8 - Ail Kembali!
Ail turun dari bas saat tiba di stesen TBS Bandar Tasik Selatan. Tubuhnya yang sedikit sado menampakkan lately dia main gym. Ini sebab dia selalu nak pergi hiking, atau mengembara, dan sekali sekala menyertai ekspedisi jelajah hutan, memerlukan stamina yang kuat.
Orang kedua dia mesej ialah Nizam. Pertama Adli, tapi satu tick.
Ail: salam zam
Nizam: salam bro
Ail: aku kat tbs ni, ada mana? jom lepak?
Nizam: rumah eleena.
Ail: send location?
Nizam bagi location rumah Eleena.
Ail: thanks
Ail: adli ada?
Nizam: entah, dari sekolah dia hilang.
Ail: mesej dia satu tick je
Nizam: dating dgn kam la tu
Ail: dorang dating ke? bukan dulu kam sikit punya benci dengan dia ke?
Nizam: tu lah kau, tak mengikuti buletin cheras perdana
Ail: cam palat, jap lagi aku sampai. aku naik grab
Nizam: 👌
Kereta Perodua Bezza tiba di depan kaki Ail.
--
Ail tekan loceng rumah Eleena.
"Oh Ail, masuklah!" kata Eleena, menyambut tetamu dari jauh datang.
"Kau sekarang duduk sini ke, Zam?" soalan padu maut dari Ail menunjukkan Nizam jarang balik rumah sendiri.
Eleena senyum, dia tau, tajam sangat tu.
"Makin sado aku tengok kau ni," Nizam puji badan Ail.
"Eh, takdelah. Ni workout sikit-sikit je. Nak jaga stamina, nanti nak hiking, takde stamina, payah."
"Ail nak makan apa-apa, saya boleh masakkan?" Eleena di dapur sedang basuh pinggan.
"Kalau boleh tak nak nasi lah, berat."
"Pasta?" tanya Eleena.
Ail tunjuk ibu jari tanda bagus.
"Nak air apa-apa?"
"Cold water will be fine," Ail terus letak begnya.
"Eh, Nizam. Banyak benda aku dah tak follow perkembangan Cheras Perdana ni, apa cerita?" tanya Ail.
Edry keluar dari bilik.
"Kakak, Encik Osman pergi mana?"
"Oh, Encik Osman ada urusan di PJ. Dia ada pesan dengan adik, bayar bil letrik hari ni, lepas tu jangan lupa hantar pos penyata akaun syarikat."
"Okay, cool. Wow," Edry terpandang Ail. Dia terpegun dengan tubuh badan Ail.
"Edry," Ail terus hulur salam.
"Hello, abang Ail," Edry terus cium tangan.
"Err, baru balik?" tanya Edry, cuba nak buat perbualan.
Ail mengangguk dan senyum.
"Err, ok. Masuk bilik dulu ya?"
Ail kembali menoleh ke arah Nizam.
"Eleena, butterscotch cookies ada lagi? Saya nak beli lah. Kawan-kawan Penang pun ada pesan," kata Ail.
"Maaf, saya hanya jual pada kawan Nizam saja. Jadi, kalau dorang nak beli, awak jual awak punya. Bukan straight dari saya," kata Eleena sambil menghidang air.
"Kenapa macam tu?"
"Sebab macam tu quality control system saya. Buat banyak, kualiti jatuh. Saya buat sebab hobi, bukan sebab nak untung. Dan saya takkan buat lebih dari satu orang, 24 keping," kata Eleena. Maknanya Eleena hanya akan buat dalam isu terhad. Lagipun bahan X hanya boleh didapati dari cuaca seperti di California atau Colorado. Ada lagi satu, spesis dari Malawi.
Satu kerja pulak Encik Osman nak pergi Afrika, kos tinggi.
Ail mengangguk kepala tanda faham, ini biskut premium, VVIP je boleh rasa.
"Ha, apa cerita Adli cakap pasal harta karun?" tanya Ail.
"Dia jumpa peta, kat Melaka harta karun tu. Dia nak jejak harta karun tu dari teka-teki yang ada atas peta tu. Dalam bahasa yang tak difahami," kata Nizam.
"Bahasa yang tak difahami?" Ail bingung.
Eleena datang ke depan.
"Maaf menyampuk ya, Ail nak saya masak pasta gaya macam mana?" tanya Eleena.
"Pesto ada?" tanya Ail.
"Ada rasanya. Lama saya tak masak pesto. Nak saya letak cendawan? Atau udang?" tanya Eleena.
"Cendawan," kata Ail.
"Okay, rehat-rehatlah dulu. Santai-santai," Eleena kembali ke dapur.
"Menurut peta tu, harta tu milik komander tentera Belanda di Palembang, Johan Cornellis van der Wijck," kata Nizam.
