biskut ni jadi biskut raya, nescaya orang yang datang beraya, takkan balik rumah.
Adli: Dia berenang atas lantai rumah orang.
Sulaiman Kolbet: Saya rasa macam nak terbang. Bila makan tu, dia punya karamel tu, dia cair dalam mulut. Lepas tu, manis dia, hmm.. Lepas tu, dia dah datang dah. Ha, janganlah kata saya nampak Hang Tuah?
Adli: Level high tertinggi.
Sulaiman Kolbet: Rasanya saya dah tak boleh go lagi, saya rasa macam nak terbang lepas tu berenang atas lantai. Oh no, saya rasa macam saya naik kuda bersayap tu, kuda unicorn! Pegasus! Oh my oh my. Bahaya butterscotch cookies ni. Kita jumpa di lain hari dan masa, kita jemput Daiyan Trisha, dengan lagu Boy In My Dream.
Eleena: Amboi cinta, Daiyan Trisha je, terus dah tak nak pandang saya lagi ke?
Nizam: Mana ada, suara dia, sedap. Cinta awak. (pegang tangan Eleena)
Daiyan Trisha menyanyi lagu Boy In My Dream, sekali sekala jeling pada Nizam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top