6 - Episod Paling Cringe!
Nizaleena bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk candlelight dinner Adelia. Eleena masak kambing panggang dengan herba thyme dan bawang putih bersama kentang boulangère, pasta dengan tumisan tomato dan cili benggala, serta sparkling drink. Untuk menambahkan suasana romantis, Eleena pasang lilin aromatik dengan bauan patchouli.
Sebelum itu, Nizam telah mencari lagu-lagu cinta tapi punk rock yang mengikut kesesuaian Adli di Spotify.
"Kam, jadi datang tak?" Eleena telefon Kamelia.
"Tengah bersiap," jawab Kamelia.
"Bersiap di rumah saya. Saya dan Nizam sedang masak ni."
"Baik, saya on the way."
"See you," kata Eleena.
"Awak, telefon Adli jap?" kata Eleena pada Nizam.
"Tunggu la semua prepare dulu."
--
"Apa? Rumah Eleena kena rompak? Fuck! Woi, apa pak guard depan tu buat woi! Gila, berapa yang hilang? Jap, jap. Aku datang," kelam kabut Adli dari katil. Dia hanya pakai boxer sambil baca komik Spiderman seorang diri sambil kunyah Pringles perasa cream and onion dan pasang playlist Adli Margera di Spotify yang dibuat oleh comradenami.
Kelam kabut dia sarung seluar jeans dan capai baju Faith No Morenya. Terus capai topi dan terus bawa motor dan memecut laju ke arah rumah Eleena. Setibanya di rumah Eleena, dua orang lelaki berbaju hitam dan seorang memakai bertopeng Darth Vader mencekup Adli dan membawa Adli ke arah bilik Edry.
"Woi, kimak! Apa ni woi!"
"Diam kalau nak selamat!" kata mamat yang pakai topeng Darth Vader.
Dua lelaki itu bertindak menanggalkan baju dan seluar Adli.
"Woi, kau nak rogol aku ke sial?" Adli meronta-ronta. Tapi mamat pakai topeng Darth Vader tu sado menyebabkan Adli tak boleh nak melawan. Lelaki pakai topeng Darth Vader tu kemudian mencampakkan Adli dalam bilik air Edry.
"Sila mandi kalau anda nak selamat!"
Baju dan seluar jeans Adli disorokkan, dan mereka meletakkan baju uniform sekolah ACS Edry.
Dua lelaki itu keluar dari bilik Edry dan buka topeng.
"Fuh, settle," Edry fistbump Nizam.
"Boleh tahan liat mamat ni," Nizam geleng-geleng kepala.
Dalam bilik air, Adli terpinga-pinga, perompak apa suruh orang mandi?
--
"Ala, ketat sikit lah uniform awak ni, Eleena," kata Kamelia.
"Sikit je tu, awak nervous, sebab tu awak rasa ketat. Awak tenangkan fikiran awak, lepas tu duduk diam-diam. Saya nak make-upkan awak macam gaya Hayley Williams."
Rambut Kamelia ditukarkan ke rambut warna merah macam penyanyi Paramore tu.
"Lawa la uniform sekolah awak, macam gaya sekolah Jepun pulak," kata Kamelia sambil melihat Eleena sedang letak maskara di bulu mata Kamelia.
"Diam, diam," Eleena fokus.
"Okay, cuba kelip mata?"
Kamelia kelip mata.
"Good. Sekarang, mata lagi sebelah."
"Awak rasa Adli tak terkejut ke tengok penampilan saya macam ni?"
Eleena diam kerana fokus pada bulu mata Kamelia.
"Saya takutlah," kata Kamelia lagi.
"Ala, masa saya first time nak jumpa mak ayah Nizam dulu lagilah nervous," kata Eleena.
Eleena letak blusher di pipi Kamelia supaya nampak kemerahan.
"Awak tenang je, apa-apa pun, saya tetap sokong awak," Eleena terus make-up Kamelia.