"Tahun 1890an, zaman perang US-Spain. Serta imigrasi orang Cina dan India ke Tanah Melayu semakin pesat untuk perlombongan dan perladangan," kata Ail. Terus dia capai begnya, dan keluarkan buku nota Moleskinnya.
"Wow, Moleskin. Kau jadi anak ikan siapa ni?" kata Nizam.
"Girlfriend aku punya mak. Tapi underground."
"Kau lagi hardcore dari Hafiz! Hafiz main adik beradik je. Kau main mak dengan anak. Macam Adam Levine dalam video She Will Be Loved pulak," Nizam tuang air sejuk dalam gelas.
"Kau jangan cari nahas, Ail."
"Laki dia dah mati lah," kata Ail, meneguk air.
"Gila babi," kata Nizam.
"Adli dengan Kam apa cerita, doh?" Ail excited nak tahu.
"Seeing is believing. Kejap lagi, kita jumpa dia kat kedai char kuey teow ayah dia. Kau saksikan sendiri. Jangan cakap apa-apa. Kau tengok je antara dua ni," kata Nizam.
"Ada apa, doh?" Ail terpinga-pinga.
"Cinta, Adli dengan Kam ada apa ya?"
Eleena dari dapur menyahut,
"Sesuatuuuuu..."
"Ya Ail, sesuatuuuuuu..." Nizam memandang Ail dengan satu pandangan seorang tukang tilik nak kau percaya tilikannya.
"Sesuatu?"
"Tak, sesuatuuuuu..., u tu kena panjang sikit."
"Sesuatuuuuuu..."
"Ha, betul."
"Cinta, Ail, pasta dah siap. Cinta, panggil Edry, makan," kata Eleena meletakkan pasta di pinggan.
Mereka berempat makan dengan mata Edry sekali sekala cuci mata memandang biceps Ail.
--
"Weh, tolong aku jap?" kata Adli.
"Mende?"
"Bayar parking, aku nak terberak jap. Kau tunggu sini, jap lagi aku datang balik," Adli serahkan wallet pada Kamelia.
Kamelia tercengang. Kemudian dia letak duit seringgit tiga keping masuk dalam mesin. Dia nampak IC Adli. Dia naik kening.
"Oh, ni birthday dia rupanya, hihi!" Kamelia tergelak dan terus buat muka tenang. Lama juga dia prektis muka tenang tu. Sampai Adli dah habis berak dan sampai barulah dia berjaya buat muka rilek.
Lagu Harder To Breathe dari Maroon 5 berkumandang dalam radio Mix FM. Kamelia tenang hangguk kepala sambil layan lagu dalam kereta Adli.
Dorang makan kat Aeon Cheras Selatan lepas balik sekolah. Kam belanja.
"Semalam abah aku dah bagi cuti, hari ni aku kena kerja doh. Kau teman aku jap," kata Adli.
"Ala, nanti Eleena dengan Nizam ada sana kan?"
"Dengan Ail. Tadi aku baru dapat mesej dia masa berak dalam jamban tadi."
"Adli, singgah makcik depan sekolah jap."
"Kau nak cempedak goreng ek?" tanya Adli.
Kamelia angguk kepala. Lepas tu senyum comel.
"Ha ye lah. Aku pun nak beli karipap sardin ni," kata Adli.
"Kau suka karipap sardin eh? Dari dulu aku tengok, kau suka makan karipap sardin," Kamelia membelek nota Sejarah Form 6.
"Suka, kenapa?"
"Nanti aku buatkan untuk kau," kata Kamelia.
Adli diam je, dia fokus memandu.
"Ish budak ni, main basikal tengah jalan pusing-pusing, hotak dia. Dah lama hidup ke?" Adli mengelak budak main basikal tengah jalan.
"Cuti sekolah minggu depan kan?" tanya Adli.
"Haah. Dua minggu."
"Cantik lah, boleh adventure masa tu," kata Adli.
"Kau takyah kerja?"
"Dah cakap dengan abah aku dah. Cuma dia tak kasi bawak kereta. Apa ada hal, Kombi kan ada," kata Adli, rilek.
"Nanti gilir-gilir bawak Kombi tau," kata Kamelia.
"Alah, Melaka je pun."
"Ikut jalan lama lah, baru feel."
"Kau agak-agak lah ye pun, kau nak ikut jalan mana? Port Dickson? Bapak lah," kata Adli.
"Ikut Tampin pun best gak," kata Kamelia.
"Bapak lah jauh. Dah la Melaka banyak traffic light. Kau kena ingat, Kombi tu manual. Lenguh lutut kau tu nanti."
"Dah lutut kau longgar, kuat melancap!"
"Babi amende pulak aku ni kuat melancap? Pundamauneh," Adli dah pandang aneh.
"Kan kan kan kan kan kan?" Kamelia tunding jari ke muka Adli sambil senyum sinis.
Adli dan Kamelia keluar dari kereta sebaik tiba di depan gerai char kuey teow. Kelihatan Nizam, Eleena, Ail dan Edry sedang tenang menunggu.
"Macamlah kau tak melancap, kecohlah kau Kam!"
"Tapi aku rilek je bawak kereta manual, Li. Kenapa kau tak boleh? Hah?"
"Jauh doh Melaka kalau ikut jalan lama tu. Ikut Port Dickson pun aku dah rasa jauh, apa lagi ikut Tampin. Merepek lah kau ni," kata Adli.
"Hmmm, tak rebel la ikut highway, Li."
"Rebel, rebel gak. Accident ke rosak tengah jalan nanti kau nak tanggung? Lain la Kombi tu dibina tahun 2015. Kena fikir jugak faktor tu."
Nizam, Eleena, Edry dan Ail pandang je mereka berdua berdebat.
"Nah, cempedak goreng kau," Adli hulur plastik merah yang ada lima biji cempedak goreng.
"Kam?" Eleena tegur.
"Oh, Eleena," Kamelia terus peluk Eleena.
"Anda," Kamelia fistbump Nizam. Kemudian fistbump Ail dan Edry cium tangan Kamelia.
"Weh, Ail, bila sampai?" tiba-tiba Adli salam Ail dan semua orang.
"Betul tak, Ail?" kata Nizam.
"Ini sesuatu," kata Ail, memandang Adli dan Kamelia.
"Bukan," Nizam menyanggah.
"Sesuatuuuu..." Eleena menyambut.
"Haah, sesuatuuuu..." Ail mengangguk-angguk kepala.
--
"Selain dari Perang Sepanyol-Amerika, pada tahun 1898 juga adalah kemuncak kepada kemasukan imigran dari China dan India ke Tanah Melayu. 1898 juga adalah tahun penyatuan Negeri Sembilan, dengan melantik Tunku Muhammad sebagai Yang di-Pertuan Besar pertama," kata Edry sambil membelek nota-notanya.
"Jadi, apa kaitannya?" tanya Eleena.
"Geografi. Negeri Sembilan merdeka dari Johor pada 1773, apabila pemberontakan dari Selangor, yang dibantu Perak pada 1766, Raja Lumu jadi Sultan pertama Selangor, kerana orang Selangor membantu Perak mempertahankan serangan dari Belanda di Dinding. Perpecahan empayar Johor ketika itu menyebabkan Negeri Sembilan yang ada beberapa undang membentuk persekutuan," kata Ail, sambil minum teh o limau panas.
"Jadi, pergolakan ini mengganggu perdagangan Belanda di Melaka?" tanya Eleena.
"British. Ini semua berlaku lepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Melaka bersebelahan dengan Negeri Sembilan, jadi pada 1832, lapan tahun selepas perjanjian Inggeris-Belanda, British menakluk Naning sebagai buffer zone. Pergolakan di Negeri Sembilan terutamanya di Rembau menyebabkan British terpaksa menguatkan pertahanan mereka di Melaka," kata Ail lagi.
"Harus diingat, walaupun Melaka sudah tak jadi pelabuhan terpenting lagi, dia di tengah-tengah Selat Melaka. Ada sebab selat tu dipanggil Selat Melaka," Ail menambah lagi.
"Jadi, apa seterusnya?"
"Sekitar 1880an, Gabenor Negeri-negeri Selat, Frederick Weld menggabungkan semua undang membentuk sebuah unit pemerintahan, dipanggil Negeri Sembilan. Tujuannya, sebagai sumber pertanian, air dan perladangan untuk menyokong ekonomi British di pelabuhan Melaka. Penyatuan Negeri Sembilan ni mempunyai penentangan, kerana sesetengah orang menganggap ini campur tangan British dalam politik Melayu," Ail teguk air teh lagi.
"Harus diingat, ekonomi kena ada tanah, ada air, ada infrastruktur dan ada manusia, baru boleh bergerak. Dan kaitan dengan peta van der Wijck ni..."
"...bermula di Negeri Sembilan. Sebab tu, bahasa yang tak difahami ini, adalah bahasa dari salah satu suku di Negeri Sembilan. Ini kita cerita zaman 1890an, terlalu lain bahasa dengan hari ini."
"Tak faham?" tanya Kamelia.
"Ada perang saudara, dan salah satu suku minta bantuan Gabenor Negeri-negeri Selat, dan melalui van der Wijck, yang menjualbeli senjata, Gabenor Negeri-negeri Selat membekalkan senjata kepada beberapa puak di Negeri Sembilan untuk memerangi insurgensi di kawasan itu," kata Ail.
"Terlalu banyak perselindungan," Eleena cuba nak memahami cerita.
"Pendek kata, terlalu banyak kita tak tahu dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tu. Perjanjian yang akhirnya mencipta dua negara, Malaysia dan Indonesia," Ail mengakhiri ayatnya sambil minum air gaya like a boss.
"Power doh, Ail. You're ma man!" Adli menghulurkan fistbump pada Ail.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top