--
"Pantek punya perompak! Baju aku pun nak rembat ke? Dah la baju Faith No More aku tu rare. Eh, ni baju sekolah siapa pulak ni? Edry?"
Adli belek-belek blazer sekolah Edry.
"Macam sekolah Jepun sial baju sekolah lama dia. Apasal Malaysia punya baju sekolah tak smart macam ni?"
Adli pakai baju sekolah Edry memandangkan bajunya dah dirembat.
Di atas baju tu ada nota.
"Kalau nak nyawa sahabat awak selamat, pakai tie tu!"
"Macam kenal je tulisan ni?" Adli membelek-belek nota itu.
"Come on, tak mungkin Nizam ada kredibiliti untuk memargerakan aku. Tapi..."
Disebabkan dia rasa uniform Edry tu smart, dia pakai juga tie tu walaupun dia tak suka pakai tie.
"Peh, macam Great Teacher Onizuka la gaya macam ni. Tak sangka aku sebegini punya kacak," kata Adli sambil posing depan cermin.
"Peh, ni perfume mahal ni, test sikit!" Adli sembur perfume Paco Rabanne Invictus. Kemudian dia pakai wax rambut.
"Fuh, gila hensem aku sial!" kembang kuncup hidung Adli sambil menggayakan rambutnya.
"Macam Pete Wentz Fall Out Boys pun ada aku ni!"
*Nami Cob Nobbler tunjuk jari tengah dari jauh*
--
"Peh, anda macam Hayley Williams la!" kata Nizam yang kagum melihat transformasi Kamelia yang dilakukan oleh Eleena. Kamelia segan bila Nizam puji dirinya sebegitu.
"Awak tak pernah pun pakai uniform ni," kata Nizam pada Eleena.
"Next time saya pakai ya? Hari ni saya bagi Kam pakai."
"Awak tengokkan, roasted lamb tu dah siap ke belum, kalau dah, cepat sikit siap. Nanti Adli dah keluar bilik, dah tak surprise."
"Kam, kejap."
Eleena keluarkan perfume termahalnya yang cecah harganya lima angka ringgit. Baccarat Les Larmes Sacrees de Thebes.
Terbeliak biji mata Kamelia.
Eleena sembur pada belakang leher Kamelia, dan pergelangan tangannya.
"Perfume top 5 termahal di dunia ni, awak, janganlah!" Kamelia dah makin cuak.
"Tapi saya lagi suka bau Anna Sui, Nizam pun suka perfume tu," kata Eleena.
"Awak, ni perfume mahal lah."
"Saya memang collector perfume, awak jangan risau. Hari ini hari awak, dah, here we go," kata Eleena sambil menepuk bahu Kamelia.
"Good luck, Kam!" kata Eleena. Kamelia dah tak tahu apa lagi dia nak cakap. Dia terus peluk Eleena.
"Awak, saya bau kambing ni. Nanti perfume Baccarat tu defeat it's purpose pulak," kata Eleena.
"Thank you, Eleena."
"Sahabat dunia akhirat, Kam. Dah, saya pulak nak mandi, lepas ni saya dengan Nizam nak date kat court basketball," kata Eleena yang capai tuala untuk mandi.
"Edry takde girlfriend ke?" tanya Kamelia.
"Dia ada boyfriend la. Haiqal," kata Eleena.
"Hah?"
"Kenapa?" tanya Eleena.
"Dia..."
"Dah, cepat keluar. Nanti Adli dah keluar, tak jadi surprise!" Eleena pula nak bersiap.
--
Lagu Buzzcocks - Ever Fallen In Love berkumandang saat Adli keluar dari bilik Edry. Dalam rasa kepelikan dan kejanggalan ini, Adli terus duduk di meja makan.
"Peh, kambing bakar. Ni mesti Eleena dengan Nizam punya."
Kejap lagi, Kamelia turun dari tangga. Terbeliak biji mata Adli tengok penampilan luar biasa Kamelia.
"Kau pun kena paksa pakai baju sekolah ni ke, Kam?"
Kamelia diam saja.
"Dorang mana?" tanya Adli.
"Nizam dengan Eleena keluar tengok wayang, Edry lepak rumah Haiqal," Kamelia ikut skrip yang diberi oleh Eleena.
"Habis, kambing bakar ni untuk siapa doh?"
"Kita punya, kot."
"Serius lah! Aku ingat ni untuk diorang."
"Kita makan je lah," Kamelia terus potong daging kambing dan kentang itu.
"Sedap-sedap playlist lagu ni. Tadi lagu Buzzcocks, ni lagu The Clash pulak," lagu Should I Stay or Should I Go pula yang berkumandang.
"Peh, ni champagne ke?" kata Adli.
"Tak lah, sparkling juice je tu," kata Kamelia.
"Kau nampak cantik gila hari ni."
"Kau pun, nampak hensem."
"Amacam, macam Pete Wentz Fall Out Boys tak?" kata Adli, jack diri.
"Eii, perasan," Kamelia dah segan.
"Kau rasa-rasa la kan, ni kerja siapa ni eh? Aku tadi dapat nota, tulisan tu macam Nizam. Tapi aku tak percaya ni kerja Nizam."
Kamelia diam sahaja dan teruskan makan.
"Kau nak, pasta?" kata Kamelia.
"Boleh lah, nak sikit," Adli hulur pinggan.
Dua-dua kemudian senyap dan makan. Segan agaknya.
Tiba-tiba Adli berhenti makan.
"Kau nak aku jujur, terus terang tak?" kata Adli.
"Apa dia?" tanya Kamelia.
"Jujur cakap, aku tak berapa selesa lah makan macam ni. Jom kita lepak luar?"
"Makan kat luar?" tanya Kamelia.
"Haah."
Mereka berdua padamkan lilin, dan kemudian keluar dari rumah. Mereka nampak Nizam dan Eleena sedang bergelak-gelak sambil makan di luar.
"Ooo, ini kerja korang berdua ya?" kata Adli.
"Apasal keluar pulak kau ni?" kata Nizam.
"Tak selesalah. Makan dengan korang, boleh?" kata Adli, terus duduk bersila atas court basketball.
Kamelia hanya mengikut Adli dari belakang.
"Hmm, last-last kita berempat makan kat sini," kata Eleena.
"Takpelah, cahaya bulan nampak cantik," kata Nizam.
"Kau tak cuak dua orang sauk kau tadi?" tanya Nizam.
"Celaka, kau hampir memargerakan aku! Alim dengan Ziel-O pun tak pernah buat aku macam tu tau!" Adli kunyah pasta.
"Adli, saya nak tanya soalan sikit, boleh?" Eleena pandang tepat ke mata Adli.
"Ha, apa dia?"
"Cantik tak, Kam malam ni?"
Adli diam, dia segan nak jawab. Lama juga dia nak buka mulut.
"Cantik."
"Rasanya awak ok je kan rambut warna macam ni, Kam."
Kamelia diam sahaja sambil kunyah daging kambing.
"Eh, pasang lagu la!" kata Nizam.
"Takyah la. Kau main rhythm, aku main bass," kata Adli.
Nizam, Adli dan Kamelia ambil gitar dan bongo.
Mereka berempat bermain lagu Masa Remadja dari White Shoes and The Couple Company.
Masa Remadja masa yang paling gemilang
Hasrat merekah berbinar tiada tandingan
Selalu canda ria tawa semerbak bagai mimpi
Suka duka bersama-sama setiap hari
Rona bersemi mengias mengukir memori
Merekah bersemi gairah masa di SMA
Semerbak harumnya nirwana tak akan terlupa
Masa belia masanya untuk bersuka
Getar di hati pertama tak akan terlupa berulang kembali
Manisnya lamunan membias bak pelangi
Patahnya harapan bukan penghalang mimpi
Resah gelisah berlalu cepat berganti
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top